Get the app for full experience
Bab 35
Apabila aku bertanya papa, papa kata papa pun terpikat dengan nama tu setelah mama melahirkan aku. Apabila pertama kali aku melangkah ke sekolah, aku sering disoal oleh cikgu yang ingin bertanyakan maksud di sebalik nama aku. Dan apabila aku cakap tidak tahu, bermulalah syarahan mereka terutama sekali jikalau orang yang berkata itu adalah ustazah. Aku bukannya orang tak beragama tetapi cara mereka cakap seolah-olah aku yang meminta ibu bapa aku memberi nama itu.
Sebenarnya aku tidak kisah, nama apa pun mama dan papa beri tetapi aku masih tidak dapat terima pemikiran orang dewasa sekarang. Bila bab agama pandai berkata tapi hal yang kecil-kecil yang dilarang oleh agama, mereka pandang sebelah mata. Tidak kiralah apa pun. Aku dah muak, sebab nama aku Luna Lusia; satu nama yang pelik, ramai yang tidak puas hati dengan aku.
Tutup cerita pasal nama. Kalau ingin dibincangkan memang tak cukup satu buku ini aku menulis.
Sekarang aku berusia 15 tahun. Muda lagi. Malah banyak masa lagi hendak berfoya-foya. Aku berasal daripada keluarga yang cikup sempurna. Ada mama dan papa yang penyayang. Mempunyai kehidupan yang senang dan dikelilingi kawan-kawan yang comel. Tapi itu kehidupan aku dahulu iaitu sebelum kematian kedua ibu bapa aku dalam satu nahas jalan raya.
Kini selepas setahun mereka pergi, aku dijaga oleh Auntie Mariam dan Uncle Alias. Hanya mereka sahaja keluarga terdekat aku. Jikalau tiada mereka, aku tidak tahu hendak mengadu dengan siapa lagi. Mereka mempunyai seorang anak lelaki tunggal. Biar aku cakap, jikalau orang kata nama aku pelik tapi nama dia lagi pelik!
Lucas Shah Putera. Pelikkan?
Dia bakal tunang merangkap bakal suami aku. Hahaha! Inilah perangai pelik orang dewasa dulu-dulu. Sesedap hati saja nak jodohkan dua orang yang belum tentu lagi boleh hidup bersama! Aku juga terkejut mendengarnya tapi kalau itu amanat arwah mama, aku tidak boleh berbuat apa-apa. Aku tahu Lucas juga begitu. Tapi aku masih lagi berharap, dia tidak akan bersetuju dengan rancangan kedua orang tua kami ini.
Terus terang aku kata, walaupun Lucas seorang yang taat dengan ibu bapanya tetapi dia bukan lelaki pilihan aku. Aku juga tidak ada calon yang sesuai buat masa ini lagipun aku masih bersekolah. Masih banyak lagi masa untuk memikirkan jodoh dan sebab itulah aku langsung tidak memikirkan langsung hubungan ini.
…bersambung
Bab akan datang:
Apakah perasaan dan reaksi Lucas setelah membaca luahan hati Luna mengenainya?