Bab 45
“Romeo daripada Royal – dia merupakan salah seorang ahli yang paling degil sekali dalam Royal. Dia juga merupakan salah seorang bakal ketua Royal kelak. Daripada rekod sebelumnya, dia memang sukar dijangka. Setiap kali dia bertanding, ada sahaja cara baru yang kita dapat lihat. Ya. Dia seorang playboy dan diharap anda semua berhati-hati apabila berhadapan dengannya.” Lady Sofea menerangkan kepada kepada ahli baru tentang dua orang yang mendapat perhatian sekarang.
“Macam diorang tu memang hebat,” bisik Darling di sebelah Luna.
“Agak-agaknya pertandingan macam manalah yang mereka adakan ya?”
“Ini adalah perkara penting. Sila beri perhatian, selepas anda dipilih untuk bertanding, anda diberi peluang kedua, sama ada ingin teruskan atau tarik diri daripada pertandingan itu.” Terang Lady Sofea lagi.
Sebentar kemudian, skrin besar menunjukkan cahaya hijau bagi kedua-dua lambang. Lencana berlian mewakili Jewel manakala lencana Singa mewakili Royal. Kedua-dua lencana itu bersinar berwarna hijau menandakan kedua-dua mereka ingin meneruskan pertandingan.
Dengan kiraan lima minit, pertandingan bermula sekarang!
Sebentar kemudian, mata kasar Luna melihat dengan jelas sekali Jewel hilang daripada pandangannya dan muncul semula di belakang Romeo tetapi Romeo bertindak pantas menahan serangan daripada Juliet.
“Wow! Seperti video game!” kata seseorang di sebelahnya yang tergamam dengan apa yang dilihatnya. Tidak! Mereka semua tidak dapat melihat dengan mata kasar. Kedua-dua mereka begitu pantas sehingga dia langsung tidak nampak apa yang sedang berlaku di bawah sana.
Time up!
Selepas 5 minit berlalu, kedengaran satu suara membuatkan Romeo dan Juliet di bawah sana menjarakkan diri antara satu sama lain. Mereka berdua kelihatan tersenyum puas.
“Aku nak jadi macam tu!” sorak beberapa orang ahli Royal yang taksub dengan apa yang dilihat mereka tadi.
“Princess, kau rasa apa yang terjadi kalau kita ditakdirkan untuk bertarung macam tu dan kita menolak pertarungan tu?” tanya Darling yang kelihatan takut di sebelahnya.
“Jangan takut. Mereka sudah senior. Dahulu mereka juga seperti anda semua yang datang tanpa ada apa-apa tapi disebabkan mereka pandai mengawal daya kuasa pada otak mereka, mereka sampai ke tahap ini.” terang Lady Sofea lagi.
Next battle
Nama: Lady Sofea
Dimensi: QUEEN
Level: Q
VS
Nama: SKY
Dimensi: KING
Level: 5
Sebentar kemudian, sekali lagi stadium bersorak apabila nama Lady Sofea di panggil bersama-sama dengan seorang daripada Dimensi King – SKY. Lady Sofea sekadar mengukir senyuman manis sebelum turun ke gelanggang pertarungan.
“Sky...” Dia baru terperasan bahawa lawan Lady Sofea adalah lelaki yang berjaya mencuri perhatiannya tadi. Sky. Itukah namanya?
“Wah, handsomenya!” ujar Darling di sebelahnya. “Muka dia tenang je. Dia mesti hebat!”
…bersambung
Bab akan datang:
Bagaimanakah pertandingan tersebut akan diadakan?
Share this novel