Chapter 81

Fantasy Completed 9131

Bab 81

“Untuk menjadi dewasa, aku perlu berfikiran seperti orang dewasa. Berani seperti orang dewasa dan mengambil tindakan seperti orang dewasa. Aku tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan Dunia Antasia. Jika tidak, takkanlah korang nak musnahkan dunia tu. Aku habiskan masa dengan membaca buku-buku di dalam perpustakaan Queen dan mengkaji tentang apa yang boleh kita lakukan di Dunia Antasia.

“Dalam masa yang sama juga aku mengkaji bagaimana kau orang boleh menggunakan kuasa sendiri di dunia nyata dan akhirnya aku dapat kesimpulannya. Di Dunia Antasia kita boleh lakukan apa sahaja dengan menggunakan kuasa otak tetapi bukannya mudah untuk lakukannya. Kita perlu pecahkan ‘tembok’ yang menghalang ‘komunikasi’ antara otak dengan objek di sekeliling. Dengan itu, apa sahaja yang kita fikirkan, serta merta akan berlaku seperti yang disuruh oleh otak kita.

“Tetapi di dunia nyata, kuasa seperti itu terbatas. Akan tetapi, kita masih boleh lakukannya apabila menggunakan daya otak dengan ‘berkomunikasi’ dengan Dunia Antasia. Seperti gelombang telefon bimbit. Kita boleh menggunakan telefon bimbit menghubungi saudara mara yang lain yang turut menggunakan telefon bimbit tanpa wayar.
Betulkan?”

Juliet sekadar tersenyum sebaik mendengar teori itu.

“Aku kagum dengan kau. Tak ramai ahli Antasia yang akan berfikir macam tu. Mereka ingat, mereka hanya boleh lakukan semua itu di Dunia Antasia sahaja. Aku juga begitu dulu tapi selepas terserempak dengan Romeo yang kebetulan menangkap pencuri dengan kuasanya, sifat ingin tahu membawa aku menemui jawapan sebenar. Tetapi, apa yang aku tak faham, bukan mudah hendak melakukannya dan untuk capai ke tahap itu seseorang itu mestilah mempunyai level yang tinggi tapi bagaimana kau lakukan dengan senang. Malah dengan level rendah macam ni?” Soal Juliet lagi.

“Level tak bermakna apa-apa. Selalunya peningkatan level bergantung pada pertandingan antara Dimensi. Tak semestinya level rendah tak boleh pecahkan ‘tembok’ yang menjadi penghalang untuk jadi lebih berkuasa.” terang Luna lagi. Juliet yang duduk di hadapannya mengangguk setuju.

“Tapi aku masih tak faham kenapa kau simpan bahan-bahan penawar dalam rumah terbiar tu?”

“Kan aku kata, aku berfikir seperti orang dewasa berfikir. Aku tahu, Dunia Antasia adalah dunia yang merbahaya dan apa-apa sahaja yang akan berlaku pada aku. Apatah lagi aku tiada seorang kawan yang dipercayai di sana. Jadi, aku berpendapat, aku perlu bertindak sendirian. Aku perlu selesaikan masalah yang akan datang dengan sendiri dan sebab itulah aku sediakan bekalan tu di satu tempat yang tiada sesiapa pun dapat menemuinya.”

“Dan soalan terakhir, kau beritahu ni sebab kau percayakan kami ke?”
“Pertama sekali aku nak terangkan, apa yang aku lakukan ini adalah keputusan aku sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

...bersambung

Bab akan datang:
Apa yang Luna ingin beritahu pada mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience