Get the app for full experience
Bab 37
Hehe… aku tahu itu zaman dulu-dulu saja. Zaman sekarang dah tak de macam tu. Puteri raja pun kena pergi sekolah dan pergi kerja. Bila dah matang, kena dikahwinkan. Huh, kahwin! Itu bukan impian yang aku inginkan. Apa yang aku inginkan, aku ingin jadi seorang puteri dan memerintah dunia ni. Hahaha!
Hazirah kata aku mempunyai satu fantasi yang hebat tapi bodoh! Ya. Aku tahu. Tak payah beritahu pun aku tahu. Cubalah cakap dengan orang gila sekali pun, mesti diorang kata fantasi tu memang perkara yang bodoh! Tapi sebagai manusia biasa yang mempunyai otak dan dikurniakan imaginasi yang tinggi seperti aku ini, aku tidak menganggap fantasi itu sebagai satu perkara yang bodoh tapi menyeronokkan.
Kita boleh mengawal otak kita ini dengan berimaginasi tentang seseorang sebagai contoh, kita paling benci A, dan kita berangan-angan bahawa A itu telah melakukan satu kesalahan yang serius sehingga dibuang sekolah. Walaupun bukan real tapi dengan angan-angan itu kita boleh mencipta satu perasaan yang menggembirakan.
Orang lain mungkin takkan faham dan aku pula tak ada masa nak fahamkan orang macam itu. Biarlah dia mengutuk dan mengumpat asalkan hidup aku bahagia.
Okey, ubah tajuk.
Hari ni aku lihat Lucas dating sorok-sorok dengan Cat. Hahaha! Aku rasa macam dah dapat satu berita baik sahaja. Mungkin lepas ini, Lucas akan mengumumkan bahawa dia tidak mahu meneruskan pertunangan kami ini. Bukan itu berita baik. Marilah kita sama-sama berdoa supaya pertunangan itu takkan jadi kenyataan.
Dengan itu, aku boleh bebas berfoya-foya dengan lelaki. Oppss…!
Itu bukan Luna Lusia. Luna Lusia seorang yang pandai jaga diri dan nama baik keluarga. Berfoya-foya tiada di dalam kamus aku. Lagipun buat masa ini aku tak perlukan sesiapa yang bergelar teman lelaki. Walaupun ramai yang ingin masuk ‘meminang’ aku di sekolah tapi aku tak layan sebab; pertama, mereka bukan jenis yang aku suka. Kedua, mereka sangat-sangat menjengkelkan. Ketiga, aku inginkan boyfriend sehebat Superman tapi awas! Aku tak suka lelaki yang pakai seluar dalam kat luar!
Just kidding.
Tapi kalau benarlah lelaki sehebat itu wujud, aku akan pergi melamarnya. Menurut arwah mama, kalau sudah minat pada seseorang, jangan tangguh-tangguh lagi. Terus rempat je. Dia suka atau tidak lain cerita tapi mama aku ni memang pandai cakap saja. Kata arwah papa pula, mama jenis yang pemalu sampaikan bila dah kahwin pun masih malu-malu lagi. Aku malas nak masuk campur dah lepas tu sebab aku tahu apa maksud papa hehehe….
…bersambung
Bab akan datang:
Apakah perasaan Lucas pada Luna akan berubah setelah membaca diari Luna?