Get the app for full experience
Bab 86
Ini tanda terima kasih daripada aku.
Seperkara lagi, aku tahu, aku patut berjumpa dengan kau terlebih dahulu sebelum pergi. Aku minta maaf. Ini untuk kebaikkan kita bersama. Tentang pertukaran tu, aku tak pernah lupa. Aku seorang yang menepati janji dan walaupun aku pergi tanpa berjumpa dengan kau terlebih dahulu, tapi aku tetap akan tunaikan janji aku iaitu untuk mengajar kau guna ilmu Illusion. Buku yang kau dapat ini menerangkan segala-galanya tentang ilmu illusi. Ini adalah nota aku sendiri dan aku minta, selepas aku mempelajari semuanya, tolong bakar buku ini. Aku tak nak segala ilmu aku jatuh ke tangan orang lain.
Akhir sekali, sila gunakan ilmu ini untuk tujuan yang baik dan untuk melindungi diri sendiri. Tapi walau bagaimanapun, aku percaya dengan kau, kau takkan buat perkara yang tak baik, bukan?
Be strong, Princess.
Yang benar,
Juliet
Ps: Oh, aku terlupa, kau betul. Permainan Queen yang sedang berlangsung tu memang satu perangkap!
******
Kali ini, Luna bersendirian di perpustakaan sekolah baik sahaja sesi persekolahan pagi tamat jam 1:00 tengah hari, setengah jam tadi. Sesekali dia menjeling memandang tempat duduk yang selalu diduduki oleh Sky.
Masuk hari ini sudah beberapa hari Sky tidak kelihatan di sekolahnya. Bukan sahaja Sky yang tiada, tetapi Romeo dan Juliet juga tiada. Tetapi tiada seorang pun yang perasan akan ketidakhadiran mereka bertiga di sekolahnya. Begitu juga dengan Darling yang turut terkena ‘buatan’ Juliet. Hampir semua pelajar di sekolahnya langsung tidak perasan apakah kehilangan mereka.
Pernah juga Luna bertanya. Sasaran pertamanya adalah Hazirah dan jawapan Hazirah senang sahaja.
“Sky? Ada ke budak nama Sky kat sekolah ni?” Itu pertanyaan Hazirah yang juga merupakan jawapan kepada Luna dan sekali gus memahami apakah yang sedang berlaku. Apabila ditanya tentang teman lelaki Baiduri sekarang, Hazirah menjawab Baiduri masih setia dengan boyfriend lamanya. Malah, menurut Hazirah lagi, tiada seorang pelajar pun yang dapat mencabar kedudukan Baiduri sekarang. Ini bermakna, Hazirah sudah melupakan kewujudan Sky, Roemo dan Juliet di sekolah itu.
Bukan hanya Hazirah seorang sahaja yang tidak ingat tentang mereka bertiga tetapi hampir ke semua pelajar di sekolahnya melupakan mereka bertiga termasuklah Darling. Luna tidak tahu sama ada Darling berpura-pura lupa atau memang Juliet sudah membersihkan memori Darling. Akan tetapi, Luna pasti, Juliet pasti dapat mencuci memori Darling memandangkan begitu mudah hendak mempengaruhi otak Darling.
Ini terbukti apabila Luna sendiri pernah mencubanya berdasarkan apa yang dipelajari melalui buku yang diberi oleh Juliet kepadanya. Dengan keberkesanan ilmu ilusi terhadap Darling tanpa pengetahuan Darling, Luna membuat kesimpulan sendiri.
...bersambung
Bab akan datang:
Apakah kesimpulan daripada Luna sendiri?