Chapter 85

Fantasy Completed 9131

Bab 85

Luna sekadar mengangguk. Dia cuba menyembunyikan perasaan sedihnya jauh dari sudut hatinya supaya Mak Jah tidak mengesyaki keadaannya sekarang.

“Sup yang Luna masak tadi memang sedap. Puan sampai bawak pergi ke pejabat untuk makan tengah hari nanti,” puji Mak Jah dengan bangga.

“Mak Jah juga yang ajar,” balasnya tersipu-sipu malu.

“Eh, tadi ada bungkusan untuk Luna. Mak Jah dah letak dalam bilik Luna.”

“Dari siapa?”

“Dari abang posmenlah. Pergilah tengok. Mak Jah pegang tadi macam buku tapi tak tahulah.”

“Luna naik dulu.” Tanpa berlengah lagi Luna berlari mendaki anak tangga untuk ke biliknya. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, dia terlihat bungkusan yang diberitahu oleh Mak Jah tadi di atas katilnya.
Bungkusan yang dibalut dengan kertas majung berwarna coklat itu diambil. Seperti kata Mak Jah, Luna juga merasai bahawa bungkusan itu adalah sebuah buku tetapi tidak mempunyai setem ataupun cop penghantaran. Malah, alamat pengirimnya juga tidak tercatit di mana-mana.

Aneh, seingatnya Mak Jah memberitahu bahawa bungkusan itu dihantar oleh posmen. Jikalau bungkusan itu dihantar oleh posmen, pastilah ada cop penghantaran.

Ilusi lagi?

Tanpa membuang masa lagi, Luna segera membuka bungkusan itu. Pasti bungkusan itu dihantar oleh Juliet. Hanya Juliet sahaja yang tahu menggunakan ilusi dengan baik di dunia nyata. Setelah membukanya, Luna mendapati memang bungkusan itu terkandung sebuah buku berkulit tebal.

Luna membuka buku tersebut. Sehelai kertas berlipat jatuh ke kakinya. Dia mengambil nota itu dan membukanya. Kertas itu ditulis dengan tulisan tangan.

Kepada Princess,

Terima kasih tak terhingga diucapkan daripada kami bertiga sebab menolong kami menyelamatkan Sky. Kami amat terhutang budi dengan jasa baik kau yang tak berkira menolong orang.

Malangnya, aku terpaksa buat begini. Ini keputusan daripada Sky sendiri apabila dia dapat tahu bahawa orang yang menyelamatkan dia adalah kau. Jangan salah anggap. Dia tak marah dan dia juga tak terkejut cuma dia tidak mahu kau terlibat dengan kegiatan kami lagi.
Berpindah ke sekolah kau merupakan satu keputusan yang bodoh dan tak pernah kami jangkakan. Kami bertiga sudah sedia maklum dengan bahaya di sekeliling kami dan tak mahu orang lain menanggung untuk kami. Cukuplah dengan pertolongan kau dan kami tak ingin melibatkan kau dan memusnahkan kehidupan kau yang normal.

Anggap sajalah kita tak pernah bertemu dan buat seperti biasa apabila kita bertemu dia Dunia Antasia. Ini permintaan daripada Sky. Dia mahukan kau lupakan kami semua. Aku boleh menarik balik ingatan kau tapi aku tak sanggup nak buat begitu. Lagipun aku rasa mungkin aku takkan berjaya memperdayakan kau. Jadi, aku biarkan kau bebas dengan ingatan ini.

...bersambung
Bab akan datang:
Apakah reaksi Princess apabila mengetahui tentang Sky?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience