Chapter 98

Fantasy Completed 9131

Bab 98

Walaupun Luna langsung tidak rasa bersalah sedikit pun terhadap apa yang menimpa Darling, akan tetapi Luna bersyukur kerana Darling mengambil keputusan untuk meneruskan kehidupan walaupun terpaksa melupakan segala-galanya. Dia juga bersyukur kerana Darling hidup dengan baik malah dikelilingi rakan-rakan yang baik.
Selain itu, Luna turut menggunakan ilmu illusi kepada semua pelajar sekolahnya supaya tiada seorang pun mengingati bahawa dia pernah berkawan dengan Darling. Sama seperti ilmu yang digunakan oleh Juliet untuk masuk ke dalam sekolah ini sebagai pelajar biasa dan hilang dari sekolah itu tanpa sesiapa curiga dengan ketiadaan mereka.

Bang! Bang!

Tiba-tiba mereka semua dikejutkan dengan bunyi tembakan sebanyak dua kali. Tembakan pertama mengenai dada Darling dan tembakkan kedua pula mengenai kepala Darling. Dengan serta-merta, darah Darling terpercik keluar dengan deras. Darling yang sedang duduk makan itu tersembam jatuh ke atas meja. Matanya terbuka luas. Darling mati dengan serta merta di situ juga!

Keadaan menjadi kacau bilau apabila mereka melihat sendiri Darling mati ditembak oleh penembak yang tidak dikenali. Para pelajar terutamanya yang dekat dengan Darling menjerit seperti orang histeria. Ada juga yang di antara mereka sudah berlari menyelamatkan diri. Ada juga yang tidak mampu berdiri lagi dan terduduk ketakutan. Ada juga yang sudah jatuh pengsan. Keadaan kantin pada ketika itu kucar kacir apabila kebanyakkan pelajar sekolah lari lintang-pukang menyelamatkan diri.

Luna yang turut terkejut dengan kejadian itu tergamam seketika. Bagaikan tidak percaya apabila melihat dengan matanya sendiri Darling kena tembak sebanyak dua kali dan mati dengan serta merta. Tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang sibuk menyelamatkan diri, Luna pula mencari dari mana datangnya tembakan itu.
Dari jauh Luna dapat lihat dengan jelas kelibat seorang lelaki yang tidak memakai pakaian seragam sekolah, memakai cap hitam. Lelaki itu kelihatan mencurigakan. Satu senyuman gembira terukir di bibir lelaki itu sebelum lelaki itu melarikan diri.

Tanpa membuang masa lagi, Luna segera mengejar lelaki itu yang berlari ke dalam semak di belakang sekolahnya. Tanpa menghiraukan bahaya yang mungkin datang, Luna mengejar lelaki itu dengan sekuat hati. Lelaki itu juga berlari dengan kuat, mungkin mengetahui bahawa dirinya dikejar oleh seseorang.

Beberapa tembakan di lepaskan ke arah Luna namun Luna bernasib baik kerana tembakkan itu dilepaskan secara melulu menyebabkan peluru tidak mengenai sasaran. Luna masih mengejar. Entah dari mana kekuatan itu datang. Apa yang difikir sekarang adalah menangkap pembunuh itu dan menyoal kenapa dia menembak Darling.
Tiba-tiba Luna dikejutkan dengan satu lagi tembakan dilepaskan. Serentak dengan itu ada sebatang tubuh menolak Luna ke tepi menyebabkan Luna jatuh ke tanah. Tubuh itu menghembabnya menyukarkan tubuhnya bergerak. Dia meronta untuk melepaskan diri namun suara itu menghentikan tindakannya.

...bersambung

Bab akan datang:
Siapakah yang menolak Luna?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience