Chapter 72

Fantasy Completed 9131

Bab 72

Bukannya dia tidak pernah kena tapi sudah banyak kali Luna mengalaminya. Kena herdik dengan Lucas bukan satu benda baru buatnya.

Telefon bimbitnya dibiarkan di atas meja. Sambil menunggu panggilan daripada Lucas, Luna memikirkan sekali lagi tentang permainan yang sedang berlangsung ini. Bila-bila masa sahaja Flame dan Rissa akan satu dan memperdaya dia dan Darling. Setelah mereka berjaya, dia dan Darling akan disingkir keluar daripada Dunia Antasia.

Jika difikir, permainan ini amat senang. Apatah lagi rata-rata daripada yang mengambil bahagian lebih ke arah untuk menumpukan pada kad masing-masing daripada mengambil kad orang lain. Jadi, dengan ini masing-masing tidak akan disingkirkan daripada Dunia Antasia. Senang sahaja. Kalau itulah yang berlaku, memang sia-sia sahaja permainan ini diadakan.

“Sia-sia?” Soal Luna sendirian.

Memang logik. Semuanya memang sia-sia belaka tapi bagaimana jikalau Lady Sofea telah menanam perasaan sia-sia itu ke dalam minda semua peserta? Bagaimana jikalau permainan ini lebih susah daripada apa yang dijangka?

Tiba-tiba Luna dikejutkan dengan kehadiran Lucas di hadapannya. “Di sini rupanya kau,” tegur Lucas yang langsung tidak kelihatan gembira.

“Hah, Lucas!”

“Aku telefon kau banyak kali kau tak perasan ke?” Lucas bertanya.

Nada suaranya seperti selalu. Dingin.

“Sorry,” barulah Luna menyedari sebaik sahaja melihat telefon bimbitnya itu. Entah bagaimana dia tidak menyedari telefonnya berbunyi memandangkan lebih 10 miss call telah dibuat oleh Lucas.

“Apa gunanya ada telefon tapi tak tahu nak guna?” Soal Lucas lagi seakan-akan sedang memerli Luna. Dalam keadaan serba salah, Luna memberanikan diri dengan mengukir senyuman. Dia tidak tahu hendak kata apa lagi selain tersenyum.

“Dah! Apa tunggu lagi?!”

“Err… sorry,” tanpa membuang masa Luna segera bangun dari duduknya dan mengorak langkah mengekori langkah Lucas yang mendahului terlebih dahulu.

Tarikh : 6 Jun 2008
Masa : 10.20 pagi
Lokasi : SMK Sri Merdeka

“Princess!” tiba-tiba Luna dikejutkan dengan sapaan seseorang. Apa yang membuatkannya terkejut adalah orang itu memanggilnya dengan nama penanya di Dunia Antasia. Dia yang sedang menikmati makanan bersama Hazirah di kantin sekolah terus berpaling memandang gerangan orang yang berdiri di belakangnya. Alangkah terkejutnya apabila melihat Darling dibelakangnya.

“Kawan kau ke?” tanya Hazirah yang inginkan penjelasan daripada Luna memandangkan pelajar perempuan itu menyapa Luna dengan panggilan Princess.

“Hai, nama saya Darliyana tapi panggil saja Darling.

Mulai hari ini saya merupakan pelajar baru di sekolah ini. Saya kawan baik Princess di alam maya,” kata Darling memperkenalkan diri kepada Hazirah sambil menghulur salam. Namun, belum sempat mereka bersalaman, Luna terlebih dahulu menarik Darling meninggalkan kantin sekolah dan menuju ke tempat yang tidak ramai orang.

...bersambung

Bab akan datang:
Apa yang ingin Luna katakan pada Darling?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience