Chapter 100

Fantasy Completed 9131

Bab 100

Tubuh perempuan yang amat dikenalinya itu bersuara memanggil namanya apabila menyedari dia sudah mencelik mata.

“Luna,” panggil suara Auntie Mariam.

“Auntie,” sahut Luna lemah.

Tidak lama kemudian, barulah Luna dapat melihat dengan jelas wajah Auntie Mariam di sisinya. Dia juga turut melihat Lucas yang sedang nyenyak tidur di sofa yang disediakan di bilik asing itu.

“Lucas begitu risaukan kamu. Dia baru saja nak terlelap,” ujar Auntie Mariam tanpa ditanya oleh Luna.

“Apa dah berlaku?” soal Luna yang merasai seluruh tubuhnya lemah.
“Kamu tak ingat?” tanya Auntie Mariam.

Luna sekadar menggeleng.

“Tak mengapa. Doktor kata masa tu kamu terkejut setelah nampak kejadian ngeri tu depan mata. Tak ada apa yang serius. Malah kaki kamu pun tak serius sangat. Cuma terkehel saja,” kata Auntie Mariam cuba merahsiakan sessuatu daripadanya.

Luna memandang kakinya. Kemudian, satu demi satu ingatan mengenai kejadian itu terbongkar dari kotak ingatannya yang tadinya sudah ditutup rapi. Dia dapat mengingati dengan jelas bagaimana keadaan Darling ditembak mati sebanyak dua kali. Dia juga mengingati kemunculan Sky menyelamatkannya. Juliet dan Romeo juga turut berada di situ. Dan dia juga mengingati bagaimana lelaki itu menembak dirinya sendiri dan mayatnya bertukar menjadi abu pasir!
Dia ingat segalanya!

“Auntie…,” Luna diselubungi perasaan bersalah. Biarpun bukan dia yang membunuh Darling tetapi dia tetap rasa bersalah.

“Tak mengapa Luna. Auntie ada di sini.” Mariam memeluk anak saudaranya itu dengan erat. Sepanjang malam itu, Luna menangis sepuas-puasnya sehingga tertidur di pangkuan Auntie Mariam.

Menyesal pun tidak berguna. Yang berlaku itu tetap akan berlaku. Walaupun aku ada kuasa untuk memutar kembali kejadian itu pun, tidak guna juga. Riwayat Darling telah sampai ke penghujungnya dan aku sebagai manusia biasa tidak boleh mengawal hidup dan mati seseorang. Aku cuma kesal kerana tidak dapat buktikan siapakah pembunuhnya sedangkan aku melihat sendiri wajah pembunuhnya.
Tetapi sekali lagi, jikalau aku beritahu polis mengenai perkara ini. Aku akan dihantar ke Hospital Bahagia dan di cop sebagai pesakit gila.
Polis takkan percaya dengan apa yang aku lihat sebelum aku jatuh pengsan. Lagipun aku tahu, pasti Sky dan yang lain tidak setuju jikalau aku bertindak memberitahu polis. Mungkin selepas ini, Sky akan datang membunuh aku jikalau aku masih berkeras untuk memberitahu polis.

Selepas kejadian ngeri itu berlaku di hadapan mata aku, aku menerima lagi beberapa berita yang mengatakan beberapa orang yang tersingkir dari Dunia Antasia pada bulan lalu di tembak mati oleh seseorang yang tidak diketahui motifnya. Keadaan semakin menjadi begitu serius. Aku cuba dapatkan penjelasan daripada Lady Sofea tetapi jawapan Lady Sofea senang sahaja.

...bersambung

Bab akan datang:
Bagaimana untuk menuntut pembelaan terhadap kematian Darling?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience