Get the app for full experience
Bab 71
Jikalau korang berjaya mendapatkan kad Antasia kumpulan lain, anda adalah pemenangnya dan serta merta kumpulan yang kalah itu akan disingkirkan daripada Dunia Antasia.”
“Kami dibenarkan menggunakan taktik kotor?” tanya salah seorang daripada mereka.
“Ya. Tak ada peraturan yang mesti dipatuhi dalam permainan ini. Kamu semua boleh gunakan teknik kotor untuk memperdayakan kumpulan yang lain dan juga boleh menggunakan pelbagai teknik untuk memastikan kad pengenalan Antasia itu tidak jatuh ke tangan orang lain. Tetapi perlu diingatkan, jangan menggunakan sebarang kekerasan yang boleh mendatangkan kecerderaan yang boleh mendedahkan Dunia Antasia kepada dunia luar.”
“Kalau macam tu lebih baik kita semua memikirkan untuk melindungi kad masing-masing. Dengan itu tiada siapa pun yang akan tersingkir, bagaimana?” tanya Xira memberi cadangan kepada mereka semua.
“Tapi mestilah ada penyingkiran, bukan?” celah satu lagi suara.
“Semua penyingkiran bergantung pada sesiapa yang lalai dan tak menjaga kad itu dengan baik. Jikalau semua permainan ini berakhir tanpa ada seorang pun yang kalah, ini bermakna tiada penyingkiran akan berlaku sebab itu sudah menunjukkan bahawa kamu semua memang menghargai Dunia Antasia ini,” kata Suria pula.
Cabutan undi diadakan tidak lama kemudian. Seorang demi seorang bagi wakil kumpulan dipanggil memasuki sebuah bilik gelap untuk mencabut undi. Tidak lama kemudian, mereka keluar dengan kertas undi masing-masing dan ditunjukkan kepada semua peserta permainan yang terlibat.
“Flame dan Rissa, kamu dapat pencabar,” kata Sofea apabila menunjukkan sekeping kertas yang diberi oleh Darling selepas keluar daripada bilik gelap itu. Ini bermakna Flame dan Rissa adalah pencabar terdekat mereka.
“Aku rasa semua orang mengikut cadangan Xira. Mereka lebih menumpukan pada kad mereka berbanding untuk merampas kad orang lain,” kata Darling kepada Luna setelah mereka duduk di food couth pusat membeli belah Antasia sambil menikmati ais krim yang dibeli mereka.
“Sebab itu sahaja cara terbaik untuk kekal dalam Dunia Antasia. Kau pula rasa macam mana?” Luna meminta pendapat daripada Darling pula.
“Emm… cadangan yang baik tapi kita kena berhati-hati juga. Mungkin Flame dan Rissa tu dengki dengan kita.”
“Betul juga,” kata Darling itu ada benarnya. Walau apapun mereka perlu berhati-hati dengan apa jua yang mendatang.
Tidak lama kemudian, handset Darling berbunyi. Darling membuka mesej yang diterimanya tadi sebelum berkata, “Okey, aku terpaksa pergi dulu, abang aku dah sampai.”
“Bye,” kata Luna sebelum Darling meninggalkan dia keseorangan.
Selepas Darling meninggalkan food court, Luna mengeluarkan telefon bimbitnya. Tiada mesej daripada Lucas yang berjanji akan menjemputnya. Ingin sahaja Luna menghubungi Lucas, akan tetapi dibatalkan sahaja niatnya itu. Lucas pasti akan meradang gila apabila temu janjinya diganggu orang.
...bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang akan dilakukan Luna sementara menunggu Lucas?