Chapter 53

Fantasy Completed 9131

Bab 53

Aku harap dapat mengenali mereka dengan lebih rapat lagi tapi aku tahu, selepas bercakap dengan Sky tadi, mungkin agak susah untuk aku menghampiri mereka.

Dan aku dapat rasakan ada sesuatu yang sedang mereka rancangkan sehingga masing-masing tiba-tiba muncul di sekolah aku. Dan apa yang membuatkan aku lagi pelik adalah kehadiran Romeo dan Juliet. Aku pasti, mereka bukannya pelajar sekolah aku tapi anehnya Hazirah dan kebanyakan pelajar yang aku temu bual tadi rata-rata daripada mereka mengatakan Romeo dan Juliet memang sudah bersekolah lama di sini.

Pelik.

Hanya aku sahaja yang menyedari kehadiran mereka sebagai pelajar baru tetapi hampir ke semua pelajar tidak menyedarinya. Mereka seolah-olah sudah dipukau atau aku hilang ingatan?Tapi aku pasti, ingatan aku masih kuat cuma ada sesuatu yang tidak kena. Keadaan ini seperti salah satu teknik yang aku pelajari di Antasia. Ilusi – Level 1. Ia adalah satu bentuk perangkap yang digunakan untuk memanipulasikan otak manusia supaya menerima apa yang berlaku tetapi jikalau difikirkan sekali lagi, Ilusi hanya boleh digunakan di Antasia sahaja. Walaupun orang itu hebat sekalipun, dia tetap tidak boleh menggunakannya di luar daripada Antasia.

Aku ingin tahu bagaimana mereka lakukannya dan kenapa dan aku akan mengorek rahsia ini sehingga ke akar umbi!

Luna Lusia
5 April; 1:05 pagi

******

Tarikh : 5 April 2008
Masa : 8.45 pagi
Lokasi : SMK Sri Merdeka

“Okey, aku dah dapat maklumat terkini. Nama lelaki yang selamatkan kau semalam ialah Shaqirul Khairul Yazir dan orang panggil dia SKY.
Dia pelajar tingkatan 5 Sains 1 dan baru sahaja daftar masuk sekolahnya ni semalam tapi ramai pelajar perempuan dah gila bayang dengan dia. Aku rasa tak lama lagi Baiduri pun akan gila bayang juga.”
Hazirah berkata seperti wartawan bertauliah dengan penuh bangga.
Luna tidak memberikan apa-apa reaksi. Sekarang, dia bukannya ingin mengetahui tentang latar belakang Sky tetapi apa yang dia ingin tahu sekarang adalah apa yang menyebabkan Sky berada di sekolahnya itu. Jikalau Sky seorang sahaja yang berpindah ke sekolahnya, mungkin dia tidak akan mengesyaki apa-apa tetapi sekarang, Romeo dan Juliet juga berada di sekolahnya dan sudah pastilah dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” tanya Hazirah apabila mula menyedari Luna tidak langsung berminat mendengar berita yang disampaikan tadi.

“Emm... aku dengar,” jawab Luna. Tetapi lagaknya seperti tidak berminat hendak berbual tentangnya.

“Pelik betullah aku tengok kau sejak akhir-akhir ni,” kata Hazirah yang mulai perasan akan perubahan sikap Luna sejak daripada awal tahun lagi.

“Kenapa pula?”

...bersambung

Bab akan datang:
Mengapa Hazirah berkata Luna pelik? Apa yang diperhatikan pelik terhadap Luna?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience