Chapter 104

Fantasy Completed 9131

Bab 104

Perangainya masih tidak berubah dan apa yang teruknya, Sky masih memandangnya kewujudannya dengan sebelah mata.

“Jangan pedulikan Sky. Dia memang macam tu. Semuanya tak boleh.” Kata Juliet telah mententeramkan diri Luna yang berasa bersalah.
“Kenapa Sky begitu harapkan Lady Sofea?” Luna menyoal. Masuk kali ini, entah kali keberapa dia mendengar nama Lady Sofea disebut-sebut mereka. Menurut kata Romeo tadi, Sky masih mengharapkan Lady Sofea menyertai kumpulan mereka. Hati Luna menjadi tidak menentu apabila nama Lady Sofea disebut-sebut apatah lagi melibatkan Sky.

“Kau tak tahu ke?” Juliet memandangnya.
Luna menggeleng.

“Dulu Sky dengan Lady Sofea tu pasangan kekasih.” Kata Juliet dengan nada berbisik di telinga Luna. Berderau darah Luna mendengarnya.
“Tapi, mereka dan berpisah kerana ada masalah dalaman. Sky memang sayang pada Lady Sofea tapi Lady Sofea lebih pentingkan kedudukannya dalam Queen. Tekanan dari pihak Admin juga salah satu punca keretakkan hubungan diorang berdua.” Juliet menerangkan segala-galanya kepada Luna.

“Tapi, dia macam masih mengharapkan Lady Sofea….” Ujar Luna.

“Itu memang tak dapat dinafikan.” Romeo pula menjawab.

Hari ini aku mengenali Sky dengan lebih dekat lagi. Walaupun bukan melalui orangnya tetapi itu sudah cukup memadai. Kini, barulah aku tahu kenapa dia memandang aku dengan sebelah mata dan langsung tidak dapat menerima kehadiran aku yang ingin berjuang bersama mereka untuk melenyapkan Dunia Antasia. Tetapi mujurlah Romeo dan Juliet bertindak sebagai penyelamat.

Dengan ini, walaupun tanpa kebenaran daripada Sky… aku sudah jadi sebahagian daripada mereka bertiga. Mulai hari ini juga, hidup aku akan bertambah sukar lagi. Tetapi aku tidak akan menyesal dengan keputusan ini. Apa yang penting sekarang adalah cari jalan bagaimana hendak memusnahkan Dunia Antasia.

Luna Lusia
20 September; 11: 45 malam

******

Masuk hari ini, sudah hampir setahun bulan berlalu dan aku langsung tidak menulis apa-apa dalam dairi ini. Bukannya tiada perkara yang menarik yang berlaku. Banyak perkara menarik yang berlaku antaranya aku sudah melepasi level 3 di Queen. Pernah memasuki pertandingan dengan ahli dimensi lain dan aku menang tanpa mengeluarkan peluh yang banyak.

Hubungan aku dengan ahli Queen agak perlahan. Ini kerana aku lebih suka mengambil keputusan untuk bergerak secara solo. Rata-rata daripada mereka memang tidak menyukai sikap aku yang dikatakan berlagak hebat. Aku tak kisah. Asalkan aku tak kacau hidup mereka. Aku juga bernasib baik kerana tidak dibuli oleh mereka. Tapi, sanggupkah mereka membuli aku?

Hubungan aku dengan Lady Sofea juga agak dingin. Aku perasan dan ahli lain juga perasan dan apa yang aku dengar, Lady Sofea berasa tercabar apabila ada orang mengatakan bahawa aku merupakan pencabar terdekat Lady Sofea dalam merebut jawatan ketua Queen bagi Generasi ke-2.

...bersambung

Bab akan datang:
Sampai bilakah hubungan Lady Sofea dan Luna dingin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience