Chapter 2

Fantasy Completed 9131

Bab 2

“Please try again later,” Hanya suara operator telefon yang didengarinya. Beberapa kali dia mendail nombor yang sama tetapi suara itu juga yang menjawabnya. Sama ada orang yang cuba dihubunginya itu menutup telefon bimbit ataupun terdapat gangguan talian sekarang.

“Tak guna,” ujar seorang lelaki yang entah bila muncul di sebelah dan merampas telefon bimbit di tangannya. Lelaki itu menamatkan panggilan yang dibuat oleh gadis di tadi. Dia memandang gadis itu tanpa bersuara. Namun begitu, gadis itu seolah-olah faham apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu.

Telefon bimbitnya dipulangkan kembali.

“Lagi lima minit sebelum pintu tertutup,” kata seorang gadis yang berusia dalam lingkungan belasan tahun yang sudah lama berdiri tidak jauh dari mereka berdua. Rambutnya hitam dan panjang melepasi bahu. Di sebelahnya, kelihatan seorang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang tersenyum.

“Say goodbye to your world, Princess,” lelaki itu berkata dengan senyuman sinis. Kata-katanya penuh dengan maksud tersirat.

“Say goodbye…” detik hatinya.

******

Seorang gadis yang berusia awal 20-an turun dari kereta yang dipandu oleh teman lelakinya itu.

“Bye, sayang! Jumpa lagi esok!” kata Katerina dengan suara manja kepada teman lelakinya sebelum melangkah masuk ke apartmen yang dihuninya.

Walaupun bayang Katerina sudah tidak kelihatan daripada pandangan matanya, Lucas Shah Putera masih lagi tidak memandu keretanya pulang. Sebaliknya, dia mencapai telefon bimbitnya yang sengaja ditutup sejak pulang petang tadi kerana tidak inginkan sebarang gangguan daripada sesiapa sahaja ketika dia menghabiskan masa bersama kekasih hatinya, Katerina.

Lagipun, sudah lama dia tidak berpeluang keluar bersama Katerina. Sejak dia perlu bersama bakal tunangnya, Luna Lusia beberapa hari ini. Lucas bukan curang. Dia juga bukan jenis lelaki yang suka berfoya-foya dengan perempuan lain. Dia memang memandang serius dalam soal cinta. Orang yang telah berjaya mengetuk pintu hatinya ialah Katerina. Akan tetapi mamanya telah menyimpan hasrat untuk mengikat tali pertunangan antara dia dengan Luna Lusia.

Memandangkan dia anak tunggal, Lucas tidak dapat membantah hasrat orang tuanya itu. Dia akur walaupun Luna Lusia bukanlah pilihan hatinya tetapi pada masa yang sama, dia tetap memberontak. Dia tetap menjalinkan hubungan dengan Katerina dalam diam.

Lucas sekadar mengeluh. Pening kepala apabila teringatkan masalahnya itu. Sebaik sahaja telefon bimbitnya diaktifkan, berlumba-lumba mesej diterimanya. Belum sempat dia hendak menghubungi sesiapa, telefon bimbitnya berdering pula. Sangkanya Luna Lusia yang membuat panggilan tetapi tekaannya salah setelah mendapati nombor telefon rumahnya muncul pada skrin telefon bimbitnya.

Lucas melepaskan satu keluhan berat. Hanya ada dua perkara yang difikirnya sekarang sama ada Luna Lusia sudah sampai ke rumah ataupun mamanya yang sedang ternanti-nantikan kepulangannya.

…bersambung

Bab akan datang:
Siapakah yang menelefon Lucas menggunakan telefon rumah? Apakah tujuan si pemanggil?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience