Chapter 102

Fantasy Completed 9131

Bab 102

“Princess, macam mana dengan sup yang aku masak tu? Sedap tak?” tanya Juliet mengalih perhatian kepada Luna yang mendiamkan diri sejak tadi.

“Okey, sedap.” Jawab Luna. Bagi Luna, ini bukannya satu pujian yang penuh keterpaksaan tetapi ini adalah kebenaran. Tak sangka, selain bijak, Juliet juga pandai memasak.

“Princess, beritahu yang sebetulnya saja. Tak payah nak simpan dalam hati.” Romeo mencelah.

“Boleh tak kau diam untuk beberapa minit?” Juliet berkata kepada Romeo.

“Aku tak sanggup.” Balas Romeo.

“Kenapa pulak?”

“Sebab kalau aku senyap beberapa minit, aku akan takut kau rindukan aku. Macam Sky rindukan Princess hari tu.” Kata Romeo tanpa bertapis.

Serentak dengan itu, Sky yang sedang menjamah nasi tersedak dan hampir tersembur nasi dari dalam mulutnya. Mujurlah dia sempat menelannya. Luna yang melihat keadaan Sky yang mencari sesuatu terus menuang segelas air dan diberikan kepada Sky. Sky meneguknya sehingga habis.

Luna sempat lagi menjeling ke arah Romeo dan Juliet yang tersengih-sengih seolah-olah ini adalah sebahagian daripada rancangan mereka untuk mengenakan Sky.

“Jangan risau, Princess. Tersedak macam tu memang tiada hal bagi Sky. Diakan hero. Hero mana boleh mati tersedak. Buat malu kaum je,” Romeo bersuara langsung tidak rasa bersalah terhadap kejadian yang menimpa Sky tadi.

Selepas sahaja makan, Luna yang ingin menolong Juliet membasuh pinggan dihalau oleh Romeo dan Juliet sendiri yang menyuruhnya duduk berehat di hadapan. Alasan mereka kerana dia adalah tetamu dan tetamu mestilah buat perkara seperti tetamu lain buat. Iaitu duduk di ruang tamu dan menanti tuan rumah melayannya.

Dengan langkah yang lemah, Luna berlalu ke ruang tamu. Salah satu sebab dia tidak tahu berganjak daripada dapur tadi adalah Sky berada di ruang tamu.Entah kenapa, pertama kali dia rasa ingin melarikan diri daripada Sky. Semuanya gara-gara gurauan tak bertapis Romeo dan Juliet tadi. Memang patut pun mereka di panggil sebagai pasangan sejoli. Bila mereka bergabung tenaga tiada siapa boleh lari. Sky yang panas baran itu pun boleh tunduk terus.

Luna duduk tidak jauh daripada Sky. Kehadirannya di ruang tamu langsung tidak dipedulikan oleh Sky yang masih tidak berhenti membaca. Kali ini Sky membaca sebuah buku Inggeris yang tebal. Televisyen dibiarkan terbuka memberi ruang kepada Luna untuk menontonnya.

“Terima kasih.” Suara itu akhirnya berkata-kata.

“Hah?” Antara terkejut dan gembira, Luna menjawab.

“Sebab selamatkan aku hari tu.” Buku yang dibaca oleh Sky itu ditutup dan diletakkan di sisinya. Dia kemudiannya memandang Luna di hadapannya.

“Oh, itu. Tak mengapa. Kau dah balasnya tempoh hari. Kau selamatkan aku daripada kena tembak.” Balas Luna.

...bersambung

Bab akan datang:
Adakah Luna sudah sihat sepenuhnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience