Get the app for full experience
Bab 76
‘Flame dan Rissa juga langsung aku tak dengar apa-apa khabar berita tentang mereka. Menurut Darling, mungkin mereka mengikut cadangan daripada Xira yang menyuruh mereka semua memberi tumpuan kepada kad masing-masing dan bukannya memikirkan strategi untuk mengambil kad ahli yang lain.
‘Jikalau itu yang berlaku mungkin semua tidak berani bertindak dan semua ahli akan terselamat daripada disingkirkan. Akan tetapi, sesebuah permainan ini akan menjadi sia-sia.
‘Tapi bagaimana kalau permainan ini hanyalah satu perangkap?’ hati Luna menjerit seakan memberi amaran kepadanya supaya membuka semua pintu hati dan fikirannya luas-luas bahawa permainan itu hanyalah satu perangkap.
Luna kemudiannya mengeluarkan kad pengenalan yang berwarna putih itu. Pada kad itu tercatat nama pena yang digunakan di Dunia Antasia, Level yang di dudukinya sekarang dan Dimensi yang telah diberikan kepadanya. Pada kad itu juga terdapat sebuah logo rasmi Dimensi Queen.
“Kalau benar permainan tu hanyalah satu perangkap, aku akan pastikan aku tak jatuh dalam perangkap tu,” ujarnya sambil tersenyum sinis.
Luna sudah bersedia untuk menghadapinya kemungkinan yang akan datang dan pada masa itu, dia akan membuktikan kepada Lady Sofea, bahawa dia bukannya ahli yang lemah dan patut terus menjadi ahli Antasia!
Tiba-tiba lamunannya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat skrin telefon bimbitnya. Nombor yang muncul di skrin itu adalah nombor yang langsung tidak dikenalinya. Tanpa berfikir panjang lagi, Luna segera menjawab panggilan tersebut.
“Hello, nak cakap dengan siapa?” Luna menjawab panggilan itu seperti menjawab panggilan-panggilan yang lain.
Satu suara menyergah ke gegendang telinganya membuatkan Luna sedikit tersentak. Luna langsung tidak pernah menjangka bahawa orang itu akan menghubunginya dan hari ini seperti mimpi sahaja mendengar suara itu.
“Okey, aku datang sekarang,” panggilan ditamatkan serta merta. Tanpa berlengah lagi, Luna segera mencapai barangan pentingnya seperti beg duit dan sebuah beg yang selalu dibawa apabila dia keluar ke bandar dan bergegas ke tempat yang telah dijanjikan.
Luna menjeling pandang pada jam di tangan kirinya. Sudah hampir setengah jam berlalu tetapi bayang seorang pun dia tidak nampak melalui hadapan hentian bas yang sudah uzur itu. Sesekali dia menggaru tangannya yang gatal digigit nyamuk. Keadaan hentian bas itu bukan setakat uzur malah dipenuhi dengan semak samun di belakangnya.
Luna masih setia menunggu. Dalam pada itu juga, dia rasa was-was. Jikalau ini adalah perangkap, memang pesaingnya itu berjaya memperdayakannya. Tetapi dia tetapi ingin tunggu. Dia tidak tahu apa yang membuatkan dirinya tetap berkeras ingin tunggu dan dia juga tidak pasti kenapa dia begitu risau dengan apa yang diberitakan tadi.
Apa yang penting sekarang, Sky berada dalam bahaya!
...bersambung
Bab akan datang:
Bagaimanakah Luna ingin memberitahu Sky bahawa dia dalam bahaya? Adakah Sky mempercayainya?