Get the app for full experience
Bab 70
Tetapi kenapa mereka sanggup bertindak sekejam itu? Menghapuskan ahli kumpulan sendiri? Tapi kenapa? Bukankah jikalau hidup berkumpulan, kita patut bekerjasama dalam satu kumpulan?
Luna Lusia
2 Ogos; 1:45 pagi
Luna menutup dairinya. Hari sudah jauh malam, matanya semakin mengantuk. Kemudian, baru sahaja dia ingin mengorak langkah ke katilnya untuk tidur, langkahnya terhenti. Dia terfikir sesuatu. Sesuatu yang mungkin ada logiknya. Mungkin apa yang dilaluinya pada hari ini adalah jawapan segalanya….
******
Tarikh : 5 Ogos 2008
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Café Queen, Dimensi Queen
Luna nekad dengan keputusannya untuk menyertai permainan tersebut. Dia tahu, ini sahaja jalannya untuk memahami apakah fungsi Dunia Antasia. Benarkah apa yang diperkatakan oleh Juliet bahawa Dunia Antasia adalah dunia yang berbahaya dan Admin yang mencipta dunia ini ingin mencipta askar mereka sendiri untuk menakhluki dunia? Bunyi seperti orang gila tapi jikalau dia memikirkannya mungkin ada benarnya.
Dunia Antasia membolehkan ahlinya berbuat apa sahaja termasuklah mengubah dunia ini menjadi sebuah dunia yang penuh peperangan. Seperti pertandingan yang berlangsung tempoh hari. Menurut Lady Sofea, pertandingan itu hanyalah salah satu permainan sahaja dan menganggapnya sebagai sukan seperti di dunia nyata. Tetapi apabila difikirkan sekali lagi, pertandingan itu tidak nampak seperti pertandingan biasa. Mungkin lebih bahaya daripada apa yang dijangka.
Jikalau benar kata Juliet bahawa Admin sedang melahirkan sekumpulan askar yang boleh menghuru-harakan dunia ini, mungkin dia adalah salah seorang daripada askar itu dan sebab itulah Lady Sofea mewujudkan permainan ini.
“Permainan ni memerlukan kamu bergerak secara berkumpulan. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada dua orang ahli. Anda semua dibolehkan memilih ahli kumpulan sendiri,” Lady Sofea menerangkan sedikit sebanyak mengenai permainan yang akan berlangsung sebentar nanti.
Mereka diberi masa kurang setengah jam untuk menentukan kumpulan masing-masing dan mencatitnya pada sehelai kertas yang diedarkan. Darling sudah terlebih dahulu memilih Luna sebagai rakannya dalam satu kumpulan. Luna sekadar bersetuju sahaja. Dia tidak kisah siapakah yang menjadi rakannya nanti. Apa yang ada dalam kepalanya sekarang adalah berapa peratuskah kebenaran sangkaannya?
Setelah Lady Sofea berpuas hati dengan anak-anak buahnya mewujudkan kumpulan masing-masing, dia menerangkan cara permainan itu kepada mereka semua.
“Baiklah. Semua ada teman masing-masing dan selepas ini korang semua tak boleh bertukar teman. Ini adalah teman anda sehingga tamat permainan ini. Sekarang, saya ingin menerangkan cara-cara bagaimana pertandingan ini dilaksanakan. Setiap kumpulan diberi tugasan yang senang iaitu korang perlu menjaga kad pengenalan Antasia masing-masing sahaja.
“Tetapi, dalam masa yang sama korang perlu merancang satu strategi bagaimana nak merampas kad pengenalan Antasia kumpulan pesaing yang akan ditentukan melalui cabutan undi.
...bersambung
Bab akan datang:
Apa pula taktik kotor yang akan mereka gunakan?