Get the app for full experience
Bab 38
Okeylah, sampai di sini sajalah. Terasa macam nak tidur pula. Esok pagi sambung lagi. Esok pagi-pagi lagi ada temu janji dengan Lucas. Katanya dia nak bawa pergi pelancaran pembukaan ANTASIA. Ya. Aku tahu, bukan Lucas yang ajak tapi Aunty Mariam yang beria-ia suruh kami berdua pergi. Kononnya ingin merapatkan hubungan silatulrahim….
-_-
Luna Lusia
1 Februari: 2.30 pagi
Entah kenapa dia ketawa sebaik sahaja membacanya. Lucas bagaikan boleh melihat sendiri reaksi Luna Lusia pada akhir tulisannya itu. Dia faham maksud Luna. Itu juga yang mamanya kata apabila mamanya menyuruh dia menemani Luna keluar.
Kini, selepas membaca sedikit dairi itu, barulah dia tahu tahun bilakah Luna menulis dairi itu apabila Luna menyebab tentang perasmian pusat membeli-belah Antasia iaitu lebih kurang 2 tahun yang lepas.
Jadi, dairi ini menceritakan segalanya tentang kisah hidup Luna mulai awal tahun 2008 yang juga merupakan tahun kebebasan untuknya pada masa itu. Tidak banyak yang dia ingat apa yang berlaku pada tahun itu tetapi apa yang dia ingin di situlah cinta pertamanya berputik setelah menyambung pelajarannya ke sebuah kolej swasta terkemuka di ibu negara.
Jam pada dinding biliknya sudah menunjukkan hampir jam 12.00 tengah malam. Walaupun matanya sudah mengantuk tetapi Lucas cuba melawan matanya daripada tertutup. Lagipun dia ingin baca habis dairi Luna yang setebal 200 muka surat itu. Tetapi dia tahu, dia tidak mungkin akan menghabiskan bacaannya dalam masa satu malam. Dia boleh sahaja membaca sekali imbas tetapi dia takut jikalau tertinggal satu klu yang mungkin dapat membawa Luna kembali.
Namun, baru beberapa baris dia membaca helaian seterusnya, matanya tewas juga. Lucas terlena dengan dairi di tangannya....
DAIRI LUNA LUSIA
Tarikh : 1 Februari 2008
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Pusat beli-belah, Antasia
“Wah, besarnya.” teriak Luna sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam pusat beli-belah Antasia yang baru sahaja dirasmikan sebentar tadi. Pada hari pertama pembukaannya, ramai pengunjung yang gemar berbelanja tidak mahu melepaskan peluang ini.
“Boleh tak jangan jadi macam orang jakun?” kata Lucas di sebelah dengan dingin.
“Tahulah.” balas Luna menjeling manja.
“Wah, baju-baju kat kedai tu nampak cantiklah!” ujar Luna terus menarik Lucas ke sana juga.
Nak tak nak, Lucas terpaksa mengikut Luna masuk ke kedai tersebut dan seperti biasa dia akan menjadi pak tunggul sambil menanti Luna menyalin baju di dalam bilik persalinan serta memberikan komen tentang baju yang dicuba oleh Luna.
“Okey.”
…bersambung
Bab akan datang:
Mengapa Lucas bersikap dingin dengan Luna?