Chapter 87

Fantasy Completed 9131

Bab 87

Mungkin Darling seorang yang hebat di Dunia Antasia tetapi zero apabila berada di dunia nyata.

“Princess, kita perlukan strategi,” kata Darling. Luna memandang Darling dengan seribu pertanyaan. Kadangkala dia pelik dengan perangai Darling semenjak ini yang begitu risau kerana tempoh permainan akan tamat beberapa hari lagi.

“Strategi apa?” Luna bertanya.

“Strategi untuk simpan ‘benda’ tulah.” ujar Darling sedikit berbisik. Takut kalau-kalau perbualan mereka didengari orang lain.

“Darling, ni dunia nyata. Kita hanya perlu bertindak apabila berada di Dunia Antasia,” Luna cuba memenangkan Darling. Masuk hari ini sudah banyak kali dia cuba tenangkan Darling tetapi kerisauan Darling mengatasi segala-galanya.

“Siapa cakap? Lady Sofea tak pernah cakap yang permainan ni perlu dimainkan di Dunia Antasia, jadi permainan ini sah dimainkan di mana-mana sahaja. Kita mesti lakukan sesuatu sebab cuba kau fikir. Kita semua sudah mengambil keputusan untuk menjauhi Dunia Antasia sepanjang pemainan ini berlangsung dan menumpukan pada kad masing-masing supaya tidak jatuh ke tangan orang lain. Cuba kau fikir betul-betul, takkanlah permainan ni begitu senang? Mesti ada perangkap,” ujar Darling yang buat pertama kalinya berfikir dengan tepat.

“Jadi, apa strategi kau?”

“Kita perlu bekerjasama untuk pastikan bahawa kedua kad kita selamat.”

“Yelah tapi macam mana?” soal Luna lagi.

“Yelah,” Darling tersipu-sipu malu. Luna pula sekadar menggeleng. Dia tahu sangat dengan perangai Darling. “Ah, aku harap ini Dunia Antasia. Di Dunia Antasia, otak aku lagi bergeliga.”

“Apa kata kau masuk ke Dunia Antasia untuk berfikir?”

Kemudian Darling mengangkat kepala memandang Luna. Sedikit-sedikit bibirnya mengukir senyuman.

“Luna kau dah bagi satu idea yang bernas!” Darling memeluk Luna sambil mencium pipi Luna beberapa kali sebelum melepaskannya. Hampir ketandusan oksigen Luna dibuat Darling.

“Okey, aku pergi ke Dunia Antasia dan tunggu berita daripada aku ya?” ujar Darling sebelum berlari keluar daripada perpustakaan itu. Sempat juga pengawas perpustakaan yang bertugas memarahi Darling yang buat bising.

Tarikh : 12 Ogos 2008
Masa : 11.00 pagi
Lokasi : SMK Sri Merdeka

Luna tersentak apabila menyedari Darling berada di hadapannya sebaik sahaja dia ingin melangkah keluar dari dalam tandas. Dadanya diurut berkali-kali kerana terkejut dengan kemunculan Darling tiba-tiba itu. Hampir gugur jantungnya. Nasib baiklah dia memiliki jantung yang kuat seperti Superman, jika tidak, memang rohnya sudah terbang di awang-awangan meninggalkan jasadnya.

“Darling! Kau menakutkan aku saja,” keluh Luna yang tidak berhenti mengurut dadanya yang masih berdegup kencang.

“Oh, maaf. Princess, aku dapat satu idea yang bernas.” Darling berkata sambil memaut lengan Luna dengan gaya yang manja.
“Idea apa?” Luna bertanya. Dia tidak memahami apakah yang ingin diberitahu oleh Darling itu.

...bersambung

Bab akan datang:
Apakah idea bernas yang dikatakan Darling itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience