Chapter 75

Fantasy Completed 9131

Bab 75

Sebagaimana Darling kecewa, begitulah Luna kecewa apabila Sky melayannya dengan sebelah mata sahaja.

“Dia memang macam tu. Tak suka bersosial,” jawab Luna turut bersimpati dengan kekecewaan Darling. Jikalau dia berhati jahat, memang sudah lama dia membalas dendam dengan memalukan Sky di hadapan khalayak ramai. Biar Sky tahu, sama ada langit itu tinggi atau rendah!

“Tapi aku suka!” sorak Darling tiba-tiba sambil tersenyum riang.

“Hah?”

“Aku paling suka orang yang misteri. Kau rasa dia ada girlfriend tak?”
Soal Darling lagi. Kini, tiada lagi wajah kecewanya tapi yang dilihat adalah wajah perempuan gedik yang sama species dengan pelajar-pelajar perempuan yang sudah jatuh cinta dengan Sky!

“Itu, aku tak tahu,” Luna menjawab teragak-agak.

Sesuatu yang aku pasti dengan Darling sekarang adalah dia benar-benar sudah jatuh cinta dengan Sky. Sejak dia satu sekolah dengan aku, dia asyik bertanya tentang Sky dan dalam diam juga telah memasuki kelab peminat setia Sky. Sejujurnya, aku pun tidak tahu bahawa mereka sudah mewujudkan kelab peminat khas untuk Sky.

Sky memang bertuah. Sebab apa aku kata dia bertuah? Sebab Sky seorang manusia yang tidak perlu bersusah payah untuk mempopularkan diri pada orang ramai. Dengan melihat sahaja mukanya, semua orang ingin mengenali Sky dengan lebih dekat lagi. Malah, ada yang menganggap Sky seperti Lucas ketika bersekolah di situ.

Ya. Aku tahu apa persamaan mereka. Kedua-duanya memiliki raut wajah yang kacak dan boleh mencairkan hati sesiapa yang memandangnya. Kedua-duanya juga datang daripada keluarga yang berpengaruh. Kedua-duanya juga memiliki kecerdikkan diluar batasan umur mereka dan lagi satu yang menjadi persamaan, kedua-duanya juga memandang aku dengan sebelah mata dan melayan aku dengan dingin!

Ah, mungkin aku patut jauhkan diri daripada mereka-mereka yang berwajah kacak dan mendapat perhatian ramai. Tapi yang peliknya, bukannya aku yang masuk ke dalam dunia mereka. Mereka yang masuk dalam dunia aku. Semakin aku jauh, semakin mereka dekat dengan aku. Tetapi, aku tak salahkan mereka. Mungkin aku sudah disumpah supaya tidak lekat dengan mana-mana lelaki sejak kecil lagi.
Dunia ini menyembunyikan lebih seribu kemungkinan…

Luna Lusia
6 Ogos; 11: 50 malam

******

‘Tinggal beberapa hari lagi sebelum permainan ini tamat tapi sampai sekarang aku masih tak dapat mencari jawapan apakah yang tersembunyi di sebalik permainan ini. Suara hati aku kuat mengatakan bahawa ada sesuatu yang aku tertinggal dan ada sesuatu yang perlu aku berhati-hati supaya tidak jatuh dalam permainan ini. Jika dilihat sekarang, hanya satu kesimpulan sahaja yang aku dapat berikan mengenai permainan ini iaitu, tiada permainan sedang berlangsung.

...bersambung

Bab akan datang:
Bagaimanakah perjalanan permainan seterusnya nanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience