Chapter 91

Fantasy Completed 9131

Bab 91

Keadaan di dalam begitu suram. Luna kemudiannya melangkah masuk. Keadaan café tinggalan itu hampir menyesakkan nafasnya. Kerusi meja lama yang hampir reput bertaburan di lantai manakala terdapat juga cermin-cermin yang pecah berselerakan di lantai. Luna terpaksa mengambil langkah berhati-hati supaya tidak terpijak kaca yang berselerakan di situ.

Entah kenapa Lady Sofea pilih tempat ini.

“Kenapa?” tanya Luna kepada Rissa yang menangis tersedu-sedu.

Gadis berambut perang itu kemudian menangkat kepala memandangnya dengna tajam. “Aku tahu, mesti kau curi kad tu bukan?! Aku tahu! Pulangkan cepat!” Ujar Rissa dengan pantas menerkam Luna. Mujurlah, beberapa ahli Queen yang turut berada di situ bertindak pantas menghalang Rissa daripada mencederakan Luna.

“Curi kad?” Luna bertanya kembali. Mungkinkah selain dia, ada juga di antara ahli Queen yang mencuri kad rakan lain?

“Kad Antasia milik Rissa dah hilang,” ujar Hanna, gadis yang berlesung pipit di kedua-dua belah pipinya itu. “Bukan sahaja kad Rissa yang hilang malah kad kami semua pun hilang dengan tiba-tiba.”

“Hah? Kad korang pun hilang?” Terkejut Luna mendengarnya.

“Kad kau pun hilang?” Tanya Yara.

Dengan perlahan Luna mengangguk. Pasti ada sesuatu yang tak kena!
Sebentar kemudian, beberapa orang ahli Queen melangkah masuk bersama-sama Lady Sofea dan penolongnya, Suria. Darling juga turut muncul tidak lama selepas itu. Tanpa berlengah lagi, Luna segera mendapatkan Darling.

“Darling, tolong aku! Kad aku hilang….”

“Kad kau hilang, itu masalah kau. Bukan masalah aku,” balas Darling dengan nada kasar. Anehnya. Sepanjang Luna mengenali Darling, inilah pertama kali dia melihat Darling memandang dia dengan pandangan tajam. Malah bercakap kasar dengannya.

“Darling?”

Namun, Darling langsung tidak mengendahkannya. Luna tidak berputus asa. Dia menangkap tangan Darling semula tetapi Darling bertindak kasar dengan menolaknya sehingga tubuhnya terjatuh ke lantai.

“Jangan ganggu aku. Aku bukannya kawan kau!” ujar Darling dengan kasar.

“Princess, awak tak apa-apa?” Hanna datang membantu Luna. Dengan bantuan Hanna, Luna akhirnya mampu berdiri. Nasib baiklah dia tidak terjatuh di atas kaca.

“Nampaknya, kita sudah masuk perangkap.” Bisik Hanna di telinga Luna.

“Baiklah, masa sudah tamat,” Lady Sofea bersuara tanpa mempedulikan kejadian yang berlaku tadi. Dengan sikap Lady Sofea yang endah tidak endah apa yang berlaku di hadapan matanya tadi, Luna sudah dapat membuat kesimpulan. Dia sudah masuk ke dalam perangkap tetapi itu tidak bermakna dia sudah kalah.

“Macam mana dengan permainan ni? Ada di antara kamu yang terperdaya?” tanya Lady Sofea sambil tersenyum sinis seolah-olah sedang mengetawakan mereka-mereka yang gagal melindungi kad masing-masing.

Apa yang menyakitkan, bukan sahaja Lady Sofea tersenyum tetapi Darling dan beberapa lagi ahli Queen yang berdiri rapat dengan Lady Sofea juga tersenyum sinis.

...bersambung

Bab akan datang:
Apa yang dimaksudkan Lady Sofea?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience