Get the app for full experience
Bab 58
Mereka ingin membunuhnya! Tapi kenapa? Dan kenapa mereka terfikir ingin lakukan perkara begitu seolah-olah mereka memandang nyawa seseorang seperti nyawa ikan yang boleh dibunuh sesuka hati.
“Kau dah gila?” pantas Sky memberi reaksi.
“Bukan itu maksud aku,” kata Romeo lagi. “Kita perlukan seseorang daripada Queen untuk lengkapkan apa yang kita bincangkan ni.”
“Ya, aku tengah berurusan dengan Lady Sofea,” kata Sky.
“Bukan Lady Sofea yang kita perlukan sekarang,” pantas Romeo bersuara.
“Apa? Kau nak nak suruh budak hingusan tu gantikan tempat Lady Sofea?” suara Sky seperti terkejut dengan cadangan daripada Romeo itu.
“Tapi, Romeo betul,” Juliet bersuara menyokong Romeo. “Lady Sofea adalah pilihan yang tepat tapi untuk dapatkan pertolongan daripada dia, adalah mustahil. Dia berpihak pada Admin walaupun dia tahu apa yang sebenarnya telah berlaku dan selain Lady Sofea kebanyakan senior Queen berpihak pada Admin. Kau mesti tahu tentang perjanjian mereka dengan Admin dan sekarang kita perlukan seseorang daripada Queen untuk teruskan misi ini.”
“Misi apa?” Luna tiba-tiba menyampuk keluar daripada tempat persembunyiannya menyebabkan mereka bertiga terkejut dengan kehadirannya itu. Kemudian, barulah Luna menyedari bahawa dia sendiri telah mengantoikan dirinya sendiri di hadapan mereka bertiga.
“Ah, aku patut menyorok…” ujarnya sambil mengeluh lemah.
Ya, aku patut menyorok pada ketika itu tapi aku tak dapat kawal diri dan terus muncul di hadapan mereka. Aku masih ingat lagi macam mana wajah mereka sebaik sahaja menyedari kehadiran aku dan menyedari aku sudah mendengar perbualan rahsia mereka itu. Nasiblah, siapa suruh daftar masuk ke sekolah aku dan berbual di tempat yang terbuka.
Tapi, aku bernasib baik kerana selepas itu, mereka berlalu pergi tanpa berkata apa-apa. Dalam pada itu, Sky sempat menjeling pandang aku. Jelingannya seperti memberi makna kepada aku bahawa aku tidak diperlukan dalam misi ini atau apa sekalipun. Ya. Mungkin benar kata mereka. Aku hanyalah budak hingusan yang baru sahaja ingin berjinak dengan Dunia Antasia. Aku tak tahu apa-apa dan aku tak sehebat mereka. Dalam cerita ini, aku hanyalah seorang watak kecil sahaja.
Benar kata Hazirah, walaupun kita dapat hidup di dunia yang kita idamkan, tetapi itu tidak bermakna kita akan memegang watak utama.
Barulah aku sedar, aku mungkin dapat cipta satu dunia di Antasia tetapi aku tetap seorang yang kerdil di sana. Begitu juga di dunia realiti. Mungkin aku patut hidup di dunia nyata selepas ini dan hidup sebagai Luna Lusia yang selalu ditimpa malang setiap hari dan selalu ditinggalkan keseorangan setiap saat.
… hidup masa remaja memang banyak dugaan yang perlu ditempuh…
Luna Lusia
9 April; 2:45 pagi
...bersambung
Bab akan datang:
Bagaimanakah reaksi Romeo, juliet dan Sky apabila terdengar suara Luna disitu?