Get the app for full experience
Bab 36
Lagipun mustahil aku dapat hidup bersama Lucas sebab dia memang tidak pernah menyukai kedatangan aku. Dia memandang aku dengan sebelah mata. Mujurlah tapi aku masih berharap agar dapat berbual dengannya tanpa sebarang masalah. Layanan Lucas memang dingin tapi aku tetap ingin berkawan dengannya sebab aku tidak ingin dia menanggungnya seorang diri. Mahu sahaja aku bercakap dengannya tentang hubungan ini tetapi sikapnya yang dingin itu menjadi penghalang.
Aku berharap, suatu hari nanti Lucas akan faham apa yang terbuku dalam hati aku. Aku bukan seperti apa yang dia fikir selama ini. Aku bukan ingin memusnahkan kehidupannya.
Luna Lusia
25 Januari; 1:00 pagi
Selepas membaca isi hati Luna yang tertulis pada dairi itu, barulah dia mengerti perasaan Luna. Selama ini, dia menganggap Luna seperti orang yang beriya-iya ingin meneruskan rancangan mama dan papanya yang ingin melihat mereka berdua menjalinkan ikatan pertunangan. Malah, ada desas-desus yang mengatakan Luna memang mempunyai perasaan terhadapnya tetapi berpura-pura di hadapannya supaya Luna tidak dimalukan.
Tetapi semua itu hanyalah bohong belaka. Hari ini, dia mendapat jawapan sebenarnya. Dia tahu, dairi Luna tidak akan menipunya. Luna ingin bercakap dengannya untuk membincangkan rancangan keluarganya itu tetapi seringkali tiada peluang untuk berbuat demikian. Ini kerana, dia sering bersikap dingin dengan Luna. Tambahan pula dia seringkali tiada di rumah kerana menetap di hostel. Apabila cuti semester barulah dia pulang ke rumah itupun dia sering memenuhi aktiviti cuti semester dengan aktiviti di kampus.
Haaa… aku bangun lambat lagi. Dan kena berdiri di luar kelas lagi. Masuk kali ini sudah lebih 10 kali aku bangun lewat. Sejak Lucas sudah tamat sekolah, aku selalu lambat. Dahulu Lucas yang tolong ketuk pintu aku dan aku ingat lagi, dia pernah siram aku dengan air sebab aku liat nak bangun. Nasib baik dengan air biasa kalau dengan air panas memang tak wujudlah aku dalam dunia ni lagi.
Aku ingat nak ponteng saja tapi sampai bilalah aku nak ponteng kalau hari-hari asyik datang lambat. Dan masuk kali ini, aku dah kekeringan idea nak tipu cikgu. Ah, cikgu pun tahu yang aku tipu dia. Jadi, lebih baik kering idea daripada cipta bagi idea yang merapu-rapu kepada cikgu sebagai alasan. Hidup sebagai pelajar sekolah memang memenatkan tapi hidup sebagai seorang pekerja lagi memenatkan. Bukankah lebih baik aku jadi seorang puteri raja yang dapat bersenang lenang sambil ditemani oleh dayang-dayang di rumah?
…bersambung
Bab akan datang:
Apakah tindakan Lucas setelah mengetahui isi hati Luna?