Chapter 12

Fantasy Completed 9131

Bab 12

Ya. Dia pernah berjanji. Dia berjanji akan melupakan Luna. Dia juga berjanji akan hidup seperti biasa tanpa Luna di sisi. Dia juga pernah berjanji akan menganggap Luna tidak pernah wujud dalam dunia ini!

Tetapi hari ini, dia mungkir janji. Dia tidak boleh melupakan Luna. Dia tidak boleh menganggap Luna tidak pernah wujud dalam dunianya dan apa yang penting sekali, dia tidak biasa hidup tanpa Luna. Aneh! Wajah gadis itu sentiasa membayangi hidupnya. Setiap minit. Setiap saat sejak dia terjaga daripada lenanya siang tadi. Sebaik sahaja terjaga, kedengaran tangisan daripada mamanya.

Pada saat itu, dia akhirnya percaya bahawa Luna memang sudah tiada. Ini bukan juga satu gurauan daripada mamanya. Malah, dia lihat sendiri. Luna hilang dari sisinya. Dia patut menghela nafas lega.

“Sorry.” Hanya itu sahaja yang dapat diucapkannya. Dia tahu dia tak dapat menebus kembali kesalahannya dengan hanya meminta maaf tapi hanya ucapan itu sahaja yang mampu dilakukan pada ketika itu. “Kalau saya tak tinggalkan Luna hari tu….”

“Lucas, mama tak salahkan kamu. Lagipun kita tak pasti Luna betul-betul berada di sana masa kejadian tu atau tidak. Mungkin Luna masih hidup dan berada di luar sana. Mungkin dia tak mahu pulang….” Mariam tidak mampu hendak meneruskan ayatnya.

“Tak. Luna takkan pulang.” Balasnya sebak. “Dia dah ‘hilang’.”

“Kamu kena kuatkan semangat. Jangan risau, mama akan sentiasa berada di sisi kamu.”

******

Sepanjang hari, Lucas menghabiskan masanya dengan duduk di atas katil dan membaca keratan akhbar tentang letupan itu sambil ditemani oleh mamanya. Sesekali dia merungut pada mamanya kerana biliknya tidak mempunyai tingkap. Dia ingin melihat pemandangan di luar tetapi mamanya memberikan pelbagai alasan antaranya dia belum cukup sihat lagi untuk keluar.

Di dalam wad, mereka banyak berkongsi pandangan tentang apa yang telah berlaku pada masa itu. Apabila membaca berita tentang dirinya yang merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat, dia berasa bersyukur.

“Mama ada berita baik,” kata Mariam setelah melangkah masuk ke dalam wad anaknya itu.

“Saya tahu berita baik tu,” Dia tersenyum seakan tahu apa yang ingin di sampaikan oleh mamanya itu.

“Ya. Kamu dibenarkan balik ke rumah malam ni.”

“Malam?”

“Ya.”

“Kenapa mesti malam?”

“Sebab kamu dah jadi orang yang terkenal di Malaysia ni. Kalah artis dan Perdana Menteri Malaysia tau.”

“Kenapa?” dia masih menyoal.

“Mestilah kamu akan diserbu oleh para wartawan di luar sana. Mereka nak dapatkan berita tentang kamu. Sebenarnya wartawan ada di sekitar hospital ni sejak kamu dimasukkan ke dalam hospital. Jadi, nak tak nak kamu kena menyelinap keluar pada waktu malam.”

…bersambung

Bab akan datang:
Benarkah kata-kata mamanya bahawa dia dibenarkan pulang pada waktu malam untuk mengelak para wartawan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience