Get the app for full experience
Bab 65
Tolong jangan masuk campur dalam hal kami sebab aku tak boleh jamin keselamatan kau nanti.”
“Kau cakap macam nak bunuh orang saja.” Luna tersenyum. Dia langsung tidak takut dengan amaran Sky.
“Dalam permainan, nyawa bukanlah satu benda berharga lagi tapi dah jadi seperti satu perjudian. Ini amaran aku, hentikan rancangan mengintip kami bertiga.” Ujar Sky sebelum berlalu meninggalkan tempat duduknya.
Nyawa merupakan satu barang yang paling berharga dan tidak boleh ditukar ganti. Itu di dunia realiti tetapi di Antasia, nyawa merupakan satu barang yang tiada nilai dan sebab itulah permainan ini diadakan...
“Permainan?” tanya Hanna.
Sejak dari malam semalam, semua ahli Queen yang baru yang terdiri lebih kurang dalam 20 orang mendapat arahan daripada Lady Sofea supaya berkumpul di Café Queen – sebuah café yang menjadi tempat persingahan ahli Queen dan juga merupakan tempat lepak kebanyakan ahli Queen.
Perjumpaan tergempar yang diadakan di pada jam 3.00 petang itu membuat Luna dan beberapa lagi ahli Queen tertanya-tanya apa yang ingin dibincangkan. Menurut desas-desus yang didengarinya, tiga Dimensi lain iaitu King, Royal dan Jewel telah membuat beberapa penyingkiran ahli dan kebanyakan yang disingkir adalah ahli yang tidak aktif, ahli yang melanggar peraturan dan ahli yang gagal dalam ujian. Ramai yang tertanya-tanya mengenai penyingkiran itu memandangkan pada awal lagi, pihak Admin tidak menyentuh sedikit pun tentang hal itu.
Namun, pada hari itu, soalan mereka akhirnya terjawab apabila Lady Sofea menyatakan apakah yang dinamakan dengan penyingkiran itu.
“Ya. Satu permainan.” Seperti biasa, Lady Sofea akan mengukir senyuman. “Permainan ini senang sahaja. Tetapi apabila sesiapa gagal dalam permainan ini, kami terpaksa membuat penyingkiran sebab kami tak mahu jadi seperti generasi dahulu yang akhirnya membawa kepada pepecahan dalam Dimensi. Ada juga yang ingin memusnahkan Dunia Antasia yang berharga ini. Jadi, setelah kami berbincang, kami bersetuju untuk membuat penyingkiran kepada sesiapa yang gagal memenuhi ciri-ciri ahli yang kami mahu.” Lady Sofea menerang sebaiknya kepada semua yang hadir.
Masing-masing berpandangan. Kelihatan semuanya masih lagi ragu-ragu dengan permainan yang mereka main nanti.
“Saya tahu kamu suka dengan Dunia Antasia dan kami diberitahu oleh Admin bahawa ahli Queen adalah antara yang menjaga disiplin dan mengikut peraturan. Jadi, saya ingin menguji kamu semua berapa setiakah kamu terhadap Dimensi Queen dan Dunia Antasia ini,” Suria disebelah Lady Sofea pula bersuara.
“Kami wajib sertai ke?” tanya salah seorang daripada mereka.
“Ya. Semua wajib menyertainya. Jikalau ada sesiapa yang ingin menarik diri, dia secara automatik disingkirkan daripada Dunia Antasia dan tidak dibenarkan masuk ke dalam dunia ini lagi.
...bersambung
Bab akan datang:
Adakah Luna masih kekal di dunia Antasia?