Get the app for full experience
Bab 3
“Lucas! Kamu di mana sekarang? Dah pukul berapa ni tak balik-balik lagi? Luna mana?” Belum sempat dia berkata apa-apa, bertubi-tubi soalan diajukan oleh mamanya.
“Nak baliklah ni,” jawab Lucas dengan nada perlahan.
“Luna mana?” tanya mamanya lagi, seolah-olah dapat menghidu ketiadaan Luna di sisinya sekarang.
“Nak pergi ambik dialah ni,” jawab Lucas.
Dia tidak ingin berbohong lagi. Dia sudah nekad untuk memberontak mulai hari ini. Dia tidak kisah. Jikalau dia terlalu menurut kehendak mamanya, kebahagiaan yang diimipikan selama ini akan hilang begitu sahaja. Mulai hari ini, dia tidak mahu lagi tunduk dengan permintaan mamanya.
“Hah? Kamu tinggalkan Luna sorang-sorang?”
“Bukan sorang-soranglah mama. Saya ada hal, jadi saya turunkan dia di Antasia. Dia yang nak pergi shopping di sana. Sekarang ni dalam perjalanan ke sanalah.”
“Hal apa sampai pukul 12:00 baru nak pergi ambil dia?” Mamanya sudah mula membebel. “Kalau apa-apa terjadi pada Luna tu, siapa nak jawab?” tambah mamanya lagi.
“Mama, Antasia tu kan buka sampai jam 3.00 pagi. Lagipun, sekarang ni ramai yang sedang shopping di sana. Jangan risaulah. Okey, saya tengah memandu ni. Kejap lagi kami baliklah rumah.”
Lucas menamatkan perbualan itu. Kereta Myvi merah miliknya dipandu laju menuju ke destinasi yang dituju.
******
Setibanya di pekarangan Antasia, Lucas segera menghubungi nombor telefon bimbit Luna Lusia, seseorang yang dianggap yang sering mengganggu kehidupan sehariannya. Walaupun dia pernah berharap Luna akan pergi juah dari hidupnya, itu bukan bermakna dia tidak menyukai Luna. Dia cuma tidak suka dengan keadaannya sekarang yang memaksanya ke hulu dan ke hilir menghantar dan menjemput Luna. Kadangkala, dia terpaksa menjadi pengawal peribadi Luna yang bagaikan tuan puteri itu.
Tiada sebarang jawapan yang diterima. Panggilannya tidak dijawab. Hanya operator telefon yang kedengaran. Dia mendail sekali lagi. Namun panggilannya kekal tidak berjawab. Dia mendengus geram.
Lucas kemudiannya mengirimkan pesanan ringkas kepada Luna untuk memberitahu Luna bahawa dia sedang menunggu di tempat letak kereta. Namun, setelah puas dia menunggu, tetap tiada sebarang balasan daripada Luna.
Dia mula naik angin. Ini bukan kali pertama Luna berbuat begitu. Kali terakhir Luna berperangai sebegitu adalah beberapa minggu lepas. Di tempat yang sama juga yakni Antasia. Ketika itu, selepas cuak dengan kehilangan Luna yang tidak menjawab panggilanya, dia meredah masuk ke dalam Antasia. Setelah puas mencari, akhirnya dia menemui Luna yang sedang bersenang-lenang menikmati aiskrim.
…bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang akan dilakukan oleh Lucas setelah Luna tidak menjawab panggilannya?