Chapter 69

Fantasy Completed 9131

Bab 69

“Okey!” suara Juliet kedengaran tidak lama kemudian dan serentak dengan itu, cermin yang mengelilingi mereka semua lenyap dengan tiba-tiba. Juliet kemudiannya muncul di antara mereka berdua. “Ini pertama kali aku rasa tercabar dengan seseorang junior yang mentah.”

“Hah?” Luna tidak memahami apakah yang diberitahu oleh Juliet itu. Kemudian, pedang di tangan Sky turut lenyap dengan sendirinya. Luna tidak pasti apakah yang sedang berlaku di antara mereka. Mungkinkah tadi itu hanyalah lakonan sahaja?

“Maksud Juliet, selama ini tiada siapa pun yang dapat mengagak teknik terbarunya tetapi kau dah catat rekod,” terang Romeo.

“Bagaimana kau tahu?” tanya Juliet lagi.

Luna menggeleng. Dia sebenarnya tidak mengerti apakah yang sedang diperkatakan mereka. Sama ada mereka bercakap dengan bahasa bunian atau dia yang tidak faham bahasa Melayu.

“Jadi memang betullah apa dia kata? Kalau aku musnahkan cermin tu….”

“Ya. Kau akan mati,” balas Juliet tanpa berselindung lagi.

Sky kemudiannya memandang Romeo. Romeo sekadar mengangkat bahu. Kemudian, Sky memandang Luna di hadapannya.

“Bagaimana kau dapat kesan teknik kotor Juliet.”

“Sorry, itu bukan teknik kotor tapi teknik yang bijak cuma apa yang aku hairan bagaimana Princess boleh tahu dengan teknik tu.”

Luna mendapati mereka bertiga memandangnya semacam. Dia tahu, mereka inginkan jawapan daripadanya. Tetapi malangnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya.

“Memang senang dijangka, bukan?” Luna akhirnya bersuara setelah tidak mampu hendak melarikan diri daripada pandangan mereka.
“Sebab dalam cermin tu hanya ada bayang kami bertiga. Tiada langsung bayang Juliet.”

Kemudian masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Juliet memandang Romeo dan Romeo memandang Sky. Sky pula memandang Juliet. Masing-masing inginkan penjelasan.

“Komen aku, jawapan yang dia beri adalah jawapan yang bodoh,” kata Juliet sebelum berlalu meninggalkan mereka bertiga. Kemudian diikuti dengan Romeo turut mengorak langkah dan akhir sekali Sky.

“Hey! Kita belum habis lagi,” jerit Luna yang tidak faham apakah yang sedang berlaku sebenarnya.

Romeo, Sky dan Juliet. Aku tak tahu apakah yang mereka bertiga sedang fikirkan. Kejadian pada hari ini membuat aku semakin tidak faham dengan mereka bertiga. Pertarungan antara Juliet dan Sky juga membuat aku tertanya-tanya. Pada masa itu aku sememangnya dapat rasa mereka bukannya sengaja bergaduh di depan aku. Aku masih ingat lagi wajah Sky pada ketika itu, memang penuh dengan kebencian. Apa yang difikirnya hanyalah menghapuskan Juliet tapi sebaliknya pula berlaku.

Mereka pergi dengan seribu tanda tanya. Dengan cepat sahaja mereka berubah menjadi sedia kala seperti tiada apa yang berlaku. Puas aku memikirkan tetapi aku tetap tak ada jawapan. Benarkah mereka bertiga itu satu kumpulan?

...bersambung

Bab akan datang:
Apa sebenarnya yang dirancangkan Romeo, Sky dan Juliet?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience