Chapter 80

Fantasy Completed 9131

Bab 80

“Romeo beritahu, Sky sudah menunjukkan tanda-tanda positif.” Kata Juliet menyapa Luna yang sedang menghirup kopi panas di ruang tamu rumah agam itu. Hujan turun dengan lebat diluar langsung tidak dipedulikannya. Apa yang berada difikirannya sekarang hanyalah keadaan Sky. Walaupun, dia dapat menghafal kesemua bahan-bahan yang diperlukan untuk membuang racun itu tetapi dia tidak pasti adakah ramuannya itu cukup kuat untuk menyelamatkan Sky.

“Baguslah.” Luna akhirnya dapat menghela nafas lega. Terasa seperti beban yang ditanggungnya tadi semakin menyusut. Akhirnya dia boleh menarik nafas lega.

“Tapi, aku nak tanya beberapa soalan.” Juliet berkata.

Namun, bagi Luna, dia sudah tahu, pasti Juliet akan mengemukakan soalan dan inginkan penjelasan daripadanya. Oleh itu, sejak awal lagi, dia sudah bersedia untuk memberitahu Juliet. Bukan sebab dia percayakan Juliet tapi bagi Luna, inilah masanya untuk tunjukkan dirinya yang sebenar.

“Aku tahu apa yang bermain difikiran kau sekarang.” Luna mengukir senyuman.

“Ya. Tapi aku tak faham, kenapa seorang ahli Queen level bawah menghafal satu buku penawar racun? Malah, yang peliknya lagi, menyimpan bahan-bahan penawar racun di sebuah rumah tinggalan?” Soal Juliet inginkan penjelasan.

“Jawapannya hanya satu. Dewasa.”

Juliet mengerut dahi tanda tidak memahami jawapan yang diberikan Luna itu.

“Aku tak tahu sama ada kau faham perasaan orang yang selalu ditinggalkan keseorangan. Sunyi. Asing dan selalu diperlekehkan.
Dahulu, aku seorang yang manja dan apa yang aku minta semuanya aku dapat. Tapi, itu dulu… sebelum mama dan papa meninggalkan aku. Selepas mereka tinggalkan aku, semua tu hilang secara mendadak.
Aku dah tak boleh bermanja dengan sesiapa lagi dan apa yang teruk lagi, aku tak dapat apa yang aku idamkan selama ini. Sebab tulah, aku berharap aku dapat menjadi seperti seorang puteri raja.

“Kemudian, seperti yang telah ditakdirkan aku ‘berjumpa’ dengan Dunia Antasia. Pada masa itu, aku rasa impian aku dah tercapai sebab di dalam Dunia Antasia, kita mampu buat apa sahaja termasuklah mencipta sebuah lagi dunia dan menjadi seorang puteri raja di dalam dunia itu. Itu yang aku idam-idamkan. Namun, hari demi hari aku mula memahami bahawa semua itu hanyalah satu perangkap sahaja. Sekali kita masuk di dalam sana, tiada jalan untuk keluar dengan senang.

“Dunia Antasia telah mengubah hidup aku daripada seorang yang manja dan tidak tahu berdikari menjadi seorang yang agresif dan alert dengan apa yang berlaku. Seseorang kawan yang telah menyedarkan aku supaya berfikir untuk menjadi dewasa dan mulai hari itu, aku berusaha untuk menjadi dewasa tetapi dalam masa yang sama, aku masih berpura-pura menjadi Luna Lusia yang manja dahulu.

...bersambung

Bab akan datang:
Apa yang ingin dilakukan oleh Luna sebenarnya di Dunia Antasia ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience