Chapter 48

Fantasy Completed 9131

Bab 48

Dan akhirnya aku terpaksa menerima hakikat bahawa belajar itu memang penting. Kalau tak belajar tinggi-tinggi macam mana nak takluki dunia? Hehe…

Tapi itu dulu. Kini, aku ingin berada di sekolah setiap saat. Sebabnya hanyalah satu…. Sky.

Tarikh : 4 April 2008
Masa : 7. 25 pagi
Lokasi : SMK Sri Merdeka

Sebaik sahaja Luna menjejak kaki melepasi pintu pagar sekolahnya, loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah pun bermula. Dia menarik nafas lega kerana sampai ke sekolah tepat pada masanya. Jika tidak, dia akan menjalani rutin hariannya dengan mengutip sampah setelah habis waktu persekolahan.

“Nasib kau memang baiklah hari ni,” satu suara menyapanya.

Luna memaling memandang seorang pengawas perempuan yang amat dikenalinya. Siapa yang tidak kenal kalau hari-hari datang lambat dan hari-hari jugalah pengawas itu jugalah asyik menulis namanya.

“Anggap sajalah nasib malang aku dah tak ada lagi,” balas Luna sebelum melangkah untuk ke kelasnya. Baru sahaja beberapa tapak dia melangkah, kedengaran hon kereta di belakangnya.

Dia terkejut apabila melihat sebuah kereta yang hanya beberapa inci sahaja daripada tempatnya berdiri. Menyedari dia berjalan di tengah-tengah, Luna segera melangkah ke tepi tetapi sempat juga dia merungut sendirian.

“Tahulah pakai kereta besar tapi jangan nak berlagak. Huh!”

Baru sahaja dia ingin menyambung perjalanannya ke kelas, sekali lagi langkahnya terbantut apabila memandang seseorang lelaki melangkah keluar daripada kereta tersebut. Dia mengamati lelaki yang berpakaian sekolah itu dari tempatnya berdiri. Wajahnya seperti seseorang yang pernah dilihatnya.

‘Hah! Sky!’ jerit hatinya.

Kakinya seperti digam. Dia kaget berdiri di situ sambil matanya tidak berkelip memandang setiap gerak-geri Sky. Walaupun Sky berlalu melintasi hadapannya, dia masih lagi tidak bergerak. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihat.

“Ah, tak mungkin! Mungkin aku dah gila bayang,” ujar Luna sambil menggeleng kepalanya beberapa kali. “Baiklah, lupakan tentang Sky dan tumpukan perhatian pada sekolah!”

Dek kerana merasakan dirinya seperti orang yang gila bayang, Luna menganggap apa yang dilihatnya tadi hanyalah mimpi semata-mata. Dia kemudiannya bergegas menuju ke kelasnya sebelum guru pada masa pertama masuk. Jika tidak mungkin dia akan kena denda sekali lagi sebab lambat masuk ke dalam kelas.

“Selamat pagi,” ucap Luna kepada seorang pelajar perempuan yang juga merupakan kawannya yang paling akrab di sekolah itu, Hazirah.
“Awal kau datang hari ni,” balas Hazirah seperti memerlinya.

Luna sekadar tersengih. Cukuplah kalau Hazirah sudah faham dengan perangainya yang selalu menimbulkan masalah terutama sekali jikalau masalah kehadiran. Kalau tidak ponteng, mesti datang lewat.

Kadangkala dia sendiri sudah muak mendengar nasihat daripada Hazirah yang beberapa kali menyatakan dia tidak suka dengan perangai buruknya itu.

...bersambung

Bab akan datang:
Adakah Luna mula menyukai Sky setelah melihat pertarungan tersebut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience