Chapter 23

Fantasy Completed 9131

Bab 23

“Saya minta maaf, setakat ini, tiada cara untuk menyembuhkan penyakit ini. Tapi puan boleh menghalangnya penyakit itu daripada menjadi teruk dengan elakkan anak puan terdedah daripada sinaran cahaya matahari atau apa-apa cahaya yang boleh mengeluarkan sinaran ultraungu.”

“Ini bermakna, dia tidak boleh hidup seperti orang biasa?” soal Tuan Alias.

Doktor Kamil sekadar menggeleng.

“Seperti awal-awal lagi, saya tak boleh jamin keselamatan anak Tuan tapi saya akan cuba yang terbaik untuk menyelamatkannya. Semuanya berlaku sebab letupan misteri yang dialaminya. Sinaran letupan itu telah merosakkan DNAnya sehingga menyebabkan dia menghidapi penyakit X.P ini. Memandangkan pihak berkuasa pun tengah menyiasat tentang letupan misteri itu, jadi, saya tak dapat beri kemungkinan yang berlaku pada Lucas. Tapi, apa yang saya tahu, dia mengalami symptom X.P.” Terang Doktor Kamil lagi.
“Penyakit ni boleh dibawa mati?”

“Bergantung pada jenis X.P yang dihidapinya. Disebabkan penyakit ini bukan sejak kecil lagi, saya tidak berani memberikan jaminan berapa lama pesakit boleh hidup. Tapi marilah kita bersama-sama berdoa supaya penyakit ini hanyalah sementara saja.”

Tarikh : 12 Mac 2010
Masa : 2.00 petang
Lokasi : Kediaman Tuan Alias

“Mama minta maaf sebab tak beritahu awal-awal,” ujar Mariam diselubungi perasaan serba salah. Sudah beberapa kali dia ucapkan kata maaf namun, anaknya itu sekadar mendiamkan diri setelah pulih tadi.

Lucas sekali lagi mendiamkan diri. Dia masih lagi tidak boleh menerima kenyataan bahawa dia bukan lagi seperti manusia normal seperti dahulu. Mulai hari ini, dia akan menempuhi hidup seperti seorang vampire yang tidak boleh berjumpa dengan matahari. Satu keluhan dilepaskannya.

“Walau apa pun mama tak sepatutnya sembunyikan perkara ni.”
Akhirnya Lucas bersuara. “Dan tolong jangan anggap saya ni macam budak kecil yang tak reti berfikir.”

“Sorry. Mama tak tahu nak beritahu macam mana.”

“Seperti yang mama cakap sebelum ni, benda dah berlaku dan kita mesti terima walaupun sukar,” balasnya. Lucas mengukir senyuman walaupun perit.

Mariam membalas senyuman anaknya itu. Dia tahu Lucas masih belum dapat menerima kenyataan itu dengan sepenuh hati.

“Mama, saya perlukan rehat,” katanya. “Don’t worry, saya takkan bunuh diri.”

“Mama tak fikir macam tu tapi rehatlah. Dan jauhkan diri daripada cahaya matahari.” Pesan Mariam sebelum meninggalkan bilik anak lelakinya itu untuk memberi ruang kepada Lucas untuk menenangkan diri.

Lucas melihat kedua tangannya. Kulitnya yang seakan terbakar akibat terkena cahaya matahari tadi, semakin kembali ke warna asal. Sememangnya dia terkejut dengan apa yang diberitahu oleh mamanya tadi. Ini kerana dia tidak tahu adanya penyakit seperti itu dalam dunia ini.

Tidak boleh kena sinaran matahari?

…bersambung
Bab akan datang:
Fikiran Lucas sentiasa diserbu dengan soalan mengenai kejadian letupan itu. Adakah dia akan menyiasat dengan lebih lanjut?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience