BAB 103 - DEGIL YANG MEMBAWA LUKA

Fantasy Series 4022

Ahmadi tersenyum syukur selepas mendapat laporan daripada Putih .

Sedikit kelegaan menyapu hatinya yang pada awalnya ditepuk - tepuk manja oleh kerisauan yang sedikit pedas rasanya .

Dia menghampiri Pendekar Bayu yang berwajah tenang . " Arahkan Pasela kepung kawasan ni . Bersedia untuk buat Dinding Psikik Tahap Tinggi dan biarkan Pasukan Taktikal Khas Pasela berkawal kat luar . Yang penting , halang serangan daripada keluar . "


Pendekar Bayu menganggukkan kepalanya lalu memandang ke arah Kol . Jeneral Corazon yang masih tidak menyenangi akan kehadiran Pasela di situ . " Kalau kau tak nak ada kehilangan nyawa , arahkan Pasukan Taktikal Khas kau keluar . Sekarang . "

Kol . Jeneral Corazon dengan persasaan geramnya dia menurut arahan Pendekar Bayu .

" Siapa lelaki tu ? " Tanya Vastu dengan jelas .

" Nama dia Firdaus . Dia Ketua satu Organisasi rahsia Kerajaan yang dulu . Tugas diorang banteras jenayah yang dilakukan oleh Golongan Freak . " Balas Kol . Jeneral Corazon dengan nada geramnya . " Organisasi ni yang kawal kes - kes jenayah yang dilakukan oleh Golongan Freak ni . Sebab tu masyarakat jarang dengar Golongan Freak ni bermasalah . Diorang nilah yang uruskan . "


" Golongan Freak ni memang wujudlah maksudnyakan . " Kata Vastu lagi .


" Wujud . Korang je yang tak tahu dan malas ambil tahu . " Balas Kol . Jeneral Corazon lalu dia mengarahkan Pasukan Taktikal Khasnya berundur semula .


Siti Nursamawi memberikan isyarat tangan kepada Siti Khumairah untuk mula bergerak selepas dia mendapat isyarat daripada Ahmadi .


Para wartawan daripada semua Media Utama , dapat melihat semua kehadiran Ahmadi serta mereka yang lain .

Para penonton yang berusia remaja , yang mengenali akan Nurzahirah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze terkebil - kebil dan tertanya - tanya serta tergamam .

Apatah lagi ketika melihat kehadiran Nurzaharah di situ .


Bagi penonton yang sebaya dengan Ahmadi dan semua rakannya , dan juga sebaya dengan Pendekar Bayu , mereka mula tertanya - tanya akan sebab kenapa Ahmadi berserta semua rakannya berada di situ .


Kelihatan Fateh sedang berborak dengan salah seorang daripada Ketua Pasukan Taktikal Khas .

Berlaku sedikit pertelingkahan kecil kerana , ketaksuban kepada tanggapan Freak adalah golongan yang menakutkan .


Tidak beberapa lama kemudian , Daniel mencelah untuk mendamaikan keadaan dan akhirnya kata sepakat dipersetujui .


Daniel menghampiri Ahmadi . " Die . Diorang nak berada kat barisan hadapan . "


Ahmadi tersenyum dan berbisik sesuatu kepada Daniel .


Daniel kelihatan sedikit terperanjat . " Didie jangan buat gila . "


" Bukan gila . Cara ni je yang dapat bukakan mata semua diorang ni . " Balas Ahmadi sambil tersenyum . " Lepas tu , baru kita lakukan apa yang sepatutnya yang kita lakukan . Tapi , lepas semua tebusan tu dapat dikeluarkan . "


Daniel bertemu semula kepada kumpulan kecil tadi dan memberitahu mereka akan syarat yang diberikan oleh Ahmadi .


Kumpulan kecil itu tidak bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh Ahmadi dan mereka berkehendakkan , mereka sendiri yang akan menyelamatkan semua tebusan itu .


Sekali lagi Daniel bertemu dengan Ahmadi dan memberitahunya akan syaratnya telah ditolak mentah - mentah .


Ahmadi tertawa . " Okey . Semua Wartawan kat situ , dapat dengarkan ? "


" Rasanyalah ' kut ' . " Balas Daniel dengan jelas . " Kenapa ? "


" Sekurang - kurangnya , kalau ada yang terbunuh nanti , kita terlepas daripada dipersalahkan . " Kata Ahmadi sambil tersenyum . " Undurkan pasukan kita . Kita lepak tengok diorang . "


Seketika kemudian , semua Pasukan Ahmadi dan Pasela berundur dan mencari tempat mereka pada bahagian belakang .


Ahmadi duduk di atas Bonet Kereta Siti Nursamawi .


" Saya yakin 100 % . Akan ada yang terkorban . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas .

" Bukan salah kita . " Celah Aivira dengan agak jelas . " Diorang yang nak . "

Beberapa orang Wartawan bertemu dengan Ahmadi . " Encik , Encik . Dengar cerita tadi , Encik ni , Ketua Sayap Peganiex , betul ke ? "

Ahmadi tersenyum . " Betul . Kitorang ni semua , penggerak kepada Sayap Peganiex . Termasuklah adik - adik yang berempat ni . "


Kamera ditumpukan kepada Mandy Chong Wei Tze , Nurzahirah , Siti Aisyah , dan Nurzaharah .


" Sayap Peganiex dan Encik semua ni , Golongan Freak ke ? " Tanya seorang Wartawan kepada Siti Nursamawi .


Siti Nursamawi memandang ke arah Ahmadi dan Ahmadi menggerakkan kepalanya dengan lembut .

Tanda sebagai Siti Nursamawi menjawab soalan itu .


" Jujur je . " Kata Ahmadi sambil tersenyum .


" ' Aah ' . Kitorang , Sayap Peganiex . Golongan Freak . " Kata Siti Nursamawi dengan lembut dan jelas . " Yang semua ni , yang pakai baju Taktikal Khas ni pun , sama . "


" Jadi , apa sebenarnya yang berlaku sekarang ni ? Dalang ni , memang didalangi oleh Golongan Freak juga ke ? " Tanya seorang lagi Wartawan kepada Maera .


" Ye . Dalang penculikkan ni memang daripada Golongan Freak . Dan tugas kitorang sebenarnya , untuk mencegah kes - kes macam ni berlaku . " Kata Maera dengan lembut . " Tapi . Awak semua dengar sendiri tadi . Pasukan Keselamatan kita yang akan selamatkan tebusan tu . Jadi , kitorang tak boleh nak buat apa - apa untuk ketika ni . "


Santos dan ahli keluarganya yang menonton siaran tergempar itu tersenyum .


" Saya dah agak . Didie memang Golongan Freak . " Kata Santos sambil tersenyum dan kemudian , dia mencapai Smartphonenya untuk menghubungi Ketua Jabatannya .


Ahmadi menghubung Putih dan mengarahkannya untuk keluar daripada tempat dia bersembunyi .

Kol . Jeneral Corazon melihat ke arah Monitor yang memaparkan Kamera Dada Pasukan Taktikal Khasnya . " Saya tak nak pasukan gila tu jadi ketua dalam kes ni . Ini kes kita . Kes Manusia yang diculik oleh Golongan Freak . Kita kena selamatkan mereka . "

" Betul tu . Kita yang sepatutnya jadi ketua kat sini . Bukannya pasukan celaka tu yang jadi ketua dalam misi ni . " Celah Vastu dengan nada bongkaknya .


Beberapa orang anggota pasukan Kol . Jeneral Corazon dan Vastu yang berada di situ , turut bersetuju dengan pendapat itu .

Namun , ada juga yang menyedari akan hakikat bahawa , Golongan Freak , seharusnya diuruskan oleh Golongan Freak sendiri .


Putih yang muncul entah dari mana , berlari - lari anak menghampiri Ahmadi . " Kenapa Tuan batalkan rancangan kita ? "


" Diorang semua nak selamatkan sendiri tebusan tu . " Balas Naera dengan jelas .


" Apa ? ! " Reaksi spontan Putih sebaik sahaja kata - kata itu meninju gegendang telinganya . " Mati tebusan - tebusan tu nanti . Jangankan diorang , yang jadi penyelamat tu pun , sudah tentu terkorban . "


" Apa maksud Encik ? " Kata seorang wartawan yang tiba - tiba sahaja muncul . " Kenapa Encik berpendapat begitu ? "


Terkedu dan terperanjat Putih apabila dia menyedari , ada sekumpulan Wartawan yang berada di situ .


Aqilah , Aqeel ,Areel dan Puan Fiinura yang turut menonton laporan tergempar itu juga turut diterjah kebingungan .


" Diorang nak selamatkan semua tebusan tu sendiri . Memang nahaslah . " Kata Areel dengah jelas . " Pasukan Abang Ai tu yang sepatutnya pergi . "


Para penghuni bandar yang telah dipinggirkan kerana Pro Freak dan Golongan Freak pula , berharap dan berdoa agar Pasukan Ahmadi , dan Pasela dapat menyelamatkan semua tebusan itu .


" Tak sangka , Didie dan rakan - rakan dia tu Freak . Diorang semua memang dah banyak tolong kita . " Kata seorang lelaki kepada isterinya .


" Baik jahat tak pilih mana - mana golongan . " Balas isteri lelaki tadi . " Siapa - siapa pun boleh jadi jahat . "


" Abang setuju . Dengar tadi . Tugas diorang semua tu sebenarnya , menghalang jenayah yang dilakukan oleh Golongan Freak . " Balas Lelaki itu lagi . " Maksudnya , diorang tahu . Diorang je yang boleh halang golongan Freak ni . Cuma , kita yang normal ni je yang tak tahu dah berapa banyak diorang berkorban emosi . "


Para anggota Taktikal Khas perlahan - lahan masuk ke dalam Stadium .

Pergerakkan mereka amat cekap dan kemas . Tersusun rapi . Sememangnya pasukan yang amat profesional dan terlatih .


Ahmadi dan rakan - rakannya melihat siaran yang dirakamkan oleh sekumpulan wartawan yang turut menjadi tebusan melalui LCD Cahaya yang disediakan oleh sekumpulan kecil wartawan .


" Ini tak elok . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas dan lembut . " Edy dah sedia untuk terima kunjungan pasukan kita . "


Mereka semua yang berada di situ mendengar bait kata yang dilemparkan oleh Sheila Asyikin .


" Boleh tak awak semua beritahu , apa kemungkinan yang akan berlaku ? " Tanya seorang Wartawan Wanita dengan jelas .


" Lelaki yang berdiri tu , nama dia Edy. Ketua penculikkan ni . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Ikut daripada siaran ni . Dia dah bersedia untuk terima kunjungan pasukan Taktikal Khas . Kemungkinan yang akan berlaku . Besar kemungkinan , semua mereka akan tercedera . "


Ketua pasukan Taktikal Khas itu , membuat isyarat agar beberapa anggota pasukannya menghampiri kumpulan tebusan .


Wartawan yang menjadi tebusan itu , membuat isyarat dengan perlahan - lahan agar mereka tidak dihampiri .


Beberapa anggota pasukan itu , dapat melihat isyarat itu dengan berhenti seketika namun , ketua mereka tetap mengarahkannya agar mereka berbuat demikian .


Beberapa orang tebusan juga menggelengkan kepala dan ada juga yang mengarahkan agar mereka segera keluar dari situ .


" Korang ingat , korang dapat selamatkan diorang ni ke ? " Tanya Edy dengan jelas .


Anggota - anggota itu segera berpusing dan mengacukan senjata mereka ke arah Edy .


Rakan - rakan Edy yang lain muncul dan terus sahaja menyerang anggota - anggota Taktika Khas itu dengan pantas .


Di luar Stadium , anggota - anggota Kumpulan Edy muncul satu - persatu bersama dengan sinaran pancaran warna Elemen Cahaya dan Warna mereka .


" Tutup semua Pintu Tenaga korang . Jangan buka selagi aku tak suruh . " Kata Ahmadi lalu dia mengintai daripada celahan pasukan keselamatan .


Pendekar Bayu melihat keadaan itu melalui Binokular canggihnya . " Die . Diorang ramai . "


" Banyak mana ? " Tanya Ahmadi dengan bersahaja .


" Cukup untuk tukar semua yang ada kat sini jadi Lempeng . " Balas Pendekar Bayu dengan tenang .

Dia kemudiannya menyedut Rokoknya dan selepas itu , dia melemparkannya ke bawah .


Pendekar Kuning menyapu - nyapu kepalanya . " Pakai mata kalau nak buang . "


" Kena ke ? " Tanya Pendekar Bayu lalu tersengih .


Rakan - rakan Edy menyerang anggota - anggota Pasukan Taktikal Khas itu dengan garang dan pantas .


Semua anggota Pasukan Taktikal Khas itu jelas tidak mampu untuk menyerang balas .

Mereka disepak terajang dan ditumbuk dengan padu .


" Aku tahu korang ramai kat dalam ni . Keluar sekarang atau , aku arahkan rakan - rakan aku seksa diorang . " Ugut Edy dengan jelas .


" Die . Kita kena bertindak . Tak elok ni . Kalau kita lambat , ada diorang ni jadi arwah . " Kata Ratni dengan lembut .


" Bos , kita kena bertindak sekarang . Nyawa diorang yang kat dalam tu , dalam bahaya . " Kata klon Naera dengan lembut .


" Apa ' bos ' ? " Tanya Ahmadi dengan spontan lalu dia melihat ke arah Stephen Akio Kenzo .


" Tak salahkan ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan tenang .


Lolita menarik Pisau anggota Pasukan Taktikal Khas yang ditangkapnya dan dengan kejam , ditikamnya bahu tawanannya itu .


Anggota pasukan Taktikal Khas itu menjerit semahunya .


Melihat keadaan itu , Ketua Pasukan Taktikal Khas itu mengangkatkan tangannya .


Siti Maisarah mengarahkan pasukan Medik daripada pasukan Kesihatan Pulau Biru dan Pasela , bersedia untuk membuat rawatan kepada semua tebusan .


Beberapa anggota Pasukan Keselamatan yang melihat keadaan itu dengan segera melaporkannya kepada Kol . Jeneral Corazon dan Vastu .


" Semua bersedia . Kita akan rawat semua tebusan tu . " Kata Siti Maisarah dengan lembut .


" Apa yang korang buat ni ? ! " Tengking Vastu dengan lantang .


Ahmadi menolak Vastu dengan kuat ke belakang dan Vastu tersandar pada Van Kumpulan Kesihatan .


Dengan pantas , Ahmadi mengambil Pistol Vastu dan mengacukannya ke dahi Vastu .

Selepas itu , dengan pergerakan yang kemas , dia menekan dada Vastu dengan kaki kanannya .


Semua yang berada di situ terperanjat melihat tindakan Ahmadi .


" Enam orang budak kau dah lunyai kat dalam tu . Sorang dah kena tikam . Kau tunggu ada yang mati ke ? " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Kitorang kat sini , nak minimumkan kecederaan dan nak elakkan kematian . Kalau macam nilah kau buat tindakan menyelamat . Mangsa yang tercedera akan bertambah dan kematian takkan dapat nak dielakkan lagi . "


Vastu hanya mampu untuk memandang ke arah Ahmadi dengan perasaan geramnya yang meluap - luap .

Semua kejadian itu dapat disaksikan oleh semua penduduk Dunia Pelangi .

Ada di kalangan mereka yang menyaksikan rakaman kejadian itu , bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ahmadi .

" Arahkan semua anggota kau untuk campakkan senjata diorang . " Kata Edy dengan tenang .

Melihat Ketua Pasukan Taktikal Khas itu kelihatan berdegil , seorang lagi anggota pasukan itu dicederakan .

Kali ini , salah seorang anggota daripada pasukan itu juga turut ditikam .

" Encik Ahmadi . Seorang lagi anggota pasukan negara kita dah dicederakan ! " Jerit salah seorang Wartawan .


" Anggota Psikik Pasela , bersedia ! " Arah Siti Khumairah dengan lantang .


" Tuan ! Diorang dah jelmakan Senjata Elemen diorang ! " Jerit Putih dengan kuat .


" Sayap Peganiex ! " Jerit Ahmadi dengan kuat . " Bersedia ! Korang layan diorang yang kat luar ni ! "


" Pasukan Pasela Khas ! Korang semua bantu Sayap Peganiex ! " Jerit Pendekar Bayu dengan lantang memberikan arahannya .


" Itu pun nak menjerit ke ? " Tanya Pendekar Kirai sambil dia tersengih memandang ke arah Sougaena Chong Wei Lee .


Pendekar Bayu dengan bersahaja , diramasnya wajah Pendekar Kirai . " Suka hati akulah . "


" In , masuk ke dalam . Buat Lingkaran Taisa . Hubungkan kat kawasan ni . Lenyapkan semua yang ada kat situ dan jelmakannya kat kawasan ni . " Kata Ahmadi dengan lembut .


Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya lalu , dia memangggil Putih dan menghubungi Merowran dan Paquine untuk membantunya .

Selepas itu , mereka berdua melenyapkan diri mereka .

" Rara , Hara . Korang ikut Pakcik . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Mandy dengan Iecha pun , ikut sekali . "

" Kitorang ? " Tanya Adam dengan jelas .

" Korang bersedia . Kalau aku dah sampai nanti kat dalam . Aku lenyapkan korang . " Balas Ahmadi dengan bersahaja . " Kita berseronok kat dalam . "

Selepas itu , dia membawa Nurzahirah , Nurzaharah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze untuk bergerak .


Anggota Pasukan Pasela juga mula bergerak mengikut langkah Ahmadi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience