Rate

BAB 68 TERLEPAS

Fantasy Series 3820

Mastura berlari dengan pantas untuk mengejar individu misteri itu .

Sementara Aaoroon pula , berlari ke arah yang berlainan .


Orang ramai yang ada di situ , mengelak daripada dirempuh oleh individu itu dan tidak kurang juga ada yang berasa hairan dengan aksi kejar mengejar itu .


Mastura menangkap bahu individu itu dan individu itu dengan pantas menepis tangan Mastura .


Serangan demi serangan berlaku . Tumbuk - menumbuk , saling menyepak dan tepis - menepis berlaku .


Individu itu mengambil sebiji Helmet yang disangkutkan di atas cermin sisi sebuh Motorsikal dan menghumbankannya kepada Mastura dengan kuat .


Mastura dengan pantas dan cekap , menangkap Helmet tadi .


Individu itu dengan pantas berlari meninggalkan Mastura yang masih berusaha untuk menangkapnya .


Aaoroon keluar daripada celah - celah pengunjung dan terus menarik tangan individu itu lalu , satu pergelutan berlaku .

Dia menunjukkan kehebatan Pencak Silatnya dengan menepis segala serangan yang dilancarkan oleh individu misteri itu .


Orang ramai yang berada di kawasan itu ada yang menjauhkan diri mereka daripada kawasan itu dan ada juga yang menyaksikan pergelutan itu .

Malah ada juga yang merakamkan aksi pertarungan itu .


Individu itu terundur ke belakang akibat terkena serangan lutut Aaroon yang padu .


Adam bersedia dengan kuda - kuda Silatnya dengan gagah dan kemas .


Individu itu berlari lagi untuk menyelamatkan dirinya daripada tertangkap .


Mastura yang baru sahaja tiba di kawasan itu mengejar Aaoroon yang sedang mengejar individu misteri itu .

Dia kemudiannya , menghala ke arah satu lorong .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi tercampak ke arah sebatang pokok yang besar sebelum dia tercampak ke tanah .

Dengan pantas , dia berdiri semula dan terus sahaja mengelak serangan demi serangan yang diterimanya .

Satu terjahan daripada seekor haiwan buas yang ganas telah menyebabkan dia terpelanting dan menembusi dinding Labyrinth yang tebal dan berdaun kasar .

Belum sempat dia bersedia , beberapa Bebola Tenaga dilancarkan oleh Makhluk Elemen ke arahnya dengan kelajuan yang amat pantas .

Satu letupan berlaku sehingga menyebabkan dia terpelanting lebih jauh sehingga dia terjatuh ke dalam gaung yang amat besar dan dalam .

Dengan sedikit darah yang mengalir daripada mulutnya , dia melancarkan beberapa Bebola Elemennya yang berwarna Biru dan Perak .


Beberapa Letupan berlaku sebaik sahaja serangan Ahmadi itu terkena pada sekumpulan Makhluk Elemen yang mengejar Ahmadi .


Dengan pantas , Ahmadi mengeluarkan beberapa biji Mutiara Eachari dan terus memecahkannya .

Selepas itu , dia dengan tenang , menjelmakan Sayap Elemennya yang besar dan gagah dan terbang melayang di atas gaung itu . " Aku dah salah jalan ni . "

Nun jauh di depan matanya , dia dapat melihat beberapa letupan sedang berlaku .


Maera terjatuh daripada dahan sebatang pokok dan terhempas di atas dahan di bawahnya sebelum dia terus terhempas ke tanah .

Dengan kesakitan yang menggigit tubuhnya , dia berdiri dan berlari mengikut arah laluannya dengan pantas .

Sambil dia berlari itu , dia menjelmakan dinding - dinding Flora untuk menghalang kemaraan segala halangan yang berusaha untuk menghalangnya .


Namun , semua penghalang yang sedang meluru ke arahnya , merempuh dan melanggar dinding yang dihasilkannya .


Tudung Siti Hawa tertanggal dan kini , dia hanya mengenakan anak tudungnya sahaja .

Dengan segera dia menjelmakan sehelai Selendang Elemen dan menutupi kepalanya semula .


Ratni yang ada bersama dengan Siti Hawa , agak kagum dengan kepantasan Siti Hawa menjelmakan Selendang Elemen tadi .

Sambil dia dan Siti Hawa berlari untuk menyelamatkan diri mereka , sambil itulah dia menghasilkan corak - corak Letupan Elemen pada setiap bekas tapak kakinya pada permukaan tanah .


Berdentam - dentum bunyi yang terhasil sebaik sahaja Corak Elemen yang dihasilkan oleh Ratni itu terpijak oleh kawanan haiwan buas yang sedang dirasuk kegilaan .


Siti Hawa pula menyentuh setiap helaian daun yang dilewatinya sambil menjelmakan Corak Elemen serangannya .


Corak Elemen yang dihasilkan oleh Siti Hawa itu juga meletup sebaik sahaja dilanggar oleh kawanan Makhluk Elemen yang sedang mengejarnya dan Ratni .


Sheila Asyikin mengelak dan menewaskan sekumpulan Makhluk Elemen yang sedang menyerangnya di udara .

Dia melepaskan helaian Bulu Pelepah daripada sepasang Kepak Elemen yang besar dan cantik daripada kedua belah belikatnya .

Dia cuba untuk menyelamatkan Siti Nursamawi yang semakin pantas menjunam ke bawah sambil dikejar oleh sekawan Makhluk Elemen yang ganas dan menakutkan .


Siti Nursamawi dibaluti cemas yang mencengkam tubuhnya dengan ketat .


" Sheila ! " Jerit Siti Nursamawi dengan sekuat hatinya kerana dia semakin jauh dan pantas menjunam ke bawah .


Sheila Asyikin melepaskan Bebola Elemennya yang mengukirkan corak abstrak seekor haiwan yang berkepak dan melancarkannya ke arah semua Makhluk Elemen yang menyerangnya .


Letupan demi letupan berlaku sebaik sahaja serangan Sheila Asyikin tadi terkena tepat pada sasaran .


Sheila Asyikin keluar daripada celah letupan dan asap dan terus meluru ke arah Siti Nursamawi .

Namun , dia diserang dengan bertubi - tubi oleh sekumpulan Makhluk Elemen yang muncul entah dari mana .


Siti Nursamawi semakin digigit cemas . Jantungnya berdetak kencang . Air matanya mengalir .


Helaian bulu burung memotong semua kawanan Makhluk Elemen yang menyerang Siti Nursamawi dan terus sahaja meletup .


Ahmadi muncul daripada kepulan api dan asap dan terus terbang melayang ke arah bawah tubuh Siti Nursamawi .


Mengembung kedua belah pipi Ahmadi manakala dahinya pula , berkerut sebaik sahaja Siti Nursamawi terhempas di atas belakangnya .


Tersenyum Siti Nursamawi sebaik sahaja dia diselamatkan oleh Ahmadi dan pada ketika itulah , dia teringat apa yang telah berlaku pada matanya pada awal tadi .


Berurat dahi Ahmadi ketika Siti Nursamawi mengubahkan kedudukannya menjadi seperti separuh berlutut di atas belakangnya .


Sheila Asyikin terbang dan melayang dengan pantas ke arah Ahmadi dan Siti Nursamawi sebaik sahaja selesai membunuh penghalang - penghalangnya .


Siti Nursamawi menumpukan Tenaga Elemen Tenaga dan Warnanya pada bahagian matanya .

Selepas itu , dia mengawalnya dengan sebaiknya .

Selepas itu , dengan pengawalan tenaga mindanya , dia melancarkan serangannya daripada kedua belah matanya .

Berupa pancaran cahaya berwarna Merah , Kuning dan Jingga serta dilingkari dengan baraan api yang panas membara .


Hancur berkecai Makhluk - makhkuk Elemen yang mengejar Siti Nursamawi tadi sebaik sahaja terkena sambaran cahaya yang dilingkari dengan lingkaran baraan berapi Siti Nursamawi .


Tergenggam kedua belah tangan Ahmadi .

Giginya juga terkatup rapat kerana menahan berat Siti Nursamawi yang bergerak - gerak di belakang tubuhnya .

Dahinya juga semakin berurat .


Sheila Asyikin terbang dan menghampiri Ahmadi dan Siti Nursamawi .

Selepas itu , dia juga melancarkan pancaran cahaya yang hampir sama seperti Siti Nursamawi daripada matanya .

Namun , yang melingkari pancaran warna pada serangannya adalah lingkaran lidah api yang panas membakar .


Aivira berguling di atas tanah sambil dia menjelmakan ribuan helaian sutera untuk menahan dan menangkap semua penghalangnya dan selepas itu , dia melompat ke dahan dan menghasilkan pula ribuan jaringan sutera yang mengandungi ribuat pundi - pundi kecil yang mengukirkan corak letupan elemennya .

Kemudian , dia dengan pantas melompat daripada dahan ke dahan .


Dengan pergerakkan yang pantas , Stephen Akio Kenzo mendarat di sisi Aivira yang sedang berusaha untuk mengelakkan diri daripada dihalang oleh puluhan Makhluk Elemen dan binatang liar yang buas .


Stephen Akio Kenzo mengambil Kunainya yang telah pun terikat dengan tali - tali yang bergantungkan Pelekat Letupan dan selepas itu , dia melemparkan Kunai tadi ke arah batang - batang pokok secara rawak .

Berselirat kawasan itu dengan tali - tali halus .


Letupan demi letupan berlaku . Teknik Aivira telah pun teraktif .

Bergegar kawasan itu dek kerana letupan - letupan yang terhasil itu .


Tidak cukup hanya sekadar itu , siri letupan itu terus berlaku dengan teraktifnya Pelekat Letupan yang dipasang oleh Stephen Akio Kenzo tadi .


Bergegar kawasan itu dengan letupan - letupan Elemen sehingga debu berterbangan ke segenap arah dan juga telah mengakibatkan pokok - pokok yang berdekatan dan yang berada di kawasan sekitar itu patah dan tumbang mencium lantai tanah .


" Badan saya dah penat . Otak saya dah macam tak boleh nak fikir pasal serangan - serangan yang saya nak lancarkan . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan perlahan bersulamkan nafasnya yang laju . " Kalau kita berterusan macam ni . Jangankan nak pergi jauh . Separuh jalan pun , kita takkan sampai . "


" Saya dah tak tahu nak buat serangan yang macam mana lagi . Kita kena serang tanpa henti . " Balas Aivira dengan lembut . Juga berselimutkan dengan nafasnya yang deras berhembus . " Yang saya tahu sekarang ni . Saya nak selamat je . "


" Apa - apa hal pun . Sekarang ni . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas lalu , dia berpusing ke belakang sambil dia melakukan Hand Seal dengan pantas . " Kita kena sekamatkan diri kita dulu . "

Selepas itu , dia melibaskan ke dua belah tapak tangannya ke depan lalu , puluhan bebolah Tenaga Letupan Elemen terhasil .


Kawasan itu , sekali lagi digegarkan dengan siri letupan yang bertalu - talu .


Ahmadi menurunkan Siti Nursamawi di satu kawasan air terjun yang amat tinggi dan cantik dan selepas itu , dia terlutut .


Sheila Asyikin mendarat di sisi Siti Nursamawi selepas dia memecahkan beberapa biji Mutiara Earchari untuk mengelakan diri mereka daripada di serang .


" Siti okey ? " Tanya Sheila Asyikin dengan perlahan sambil memegang tangan Siti Nursamawi .


Siti Nursamawi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum lalu mengesat sedikit sisa air matanya yang masih membasahi kelopak matanya .


Ahmadi bangun dengan perlahan - lahan sambil sebelah tangannya memegang belakang pinggangnya dengan wajah yang berkerut .

Selepas itu , dia menghampiri Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .


" Kau dah kuncup . Badan kau memang dah kuncup . Bukan kuncup sikit . Kuncup banyak . Terus - terang aku cakap . Potongan badan kau memang dah terbaik . Muka kau pun dah makin comel . Makin cantik . Mana - mana lelaki memang akan tertarik dengan kau . Pasal , badan kau , muka kau memang ' wow kebabom ' . " Kata Ahmadi dengan jelas sambil matanya dilekatkannya pada mata Siti Nursamawi . " Kalau kau kurangkan sikit lagi berat badan kau . Aku belanja kau makan apa yang kau nak makan . "

Selepas itu , dia pandangnya pula wajah Sheila Asyikin . " In pun . Memang cantik . Comel je . Dah banyak jugakan lelaki In tolak . Kalau In dapat kejar abang kat kawasan terakhir . Abang ajak In ke mana yang In nak pergi . "

Selepas sahaja yang menyudahkan tawarannya , dia perlahan - lahan berpusing namun , masih lagi memegang belakang pinggangnya . " Macam nak patah pinggang aku . Jangan kena Slip Disc sudahlah . "

Kemudian , dia menjelmakan Lingkaran Taisa dan terus sahaja hilang daripada pandangan .

Meninggalkan Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi yang kelihatan termanggu - manggu .


" Aku berat lagi ke ? " Tanya Siti Nursamawi dengan lembut .


" Entahlah abang tu . " Jawab Sheila Asyikin . Juga dengan nadanya yang lembut dan manja . " Tapi , hari tu . Dia dukung kita berdua sekali kat belakang dia . Okey je . "


" Kan . " Balas Siti Nursamawi dengan perlahan .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Individu misteri itu tiba pada satu lorong sunyi yang merupakan satu jalan mati .

Dia sedikit tercungap dan tahu , apa yang harus dilakukannya .


Aaoroon tiba di kawasan itu dan tersenyum . " Orang , kalau tak salah . Dia tak lari . "


" Saya tak ada masalah dengan awak berdua . " Kata Individu misteri itu lalu menurunkan hoodienya dan memperlihatkan wajahnya .

Dahinya mengukirkan corak puak Bangsa Mitos .


" Tak kisahlah . Tapi awak dah terjumpa dengan saya . " Kata Aaoroon dengan jelas . " Apa yang awak buat kat situ dengan Elemen Warna awak terbuka ? "


" Takde kena mengena dengan awak . Kalau awak sayangkan nyawa awak . Jangan masuk campur urusan saya . " Kata Individu misteri itu dengan jelas .

Dia menghubungi dua orang rakannya untuk membantunya .


Dua orang rakan individu misteri itu muncul di situ bersama dengan pancaran Elemen Warna dan Cahaya mereka .


Mastura tiba di situ dan terus sahaja melindungi kawasan masuk dan atas bahagian lorong itu dengan Dinding Psikik untuk menyamarkan kehadiran mereka di situ .


Individu Misteri itu tersenyum dan berjalan dan berdiri di antara dua orang rakannya .


" Dinding Elemen Psikik tahap tertinggi . Tak sangka . Ada Pahlawan Elemen yang berkaliber di dunia ni . " Kata Individu Misteri itu memuji akan tahap Dinding Psikik yang dihasilkan oleh Mastura.


" Korang bertiga takkan terlepas . Ikut kitorang sekarang untuk disoal siasat . " Kata Mastura dengan garang nadanya .


" Maaflah . Kitorang takde masa nak berborak . " Kata Individu Misteri itu dengan jelas lalu dia dan dua orang rakannya bersedia untuk menyerang Aaoroon yang Mastura .


Aaoroon dan Mastura dengan tenang , bersedia dengan kuda - kuda mereka .


Baru sahaja Individu Misteri dan dua orang rakannya hendak melancarkan serangan , mereka tiba - tiba sahaja terhenti dengan riak wajah yang agak terperanjat .


Aaoroon dan Mastura juga turut terperanjat sama dengan kehadiran sekumpulan kecil Pahlawan Mitos yang tiba - tiba sahaja muncul di situ .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Steph , lindung saya kejap ! Saya nak buat Homestay untuk kita ! " Kata Aivira dengan agak lantang .


Stephen Akio Kenzo mengeluarkan beberapa Kunai dan melemparkannya ke arah beberapa pokok di sekitar mereka .

Kunai itu telah pun terikat dengan dawai halus dan selepas itu , dia meletakkan pula Kunai - kunai pada permukaan tanah di sekeliling mereka yang bersambung dengan Kunai - kunai yang telah dilemparkannya pada awal tadi .

Selepas itu , dia melakukan Hand Seal yang rumit kemudian , dia meletakkan kedua tapak tangannya ke tanah lalu , corak berlingkar yang abstrak terhasil di sekeliling mereka yang mengukirkan corak Elemen Petir yang amat abstrak .

Dia agak terkejut dengan kemunculan corak Elemen Petir itu dan , dia berusaha untuk mengawal mindanya .


Pada waktu yang getir itu , Maera dan Muniandy muncul .


Aivira meletakkan kedua belah tapak tangannya ke tanah lalu , ribuan jaring sutera muncul daripada tanah menghasilkan satu dinding Sutera yang amat kukuh yang berwarna Kuning dan Hijau Metallic .

Serentak itu juga dia dipijak kehairanan kerana , Benang Suteranya selama ini , tidak memiliki sebarang warna .


Nezza dan Lesas muncul daripada udara .


Lesas dan Nezza dengan pantas memecahkan beberapa biji Mutiara Earchari .


Maera dan Muniandy menemukan kedua belah tapak tangan mereka dengan kuat dan kemudian , mereka meletakkan ke dua belah tapak tangan mereka ke tanah .

Gabungan Elemen mereka telah menghasilkan corak elemen yang agak abstrak mengelilingi sekitar mereka .

Sama seperti Aivira dan Stephen Akio Kenzo , mereka berdua juga sedikit kehairanan dengan corak abstrak yang terhasil pada gabungan corak elemen mereka .


Tidak lama selepas itu , letupan demi letupan berlaku di sekelliling Maera dan semua rakannya .

Rantaian letupan yang berterusan tanpa henti bersulamkan sambaran petir yang bertali arus .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Putih , Paquine dan Merowran muncul di dalam kawasan Aaoroon dan Mastura .

Manakala beberapa anggota pasukan mereka , ada yang melekat dan berdiri pada permukaan dinding bahagian kiri dan kanan kawasan itu .


" Korang tumpahkan setitik pun darah Tuan Aaoroon dan Cik Mastura . Saya akan keringkan semua darah yang ada pada badan korang bertiga . " Kata Putih dengan jelas memberikan amaran .


Individu Misteri dan dua orang rakannya tadi menyeringai memperlihatkan kebengisan dan gigi taring mereka yang besar dan menakutkan .


" Makmi , Nasja , Garar . Pahlawan Pelarian . Pahlawan pelarian macam korang sepatutnya dah tak berminat dengan mana - mana pertempuran . " Kata Merowran dengan jelas dan tenang . Bersulamkan dengan renungan matanya yang tajam . " Apa yang korang buat kat dunia ni ? "


Makmi merenung ke arah Putih dengan renungan tajamnya . " Maksudnya . Dua orang ni . Ahli keluarga Didie dan Sheila . "


" Bukan nak berlagak . Tapi . Sekali je korang bergerak nak cederakan Tuan Aaoroon dan Cik Mastura . Anggota pasukan kitorang akan lumatkan nyawa korang . " Kata Merowran pula .


" Kitorang takde urusan dengan korang . Dan korang jangan masuk campur dengan urusan kitorang . " Kata Garar dengan jelas .


" Korang ke dalang dalam dua insiden letupan kat bandar ni ? " Tanya Paquine dengan tenang .


" Kitorang dah cakap tadi . Jangan masuk campur . " Kata Makmi dengan tenang dan jelas .


" Kalau macam tu , biar Pedang yang jadi penentu kepada jawapan awak . " Balas Paquine dengan jelas .


Putih mengangkat sedikit tangannya agar Paquine bertenang .


Nasja tersengih . " Korang bukannya bodoh . Korang Pahlawan Diraja Lagenos . Korang dah terikat dengan Dikri Diraja untuk mempertahankan keamanan dan melindungi dua dunia ni . "


Putih hanya mendiamkan dirinya dan memandang ke arah Nasja , Mekmi dan Garar .


" Kalau kita bertarung kat sini . Segala yang ada kat sekeliling kita ni akan hancur . " Kata Mekmi dengan jelas . " Kitorang sedar . Korang bukannya calang - calang Pahlawan . Kalau tak . Korang takkan jadi Pahlawan dan Pengawal untuk Raja dan Puteri korang . "


" Nak tewaskan korang . Kitorang terpaksa gunakan serangan pada tahap tertinggi dan akan menghancurkan kawasan ni dalam sekelip mata . " Kata Garar pula dengan jelas . " Dan . Korang akan bertanggungjawab atas kehancuran tu . "


Aaoroon dan Mastura saling berpandangan dengan perbualan yang berlaku yang telah menerbitkan sedikit pertanyaan pada kepala mereka .


" Korang terpaksa lepaskan kitorang . Atau , korang boleh teruskan niat korang untuk tangkap kitorang dan , percepatkan terjadinya keadaan yang korang tak pernah dengar , tak pernah lihat dan yang tak pernah korang bayangkan selama ni . " Kata Mekmi dengan jelas lalu dia tersenyum dan tertawa kecil .

Selepas itu dia menghasilkan Lingkaran Taisa . " Sampaikan salam aku kat Raja dan Puteri korang . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Malam telah melabuhkan tirainya . Unggas malam juga bernyanyi dengan riang .

Sedikit mendamaikan dan menyamankan hati dan badan yang dilanda kepenatan .


Lampu LED berwarna Putih yang di bawa oleh Stephen Akio Kenzo menerangi kawasan ruang tamu yang juga turut ditemani dengan satu Kipas Siling .


" Sedapnya dapat berehat . " Kata Fateh dengan perlahan .


" Latihan ni memang luar jangkaan . Didie memang gila . " Kata Khalid dengan jelas yang duduk di bibir pintu sambil menghisap rokok . " Dia buat kita kelam - kabut . Dia paksa kita keluarkan segala yang kita ada untuk selamatkan diri . "


Siti Maisarah melihat ke arah peta dan selepas itu , dia tersenyum . Dia dapat melihat beberapa titik cahaya yang sedang menghala ke arah mereka .

Selepas itu , mereka terdengar bunyi letupan demi letupan berlaku .


" Siapa yang datang tu ? " Tanya Adam yang bergegas menuju ke jendela .


" Kumpulan Rara dan Hara . " Jawab Siti Maisarah dengan jelas .


Selepas itu , Tongkat Elemen Rama - rama milik Nurzahirah dan Nurzaharah , Tongkat Griffin milik Rissa , Wand milik Mandy Chong Wei Tze dan Anak Panah Elemen milik Siti Aisyah muncul dan melekat pada permukaan tanah .


Tidak lama kemudian , Kumpulan Nurzahirah muncul bersama dengan warna Cahaya dan Elemen mereka .

Ada yang terduduk dan terlutut . Dan ada juga yang tertiarap dan terlentang dengan dada yang berombak mengepam nafas mereka .


Siti Aisyah dan Tatsumaki dengan pantas mengambil biji Mutiara Earchari dan memecahkannya .


Siti Maisarah , Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah dengan segera menyambut kedatangan kumpulan Nurzahirah .


Naera dan rakan - rakan wanitanya serta beberapa rakan lelaki mereka juga turut membantu .


Nurzahirah meludahkan liurnya yang bercampur dengan darah .


Nurzaharah juga melakukan perbuatan yang sama .


Seketika kemudian , kesemua rakan Nurzahirah telah pun berada di ruang tamu .


Mereka dengan dengan segera membasahkan tekak mereka untuk menghilangkan rasa dahaga yang menendang - nendang tekak mereka .


Naera , Maera bersama dengan Siti Maisarah , Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah menjelmakan lagi beberapa lingkaran bercorakkan Elemen Penyembuhan Psikik untuk memulihkan tenaga Kumpulan Nurzahirah yang baru sahaja tiba itu .


Ratni yang melihat ke arah peta dapat melihat dua titik cahaya yang berwarna Merah , Kuning dan Jingga sedang bergerak ke arah mereka namun , daripada arah yang berbeza .

Tidak sama seperti jalan yang mereka lalui .


Sekali lagi letupan demi letupan kedengaran .


" Siapa lagi yang datang ? " Tanya Aivira dengan tenang .


" Sheila dengan Siti . " Jawab Ratni dengan jelas .


Tidak lama selepas itu , bunyi letupan itu semakin hampir dan semakin kuat .


Sebilah Bilah Bara melekat pada permukaan tanah dan sejurus selepas itu , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi muncul .


Siti Hawa dan rakan - rakan wanitanya bergegas turun ke bawah .


Sebaik sahaja Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dibawa naik , mereka didudukkan bersandar pada dinding .


Sama seperti semua yang berada di situ , wajah Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi juga dipenuhi dengan bengkak , lebam dan calar - balar .

Keadaan tangan mereka juga sama . Dihiasi dengan calar - balar yang mana telah kering darahnya .


" Korang ikut jalan mana ? " Tanya Ratni dengan jelas .


Siti Nursamawi menghilangkan dahaganya dengan meneguk minumannya sambil memejamkan matanya .

Selepas itu , dia mengesat bibirnya bersulamkan nafasnya yang sedikit kedengaran berat . " Kitorang salah jalan . Sesat . Kitorang kena serang . Lepas tu , kitorang jatuh dalam gaung . Dalam gaung tu , ada air terjun . Didie datang tolong . Entah macam mana dia ada kat dalam gaung tu pun . Tak tahulah . Lepas tu . Kitorang nak ikut jalan yang betul . Tapi . Tak dapat - dapat . Pasal kena serang . Macam orang gila aku dengan Sheila tadi . Daripada petang tadi kitorang salah jalan . "


" Nasib baik . Sheila sempat tengok peta . Tengok . Semua orang berkumpul . Tu bawa Siti redah je . " Sampuk Sheila Asyikin dengan manja dengan nada yang kepenatan .


" Didie tu . Ada je . " Kata Ikhwan dengan lembut lalu membakar rokoknya dan duduk di luar . " Mungkin dia nak kita sedar yang dia ada untuk kita buat hari ni . Esok . Mungkin dia akan biarkan kita untuk terus berwaspada . "


" Pakcik pun ada tolong kitorang. siang tadi . " Kata Nurzahirah dengan lembut .


Stephen Akio Kenzo melihat ke arah petanya .

Dia melihat , titik cahaya milik Ahmadi berada satu kawasan yang agak jauh ke dalam .

Jauh ke dalam kawasan Labyrinth . Dan jauh daripada kawasan dan laluan jalan .


" Sheila , Didie kat mana tu ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan lembut .


Sheila Asyikin membuka begnya dan mengeluarkan petanya dan melihat kedudukan Ahmadi . "Abang kat dalam kawasan tengah Labyrinth yang tebal . Ada air terjun kat kawasan ni . Tapi , kawasan ni bahaya . "


" Kalau akak nak cakap pasal bahaya. Daripada kita mula tadi sampai sekarang . Memang bahaya . " Kata Siti Aisyah dengan agak perlahan . " Silap - silap hari bulan . Memang terkubur kita kat sini . "


" Tuan Didie dah naikkan tahap kesukaran latihan ni . Dulu . Seingat saya . Tahap kesukaran dia . Makin jauh kita berjalan , makin tinggi tahap kesukaran dia . " Kata Tatsumaki dengan jelas .

Dia menjadikan peha Siti Aisyah sebagai alas kepalanya . " Ni . Daripada mula tadi . Sampai ke tempat ni . Dah macam kat tempat terakhir tahap kesukaran dia . Padahal , separuh jalan pun kita tak sampai lagi . "


" Tak sampai separuh ? " Kata Siti Nurjannah dengan agak pantas . " Habis tu . Macam mana Didie boleh ada kat kedudukan yang jauh daripada kita ? "


" Pasal abang bergerak seorang . Tu pasal abang boleh sampai kat kawasan tu dengan cepat . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut .


" Sekarang . Masuk akal kalau dia galakkan kita bergerak solo . " Kata Fateh dengan jelas lalu , menghembuskan asap rokoknya dan kemudian , dia meneguk airnya .


" Kalau nak fikirkan balik . Latihan macam ni , memang boleh pupuk kemahiran berfikir macam mana nak selamatkan anggota pasukan kita tapi , ini latihan untuk buka Pintu Tenaga Elemen . Bukannya latihan untuk jadi Ketua . " Kata Ikhwan pula . " Jadi , memang logik Didie nak kita bergerak seorang . Serangan demi serangan untuk pastikan kita dapat berfikir dengan pantas untuk lancarkan serangan . Bila kita berada dalam situasi yang tegang , kita akan gunakan seluruh tenaga kita untuk selamatkan diri kita . Jadi . Secara automatik dan semula jadi , badan kita bereaksi dan , akan buka Pintu - pintu Tenaga untuk kita gunakan . "


Stephen Akio Kenzo tersentak kerana dia mendapati , titik warna Ahmadi telah hilang daripada kedudukannya . " ' Eh ' , mana pula dia pergi ? "


" Aku kat sinilah . " Kata Ahmadi yang tiba - tiba sahaja muncul daripada jendela .

Betul - betul dia atas kepala Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .

Dia meludahkan liurnya yang telah bercampur dengan darahnya .

Selepas itu , dia menduduk dirinya di antara Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dan bersandar pada dinding .

Dia meletakkan begnya di celah kangkangnya dan mengeluarkan air minumannya .

Dia mengesat bibirnya lalu memandang ke arah semua yang berada di situ sambil tersenyum . " ' Amacam ' ? Seronok tak ? "

Kemudian , dia meletakkan tangan kirinya di atas begnya dengan wajah yang sedikit berkerut .


" Didie buat kitorang macam orang gila tau . " Balas Siti Khumairah dengan lembut lalu ditariknya telinga Ahmadi . " Didie suka ke ? "


Ahmadi hanya tersenyum dan tertawa kecil dan kemudian , dia memandang ke arah semua yang berada di situ . " Nampaknya . Takde seorang pun yang patah - patah . Syukurlah . "

Dengan perlahan , dia menjelmakan corak berjalur abstrak berwarna Hijau , Kuning dan Magenta pada lengan kirinya .

Satu corak Elemen Flora Perubatan .


Pada ketika itulah , Siti Nurjannah perasan akan keadaan lengan kiri Ahmadi yang sedikit berbeza .


" ' Eh ' , patah ni . " Kata Siti Nurjannah lalu dia dengan perlahan memegang tangan kiri Ahmadi .


" Tangan Tuan patah ke ? " Tanya Lesas dengan agak pantas nadanya .


Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi yang dirasuk dengan mamai , membuka mata mereka dan dengan pantas melihat dan memegang ke arah tangan dan bahu Ahmadi .


Ahmadi tersenyum . " Tangan kiri aku . Patah . Tangan aku terhentak kat batu masa aku tercampak tadi . "

Kemudian , dipandangnya Hagia Sofea telah pun memegang tangannya . " Ada kain tak ? Nak buat gigit . "


Hagia Sofea membuka Begnya dan memberikan kepada Ahmadi sehelai Tuala kecil .


Ahmadi dengan lembut dan tenang , memasukkan Tuala kecil tadi ke dalam mulutnya dan memejamkan matanya .


" Gerakkan badan Didie ke depan sikit . " Kata Siti Khumairah kepada Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi lalu dia , berlutut pada bahagian belakang Ahmadi dan memegang dan menggosok - gosok bahu Ahmadi untuk menenangkannya kerana , dia bagaikan dapat mengagak .

Apakah yang ingin dilakukan oleh Ahmadi itu .


Selepas itu , Ahmadi memejamkan matanya dan menggigit Tuala kecil tadi dengan rapat serentak dengan dia mengaktifkan tekniknya .


Suara erangan Ahmadi jelas kedengaran selari dengan bunyi ' Kraak ' pada lengan kirinya selepas dia menyalakan corak berjalur abstrak pada lengan kirinya tadi .

Dahinya mengalirkan butiran peluh yang besar .


Hagia Sofea dengan lembut mengeluarkan Tuala kecil yang digigit oleh Ahmadi tadi dan mengelap dahi Ahmadi .


Ahmadi melihat ke arah tangan kirinya yang kembali seperti asal . Selepas itu , dia tersenyum .

Kemudian , dia memandang ke arah semua yang berada di situ bersilih - ganti . " Korang berjaya sampai pada tahap ni . Tahniah . "


" Mana Didie dapat semua Makhluk Elemen tu ? " Tanya Fateh dengan lembut .


" Tangkap . Diorang liar . Lepas dah tangkap . Simpan kat tempat ni . " Jawab Ahmadi lalu ditolaknya pipi Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi yang meletakkan kepala mereka di atas bahunya .

Kemudian , dia berdiri dan berjalan ke arah sebuah jendela dan duduk di situ . " Siapa yang buat rumah ni ? "


" Saya , Aivira dan Maera . " Kata Muniandy dengan lembut .


Satu suara seperti bunyi siulan burung kedengaran dan suara itu menyebabkan Ahmadi menoleh keluar dengan sedikit reaksi yang seperti sedang berfikir dan meneliti sesuatu pada wajahnya .

Bunyi itu sedikit bersahutan dan agak lembut suaranya .


" Kenapa ? " Tanya Aqilah dengan lembut bersulamkan nada mengantuk bercampur dengan penatnya .


" Ada Makhluk Elemen yang dah tertarik dengan salah seorang daripada semua kita yang ada kat sini . Kalau nak teliti daripada bunyi ni . Makhluk ni , betina . Jadi . Dia tertarik dengan Tenaga Elemen daripada korang yang perempuan . " Balas Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Kalau nasib baik , korang akan ada Tenaga Elemen tambahan . Maksud aku . Korang ada Tenaga Elemen Semula Jadi yang tulen , yang berpotensi untuk jadi teknik tambahan untuk korang . Tenaga ni , bukan semua Pahlawan boleh dapat . Ada dua cara . Satu , Makhluk Elemen Semula Jadi ni yang pilih . Yang kedua . Kita berlatih untuk dapatkan Tenaga Elemen Semula Jadi . "

Kemudian , dia melihat ke arah corak berjalur abstrak yang dihasilkan oleh Siti Maisarah , Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah . " Dalam kakak yang berempat ni , mungkin ada seorang yang dah menarik minat Makhluk Elemen tu . "


" Tuan ada juga ke Makhluk Elemen ni ? " Tanya Nezza dengan jelas .


" Takde . Macam yang aku cakap tadi . Bukan semua Pahlawan yang boleh dapat tenaga daripada Makhluk Elemen ni . " Jawab Ahmadi dengan tenang . " Aku sendiri pun berlatih untuk nak dapat Tenaga Elemen Semula Jadi ni . "


Khalid mengambil begnya dan dengan tenang , terus sahaja menjadikannya alas untuk kepalanya . " Jangan haraplah kita yang lelaki ni , dapat tenaga tambahan tu . Perempuan je yang dapat . Kalau korang tak percaya . Korang tunggu dan tengok dengan mata kepala korang nanti . "


Lesas tertawa kecil . " Tuan macam cemburu je . "


" Takde maknanyalah . " Kata Khalid dengan agak pantas .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Putih , Paquine dan Merowran kelihatan sedang berborak di dalam ruang tamu di rumah agam Pendekar Bayu .


" Okey . Daripada rakaman yang aku pinjam tu . Kita pun dah tengok sama - sama dah rakaman tu . Kita dah nampak . Kumpulan misteri yang kawan laut korang tu nampak . Memang bukan berasal dari dunia ni . " Kata Pendekar Bayu dengan tenang . " Diorang hilang sebaik sahaja diorang memasuki kawasan belakang hotel tu yang menuju ke kawasan air terjun . "


" Kumpulan tu , Pahlawan Pelarian dari Dunia Mitos . Tapi , setahu kitorang . Semua Pahlawan Pelarian , dah tak berminat dengan mana - mana kerajaan . Diorang hanya nak hidup seperti mana yang diorang nak . " Balas Paquine dengan lembut . " Tapi , mesti ada ada sebab kenapa tiba - tiba , diorang ada kat dunia ni . "


" Ada apa - apa maklumat tak yang korang ada untuk kaitkan dengan kewujudan diorang ni kat dunia kitorang ? " Tanya Dato ' Panglima Lok Tujuh .


" Catur Kegelapan . Satu permainan Perang yang dah mula dimainkan kat Dunia Mitos . Secara ringkas . Perang akan bermula bila - bila masa kat dunia kitorang . " Kata Merowran pula dengan tenang . " Dunia Mitos akan diketuai oleh Tuan Didie dan Cik Sheila . "


" Tiga orang celaka semalam tu cakap . Korang bertiga ni , macam Pahlawan Peribadi untuk Raja dan Puteri korang . Dan , diorang kenal Raja dan Puteri korang tu . Kalau Abang Didie dan Kak Sheila ketuai Pasukan Mitos kat sana , apa yang Raja dan Puteri korang tu buat kat sana sampai , Abang Didie dan Kak Sheila pula yang galas tanggungjawab untuk jadi ketua kat sana ? "


" Maaf . Ada maklumat sulit dah rahsia yang kitorang tak boleh nak cakap dan dedahkan . Untuk jaga keharmonian dan keseimbangan dua dunia ni . Pasal . Kitorang dah terikat dengan Dikri DiRaja kerajaan kitorang . Tapi . Tuan Didie dan Cik Sheila dah diberikan kepercayaan untuk mengetuai Pasukan Pahlawan Mitos untuk menjaga keamanan antara dua dunia ni . " Kata Putih dengan jelas dan tenang . " Pahlawan Pelarian yang kita jumpa semalam tu . Memang kenal dan pernah bertarung dengan Tuan Didie . Diorang kalah dalam pertarungan tu . Sebab tu , diorang lari bila dapat tahu , pasukan saya muncul kat situ semalam . Dan dah dapat agak . Awak berdua , ahli keluarga Tuan Didie . Raja dan Puteri kitorang pula . Sedang merangka strategi untuk menguatkan serangan dan pertahanan untuk dua dunia ni . "


" Didie dan Sheila , jadi kenalan DiRaja kat sana . Berurusan dengan Raja . Lain macam perjalanan hidup diorang ni . " Kata Pendekar Bara dengan lembut .


" Kalau kat sini . Diorang macam disishkan je . Bukan diorang je . Semua diorang tu . Tak berkawan sangat dengan orang . " Kata Mak Teh Sanggul pula dengan jelas . " Kat sana . Jadi kepercayaan Raja dan Puteri pula . Rezeki diorang . "


" Nak tak nak . Kita kena terus berpecah untuk cari jejak kat mana si busuk semua tu bersembunyi . " Kata Dr . Hasyim dengan tenang . " Cari ketua diorang . Kalau dapat tangkap . Syukurlah . Tapi kalau tak dapat , kita kena sedia untuk bertarung . "


" Elakkan daripada berlakunya pertarungan . Nak tangkap Pahlawan pelarian macam diorang . Bukannya mudah . Lagi satu hal . Kat dunia ni . Banyak sangat bangunan dan kereta . " Kata Putih dengan lembut . " Bahaya untuk orang awam . "


" Aku setuju dengan Putih . Pertarungan yang melibatkan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya . Hancur bandar ni nanti . " Kata Pendekar Bayu mencelah . " Kita cuma boleh lengahkan masa diorang . "


" Saya setuju dengan Tuan Pendekar Bayu . Itu je yang kita boleh lakukan . Lengahkan diorang sementara tunggu Pasukan Tuan Didie habis berlatih . " Kata Putih dengan jelas .


Sehelai Pelepah burung menjelma di hadapan Putih dan dia dengan segera menjelmakannya menjadi satu bahasa yang hanya dia , Paquine dan Merowran yang memahaminya .


" Seorang anggota kitorang ada jumpa satu kesan perkumpulan kat tengah Hutan Bayu . " Kata Putih dengan lembut .


" Mari kita pergi . " Kata Pendekar bayu dengan jelas dan tenang .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi membasahkan tekaknya sebelum dia menggalas Beg Sandangnya ke belakangnya . " Aku gerak sekarang . Macam yang aku cakap tadi . Hari ni dan seterusnya . Aku akan biarkan korang dan tunggu korang kat hujung jalan . "


" Kita sama - sama ke kat hujung peta ni nanti ? " Tanya Aivira dengan lembut .


" Takdelah . Aku akan habiskan latihan ni dan tunggu korang kat hujung kawasan ni . Kat kawasan rehat . " Kata Ahmadi dengan jelas tanpa memandang ke arah Aivira . " Kat sana nanti . Bukan je ada aku . Raja - raja daripada kerajaan lain pun akan ada sama . Termasuk Permaisuri Fiirapi . Dan , korang akan ditabalkan secara rasmi oleh diorang semua sebagai Ketua dan Pahlawan DiRaja Lagenos . "


Semua yang berada di situ saling berpandangan sebaik sahaja mendengar jawapan Ahmadi .


" Aku nak korang semua lulus ujian dan latihan ni . " Kata Ahmadi lalu dia berjalan keluar . " Walaupun , korang semua terpaksa merangkak . "

Dia melompat ke bawah dan kemudian , dia melihat ke arah sebatang dahan .


Seekor Burung Elemen yang amat cantik bertenggek pada dahan itu .

Burung itu melihat ke arah Ahmadi yang juga sedang memandangnya .


Burung itu mengeluarkan suaranya yang merdu . Seperti bersiul .


Siti Maisarah dan semua yang berada di situ juga mula menuruni tangga dan ada yang perasan akan kehadiran Burung itu di atas dahan tadi .


Ahmadi berpeluk tubuh sambil mendengar bunyi yang dihasilkan oleh Burung itu .

Berubah menjadi semacam wajahnya tatkala Siti Nursamawi menarik telinganya dengan kuat .


" Kau dah kenapa ? " Tanya Siti Nursamawi dengan lembut .


Sheila Asyikin menghampiri Ahmadi sambil bernyanyi kecil .


Ahmadi mengeluh lalu dia memeluk bahu Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dan mengerutkan dahinya . " Burung Elemen ni tengah ' dok ' perhati semua yang ada kat sini . "


" Untuk ? " Tanya Hagia Sofea dengan jelas .


" Dia nak cari , tenaga siapa yang dia dapat kesan semalam . Senang cakap . Dia nak pilih seseorang daripada semua yang berada di sini untuk bersatu tenaga . " Jawab Ahmadi dengan tenang . " Burung ni , betina . Jadi , dia akan pilih perempuan . "


" Bulu dia . Bentuk kepala dia . Warna bulu dia . Ekor dia tu . ' Ehm ' . Memang sesuai dengan Kak Sarah . " Kata Siti Nurjannah dengan lembut .


" Dengar tak ? Perempuan je dapat kuasa yang hebat macam ni . " Kata Khalid dengan jelas . " Dah . Lenyapkan semua ni . Jauh lagi perjalanan kita . "


Daniel tertawa kecil . " Alahai biras saya yang satu ni . Cemburu rupanya . "


Ahmadi meramas pipi Siti Nursamawi dengan lembut . " Kau . Jangan nak perasan kau dapat Burung Elemen ni . Pasal , kau dah ada . "


Siti Nursamawi memandang ke arah wajah Ahmadi . " Apa ? Bila ? "


" Lepas habis latihan ni , kau akan tahu nanti . " Kata Ahmadi dengan tenang dan selepas itu , dikucupnya dahi Siti Nursamawi dan Sheila Asyikin dengan lembut .

Kemudian , dia berjalan ke depan dan memandang ke depan . " Lenyapkan teknik ni . Kita mulakan latihan kita sekarang . "


Burung Elemen tadi melenyapkan dirinya bersama Cahaya Elemen Warna dan Cahayanya .


Sebaik sahaja teknik ' penginapan ' itu dilenyapkan , Ahmadi membawa semua anggota pasukannya untuk memulakan latihan mereka semula .


" Kalau korang nak cepat habiskan latihan ni , ikut kepantasan aku . " Kata Ahmadi sambil membuka kesemua Pintu Tenaganya dan bergerak dengan amat pantas .


Sheila Asyikin mengejar Ahmadi dan disusuli oleh Siti Nursamawi .

Selepas itu , dikejar oleh mereka yang lain .


Sementara Pasukan Ahmadi sedang melakukan latihan mereka , Pasukan Pendekar Bayu pula mula bergerak di dalam Hutan Bayu .

Untuk menyiasat laporan yang baru sahaja mereka terima .


Dan pada masa yang sama , Pasukan Pahlawan Pelarian juga sedang merancang perancangan mereka .

Kesamaran tujuan mereka di Dunia Manusia sedikit mengganggu pasukan Pendekar Bayu untuk mencerna maklumat yang mereka ada .

Apatah lagi , mereka tidak dapat untuk menangkap musuh mereka ini hanya kerana untuk memastikan , tidak tercetusnya keadaan huru - hara dan panik yang akan berlaku sekiranya terjadinya pertempuran .

Keadaan ini telah menyukarkan lagi keadaan mereka .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience