Rate

BAB 56 HUTANG DARAH

Fantasy Series 3820

" Macam mana korang dapat masuk ke dunia ni ? " Tanya Ahmadi dengan renungan matanya yang tajam namun , masih tetap mengawal dirinya agar sentiasa bertenang . " Siapa yang hantar korang ? Korang ambil upah ke ? Siapa yang upah korang ? "

Tidak mahu membiarkan keadaan menjadi lebih buruk , dia mengarahkan agar Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah mengawal pergerakkan dan minda seluruh ahli keluarga Pendekar Kuning yang lain . Kecuali . Puan Amy .


" Kau jangan nak jadi bodohlah . " Kata Orlak dengan senyuman sinis . " Kitorang . Kau . Sheila . Kita semua sama je . Kita memang diupah untuk membunuh . Membunuh memang kerja kita . "

Selepas itu , dia memperlihatkan dirinya yang sebenar . Dan kemudian , disusuli tindakannya itu oleh rakan - rakannya . " Tapi . Kali ni . Kitorang semua bergerak untuk mendapat ganjaran dan untuk balas dendam ! "


Semua rakan Ahmadi dan semua yang berada di situ saling berpandangan buat seketika tatkala kata - kata Orlak menerjah ke gegendang telinga mereka .


" Aku nak kau betulkan sikit ayat kau tadi . Memang kita sama . " Kata Ahmadi dengan nadanya yang bersahaja lalu dia melenyapkan Senjata Elemennya . " Aku dan Sheila tak pernah diupah untuk membunuh . Ia pilihan untuk kitorang . Membunuh atau , dibunuh . "


Seperti tidak dapat menahan diri , satu letusan niat membunuh terlepas daripada tubuh Sheila Asyikin . " Korang nak balas dendam untuk apa ? ! "


Orlak cuba untuk menghubungi rakannya namun . Dia ditendang kehairan kerana dia tidak dapat menjejak Gelombang Minda rakannya itu .


" Tak payah nak cari kawan awak . Dia dah mati . Saya yang bunuh . " Kata Sheila Asyikin dengan senyuman sinisnya yang agak menakutkan . " Tak sangka . Pembunuh upahan macam korang , dapat dikesan oleh Pahlawan Muda kitorang dengan mudah . "


Orlak dan rakan - rakannya terperanjat dengan kata - kata Sheila Asyikin .


Musuh Sheila Asyikin yang merupakan seorang perempuan , menyerang Sheila Asyikin namun , tanpa berlengah dan dengan pantas , Sheila Asyikin meninju wajah wanita yang berasal daripada Dunia Mitos itu dengan padu sehingga , wanita itu tercampak dan terseret beberapa meter di atas lantai .


Tidak cukup dengan itu , Sheila Asyikin dengan tenang berjalan menghampiri lawannya yang berusaha untuk bangun semula dan terus memijak wajah lawannya dengan garang tanpa mengalihkan kakinya daripada wajah musuhnya itu .

Lawannya meronta - ronta sambil menjerit - jerit kesakitan dengan tangan yang mencakar - cakar dan memukul - mukul kakinya dan dengan kaki yang menendang - nendang udara .


Bagaikan hati yang tidak memiliki taman kemanusiaan , empat Kristal Api yang tajam muncul dan terus sahaja menembusi pergelangan kedua belah tangan dan kaki lawan Sheila Asyikin .

Lawan Sheila Asyikin itu menjerit dengan semahunya dengan tubuh yang terlekat di atas lantai .


" Apa hal pula Anak Patung ni ? " Tanya Ahmadi di dalam hatinya .


Ahmadi agak sedikit terperanjat melihat tindakan Sheila Asyikin walaupun , dia pernah melihat rakan sejatinya itu berkelakuan lebih ganas daripada itu .

Malah , rakan - rakannya juga terperanjat melihat perubahan Sheila Asyikin yang berubah dengan drastik .


" Situasi ni yang mungkin , akan terjadi kat Abang Didie kalau kita semua pergi cari dia kat Dunia Mitos masa dia lakukan risikan kat sana . " Bisik Aqilah kepada Siti Khumairah dengan jelas .


Maera dan Naera menghasilkan rerumput yang tebal untuk menyeliputi semua ruang dan bahagian di dalam rumah Pendekar Kuning .

Selepas itu , cengkerang seperti kepompong yang pelik muncul dan melindungi kesemua tetamu yang telah mengeras yang bertandang ke majlis rumah terbuka itu .


" Kita boleh bergelut dan bertikam kat sini tanpa mengganggu tetamu yang hadir . " Kata Maera sambil tersenyum . " Lagi pun , kawasan rumah ni dah dalam kepungan Medan Psikik . Jadi . Memang takde masalah . "


" Dua dah tumbang . " Kata Aivira dengan jelas lalu , dia melompat ke bawah sambil menjelmakan Topeng Tempur Aexriecanya yang unik tanpa mengubah keadaan bentuk fizikalnya .

Kaki Labah - labah keluar daripada bahagian bawah belikatnya yang masing - masing , empat pada bahagian kiri dan empat bahagian kanan . " Dua akan menyusul . "


Orlak mengetapkan giginya menahan kegeraman . " Bangsat ! "


Nurzaharah meningkatkan sedikit Tenaga Dalamannya . Rambutnya menari - nari mengikut alunan Gelombang Psikiknya . " Pergi dari sini atau , Yang Maha Mematikan , mematikan awak melalui saya . "


Mandy Chong Wei Tze dan Siti Aisyah berdiri pada bahagian kanan dan kiri Nurzahirah .

Mereka berdua juga telah pun bersedia .


Mandy Chong Wei Tze juga telah membukakan Tenaga Dalamannya dan telah pun bersedia dengan memegang Wandnya .


Dalam keadaan yang genting itu , Sheila Asyikin bagaikan baru tersedar daripada mimpi . Dan pada ketika itulah . Dia menyedari yang dia telah pun telah menangkap salah seorang daripada pembunuh - pembunuh upahan itu .

Tapi , yang dia tahu . Selepas dia membunuh salah seorang daripada rakan pembunuh upahan yang bersembunyi di dalam pokok tadi , dia hanya menghunuskan senjatanya ke arah musuh sebaik sahaja semua tetamu telah ' dibekukan ' .

Namun , dia tidak menyedari akan , bila ketikanya dia dapat menawan lawan yang sedang terbaring dan telah ' terlekat ' di atas lantai .

Tidak mahu terus dibelenggu oleh permasalahan itu , dia dengan tenang mengawal tenaganya yang dirasakannya agak panas .


" Sabar . Sabar . " Bisik Sheila Asyikin di dalam hatinya . Dia cuba untuk menenangkan dirinya semula .

Nurzaharah yang dapat melihat ke semua kejadian yang berlaku di rumah Pendekar Kuning agak terperanjat tatkala melihat serangan Sheila Asyikin sebentar tadi .

Walhal selama ini , di dalam bangunan putih itu , dia telah pun melakukan perbuatan yang lebih dahsyat daripada Sheila Asyikin .


" Kakak , kuat . Berani lawan . " Desis Nurzahirah di dalam hatinya .


" Kau diam ! Budak hingusan ! " Tengking Orlak dengan garang lalu dia mengacukan Dagger Elemennya ke arah Nurzahirah .


Nurzaharah yang melihat keadaan itu tersentak . " Nak bunuh kakak ? "


Mata kanan Nurzahirah yang berwarna Biru memancarkan cahayanya .


Tiba - tiba , Orlak menghunuskan Senjata Elemennya ke lehernya sendiri .


Tidak lama kemudian , Banshee Psikik Nurzahirah muncul di belakang Orlak dengan mata yang tersenyum dan juga dengan senyuman yang menyeramkan . " Awak nak mati ? "


Nurzahirah menghalakan tangan kanannya ke arah Orlak . " Selangkah je awak bergerak . Kepala awak akan terpisah daripada badan awak . "


Mata Nurzaharah sedikit membesar dengan reaksi wajah kakunya yang tetap bagaikan ' mati ' sebaik sahaja terlihat kewujudan Banshee Psikik Nurzaharah .

Hatinya bergolak kerana dapat melihat dengan jelas Banshee Psikik Nurzahirah . " Itu ' hantu ' akak . "


Seorang lagi rakan Orlak cuba untuk menyerang namun , Senjata Elemennya terpadam dan berkecai akibat dipanah oleh Siti Aisyah .


" Sekali lagi awak bergerak . Saya pecahkan kepala awak . " Kata Siti Aisyah dengan jelas dengan wajah yang garang .


Pendekar Kuning dan Puan Amy semakin dihimpit oleh kerisauan .

Lebih - lebih lagi ketika melihat serangan yang dilancarkan oleh Sheila Asyikin , Siti Aisyah dan Nurzahirah .


" Apa jelah yang Didie dah ajar kat budak - budak ni ? " Tanya Puan Amy dengan lembut .


" Entahlah . Abang pun tak tahu . " Balas Pendekar Kuning .


Ahmadi berdehem . Dan tindakannya itu bagaikan difahami oleh Nurzahirah dan Siti Aisyah .


Nurzahirah dan Siti Aisyah menenangkan diri mereka dengan hanya kembali bersedia .


Orlak pula kembali ' bebas ' tanpa dibelenggu oleh serangan psikik Nurzahirah .


Banshee Psikik Nurzahirah juga beralih dengan melayang dan berdiri di belakang Nurzahirah yang berwajah garang .


Mandy Chong Wei Tze menghasilkan sepasang sayap yang berwarna Biru dan Hijau pada belikatnya dan terus terapung di udara .


Maera , Naera , Muniandy dan Ratni menebalkan lagi rumput - rumput yang melindungi dan menyelubungi kawasan dalam rumah .

Kesemua tetamu yang telah dilindungi dengan kepompong dan rumput , telah sama tinggi dengan lantai yang juga bagaikan telah dihampar dengan Permaidani Rumput yang cantik .


Aivira tersenyum lalu menjelmakan Pakaian Tempur Aexriecanya .


" Sabar Ai . Aku tahu kau dah panas . " Balas Ahmadi sambil tersenyum . " Tapi . Ini pertarungan aku . Aku nak korang semua tengok betul - betul . "


Satu pertempuran antara Kelas Pahlawan yang sama berlaku dengan garang .

Bagaikan dua ekor Singa yang ingin menunjukkan kekuasaan dalam mempertahankan wilayah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Siti Maisarah dan Witchie bertarung dengan makhluk - makhluk yang menakutkan itu dengan pergerakkan yang pantas dan garang .


Seekor daripada makhluk itu menerkam dan ingin membaham Siti Maisarah yang sedang berada di udara .


Dengan pantas , Siti Maisarah melepaskan satu Bebola Api yang berkilat ke arah dalam mulut makhluk yang ternganga tadi .


Makhluk yang menyerang Siti Maisarah tadi tersungkur ke lantai dengan suaranya yang mengerikan .

Tidak lama selepas itu , makhluk itu menggelupur kerana lidah - lidah api yang panas membara menembusi badan makhluk itu daripada dalam .


Siti Maisarah tersenyum . " Witchie , cari tempat berlindung . "


Witchie dengan pantas menyelubungkan dirinya dengan Elemen Psikiknya dan menjelmakan Baju Tempurnya .

Kemudian , dia mengangkat sebuah meja untuk dijadikannya sebagai penghadang .


Siti Maisarah yang masih terapung di udara mengawal api serangannya yang masih lagi marak membara .

Daripada lidah - lidah api tadi , satu Pahlawan Elemen Api yang memegang dua bilah Pedang Lurus melibas makhluk - makhluk yang menggerunkan itu dengan pergerakkan yang tangkas dan lincah .


Witchie yang menyaksikan teknik Siti Maisarah itu terpaku . Kagum .

Dia belum pernah menyaksikan Elemen Psikik Fizikal dilancarkan oleh Manusia .

Walaupun dia kerap melihat Nurzahirah berlatih dengan Ahmadi , namun . Dia tidak pernah melihat Nurzahirah menggunakan Teknik Psikik Fizikal .

Dia hanya mendengarnya daripada Ahmadi sahaja .


Selepas itu , Siti Maisarah melenyapkan dirinya dan muncul semula di sisi Witchie .


" Nampaknya . Susah sikit nak agak bagaimana semua makhluk ni melancarkan serangan . " Kata Siti Maisarah dengan jelas dan tenang . " Mesti ada sesuatu yang mendorong makhluk - makhluk ni untuk menyerang kita . "


" Saya setuju dengan Puan . Kalau ikut logik . Tak mungkin semua makhluk ni rasa terancam dengan kehadiran kita . " Balas Witchie dengan jelas . " Pasal . Kita yang terasa terancam dengan kehadiran semua makhluk ni . Jika dinilai daripada segala serangan tadi . Serangan - serangan tu memang boleh membawa maut . "

Kemudian , dia dapat merasakan , Siti Maisarah seperti keletihan . " Puan . Kita berundur dulu . Puan dah letih . Teknik Psikik Fizikal yang Puan lancarkan ni memang memerlukan Tenaga Elemen yang banyak . "


Siti Maisarah memandang ke arah Witchie lalu , menganggukkan kepalanya dengan perlahan dengan reaksi wajah yang dibaluti dengan kekecewaan .


Kucina dan Kontra juga kelihatan seperti sedang bertahan .


" Kita berundur dulu . Awak semua dah keletihan . " Kata Kucina lalu dia melayang ke depan dan kemudian , dia menemukan ke dua belah tapak tangannya dengan kuat .

Satu Gelombang Psikik terhasil dan mencampakkan semua makhluk yang menggerunkan itu kembali ke belakang .


Keadaan itu dimanfaatkan oleh Kontra dan rakan - rakannya yang lain untuk berundur .


Kucina juga perlahan - lahan berjalan ke belakang sambil menghasilkan satu Dinding Psikik .

Dan kemudian , dia menjelmakan Sebiji Mutiara Kristal untuk memastikan Dinding Psikik itu kekal bertahan .


Teknik yang sama juga dihasilkan oleh Witchie yang perlahan - lahan berundur ke belakang .


Siti Maisarah mengubah tekniknya menjadi satu sambaran api yang membentuk pusaran sebelum dia dan Witchie menutup pintu untuk kembali ke tingkat di mana mereka berlindung .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Orlak menahan Bilah Ais Ahmadi dengan Dagger lurusnya .
Ditendangnya Ahmadi namun , tendangan padunya itu dapat dipatahkan oleh Ahmadi .

Dilibaskannya pula senjatanya ke leher Ahmadi namun , serangannya itu dapat dielak dengan mudah .


Ahmadi berpusing sambil menukarkan Bilah Ais pada tangan kanannya menjadi Kerambit dan terus mencangkukkannya ke bawah rahang Orlak dengan ganas .


Akibat daripada serangan Ahmadi itu , Orlak tidak dapat menyembunyikan jeritannya kesakitannya dengan menjerit dengan semahunya .

Selepas itu , tanpa melepaskan Kerambitnya , dia menukarkan Bilah Ais daripada tangan kirinya menjadi akar yang diseliputi dengan Ais dan terus melibaskan akar tadi ke arah seorang lagi musuh mereka .

Akar tadi terikat pada leher musuh mereka tadi dengan kuat .
Ditariknya musuh tadi ke arahnya dengan kasar .


Bagaikan mengerti , Sheila Asyikin melenyapkan Kristal yang tertusuk pada pergelangan kaki dan tangan musuh yang telah diserangnya dalam keadaan dia bagaikan tidak sedarkan diri tadi .
Dia bagaikan sedikit kebingungan dan terpinga - pinga .


Keadaannya itu disedari oleh Siti Nursamawi .

" Kau dah kenapa ? " Kau okey tak ? " Tanya Siti Nursamawi lalu memegang ke dua bahu Sheila Asyikin dengan lembut.

" Sheila okey . Cuma rasa pening sikit je . Siti jangan risau . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas sambil tersenyum menyembunyikan keadaan dirinya yang sebenar .


Orlak terlutut sambil tangannya memegang erat ke tangan Ahmadi sambil menahan kesakitakan yang teramat sangat .

" Aku beri korang peluang ! Serah diri kat sini atau , aku serahkan korang kat Pegawai - pegawai aku ! " Kata Ahmadi dengan jelas dan garang nadanya .


Wajah Stephen Akio Kenzo berkerut melihat wajah Orlak yang sedang menahan kesakitan .

Bagaikan dapat dirasakannya kesakitan yang sedang melilit tubuh Orlak .


Adam dan Siti Hawa juga saling berpandangan .


" Saya tak sangka betul Didie boleh buat macam tu tanpa ada rasa apa - apa . " Kata Fateh dengan jelas .


" Saya sendiri pun susah nak terima apa yang dah kita lihat sekarang ni . " Balas Khalid dengan perlahan . " Kita tak tahu . Apa yang dia dan Sheila tu dah hadapi kat Dunia Mitos sampai dia dan Sheila boleh lakukan serangan yang gila macam ni . "


" Diorang berdua je yang tahu . " Celah Ikhwan dengan tenang .


" Aku sanggup mati daripada serahkan diri kat korang ! Makhluk celaka ! " Balas Orlak dengan garang . " Makhluk bangsat ! Makhluk terkutuk ! "


Siti Nursamawi menarik leher baju lawan Sheila Asyikin tadi dan menyeretnya ke arah Ahmadi dengan kasar .

Selepas itu , didudukkannya musuh tadi dengan garang . " ' Woi ' perempuan ! Apa kau nak jadi dengan ikut lelaki macam diorang ni ? ! Elok kau serah diri kat sini sebelum Didie serahkan korang kat Pegawai - pegawai dia ! "


" Aku takde pilihan . Aku nak hidup . Aku nak selamat . Aku dah tak nak lagi hidup kebuluran . " Kata musuh Sheila Asyikin itu dengan agak perlahan nadanya kerana menahan kesakitan . " Aku cuma nak terus hidup . "


" Saya beri awak pilihan sekarang ! Serah diri kat sini atau kitorang serahkan korang semua kat Pegawai - pegawai kitorang ! " Tengking Sheila Asyikin dengan jelas dan lantang .


" Saya serah diri kat sini . " Jawab musuh Sheila Asyikin itu dengan lemah sambil mengerang kesakitan .


" Kau macam mana ? ! " Tanya Ahmadi dengan garang sambil ditariknya akar yang menjerut leher lawannya .


" Masa kita kat Sayap Peganiex , kita tak pernah tengok Didie macam ni . Cara kita berunding dulu , takdelah ganas sangat macam ni . " Kata Aivira dengan jelas .


" Awak kena faham Ai . Kat Sayap Peganiex , kita berurusan dengan Manusia juga . Yang tahu adab dan bahasa . " Kata Muniandy dengan jelas . " Tapi sekarang ni . Kita berurusan dengan Makhluk Mitos . Tak payah saya cakap . Pasal . Kita dah tengok sendiri . Penjenayah dari dunia sana tak sama . Memang , sama - sama makhluk tapi . Manusia tetap Manusia . Makluk Mitos tetap Makhluk Mitos . Memang ada baik . Ada jahat . Tapi , macam yang saya cakap tadi . Tak sama . "


" Saya setuju dengan Andy . Sejahat mana pun kita , kita masih ada yang beradab dan berbahasa . " Kata Maera dengan tenang dan jelas . " Sejahat jahat diorang ni . Selagi kepala awak tak terpisah daripada badan awak . Diorang takkan puas hati . "


" Saya takkan serahkan diri ! " Kata musuh yang telah dijerut lehernya oleh Ahmadi dengan garang . " Saya takkan hina maruah saya dengan tunduk kat Manusia ! Manusia makhluk yang terkutuk ! "


" Celaka kau Erna ! Kalau aku tahu kau macam ni ! Dah lama aku jual kat Rumah Pelacuran ! Bangsat ! " Jerit Orlak dengan garang .

Kemudian , dia menjerit dengan lantang kerana Ahmadi mengangkat Kerambit yang masih lagi tertanam pada bawah rahangnya .


Puan Amy menyembunyikan wajahnya ke dada Pendekar Kuning kerana dia tidak sanggup menyaksikan keadaan itu .


Ahmadi menjelmakan corak yang unik pada lengan kanannya . Kali ini , corak itu disinari dengan cahaya yang berkelipan .


Tidak lama selepas itu , Pegawai - pegawai Penjara DiRaja Ahmadi yang memakai topeng yang menggerunkan muncul .

Dan beberapa Pegawai Penjara DiRaja yang memakai Pakaian Seragam yang agak formal . Sesuai dengan riak wajah yang normal .


Orlak cuba untuk menyerang Ahmadi namun , rambutnya ditarik dengan kasar oleh salah seorang daripada Pegawai Penjara DIRaja sehingga memaksa Ahmadi melenyapkan Kerambitnya .


" Jangan cuba nak serang Tuan Didie di depan saya . " Kata Pegawai Penjara DiRaja yang menarik rambut Orlak dengan ganas tadi dengan suara yang menggerunkan .

Kemudian , dia genggamnya leher Orlak sehingga menyebabkan Orlak menjerit kesakitan dengan kuat .


" Bawa dia dan sorang lagi ni balik ke Penjara . Aku nak korang korek minda diorang . Kejap lagi aku pergi sana . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Yang perempuan ni . Tinggal sini . "


Seorang Pegawai Penjara DiRaja menarik rambut seorang lagi pembunuh upahan itu dengan garang lalu , melenyapkan diri mereka .


Ahmadi memandang ke arah beberapa Pegawai Penjara DiRaja yang memakai seragam yang formal tadi . " Bawa balik perempuan ni . Rawat kecederaan dia . Lepas tu , bagi dia makanan sikit . Lepas dia dah bertenang . Soal siasat . Kejap lagi aku pergi sana . "


" Kami patuh dan kami taat . " Kata semua Pegawai Penjara DiRaja itu dengan senada dan serentak .

Selepas itu , mereka melenyapkan diri mereka .


Ahmadi mengeluh lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal .

Kemudian , dipandangnya Maera dan Naera . " Korang lenyapkan balik teknik ni . Dah selamat dah . "


" Tapi sebelum korang pulihkan semula keadaan tetamu . Korang padam semua memori ahli keluarga Pakcik dan Makcik . Kitorang tak nak keadaan jadi serabut . " Kata Pendekar Kuning dengan jelas .


Ahmadi melontarkan pula pandangannya ke arah Mandy Chong Wei Tze , Nurzahirah dan Siti Aisyah . " Korang bertiga ada hutang . Kita makan nanti . Baru cakap . "


Nurzaharah tersentak . Peristiwa itu lenyap daripada pandangan mindanya .

Ditepuk - tepuknya kepalanya dengan lembut . " Hilang . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Suasana kemeriahan Hari Raya kembali terasa . Para tetamu yang telah pun di'neutral'kan minda mereka , kelihatan beramah - mesra sesama mereka sambil menikmati pelbagai hidangan .


Kelihatan Siti Nursamawi membawa dua buah pinggan yang penuh dengan lauk - pauk yang menggunung .


" Awak tengok adik kita yang sorang tu . Bukan main dia melantak . " Kata Hagia Sofea dengan jelas . " Penuh pinggan dia . Lauk je . Nasi takde . "


" Lantaklah . Kita tegur pun bukannya dia nak layan . " Balas Siti Nurjannah dengan perlahan . " Buat bazir air liur je .


" Tapi . Korang tengok Sheila . " Celah Siti Khumairah sambil dia mengarahkan sedikit garfunya ke arah Sheila Asyikin . " Nasi dia . Alahai . Sikitnya . Pasal tu dia tak membesar . Kemetot macam tu juga . Zat tak cukup . "


" Korang bertiga kalau tak mengumpat budak berdua tu tak boleh ke ? " Tanya Fateh sambil dia mengunyah Chicken Chop . " Depan rezeki pula tu . "


" Yelah . " Kata Siti Khumairah sambil memandang ke arah Hagia Sofea dan Siti Nurjannah .


" Korang bertiga tahu tak . Korang bertiga boleh sebabkan keadaan jadi lebih teruk tadi ? " Tanya Ahmadi dengan tenang .


Siti Aisyah hanya saling berpandangan dengan Nurzahirah dan Mandy Chong Wei Tze .


" Korang tahu apa kesalahan korang ? " Tanya Ahmadi dengan bersahaja nadanya .


Pendekar Kuning , Pendekar Bayu , Dato ' Panglima Lok Tujuh dan Pendekar Bara saling berpandangan .


Nurzahirah menggelengkan kepalanya dengan lemah .


" Korang masih tak tahu nak nilai keadaan dan situasi . Korang terburu - buru . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Korang takkan dapat lancarkan serangan korang pada tahap yang sebenarnya kalau korang tak dapat nak tenangkan minda dan fikiran korang . Jangan terburu - buru . "


Nurzahirah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze hanya mendiamkan diri mereka .


" Dah ada dua Pahlawan yang ada masalah sama dengan korang . " Kata Ahmadi dengan tenang bersulamkan satu kekuhan kecil . " Campur korang bertiga ni , dah jadi lima orang . "


" Siapa ? " Tanya Nurzahirah .


" Kak Tatsumaki dan Rissa . " Jawab Ahmadi dengan pantas .


Siti Aisyah tergelak manakala Nurzahirah dan Mandy Chong Wei Tze hanya tersenyum .


" Eloklah tu . Korang semuakan dah rapat . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Akan ada latihan untuk korang bertiga . "


" Tapi . Tatsumaki dah jadi Pahlawan DiRaja . " Kata Siti Aisyah dengan jelas . " Takkan dia masih tak dapat nak tenangkan minda dia dan masih terburu - buru macam kitorang ? "


" Betul juga . Kalau Rissa , yelah kot . Diakan masih Pahlawan Akademi lagi . " Celah Mandy Chong Wei Tze . " Lagi pun. dia sebaya dengan kitorang . "


" Takde maknanya . Akak yang sebaya dengan Kak Tsu . " Kata Siti Aisyah dengan pantas dan jelas . " Rissa tu sebaya dengan Rara . Mandy yang tua setahun daripada Rissa dan Rara . "


" Diorang berdua tu , anak didik abang . Abang tahulah . Dahlah . Itu je untuk hari ni . " Kata Ahmadi lalu dia berdiri dan berjalan menuju ke dalam rumah . " Rara tak payah nak tunggu . Pakcik tak balik malam ni . Ada banyak hal yang Pakcik nak korek hari ni . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Malam melabuhkan tirainya . Butiran bintang bertaburan di dada langit yang luas terbentang .

Bulan juga bersinar dengan terang sambil ditemani oleh angin yang berpuput lembut .


Keadaan di dalam Penjara yang bagaikan tiada malam dan siang kelihatan suram dan menyeramkan .

Dengan rumah yang kelihatan tidak seperti rumah .
Bangku yang hanya kelihatan seperti kepingan papan dan kayu .

Pondok - pondok yang kelihatan seperti kandang dan reban .
Suasananya pula diisi dengan keluhan , rintihan , kesedihan dan caci - maki yang bagaikan tiada kesudahan .


Ahmadi yang telah tiba di Penjara yang menggerunkan itu kelihatan tenang dan berjalan seperti biasa .

Dia menuju ke Jabatan Soal Siasat .


" Hoi Manusia bangsat ! Apahal kau datang ke sini ? ! " Jerit salah seorang tahanan lelaki yang berdiri di serambi rumah yang menjadi penjaranya . " Kalau kau datang ke sini setakat nak berlagak , elok kau balik ! "


Ahmadi hanya tersengih tanpa menoleh ke arah lelaki itu dan meneruskan langkahnya .


Lelaki tadi meludah ke tanah dengan geram yang menggigit tubuhnya .


Ketika Ahmadi sedang berjalan itu , muncul seorang Lelaki lain yang menyerangnya dengan menggunakan sebilah Pedang Besar .

Dia sedar akan serangan itu namun , dia dengan tenang menghentikan langkahnya .


Belum sempat mata Pedang Besar itu melekat ke kepala Ahmadi , Lelaki yang menyerang tadi tercampak ke arah sebongkah batu yang amat besar dengan kuat .


Seorang Pegawai Penjara muncul dan terus menyeret Lelaki tadi entah ke mana .


Ahmadi mengeluh dan kemudian , dia tersenyum . Hanya dia dan Yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu apa yang telah bermain di dalam fikirannya .


Seketika kemudian , dia tiba di depan satu bangunan batu yang amat menggerunkan .

Hanya diterangi oleh cahaya api yang marak menyala .


Menyedari akan kehadiran Ahmadi , semua Pegawai Penjara yang berada di situ melakukan gerakan Hormat DiRaja .


" Dahlah tu . Bangun semua . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Apa maklumat yang korang dapat daripada Orlak ? "


" Dia terima upah daripada Kaolo dan Slumpur . Pengkhianat daripada Dunia Manusia . " Jawab Veruga dengan suara yang amat menggerunkan .

Dia adalah merupakan Ketua Pegawai dan Ketua Panglima DiRaja bagi semua Pahlawan yang ditugaskan untuk menjaga Penjara itu .


Walaupun kewujudan Unit Penjara ini diperkenankan oleh Permaisuri Fiirapi namun , hanya Ahmadi seorang sahaja yang pernah melihat wajah di sebalik topeng mereka .


" Takkan itu je ? " Tanya Ahmadi dengan bersahaja lalu dia mengangkat kepala Orlak yang kelihatan lemah tidak berdaya .


" Paga dan Vivian yang bukakan Lingkaran Taisa untuk bedebah ni . " Kata Veruga lagi . " Antara sebab lain . Orlak memang nak bunuh Pendekar Kuning . Kalau , diorang dapat bunuh Pendekar Kuning , diorang akan culik pula isteri dan anak Pendekar Kuning sebab , masa pertempuran kat Paya tu , Pendekar Kuning dah bunuh ayah dia . Ini dah jadi macam dendam peribadi . Macam nak balas dendam . "


Ahmadi mengeluh lalu menganggukkan kepalanya . " Ada apa - apa maklumat lagi tak yang korang dapat ? "


" Takde . Dalam kepala si bangang ni . Penuh dengan duit , arak , judi dan perempuan je . " Jawab Veruga dengan jelas .


" Kau ikut aku . Ada benda aku nak cakap kat kau . Arahkan anggota kau letakkan dia ni kat mana - mana yang sesuai . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Dia ni kelas Pembunuh Upahan tahap pertengahan . Jangan letak dia kat tempat yang kasar sangat . Rawat dulu kecederaan dia tu . "


Veruga menundukkan kepalanya sebagai tanda taat akan perintah Ahmadi .


" Aku tunggu kau kat luar . " Kata Ahmadi lalu berjalan keluar dengan tenang .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Aku nak tanya ni . " Kata Pendekar Kuning dengan jelas dan tenang .

Wajahnya semacam memandang ke arah semua rakan - rakannya .

Kemudian , dibuangkannya pula pandangannya ke arah isterinya yang dikelilingi oleh isteri rakan - rakannya .

Selepas itu , dia melepaskan satu keluhan . " Apa hal korang semua ada kat sini ? "


" Kitorang tunggu laporan daripada Didielah . Kot - kot dia ada hantar kat Sheila . Bolehlah kita dengar sama - sama . " Balas Sougaena Aryan dengan jelas . " Sambil itu , bolehlah kitorang tolong tengok - tengokkan awak juga . "


Pendekar Kuning menyandarkan tubuhnya ke kerusi . " Hari tu , Ah Chong . Malam ni saya . Entah esok lusa . Tak tahu siapa pula . "


" Kitorang bertiga dulu . " Kata Pendekar Bara dengan jelas lalu memandang ke arah Pendekar Bayu yang sedang memejamkan mata .

Dengan Headphone yang melekat di kedua belah telinga sambil kedua belah tangan diletakkan di belakang kepala . " Lepas tu baru Ah Chong . Tapi . Kita dah kena serang serentak hari tu . "


" Tak pernah pula terfikir . Kita semua ni dah jadi sasaran Pembunuh Upahan dari Dunia Mitos . " Kata Sougaena Raj dengan jelas sambil dia membaca Surat Khabar .


Sougaena Sora Akio Kenzo memukul lutut Sougaena Raj dengan lembut . " Apasal kitorang panggil awak Raj ye ? Saya dah lupalah . Nama awak Surejkan . "


Pendekar Bayu membuka kelopak matanya lalu tersenyum .


" Betullah . Kenapa kitorang panggil awak Raj ? " Tanya Dato ' Panglima Lok Tujuh dengan tenang . " Ada satu peristiwakan kenapa nama tu melekat kat awak . "


Sougaena Raj menyelak helaian Surat Khabarnya . " Korang yang lekatkan nama tu . Korang pula yang tanya balik . Memang terbaik betul perangai korang ni . "


Pendekar Bayu mengalihkan sedikit Headphonenya . " Pasal . Ada satu Filem yang watak utama dia pergi ' ushar ' awek pujaan dia guna nyanyian . "

Kemudian , dia membetulkan kedudukan posturnya . " Nama watak Lelaki tu Raj . Surej pergi ikut . Dia pergi ' ushar ' bini dia ikut cara tu . Jodoh dia . Melekat perempuan tu . Diorang Kahwin . Maka . Lahirlah . Muniandy . "


" Yelah . Betullah . Lepas tu . Kita panggil dia Rajkan . " Sampuk Pendekar Kirai dengan jelas sambil tersenyum . " Maaflah Surej . Kitorang panggil awak Raj . Sampai lupa nama sebenar awak . "


Sougaena Raj hanya tersenyum lebar lalu mengeluh sambil melipat Surat Khabarnya . " Korang ada terfikir tak , apa yang Didie buat kat Dunia Mitos sekarang ni ? "


" Anak aku tu cakap . Banyak benda dia nak korek . " Balas Pendekar Bayu lalu membuka penutup Bekas Kacang Gajus . " Dia tengah cari maklumatlah tu . "

Kemudian , dia menyumbatkan beberapa kacang yang rasa lemak - lemak itu ke dalam mulutnya .


Siti Nursamawi meluruskan kakinya lalu menggeliat . " Lamanya Didie . "


" Siti bertenanglah . Abang mungkin tengah cari maklumat sekarang ni . " Kata Sheila Asyikin dengan manja .


" Kak Ratni . " Tiba - tiba Nurzahirah yang sedang membaca buku bersuara dengan lembut .


" Apa ? " Balas Ratni dengan tenang .


Nurzahirah menutup buku yang dibacanya lalu menongkatkan dagunya .

Kemudian , dipandangnya wajah Ratni yang manis . " Apa akak buat kalau , akak terkandas kat Pulau , dengan orang yang akak benci ? "


Ratni meyandarkan badannya ke sofa dan meletakkan kedua belah tangannya di belakang kepalanya . " Apa yang akak buat kalau terkandas kat Pulau dengan orang yang akak benci ? "


Siti Nursamawi dan rakan - rakannya serta semua yang berada di situ menantikan jawapan daripada Ratni .

" Akak suka . Suka sangat - sangat . " Jawab Ratni dengan lembut lalu memandang ke arah Nurzahirah yang mengerutkan dahi .

" Kenapa pula ? " Tanya Siti Aisyah dengan agak pantas .

" Sebab , akak tak payah susah - susah nak cari makanan . " Jawab Ratni dengan jelas sambil tersenyum . " Akak bunuh je orang yang akak benci tu . Lepas tu , potong ikut bahagian . Macam kita potong ayam tu . Tak habis , simpan . Akak cuma perlu buat tempat berteduh dan tadah air hujan je untuk minum . Mudah . Lepas tu , buat api untuk bagi isyarat kat mana - mana Kapal yang lalu . Dah selamat . "


Nurzahirah menggaru kepalanya lalu membuka semula buku yang dibacanya kemudian , dia memberikan buku itu kepada Mandy Chong Wei Tze untuk membaca muka surat yang dibacanya .


" Ikut buku ni . Akak ada trauma masa lampau yang amat menyakitkan hati akak yang sentiasa menghantui akak . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan jelas . " Kenangan trauma tu , akan terbayang dan bermain semula kat fikiran akak , kalau , akak terlihat sesuatu atau seseorang , yang boleh mengingatkan akak terhadap kenangan tu . Kalau tak dirawat . Akak akan ada gangguan mental yang teruk yang boleh membawa kepada maut . "


" Betullah tu kot . " Kata Ratni dengan jelas lalu mengeluh . " Akak memang ada kenangan pahit yang sentiasa menghantui akak . Sampai akak dah rasa macam , maruah akak dah tercalar . "


" Buku apa yang korang baca ni ? " Kata Hagia Sofea lalu mengambil buku yang dipegang oleh Mandy Chong Wei Tze .

Dibacanya pada bahagian belakang buku itu dan nama penulis buku itu . " Buku ni mengarutlah . Penulis buku nikan ada kontroversi . Dah banyak buku Penulis ni kena sekat penjualannya .

" Ummi Sofea janganlah marah . Manalah Rara tahu . Rara baca je . " Kata Nurzahirah dengan manja . " Buku tu bukan Rara punya . Kak Iecha punya . "

" Mana Iecha beli buku ni ? " Tanya Siti Khumairah .


" Dalam talian . Buku tu macam elok je . Orang belilah . " Jawab Siti Aisyah juga dengan manja .


" Main hentam je beli . " Kata Siti Nurjannah pula . " Penulis buku ni , orang sakit mental . Dia banyak dah jual buku - buku macam ni tapi , kena tarik balik oleh Kementerian Pendidikan sebab , lagi banyak yang tak betul daripada betul . "


" Kalau tak betul , macam mana pula buku tu boleh tafsirkan Ratni boleh ada gangguan trauma ? " Tanya Maera yang sedang menongkat dagu .


" Betul juga . Kalau macam tu , Ratni memang ada gangguan mentallah . " Sampuk Aivira lalu tertawa kecil .


" Awak Ai , kalau saya pijak mulut awak . Sebulan awak tak boleh makan apa - apa . " Kata Ratni dengan senyuman . " Saya tu , layan soalan tadi je . "

" Tapi , saya memang ada trauma masa lampau . ' Alah ' . Awak semua tahu kot . "


Semua rakan - rakan Ratni tergelak .


" Sebetulnya . Tak payah tunggu terkandas kat Pulau . Sekarang pun , kalau ada peluang . Memang saya ' blender ' halus . Lepas tu buang kat laut . " Kata Ratni dengan jelas dan dia sengaja menguatkan nadanya . " Benci betul . "


" Apa yang di' blender ' halus tu ? " Tanya Puan Mariam dari kejauhan .


" Ni ' ha ' . Cerita pasal baja tahi ayam . Kalau nak bagi halus , elok kisar halus je . " Jawab Ratni lalu tergelak kecil .


" Mengarutlah korang ni . " Kata Mak Teh Sanggul pula .


" Tahi ayam . " Kata Aivira yang duduk di sisi Munandy lalu tertawa kecil sambil menepuk - nepuk bahu Muniandy .


Muniandy memukul wajah Aivira dengan geram menggunakan bantal sofa .


" Baja tahi ayam ' bro ' . Kata Stephen Akio Kenzo yang juga duduk bersebelahan dengan Muniandy sambil tertawa kecil .


Muniandy memukul pula wajah Stephen Akio Kenzo dan kemudian , dipandangnya wajah Ratni dengan geram yang kelihatan tenang dan bersahaja . " Kalaulah bukan pasal saya ni masih dapat kawal diri , memang dah lama saya heret awak kat jalan raya sampai hancur . "


" Saya ada sebut nama awak ke ? " Tanya Ratni . " Takdekan . Jadi . Kenapa tiba - tiba awak nak marah ? Awak ada buat salah ke ? "


" Awak tak boleh buat apa - apa . " Kata Khalid dengan jelas . " Awak kalah Psiko . Memalukan je . "


" Orang dah buat salah . Memang macam tu . " Kata Ratni lalu memeluk Siti Hawa sambil berpura - pura menangis . " Maruah saya macam kena carik - carik tau . Macam dah kena rampas . "


Siti Hawa hanya tertawa kecil .


Muniandy bingkas berdiri dan memekik dengan kuat sambil memejamkan matanya dengan rapat . " Saya tak bersalahlah ! "


Sebiji gelas terbang dan tepat menyinggahi dahi Muniandy .


"Kenapa tiba - tiba menjerit ? ! Dah gila ke ? ! " Jerit Sougaena Raj dengan lantang .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Veruga menghampiri Ahmadi dari arah belakang . Jelas dapat dilihatnya , Ahmadi sedang menghantar Mutiara Pesanan .


Selesai sahaja Ahmadi menghantar Mutiara Pesanan itu , dia memandang ke belakang . " Kerja kau dah habis ke ? "


" Dah . " Balas Veruga dengan tenang dan jelas . " Apa yang Tuan nak cakap ? Macam penting je . "


" Kau dah nak balik ke ? " Tanya Ahmadi sambil tersenyum tanpa menjawab soalan Veruga . " Marilah . Kita balik ke penempatan korang . Dah lama juga aku tak jenguk rumah kau . Korang pun dah lama tak ajak aku lepak kat sini . "


" Tuankan sibuk dengan urusan pentadbiran kerajaan . " Balas Veruga dengan sopan .

Walaupun begitu , suaranya tetap kedengaran amat menggerunkan . " Takkan kitorang nak ganggu tuan . "


" Keluarga kau macam mana ? Sihat tak ? " Tanya Ahmadi sambil melangkah mengikut langkah Veruga .


" Segala puji bagi Tuhan Semesta Alam . Keluarga saya sihat . " Balas Veruga dengan jelas .


" Macam mana dengan unit yang aku nak kau tubuhkan tu ? " Tanya Ahmadi dengan jelas .


" Dah siap , Tuan . Tinggal tunggu arahan daripada Tuan je . " Jawab Veruga dengan tenang . " Tapi , ada satu masalah kecil . "


" Apa dia ? " Tanya Ahmadi dengan agak pantas namun , tenang nadanya .


Seketika kemudian , Ahmadi dan Veruga tiba di hadapan satu Pintu Batu yang amat tebal .

Di mana pintunya , diikat dengan Rantai Besi yang besar dan dikawal oleh empat orang Pegawai Penjara yang bertubuh sasa .


Sebaik sahaja Pegawai Penjara DiRaja yang menjaga Pintu itu melihat akan kehadiran Ahmadi , mereka berempat dengan serentak melakukan Hormat DiRaja .


" Buka pintu . Raja Pawana ingin melihat keadaan perkampungan kita . " Kata Veruga dengan jelas .


Seketika kemudian , pintu yang bersaiz mega itu terkuak .


Ahmadi tersengih . " Kuat anak - anak buah kau ni . Macam tarik kapas je . "


Sedikit bangga Veruga tatkala mendengar pujian itu lalu mengajak Ahmadi berjalan memasuki sebuah perkampungan yang dihuni oleh empat puak yang telah pun dianggap pupus oleh kesemua Makhluk Mitos .

Hanya terdapat beberapa Bangsa Mitos sahaja yang masih mengetahui akan kewujudan puak ini .
Dua daripadanya adalah puak Putih dan Paquine .

" Dah maju kampung ni . " Kata Ahmadi sambil tersenyum .


Suasana di dalam perkampungan itu bercampur baur . Antara Panas , Lembab , Kering , dan Dingin . Seimbang . Amat selesa .

Keadaan fizikal penghuninya pula bagaikan tiada bentuk yang tetap .

Ada yang seperti terawang - awang dan terapung . Ada yang seperti habuk yang berterbangan . Ada yang bagaikan mengalir .

Malah , ada juga yang bagaikan Api yang marak membara namun , tidak membahayakan penduduk yang lain .


Tersenyum lebar para penghuni perkampungan itu sebaik sahaja melihat kehadiran Ahmadi lalu mereka merendahkan tubuh mereka sebagai tanda hormat kepada Ahmadi .


" Penduduk di sini amat berterima kasih kepada Tuan dan Cik Sheila . Serta kepada Tuanku Permaisuri Fiirapi . " Kata Veruga dengan jelas . " Kalau bukan kerana Tuan dah selamatkan kitorang secara rahsia masa Kerajaan Darkhtala musnahkan penempatkan kitorang dulu . Dan dah rahsiakan berita empat puak ni terselamat . Dah tentu . Empat puak ni akan benar - benar hilang . "

" Aku dan pasukan aku kebetulan lalu kat situ . Takde hallah . " Balas Ahmadi lalu menepuk bahu Veruga .

" Kitorang ada buat akademi . Kitorang namakan akademi tu Akademi Pawana . Sempena gelaran Tuan . " Kata Veruga lalu tertawa kecil .

" Melampau korang ni . " Kata Ahmadi lalu dia juga turut tertawa kecil sama . " Apa masalah yang kau cakapkan tadi ? "

" Ada banyak permohonan untuk menjadi Pahlawan . Tapi , kekosongan dah takde . " Balas Veruga . " Macam mana ? Kebanyakkan pemohon memang berbakat . "

" Aku rasa , jawapan kepada masalah kau ni , ada kat kau . " Kata Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Macam ni . Aku nak jadikan Pahlawan daripada empat puak ni sebagai barisan terakhir untuk mempertahan Kerajaan Lagenos dan dua dunia ni . Unit yang aku suruh kau tubuhkan tu pun dah siap . Jadi , kau boleh mula daripada unit tu . "

" Apa maksud tuan sebagai barisan terakhir ? " Tanya Veruga .

" Kali ni . Aku sendiri tak yakin yang kita akan menang perang yang akan bakal berlaku kali ni . Aku berani cakap kat kau . Perang ni akan jadi satu pertempuran yang amat dahsyat . " Jawab Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Sebab tu , aku perlukan semua kekuatan daripada semua Puak Pahlawan yang dah jadi sekutu kerajaan ni untuk pertahankan dua dunia ni . "

Dia kemudiannya mengeluh . " Perkara ni yang aku nak cakap kat kau sebenarnya . Risau juga aku yang kau tak setuju . Kot - kot , permintaan aku ni melampau . "


" Tuan . Sebenarnya , Tuan tak payah nak minta persetujuan daripada kitorang untuk menjadi Pahlawan untuk mempertahankan kerajaan kita dan dua dunia ni . " Kata Veruga dengan jelas dan tenang . " Saya berani jamin dengan Tuan . Pahlawan - pahlawan daripada empat puak ni akan gembira sebab , Tuan sendiri datang ke sini untuk berkata sendiri kat depan diorang semua . "


" Kau nak aku buat apa ni ? " Tanya Ahmadi sambil tersengih .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Dah lewat ni Siti ' wei ' . Sudah - sudahlah tu makan . " Kata Hagia Sofea dengan jelas .


" Makan kacang jelah . " Balas Siti Nursamawi dengan jelas sambil mengerutkan wajahnya . " Bukannya makan makanan yang berat - berat . "


" Mulut Siti tak pandai penat ke ? Daripada tadi mengunyah je . " Sampuk Siti Khumairah pula .


" Otot rahang dia dah rosak . Tu yang mengunyah je tu . " Celah Siti Nurjannah dengan lembut .


" Apalah Kak Janne ni . Tak baik cakap macam tu tau . Kecik hati Siti . " Kata Sheila Asyikin dengan manja kebudak - budakkannya sambil mengusap - ngusap kepala Siti Nursamawi dengan lembut . " Siti makan ye . Jangan dengar cakap diorang tu . Diorang tu jahat . Jangan dengar cakap diorang . Siti makan ye . "


Siti Nursamawi menganggukkan kepalanya seperti budak - budak sambil tersenyum lebar . " Okey . "

Kemudian , dia menyuapkan kacang ke mulut Shiela Asyikin . " Sedap tak ? "


" Sedapnya . " Balas Sheila Asyikin dengan gembira dengan kelakuan manja kebudak - budakkannya .


Nurzahirah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze tertawa kecil melihat telatah Siti Nursamawi dan Sheila Asyikin .


" Akak berdua ni memang ada masalah mentallah . " Kata Siti Aisyah sambil tertawa .


" Korang baru tahu ke ? " Tanya Hagia Sofea .


Satu pancaran cahaya mengganggu perbualan mereka .
Cahaya itu memancarkan Elemen Warna dan Cahaya milik Ahmadi .

Tidak lama kemudian , sebutir Mutiara berwarna Biru muncul .


" Abang Didie punya ni . Mesti abang hantar laporan . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut lalu memegang Mutiara tadi . " Panggil semua orang . "


" Atok Bayu ! Pakcik hantar laporan ! " Jerit Nurzahirah dengan agak lantang .


Bertempiran Pendekar Bayu dan semua rakannya serta isteri - isteri mereka berlari menghampiri ruang Sheila Asyikin .

Termasuklah Nenek Diana , Puan Nancy dan anak - anak Dato ' Panglima Lok Tujuh dan anak - anak Sougaena Sora Akio Kenzo .


Nenek Diana dan Puan Nancy menumbuk dan menendang sesiapa sahaja di laluan mereka dan terus mengambil tempat mereka di kerusi .


" Cepatlah . Kitorang nak dengar . " Kata Nenek Diana dan Puan Nancy dengan jelas .


Sheila Asyikin mengaktifkan Mutiara Pesanan yang dihantar oleh Ahmadi .

Satu corak terukir pada meja dan terus menghiasi Mutiara itu .

Kemudian , suara Ahmadi kedengaran dengan jelas .


" In . Kumpulan Orlak tu memang terima upahlah . Kaolo dan Slumpur yang upah diorang . " Kata Ahmadi dengan jelas .


" Masih hidup lagi dua orang keparat tu . Ingatkan dah arwah . " Kata Sougaena Chong Wei Lee dengan jelas .


" Satu , memang diorang terima upah . Satu sebab lagi memang nak bunuh Pendekar Kuning . Pasal Pendekar Kuning dah bunuh ayah dia masa pertarungan kat Paya hari tu . Kalau dapat bunuh . Diorang culik pula Makcik Amy dan Iecha . " Kata Ahmadi lagi dengan jelas .


Terperanjat besar semua yang berada di situ sebaik sahaja mendengar maklumat yang disampaikan oleh Ahmadi .


" Paga dan Vivian yang buka Lingkaran Taisa untuk diorang . " Kata Ahmadi lagi .


" Paga dan Vivian ni , siapa pula ? " Tanya Puan Amy .


" Pahlawan DiRaja Kegelapan yang jadi musuh kita . " Balas Puan Fiinura dengan jelas .


" Ada yang tak kenalah dengan semua serangan ni . Abang rasa , semua serangan ni macam sengaja nak main - mainkan kita . " Kata Ahmadi lagi .


" Main - main apanya ? " Kata Aaroon pula dengan jelas . " Dah sampai membunuh kot . Main - main ' pebendenye ' ? "


Pantas sahaja Dato ' Panglima Keris Lok Tujuh menarik telinga Aaroon . " Diam dulu . Dengar . "

" Semua pembunuh upahan yang datang menyerang ni , semuanya tahap pertengahan . Bukannya tahap yang betul - betul professional . Kalau betul - betul professional dan mahir , takdenye nak masuk menyelinap atau nak banyak cakap . " Kata Ahmadi dengan jelas bersulamkan satu keluhan . " Selalunya . Pembunuh Upahan yang professional , diorang terus culik dan bunuh . In pun tahukan . Pembunuh Upahan . Bergerak macam bayang . Memang takkan tingggalkan kesan atau jejak . "


" Betul juga apa yang abang cakap . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut . " Pembunuh upahan yang mahir . Diorang buat kerja senyap . Pantas . Tak banyak ambil masa . "

" Abang kat Penjara ni . Tengok Veruga korek minda Orlak kejap tadi . Habis lembik Orlak diorang kerjakan . " Kata Ahmadi lagi dengan jelas . " Mungkin abang lama sikit kat sini . Nak tinjau - tinjau apa yang patut . Cakap kat semua orang . Hati - hati . Lagi satu . Jangan nak gatal sangat nak cari abang kat sini . "


Selepas itu , Mutiara tadi lenyap bagaikan pasir yang diterbangkan angin .


" Betul juga cakap Didie tadi . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Kalau nak diikutkan Pembunuh Upahan yang sebenar . Diorang lakukan kerja dengan senyap . "


" Didie memang pakar dalam menilai kelas - kelas Pahlawan Mitos . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu . " Semua Pahlawan boleh jadi Pembunuh Upahan tapi , hanya Pahlawan yang memang daripada Kelas Pembunuh Upahan je yang boleh lakukan kerja ni dengan sempurna . "


" Korang semua dengar . Nenek nak cakap sikit . " Kata Nenek Diana dengan dengan suara tuanya . " Korang semua ni . Kategori memang tak sama . Tapi . Tolong berwaspada . Jangan sampai Pahlawan daripada kelas Pembunuh Upahan dapat lihat kelalaian korang . "


" Apa maksud Makcik ? " Tanya Pendekar Kirai .


" Tak macam Pahlawan daripada kelas dan kategori yang lain . Pembunuh Upahan ni memang dilatih untuk membunuh dalam apa jua keadaan . " Balas Puan Nancy dengan jelas dan lembut . " Pakar dalam permainan senjata , pengawalan dan penggunaan Serangan Elemen dan segala jenis racun dan penawar . "


Puan Fiinura mengeluh . " Walaupun Puak Makcik , Puak Aexrieca memang pakar dalam penggunaan racun dan penawar . Diorang lagi pakar . " Kata Puan Fiinura pula dengan jelas .


" Sheila , korang pernah ke jumpa Pahlawan daripada kategori ni ? " Tanya Siti Khumairah dengan jelas .


" Selalu sangat . Terutamanya kalau Sheila dan abang bawa pasukan untuk buat rondaan kat sempadan . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut .


" Macam mana korang uruskan diorang ? " Tanya Fateh pula dengan tenang . " Maksud abang . Cara yang paling berkesan . "


Sheila Asyikin memejamkan matanya lalu berpeluk tubuh . Dahinya sedikit berkerut bagaikan sedang berfikir . " Selalunya . Abang dan Sheila lawan je . Tapi . Takdelah lawan sampai mati . "


" Teknik yang macam mana korang selalu guna ? " Tanya Siti Nurjannah pula dengan lembut .


" Yang tu susah sikit nak jawab , sebab ... " Balas Sheila Asyikin lalu memandang ke arah semua yang berada di situ sambil tersengih - sengih dan tersipu - sipu malu .


Pendekar Bayu mengerutkan dahinya . " Korang selalu buat macam mana ? "


Sheila Asyikin tersengih . " ... kitorang selalu lari je . Lepas tu bersembunyi kat mana - mana . Rehat kejap kat tempat kitorang bersembunyi tu . Lepas tu , jumpa balik kalau abang dah panggil . Lepas tu . Sambung balik buat rondaan . "


" Kalau macam tu ! Sampai bila nak habis ? ! " Jerit Nenek Diana dan Puan Nancy dengan serentak dan senada dengan suara tua mereka . " Sampai ke sudahlah tak pandai habis ! "


Pendekar Bayu menyandarkan badannya ke sofa lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal .


Pendekar Bara dan Dr . Hasyim pula berpandangan sesama sendiri .


" Kat sana pun korang bawa perangai mental korang ke ? " Tanya Pendekar umbut dengan jelas . " Teruk betul perangai korang ni . Nyawa ni ' woi ' . "


" Korang jangan nak marah dulu . " Kata Pendekar Bayu dengan lembut dan tenang dengan mata yang terpejam .

Kemudian , dia meletakkan ke dua belah tangannya ke belakang kepalanya .

Selepas itu , dia bersila panggung dan mengeluh . " Tanya Sheila . Kenapa Didie buat macam tu . "


" Kenapa Didie buat macam tu ? " Tanya Sougaena Chong Wei Lee .


" Abang cakap . Sebagai latihan . Kalau musuh tak dapat jejak kitorang . Maksudnya , kitorang dah berjaya bersatu dengan alam semula jadi . " Jawab Sheila Asyikin dengan manja . " Setakat ni . Memang kitorang tak dapat kena jejak lagi . Maksudnya , kitorang memang berjayalah . "


" Korang dengarkan . Anak aku ada sebab kenapa buat latihan gila macam tu . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas .

Kemudian , dia mengeluh dan berbisik dalam hati . " Sebiji betul dengan perangai arwah mak dia . Suka sangat buat kerja yang tak masuk akal . "


" Memang takde pilihan kalau dah jumpa Pembunuh Upahan . Memang terpaksa bertarung juga . " Kata Sheila Asyikin dengan manja dan lembut . " Memang kita terpaksa membunuh . "


" Teknik macam mana yang korang selalu guna kalau dah berdepan dengan diorang ? " Tanya Mak Teh Sanggul .


" Pertarungan Elemen jarak dekat yang pantas . " Jawab Sheila Asyikin dengan jelas .


" Boleh tak Sheila perincikan sedikit . Pantas yang macam mana ? " Tanya Hagia Sofea .


Sheila Asyikin mengerutkan wajahnya dengan manja . " Susahlah . Kena berada sendiri ' dal . . . "


Tiba - tiba , semua yang berada di situ terperanjat dengan tindakan Sheila Asyikin .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi berdiri di depan para Pahlawan yang terdiri daripada empat puak .

Suasana yang tenang dan damai mengisi ruang itu dengan aman .


" Dengar sini wahai Pahlawan ! Beta bercadang ingin menjadikan kalian semua sebagai barisan terakhir untuk mempertahankan kerajaan ini dan dua dunia ini daripada musuh ! " Kata Ahmadi dengan jelas dan bertenaga . " Akan tetapi ! Biarlah beta dengar sendiri daripada mulut kalian ! Apakah kalian sudi menawarkan khidmat kalian sebagai Pahlawan beta ? ! "

Dia kemudiannya mengeluh . " Beta tidak ingin memaksa kalian semua ! Dan beta juga tidak akan menghukum sesiapa yang tidak ingin menyahut seruan beta ! Apa yang beta kehendakkan ! Hanyalah taat setia ! "

Matanya menjamah ke arah setiap Pahlawan yang berada di hadapannya . " Beta juga akan bersama - sama bertempur dengan kalian semua ! Kita bersama - sama menewaskan seteru yang ingin melenyapkan keamanan dan kedamaian yang selama ini kita pertahankan ! Apakah jawapan daripada Pahlawan semua ? ! Sudikah kalian bersama beta untuk mempertahankan dua dunia yang bertuah ini ? ! "


Veruga sebagai Pahlawan pertama bergerak ke depan lalu melakukan Hormat DiRaja . " Patik sedia menawarkan khidmat sebagai Pahlawan Tuanku ! Selagi nyawa patik di badan ! Selama itulah khidmat patik untuk Kerajaan Lagenos ! "


" Patik Pureen ! Patik akan memberikan yang terbaik untuk menjadi Pahlawan DiRaja Lagenos ! " Kata Pureen dengan lantang dan jelas .

Seorang Pegawai DiRaja Wanita yang tubuhnya dihiasi dengan percikan api . " Biar tinggal patik seorang ! Tidak akan sesekali patik berundur ! "


Selepas itu , seorang demi seorang Pegawai DiRaja yang mewakili daripada setiap unit melontarkan kata - kata dan ikrar untuk menyahut titah yang dilafazkan oleh Ahmadi .


" Kami taat dan kami patuh kepada titahnya Raja Pawana ! " Kata semua Pahlawan rahsia itu dengan bersemangat lalu melakukan gerakan Hormat DiRaja . " Daulat Tuanku Pawana ! "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Sheila Asyikin telah pun berada di belakang Hagia Sofea yang sedang duduk di kerusi sambil menyilangkan Dagger Baranya yang melengkung ke arah leher Hagia Sofea .

Tepat - tepat ke arah kerongkong Hagia Sofea . Sehingga menyebabkan Hagia Sofea langsung tidak boleh menggerakkan kepalanya .


" Akak kena berada dalam situasi . Baru akan akan faham pertarungan yang pantas macam mana . " Kata Sheila Asyikin dengan tenang .


" Okey . Okey . " Balas Hagia Sofea dengan lembut .


Semua yang berada di situ terperanjat dengan cara Sheila Asyikin menunjukkan kepantasannya .


" Tak nampak langsung dia bergerak . Macam dia teleport je . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu .


" Kali ni . Saya yakin . Sheila dan Didie memang bukan calang - calang Pahlawan . Tahap diorang dah berbeza . " Kata Sougaena Aryan dengan lembut .


Sheila Asyikin melepaskan Hagia Sofea .


Kerana geram . Hagia Sofea ingin melempang Sheila Asyikin namun , Sheila Asyikin dengan pantas berlari ke ke belakang seperti budak - budak .


" Akak jangan marah . Akak yang nak tahu tadi . " Kata Sheila Asyikin sambil tersenyum lebar . Kemudian dia tertawa terkekeh - kekeh .


Pendekar Bara melakukan reaksi wajah yang semacam .


Nafas Hagia Sofea laju seperti seekor Kerbau yang naik minyak .

Dia dengan amarahnya , ingin melemparkan kerusi ke arah Sheila Asyikin namun dihalang oleh Ikhwan dengan lembut .


" Budak kemetot ni ! Hutang hari tu tak bayar lagi ! Dah tambah hutang baru ! " Kata Hagia Sofea dengan geram bersulamkan wajah yang garang menyinga .


" Dah tu . Jom balik . " Pujuk Mak Teh Sanggul dengan tenang lalu mengucup kepala Hagia Sofea yang berbalutkan tudung dengan lembut . " Dah jauh malam ni . Ikhwan . Bawa Sofea balik . "


" Betul cakap Mak Teh tu . Mari balik . Esok kita jalan - jalan . Beli Gincu ke . Beli baju ke . Ye ." Pujuk Ikhwan dengan lembut dan penuh dengan rasa kasih sayang lalu dikucupnya dahi Hagia Sofea .

Selepas itu , dia tersenyum . " Lawa bini abang ni . Macam tak dimamah usia . Macam masih 18 tahun . "

Kemudian , digenggamnya tangan Hagia Sofea dan membawanya ke pintu .

Tiba - tiba , dia memejamkan matanya dengan rapat dan menekup mulutnya dengan semahunya kerana Hagia Sofea menggenggam dan memicit tangannya dengan kuat .

Sambil berpimpin tangan dengan Hagia Sofea , sambil itulah dia menahan kesakitan .


" Macam - macam perangai keluarga saya ni . " Kata Nenek Diana dengan jelas .


" Tak boleh nak buat apa . " Kata Puan Nancy dengan lembut . " Tapi dah macam sumpahan pulakan ? "


Selepas itu , Nenek Diana dan Puan Nancy mengeluh .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience