Rate

BAB 13 BEBANAN TAKDIR YANG TERGALAS

Fantasy Series 3820

Ahmadi dan Houx saling menyerang di antara satu sama lain . Kepantasan yang luar biasa membuktikan , mereka berdua bukanlah Pahlawan yang biasa . Darah Pahlawan yang mengalir di dalam tubuh mereka berdua telah mencetuskan satu keadaan yang di luar jangkaan .

Houx telah pun membukakan Pintu Tenaganya ke tahap yang sebenarnya . Arus elektrik berwarna Ungu menyelubungi setiap inci tubuhnya . Dia menyerang Ahmadi dengan semahunya .

Serangan Houx yang jelas dahagakan darah telah memaksa Ahmadi menggunakan seluruh daya dan upayanya untuk menepis dan menahan serangan Houx .

Kawasan pertarungan itu telah menjadi saksi . Pertarungan Elemen yang dahsyat sedang berlaku . Kawasan itu bermandikan percikan pertembungan Serangan Elemen .

Tiba - tiba , kawasan itu bergegar kerana beberapa rakan Houx melakukan Serangan Elemen yang besar dan berbahaya serta menyebabkan , berapa daripada anggota kumpulan Ahmadi tercampak dan mengalami sedikit kecederaan . Letupan demi letupan berlaku .

Witchie bangun semula dengan pantas . Dia meningkatkan Tenaga Dalamannya . Dengan renungan yang tajam , dia menjelmakan Tongkatnya yang dihiasi dengan pelbagai batuan yang menjadi kegilaan para Wanita . Pada bahagian atas Tongkatnya pula , sebiji Berlian yang dikelilingi oleh enam biji Permata berlainan bentuk menyinarkan cahaya yang bergemerlapan .
Dia memutarkan tongkatnya ke udara dan memegangnya semula dan kemudian , dia menghentakkan hujung tongkatnya ke tanah . Cahaya Merah Jambu dan Kuning yang berlembayung jernih terpancar dari tempat dia berdiri disusuli dengan munculnya corak yang terlalu abstrak yang bersinar dengan terang .

" Berlindung ! " Jerit Witchie dengan lantang .

Ahmadi dan semua anggota kumpulannya menuruti arahan Witchie dengan pantas .

Witchie dengan tenang menghalakan tongkatnya ke arah musuh mereka . Beberapa ekor Kucing yang berwarna Merah Jambu kekuningan menjelma . Selepas itu , dia memutarkan tongkatnya dengan pantas sebelum dia menepuk ke tanah dengan tapak tangannya dengan kuat .

Sembilan Ekor Kucing yang muncul tadi dengan pantas meluru ke arah musuh - musuh Ahmadi .

Salah seorang daripada anggota Houx dengan pantas menjelmakan satu dinding yang diperbuat daripada Tanah untuk menghalang serangan Witchie .

Melihat keadaan itu , Damgo menghentakkan Pedang Besarnya ke tanah lalu , bilah - bilah Pedang Cahaya yang besar dengan pantas menyerang Houx dan rakan - rakannya yang sedang berlindung di dalam kubu yang diperbuat daripada tanah .

Dinding Tanah itu merekah sedikit . Melihat akan keadaan itu , satu serangan dengan pantas terbentuk di dalam minda Ahmadi dan dengan segera menghubungi Kucina melalui Telepati .

Empat ekor Kucing Witchie telah berada dalam kedudukan yang bersedia manakala tiga ekor lagi mengeluarkan Gelombang Psikik untuk menghancurkan Dinding Tanah tadi .
Dinding Tanah itu semakin retak .

Witchie mengarahkan empat ekor Kucing tadi melancarkan serangan . Kucing - kucing itu mengangakan mulut lalu , beberapa Bebola Tenaga terhasil dan dilancarkan ke arah Dinding Tanah itu .
Dinding Tanah itu meletup dan hancur .

Kucina pula mengambil giliran . Kuku jari tangannya menjadi tajam dan tanpa , berlengah , dia mencakar udara . Cakaran bercahaya yang terhasil terus menghala ke arah Houx dan rakan - rakannya .
Cakaran di udara tadi telah menyebabkan Houx dan semua rakannya mengalami kecederaan .

Ahmadi tidak mahu membuang masa . Dia dengan segera menghasillan beberapa helai bulu burung bercahayakan warna elemennya dan melancarkannya ke arah kumpulan Houx .
Beberapa helaian yang terhasil tadi dengan pantas menghala le arah leher Houx dan rakan - rakannya menyebabkan Houx dan anggota kumpulannya terperanjat dan tidak dapat melakukan apa - apa .

Putih , Paquine dan Merowran melenyapkan diri mereka dan muncul semula di hadapan Houx dan rakan - rakannya lalu menghasilkan corak unik yang abstrak untuk menangkap Houx dan semua rakannya .

" Cahaya untuk awak berakhir di sini . " Kata Putih dengan nada yang jelas . " Kitorang akan hantar korang semua ke Pulau Tanpa Warna . Pulau yang bercahaya tapi gelap . Berwarna namun suram . "

Houx hanya mampu memandang ke arah Putih dengan geram lalu membuang renungannya ke arah Ahmadi .

Ahmadi memandang ke arah Yasha .

Yasha mengerti akan maksud pandangan Ahmadi lalu dia dengan pantas membuka Pintu Portal untuk terus ke Penjara Hujung Kerajaan . Sebuah penjara yang layanannya tidak mesra . Hanya disajikan dengan layanan kasar dan keras .

" Hubungi semua anggota pasukan ni dan semua anggota pasukan korang . Pecahkan kepada dua kumpulan kecil . " Kata Ahmadi . " Satu , kawal penjara ni . Dua , kawal kawasan penjara ni . Arahkan anggota pasukan korang tu kawal seluruh kawasan kerajaan kita . Bersembunyi dalam bayang . Aku tak nak siapa pun yang dapat kesan korang . "

Putih , Paquine dan Merowran menganggukkan kepala mereka .

" Aku nak ke istana , nak sampaikan hal ni kepada Yang Mulia Bonda Permaisuri . " Kata Ahmadi lagi . " Lepas tu , aku nak ke dunia aku . Selagi aku tak balik ke sini , korang hanya boleh ikut perintah Yang Mulia Bonda Permaisuri . "

" Saya bukan nak melanggar titah tapi ... " Kata Kozie dengan perlahan sambil dia melutut hormat menyampai sembah . " ... kalau mereka yang lain pula yang memberikan arahan macam mana ? "

" Cakap kat diorang , ini arahan aku . " Balas Ahmadi dengan pantas tanpa berlengah . " Kalau diorang semua tu tak puas hati , suruh diorang jumpa sendiri dengan Yang Mulia Bonda Permaisuri . "

***********************************************************************

Suasana di dalam bilik soal siasat telah pun bertukar menjadi tidak menentu . Kedengaran suara Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah sedang muntah dari dalam tandas .
Ketua Penculik pula sedang termuntah - muntah di atas lantai dengan tangan yang terikat ke belakang manakala rakan - rakannya pula ada yang terketar - ketar dan mengigil ketakutan .

Sheila Asyikin dan rakannya bersorak - sorai dengan gembira .

" Jadi , korang memang diarahkan oleh seseorang untuk culik mangsa dan seseorang tu pula korang tak kenal . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Dan telah pun memberikan korang satu peti emas yang jumlahnya mampu untuk dihabiskan selama tiga generasi . "

Ketua penculik menganggukkan kepalanya dengan lemah kerana letih dan loya .

" Mana emas tu ? " Tanya Ahmadi yang tiba - tiba muncul . Dia telah menjelmakan semula Uniform Sayap Peganiexnya . " Aku nak tengok . "

" Kat belakang air terjun . " Jawab salah seorang anggota wanita penculik itu . " Kat Lata Puteri Tiga . "

Ahmadi melenyapkan semula dirinya .

Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea bergilir - gilir keluar dari dalam tandas dengan langkah yang lemah .

" Mana ketua korang tu ? " Tanya Hagia Sofea .

Siti Khumairah menekan satu butang . " Tolong panggil cleaner ke sini . Cepat . Saya nak tiga orang . Sekarang . "

" Saya tak sangka , korang boleh terfikir cara bangang macam tu untuk buka mulut diorang ni . " Kata Siti Nurjannah .

Sekali lagi Siti Khumairah dan dua rakan sehidup sematinya itu bergegas ke tandas sambil menutup mulut .

Ketua Penculik masih lagi termuntah - muntah . Pada bahagian wajahnya terdapat Sarang Labah - labah . Pada bahagian mulutnya pula , terdapat banyak Sarang Labah - labah dan ada beribu - ribu ekor anak Labah - labah keluar daripada mulutnya dan menuju ke arah seekor Labah - labah betina gergasi yang yang beraneka warna yang ditunggangi oleh Aivira .
Labah - labah itu sama saiz dengan seekor Badak Sumbu .

" Padan muka . " Kata Aivira lalu tertawa kecil . " Inilah akibatnya kalau nak berlawan tahap kegilaan dengan kitorang . "

Pada bahagian atas bangunan itu , kelihatan Pendekar Biru dan Pendekar Bara sedang berdiri di hadapan sebuah jendela kaca . Mata mereka berdua merenung tajam ke depan .

" Aku bukan nak cakap apa tapi ... " Kata Pendekar Bayu dengan jelas nadanya . " ... tenaga yang pelik tadi tu , ada bercampur dengan tiga lagi tenaga yang memang kenal . "

" Saya tahu . Saya pun ada merasainya tadi . " Balas Pendekar Bara dengan perlahan . " Jadi , apa yang awak nak buat ? "

Pintu pejabat itu dibuka . Para sahabat Pendekar Bayu semuanya memasuki pejabat itu .

" Saya tak rasa yang ini semuanya kebetulan . " Kata Jazlan . Dia adalah merupakan Ketua Perubatan bagi Pasela . " Kalau bukan orang yang kita kenal , saya tak kisah tapi , tiga daripada empat tenaga yang kita kesan tadi adalah orang yang kita kenal dan kita tahu , tiga orang tu sememangnya rapat . "

" Aku dapat rasakan apa yang difikirkan oleh pasukan Mai terhadap Sayap Peganiex tu betul dan , apa yang dikhuatiri oleh Mai dan dua orang rakannya tu juga tepat . " Kata Pendekar Bayu . " Habis sahaja kerja tiga orang Srikandi kat bawah tu , panggil diorang bertiga untuk bermesyuarat dengan kita semua . Kita tak boleh buang masa . "

Ketua Penculik telah pun dibersihkan . Namun wajahnya kelihatan sedikit pucat . Dan telah pun didudukkan semula .

Lantai yang diselimuti oleh muntah tadi juga telah pun kembali bersinar semula .

Ahmadi muncul semula bersama sebuah peti harta karun yang agak besar lalu membukanya .

Semua yang berada di situ terperanjat sebaik sahaja melihat kandungan isi peti itu . Emas yang berbungkal - bungkal .

Ahmadi mengambil sebiji Emas tadi . " Korang ingat ini Emas betul ke ? "

Naera memerhatikan bongkahan rmas yang ada dalam peti itu lalu menghidunya . " ini Emas betullah . "

" Korang dah tertipu . " Kata Ahmadi dengan jelas menyebabkan semua yang berada di situ kehairanan dan melemparkan Emas yang dipegangnya tadi ke arah Sheila Asyikin . " Bagi tengok kat diorang . "

Maera menghampiri Naera lalu turut menghidu Emas tadi . Dia meneliti Emas itu dengan teliti . " Ini Emaslah . "

Sheila Asyikin mengapungkan emas tadi di atas tapak tangan kirinya lalu menyalakan api . Api yang dinyalakannya jelas kelihatan panas suhunya berbanding api yang membakar unggun .

Beberapa detik kemudian , setelah mencapai suhu yang sepatutnya , emas tadi telah pun bertukar warna .

" Ini bukannya emas betul . " Kata Sheila Asyikin lalu memadamkan nyalaan apinya dan melemparkan emas yang telah bertukar menjadi batu kerikil ke lantai berdekatan dengan kaki Ketua Penculik . " Itu cuma kerikil biasa . Kerikil tu dicelup dengan sejenis warna yang tak wujud kat dunia ni . Warna tu dipanggil Kulledon . "

" Wei , jangan nak buat lawaklah . " Celah Siti Nurjannah dengan pantas . " Kalau warna tu tak wujud kat dunia ni , macam mana dalang yang suruh diorang ni culik suspek dapat warna ni ? "

Sheila Asyikin memandang ke arah Ahmadi yang sedang menggaru kepala .

" Macam nilah , terus - terang cakap , kes ni takkan selesai kat sini . Kes cuma akan terperap dalam fail . Dan diorang ni semua , pun cuma dapat disabitkan atas kesalahan menculik dan meminta wang tebusan je . " Kata Ahmadi dengan perlahan .

" Sebab ? " Tanya Aivira lalu dia melenyapkan semula Labah - labah seruannya .

" Pasela takkan berminat nak deal dengan Bed Time Stories . Pasal tu kes ni takkan selesai . " Balas Ahmadi . " Warna tu cuma wujud kat Dunia Mitos dan , dah hampir lesap pun . "

" Maksud awak , dalang yang upah diorang dengan emas tiruan ni seseorang yang berasal dari Dunia Mitos ? " Tanya Hagia Sofea .

" Percaya atau tak , aah . " Kata Ahmadi dengan pantas dan dengan nada yang bersahaja . " Apa status kat sini ? "

" Dalam gumpalan Sarang Labah - labah ni , ada beberapa Gelombang Tenaga . Tadi ada banyak tapi ... " Kata Aivira dengan perlahan lalu menggosok belakang lehernya seperti orang yang dicengkam kehampaan . " ... banyak dari Gelombang Tenaga yang cuba nak masuk ke dalam bilik ni bukannya milik Manusia , getaran tenaga asing tu pelik dan agak kuat dari saya jadi , saya cuma dapat tangkap Gelombang Tenaga milik Manusia dan lima Gelombang Tenaga asing tu je . "

" Bagi kat Pasela kesemua Gelombang Tenaga milik Manusia tu dan dua Gelombang Asing tu . " Kata Ahmadi dengan jelas .

Aivira menuruti arahan Ahmadi .

" Awak nak kitorang buat apa ? " Tanya Hagia Sofea .

" Kenapa Gelombang Tenaga milik Manusia tu nak masuk ke bilik ni semasa bilik ni kita kawal tadi ? " Tanya Muniandy dengan jelas dan pantas .

" Sedangkan sebelum kita masuk ke sini , satu arahan dah dikeluarkan kepada semua anggota Pasela untuk tidak memasuki bilik ni walau apapun yang terjadi . " Celah Stephen Akio Kenzo pula dengan tenang . " Takkanlah ada anggota Pasela yang ingkar Arahan ? "

" Itu ke yang terjadi kat sini ? " Tanya Ahmadi .

" Aah , itu yang berlaku kat sini tadi . " Jawab Maera dengan tenang dan Jelas . " Aivira kawal bilik ni sorang - sorang . Kitorang yang lain pula kawal bangunan ni dari luar . "

" Gelombang Tenaga asing tu memamg ramai . Menunjukkan , bukan sorang dua . Kalau ikutkan penilaian saya , semua Gelombang Tenaga ni macam nak siasat apa yang ada dalam bangunan ni . " Sampuk Naera pula .

" Tapi , pergerakkan Gelombang - gelombang Tenaga tu semuanya menuju ke bilik ni . " Pintas Maera .

" Cik bertiga boleh siasat siapa pemilik Gelombang Tenaga dari kalangan Manusia tu . " Kata Ahmadi . " Dua Gelombang Tenaga asing tu pula , Cik bertiga boleh tentukan sendiri . Nak buang atau nak dengar Bed Time Stories . Cik Bertiga takkan dapat jumpa siapa pemilik Gelombang Tenaga asing tu . "

" Kitorang serahkan penculik - penculillk ni kat Pasela . Kitorang bersurai . " Kata Sheila Asyikin .

Sebaik sahaja Sheila Asyikin menghabiskan ayatnya , dia dan semua rakannya melenyapkan diri mereka .

Ahmadi dan rakan rakannya muncul semula di bawah Restoran Kek Cawannya dan terus melenyapkan Uniform Sayap Peganiex mereka .
Mereka terperanjat melihat wajah dan tangan Ahmadi yang ada kesan calar dan balar . Pakaian Ahmadi juga sedikit kotor .

" Apa yang terjadi ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan pantas .

" Awak ke mana ? " Tanya Muniandy pula .

" Macam yang aku cakap dan maksudkan tadi , Gelombang Tenaga asing yang korang kesan tu bukannya milik Manusia , tapi milik Makhluk Mitos , percaya atau pun tak , itu jawapan aku dan aku nampak dengan mata aku sendiri . " Jawab Ahmadi lalu duduk di atas sofa .

" Die , saya bukan nak cakap awak ni nak tipu kitorang tapi. sekarang ni bukannya masa yang sesuai untuk kitorang layan cerita mitos awak tu . " Kata Maera pula .

" Apa yang diorang nak sampai diorang nak arahkan Manusia culik Rara ? " Tanya Maera dengan nada yang bercampur dengan sedikit nada sindiran . " Duit ke ? "

Stephen Akio Kenzo ingin membela Ahmadi dengan ingin menegur Muniandy dan Maera namun , dia menahan dirinya . Dia tidak mahu perbuatannya itu akan mengeruhkan lagi keadaan persahabatan mereka yang sejak akhir - akhir ini kelihatan sedikit renggang . Lebih - lebih lagi bila melibatkan hal yang berkaitan dengan Bangsa dan Makhluk Mitos yang telah menjadi cerita darah daging Ahmadi dan Sheila Asyikin .

" Takpelah , anggap je kes ni dah selesai . Macam biasa , duit bayaran untuk kita dari kerajaan untuk kes ni akan masuk ke Akaun Sayap Peganiex. Stephen akan masukkannya ke akaun korang esok pagi . " Kata Ahmadi lalu dia berdiri dan merapati Sheila Asyikin . " Aku sayangkan korang dan persahabatan ni . Balik dan berehat . Lupakan hal ni demi persahabatan kita . "

Ahmadi berjalan ke atas untuk keluar dari kedainya dan diikuti oleh Sheila Asyikin yang senantiasa berada di sisinya .
Langkah kecil Ahmadi dan Sheila Asyikin itu dituruti dengan pandangan kosong dari para rakan mereka berdua .

***********************************************************************

" Rara , kenapa tak tidur lagi ? " Tanya Siti Khumairah ketika dia melangkah ke dapur dan mendapati lampu di ruang itu menyala disirami dengan cahaya lampu kalimantang .

" Rara tunggu Uncle Didie dan Kak Sheila . " Jawab Nurzahirah sambil memandang Siti Khumairah . Dia memegang lambut gelas yang berisikan air Koko panas . " Dah lewat macam ni , diorang tak pulang lagi . "

Siti Khumairah mengeluh lalu berjalan ke tempat air suam . Dia tahu apa yang berlegar di kepala anak saudaranya itu . Dia duduk di sisi Nurzahirah selepas dia mengisi gelasnya .

" Rara cakap kat Balai Polis tadi , uncle yang call Sayap Peganiex suruh diorang selamatkan Rara , betul ke ? " Tanya Siti Khumairah .

Nurzahirah menganggukkan kepalanya . " Ketua Sayap peganiex tu yang cakap sendiri kat Rara . "

" Pernah tak uncle atau Kak Sheila tu cerita apa - apa pasal Bangsa dan Makhluk Mitos selain dari yang Rara tahu ? " Tanya Siti Khumairah lalu memegang tangan kanan Nurzahirah dengan penuh kasih dan sayang .

Belum sempat Nurzahirah membuka mulutnya , dia dan Siti Khumairah terdengar bunyi dari ruang tamu . Tidak lama selepas itu , Ahmadi dan Sheila Asyikin masuk ke ruang dapur .

" Baguslah akak ada kat sini . " Kata Ahmadi dengan nada yang bersahaja . " Didie dan Sheila dan keluar tiga hari . Nak pergi buang sampah dari kepala . Dah banyak sangat . Dah senak . "

" Beritahu ayah dan Pakcik Daus ye . " Kata Sheila Asyikin pula dengan manja . Seperti biasa .

" Korang nak pergi mana ? Kenapa tak tunggu esok pagi je baru bagitau ? " Tanya Siti Khumairah .

" Nak pergi jalan - jalan jelah . " Jawab Ahmadi .

" Nak pergi jalan - jalan pun , tak boleh ke tunggu esok pagi ? " Tanya Siti Khumairah .

" Pernah ke ayah atau orang lain dalam rumah ni selain dari akak pernah dengar atau cuba nak faham kitorang ? " Tanya Ahmadi dengan sedikit kuat nadanya . " Tak pernahkan . Jadi , apa bezanya kalau beritahu sekarang atau esok pagi ? "

Nurzahirah memandang Sheila Asyikin dan Siti Khumairah bersilih ganti .

Ahmadi menutup pintu peti ais dengan sedikit kuat . Jelas yang menunjukkan dia diselubungi kegeraman .
Sheila Asyikin memegang tangan kanan Ahmadi dengan lembut . Ada sedikit manik kaca terbit dari kelopak mata Sheila Asyikin .

" Abang , tak naklah gaduh kat sini . " Kata Sheila Asyikin dengan nadanya yang telah bercampur dengan nada tangisan kecil .

" Dahlah . Lupakan jelah . " Kata Ahmadi . " Esok pagi kita pergi . Lepas kita dah cakap kat ayah dan uncle Yusoff . "

Ahmadi berlalu pergi meninggalkan Siti Khumairah , Sheila Asyikin dan Nurzahirah .

Sheila Asyikin menghampiri lalu dia melutut dan menyalam tangan Siti Khumairah lalu menangis .

" Akak jangan kecil hati ye . Jangan marah ye . " Kata Sheila Asyikin dengan nada tangisnya . " Sheila tak nak Kak Mai marah abang . Abang cuma penat sikit je . Kalau Kak Mai nak marah , marah Sheila je ye , jangan marah abang ye . "

Siti Khumairah tersenyum manis lalu mengesat air mata Sheila Asyikin yang tumpah dan mengucup kepala Sheila Asyikin dengan perasaan sayangnya . " Akak tak kecil hati pun . Sikit pun tak marah . Akak faham . "

Sheila Asyikin tersenyum manja .

Nurzahirah bangun lalu memeluk Sheila Asyikin dengan semahunya .

***********************************************************************

Pagi yang indah disirami cahaya suria . Diselangi oleh nyanyian burung - burung kecil yang becok bercerita di atas pepohon buah - buahan yang tumbuh segar di sekitar rumah agam yang tersergam indah .

Kelihatan Ahmadi masuk ke ruang dapur lalu duduk di sisi Nurzahirah dari tadi sedang asyik bercerita dengan Sheila Asyikin .

" Mana ayah ? " Tanya Ahmadi .

" Kejap lagi turunlah tu . " Jawab Siti Khumairah dengan lembut lalu tersenyum manis . Dia menghampiri Ahmadi lalu diciumnya lembut kepala Ahmadi . " Sarapan dulu , nanti rindu pula Didie dengan masakan akak . Tiga hari nak keluarkan . Sarapanlah dulu . "

Siti Nurjannah dan Hagia Sofea hanya tersenyum melihat bagaimana akrabnya perhubungan di antara Siti Khumairah dan Ahmadi . Keakraban yang biasa bagi setiap pasangan kembar .

" Korang nak ke mana ? " Tanya Hagia Sofea . " Tiga hari pula tu . Kedai korang tu tutuplah kalau macam tu . "

" Nak pergi jalan - jalan je . " Jawab Sheila Asyikin sambil tersenyum .

" Bawalah Rara sekali . " Kata Nurzahirah . " Sekarangkan cuti penggal persekolahan . "

" Rara jangan nak mengade ye . " Pantas sahaja Siti Khumairah mencelah . " Buat kerja cuti penggal persekolahan tu . Cikgu ada cakap kat ummi yang cuti ni , Rara ada kerja kursus yang nak disiapkan . "

" Rara dengar cakap ummi . Kali ni , Rara tinggal kat rumah ye . Tunggu akak dan uncle pulang . " Pujuk Sheila Asyikin dengan manja dan lembut . " Lepas kitorang dah pulang nanti , kita keluar sama - sama ye . "

Nurzahirah tersenyum lalu dipeluknya erat tubuh Sheila Asyikin seperti mana Sheila Asyikin memeluk tubuhnya .

Selepas itu , kelihatan Pendekar Bayu dan Pendekar Bara masuk ke ruang dapur dak terus duduk di atas kerusi .

" Korang nak ke mana ? " Tanya Pendekar Bayu dengan tenang .

" Kak Mai korang cakap , korang berdua nak keluar . Tiga hari . Nak ke mana ? " Tanya Pendekar Bara pula .

" Kitorang nak tenangkan fikiran . Jualan kedai tak berapa nak jalan sangat . " Jawab Ahmadi dengan tenang . " Kitorang nak bersiar - siar kejap kat tempat lain . Kot - kot ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk kedai tu . "

Pendekar Bayu menghirup kopinya . " Pergilah . Ikut suka hati koranglah . Selama ni pun , korang macam biskut je kat rumah . Setiap hujung minggu je hilang . "

Ahmadi mengeluh . Kegeraman menggigit perasaannya . Siti Khumairah memegang tangannya agar dia dapat mengawal perasaannya .

" Siang ke kedai , Waktu Maghrib balik . Lepas makan malam keluar lagi lepas tu , tengah malam baru balik . " Celah Pendekar Bara pula .

" Jangan sampai , korang cemarkan nama baik keluarga ni dahlah . Cukup dengan orang panggil korang tu Strange People . Pergilah mana korang nak . " Kata Pendekar Bayu lagi .

Siti Nurjannah dan Hagia Sofea saling berpandangan lalu memandang ke arah Siti Khumairah yang tenang .

Ahmadi bangun lalu terus mengambil bungkusan bekas yang mengandungi masakan Siti Khumairah untuk dirinya dan Sheila Asyikin .

" Apa dalam bekal tu ? " Tanya Pendekar Bayu .

" Ehm , makanan untuk abang dan Sheila . " Jawab Sheila Asyikin yang baru sahaja hendak bangun dari kerusi .

" Kalau masih nak rasa lagi masakan Kak Mai korang tu , lepas tiga hari je , terus balik rumah . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas . " Jangan sampai , korang balik nanti , bag pakaian korang dah ada kat luar rumah dah . "

" Ingat , tiga hari . " Sampuk Pendekar Bara . " Takde lebih dari tiga hari . "

Ahmadi terus naik tangga untuk ke ruang tamu diekori oleh Sheila Asyikin yang berusaha untuk menahan air mata daripada tumpah membasahi pipi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience