Rate

BAB 60 SERANGAN DALAM PERANGKAP

Fantasy Series 3820

Pagi bersinar diterangi Suria yang memancarkan cahayanya untuk menerangi bumi . Bersama angin yang menyamankan , ditemani dengan kicauan beburung yang rancak bersembang .


Kelihatan jalan raya sibuk seperti biasa . Taburan kereta darat yang bertayar mahupun yang melayang , senantiasa mengisi kekosongan jalan yang berturapkan aspal .


Pejalan kaki juga ke sana sini menuju haluan masing - masing .


Musim cuti persekolahan memeriahkan suasana di Bandar Bayu .

Dengan tawaran promosi hebat daripada pelbagai gedung perniagaan mahupun daripada pasaraya .

Snek - snek jalanan yang menjadi kegemaran anak - anak kecil dan anak - anak muda juga turut sama memeriahkan suasana kemeriahan dengan menu jualan mereka yang beraneka warna dan pilihan .


" Tutup pula diorang ni . " Kata seorang Ibu yang sedang menggendong anak kecilnya di hadapan Kedai Kek Cawan Mini Ahmadi yang berutup rapat . " Terpaksalah jalan jauh sikit . Makan Takoyaki jelah . "


Pada masa yang sama , Prof . Zenderall sedang berdiskusi tentang sesuatu dengan Linda Josephine di dalam ruangan pejabat yang agak mewah .


" Kenapa ? " Tanya Linda Josephine dengan jelas . " Tak sedap hati . "


" Tu ' Cleaner ' jelah . Bukannya siapa - siapa pun . Tapi tak tahulah . Dari dunia ni atau Dunia Mitos . " Balas Prof . Zenderall dengan tenang . " Tapi . Aku rasa . Diorang macam nak halang sesuatu daripada berlaku . "


" Maksud ? " Tanya Linda Josephine dengan jelas .


" Pasal semua Badut tu tak nak Didie tahu pun pasal ni . " Jawab Prof . Zenderall dengan jelas dan tenang .


Linda Josephine tersengih . " Ada kaitan ? Atau diorang memang kenal ? "


" Aku tak tahu . Tapi yang penting sekarang ni . Diorang nak bunuh aku . " Jawab Prof . Zenderall sambil tersenyum . " Aku tak rasa diorang kenal pun . "


" Plan ? " Tanya Linda Josephine .


" Hadap jelah . Aku kena berhati - hati je . Sebab . Diorang tak serang aku guna serangan fizikal . Diorang nak serang aku dengan apa yang ada kat sekeliling aku . " Balas Prof . Zenderall dengan jelas . Seperti acuh tak acuh nada suaranya . " Mungkin , diorang akan serang orang - orang yang rapat dengan aku . Termasuk kau . "


Linda Josephine bangun daripada sofa dan berjalan keluar sambil mengeluh .


Berkerut dahi Prof . Zenderall kerana kehairanan tatkala melihat reaksi dan respon daripada Linda Josephine . " Aku salah cakap ke ? "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Dahi Stephen Akio Kenzo mengerutkan dahinya kerana , klon pertamanya telah lenyap kerana dicakar - cakar oleh Zombie - zombie yang menyerang bagaikan kerasukkan .

Segala memori daripada klon pertamanya , dengan pantas memasuki memorinya .


" Elakkan daripada terluka . Tangan dan badan klon saya yang pertama rasa pedih . Macam rasa terbakar pun ada . Macam terkena sesuatu yang panas . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Didie betul . Virus tersebar melalui bendalir . Kalau Virus tu masuk dalam luka . Memang bahaya . "

Selepas itu , dia mengangkatkan tangan kanannya dan meluruskan jari telunjuk dan jari tengahnya .

Sejurus selepas itu , semua Klon dirinya lenyap bersama letupan kecil dan asap nipis .


Maera bahu menolak Stephen Akio Kenzo dengan lembut . " Apahal ? Takkan awak dah puas hati kot ? "


Stephen Akio Kenzo mendudukkan dirinya di atas kerusi dan mengeluh . " Kalau daripada luka pun . Dah ada kesan . Cuba awak semua fikir . Apa akan jadi kalau semua si busuk kat luar tu , dapat kunyah - kunyah kita ? "


Semua yang ada di situ saling berpandangan sesama mereka manakala Ahmadi pula memandang ke arah Muniandy , Nurzahirah dan Nurzaharah yang sedang membina Istana Pasir yang amat cantik .


Ahmadi menarik telinga Muniandy dengan agak kuat sehingga Muniandy terberdiri namun , Muniandy sempat menyuruh agar Nurzahirah dan Nurzaharah terus membina Istana Pasir itu .

" Aku tak suruh kau jelmakan pasir tu kat situ , untuk buat macam tu bangang . " Kata Ahmadi dengan lembut lalu ditendangnya punggung Muniandy dengan perlahan .


Muniandy hanya tertawa kecil sambil memegang punggungnya dengan agak kelakar sambil berlari - lari anak .


" Virus tu boleh tersebar melalui luka . Jadi . Kalau kita kena gigit . Memang bahaya untuk kita . Memandangkan , kita tak idea lagi nak hasilkan Vaksin untuk lawan Virus tu . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan lembut lalu , dia mengeluh .


" Awak tak boleh hasilkan ke ? " Tanya Ratni dengan jelas .


" Untuk nak hasilkan Vaksin . Perlukan masa yang lama dan perlukan kajian yang banyak . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Itu tak campur lagi dengan masa nak buat ujian nak pastikan Vaksin tu berjaya atau pun tak . Selamat ke tak . "


" Betul cakap Tuan Stephen . Banyak kajian perlu dilakukan untuk hasilkan satu - satu Vaksin . " Kata Kucina dengan lembut .


" Bukan itu je . Nak cari sampel - sampel untuk nak hasilkan Vaksin pun . Memang akan masa yang lama . " Kata Witchie pula dengan jelas .


" Habis tu , apa yang kita nak buat ? " Tanya Naera .


" Takde apa yang kita boleh buat . Kita kena tunggu apa yang ada kat dalam kepala Didie . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas dan tenang .


" Masing - masing dah ada Baju Tempur Elemen . Guna teknik tu . Itu je jalan yang kira ada buat masa ni . " Kata Ahmadi dengan jelas sambil duduk di jendela . " Keselamatan semua yang kita selamatkan ni , kat tangan kita . "

Selepas itu , dia mengalihkan pandangannya ke arah Nurzahirah dan Nurzaharah yang masih lagi membina Istana Pasir . " Dah . Berhenti buat Istana Pasir tu . Sekarang , gunakan Tenaga Banshee Psikik untuk hasilkan sekitar kawasan ni , kawasan dalam bangunan ni , dan , semua makhluk yang ada . Dalam dan luar . "


Nurzahirah dan Nurzaharah membuka Elemen Banshee Psikik mereka dan mula menghasilkan seperti apa yang diminta oleh Ahmadi .

Mata kanan Nurzahirah memancarkan cahaya Elemen berwarna Biru manakala Mata kiri Nurzaharah pula berubah dan memancarkan cahaya berwarna Merah .


Pasir yang berada di hadapan Nurzahirah dan Nurzaharah perlahan - lahan membentuk kawasan bangunan itu dan segala apa yang ada di dalamnya .

Termasuklah dengan ' diri mereka ' sendiri ' dengan terperinci .
Malah , semua makhluk yang dihasilkan itu mampu untuk bergerak seperti makhluk yang sebenar .


Namun , sesuatu yang memeranjatkan berlaku . Pada bahagian atas bangunan pasir itu , pembentukkannya bagaikan terhenti sebanyak 13 tingkat dan selepas itu , barulah tingkat yang seterusnya bermula semula dan kemudian , barulah terhenti sebagai mana yang sepatutnya .


" Peliknya . Kenapa bentuk bangunan ni macam tu ? " Kata Orekna dengan jelas .


" Memang macam ni ke bentuk bangunan ni ? " Tanya Siti Nursamawi dengan agak terperanjat nadanya .


" ' Aah. ' . " Balas Nurzahirah dengan jelas . " Kat ruangan yang takde ni , memang takde apa - apa . Tapi , kat dalam tingkat yang kat atas ni , ada Tenaga Psikik yang kuat . "


" Dalam ni , ada orang . Tapi . ' Tidur ' . Ada banyak orang . " Kata Nurzaharah pula dengan lembut . " Kat sini , ada satu makhluk besar . Muka garang . Tak boleh keluar . "

Sambil dia menunjukkan tingkat yang dimaksudkannya .


Nurzahirah dengan pantas memanggil Rissa , Tatsumaki , Shaja , Shaza , Burano dan Ghowly .

Tidak lama selepas itu , mereka yang dipanggil oleh Nurzahirah tadi muncul .


" Tolong siasat kat ruangan kosong ni , sampai ke atas . Periksa apa yang ada kat atas ni . " Arah Nurzahirah dengan jelas .


Arahan Nurzahirah itu dengan pantas dilaksanakan .


Rissa dan Tatsumaki melompat ke luar melalui jendela dan terus sahaja melayang dan terbang ke atas dengan begitu pantas sambil dikejar oleh Shaja dan Shaza tidak jauh dibelakang .


Di sisi Rissa terbangnya Burano yang mengepakkan kepaknya yang lebar manakala di sisi Tatsumaki pula ialah Ghowly yang turut mengibaskan sayapnya yang sama lebar dengan milik Burano .


Keadaan itu dapat disaksikan oleh Ahmadi dan semua yang berada di situ melalui pasir yang dihasilkan Nurzahirah dan Nurzaharah .


" In , pergi ikut diorang . Kot - kot kalau ada sesuatu yang berlaku , ada seseorang yang boleh tolong diorang . " Arah Ahmadi dengan jelas .


Tanpa berlengah , Sheila Asyikin berlari ke arah jendela dan terus sahaja melompat ke luar dan melayang ke atas dengan kelajuan yang amat pantas .

Dia menjelmakan sayapnya yang besar, cantik dan indah .
Hanya beberapa kali kibasan sayapnya , dia telah pun berjaya mengejar kedudukan Tatsumaki dan mengetuai kumpulan kecil itu .


" Lajunya Sheila . " Kata Nobenta dengan jelas . Nada kagum jelas menyeliputi nadanya .


Tidak lama kemudian , setelah beberapa detik berselang , kumpulan Sheila Asyikin telah pun tiba di kawasan yang kosong itu .

Mereka memeriksa sekiranya terdapat sesuatu seperti Dinding Psikik namun , ia tidak wujud untuk disambungkan dengan tingkat selepasnya .


" Teknologi apa diorang guna untuk bina bangunan macam ni ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan nadanya jelas berbaurkan kekaguman .


' Watak - watak pasir ' kumpulan Sheila Asyikin itu kelihatan bergerak sambil terus memeriksa kawasan itu dan selepas beberapa minit kemudian , mereka menyambung semula ' penerbangan ' mereka .

Tidak lama kemudian , mereka tiba di tingkat yang berada di atas .

Sebaik sahaja kaki mereka memasuki tingkat itu , makhluk besar yang dapat dikesan oleh Nurzahirah dan Nurzaharah bergerak .


" Makhluk besar , bergerak . Marah . Tak suka Kakak Patung dan kawan - kawan datang . " Kata Nurzaharah dengan dengan lembut .


Ahmadi mengeluh lalu dia bergegas menuju ke jendela . " Siti . Kau jadi ketua . Aku nak pergi sana . Arahkan semua yang kat luar tu , bersedia dan berjaga - jaga . "


" Baiklah . " Balas Siti Nursamawi lalu dia berjalan menuju ke pintu untuk melaksanakan arahan Ahmadi .


Sama seperti Sheila Asyikin , Ahmadi melayang dengan amat pantas ke udara sambil dia menjelmakan sayapnya yang besar , lebar dan kelihatan begitu amat gagah .

Hanya beberapa kali kibasan kepaknya , dia telah pun tiba di kawasan Sheila Asyikin .


" Memang tak mustahil untuk mana - mana Pahlawan Elemen Warna dan Cahaya untuk hasilkan Sayap Elemen macam tu . Walaupun ia , salah satu teknik yang amat sukar untuk dipelajari dan , hampir mustahil untuk dikuasai . " Kata Kontra dengan jelas . " Tapi , jangan kecil hati kalau saya cakap . Mustahil untuk Pahlawan Elemen Warna dan Cahaya daripada Dunia Manusia untuk hasilkan Sayap yang berkelajuan macam tu . "


Aivira menepuk bahu Kontra dengan lembut . " Awak tak kenal Didie dan Sheila . Diorang tu gila . Kebanyakkannya orang gila yang wujud kat dalam alam semesta ni , mampu untuk hasilkan sesuatu yang dianggap mustahil . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi melenyapkan Sayap Elemennya sebaik sahaja dia tiba di tingkat di mana , Sheila Asyikin berserta yang lain berada .


" Tekanan Elemen Tenaga Elemen Semula jadi kat dalam ni , sama macam yang kat dalam bangunan kat bawah . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas . Nada manjanya telah hilang . " Tapi kat ruang kosong kat bawah tingkat ni , tekanan sama dengan sekeliling . "


Ahmadi menganggukkan kepalanya sementara otaknya ligat berfikir sambil matanya , liar memerhatikan dinding .

Tidak lama kemudian , dia terlihat satu simbol Kunci Elemen pada dinding dan dia berjalan menghampirinya .


Sementara itu , Tatsumaki dan Rissa terapung dan terbang dengan perlahan - lahan ke siling batu ruang itu .

Setibanya mereka di atas , mereka saling berpandangan kerana , siling itu diperbuat daripada Kristal Hidark .


Burano dan Ghowly yang berkawal di luar memerhatikan sekeliling mereka .

Shaja dan Shaza juga turut sama berkawal di situ .


Satu corak Elemen Letupan Berantai terhasil pada setiap dinding dan selepas itu , beberapa buah silindier berteknologi canggih keluar daripada lantai .

Di dalam silinder itu pula , ' tertidurnya ' beberapa orang lagi tebusan .


Ahmadi dan Sheila Asyikin melihat ke arah dalam silinder yang bertutupkan kaca itu .

Semua tebusan yang telah ditidurkan itu terdiri daripada , lelaki dan wanita dewasa serta , beberapa orang daripadanya pula merupakan remaja lelaki dan wanita yang sebaya dengan Nurzahirah .

Sambil mereka melihat , sambil mereka memeriksa setiap sudut luar silinder itu .


Sheila Asyikin perasan akan satu jalur dan corak yang halus pada silinder yang diperiksanya .

Kemudian , diperiksanya semua silinder itu dan mendapati , semua silinder itu memiliki corak dan jalur yang sama .

Dipandangnya Ahmadi yang kelihatan seperti berfikir .


Selepas itu , kedengaran suara ngauman yang amat dahsyat dari ruang atas .


Akibat terperanjat sedikit , Tatsumaki dan Rissa merendahkan sedikit kedudukan mereka daripada siling ruang itu .


Ahmadi mengalihkan pandangannya ke arah Corak Elemen Letupan Berantai yang bercahaya pada setiap dinding dan kemudian dialihkannya pula pandangannya ke arah corak berjalur yang terhasil pada silinder di depannya .


" Kita tak boleh nak keluarkan semua tebusan ni . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas dan tenang . " Silap langkah . Kita semua mati kat sini dan , makhluk besar kat atas tu , akan bebas . "


" Tapi , kita tak boleh nak biarkan diorang ni semua kat sini . Terutamanya , yang kat depan abang ni . " Kata Ahmadi dengan lembut sambil diketuknya cermin penutup kaca silinder di depannya dengan jarinya .


Sheila Asyikin beralih ke arah silinder itu dan dengan pantas , matanya sedikit membesar .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Prof . Zenderall kelihatan sedang meneliti laporan kajian yang sedang dilakukannya .

Dia kemudiannya tersengih dan menganggukkan kepalanya .


" Apahal ? " Tanya Linda Josephine yang memasuki ruang kajian itu . " Dah dapat keputusan ? "


Prof . Zenderall tertawa kecil . " Duit . Aku dapat hidu bau duit . "


Linda Josephine tersengih sambil menggelengkan kepalanya . Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi . Kemudian , dia menyilangkan kakinya . " ' Duit ' tu dah nak penggal kepala kita . "


" Lantaklah apa pun . Penggal ke . Cencang halus ke . Yang penting . Kajian ni akan gemparkan dunia . " Balas Prof . Zenderall sambil terus tertawa kecil .


" Tak kisahlah . Yang penting . Berjaya . Jangan jadi sampah lagi . " Kata Linda Josephine persis menyindir . " Tak larat nak tengok . "


Prof . Zenderall menggerakkan jari telunjuknya di hadapan Linda Josephine sambil tersenyum . " Kajian ni pelengkapnya . Kau tengok nanti . Dunia ni akan berada dalam genggaman aku . "

Dia kemudiannya meneruskan lagi kajiannya yang masih bersisa . " Kau datang sini ni . Kerja kau dah habis ke ? "


Linda Josephine tertawa kecil . " Kita tak sama . Saya tak suka buang masa . Saya takkan duduk dalam bengkel ni kalau kerja saya tak siap . "

" Bagus . Bagus . " Balas Prof . Zenderall sambil menganggukkan kepalanya . " Aku tak nak ada sebarang masalah . "

" Kejutan yang pertama . Akan berjaya . Ini Linda . Kalau dia cakap berjaya . Memang akan berjaya . " Balas Linda Josephine dengan jelas dan tenang . " Tunggu hari je nak dibuktikan kat khalayak ramai . "

" Persiapan untuk kejutan tu pun , dah beres juga ke ? " Tanya Prof . Zenderall lagi dengan tenang .

" Dah . Semua dah sedia . Tapi , kena hati - hati . Dah nama pun kejutan . " Balas Linda Josephine dengan lembut . " Kena buat betul - betul . Baru orang ramai tak syak apa - apa . "

" Kau nak tahu sesuatu tak ? " Tanya Prof . Zenderall dengan tenang .

" Apa ? " Tanya Linda Josephine dengan agak pantas .

" Kajian yang aku buat ni , akan tempatkan aku kat atas semula . " Balas Prof . Zenderall dengan senyuman lebarnya bersulamkan keyakinan yang tinggi menggunung . " Stephen akan kembali kat bawah aku . "

" Satu sebab . " Kata Linda Josephine dengan jelas .

" Dia memang sama dengan aku . Saintis dan Professor . Tapi , kitorang berbeza pasal sesuatu . " Balas Prof . Zenderall dengan lembut . " Kitorang memang pakar dalam semua jenis Bidang Sains , Teknologi dan semua bidang yang ada dalam bidang ni . Tapi , dia cuma ' Pereka ' . Tapi aku . Aku adalah ' Pencipta . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Habis tu , macam mana kita nak keluarkan diorang dari atas tu ? " Tanya Maera dengan jelas . " Kalau ikutkan daripada apa yang awak cakapkan tadi . Kalau kita angkat semua tebusan tu , corak Elemen Letupan tu akan teraktifkan ? ".


Sheila Asyikin berpeluk tubuh dan menyandar di jendela . Dia menggerakkan matanya ke arah Maera . " Ye . Betul . Letupan Elemen tu dah disambungkan sekali dengan Letupan berantai . "

Bebola matanya yang memancarkan warna cahaya Elemen Warna dan Cahayanya , kelihatan amat menggerunkan bersulamkan riak wajahnya yang sedikit serius . " Letupan Elemen tu , akan menyebabkan Letupan Berantai pada keseluruhan tingkat tu dan , satu serangan lagi akan berlaku selepas tu sebab , atas siling ruang tu , diperbuat daripada Kristal Hidark , yang akan menyebabkan , makhluk misteri tu akan bebas . "


" Agak rumit juga perangkap diorang ni . Diorang macam tahu kita akan cuba selamatkan tebusan kat atas tu dan tak nak kita keluar dari sini . " Kata Sam dengan jelas dan tenang .


" Takde juga macam tu . Teknik serangan macam ni , biasa je . Memang selalu juga musuh gunakan . Kitorang pun , selalu juga guna teknik macam ni . " Kata Tatsumaki dengan lembut . " Cuma masalah sekarang ni , kena cari jalan macam mana nak selamatkan semua kawan kita yang ada dalam silinder tu . "


" Kita tak boleh nak gunakan Lingkaran atau Pintu Taisa sebab , tekanan Tenaga Semula Jadi kat luar yang telah mampat . " Kata Rissa pula dengan lembut .


" Nak gunakan teknik Teleport lagilah mustahil sebab , masalah yang sama . " Kata Sheila Asyikin pula dengan tenang .


" Jadi , apa jalan yang kita ada sekarang ? " Tanya Siti Khumairah yang duduk bersebelahan dengan Siti Maisarah .


" Abang cuba cari cara untuk selamatkan semua kawan kita tu tanpa cederakan sesiapa pun . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas dengan nada suaranya yang tenang .

Dengan matanya menjamah wajah Siti Khumairah .


Perlahan - lahan Siti Khumairah menggosok - gosokkan lengannya kerana , bulu romanya berdiri akibat ditenung oleh Sheila Asyikin .


" Ini betul ke Sheila ? " Tanya Siti Maisarah di dalam minda Siti Khumairah .


" ' Aah ' . Ini Sheila tapi , versi yang menakutkan . " Jawab Siti Khumairah dengan lembut yang bergema di dalam minda Siti Maisarah . " Didie je yang boleh hadap Sheila versi ni . "


" Abang cuba untuk gunakan Teknik Banshee Psikik Rara dan Hara memandangkan , Tenaga Elemen Psikik diorang berdua je yang dapat menembusi Elemen Tenaga kat luar tu . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut ketika dia mendapati ada perubahan riak wajah pada reaksi wajah Siti Maisarah .


" Mana Didie ? " Tanya Hagia Sofea dengan lembut . " Kenapa dia tak datang sekali kat sini ? "


Sheila Asyikin mengeluh lalu dia menutupkan semua Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya . Warna bebola matanya menjadi seperti biasa semula lalu , dia mengeluh .

Bahasa tubuhnya juga berubah seperti dirinya yang asal .
Kemudian , dipandangnya wajah Hagia Sofea dengan matanya yang bergenang dengan air mata . " Abang kat atas . Sorang . Dia tak nak kitorang temankan dia . Katanya , kitorang ni , buat serabut dia je . Dia suruh kitorang semua turun balik ke sini tadi . "


Siti Nursamawi tertawa kecil melihat perubahan Sheila Asyikin kepada personalitinya semula .

Rakan - rakannya dan semua yang berada di situ pula saling berpandangan malah , ada yang mengeluh

Manakala , Hagia Sofea dan Siti Maisarah memeluk bahu Siti Maisarah .


Nurzaharah dan Nurzaharah pula tenggelam di dalam keseronokkan mereka dengan melihat ke arah ' masterpiece ' Psikik mereka .

Di atas kepala mereka pula , bertiarapnya Shaza dan Shaja yang turut sama melihat ke arah monumen pasir yang bergerak itu .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi merebahkan badannya di atas lantai tingkat yang bagaikan terapung di udara dan menjuntaikan kakinya . Kepalanya ligat berfikir untuk mencari jalan agar , makhluk bersaiz besar yang ' disimpan ' di atas tingkat itu tidak mencederakan rakan - rakannya .

Dia tahu , satu - satunya jalan adalah dengan menggunakan Teknik Banshee Psikik untuk menembusi tekanan Elemen Semula Jadi yang menjadi satu masalah besar bagi pasukannya .

Bukan sahaja itu malah , jika dia pindahkan semua tebusan itu tanpa melakukan apa - apa persediaan , makhluk besar yang masih lagi misteri itu akan terlepas .

Dan akan menyukarkan lagi usahanya untuk membawa keluar semua yang telah diselamatkan .

Ditambahkan lagi dengan Zombie - zombie dan bangkai - bangkai hidup yang bernyawa dan , makhluk yang merangkak seperti Harimau itu .


" Akak jangan risau ye . Kat dalam pasukan ni , kitorang Medik . Kat dalam Pasela pun . Kadang - kadang , kitorang Medik jugakan. Akak jangan risau . " Kata Siti Khumairah dengan lembut lalu , dipeluknya bahu Siti Maisarah .


" Betul cakap Kak Mai tu kak . Akak jangan risau ye . " Kata Hagia Sofea pula dengan lembut memujuk . " Kucina dan Witchie ni pun . Bukannya Pahlawan sebarangan . Diorang ni Pakar Perubatan DiRaja . "


Siti Maisarah menganggukkan kepalanya dengan riak wajah yang mencengkam tubuhnya .


" Mak janganlah risau . " Kata Nurzahirah dengan jelas sambil dia tersenyum lebar . " Atok Bayu cakap . Rara kuat macam ayah . Jadi . Ayah mesti lagi kuat daripada Rara . "


" Ayah . Tak pernah jumpa . Tapi . Mak cakap . Ayah kuat . Mak Kuat . " Kata Nurzaharah pula dengan lembut . " Sekarang dah jumpa kakak . Kakak , kuat . Hara kuat . Jadi . Ayah kuat . "


Siti Nursamawi tersenyum . " Takpe . Kita selamatkan diorang . Kita tunggu Didie . "


Ahmadi mengeluh lalu dia terhenti seketika . Dia teringat akan teknik yang pernah diajarnya kepada Nurzahirah ketika dia mengajar Nurzaharah Teknik Pengawalan Elemen Psikik Fizikal .

Dia tersenyum lalu dia dengan bersahaja meluncur ke bawah sambil mengawal Elemen Anginnya .


" Pakcik turun . " Kata Nurzaharah dengan lembut .


Semua yang ada di ruang itu melihat ke arah karakter pasir Ahmadi yang melayang - layang dan berputar - putar meluncur turun ke bawah .

Dan perbuatannya itu jelas kelihatan tenang dan bersahaja .


Dengan tenang , Ahmadi mendarat agak jauh di kawasan Zombie - zombie dan bangkai - bangkai bernyawa yang bergerak terhuyung - hayang .


Nurzahirah dan Nurzaharah memperlihatkan segala kelakuan Ahmadi dengan menghasilkan replika pasir yang bergerak .


Maera dan Muniandy menjelmakan lebih banyak pasir dan keadaan itu dimanfaatkan oleh Nurzahirah dan Nurzaharah dengan menghasilkan karakter pasir Ahmadi dan beberapa Zombie .

Saiz figura pasir itu juga menjadi lebih besar dan lebih jelas .


Dengan bersahaja , Ahmadi menghasilkan Bilah Ais dan terus melancarkan serangannya ke arah satu Zombie .

Tubuh Zombie yang diserangnya tadi terpotong dua daripada paras pinggang .

Dia dengan tenang , melihat ke arah Zombie yang telah diserangnya tadi dengan pandangan kosong .

Zombie yang telah diserangnya tadi masih lagi bergerak dan mengeluarkan suara .


Ahmadi menghasilkan pula sebiji Mutiara Ais dan terus melancarkan serangannnya ke arah kepala satu lagi Zombie .

Pecah berderai kepala Zombie tadi dan terus jatuh ke tanah bagaikan sebatang pokok buruk tumbang .


Semua kelakuan dan serangan Ahmadi itu dapat disaksikan oleh Maera dan semua yang berada di situ .


" Betul tak cakap saya ? " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Virus - virus tu dah kawal semua otak Zombie dan bangkai - bangkai tu . Kita kena penggal kepala semua Zombie ni . "


Ahmadi kemudiannya melayang dan terbang ke arahvsalah satu tingkat bangunan itu .

Berpijak sahaja kakinya ke lantai , dia menjelmakan Baju Tempur Elemennya .


" Baju tempur dia ada berapa jenis ? " Tanya Aivira dengan jelas . " Saya tengok berbeza - beza . "


" Setiap satu Baju Tempur abang , abang hasilkan ikut Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya yang dah terbuka . " Jawab Sheila Asyikin dengan manja . " Ada ketikanya , abang hasilkan teknik - teknik yang rumit . Sheila pun tak dapat tiru . "


" Ikut kekuatan Pintu - pintu tenaga yang dah terbuka tulah ye . " Sampuk Siti Hawa dengan jelas .


Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya . " ' Aah ' . Nanti lepas tu , abang pilih mana - mana Pintu Tenaga yang dah terbuka , untuk hasilkan satu lagi Baju Tempur Elemen yang baru untuk digabungkan dengan tiap - tiap tahap Baju Tempur tadi . "


" Abang rasa otak dia dah memang rosaklah . Macam tak pandai sakit . " Kata Fateh dengan jelas dan tenang . " Kalau abang . Dah lama makan Panadol . "


Dengan pergerakkan yang pantas , Ahmadi berlari sambil menjelmakan satu Pedang Lurus Elemen Ais dan terus memenggal kepala seekor Zombie yang merangkak bagaikan Harimau .


Dapat merasakan kehadiran dan serangan Ahmadi , Zombie - zombie yang merangkak dan ganas itu dengan pantas menyerang Ahmadi .


Ahmadi dengan tenang mengelak semua serangan itu dan melakukan serangan balas .

Dan setiap serangannya , disasarkan ke leher mangsanya . Semua mangsanya mati selepas menggelupur buat beberapa ketika .

Selepas itu , dia menggaru kepalanya .


" Dia tak suka dengan apa yang ada dalam kepalanya sekarang ni . " Kata Siti Maisarah dengan jelas . " Tapi , dia kena buat juga . "

Kemudian , dipandangnya wajah - wajah yang menjadi anggota pasukan Ahmadi dengan wajah yang tenang . " Korang kena bersedia . "


Tidak lama selepas itu , Ahmadi muncul di jendela dengan memanjat .

Dia kemudiannya , menjelmakan beberapa Biji Mutiara Elemen dan memberikannta kepada semua anggota pasukannya yang berasal dari Dunia Manusia . Kecuali , Sheila Asyikin .


" Korang buka Pintu Tenaga Elemen korang . Genggam Mutiara tu . Aku nak tengok dah berapa banyak Pintu Elemen korang yang dah terbuka . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Lepas tu nanti . Aku nak korang jelmakan Baju Tempur korang ikut Tenaga Pintu Elemen korang yang dah terbuka tu dan , ikut kekuatan tahap Tenaga Elemen Warna dan Cahaya korang . "


Selepas beberapa detik kemudian , semua Mutiara Elemen tadi menyalakan Warna Elemen setiap anggota pasukannya .


Ahmadi tersenyum ketika melihat Mutiara Elemen yang dipegang oleh Aivira .


Aivira mengeluh dengan wajah yang agak monyok . " Tak payahlah nak sengih - sengih ." Kemudian , digolekkannya Biji Mutiara miliknya ke lantai . " Pintu Tenaga Elemen saya je yang masih banyak yang tak terbuka lagi , kan ? "


" Takdelah . Kau menang kali ni . Kecuali Siti . Pintu Tenaga Elemen kau dah enam yang terbuka . Diorang ni semuanya baru lima je . " Balas Ahmadi sambil tersenyum .


Aivira dengan pantas mengambil semula Mutiara Elemen tadi dan terus sahaja bersorak dengan riang .


Ahmadi mengambil semula setiap biji Mutiara yang diberikannya tadi dengan hanya kawalan minda melalui tangannya.


Aivira masih lagi tertawa sambil berpeluk tubuh manakala , rakan - rakannya pula kelihatan tenang namun , kepala mereka mengeluarkan asap .


Ahmadi yang tersenyum dengan tenang , menghalakan tangannya ke arah Nurzahirah namun , dia tersentak seketika tatkala dia terlihat Mutiara Elemen yang dipegang oleh Nurzahirah .


" Kenapa ? " Tanya Nurzahirah dengan jelas .


Ahmadi tidak menjawab sebaliknya , hanya tersenyum lalu , dia berikan pula sebiji Mutiara Elemen kepada Nurzaharah .


Belum habis Nurzaharah menggenggam Mutiara Elemen itu , Ahmadi dengan pantas mengambilnya semula .


Masih tersenyum , Ahmadi mengambil dan melenyapkan Mutiara Elemen tadi lalu berpeluk tubuh .

Selepas itu , dia mengeluh . " In . Panggil semua budak yang kat luar tu . Abang nak bagi tugas . "


Sheila Asyikin dengan pantas mengajak Siti Nursamawi untuk melaksanakan arahan Ahmadi .


" Sheila , berapa Pintu Tenaga Elemen aku yang dah terbuka ? Didie tak cakap pun . " Kata Siti Nursamawi dengan agak perlahan persis berbisik .


" Dah lapan . " Balas Sheila Asyikin juga dengan nada yang perlahan . " Satu je lagi . Lepas tu . Kekuatan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya kita dah sama . "


Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi tertawa kecil .


Seketika kemudian , semua pahlawan cilik dan muda yang menganggotai misi menyelamat Pasukan Ahmadi berkumpul .


" Tsu . Kau ada periksa tak Pintu Tenaga Elemen Iecha dengan Mandy ? " Tanya Ahmadi dengan jelas kemudian dia tersenyum . " Aku kenal kau bukan semalam . Aku tahu kau ada periksa . "


Tatsumaki hanya tersengih . " Ada . "


" Dah berapa Pintu Tenaga Elemen diorang yang dah terbuka ? " Tanya Ahmadi dengan tenang .


" Tujuh . " Jawab Tatsumaki dengan jelas .


Ahmadi menganggukkan kepalanya lalu melepaskan keluhan . " Okey . Korang semua dengar sini . "


Semua anggota Pasukan Ahmadi menumpukan perhatian mereka .


" Aku nak . Kumpulan Sayap Merah dan Biru . Korang bunuh semua Zombie dan semua bangkai bernyawa yang kat luar tu . Lepas tu . Korang sambung buat serangan dari tingkat bawah , sehingga bawah tingkat yang kita duduk sekarang ni . Penggal kepala semua Zombie dan bangkai - bangkai tu . Itu je caranya nak bunuh semua yang kat luar tu . Iecha dan Mandy akan jadi Ketua dulu. " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang .


Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze terperanjat sambil menunjuk diri ke arah diri mereka sendiri .


" Ye . Iecha dan Mandy jadi ketua dulu . Rara dan Hara ada tugas lain . " Kata Sheila Asyikin dengan manja dan jelas . " Tsu dan Rissa akan jadi pembantu Iecha dah Mandy . "


" Kumpulan Siti dan Sayap Peganiex pula . Korang bunuh semua makhluk yang kat atas tu . Tak kiralah apa pun yang korang jumpa . Bunuh je . Buat serangan dari atas tingkat ni sampai ke tingkat paling atas . Siti akan jadi Ketua . " Kata Ahmadi lagi dengan jelas .

Kemudian , dialihkannya pula pandangannya ke arah kumpulan yang diketuai oleh Siti Khumairah . " Kumpulan Medik . Pastikan kawasan ni dapat tampung kehadiran sekurang - kurangnya , 19 orang lagi rakan kita . Berikan rawatan awal dulu . Kucina dan Witchie pun akan berada kat sini . "

Selepas itu , dia melekatkan pula pandangannya ke arah Nurzahirah dan Nurzaharah . " Rara . Guna Banshee Psikik . Ajar adik guna Teknik sembilan Tiang Seri Elemen . Kita akan selamatkan ayah dan semua rakan kita kat atas . Lepas tu , Rara dan adik akan buat serangan dari bawah tingkat ni , terus ke bawah . "


" Pakcik cakap , teknik tu tak lengkap lagikan . Dah boleh guna ke ? " Tanya Nurzahirah . " Rara baru buat sampat tujuh tiang je . "


" Itu dah lebih dari cukup . " Balas Ahmadi sambil tersenyum lalu dia membuang pandangannya ke arah anggota pasukannya . " Semua fahamkan . Satu jam buat persediaan . Serasikan kekuatan Pintu Elemen korang yang dah terbuka tu dengan , Baju Tempur Elemen Warna korang . Rasa Pintu Tenaga korang yang korang rasa paling selesa . Lepas tu , korang serasikan pula Baju Tempur korang tu dengan kekuatan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya korang . Aku bagi contoh . "


Ahmadi menjelmakan Baju Tempur Elemennya yang lengkap dengan Perisai Kepala Elemen , yang berwarna Biru berjalur Putih . " Aku selesa dengan Pintu Tenaga Elemen aku yang nombor tujuh . "

Selepas itu , dia serasikan pula Baju Tempurnya tadi dengan kekuatan Elemen Warna dan Cahaya daripada Pintu Tenaga Elemen pilihannya .

Baju Tempurnya tadi dengan pantas berubah menjadi lebih kelihatan gagah dan dikelengkapi dengan beberapa hiasan yang lebih sesuai . " Ini yang akan berlaku kat Baju Tempur korang kalau korang serasikan dengan kekuatan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya korang . "

Selepas itu , Baju Tempurnya tadi mula diselaputi Ais dan Angin . " Dalam peringkat ni . Korang dah boleh letakkan sekali Tenaga Elemen korang . "

Ahmadi melenyapkan semula Baju Tempurnya . " Ada apa - apa soalan ? "


Shaza dan Shaja mengangkat tangan mereka .


" Korang berdua , ikut Cik Muda Rara dan Cik Muda Hara . " Kata Ahmadi dengan pantas lalu memandang ke arah Nurzahirah . " Rara dan adik bersedia . Pakcik perlukan tenaga Banshee Psikik Rara dan adik . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Paga melabuhkan punggungnya di atas kerusi . " Jadi . Kau tak naklah ikut kitorang cari Manusia keparat tu ? "


Dyrad dengan perlahan menggelengkan kepalanya kemudian dia tersenyum . " Saya lagi suka kalau yang kita cari ni , Didie dan dua orang lagi tu . "


Vivian meletakkan gelasnya yang berisikan air berwarna merah . " Dua orang ? Yang seorang tu , aku tahulah . Sheila bangang tu . Yang seorang lagi tu , siapa ? "


" Nama dia Siti . Tahap kekuatan dia , sama dengan Sheila . Teknik diorang pun , lebih kurang sama . " Jawab Dyrad dengan lembut dan tenang . " Korang berdua jangan gatal nak usik diorang bertiga . Yang lain tu , korang bunuh pun , tak apa . "


" Aku lagi suka kalau aku yang bunuh Sheila . " Balas Vivian dengan jelas . " Berbulu betul aku dengan dia . "


Dyrad hanya tertawa kecil dengan nada suara seksinya . " Korang dah dapat tahu ke identiti musuh korang ni ? "


" Tak tahu lagi . Tapi yang kitorang yakin , ada campur tangan dari dunia ni . " Balas Paga dengan jelas .


" Memang dari sini ke ? " Tanya Dyrad dengan lembut .


" Makhluk Mitos , Hybrid dan Manusia . " Jawab Vivian dengan jelas .


" Lagilah saya tak berminat . " Kata Dyrad lalu menyilangkan kakinya memperlihatkan kegebuan pehanya . " Yang Mulia tak cakap apa - apa lagi ke ? "


" Yang Mulia cuma cakap . Kita kene bunuh Manusia keparat ni . Untuk elakkan rancangan kita daripada diganggu . " Jawab Paga dengan tenang .


" Dah tahu ke kat mana kedudukan Manusia tu ? " Tanya Dyrad lagi .


" Ada kat Dunia Manusia . Tengah buat kerja - kerja yang biasa dilakukan oleh Manusia kat dunia tu . " Balas Vivian dengan tenang .


" Korang berdua nak ke Dunia Manusia ke ? " Tanya Dyrad .


" Awak nak ikut ke ? " Tanya Paga dengan agak pantas .


" Boleh juga . Tapi . " Jawab Dyrad dengan jelas sambil tersenyum . " Bukan untuk cari musuh awak berdua tu . Saya nak buat kerja saya sikit . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nurzahirah dan Nurzaharah mendongak ke atas .


" Tingginya . " Kata Nurzahirah dengan jelas .


" Dah . Jangan banyak bunyi . " Kata Ahmadi lalu dia memandang ke arah Nurzaharah yang turut mendongak . " Hara buat tiga Tiang Seri Elemen . Tapi , Hara bukan Pengguna Elemen Angin . Elemen Api . Guna cara yang sama , lepas tu . Sambungkan dari atas bangunan ni ke bawah bangunan kat atas tu . "


" Tiga ? " Tanya Nurzaharah dengan perlahan .


Ahmadi menganggukkan kepalanya lalu menunjukkan tiga jarinya .


" Soalan . " Kata Nurzahirah dengan lembut dan tenang . " Kan Pakcik pun pandai buat teknik ni . Teknik Pakcik lagi dah lengkap . Kenapa Pakcik tak guna ? "


" Boleh je . Tapi masalahnya . Biarpun Pakcik boleh gunakan Teknik Psikik , Teknik Psikik Pakcik yang biasa - biasa je . Sebab , Pakcik bukan Pengguna Elemen Psikik . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Pakcik perlukan Pengguna Elemen Psikik untuk gunakan Teknik ni . Ummi Rara dan Hara yang bertiga tu , kena jadi Medik kat bawah . Mak pula , Elemen Psikik dia masih lemah lagi . Jadi , korang berdua je yang boleh tolong Pakcik untuk selamatkan ayah dan semua kawan kita kat atas tu . "

Habis sahaja Ahmadi menjawab pertanyaan Nurzahirah , dicubitnya pipi Nurzahirah dengan agak kuat . " Dah . Jangan nak banyak bunyi . Kita tak banyak masa sangat ni . "

Kemudian , dicubitnya pula pipi Nurzaharah . " Hara pun . Tolong juga . "


Nurzaharah menggosok - gosok pipinya dengan lembut . " Cubit . Hara tak salah . Kakak tanya . Bukan Hara . "


Ahmadi memandang pula ke arah Shaza dan Shaja . " Korang berdua pun tolong sekali . "


Siti Maisarah yang melihat ke arah Karakter Pasir Ahmadi dan anak - anaknya hanya mengeluh .


Mandy Chong Wei Tze melemparkan beberapa Zombie ke dinding sebelum membunuh mangsanya dengan besi - besi kerusi yang telah pun dipecahkannya .

Habis bersepah kepala Zombie di atas lantai kerana dikerjakannya .

Dia memegang dan menghayunkan Wandnya untuk bertempur dengan semua musuh yang menjadi sasarannya .

Selepas itu , dia menjelmakan Cakera Elemennya yang mengkukirkan corak Yin dan Yang untuk memenggal kepala Zombie yang telah pun dijatuhkan dan dilekatnya pada lantai dan dinding .


Siti Aisyah pula dengan pantas memenggal kepala musuhnya - musuhnya dengan hanya sekali libasan .

Baju Tempur Elemennya kelihatan agak unik berbanding dengan rakan - rakan sepasukannya .

Perisai Kepalanya seakan - akan Tudung yang berperisai .
Dengan menggunakan Parang Lurus Elemen Kilat dan Petir yang berwarna Kuning berjalur Ungunya , dia dengan pantas menyerang musuh - musuhnya .


Tatsumaki pula , sambil dia melemparkan musuh - musuhnya , sambil itulah dia mencekik dan mencabut kepala Zombie - zombie dan bangkai - bangkai yang menjadi sasarannya .

Serangan Psikiknya begitu terserlah dengan hanya menyerang dengan menggunakan pengawalan mindanya .

Apatah lagi , dia adalah bekas salah seorang daripada Pasukan DiRaja Ahmadi dan Sheila Asyikin .


Rissa juga tidak ketinggalan untuk menunjukkan kemahirannya .

Dia menjelmakan Tongkat Griffin Elemennya yang unik . Dia menghasilkan bilah - bilah Elemen sebelum memukulnya dengan Tongkatnya .

Bilah - bilah Elemen itu melayang dan meluru ke arah leher semua musuh - musuhnya .

Selepas itu , dia mencabut Tongkat Griffinnya pada bahagian tengah dan memegangnya dengan kemas .

kemudian , dia menjemakan Bilah Elemennya pada Tongkat Griffin yang telah dicabutnya tadi .

Dengan senjata pada tangan kanan dan kirinya , dia meluru dengan pantas untuk melakukan serangan .


Burano dan Ghowly juga melakukan serangan yang amat pantas .

Serangan Libasan Elemen mereka kelihatan amat liar .
Habis kepala musuh - musuh mereka jatuh bagaikan Buah Kelapa yang gugur ke tanah .

Setiap serangan libasan kaki dan tangan mereka amat berbahaya .


Selviana dan Mojack juga melakukan serangan yang pantas dan berbahaya .

Mereka berdua yang berasal daripada Puak Aexrieca , masing - masing menggunakan sebilah Pedang Lurus .

Pantang melihat peluang yang berharga , pasti akan mereka gunakan dengan sebaik mungkin .


" Mari ke tingkat yang seterusnya ! " Arah Siti Aisyah dengan lantang .


Arahannya itu dengan segera dituruti oleh anggota pasukannya .


Tiga Tiang Seri Pawaka Psikik milik Nurzaharah yang berwarna Merah , Kuning dan Jingga menjulang tinggi dan telah bersambung dengan tingkat yang terapung yang berada di atas .

Banshee Psikiknya menjelmakan Rama - rama Psikik berwarna Merah , Jingga Kekuningan .

Rama - rama Psikik itu hinggap pada tiang itu untuk menguatkan lagi Gelombang Psikik mereka .

Shaza menjelmakan pula Lingkaran Psikik miliknya untuk memastikan apa yang diinginkan oleh Ahmadi terlaksana .


Dengan reaksi wajah yang mati dan kaku , Nurzaharah menepukkan tangannya lalu terapung dan melayang - layang keriangan bersama Banshee Psikiknya .


" Takde warna Hitam kat Rama - rama ni . " Bisik hati Ahmadi lalu menyentuh Tiang Seri Pawaka milik Nurzaharah lalu cuba untuk mengesan kehadiran Tenaga Elemen .

Dia dapat mengesan Tenaga Elemen namun , ia agak lemah .
Selepas itu , dia berganjak ke belakang dan melihat ke arah Nurzahirah . " Buat empat Tiang Seri Elemen . "


Nurzahirah menjelmakan empat Tiang Seri Elemen miliknya yang indah .

Banshee Psikiknya pula menjelmakan Rama - rama Psikik berwarna Biru keputihan .

Sama seperti Nurzaharah , Rama - rama Psikik itu tidak memiliki walau secalit warna Hitam dan hinggap pada Tiang Seri Pawana miliknya .


Ahmadi menganggukkan kepalanya . Ada sesuatu yang bermain difikirannya mengenai Teknik Banshee Psikik Nurzahirah dan Nurzaharah .


Shaja dengan segera menjelmakan Lingkaran Gelombang Psikiknya untuk membantu menguatkan teknik itu .


Selepas itu , Ahmadi kembali menyentuh Tiang - tiang Elemen itu untuk merasakan akan kehadiran Tenaga Elemen .

Dan kali ini , dia tersenyum kerana dia berjaya .


Sheila Asyikin muncul bersama cahaya Elemennya . " Dah boleh kesan Tenaga Elemen macam biasa . "

Kemudian , dia melihat ke arah Tiang Seri Elemen yang dihasilkan oleh Nurzahirah dan Nurzaharah . " Samalah . Warna Rama - rama tu je yang lain . "


" Sama . " Kata Nurzaharah lalu dipeluknya Nurzahirah dari belakang . " Hara . Adik . Kak Rara . Kakak . Jadi , mesti sama . "


" Betul . " Sampuk Banshee Psikik Nurzaharah dengan jelas . " Tak sama . Tak boleh . "


Nurzahirah dan Banshee Psikiknya hanya tersenyum


" Macam kitorang juga . " Kata Shaja lalu melihat ke arah Shaza yang sedang menganggukkan kepalanya dan berpeluk tubuh . " Teknik kitorang sama . "


Ahmadi menggaru kepalanya lalu , menghasilkan corak berjalur abstrak bercahayakan Warna Elemennya pada sekitar terhasilnya Tiang Seri Elemen Pawana dan Pawaka itu . " Jangan lenyapkan teknik ni selagi , Pakcik tak suruh . "


Nurzahirah dan Nurzaharah berserta Banshee Psikik mereka dan juga Shaja dan Shaza menganggukkan kepala mereka .

" Dah . Pergi tolong pasukan korang . Pastikan semua kawasan yang Pakcik dah arahkan tadi untuk Pasukan Sayap Merah dan Biru , dah dibersihkan . " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang .

Tanpa berlengah , Nurzahirah menjelmakan sebatang Rod Elemen yang diperbuat daripada gabungan Rama - rama Elemen berwarna Biru dan Putih manakala Nurzaharah pula , turut menjelmakan Rod Elemen berwarna Merah , Kuning dan Jingga yang juga terhasil daripada Gabungan Rama - rama Psikik .
Selepas itu , Nurzahirah dan Shaja dengan tenang melompat dan menjunam ke bawah disusuli oleh Nurzaharah dan Shaza .

Ahmadi dan Sheila Asyikin melenyapkan diri mereka dan muncul semula di tingkat sasaran mereka .


Siti Hawa menahan serangan musuhnya dengan menggunakan Tameng Elemennya dan selepas itu , dia dengan ganas menendang musuhnya dengan kuat .

Dan tanpa membuang masa , dia terus sahaja melibas Pedang Lurus Elemennya ke leher musuhnya .


Maera dan Naera menumpaskan lawan mereka dengan menggunakan Pedang Elemen mereka yang memiliki bilah yang berukirkan Fauna bagi Maera dan Fauna untuk Naera .

Libasan - libasan mereka yang pantas telah banyak menumpaskan musuh - musuh mereka .


Aivira pula menggunakan dua Bilah Parang panjang yang dihasilkannya menggunakan Sutera Labah - labah .

Dia tidak menggunakan Mode Tempur Hybridnya sebaliknya , menggunakan Baju Tempur Elemennya untuk bertarung .

Habis ditikam - tikamnya tubuh lawannya sebelum menghabiskan lawannya dengan memenggal kepala musuhnya .


Adam dan Muniandy juga tidak kurang hebatnya . Adam menendang lawannya dengan sepenuh tenaga ke arah Muniandy .

Muniandy merendahkan tubuhnya dan terus memukul kaki lawannya dengan menggunakan Tongkat Elemen Tanahnya dengan padu sehingga kedua belah kaki bahagian lawannya patah sehingga jelas terkeluar tulang .

Adam memanfaatkan keadaan itu dengan melompat dan terus melibas leher musuh mereka .


Ratni juga menunjukkan kegarangannya . Dia menyerang lawannya dengan buas dengan menggunakan Lembing Elemen Tanahnya .

Pada kedua - dua belah hujung Lembing Elemennya itu , terdapat Bilah Elemen .

Dipotongnya kaki lawannya dan selepas itu , diputarkannya senjatanya itu sebelum memenggal leher musuhnya .


Siti Nursamawi menyerang musuhnya dengan menggunakan Bilah Lavanya yang berbara yang dijelmakannya pada kedua - dua belah celah penumbuknya .

Di melompat dan mendarat di atas belakang badan lawannya dan terus sahaja membenamkan senjata Elemennya itu ke leher mangsanya dan menghiris leher mangsanya bagaikan menghiris Timun .

Stephen Akio Kenzo pula menggunakan dua bilah Samurai Elemen dan bergerak dengan pantas .

Dikelarnya perut lawannya dengan hanya sekali libasan sehingga terburai isi perut yang memualkan dan selepas itu , dia berputar dan melibas leher mangsanya .

Selepas itu , dia melibaskan Samurai Elemennya itu untuk membersihkan darah yang berbau busuk dan hanyir yang bersisa sambil berjalan menghampiri Ratni . " Saya dah mula rasakan yang semua ni . Macam Senjata Biologi . "

" Pasukan ni beruntung dapat anggota macam awak . " Balas Ratni dengan jelas .

" Mari ke tingkat yang seterusnya . " Kata Siti Nursamawi lalu menghasilan Terakol Elemen Apinya yang berwarna Merah , Kuning dan Jingga berjalur Biru tanpa melenyapkan Bilah Elemennya .

Setibanya dia dan rakan - rakannya di muka pintu pada tingkat sasaran mereka seterusnya , mereka di sambut oleh musuh - musuh mereka yang merangkat dengan pantas dan buas .
Dia tersenyum lalu dengan tenang , melepaskan Peluru Elemennya bartalu - talu tanpa henti ke arah kepala musuh - musuh mereka .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dyrad berjalan di tengah - tengah Bandar Bayu . Berambut panjang sehingga ke paras pinggang .
Bergincu Hitam . Barbaju T- Shirt lengan panjang yang ketat dan berseluar Jeans yang juga ketat . Mengenakan anting - anting dan memakai Sunglasses .
Ketika dia sedang berjalan itu , matanya melekat pada satu Butik Pakaian .
Dia tersenyum dan terus berjalan menuju ke situ .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi dan Sheila Asyikin duduk bersila dan terapung di bawah Kristal Hidark yang menjadi pemisah antara mereka , tebusan yang ditidurkan dengan satu makhluk yang agak besar .


Sheila Asyikin berpeluk tubuh lalu memejamkan matanya . Reaksi wajah manjanya yang berfikir jelas kelihatan menyeliputi wajahnya . " Jadi . Apa yang abang nak kita buat sekarang ? Makhluk dalam ni . In yakin . Bukan spesies yang mesra alam . "

Ahmadi berpeluk tubuh . " Jangan nak pura - pura tanya boleh ? In tahu . Ada satu cara je yang kita boleh buat sekarang ni . "

Sheila Asyikin membukakan sebelah matanya . " Abang nak kita hancurkan tempat ni ke ? "

" Kita ada Maera , Naera , Ratni dan Muniandy kat bawah . Kita minta tolong dioranglah . " Balas Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Lagi pun . Budak - budak kat bawah tu pun ada yang guna Elemen Tanah . Diorang boleh tolong sekali juga . " Yang selebihnya . Guna Teknik Psikik . "

Sheila Asyikin mengerutkan dahinya dengan manja .

" Kenapa ? " Tanya Ahmadi . " Tak suka ke cara tu ? "

" In risau bangunan ni roboh je . " Balas Sheila Asyikin dengan jujur .

" Takdelah . Takkan sampai roboh bangunan ni . Kita buat macam biasalah . " Kata Ahmadi dengan senyuman lalu digosok - gosoknya kepala Sheila Asyikin .


" Takde yang masuk dan takde yang dapat keluar . " Balas Sheila Asyikin dengan jelas dengan nada manjanya .


" Pandai . " Kata Ahmadi lalu digaru - garunya bahagian bawah dagu Sheila Asyikin dengan manja .


" 'Mmeowww . " Respon Sheila Asyikin dengan manja lalu dia tersentak dan ditolaknya tangan Ahmadi dengan manja . " Jahat . "


Ahmadi hanya tertawa kecil .


Hagia Sofea bertongkat dagu di atas meja dengan wajah yang bosan .


" Sofea . Tak baik buat macam tu . Tak manis . " Kata Siti Maisarah dengan lembut .


Hagia Sofea menyandarkan pula badannya ke kerusi . Kemudian , dia mengeluh .

" Sofea dah kenapa ? " Tanya Siti Khumairah pula .

" Akak dapat rasa tak bangunan ni bergegar ? " Tanya Hagia Sofea dengan lembut .


" Habis tu ? Sofea nak ikut sekali ke dengan diorang kat atas tu ? " Tanya Siti Nurjannah pula .


" Jangan nak buat hal . Kita semua dah setuju nak jadi Petugas Medik dalam misi kali ni . " Kata Ikhwan dengan tenang yang duduk di jendela sambil menghisap rokok . " Jangan nak lawan arahan Didie . Dia ketua pasukan ni . "


" Takpelah . Kita duduk sini dan bersedia untuk berikan rawatan kat semua rakan kita yang akan dibawa ke sini tu nanti . " Kata Khalid dengan jelas yang duduk sama di jendela .

Dia menutup cermin jendela dari luar dan kemudian , dinyalakannya rokoknya .


Hagia Sofea membuangkan pandangannya ke arah Witchie dan Kucina yang berjalan mundar - mandir sambil berpeluk tubuh .

Bagaikan dilanda keresahan yang teramat sangat .


Ahmadi dan Sheila Asyikin muncul di dalam ruang itu bersama Cahaya Elemen dan Warna mereka dan kemudian , mereka melihat ke arah Kucina dan Witchie .

" Korang berdua ni dah kenapa ? " Tanya Ahmadi dengan keningnya yang terangkat sebelah .

" Kitorang nak ikut bertarung kat luar , boleh ? " Tanya Witchie dengan lembut sambil ekor panjangnya terliuk - liuk .

Sheila Asyikin mencekakkan pinggangnya . Wajah kebudakkan - budakkannya diseliputi marah manjanya yang tiba - tiba meletus . " Tak boleh ! Korang berdua dahlah buat kesalahan ! Lagi berani nak minta itu ini ! Tak boleh ! Duduk kat dalam ni ! Abang ada tugas baru untuk korang ! "


Serta - merta Witchie dan Kucina melutut sambil memandang ke lantai dan memegang ke dua belah telinga mereka .


Ahmadi berjalan ke arah Siti Maisarah sambil tersenyum . " Tak padan dengan kemetot . Garang dia . Bukan main . "

Dia duduk rapat di sisi Siti Maisarah lalu memandang ke depan . " Semua yang ada kat sini . Berkumpul dulu . Semua . Takde yang terkecuali . Ada benda yang saya nak cakap . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience