Rate

BAB 47 KEGELAPAN BERSINAR

Fantasy Series 3820

Mandy Chong Wei Tze terseret ke belakang akibat gelombang letusan tenaga yang terhasil daripada pertembungan antara Siti Nursamawi dan Dyrad .

Dalam keadaan bersedia , dia dengan pantas menghayunkan tangan kanannya untuk menghasilkan satu ombak elemen ke arah Dyrad yang sedang bertarung dengan Siti Nursamawi .


Siti Nursamawi dengan pantas melompat ke udara untuk mengelak daripada terkena serangan yang dilancarkan oleh Mandy Chong Wei Tze .


Dyrad terseret kebelakang kerana menahan serangan Mandy Chong Wei Tze yang kuat .


Siti Nursamawi melenyapkan dirinya dan muncul semula di belakang Mandy Chong Wei Tze .

Dia bersedia sambil otaknya ligat berfikir . Ada sesuatu yang tidak menyedapkan hatinya .


Dyrad memandang ke arah Siti Nursamawi dengan senyuman bersulamkan pandangan yang menggerunkan .


Membesar mata Siti Nursamawi ketika dia mendapati Dyrad telah lenyap daripada pandangan matanya .

Tiba - tiba , dia menolak Mandy Chong Wei Tze dengan kuat .
Kemudian , dengan pantas dia menahan serangan Dyrad yang muncul dari sisi kirinya .

Ketika dia menahan serangan Dyrad , satu pancaran Elemen Warna dan Cahaya menyala seperti pancaran lampu Kamera pada bebola matanya .


Ahmadi membunuh mangsanya yang terakhir sebelum dia tersandar pada batang pokok yang agak besar . " Tak guna betul . Aku tak pernah kawal tenaga aku lama macam ni . "

Kepalanya mula terasa pening . Cahaya daripada sebiji Tenaga Elemen Biru Semula Jadi yang terpancar pada Mutiara yang terlekat pada dahinya mula berkelip - kelip .

Dia terlutut ke tanah dengan lemah dan mula mengaturkan nafasnya . " Tak guna . Aku kena minta Tenaga Biru yang diorang tangkap tadi . Itu pun kalau ada . "


Khalid , Ikhwan dan Fateh menyudahkan serangan mereka dengan libasan Tenaga Elemen mereka .

Sendi tubuh mereka bergetar . Terasa lenguh . Badan mereka juga bermandikan peluh .


Maera dan Naera juga kelelahan kerana mereka bukan sahaja diarahkan untuk mengawal keadaan pada bahagian luar , mereka juga ditugaskan untuk menjaga keselamatan Nurzahirah .


Aivira terduduk dan terlunjur manakala adiknya Aqilah pula terlutut ke permukaan tanah .


Muniandy masih mampu untuk berdiri namun , wajahnya seperti sedang menahan kesakitan .


Tatsumaki dan Rissa pula masih lagi mengawal Gelombang Psikik yang dilepaskan oleh Nurzahirah dan Banshee Psikik Nurzaharah .


Banshee Psikik Nurzahirah telah pun bertukar menjadi Tenaga Elemen Warna dan Cahaya yang berwarna Merah dan Putih yang bergemerlapan .

Cahaya itu mengelilingi Nurzahirah yang mengawal Gelombang Psikik adiknya dengan sepenuh perhatian .

Cahaya bercorak unik dan abstrak terukir perlahan - lahan pada tangan kirinya yang berwarna Merah berjalur Biru Keputihan kerana telah bergabung dengan Elemen Warna dan Cahaya miliknya .

Rambutnya juga telah diwarnai dengan warna Merah dan Biru Keputihan .

Tidak lama selepas itu , Cahaya Elemen itu semakin pudar dan malap bersama deruan angin yang berhembus .


Tatsumaki melenyapkan tekniknya bersama helaan nafasnya manakala Rissa pula ingin terjatuh ke belakang namun , sempat disambut oleh Siti Khumairah .


Siti Aisyah melompat ke tanah sambil melenyapkan Senjata Elemennya lalu menghampiri Tatsumaki .


Nurzahirah membukakan kelopak matanya .
Warna Merah dan Biru jelas terpancar pada matanya lalu perlahan - lahan padam .

Jalur Cahaya yang terukir pada tangan kirinya tadi juga turut lenyap bersama dengan perlahan - lahan kerana dia menutupkan semula Pintu Tenaganya .


Dyrad mengelak serangan Elemen daripada Mandy Chong Wei Tze dengan melompat ke udara .

Tanpa sempat berbuat apa - apa , dia menahan pula serangan daripada Siti Nursamawi .


Mandy Chong Wei Tze menangkap kaki Dyrad menggunakan Air lalu Siti Nursamawi dengan padu menyepak perut Dyrad sehingga menyebabkan Dyrad terhempas ke permukaan laut dengan kuat .


Pada masa yang sama juga , Sheila Asyikin bertarung dengan Dyrad .

Pertarungan mereka sengit . Bagaikan seperti dua ekor Harimau Betina yang buas dan ganas .

Sheila Asyikin menahan sepakan Dyrad lalu dengan pantas menumbuk perut Dyrad beberapa kali sebelum dia melepaskan bebola Elemen Apinya ke arah perut Dyrad tadi .

Satu letupan terhasil .


Sheila Asyikin menjarakkan dirinya ke belakang sikit . Matanya menjamah ke arah Dyrad yang memandangnya dengan senyuman .

Sama seperti Siti Nursamawi . Dia juga mula merasakan sesuatu yang tidak kena .


Stephen Akio Kenzo dan rakan - rakannya yang lain telah pun berjaya memasuki ke dalam kawasan musuh yang ingin membebaskan Akham Nessela namun , pergerakkan mereka terhalang okeh Makhluk - makhluk Kegelapan .


Sementara itu , Vanessa Valarie dan Panglima Malein bertarung dengan Pasukan musuh yang terdiri daripada Siren .


Permaisuri Fiirapi melenyapkan teknik Psikik yang dia , Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea hasilkan ketika bermulanya kehadiran mereka di situ .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nurzaharah yang tidur di pangkuan Siti Maisarah terjaga . " Mak . Hara nampak semua rakan Kak Rara . Diorang baik . Diorang tolong Kakak . "


Siti Maisarah tersenyum lalu membelai wajah Nurzaharah . " Kejap lagi . Kita semua akan pulang . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi dan semua yang membantu Nurzahirah berkumpul . Selepas itu , dia mengambil Tenaga Biru yang ditimang - timang oleh Aivira . " Kalau pecah Bebola Tenaga ni . Aku pecahkan semua biji mata kau . "

Kemudian , ditukarnya Elemen Tenaga Biru yang berupa bebola tadi dan terus memasukkannya ke dalam setiap Mutiara yang melekat di dahinya .

Kini , semua Mutiara yang melekat pada dahinya menyala .


" Putera Pawana . Selepas ini , apakah tindakan anakanda ? " Tanya Permaisuri dengan jelas . " Puteri Semarak Api sedang bertarung di luar sana . Marilah kita membantunya . "


" Ya . Kita akan membantunya . Akan tetapi , bukan kita semua . Ada di kalangan yang berada di sini perlu untuk pergi ke sebuah Taman . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Hanya anakanda , rakan - rakan anakanda sahaja yang akan turut serta . Bonda yang berserta yang lain , perlu kembali semua ke taman itu . Ia sebuah Taman Elemen milik anakanda . "


" Kenapa macam tu pula ? " Tanya Khalid dengan agak pantas .


" Sheila dah bukakan semua pintu tenaga dia . Maksudnya , dia bertarung dengan musuh yang kuat . Sekarang ni , Siti dan Mandy bertarung dengan antara Pahlawan yang paling kuat dalam kerajaan tu .Nama dia , Dyrad . " Balas Ahmadi dengan jelas lalu menjelmakan Baju Tempur DiRajanya yang dihiasi dengan Corak Identiti Elemen Warna dan Cahayanya . " Awal tadi , bonda permaisuri dapat laporan . Ada Tenaga Kegelapan dari arah laut . Sheila dan rakan - rakan kita yang lain pula sedang bertarung kat mana , Didie tak pasti . Tapi , ini macam ada kaitan dengan pertarungan Sheila . "


" Sheila tak ada hantar laporan ke kat awak ? " Tanya Naera .


" Takde . Dia tahu . Aku kat sini untuk bantu Rara . Mungkin pasal tu dia tak nak ganggu aku . " Balas Ahmadi dengan tenang .


" Nak tak nak . Kita kena pergi sendiri kat sana . " Kata Aivira pula .


" Kenapa aku tak nak bawa semua sebab , aku nak kelirukan musuh . Kalau betullah , semua ni ada kaitan , tentu musuh utama kerajaan ni akan cuba ganggu perhatian aku sebagai Raja dalam kerajaan ni daripada hantar bantuan kat Sheila . " Kata Ahmadi lagi dengan tenang . " Musuh akan serang Istana Utama sebab , diorang fikir , aku dan bonda Permaisuri ada kat situ . Diorang tak tahu aku ada Taman Elemen dalam kawasan istana . "


" Apakah ini sebabnya anakanda mengarahkan Pahlawan daripada Puak Misteri itu untuk membantu Puteri Pawaka ? " Tanya Permaisuri Fiirapi .


" Benar bonda . Kerana , Corak Identiti Elemen Warna dan Cahaya milik Puteri Pawaka yang digabungkan dengan Corak Puak Misteri itu muncul pada tangan anakanda . Ini bermakna , adinda Pawaka telah pun memanggil salah satu Puak Misteri itu untuk membantunya . " Balas Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Kucina dan Witchie akan membawa bonda bersama yang lain untuk ke dalam sebuah taman yang terletak antara istana anakanda dan milik Puteri Pawaka . "


" Jika begitu . Bonda akan mengalah dengan anakanda kerana , ia adalah tanggungjawab anakanda . Walaupun pada hakikatnya , bonda juga ingin bersama dengan anakanda di medan perang . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan jelas .


" Suatu hari nanti , kita akan berjuang bersama . " Kata Ahmadi sambil tersenyum . Kemudian dia memanggil Kucina dan Witchie .


Kucina dan Witchie muncul bersama Cahaya Elemen mereka .


" Kecuali kawan - kawan aku , korang bawa diorang semua termasuk Permaisuri Fiirapi , ke Taman Sayap Merah dan Biru . Lepas tu , korang bawa Tatsumaki sekali pergi berkawal kat Istana Permaisuri . Rissa pula , akan terus jaga Rara . " Arah Ahmadi dengan jelas .

Kemudian , dia memandang ke arah Witchi yang sedang membersihkan ekornya yang panjang . " Paquine ada arahkan korang apa - apa tak ? "


" Dia arahkan Hose dan tiga orang lagi yang lain pergi jadi pengintip . " Jawab Witchie dengan jelas .


" Abang bertiga boleh bantu anggota pasukan Didie tu . " Kata Ahmadi bersama dengan keluhan yang agak berat .


" Bersabarlah wahai anakanda . Sudah lumrah Pahlawan yang memiliki kerajaan dilanda musibah . Apa yang penting . Tetapkanlah perasaan kasih dan sayang anakanda yang anakanda terapkan ke dalam sistem pemerintahan anakanda . Tidak ada kekuatan yang dapat menandingi kekuatan kasih dan sayang . " Nasihat Permaisuri Fiirapi dengan jelas .

Kemudian , dia memandang ke arah Kucina . " Bawalah beta sekalian ke dalam taman itu . Segeralah laksanakan titah perintah Raja Pawana . "


Kucina dan Witchie menganggukkan kepala mereka .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Letupan pada kepala Dyrad menyebabkan kepalanya meledak sebahagian . Namun begitu , kepalanya yang berkecai tadi bercantum semula .

Dipandangnya wajah Sheila Asyikin dengan senyumannya yang seksi dan menakutkan .


Sheila Asyikin sudah pun dapat meneka . Dyrad yang sedang dilawannya ini bukannlah diri Dyrad yang sebenar .

Disalutkannya Bilah Api yang keluar daripada kedua belah penumbuknya dengan nyalaan bara yang membara .

Ditenungnya wajah Dyrad dengan pandangan yang menggerunkan .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi bersama dengan rakan - rakannya telah pun menjelma di kawasan pantai .

Mereka agak terperanjat melihat para Pahlawan Permaisuri Fiirapi yang bertarung dengan Makhluk Kegelapan yang dijelmakan oleh Dyrad .


" Baiklah . Sekarang ni . Apa kita nak buat ? " Tanya Maera .


" Kita lawan makhluk pelik yang warna Hitam tu . Didie pula akan tolong Siti lawan perempuan seksi tu . " Balas Aivira dengan jelas sambil menjelmakan Pedang Kembar Suteranya .


" Tajam mata awak kalau perempuan . " Kata Naera pula .


" Mata kitorang boleh berfungsi macam Kanta . Tak ada masalah kalau kitorang nak lihat satu - satu objek yang jauh dengan jelas . " Kata Aqilah dengan pantas .


Ahmadi dan semua rakan - rakannya tertawa .
Manakala Aivira pula hanya membuat reaksi wajah yang semacam .


" Sayang abang . " Kata Muniandy sambil tertawa .


" Bagilah Abang Ai tu rasa . Macam mana rasanya kena sayang oleh adik . " Celah Siti Aisyah pula .


" Dah tu . Dah . Korang pergi bantu Pahlawan bonda Permaisuri . Aku akan pergi tolong Siti . " Kata Ahmadi dengan jelas memberikan arahannya . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Witchie dan Kucina melenyapkan diri mereka selepas dapat perkenan oleh Permaisuri Fiirapi .


" Taman ini dipenuhi dengan Elemen Misteri . Putera Pawana menggunakan khidmat Pahlawan Misteri itu agaknya untuk menghasilkan Taman yang cantik ini . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas .


Siti Khumairah menganggukkan kepalanya . " Tapi . Putera Pawana tidak melakukannya bersendirian . Ada sentuhan daripada Puteri Pawaka dan Puteri Semarak Api di dalam Taman ini . "


" Bagaimanakah anakanda boleh berkata sedemikian ? " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Bukankah anakanda bersama yang lain ini baru beberapa kali menjejakkan kaki ke dunia ini ? "


" Ampun bonda Permaisuri . Harap sembah anakanda harap diampun . " Sampuk Siti Nurjannah . " Putera Pawana , Puteri Pawaka dan Puteri Semarak Api tidak suka meninggalkan seorang pun daripada mereka bertiga . Walaupun salah seorang tidak ada bersama dengan mereka bertiga . Salah seorang daripada mereka bertiga akan menyertakan sesuatu sebagai tanda kepada Salah seorang daripada mereka . "


" Ampun bonda Permaisuri . Harap sembah anakanda tidak mengundang murkanya bonda . " Celah Hagia Sofea pula dengan lembut . " Sebagai contoh . Jika Puteri Pawaka hendak membeli sebuah boneka . Dia tidak akan membeli untuk dirinya seorang . Dia akan membeli tiga boneka untuk Puteri Semarak Api dan Putera Pawana sekali . Walaupun mereka tidak tinggal bersama . "


" Apakah alasan Puteri Pawaka berbuat demikian ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan nada yang hairan .


" Untuk berlaku adil . Kerana . Puteri Semarak Api juga melakukan sedikian terhadap mereka berdua . " Balas Siti Khumairah dengan sopan . " Dan Putera Pawana pula . Hanya menurut sahaja kemahuan dan kelakuan dua kuntum Bunga itu walaupun dia agak tidak sukakannya .


Permaisuri Fiirapi mengeluh . " Nampaknya . Kehidupan adinda Pawana anakanda itu sudah tentu kacau bilau dek kerana dua kuntum Bunga itu . "


" Itulah yang melanda Putera Pawana sejak mereka kecil lagi . Ampun Tuanku . " Balas Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea dengan serentak .


" Seperkara lagi . Di dalam Taman ini , terdapat sekumpulan Pahlawan - pahlawan muda . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas dan lembut .


" Keluarlah kalian semua . Janganlah mengintai dari balik pohon dan semak . Janganlah risau . Janganlah khuatir . Beta adalah Permaisuri kerajaan ini . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan agak kuat .


Tidak lama selepas itu , sekumpulan Remaja yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang sebaya dengan Nurzahirah keluar daripada tempat persembunyian mereka .


Burano dan Ghowly melenyapkan diri mereka bersama rakan - rakan mereka dan muncul semula di hadapan kumpulan Permaisuri Fiirapi dan terus sahaja melakukan gerakan sembah hormat .


" Bangunlah . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut sambil tersenyum . " Siapalah nama kalian ? Apakah anak - anak ini semua dilatih oleh Raja Pawana dan Puteri Pawaka ? Jika benar , apakah nama pasukan kalian dan atas sebab apakah pasukan kalian ditubuhkan ? "


" Ampun sembah hamba harap diampun . Nama hamba Burano . Ketua kepada kumpulan ini . " Kata Burano yang berambut berwarna Coklat yang panjang sehingga ke bahagian belakang dada dan bermata bulat . Berkulit putih melepak . " Benar Tuanku Permaisuri . Hamba sekalian ini dilatih oleh Raja Pawana dan Puteri Pawaka . "


" Ampun sembah harap hampa juga harap diampun . Nama hamba Ghowly . Pembantu kepada Kakak Burano . " Kata Ghowly dengan lembut .

Matanya bulat dan berambut panjang sehingga ke bahu yang berwarna Hitam Pekat . Berkulit Sawo Matang . " Nama kumpulan ini adalah Kumpulan Sayap Merah dan Biru . Ditubuhkan untuk menjadi Pahlawan kepada Puteri Muda Bayu dan Puteri Muda Pawaka . Puteri Muda Lagenos . "


" Apa sahaja usaha adinda anakanda bertiga itu yang tidak meletupkan kepala kita semua . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan perlahan bersama keluhan sambil menggelengkan kepalanya . " Lambat - laun , bonda khuatir akan terjebak juga dengannya . "


" Apa lagi yang Putera Pawana dan Putera cakap kat korang semua ? " Tanya Siti Khumairah lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal dengan reaksi wajah yang semacam .


" Raja Pawana cakap . Kalau Puteri Muda Bayu atau Puteri Muda Pawaka dah sampai kat Taman ni . Maksudnya . Kitorang akan menjadi salah - satu Pasukan Utama yang akan melindungi Kerajaan Lagenos dan dua dunia yang diketuai oleh Puteri Muda . " Balas Burano dengan jelas .


Permaisuri Fiirapi dengan menggenggam tangan Siti Khumairah lalu memeluk Siti Khumairah dengan lembut . " Kepala bonda mula terasa berdenyut dengan lembut lembut . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Mandy Chong Wei Tze melompat - lompat ke belakang dan kemudiannya , dia bersedia untuk melancarkan serangannya yang seterusnya .

Ketika dia baru sahaja hendak melancarkan serangannya , serangannya terpadam dengan kerana , tiba - tiba pipinya dicubit oleh Ahmadi dengan agak kuat .


" Dah tu . Jangan nak tunjuk kuat sangat . Pergi tolong kawan - kawan kita kat belakang tu pula . " Kata Ahmadi dengan agak bersahaja .


Tanpa ada sebarang bantahan , Mandy Chong Wei Tze mematuhi arahan Ahmadi .


Ahmadi melompat ke udara dan menjunam turun ke tengah - tengah pertempuran Siti Nursamawi dan Dyrad .


Dyrad terguling - guling dan tercampak dengan agak kuat selepas dia ditendang oleh Ahmadi sebelum beberapa Bebola Elemen Ahmadi terkena pada badannya .

Dia kemudiannya melenyapkan Baju Tempurnya .


" Aku tak berapa suka kau dan Sheila pakai baju tu . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas .


" Aku jelmakan baju tu tadi , supaya bonda tak marah je . " Balas Ahmadi dengan tenang . " Satu sebab lagi . Aku tahu kau tak suka . Tapi ada masanya nanti , kau kena pakai juga . Nanti aku ajar . " Naikkan tahap Terakol Elemen kau tu . "

Selepas itu , dia cuba menghubungkan Tenaga Mindanya dengan Tenaga Minda Sheila Asyikin .


Sheila Asyikin menjarakkan dirinya selepas pipinya ditumbuk oleh Dyrad .

Namun , dia sempat membalas serangan itu dengan menumbuk pipi kiri dan kanan Dyrad .


" Kerja abang dah habis ke ? " Tanya Sheila Asyikin dengan jelas .


" Dah . " Jawab Ahmadi dengan ringkas dan jelas . " In berpukul dengan siapa ? "


" Dyrad . " Jawab Sheila Asyikin lalu dia mengelak serangan Dyrad dan dia terus sahaja melakukan serangan balas .


Ahmadi mengeluh lalu menjelmakan Bilah Aisnya . " Status kat sana ? "


" Diorang nak bebaskan Akham Nessela . " Balas Sheila Asyikin yang sedang menahan serangan Pedang Dyrad yang buas .


Dyrad menjunam ke permukaan laut dengan pantas lalu tersenyum lebar sebaik sahaja dia terpandang Ahmadi .

Sejurus selepas itu , satu lagi Dyrad muncul dari dalam laut .


Ahmadi menjelmakan jalur Merah pada Bilah Aisnya dan kemudian , dia menyentuh Terakol Elemen Siti Nursamawi .


" Hancurkan jantung lawan kau ni . Ini bukan diri lawan kau yang sebenar . " Kata Ahmadi .


Siti Nursamawi menggenggam kedua Terakolnya yang telah pun dihiasi dengan jalur cahaya berwarna Biru . " Pasal tu ke daripada tadi , dia ni tak pandai mati ? "


Sheila Asyikin dapat merasakan jalur cahaya milik Ahmadi menghiasi Bilah Baranya yang berapi .

Oleh kerana Bilah Baranya telah pun mengeluarkan api , api yang berwarna Biru juga menjelma kerana , jalur berwarna Biru milik Ahmadi yang terpancar tadi .

Dia memandang ke arah Dyrad yang terus mengukirkan senyuman . " Abang berpukul dengan siapa pula kat atas tu ? "


" Dyrad . " Pendek sahaja jawapan Ahmadi lalu bersedia untuk menyerang .


Siti Nursamawi yang memahami akan gerak badan Ahmadi itu juga kembali bersedia .


" Kalau macam tu , maknanya . Dyrad yang In lawan ni bukan Dyrad yang sebenar ." Balas Sheila Asyikin .

Dia kemudiannya menghubungkan Tenaga Mindanya dan Tenaga Minda Ahmadi dengan Siti Nursamawi .

Kerana dia pasti , Siti Nursamawi ada bersama Ahmadi .


" Sheila , kau macam mana ? " Pantas sahaja Siti Nursamawi bersuara sebaik sahaja dia dapat merasakan hubungan minda mereka bertiga berhubung .


" Boleh tahan . Mungkin adalah lebam kat muka ni sikit - sikit . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut lalu tertawa kecil .


" Memang nak mati betina ni . Berani dia lebamkan muka kau . " Balas Siti Nursamawi dengan agak geram .


" Rakan - rakan kita yang lain macam mana ? " Tanya Ahmadi .


" Ada kat sini . Kitorang semua berusaha untuk menghalang usaha musuh . In yakin . Semua ni rancangan Dyrad . " Balas Sheila Asyikin yang telah pun menyambung pertarungannya dengan Dyrad . " Ada Pahlawan daripada Puak Siren yang berpihak kat Dyrad . "


" Apa pun yang berlaku . Dengan cara apa sekali pun . Halang diorang daripada berjaya . Abang dan Siti akan pastikan Dyrad yang menjelma kat atas ni , mati . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Gunakan Serangan Kejora . Cari peluang untuk hancurkan jantung si busuk ni . Yang ni bukan Dyrad yang sebenar . Dia gunakan satu teknik yang amat kejam . "


Dyrad yang sebenar hanya tersenyum lebar ketika melihat Ahmadi . " Dia dah datang . Kena kuatkan kekuatan teknik ni . Aku agak rindukan kau . Lelaki nakal . "


" Teknik Kejora . " Kata Siti Nursamawi dengan agak perlahan lalu dia melompat ke udara .

Cahaya Elemen Warna dan Cahayanya bersinar dan bergemerlapan .

Kepulan cahaya yang berwarna Merah , Jingga , Kuning , Biru dan Putih turut bersinar sebelum hilang disapu angin .

Dengan pantas , dia menjunam ke arah Dyrad dan terus sahaja melakukan serangan jarak dekat .


Sheila Asyikin yang bertarung di dalam lautan dalam juga melakukan serangan yang sama seperti Siti Nursamawi .


Ahmadi meluru dengan pantas ke arah Dyrad yang juga sedang meluru pantas ke arahnya .

Dia melenyapkan dirinya untuk menyerang Dyrad .
Namun, spakannya dapat ditahan oleh Dyrad .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Stephen Akio Kenzo dan Adam telah pun berjaya memasuki kawasan musuh yang bertugas untuk memecahkan Kristal Kalas untuk membebaskan Akham Nessela .


Stephen Akio Kenzo melakukan serangan pantas . Dia menggunakan Samurai Elemen dan Kunai Elemennya yang unik .

Namun , tentangan yang diterimanya agak sukar kerana , anggota pasukan musuh yang ditugaskan untuk membebaskan Akham Nessela itu seperti telah nekad untuk terkorban dan berkorban .


Adam juga berdepan dengan masalah yang serupa . Dia terpaksa berhempas pulas untuk menumpaskan musuh yang berusaha untuk memusnahkan Kristal Kalas .


Tidak lama kemudian , Siti Hawa , Ratni , Vanessa Valarie dan Panglima Malein juga telah dapat masuk ke dalam kawasan Kristal Kalas itu .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Sementara itu , Dyrad yang sebenar mula dibasahi peluh kerana mengawal tiga jelmaan dirinya .

Apatah lagi dia bertarung dengan seterunya , Sheila Asyikin . Yang dibantu oleh Ahmadi dan lawan barunya . Siti Nursamawi .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Aivira dan Aqilah berganding bahu menumpaskan musuh . Sebagai Pahlawan Hybrid , kebuasan serangan mereka jelas kelihatan .

Ditambahkan lagi dengan ketangkasan mereka melakukan serangan , makin terserlahlah kepahlawanan mereka .


Siti Aisyah pula berganding bahu dengan Mandy Chong Wei Tze .

Walaupun muda , bakat kepahlawan mereka telah pun terserlah .


Maera dan Naera pula bersama - sama menumpaskan musuh mereka .

Serangan mereka terlalu keras dan ganas .


Muniandy juga tidak kurang hebatnya . Dia mengelak segala serangan musuh dengan mudah dan melakukan serangan balas yang mematikan .


" Die ! Berapa banyak binatang ni ada kat sini ? ! " Teriak Aivira dengan lantang lalu menyudahkan serangannya .


Maera tergelak . " Awak dah cuak ke Ai ? ! "


" Bukanlah bengap ! " Balas Aivira sambil melompat ke belakang . Kemudian , dia melompat ke belakang Aqilah lalu terus menendang dua orang musuh yang cuba menyerang adiknya daripada arah belakang dengan kuat . " Binatang - binatang ni lagi banyak daripada jumlah kita ! Boleh bertahun kalau macam ni ! "


" Nak dengar logik Iecha tak ? ! " Tanya Siti Aisyah lalu menikam dada lawannya dengan menggunakan sebilah Keris berwarna Kuning Keemasan .


" Apa dia ? ! " Tanya Aqilah .


" Semua binatang akan mati kalau Abang Didie dan Kak Siti dah bunuh perempuan seksi tu ! " Balas Siti Aisyah .


Ahmadi dan Siti Nursamawi mengaturkan langkah mereka dengan rapi dan kemas .


Ketika sedang bertarung itu , Ahmadi perasan yang Siti Nursamawi menyelang - nyelikan serangannya .

Antara Terakol Elemen dan Bilah Lava .


" Bila kau pandai buat serangan macam tu ? " Tanya Ahmadi yang agak kagum dengan teknik serangan Siti Nursamawi .


Siti Nursamawi melibas ke udara lalu , enam Bilah Lava berapi menghiris tubuh Dyrad sebelum beberapa biji Peluru Elemen mencumbu kepala Dyrad .

Dia kemudiannya memandang ke arah Ahmadi sambil tersengih . " Tak tahu . Tiba - tiba je ada dalam kepala aku . Jadi aku cuba jelah . "


" Kau memang ada bakat jadi pembunuhlah . " Kata Ahmadi .


" Pasal tu aku jadi Polis . Aku tak nak jadi pembunuh . " Balas Siti Nursamawi .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Permaisuri Fiirapi duduk di atas sebuah Singgahsana yang diperbuat daripada tumbuhan yang cantik .

Matanya menjamah ke arah sekumpulan kecil para Pahlawan muda yang berada di hadapannya . " Apakah lagi dititahkan oleh Raja Pawana kepada kalian ? "


" Ampun Tuanku Permaisuri . Sembah hamba harap diampun . " Kata Burano dengan lembut .


" Wahai Pahlawan . Beta telah perkatakan sebentar tadi . Gunakanlah gelaran ' Patik ' . Kerana kalian semua adalah
merupakan Pahlawan kepada cucunda beta ini . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut .


" Ampun tuanku . " Balas Burano dengan sopan . " Raja Pawana bertitah . Patik sekalian bukan akan sahaja menjadi Pahlawan kepada Puteri Muda Lagenos , malahan , juga kepada Pasukan Baginda Puteri Muda . Ampun Tuanku . "


Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea menggaru kepala mereka yang tidak gatal lalu , mereka memandang ke arah Permaisuri Fiirapi .


" Jika bonda tidak menahan diri , sudah tentulah bonda juga akan menggaru kepala bonda seperti anakanda bertiga . " Kata Permaisuri Fiirapi .


Nurzahirah dan Rissa menutupkan mulut mereka untuk menahan daripada tertawa .


Permaisuri Fiirapi mengeluh lalu memandang ke arah Nurzahirah yang sedang menahan tertawa . " Cucunda berhenti memtertawakan nenda . Tidakkah cucunda ingin bertanya kepada Pahlawan - pahlawan cucunda ? "


" Tidak ada nenda . " Balas Nurzahirah dengan lembut lalu menggaru kepalanya . " Cucunda telah dapat meneka akan apakah yang telah dilakukan oleh Raja Pawana . "


" Persembahkan kepada nenda . " Kata Permaisuri Fiirapi .


" Suatu ketika dahulu . Pakcik cucunda dan kakak Patung pernah bercerita kepada cucunda . Pada awalnya , cucunda cuma berfikir . Ia cuma cerita sahaja kerana , mereka sering bercerita kepada cucunda . " Balas Nurzahirah dengan lembut . " Pakcik dan Kakak Patung bertanya apakah yang cucunda kehendakkan sekiranya perang antara dua dunia berlaku berlaku ? "


" Dan apakah jawapan cucunda ? " Tanya Permaisuri Fiirapi .


Nurzahirah memandang ke arah Permaisuri Fiirapi dan kemudian , memandang ke arah sekumpulan Pahlawan yang sebaya dengannya .

Sekumpulan Pahlawan yang akan menjadi Pasukan Pahlawan DiRajanya .


" Cucunda mengkehendakkan sepasukan Pahlawan yang unik dan istimewa . " Jawab Nurzahirah dengan jelas .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi saling berbalas serangan dengan Dyrad .
Disilangkannya tangan Dyrad ke belakang dan terus menikam pinggang Dyrad dengan garang .

Kemudian , dicekiknya leher Dyrad dari arah belakang .
Ketika dia hendak menikam jantung Dyrad , dia tiba - tiba sahaja terhenti lalu , dia menolak Dyrad ke depan dan terus sahaja melancarkan serangan Elemen yang menyebabkan Dyrad terseret ke belalang .

Dipandangnya wajah Dyrad . Bisikan Dyrad yang menyapu gegendang telinganya sebentar tadi masih lagi menyangkut di telinganya .


Dyrad memandang ke arah Ahmadi sambil tertawa kecil menggoda . " Awak dah peluk saya . Awak kena bertanggungjawab . "


Ahmadi membuat muka lalu terus meluru ke arah Dyrad untuk melakukan serangan yang seterusnya .


Siti Nursamawi menumbuk wajah Dyrad beberapa kali sebelum memecahkan kepala Dyrad dengan beberapa das tembakkan .

Ketika dia meletakkan penumbuknya di atas dada Dyrad dan baru sahaja hendak mengeluarkan Bilah Lavanya , dia menendang dagu Dyrad .

Menyebabkan Dyrad tercampak ke udara .


" Perempuan ni bodoh agaknya . " Bisik hati Siti Nursamawi dengan wajah yang semacam .


Dyrad muncul semula di depan Siti Nursamawi dengan senyuman . " Sama besar tak ? "


" Entah . " Balas Siti Nursamawi lalu dia melakukan serangan kembali .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Sheila Asyikin mengikat tubuh Dyrad dengan lingkaran air yang berwarna Merah dan Biru .

Selepas itu , dia menusuk dada Dyrad dengan Bilah Lavanya .


" Satu hari nanti . Awak akan menyesal kerana buat macam ni kat saya . " Kata Dyrad bersulamkan senyumannya yang menggoda .


" Kalau berani , cuba cari pasal lagi . Sheila akan carik - carikkan tubuh awak sehingga tak bersisa . " Balas Sheila Asyikin dengan senyumannya yang comel .

Kemudian , tangannya yang menikam dada Dyrad tadi mengeluarkan cahaya yang bergemerlapan .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Dyrad yang sebenar tersentak dengan tusukan Bilah Lava Sheila Asyikin . " Sheila . Awak memang jahat . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Dua orang jelmaan Dyrad yang menjadi lawan Ahmadi dan Siti Nursamawi juga tersentak sama .


" Siti ! Hancurkan jantung dia ! " Jerit Ahmadi lalu terus menumbuk perut Dyrad dan menikam perut Dyrad dengan semahunya . Seperti melepaskan geram .

Bilah Aisnya yang menikam perut Dyrad tadi mengeluarkan hawa sejuk sehingga menyebabkan tubuh Dyrad menjadi beku .

Selepas itu , jalur Merah , Jingga Kekuningan yang menghiasi Bilah Aisnya terus sahaja bersinar .


Siti Nursamawi pula dengan ganas menikam dada Dyrad dengan kedua belah Bilah Lava pada penumbuk kanan dan kirinya dan terus sahaja membakar Dyrad .

Jalur Biru pada bilah Lavanya menyalakan api berwarna Biru .


" Awak dah sentuh saya . Awak kena bertanggungjawab . " Kata Dyrad dengan nada yang seksi .


" Boleh . Dalam mimpi . " Balas Ahmadi sambil tersenyum lalu tangannya yang menikam perut Dyrad mengeluarkan cahaya yang bergemerlapan .


" Awak dan Sheila akan menyesal . Saya akan hancurkan emosi dan perasaan awak berdua . " Kata Dyrad dengan nada yang seksi . " Saya akan rampas Didie daripada awak berdua . "


" Kau boleh cuba lain kali . " Balas Siti Nursamawi sambil tersenyum dan tertawa kecil .


" Kisaran Maut Kejora ! " Jerit Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dengan lantang dan serentak .


Sejurus selepas itu , beberapa Bilah dan Cakera yang berwarna Biru berjalur Merah mengisar organ dalaman Dyrad .

Selepas itu , perlahan - lahan tubuh Dyrad bertukar menjadi Biru Kemerahan dan mengeluarkan hawa sejuk dan panas .


Bebola mata Dyrad bertukar menjadi Hitam .
Darah pekat yang busuk mengalir keluar daripada mulutnya yang mengukirkan senyuman manis yang amat menakutkan .


Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi meningkatkan kekuatan teknik mereka .


" Sheila dan awak akan menyesal . Saya akan rampas Didie daripada awak berdua . " Kata Dyrad sambil terus mengukirkan senyumannya .


Sejurus selepas itu jugalah , Dyrad yang menjadi lawan Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi berubah dengan perlahan - lahan menjadi mayat wanita yang telah mereput .


" ' Eeeww ' . " Spontan sahaja Siti Nursamawi berkata lalu menarik senjatanya yang dibenamkannya ke dalam tubuh Dyrad .

Wajahnya berkerut . " Perempuan bodoh tu guna mayat ke ? Gila betullah betina tu . "


Sebaik sahaja ketiga - tiga jelmaan Dyrad telah ditewaskan , semua Makhluk Elemen yang dijelmakan oleh Dyrad tadi lenyap bagaikan disapu angin .


Muniandy melenyapkan senjata Elemennya yang berlumuran dengan darah pekat yang busuk . " Dapat juga dua orang gila tu bunuh perempuan tu . "


" Abang dan kakak semua kena belanja Iecha lepas ni . " Kata Siti Aisyah dengan jelas lalu melenyapkan Senjata Elemennya . " Betul tak tekaan Iecha ? Semua makhluk hodoh ni akan mati kalau Abang Didie dan Kak Siti dah bunuh perempuan tu . "


" Tapi akak rasa , perempuan yang diorang berdua tu lawan bukan lawan diorang yang sebenar . " Balas Aqilah dengan jelas lalu memasukkan Pedangnya ke dalam Sarung Pedang yang tersilang di belakang badannya .


" Apa maksud Aqilah ? " Tanya Naera lalu menjelmakan Helain Daun daripada Bilah Pedangnya untuk membersihkan bilah Pedangnya yang berlumuran darah .


" Cuma jelmaan je . Lawan yang sebenar diorang mungkin berada kat tempat yang lain . " Balas Aqilah lalu memandang ke arah Siti Aisyah yang berdiri bersebelahan dengan Mandy Chong Wei Tze . " Takpelah . Biar akak belanja Iecha . "


Mandy Chong Wei Tze melihat ke arah cermin matanya . " Saya nak Abang Didie , Kak Siti dan Kak Sheila belikan Cermin Mata yang baru . Habis calar cermin dia . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Dyrad tersenyum lebar walaupun dia mula rasa kepenatan akibat daripada mengawal tiga jelmaan dirinya yang telah dapat ditewaskan oleh Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .

Mengikut perkiraannya , misinya telah pun berjaya . Dia berjaya untuk ' membeli masa ' dengan memperlambatkan kehadiran Ahmadi untuk membantu Sheila Asyikin di kawasan Jurang Hilack .

Selepas itu , dia mendepakan tangannya sebelum dia mempertemukan kedua belah tapak tangannya dengan kuat sehingga menghasilkan letusan tenaga . " Paga . Vivian . Pergi bawa dua orang Manusia ni ke Istana . Yang lain tinggal di sini . Kita akan iringi akan bebasnya Yang Mulia Raja Akham Nessela . Yang Mulia akan kembali ke pangkuan kita . "


" Elok kita semua pergi sekali . Biar Raja dan Puteri bangang tu lihat bakal musuh diorang . " Kata Paga dengan jelas .


" Yang Mulia dah tugaskan korang untuk lindungi dua orang tetamu ni . Saya takkan ubahkannya . " Balas Dyrad dengan tenang dan jelas .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Pergilah kalian semua ke Istana Utama . Kerahkanlah seluruh anggota kalian yang berwibawa untuk bersiap siaga di seluruh kerajaan kita . " Kata Ahmadi dengan jelas dan lantang . " Pertahankan kerajaan kita . Dan perhatikanlah juga seluruh kerajaan kecil yang bernaung di bawah kerajaan kita . "


Semua Pahlawan DiRaja itu melakukan gerakan hormat DiRaja . " Patik sekalian taat pada titahnya Raja Pawana ! "


" Jika kalian terlihat akan anggota pasukan DiRaja beta , ingatlah . Mereka semua telah berada pun di barisan hadapan . " Kata Ahmadi lagi dengan jelas . " Berangkatlah kalian semua . "


Pasukan DiRaja Lagenos milik Permaisuri Fiirapi itu lenyap daripada pandangan mata bersama cahaya elemen yang bergemerlapan .


" Ampun Tuanku . Sembah Patik harap tidak mengundang murka . " Kata Aivira dengan tiba - tiba . " Apakah yang akan tuanku lakukan sekarang ? Apakah kita akan pergi membantu Puteri Pawaka ? "


Ahmadi dengan pantas meramas wajah Aivira . " Aku nak korang semua . Stabilkan Tenaga Elemen korang . Kita pergi tolong Sheila dan rakan - rakan kita yang lain . "

" Die . Ada kemungkinan tak yang Raja Kegelapan itu akan bebas semula ? " Tanya Naera dengan jelas .

Ahmadi mengeluh . " Kemungkinan untuk dia dapat dibebaskan semula tu besar sangat . Sebab . Perempuan seksi yang muncul tadi tu . Memang mampu nak pecahkan Kristal Kalas tu . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Dyrad menggenggamkan kedua belah tapak tangannya dengan kuat selepas dia mempertemukannya .

Tindakannya itu telah menyebabkan semua anggota pasukan musuh yang berusaha untuk membebaskan Akham Nessela melekat dipermukaan dinding Kristal Kalas .

Selepas itu , kesemua tubuh mereka dihiasi dengan jalur cahaya yang pelik .


" Sheila , apa dah jadi ni ? ! " Jerit Ratni yang baru sahaja memukul wajah musuhnya dengan Lembing Elemennya . " Musuh dah melekat kat Kristal Kalas ! "


Vanessa Valarie yang turut terlihat akan keadaan itu tersentak . " Sheila . Diorang hasilkan Letupan Empat Elemen ! "


Sheila Asyikin yang baru sahaja melibas wajah musuhnya terperanjat . " Halang diorang . Diorang nak pecahkan Kristal Kalas tu ! "


Panglima Malein melakukan serangan daripada bahagian atas namun , satu renjatan Elektrik menyerangnya .

Nasib sahaja Stephen Akio Kenzo sempat memintas serangan itu .


Giliran Vanessa Valerie pula melancarkan serangan . Namun , serangan Elemen Airnya tidak memberikan apa - apa kesan .


Adam dan Siti Hawa melibaskan Pedang mereka dan menghasilkan Libasan Pedang Elemen namun , hasilnya tetap sama .


Sheila Asyikin menghasilkan Serangan Helaian Pelepah Burung daripada Elemen Api namun , ia tetap tidak berjaya .


Tidak lama selepas itu , semua anggota musuh yang melekat tadi mengejang . Kaku . Bagaikan mati dengan tiba - tiba .

Wajah mereka berkerut . Mulut mereka ternganga dengan besar . Ada juga sehingga terjegil biji mata .

Jalur cahaya pelik yang terhasil tadi , bersinar dengan terang lalu , satu letupan terhasil .

Satu letupan besar sehingga menyebabkan , Sheila Asyikin dan rakan - rakannya serta semua Pahlawan yang berada di situ terpelanting .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Dyrad tersenyum lebar . " Selamat Kembali . Yang Mulia Raja Kegelapan . "

Kemudian , dia melenyapkan dirinya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Satu Pancaran Kegelapan terpancar disebalik kekeruhan letupan tadi .
Sepasang mata yang berwarna Jingga , Kuning Kemerahan melihat ke arah Sheila Asyikin yang masih dapat bertahan .


Dalam suasana yang menggentingkan itu , Panglima Malein melancarkan serangan namun dia tercampak ke arah sebuah batu .


Vanessa Valarie menghasilan beberapa Ikan Mitos yang unik dan terus melancarkannya ke arah Akham Nessela . Namun , serangannya dapat dipatahkan dengan mudah .


Akham Nessela menghasilkan puing - puing tajam dan melancarkannya ke arah Vanessa Valarie . Serangan itu dapat dipatahkan oleh Siti Hawa dan Ratni yang menyebabkan tiga Srikandi itu tercampak ke belakang .


Adam , Muniandy dan Stephem Akio Kenzo melepaskan Serangan Elemen mereka namun , serangan mereka mudah sahaja dipatahkan olej Akham Nessela .

Mereka bertiga juga turut tercampak ke belakang kerana menahan serangam Akham Nessela


Akham Nessela telah pun bebas . Dia tersenyum melihat ke arah suasana perang yang sedang berlaku .
Dengan pantas , dia berenang ke permukaan .


Dan sepantas itu jugalah , Sheila Asyikin mengejar . Disusuli oleh rakan - rakannya yang lain .

" Malein , kerahkan semua anggota kita untuk bunuh semua musuh yang ada kat sini . Kita tak nak usaha Sheila yang sedang kejar Akham Nessela tu jadi sukar ! " Arah Vanessa Valarie dengan nada yang lantang .

" Takde hal . Kau pergi bantu Sheila . Serahkan urusan kat sini kat aku ! " Balas Panglima Malein . " Aku akan kejar korang kemudian ! "

Vanessa Valarie dengan pantas mengejar Sheila Asyikin dan rakan - rakannya yang lain .


Sheila Asyikin mengejar Akham Nessela dengan sepantas yang dia mampu .

Dia perlu menghubungi Ahmadi dan rakan - rakannya yang lain yang berada di permukaan .

Disambungkannya sekali gelombang minda dia dan semua rakan - rakannya .

" Die . Apa rancangan awak kalau Raja Kegelapan tu dapat dibebaskan ? " Tanya Maera dengan jelas sambil dia dan rakan - rakannya berlari di permukaan laut .

" Aku akan jadikan korang semua sebagai Wakil Pahlawan aku kat dunia kita . Memang itu tujuan asal kenapa aku bawa korang ke sini dan biasakan korang untuk membiasakan diri dengan Teknik - teknik Elemen Warna dan cahaya semasa dalam Sayap Peganiex dulu .Aku dah ada wakil Pahlawan aku kat sini . Aku perlukan korang untuk bantu usaha aku untuk halang Akham Nessela yang nak hancurkan dunia ni dan dunia kita . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Macam biasa . Aku tak paksa korang . Korang masih ada masa untuk undurkan diri . "

" Kalau kitorang nak undurkan diri . Kitorang takkan ada kat sini sekarang bersama dengan awak dan Sheila . " Balas Muniandy dengan tenang . " Jangan risau . Saya dan rakan - rakan kita yang lain akan jadi Pahlawan untuk awak . "

" Saya rasa , dah tiba masanya kita semua galas tanggungjawab ni bersama . " Celah Aivira dengan jelas . " Kita semua ada darah Pahlawan . Jadi , ini mungkin dah takdir perjalanan kita sebagai Pahlawan yang akan meneruskan legasi yang dah ditinggalkan oleh para Pahlawan yang terdahulu . "

Naera tersengih . " Mungkin inilah masanya untuk giliran generasi kita pula yang meneruskan perjuangan diorang tu . "

" Aqilah tak kisah pun . Pasal , Aqilah dah memang jadi Pahlawan Hybrid DiRaja abang . Depan semua yang ada kat sini , Aqilah akan curahkan semua yang Aqilah ada untuk lindungi dua dunia daripada musuh - musuh kita . " Sampuk Aqilah pula .

" Iecah dan Mandy pun sanggup . " Kata Siti Asyah pula .

" Mandy dan Kak Iecha mungkin masih muda tapi , kitorang akan berusaha untuk menjadi Pahlawan untuk abang . " Kata Mandy Chong Wei Tze pula .

Renungan mata Ahmadi menjadi tajam sebaik sahaja mindanya dihubungi oleh Sheila Asyikin .
Bukan dia sahaja , rakan - rakannya yang lain juga turut tersentak .

" Abang , Akham Nessela dah bebas ! Dia bergerak ke permukaan sekarang ! " Kata Sheila Asyikin dengan agak lantang .

" Apa ? ! " Reaksi spontan Ahmadi yang terperanjat mendengar laporan Sheila Asyikin itu .

" Didie ! Tengok kat atas ! " Kata Muninady dengan jelas .

Puluhan Pahlawan Mitos daripada golongan Harpy terbang menuju ke arah satu destinasi .

" Itu Harpy ! Bangsa Mitos ! Diorang dah pakai Pakaian Tempur Akham Nessela ! Diorang dah bersedia untuk menyambut kepulangan Raja diorang ! " Kata Aqilah dengan jelas .

" Die . Kau ada Pahlawan macam tu tak ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas . Nadanya tenang . " Kalau ada , elok kau panggil sekarang . "

" Bangsa Harpy tak semua sukakan aku dan Sheila . Pasal kitorang berdua ni Manusia . Ada yang suka aku dan Sheila tapi belum bersedia untuk jadi Pahlawan untuk aku dan Sheila . Bukan bangsa ni je . Bangsa - bangsa Mitos yang lain pun sama . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Aku tak ada wakil Pahlawan daripada Bangsa ni . "

" Takpe . Saya dan adik saya akan jadi wakil Pahlawan untuk awak . Puak Aexrieca dah memang jadi Pahlawan DiRaja untuk kerajaan ni sejak sekian lama . " Kata Aivira dengan jelas . " Saya dan adik saya takkan sesekali berpaling tadah .

" Die . Awak kena pastikan awak dan yang lain - lain kat atas tu bersedia . Saya yakin , pertempuran akan berlaku kat permukaan . " Kata Stephen Akio Kenzo . " Sambut dia dengan serangan yang dia tak sangka . "

" Hidup lagi anak orang kaya ni . " Celah Maera sambil tersenyum .

" Elok korang tingkatkan Tenaga Dalaman korang . Musuh - musuh kita ni , memang pakar dalam pertempuran . Dan bersedia untuk mati . " Celah Adam dengan tenang .

" Pahlawan Wanita diorang pun boleh tahan lasak . " Sampuk Siti Hawa pula .

" Yang lelaki pula . Korang jangan nak malukan diri korang dengan Pahlawan Wanita diorang . " Pintas Ratni dengan jelas . " Tapi kalau yang Kaki Hendap tu . Memang layak mati kat tangan perempuan . "

" Woi , awak tak boleh ke kalau tak sakitkan hati saya yang sensitif ni ? " Balas spontan Muniandy . " Singa Betina . "

" Saya akan carik - carik badan awak nanti . Awak tunggu je . " Balas Ratni . " Kaki Hendap . Elok awak mati je kat sini . "

Sheila Asyikin mengejar Akham Nessela dengan pantas .
Ketika dia sedang mengejar itu , dia juga terpaksa mengelak serangan - serangan kecil yang dilancarkan oleh Akham Nessela .
Ia seperti sedang mempersendakannya .

" Habis tu , selain daripada pasukan Putih dan Vanessa , siapa lagi pasukan mitos awak kat sini ? " Tanya Muniandy dengan jelas . " Kecuali daripada puak Aivira dan diorang Hose tu . "

" Betul juga . Kalau nak dicernakan oleh akal dan fikiran . Hose dan rakan - rakan dia yang lain tu macam , lain daripada Makhluk Mitos yang kitorang tahu . " Sampuk Maera dengan tenang .


Ahmadi hanya merenung ke depan . Setiap derianya dapat merasakan akan getaran Tenaga Dalaman Akham Nessela . " Tak ada . Selain daripada pasukan Putih dan Vanessa . Aku tak ada Pasukan Mitos lain . Putih dan Ikan Duyung . Itu jelah yang sudi jadi Pahlawan Mitos aku kat sini . "

" Kalau macam tu . Kau ada masalah yang besar . Susah kau nak lawan Raja Kegelapan tu kalau , sekadar nak mengharapkan Pasukan Putih dan Vanessa je . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas dan tenang . " Kau kena cari sebanyak mana Pahlawan Mitos untuk berpihak kepada kita . "

Ahmadi hanya mendiamkan dirinya . Pada hakikatnya . Itulah antara masalah yang senantiasa berada dalam fikirannya dan Sheila Asyikin .

" Iecha rasa . Semua Pahlawan Mitos yang ada dalam kerajaan ni dan kerajaan yang bernaung di bawah kerajaan ni kena duduk semeja . " Kata Siti Aisyah dengan lembut dan tenang .

" Tapi Mandy rasa . Masalah yang lebih besar ialah , untuk yakinkan diorang untuk mempercayai Abang Didie dan Kak Sheila . Tambahan pula , kita dah muncul kat sini untuk bantu Abang Didie dan Kak Sheila . " Celah Mandy Chong Wei Tze dengan lembut dan jelas . " Pasal Abang Didie dah cakap tadi . Tak semua Bangsa Mitos sukakan Abang Didie dan Kak Sheila . "

" Mandy memang bijak . Padan sangat dengan Cermin Mata tu . Apa yang Mandy cakapkan tu betul . Untuk yakinkan Bangsa Mitos untuk percayakan Manusia , memang susah . Jangankan untuk mempercayai Manusia . Puak Hybrid macam akak dan Abang Ai ni pun , terkena tempiasnya . " Sampuk Aqilah dengan jelas .

Ledakkan air laut terhasil sebaik sahaja Akham Nessela muncul dan terus sahaja dia terapung di udara .
Menghirup udara segar yang telah lama meninggalkan ruang paru - parunya .
Didongakkannya kepalanya ke langit dan melihat ke arah kawanan Harpy yang sedang terbang mengelilinginya . Dia tersenyum lebar .
Bunyi suara dan kicauan Harpy yang menakutkan menjadi irama pertama yang menghiburkan hatinya .

Ahmadi dan rakan - rakannya yang dapat melihat kemunculan Akham Nessela dari kejauhan terperanjat .

" Akham Nessela dah bebas . " Kata Aqilah dengan nada yang agak jelas nada kerisauannya .

Akham Nessela semakin tersenyum melihat akan kehadiran Ahmadi di situ .

Dia dengan perlahan , menghasilkan sepasang sayap yang berwarna Hitam pada kedua belikatnya .
Sepasang sayap yang amat besar dan menakutkan .


" Apa pun yang terjadi . Jangan ikut campur dalam pertarungan ni . " Kata Ahmadi dengan jelas dan tegas . " Aku nak korang bersedia untuk bertempur . Gunakan segala kekuatan yang korang ada . "
Selesai sahaja dia menyudahkan kata - katanya , satu jalur cahaya terpancar pada belakang baju tempurnya .
Kemudian , dia lenyap daripada pandangan semua rakannya .


Akham Nessela menyambut serangan Ahmadi yang keras .

Ahmadi muncul bersama dengan sepasang sayap berwarna Biru dan Putih berjalur Merah dan Perak .
Dia dan Akham Nessela saling merenung dan bersedia .

" Dia ada sayap ke ? " Tanya Maera dengan jelas . Dia dan rakan - rakannya terhenti sebaik sahaja melihat akan serangan Ahmadi sebentar tadi . " Takkan dia Hybrid juga kot . "

" Bukanlah . " Balas Siti Nursamawi dengan jelas . " Itu teknik terkuat kitorang . Aku dan Sheila pun ada teknik tu . Cuma , aku tak boleh gunakan lagi teknik tu sebab . Aku masih tak ada Jalur Cahaya yang diperlukan untuk gunakan teknik tu . "

Sheila Asyikin dan rakan - rakannya yang lain muncul dipermukaan laut . Bersama dengan Vanessa Valerie yang telah pun menjelmakan kakinya .

Siti Nursamawi yang perasan akan kemunculan Sheila Asyikin itu dengan segera mengajak kesemua rakannya untuk berkumpul dengan Sheila Asyikin .

" Sheila . " Kata Siti Nursamawi sebaik sahaja dia muncul . " Apa kita nak buat sekarang ? Raja Kegelapan tu dah bebas . "

" Tunggu arahan abang . " Balas Sheila Asyikin sambil menggenggam tangan Siti Nursamawi .

" Apa yang patut kita lakukan sekarang . Kita kena bersedia . " Kata Vanessa Valarie dengan lembut tanpa menggerakkan sedikit pun bibirnya .

Muniandy melagakan penumbuknya dengan Adam dan Stephen Akio Kenzo . " Korang berdua tak apa - apa ke ? "

" Takde hallah . " Balas Adam dengan pendek .

Tiba - tiba , Dyrad muncul dipermukaan laut dengan senyumannya yang seksi dan menggoda .

" Betina ni lagi ! " Kata Siti Nursamawi dengan geram . "

Ahmadi yang sedang bertarung dengan Akham Nessela perasan akan kehadiran Dyrad . " In . Siti . Tewaskan Dyrad .

Tanpa berlengah , Sheila Asyikin dengan pantas berlari ke arah Dyrad bersama dengan sepasang sayapnya yang cantik dan indah .
Disusuli dengan Siti Nursamawi yang mengejarnya daripada belakang .

Kemudian , puluhan makhluk muncul dari permukaan laut .

Panglima Malein keluar ke permukaan laut dan terus sahaja terus bersedia .Dia menggunakan teknik yang sama dengan Vanessa Valerie .

" Aku disambut dengan baik . " Kata Panglima Malein sambil tersenyum .

" Apa boleh buat . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas lalu tertawa kecil . " Tapi . Awak datang ni memang tepat pada masanya juga . "

" Korang hapuskan semua makhluk hodoh tu . " Kata Ahmadi memberikan arahannya sambil saling berbalas serangan dengan Akham Nessela .

Dan dengan tanpa ada sebarang bantahan , semua rakan Ahmadi belari dengan pantas untuk menumpaskan musuh - musuh mereka yang tidak memiliki sebarang perasaan .

Akham Nessela telah muncul . Apakah terbebasnya Raja Kegelapan itu , sebagai petanda bahawa , Dunia Manusia akan menghadapi kehancuran ?
Apa pula maknanya jemputan khas yang diberikan kepada dua orang Manusia yang dijemput sendiri oleh Akham Nessela ? "

Apa pula ertinya dengan kewujudan Pasukan Sayap Merah dan Biru yang akan diketuai oleh Nurzahirah dan Nurzaharah ?

Bunyi lagaan Pedang Kejora Ahmadi dan Pedang Tangisan Derita Akham Nessela kedengaran di udara .
Sebagai penanda bermulanya episod penderitaan antara dua dunia .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience