Rate

BAB 10 ANCAMAN

Fantasy Series 3820

" Mari kita ke Pasela . " Ajak Siti Khumairah sambil memegang senjatanya dengan kemas . " Kita akan mulakan selongkar minda diorang sebaik sahaja kita tiba kat sana . "

Sebaik sahaja Siti Khumairah menghabiskan ayatnya , kehadiran Siti Nursamawi , Adam dan Siti Hawa di tempat itu memeranjatkan mereka .

Anggota Pasela yang berelemenkan Psikik yang memanipulasi kawasan itu telah menyebabkan Siti Nursamawi , Adam dan Siti Hawa tidak dapat melihat akan kehadiran sesiapa pun di kawasan itu .

" Aku dapat kesan tenaga Didie dan Sheila kat sini . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas . " Tenaga kakak aku pun ada kat sini . "

" Bukan tenaga diorang je yang ada kat sini . " Celah Siti Hawa dengan agak perlahan . " Tenaga mereka yang lain pun ada kat sini . "

Ahmadi dengan segera menjelmakan Mutiara Earchari dan terus memecahkannya . Tenaga Alam Semula Jadi dengan segera melindungi tenaga mereka semua .

" Tenaga diorang dah hilang . " Kata Siti Nursamawi dengan agak hairan . " Apa dah berlaku sebenarnya . "

Stephen Akio Kenzo mengarahkan mereka semua pergi dari situ dengan menggunakan isyarat tangan .

Dengan kepantasan yang luar biasa , anggota Sayap Peganiex dan anggota Pasela melenyapkan diri mereka dan muncul semula di kawasan tempat mereka mula - mula bertemu tadi .

Siti Nursamawi mengunci senjatanya lalu memandang ke depan . Matanya memancarkan satu perasaan yang sulit untuk diluahkannya . Dia mengeluh lalu berjalan ke luar dan dieekori oleh Adam dan Siti Hawa yang sedang dibelenggu perasaan kehairanan .

***********************************************************************

Sosok Lembaga Mitos yang dari tadi mengintai akan pertarungan Sayap Peganiex mula berganjak dari tempatnya . Dia perlu segera melaporkan apa yang telah dilihatnya hari ini . Setelah sekian lama dia berhempas pulas , dia tersenyum lebar kerana segala penat lelahnya terbalas dengan sesuatu yang amat berguna .
Lembaga Mitos itu berpaling ke belakang dan terus mencari pembantunya . Juga merupakan rakan baiknya . Dia bergerak dengan terburu - buru kerana ingin segera pulang ke dunianya . Ke Dunia Mitos .
Alangkah terperanjatnya Lembaga Mitos itu . Sebaik sahaja dia menyelak sehelai Daun Keladi Hutan yang amat besar , dia terlihat akan rakannya terbaring di atas tanah dalam keadaan yang menggeletar kesejukkan . Dia dengan segera menghampiri rakannya dan ingin memangku kepala rakannya namun , dia tidak dapat berbuat begitu kerana tubuh rakannya yang amat sejuk .

" Nasib kawan kau tak baik sangat . " Kata Ahmadi yang duduk bertinggung di atas dahan sebatang pokok . " Dia terjumpa aku kat sini dan , macam yang kau lihat sekarang . Dia dah jadi macam Ayam kena hujan . "

Lembaga Mitos itu tersentak sebaik sahaja melihat Ahmadi lalu dia dengan segera berundur sedikit ke belakang .

" Kalau nak diikutkan dari unsur - unsur yang ada dalam udara yang ada kat sekeliling kita ni . " Kata Ahmadi lalu dia melompat ke tanah sambil membukakan Pintu Tenaganya . Dia telah melenyapkan Uniform Sayap Peganiexnya . Dia hanya memakai T-Shirt , Jeans Hitam dan hanya bersneakers . " Korang macam dah lama ada kat sini dan , melihat pertarungan tadi . "

" Manusia bangsat ! " Cela Houx dengan geram . " Kau takkan dapat pulang ke sana ! "

Ahmadi tertawa kecil . " Banyak yang nak aku pulang ke sana . "

" Dunia tu milik kitorang ! Kau dan kawan api kau tu takkan dapat ambilnya dari kitorang ! " Balas Houx dengan amarah yang terus sahaja meletus . Dia meludah ke tanah . " Jangan fikir yang korang dapat meracuni fikiran kitorang dengan kebaikkan korang tu ! "

Ahmadi menggaru kepalanya . " Bila pula yang kitorang ambil Dunia korang tu ? "

" Hoi bangsat ! " Jerkah Houx dengan berang . " Kau fikir kitorang tak tahu ! Korang datang ke dunia kitorang sebab nak rampas dunia kitorang ! Korang sengaja muncul dan mencipta satu alasan untuk menjadi batu asas korang untuk menjelajah dunia kitorang ! "

" Jangan nak merepeklah Houx . " Balas Ahmadi dengan jelas . Renungan matanya berubah sedikit .

" Dasar makhluk yang tamak ! Tak cukup dengan dunia korang , korang nak curi pula dunia kitorang ! " Tengking Houx dengan geram yang tidak tertahankan lagi . " Korang memang makhluk yang tak tahu erti cukup ! Demi nak puaskan nafsu korang , korang sanggup curi dunia kitorang ! "

" Dah lebih sangat kau menyalak tu . " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Nampak sangat kau tak tahu apa - apa . Apa yang kau cakapkan tadi tu , jelas sangat yang kau cuma dengar dari khabar angin yang dah lama . Dah basi pun . "

" Kau jangan nak berdalihlah ! " Teriak Houx dengan lantang dan garang . " Korang memang makhluk yang suka memberikan alasan ! "

" Boleh tak kalau kau berhenti salahkan Manusia . " Balas Ahmadi dengan nada yang mula memberikan amaran .

" Kenapa ? " Kau dah panas ke ? " Tanya Houx . " Kalau kau dah panas eloklah . Sebab , aku akan bawa pulang kepala kau . "

Ahmadi menggaru kepalanya . " Boleh tak kau beritahu aku dulu kenapa korang ada kat sini ? "

" Itu kau kena pancung aku dulu . " Balas Houx lalu menjelmakan Topeng Tempur dan senjatanya . Lightning Gunblade .

Ahmadi hanya tersenyum lalu menjelmakan satu corak abstrak di atas tanah yang menyinari tubuh rakan Houx yang masih lagi menggigil kesejukkan . " Aku nak bawa korang berdua sekali . "

" Kau boleh cuba . " Balas Houx . " Manusia celaka . "

Houx yang merupakan Pahlawan Gunslinger mengacukan Gunbladenya ke arah Ahmadi lalu melepaskan tembakkan Tenaga Elemennya . Petir yang berwarna Ungu .

Ahmadi terpaksa mengelak dengan pantas kerana dia masih lagi tidak membukakan Pintu Tenaganya dengan sepenuhnya kerana dia tidak mahu Sheila Asyikin dan individu - individu yang sepertinya dapat mengesan pertarungan itu .

***********************************************************************

Putih dan rakan - rakannya telah tiba di atas sebuah bukit . Mereka mengamati sekumpulan kecil yang sedang mengawasi Pintu Masuk ke Dunia Mitos .

" Diorang buat apa kat sini ? " Tanya Kucina . " Kawasan nikan terletak kat kawasan jajahan Sempadan Bebas . Tak ada satu Kerajaan pun yang berhak ke atas kawasan ni . Terutama pintu tu . "

" Piagam Tujuh Makhluk Mitos dah bersetuju untuk memberikan tanggungjawab untuk menjaga kawasan ni kepada puak saya . Tapi , puak saya memberikan tanggungjawab tu kepada Baginda Permaisuri . Baginda yang bertanggungjawab ke atas kawasan ni . " Kata Putih dengan jelas nadanya . " Saya pertaruhkan nyawa saya . Baginda Permaisuri takkan buat sesuatu yang akan mengancam dunia kita . "

" Jadi maksud awak . " Celah Merowran . " Ada seseorang dari kalangan kita yang dah bertaling tadah . "

" Putih memang betul . " Sampuk Damgo . " Tengok kat sana . "

Putih dan rakan - rakannya yang lain melihat ke arah yang dimaksudkan oleh Damgo .

Sekumpulan kecil Pahlawan Mitos yang mereka kenal , yang merupakan rakan mereka , sedang bergelak ketawa bersama pahlawan - pahlawan mitos yang mereka tidak kenali . Para Pahlawan daripada Kerajaan sekutu mereka dan Para Pahlawan dari kerajaan yang telah lenyap satu ketika dulu .

" Gembira diorang tu . " Kata Witchie .

" Mari kita sapa diorang . " Ajak Yasha . " Untung - untung dapat lepaskan dahaga . Kalau nasib kurang baik , memang berdarahlah kawasan ni . "

***********************************************************************

Pertarungan di antara Ahmadi dan Houx berlaku dengan sengit . Ahmadi yang masih lagi tidak mahu menggunakan terlalu banyak tekniknya terpaksa mengelak serangan Houx yang bertali arus .

" Mana senjata kau ?! " Jerit Houx lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah Ahmadi . " Manusia pengecut ! "

Tidak menghiraukan apa yang diucapkan oleh Houx , Ahmadi dengan pantas menendang perut Houx . Ketika melihat Houx terhuyung - hayang , dia dengan pantas menggenggam senjata kiri Houx dan terus membekukannya . Tidak cukup dengan itu , senjata kiri Houx tadi dengan pantas bertukar menjadi debuan Salji .
Masih lagi tidak berpuas hati , Ahmadi menghadiakan penumbuknya ke dagu Houx . Ketika Houx berada di udara , dia menghadiahkan satu sepakan kencang ke tubuh Houx menyebabkan Houx terpelanting ke sebatang pokok .

Senjata kanan Houx tercampak ke tanah .

Houx berdiri dengan berselangkan batuk yang kencang .

Ahmadi berjalan ke arah senjata Houx tadi dan terus memusnahkannya . Menjadi debuan Salji . " Baru adil . "

Houx berang dengan sindiran Ahmadi lalu meluru ke arah Ahmadi dengan pantas .

***********************************************************************

Seorang Permaisuri di sebuah kerajaan sedang digigit kegusaran . Jauh dilubuk hatinya , dia tahu , insan yang disayanginya dengan sepenuh hatinya sedang ditimpa musibah . Dia berjalan dengan pantas menuju ke sebuah bilik yang menempatkan sebuah cermin pusaka milik keluarganya . Cermin Gaia .
Permaisuri itu memasukkan Tenaga Psikiknya yang berlembayung jernih ke Cermin Gaia . Tidak lama kemudian , jelas di matanya , dia melihat satu pertarungan yang tidak sama sekali dijangkakannya .

***********************************************************************

Di sebuah bilik di Ibu Pejabat Pasela , kelihatan Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea sedang menyelongkar Minda suspek penculikkan Nurzahirah .

Siti Nurjannah mengeluh . " Minda diorang dah dikunci . "

" Maksud Cik Janne ? " Tanya Naera dengan jelas .

" Minda diorang ni semua telah dikunci untuk menghalang sesiapun untuk mencari maklumat melalui minda mereka . " Jawab Siti Khumairah . " Kitorang tak pernah jumpa dengan Kunci Psikik yang abstrak macam ni . "

" Susah ke nak buka kunci tu ? " Tanya Muniandy .

" Macam nak cari gula dalam garam . " Jawab Hagia Sofea .

" Jadi , diorang ni just sedap tidur jelah . " Sampul Naera dengan jelas dan bertongkat dagu .

Stephen Akio Kenzo menghampiri salah seorang daripada suspek dan terus menamparnya .

" Awak dah kenapa ? ! " Tanya Hagia Sofea kerana terperanjat dengan kelakuan Stephen Akio Kenzo .

" Saya cemburu diorang ni dapat tidur dengan lena . " Jawab Stephen Akio Kenzo berterus - terang . " Semalam saya tengok bola live sampai empat pagi . Sampai sekarang tak tidur lagi . "

" Bukan bola tu habis pukul 2.30 ke ? " Tanya Aivira dengan pantas dan jelas . " Awak buat apa lepas tu ? "

" Saya main game . Saya tak dapat nak tidur pasal minum kopi banyak sangat . " Jawab Stephen Akio Kenzo lalu sekali lagi ditamparnya suspek tersebut .

Siti Nurjannah mengacukan Pistolnya ke arah Stephen Akio Kenzo . Wajahnya kelihatan garang .

" Awak semua boleh ke lepaskan tembakan tanpa ada sebab yang kukuh ? " Tanya Maera dengan perlahan . " Bukan peluru tu macam nyawa awak semua juga ke ? "

Siti Nurjannah melepaskan tiga das tembakkan ke arah kaki Stephen Akio Kenzo menyebabkan Stephen Akio Kenzo terlompat - lompat .

Stephen Akio Kenzo dengan segera duduk di sebelah Maera lalu memukul belakang kepala Maera . " Lain kali janganlah tanya benda yang tak masuk akal . "

" Tanya apa ? " Tanya Maera .

" Apa awak fikirkan ? " Tanya Hagia Sofea kepada Sheila Asyikin yang sejak tadi berdiam diri . " Awak ada apa - apa cadangan tak ? "

" Cik semua boleh tak visualkan corak kunci tu ? " Tanya Sheila Asyikin . " Saya nak tengok . "

Siti Nurjannah meletakkan tangan kanannya di atas dahi ketua suspek mereka dan kemudian dia mengangkatkan tangan kirinya . Tidak lama selepas itu , satu corak abstrak Kunci Psikik terpancar daripada tapak tangan kirinya .

Sheila Asyikin meneliti corak abstrak Kunci Psikik tersebut dan tidak lama kemudian , dia menganggukkan kepalanya dan mengarahkan Siti Nurjannah melenyapkannya semula .

" Pernah dengar pasal Kunci Psikik Scrolum ? " Tanya Sheila Asyikin dengan jelas dan tenang .

" Pernah . " Jawab Hagia Sofea dengan jelas . " Kunci Psikik Scrolum tu cuma mitos dan lagenda . Kunci Psikik yang menakutkan . Tapi kitorang kat sini tak berminat nak berurusan dengan cerita sebelum nak tidur malam . "

" Kitorang tak berurusan dengan benda Mitos atau pun sesuatu yang berasalkan daripada cerita - cerita Lagenda . " Sampuk Siti Nurjannah .

" Terpulang . " Balas Sheila Asyikin . " Kunci Psikik Scrolum . Satu teknik yang mengunci minda seseorang . Ia seperti Bom Elemen . Bertindak balas dengan Tenaga Elemen yang cuba meleraikan kunci tu . Silap langkah , kepala minda yang dikunci akan meletup . Kalau tak percaya cakap saya , trylah buka . "

" Kunci Psikik Scrolum memiliki sembilan cara dan teknik yang berlainan . " Sampuk Siti Khumairah . " Mana awak tahu Kunci Psikik yang mengunci Minda suspek kita ni salah satu daripada Teknik Kunci Psikik Scrolum tu ? "

" Saya ada pengetahuan yang lebih sikit pasal ni . " Jawab Sheila Asyikin dengan jelas .

" Habis tu ? " Tanya muniandy yang duduk di atas meja . " Macam mana kita nak korek maklumat dari diorang ? Saya tak suka sangat nak bersoal jawab dengan suspek - suspek ni . "

***********************************************************************

Ahmadi terpelanting ke sebatang pokok yang besar . Pada wajahnya jelas kelihatan calar dan balar . Sedikit darah mengalir daripada pipinya . Wajahnya sedikit berkerut kerana sendi - sendinya mula terasa sakit akibat arus elektrik yang hinggap ke tubuhnya akibat daripada serangan yang dilancarkan oleh Houx .
Dia perlu mencari jalan untuk 'pindahkan' pertarungan ini ke Dunia Mitos . Dia tidak boleh mengeluarkan Tenaganya atau pun menggunakan teknik - tekniknya kerana , di Dunia Manusia , golongan yang sepertinya dianggap Freak . Golongan yang ditakuti dan perlu dijauhi . Dia tidak mahu memburukkan lagi sentimen itu . Dia perlu mencari jalan dalam kadar yang segera .

Houx tertawa besar . " Macam ni kau nak lawan kitorang ? ! Keluarkan tenaga kau dan lawan aku sekarang ! "

Houx melancarkan Bebola Elektriknya ke arah Ahmadi dan Ahmadi hanya sekadar mengelak dan menepis serangan itu .

Ahmadi melenyapkan dirinya dan terus menendang dagu Houx menyebabkan Houx terpelanting ke udara . Ketika Houx masih lagi berada di udara , dia dengan pantas menyerang Houx dengan beberapa tendangan dan tumbukkan yang padu .

Beberapa batang pokok tumbang akibat hentaman Houx kerana serangan pantas yang dilancarkan oleh Ahmadi .

Ahmadi terlutut ke tanah kerana tubuhnya semakin sakit . Peluhnya mencurah keluar .

Houx berdiri dengan perlahan - lahan . Dia mengerang kesakitan sambil memegang perutnya lalu dia terlutut ke tanah . Topeng Tempurnya retak akibat tumbukan Ahmadi tadi .

Houx tertawa kecil . " Aku dah ingat . Aku tahu kenapa kau tak guna teknik dan tak keluarkan tenaga kau . "

Ahmadi hanya memandang Houx . Dahinya berkerut .

" Manusia macam kau , dipinggirkan dan dipulaukan oleh Manusia yang normal . " Kata Houx dengan jelas . " Aku tak sangka , kau dan kawan api kau tu dipulaukan oleh bangsa kau sendiri . "

Houx berdiri lalu tertawa .

" Diorang cuma tak faham . " Balas Ahmadi dengan nafasnya yang sedikit termengah - mengah . " Diorang cuma tak tahu pasal anugerah yang istimewa ni . "

" Kenapa kau tak nak terima yang manusia macam kau ni dipinggirkan hah ?! " Tengking Houx . " Korang tu ditakuti oleh bangsa korang sendiri ! Korang dipulau oleh Manusia sendiri ! "

" Aku dah cakap diorang cuma tak faham ! " Balas Ahmadi lalu ditumbuknya wajah Houx dan satu tendangan mencumbu kepala Houx menyebabkan Houx terpelanting ke arah sebatang pohon .

Houx berdiri . Dia tersenyum dan tergelak kecil . Gelak yang bersulamkan seribu kesakitan . " Aku akan jadikan pertarungan ni lebih menarik lagi . "

Ahmadi mengerutkan dahinya . " Kau jangan nak buat hal kat sini Houx ! "

Houx hanya tertawa lalu dia melompat tinggi ke udara dan menuju ke arah pantai .

Ahmadi berlari dengan pantas untuk mengejar Houx . Dia tidak mahu sesuatu yang sedang bermain di fikirannya akan berlaku .

" Manusia memang kejam ! " Jerit Houx dengan lantang sambil tersenyum . " Korang pulaukan bangsa sendiri ! "

" Aku pecahkan kepala kau kalau kau berani nak buat kacau kat sini ! " Balas Ahmadi .

" Patutlah korang nak sangat dunia kitorang tu . Hanya kat sana je yang dapat terima korang ! " Teriak Houx lalu tertawa besar .

" Kau jangan cakap ikut sedap mulut kau je ! " Kata Ahmadi dengan lantang . " Kau tak faham dunia kat sini ! "

" Kau ingat aku kisah ke ?! " Tanya Houx lalu dia berlari dengan pantas di atas air menuju ke tengah laut . Dia mengeluarkan tenaganya dengan semaksima yang mampu .

Langit yang cerah dengan segera bertukar menjadi gelap . Mendung yang bersulaman petir dan guruh. Kilat sabung - menyabung . Mengeluarkan suaranya yang memekakkan telinga .

Beberapa batang pokok yang tegak berdiri di belakang Ahmadi tercarik dan terkoyak seperti kapas yang dikoyak akibat panahan petir .

" Tak guna ! " Desis hati Ahmadi .

Dalam keadaan yang genting itu , Ahmadi yang sedang berusaha untuk berfikir untuk menghalang tindakan Houx dihubungi oleh Vanessa Valarie melalui perhubungan minda ke minda .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience