Rate

BAB 26 KEBENARAN DI SEBALIK KERAGUAN

Fantasy Series 3820

Cahaya Matahari agak menyengat . Kedudukannya yang berada di tengah kepala terasa begitu memeritkan .
Sang burung juga lebih selesa berselindung di balik pokok untuk menyejukkan badannya.

Di sebalik kepanasan itu , kelihatan Aivira sedang menulis sesuatu pada skrin cahaya sambil diperhatikan oleh Stephen Akio Kenzo . Mereka berdua berada di dalam bilik bawah tanah yang canggih .

Stephen Akio Kenzo memerhatikan skrin cahaya yang memaparkan satu corak yang terlalu komples namun jelas kesenian ukirannya .

" Kenapa awak tengok corak tu ? " Tanya Aivira yang masih lagi menulis sesuatu . " Tertarik ke ? "

" Saya perasan yang corak tu , hampir sama dengan corak yang Didie dan Sheila selalu hasilkan kalau diorang nak panggil Putih dan Paquine . " Jawab Stephen Akio Kenzo dengan jelas .

Stephen Akio Kenzo berdiri lalu berpeluk tubuh . Diamatinya dengan penuh teliti akan corak yang indah itu . " Apa yang awak tahu pasal corak ni ? "

" Corak tu sebenarnya satu corak yang hanya dimiliki oleh seorang Ketua . Lebih tepat lagi , corak seseorang yang berpengaruh . " Jawab Aivira dengan jelas . " Corak yang awak tengok sekarang ni , didakwa dimiliki oleh seorang pahlawan yang gagah dalam Dunia Mitos . Cuma ada satu ni je . "

" Kalau ada satu ni je , mana awak dapat ukiran corak ni ? " Tanya Stephen Akio Kenzo lalu dipandangnya Aivira .

" Saya curi . " Jawab Aivira . Ringkas sahaja namun sudah cukup untuk membuatkan Stephen Akio Kenzo tersentak .

" Kalau nak diperhatikan corak ni , memang tak sama dengan corak yang dihasilkan oleh Sheila dan Didie tapi , ada ciri - ciri yang boleh dipadankan dengan corak diorang berdua tu . Bezanya , corak ni walaupun nampak abstrak tapi tak seabstrak milik diorang . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas .

" Macam mana awak boleh perhatikan dengan begitu teliti corak diorang berdua tu ? " Tanya Aivira dengan tenang . " Sedangkan , corak diorang tu muncul sekejap je . Tak sampai tujuh saat pun . "

Stephen Akio Kenzo memandang ke arah Aivira yang masih lagi sedang menulis sesuatu .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Naera duduk dihalaman rumahnya sambil cuba berfikir mengenai pokok - pokok bunga yang ditanamnya .
Pokok - pokok bunganya tidak lagi ingin melayan perbualannya . Malah , bersikap dingin . Bukan sahaja Pokok Bunga yang besar malah , Pokok Bunga yang belum kembang lagi bunganya pun hanya acuh tidak acuh sahaja melayannya .
Keadaan itu sedikit sebanyak telah mengganggu fikirannya . Dia mengeluh . Ketika dia sedang asyik melayani perasaannya itu , dia sedikit terperanjat kerana , seseorang memegang kepalanya dengan lembut .

" Abang ni , buat Aera terkejut je . " Kata Naera dengan lembut namun , reaksi wajah kesedihannya tidak dapat diselindungkannya .

" Apa hal ? " Tanya Maera dengan lembut lalu duduk di hadapan Naera . " Sedih je . Putus cinta ke ? "

" Banyaklah abang punya putus cinta . " Balas Naera dengan jelas . " Ni ha , pokok - pokok ni . Semua macam dah tak nak berbual ngan Aera . Apa kena pun tak tahulah . "

Maera mengeluh lalu menyapu batang tengkuknya . " Abang pun tak tahulah . Dari hari tu lagi . Semua pokok ni macam merajuk . "

" Pasal tulah Aera sedih ni . " Kata Naera lagi lalu dia melihat ke arah Pokok Bunga Keembong miliknya . " Bunga Keembong ni pun dah tak nak borak ngan Aera dah . Selalunya tak macam ni . "

" Bukan bunga tu je . " Balas Maera lalu melihat ke arah pasu bunganya yang agak menarik yang menempatkan Pokok Semalu yang lebat dan sihat . " Daun Pokok Semalu ni tak terbuka . Tak pernah pokok ni macam ni . Abang ajak berbual pun , macam tak nak layan abang langsung . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Saya selalu tunggu diorang hasilkan corak tu , pantang je ada kesempatan , saya mesti perhatikan . " Jawab Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Lepas kejadian dua minggu lalu tu , saya tahu , awak akan kaji perkara ni . Awak pun sayangkan persahabatan ni . Pasal tu saya datang jumpa awak . "

" Apa yang ada ? " Tanya Aivira lalu dia memandang ke arah Stephen Akio Kenzo . " Saya tahu , awak datang ke sini bukan dengan tangan kosong . "

Stephen Akio Kenzo mengeluarkan satu alat daripada poket seluarnya dan memasang alat itu pada alat yang memaparkan imej corak yang menjadi perbualan mereka .
Tidak lama selepas itu , dua lagi imej yang hampir sama dengan imej pertama terpapar .

" Dua imej ni , adalah corak yang dihasilkan oleh Didie dan Sheila . Ada lebih 77 imej saya tangkap tapi , dua imej ni je yang paling baik . Yang selebihnya , semuanya rosak . " Kata Stephen Akio Kenzo . " Corak yang diorang hasilkan ni , macam mengeluarkan gelombang yang boleh menganggu fungsi barang Elektronik yang saya cipta . "

Aivira memerhatikan corak itu . " Awak boleh nampak dengan jelas . Corak Didie dan Sheila ni , cuma dibezakan dengan Warna dan Cahaya Elemen diorang je . "

Stephen Akio Kenzo hanya tersengih lalu tertawa kecil . "Macamlah awak tak tahu diorang tu macam mana . "

Aivira tersenyum lebar lalu menganggukkan kepalanya . " Corak diorang berdua ni , kalau nak dibandingkan dengan corak daripada imej yang pertama tu , corak milik diorang berdua , lebih halus dan lagi abstrak . "

" Kalau dari pembacaan dan kajian awak selama ni ... " Kata Stephen Akio Kenzo lalu dia duduk di atas meja sambil berpeluk tubuh " ... apa maksud dia ? "

Belum sempat Aivira hendak menjawab pertanyaan Stephen Akio Kenzo , emak Aivira , Puan Finura memasuki bilik yang menjadi tempat perbincangan mereka berdua sambil membawa Jus .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Siti Hawa duduk di atas Sofa sambil memeluk Patung Beruangnya yang berwarna Merah Jambu . Matanya layu memandang ke depan . Fikirannya kosong . Reaksi wajahnya muram . Kesedihan memijak perasaannya .
Tanpa terkawal olehnya , air matanya tumpah ke pipinya lalu , dia cepat - cepat menyapu air matanya .

Di dalam rumah yang sama , Ratni sedang duduk di ruang dapur . Air Bandung yang dibuatnya hanya menjadi perhiasan di hadapannya . Hanya terbiar terhidang.
Tiba - tiba dia terdengar bunyi pintu bilik di tutup .
Dia mengeluh lalu dia menundukkan kepalanya sebelum dia meletakkan dahinya di atas lengannya yang disangkutkannya di atas meja .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kelihatan Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi sedang berbincang sesuatu di dalam pejabat Siti Khumairah .
Turut berada di situ ialah Siti Nurjannah dah Hagia Sofea .

" Betul ke korang ni ok ? " Tanya Hagia Sofea dengan lembut . " Akak bukan nak campur tangan dalam masalah persahabatan korang tapi , korang boleh ke lakukan siasatan ni dengan hanya korang bertiga? "

" Mestilah boleh . " Jawab Siti Nursamawi lalu tersenyum ." Dulu masa belum kenal dengan diorang semua pun , memang kitorang bertiga je kan . Jadi , tak ada beza antara dulu dan sekarang . "

" Aku rindukan kau yang sekarang ni . " Kata Ahmadi lalu diberikannya Flying Kiss kepada Siti Nursamawi dan Siti Nursamawi pula terus menangkap Flying Kiss Ahmadi dengan bibirnya yang mongel berisi . " Hati aku dan Sheila yang bercakap tapi kau pula yang bersuara . "

" Pasal tulah , kita bertiga tak boleh berpisah . Kita mesti sentiasa bersama . " Kata Sheila Asyikin pula dengan manja dan tersenyum lalu memeluk Siti Nursamawi dengan erat dan Siti Nursamawi juga memeluk tubuh Sheila Asyikin dengan kuat .

" Sekali lagi akak nampak Siti muncungkan bibir macam tu , akak pijak mulut Siti ! " Jerkah Siti Nurjannah dengan nada geramnya . " Dah gatal sangat ke ? Kalau dah kemaruk sangat , akak cakap kat ayah , bulan depan korang kahwin ! "

" Siti bini nombor dua . Sheila bini nombor satu . Kitorang dan setuju dah nak bermadu . " Balas Siti Nursamawi lalu dia tertawa berdekah - dekah bersama dengan Sheila Asyikin .

" Tapi kenapa nak kena tunggu sampai bulan depan ? " Tanya Sheila Asyikin dengan manja sambil tersenyum . " Minggu depanlah . Cepat sikit . Tak payah nak tunggu - tunggu . "

" Kenapalah adik - adik saya ni . " Kata Siti Nurjannah .

Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi mengenyitkan mata mereka kepada Ahmadi sambil tersenyum manja .

Ahmadi bangun dan terus menarik kerusinya dan duduk di tepi Siti Khumairah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Puan Finura hanya tersengih memandang ke arah Aivira dan Stephen Akio Kenzo . Dia meletakkan Jus yang dibawanya tadi di atas meja lalu mengelap tangannya pada apron yang dipakainya .

" Korang kaji benda macam tu ? " Tanya Puan Finura dengan lembut .

" Benda apa yang mak maksudkan ni ? " Tanya Aivira . Cuba berdalih .

" Benda Mitos dan Leganda . " Jawab Puan Finura dengan jelas lalu rersenyum .

Stephen Akio Kenzo saling berpandangan dengan Aivira .

" Mak tahu ke siapa pemilik corak yang pertama ni ? " Tanya Aivira dengan nada yang sedikit diselimuti keraguan .

Puan Finura tersenyum . " Pemilik corak tu bernama Jeneral Nurrashi . Seorang Pahlawan kat Dunia Mitos . Dia seorang yang amat digeruni oleh pihak lawan . Berpengaruh dikalangan para Pahlawan dalam satu Kerajaan yang dikenali sebagai Kerajaan Lagenos . Selepas dia terkorban , selama berdekad lamanya , tak ada satu pun yang dapat menggantikan tempatnya . "

Sekali lagi Stephen Akio Kenzo berpandangan dengan Aivira .

" Corak tu berfungsi sebagai arahan daripada Raja kepada ketua yang berwibawa . Ingkar kepada corak tu bermakna ingkar kepada titah Raja dan boleh dijatuhkan hukuman yang berat . Ia terhasil secara semula jadi melalui latihan atau pertarungan yang telah membuka pintu tenaga yang kesembilan dalam diri seseorang itu . Tanda tu hanya diberi kepada Pahlawan yang dipercayai . Sahaja . " Kata Puan Finura lagi dengan jelas . " Tapi , siapa - siapa pun , boleh je kalau nak hasilkan corak macam tu yang penting , ke semua Pintu Tenaga tu dah terbuka . "

" Apa maksud mak dengan ayat pintu tenaga yang kesembilan tu ? " Tanya Aivira .

" Semua Pintu Tenaga telah terbuka . " Jawab Puan Finura . " Jika semua Pintu Tenaga dah terbuka , tak ada masalah kalau nak hasilkan satu serangan yang berskala besar . Lebih - lebih lagi teknik yang mampu untuk memanipulasi elemen pada sekeliling . "

" Corak ni , ada maksud ke ? " Tanya Stephen Akio Kenzo .

" Mestilah ada . " Jawab Puan Finura lalu matanya menjamah corak yang menjadi topik perbualan mereka . " Selain daripada berfungsi sebagai arahan , corak tu sebenarnya identiti seseorang pengguna Elemen Warna dan Cahaya itu sendiri . "

Aivira duduk di atas meja lalu mengeluh dan selepas itu , dipandangnya Stephen Akio Kenzo yang juga memandangnya .

" Korang ni , nak mengkaji benda ni tapi , maklumat tak cukup . " Kata Puan Finura dengan jelas . " Corak tu akan berubah - ubah mengikut arahan - arahan yang tertentu . "

" Contohnya ? " Tanya Aivira .

" Arahan untuk bersedia , untuk menyiasat , berperang , berkumpul . Macam - macamlah . Tapi , corak ni , memerlukan pengawalan minda yang tenang . " Jawab Puan Finura .

" Mak nak tahu tak , yang corak nombor dua dan tiga tu , corak milik siapa ? " Tanya Aivira dengan perlahan namun jelas .

" Siapa punya ? " Tanya Puan Finura dengan jelas dan tenang .

" Didie dan Sheila . " Jawab Stephen Akio Kenzo .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kelihatan Muniandy sedang memujuk Monyet peliharaannya . Monyetnya itu merajuk tidak mahu makan . Telah beberapa hari Monyetnya itu tidak mahu menjamah makanan yang diberinya .
Malah , juga tidak ingin berborak - borak dengannya .

" Kenapalah dengan dia ni ? " Tanya Muniandy di dalam hati lalu dia meletakkan makanan Monyetnya itu di sebelahnya . Dia mengeluh kehairanan .
Dia hanya memerhatikan Monyet kesayangannya itu menarik - narik rantai leher yang terpasang kemas di tiang kayu . Seperti hendak melepaskan diri .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Korang jangan nak berguraulah . " Kata Puan Finura sambil tersengih . " Macam mana pula diorang berdua tu boleh hasilkan corak macam tu sedangkan , kalau nak diperhatikan , tenaga korang semua sama je . "

" Ni yang kitorang sedang cari jawapannya ni sekarang . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan agak pantas . " Disebabkan hal ni jugalah kitorang semua dah tak bertegur dengan diorang bertiga tu . "

" Pasal apa ? " Tanya Puan Finura . Nadanya sedikit berselimutkan nada terperanjat yang bersulamkan nada yang tidak percaya .

" Macam yang mak sendiri tahulah . Diorang tu kan selalu bercerita pasal benda - benda macam ni . Dan Siti tu pula , 100 % percayakan diorang . " Jawab Aivira dengan jelas walaupun dia sebenarnya dapat menghidu akan bau amarah emaknya sebentar tadi . " Tapi , kitorang dah macam sukar nak percaya . Jadi kitorang dah tak bertegur . "

Puan Finura mengeluh .

" Ai dan Stephen sekarang ni , cuba nak cari jawapan sama ada diorang bertiga tu memang pernah lihat semua ni . " Kata Aivira dengan jelas berbaurkan kesungguhan . " Bukan nak buktikan siapa yang betul dan siapa yang salah tapi , kitorang berdua cuma nak ikatkan semula tali persahabatan kitorang yang dah terlerai ni . "

Puan Finura melekatkan matanya ke arah corak misteri Ahmadi dan Sheila Asyikin . Dia mengeluh namun , jauh di dalam lubuk hatinya , dia tahu . Dia perlu lakukan sesuatu . " Korang nak tahu maksud corak Didie dan Sheila ni ke ? "

" Lebih kurang macam tulah . " Jawab Stephen Akio Kenzo .

" Corak ni sebenarnya , memang nampak sama dengan corak yang pertama tu tapi , mak tak tahu apa fungsi sebenar corak diorang berdua tu . " Kata Puan Finura dengan jelas sambil matanya memerhatikan corak milik Ahmadi dan Sheila Asyikin . " Ada beza yang jelas. "

" Apa beza dia ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan pantas .

" Corak yang pertama tu , corak dan jalur dia walaupun abstrak tapi , nampak kasar berbanding dengan corak dan jalur yang dihasilkan oleh Didie dan Sheila . " Jawab Puan Finura .

" Mak tahu tak apa maksud dia ? " Tanya Aivira pula .

" Maksud dia , cara melakukan atau teknik melancarkan serangan . Kalau corak yang pertama , nampak abstrak yang kasar . Bermaksud , teknik atau serangan yang dilancarkan tu teknik yang keras , kasar dan memang berbahaya . Dalam erti kata yang lain , tiada belas kasihan . " Jawab Puan Finura dengan jelas . " Berbanding dengan corak dan jalur yang dihasilkan oleh Didie dan Sheila yang kelihatan lebih halus dan lembut . Serangan diorang lebih kepada kelembutan tapi dalam masa yang sama , teknik atau serangan yang diorang lancarkan tu memang mampu untuk menumpaskan lawan . Sebab, corak dan jalur diorang berdua ni , kelembutan tu bercampur dengan corak abstrak kasar pada bahagian dalam corak diorang tu . "

" Mana mak tahu semua ni ? " Tanya Aivira .

" Mak ni lagi lama hidup dari korang semua . Mak tahulah . " Jawab Puan Finura . " Apa lagi yang korang nak tahu ? "

" Pasal Mutiara Earchari . " Kata Stephen Akio Kenzo .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Bila nak pergi ke hutan tu ? " Tanya Hagia Sofea .

" Bila - bila masa je yang akak bertiga rasa paling sesuai . " Jawab Sheila Asyikin . " Kalau kitorang , bila - bila masa pun boleh pergi . "

" Pasal keselamatan ? " Tanya Siti Nurjannah pula .

" Itu yang kita kena bincangkan ni . Hutan tu , 24 jam berkabus . Orang yang pergi ke sana pun , jarang dapat masuk ke sampai ke tengah hutan . Dahlah berkabus , tebal pula tu . " Kata Siti Nursamawi pula . " Kena bawa kelengkapan yang lengkap . "

" Tapi yang pasti , makmal tu , memang ada aktiviti yang mencurigakan . " Kata Ahmadi mencelah . " Sebab , macam mana diorang boleh buat kajian kat sana sedangkan jalan keluar masuk untuk ke sana , cuma boleh dilalui dengan hanya berjalan kaki je . Macam mana diorang bawa keluar masuk barang - barang diorang ? "

" Jadi , apa rancangan Didie ? " Tanya Siti Khumairah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Mutiara Earchari tu , Mutiara yang mengandungi tenaga alam semula jadi . Ada empat warna . Biru , Merah , Coklat dan Putih . Terhasil secara semula jadi atau kita sendiri yang hasilkan . " Kata Puan Finura . " Sebagai contoh , kalau nak hasilkan Mutiara Earchari daripada Embun , kita kena tadah air embun tu dengan tapak tangan dan lepas tu , mampatkan embun tu dengan tenaga dalaman kita dengan serentak memasukkan sekali tenaga alam semula jadi masa kita nak hasilkan Mutiara Earchari tu . "

" Kalau yang memang terhasil daripada proses semula jadi pula ? " Tanya Stephen Akio Kenzo .

" Kena carilah . Bukannya senang nak cari Mutiara Earchari tu . " Jawab Puan Finura dengan pantas . " Kalau nak hasilkannya pun dah rumit , inikan pula nak cari sendiri . Memang susah . "

" Kalau Kristal Hidark pula . " Kata Aivira mencelah .

" Kristal Hidark tu , selalunya , digunakan untuk keselamatan . Dia macam suis . Tak pun macam jerangkap samar . Kristal ni , dia cuma Kristal biasa tapi sifat dia menyimpan . " Jelas Puan Finura . " sebagai contoh , kita hasilkan teknik kita . Contohnya , Teknik Serangan Bisa Ai , lepas tu , masukkan teknik tu dalam Kristal Hidark tu dan letakkannya kat pintu bilik , dan aktifkannya . Bila seseorang masuk ke dalam , Gelombang Tenaga seseorang tu akan mengaktifkan Kristal tu . Bila Kristal tu teraktif , teknik yang Ai dah masukkan tadi tu akan terlancarlah . Matilah orang yang cuba masuk ke dalam bilik Ai tu terkena serangan berbisa Ai . Tapi , kena serasikan dulu Gelombang Tenaga Ai dengan Gelombang yang tersimpan secara semula jadi dalam Kristal tu . Kalau tak , memang tak jadilah . "

" Mana mak tahu semua ni ? " Tanya Aivira yang masih lagi dibungkus oleh keraguan .

" Cuba korang bagitahu mak , kenapa korang tak boleh percaya dengan diorang ? " Tanya Puan Finura dengan lembut.

" Sebab , kitorang tak pernah nampak langsung bukti yang diorang tu , pernah lihat semua tu . " Jawab Aivira lalu dia memandang ke arah Stephen Akio Kenzo yang sedang memandang ke lantai .

Puan Finura tersenyum . " Kalau macam tu , Ai pun tak percaya kat maklah . "

" Mak ni , ke situ pula . " Balas Aivira .

" Korang sukar nak percaya kat diorang sebab , korang semua tak lihat apa yang diorang lihatkan ? " Tanya Puan Finura dengan jelas sambil tersenyum . " Kalau macam tu , korang mesti susah juga nak percaya kat mak kalau mak cakap mak ni ada otak sebab , korang tak nampak otak mak . "

" Mak ni , mestilah kitorang tahu mak tu ada otak sebab otak dalam kepala . " Balas Aivira dengan pantas . " Budak Tadika pun tahu otak tu dalam kepalakan . "

" Baiklah , korang dah percaya kat mak , yang mak ni ada otak sebab , korang tahu otak mak dalam kepala makkan . " Kata Puan Finura . " Tapi kenapa korang tak boleh percaya kat diorang sedangkan , diorang dah lihat apa yang korang tak nampak ? Kenapa korang boleh percaya kat mak , yang mak ni ada otak sedangkan , korang tak nampak otak mak , ada ke tak dalam kepala mak ni . "

" Sebab , kitorang 100 % percaya kat kepala mak tu ada otaklah . " Balas Aivira . " Memang kat situ letaknyakan . "

" Macam tu juga diorang . Diorang pun 100 % percaya yang diorang tu betul sebab , diorang dah pernah lihat apa yang diorang tu nampak dengan mata diorang sendiri . " Kata Puan Finura dengan tenang .

Aivira dan Stephen Akio Kenzo saling berpandangan .

" Korang berdua dengar sini . Mak tahu , apa yang korang rasa . " Kata Puan Finura dengan lembut dan tenang . " Jangan disebabkan kita tak nampak apa yang diorang berdua tu nampak , kita terus cakap diorang tu berbohong . Dia lebih kurang macam ni . Kita tak nampak angin , tapi kita boleh rasa angin tu ada . Kita tak nampak roh tapi , kita tahu roh tu ada dalam badan kita . "

Puan Finura tersenyum lalu menepuk lembut bahu Aivira dan Stephen Akio Kenzo lalu berlalu keluar dari bilik bawah tanah itu . " Fikirkan apa yang mak cakapkan tadi . "

Aivira mengeluh lalu dibuangkannya pandangannya ke arah apa yang ditulisnya tadi .
Tidak lama selepas itu , dia memandang ke arah Stephen Akio Kenzo . " Apa pendapat awak ? "

" Kita cuma ada satu cara lagi . " Jawab Stephen Akio Kenzo .

" Apa dia ? " Tanya Aivira dengan pantas .

" Kita ke rumah saya . " Ajak Stephen Akio Kenzo dengan tenang .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience