Rate

BAB 58 UDARA YANG SAMA NAMUN BERBEZA RASA

Fantasy Series 3820

Suasana jalan raya di Pulau Biru kelihatan tenang seperti biasa .

Dipenuhi dengan penduduk yang senantiasa mempunyai tujuan masing - masing .

Hiruk dan pikuk bunyi kenderaan darat dan udara saban hari telah menjadi irama dan halwa telinga .

Itulah resam kehidupan di bandar yang telah menjadi adat dan lumrah .

Seperti biasa , Prof . Zenderall memandu keretanya untuk ke syarikat . Rutin hariannya yang biasa .

Matanya memandang ke depan sambil memandu keretanya dengan berhemah .

Ketika dia hendak membelokkan keretanya untuk menghala ke arah kanan , ' Cleaner ' yang mengugutnya di Pameran Prof . Takeshi tempoh hari muncul di atas bonet keretanya dan terus melepaskan tumbukkan .


Dengan sekelip mata , penyerang itu hilang daripada pandangan mata .


Prof . Zenderall dengan tenang mengawal keretanya namun , dia terbabas dengan melanggar kereta lain .


Selepas itu , sebuah lagi kereta lain merempuh kereta yang dilanggar oleh Prof . Zenderall .


Kemudian , sebuah Motorsikal pula merempuh kereta tadi menyebabkan penunggangnya terpelanting dan terseret di atas jalan raya .


Suasana dengan pantas menjadi cemas dengan orang ramai lari bertempiaran , ada yang terpaksa memberhentikan kenderaan mereka dengan mengejut dan ada juga orang ramai yang berpusu - pusu untuk melihat kejadian perlanggaran itu .


Kelihatan kepala Prof . Zenderall terletak di atas stereng . Dahinya cedera dan mengalirkan darah yang segar .

Satu keluhan berat dilepaskannya lalu , matanya perlahan - lahan memancarkan pancaran Elemen Warna dan Cahayanya dengan terang . " Bodoh betullah . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Beberapa anggota Pasukan Nurzahirah kelihatan merendahkan tubuh mereka dengan menyentuh dedaun yang tumbuh segar di atas lantai kaki hutan .


Tiba - tiba , seekor haiwan berkaki empat dan berbulu lebat keluar menjengah dan haiwan itu kelihatan seperti ketakutan .

Haiwan itu memilik sepasang tanduk yang menyerupai seekor Seladang .

Berekor panjang seperti ekor Memerang . Dan memiliki mata di sepanjang tanduknya .


Seorang daripada anggota Pasukan Nurzahirah melakukan isyarat tangan di depan haiwan tadi .

Seperti cuba meyakinkan , anggota Pasukan Nurzahirah itu mengeluarkan suara seperti seekor haiwan dan kelihatan seperti sedang berinteraksi dengan haiwan yang muncul tadi .


Tidak lama kemudian , haiwan tadi menghampiri Pasukan Ahmadi dengan perlahan - lahan .

Seperti berhati - hati dan berwaspada . Bagaikan takut dipengapa - apakan .


Kemudian , haiwan tadi mendengus - dengus . Bagaikan seperti sedang memberitahu sesuatu .


Maera menghampiri haiwan tadi dan meletakkan tapak tangannya di atas dahi haiwan itu .


Persis dipukau , haiwan tadi merendahkan sedikit kaki hadapannya dan kepalanya buat seketika di hadapan Maera .

Kemudian , haiwan tadi menoleh ke belakang dan kali ini , haiwan itu menghasilkan bunyi yang lain pula .

Selepas itu , sekumpulan haiwan daripada spesies yang sama keluar daripada persembunyian .


Maera menghasilkan bunyi dan suara yang sama seperti mana yang dihasilkan oleh bintang tadi . Persis mengajuk .

Dan kini , dia dan haiwan - haiwan tadi saling berbalas ' suara ' seperti sedang berkomunikasi .


Tidak lama selepas itu , semua binatang tadi merendahkan tubuh dan kepala mereka di hadapan Pasukan Ahmadi dan kembali menyambung perjalanan .


Maera mengeluh lalu memandang ke arah anggota Pasukan Nurzahirah yang memulakan ' perbualan ' tadi dan menggerakkan kepalanya .

Seperti mengarahkan Pahlawan Muda itu agar memberitahu mereka apa yang telah dilakukannya pada awal tadi .


" Haiwan tadi nak berpindah kawasan . Diorang dah rasa takut nak duduk kat kawasan ni . " Kata Kerala .

Seorang remaja Lelaki berambut panjang sehingga bahu . Berkulit agak gelap dan memilik tiga garis berwarna Ungu di dahinya . " Diorang cakap . Kawasan kat tengah hutan ni pelik . "


" Budak ni cakap betul . Saya pun faham apa yang diorang bualkan tadi . Jadi , saya tanya ketua kawanan haiwan tu . " Kata Maera seperti menyokong apa yang telah diperjelaskan oleh Kerala tadi . " Kat tengah kawasan hutan ni , ada satu Dinding Psikik . Kewujudan Dinding Psikik tu dah takutkan diorang . Sebelum Dinding Psikik tu muncul kat situ , dah banyak haiwan ditangkap . Jadi , disebabkan takut kalau keadaan ni akan jadi lebih teruk , semua binatang tadi pun , putuskan untuk berpindah kawasan . "


Ahmadi menganggukkan kepalanya dan kemudian , dia memandang ke arah wajah Nurzahirah . " Rara . Beri arahan kat pasukan Rara . Bergantung dengan maklumat awal ni . "


Nurzahirah menganggukkan kepalanya dan kemudian , dia memandang ke arah anggota pasukannya . " Kak Tatsumaki . Siasat arah jam 10 . Kak Iecha ikut Kak Tatsumaki sebagai bantuan . "

Selepas itu , dilekatkannya pula pandangannya ke arah wajah Rissa . " Rissa pula siasat arah jam satu . Mandy ikut Rissa , juga sebagai bantuan . "


Siti Aisyah dan Tatsumaki melagakan penumbuk mereka manakala Mandy Chong Wei Tze dan Rissa pula berpandangan sambil tersenyum .


" Buhano dan Ghowly pula . " Kata Nurzahirah dengan jelas namun , dia tidak dapat meneruskan ayatnya kerana Burano mengangkat tangan dengan agak rendah sedikit dengan reaksi wajah tersenyum yang semacam . " Kenapa ? "


" Nama saya Burano , Cik Muda . " Kata Burano dengan agak perlahan .


Nurzahirah tertawa lalu menggosok - gosokkan belakang kepalanya .


Ahmadi tersenyum dan tersengih namun dia menghentikan kelakuannya itu kerana Hagia Sofea menarik telinganya dengan agak kuat .


" Maaf . Maaf . Burano dan Ghowly . Siasat arah tujuan . " Arah Nurzahirah dengan jelas sambil tersenyum . " Maksud saya . Awak berdua siasat keadaan jalan yang akan kita lalui . "


Burano dan Ghowly menganggukkan kepala mereka .


" Yang lain , akan kawal Pasukan ni . " Kata Nurzahirah lagi dengan jelas dan tenang . " Pastikan keselamatan jadi keutamaan utama . "


Siti Khumairah tersenyum mendengar arahan yang dikeluarkan oleh Nurzahirah .


" Bergerak ! " Kata Nurzahirah dengan lantang dan dengan pantas , seluruh anggota pasukannya melaksanakan arahannya .

Bagi yang mengawal Pasukan Ahmadi pula , mereka telah hilang daripada pandangan mata .


Ahmadi berdehem . " Habis tu . Yang bertenggek kat bahu Rara tu , buat apa ? "


" Tuan . Tuan tahukan , saya dan adik saya ni , bukannya Pahlawan Elemen Warna dan Cahaya . Kitorang ni , Pahlawan Gabungan Elemen . " Kata Shaza dengan jelas dan bersahaja sambil dia duduk di bahu kanan Nurzahirah . " Tapi tak bermakna kitorang tak boleh berada kat barisan depan . "


" Aku takde pun cakap apa - apa ayat nak merendah - rendahkan korang . " Balas Ahmadi dengan wajah semacamnya .


Shaja menganggukkan kepalanya sambil berpeluk tubuh . Dia yang duduk di atas bahu kiri Nurzahirah menyilangkan kaki . " Cik Muda Rara yang tak berikan arahan kat kitorang jadi , janganlah nak cemburu kalau Cik Muda Rara sayangkan kitorang . "


" Shaza dan Shaja ni , ikut Rara . Kitorang bertiga akan kejar Burano dan Ghowly kejap lagi . " Kata Nurzahirah dengan tenang lalu membukakan Pintu Elemen Psikik dan Elemen Banshee Psikiknya .

Mata kanannya dengan segera bertukar warna menjadi Biru . " Apa - apa hal nanti . Rara beritahu pakcik . "


Shaza dan Shaja yang bersaiz kecil itu dengan pantas mengepakkan sayap mereka yang indah bagaikan Rama - rama dan terapung - apung pada sisi kanan dan kiri Nurzahirah .


Selepas itu . Bagaikan kilat Nurzahirah melenyapkan dirinya dan muncul semula di antara Burano dan Ghowly yang juga telah pun melebarkan Sayap mereka .


Menggunakan teknik Psikiknya , Nurzahirah terbang dan melayang - layang di celah - celah hutan .

Mengikut kepantasan Burano dan Ghowly .


" Budak - budak yang dapat arahan daripada Rara tadi , dah bergerak jauh ke dalam . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan perlahan lalu , dia menyentuh lantai hutan dengan jari tangan kanannya . " Budak - budak yang Rara arahkan untuk kawal kita tu pula . Ada beberapa meter dari sini . "

Kelihatan dia memejamkan matanya buat seketika . Kemudian dia berdiri semula dan menganggukkan kepalanya sambil tersenyum . " Kehadiran semua ' pengawal cilik ' tu dah lenyap . Nampaknya , awak dah ajar diorang sesuatu yang awak tak ajar kat Sayap Peganiex . "


" Teknik Penyatuan Elemen . Kalau kat Sayap Peganiex , aku dan Sheila ajar korang macam mana nak bergerak macam bayang dan angin . Elakkan daripada hasilkan sebarang bunyi . Itu kepakaran tahap tertinggi yang kitorang dah ajar korang . Teknik yang penting untuk jadi seorang pembunuh upahan . " Kata Ahmadi sambil tersenyum lalu , dia membetulkan Beg Galas yang dibawanya dengan bersahaja . " Teknik yang diorang gunakan ni pula , kau perlu bersatu dengan Tenaga Elemen Semula Jadi . "

Selepas itu , dia membukakan Pintu Tenaga Elemennya . " Kau perlu pastikan , Elemen kau sebati dengan persekitaran kau . Kalau kau dapat mahir teknik ni , musuh takkan dapat nak cari kau kalau kau sedang menyorok . Kecuali , lawan kau mahir dalam Teknik Pemisah Elemen . "


" Kau kena ajar kitorang teknik tu . " Kata Siti Nursamawi dengan tenang .


" Nanti aku ajar . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Dah . Berhenti borak . Mari kita kejar Rara . Diorang dah jauh sangat tu . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Petugas Medik merawat kecederaan pada dahi Prof . Zenderall .


Prof . Zenderall hanya diam membisu sementara fikirannya ligat berfikir .

Siapakah gerangan sebenar yang menyerangnya tadi .
Sedang dia kaku berfikir itu , sebuah Kereta berwarna Hitam Metallic muncul .


Prof . Linda Josephine tiba dengan baju putih makmalnya yang masih menyangkut pada badannya .

Dia berjalan menghampiri Prof . Zenderall dan kemudian , dia menggerakkan sedikit kepalanya .


" Dahi aku koyak sikit . " Kata Prof . Zenderall ketika tangan Prof . Linda Josephine melihat ke kepalanya yang telah siap berbalut .


" Siapa ? " Tanya Prof . Linda Josephine dengan perlahan lalu dia melihat ke arah kenderaan - kenderaan yang remuk . " Kenal ke ? "


Prof . Zenderall berdiri lalu , dia mengenakan semula Suit hitamnya dengan wajah yang beku membatu . " Entah . Aku tak kenal . Tapi , aku dan Stephen pernah jumpa lelaki ni sekali . "


" Kat mana ? " Tanya Prof . Linda Josephine dengan jelas


" Kat Muzium Prof . Takeshi . " Balas Prof . Zenderall dengan tenang . " Aku akan cari lelaki bodoh ni sampai jumpa . "


" Macam mana ? " Tanya Prof . Linda Josephine dengan jelas lalu berpeluk tubuh dan memandang ke arah Prof . Zenderall . " Bila ? "


" Bila - bila pun boleh . " Balas Prof . Zenderall sambil dia menuju ke arah kereta Prof . Linda Josephine .


Linda Josephine masuk ke dalam kereta dan kemudian , dia terus menghidupkan keretanya .


" Aku akan tarik nyawa si bodoh tu . " Kata Prof . Zenderall dengan jelas lalu membuka balutan luka pada dahinya .

Luka pada dahinya telah pun sembuh . Bahkan , kelihatan seperti tidak mengalami sebarang kecederaan langsung .

Kemudian , dibuangnya kain balutan tadi melalui tingkap .


" Apa - apalah . " Balas Prof . Linda Josephine dengan jelas . Nada yang kedengaran seperti acuh tidak acuh . " Malas nak jamin kat Balai nanti . Takde masa . "


Seorang lelaki berdiri di atas bangunan sambil melihat ke arah kereta Prof . Linda Josephine yang berlalu pergi .

Dengan perasaan geram , dia meludah ke bawah . " Aku akan cabut nyawa kau . Keparat durjana . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi bersama dengan anggota pasukannya melompat daripada dahan ke dahan dengan cekap dan kemas .

Mereka semua telah pun berada dalam keadaan yang telah bersedia untuk bertempur dengan membuka Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya mereka .


" Die . Saya nak cakap sikit boleh ? " Tanya Maera dengan jelas .


" Sejak bila aku larang korang daripada bercakap dengan aku ? " Tanya Ahmadi kembali sambil tersenyum . " Cakap jelah . "


" Bunyi serangga dalam hutan ni , makin lama makin kurang . " Kata Maera dengan tenang . " Dari tempat kita mula tadi , sampai sekarang , makin lama makin perlahan . "


" Hutan ni memang pelik Maer . Aku pun nak tahu juga . apa yang berlaku kat dalam hutan ni . " Balas Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Kalau setakat Dinding Psikik tahap tinggi . Setahu aku . Tak pernah takutkan haiwan . Tapi keadaan yang kita hadapi ni memang pelik . "


" Saya rasa , bukan pasal Dinding Psikik tu yang dah takutkan semua haiwan tu . " Celah Ratni dengan lembut . " Tapi keadaan masa , Dinding Psikik tu dihasilkan . "


" Saya rasa , Ratni betul . Sebab , semua haiwan tadi pun dah cakapkan . Kewujudan Dinding Psikik tu dah takutkan diorang . " Kata Adam dengan tenang . " Dah banyak haiwan ditangkap sebelum Dinding Psikik tu muncul . "


Rissa dan Mandy Chong Wei Tze yang sedang terbang dan melayang - layang di ruang hutan dengan pantas , tiba - tiba sahaja terjatuh ke lantai hutan seperti Nangka busuk kerana terlanggar sesuatu yang keras .

Namun , sesuatu yang mereka berdua langgar itu tidak kelihatan pada mata kasar .


Mandy Chong Wei Tze memegang kepalanya sambil matanya tertutup rapat menahan kesakitan .

Ditahannya kesakitan itu sehingga kakinya menendang - nendang udara dengan dia terbaring di atas tanah .


Manakala Rissa pula hanya tunduk menyembah ke bumi sambil memegang kepalanya dengan kuat dengan kakinya yang menendang - nendang tanah .


" Awak tak apa - apa ke ? " Tanya Mandy Chong Wei Tze dengan nada yang menahan sakit sambil tangannya menggosok - gosok kepalanya dengan agak kuat .


" Saya okey . " Jawab Rissa dengan agak perlahan lalu dia menghubungi Tatsumaki dengan Telepati .


" Apahal ? " Tanya Tatsumaki yang terduduk di atas tanah sambil memegang kepalanya . " Rissa pun terlanggar juga ke ? "


Siti Aisyah yang berdiri di atas dahan sebatang pokok memandang ke depan .

Kehairanan dengan segera memijak dirinya lalu , dia turun ke tanah .

Kemudian , dia perlahan - lahan berjalan dengan tangan kanannya dihalakannya ke depan .


" Apa yang awak nak buat ? " Tanya Tatsumaki dengan perlahan lalu dia berdiri semula . " Macam manalah boleh tak perasan ? "


Siti Aisyah berhenti . Dia menggerak - gerakkan tapak tangannya seperti sedang merasa sesuatu . " Dinding Psikik tu , mungkin yang kat depan kita ni kot . "


" Cik Muda Rara . Mungkin kita dah sampai kat Dinding Psikik tu . " Kata Burano dengan jelas sambil membantu mendirikan Ghowly yang sedang memegang kepala kerana merempuh Dinding Psikik yang misteri .


" Saya pun fikir macam tu . Saya akan beritahu kat Tuan Didie . " Balas Nurzahirah dengan jelas . Sambil dia menggosok - gosokkan kepalanya , dia dengan segera menghubungi Ahmadi .


Ahmadi mengarahkan kumpulannya berhenti daripada bergerak dengan menggunakan isyarat tangan .

Mereka semua berhenti di atas dahan - dahan pokok yang berdaun lebat .


" Baiklah . Tunggu kat situ . " Kata Ahmadi sambil tersenyum .


" Kenapa ? Rara ke ? " Tanya Ikhwan dengan tenang .


" Ye . Rara dan kawan - kawan dia dah sampai kat Dinding Psikik tu . " Jawab Ahmadi sambil tersenyum . " Mari pergi . "


Nurzahirah telah berkumpul kembali dengan Siti Aisyah , Mandy Chong Wei Tze. Tatsumaki , Burano dan Ghowly .


" Dinding Psikik ni memang pelik . " Kata Shaza dengan jelas . " Dahlah kat tengah hutan . "


" Pelik betul . " Kata Shaja pula dengan tenang .


" Benjol rasanya ni . " Kata Siti Aisyah dengan perlahan sambil dia memeriksa kepala Rissa dengan lembut .


Burano dan Ghowly pula memeriksa dan membelek - belek kepak dan pelepah sayap mereka dengan tenang .


" Nasib baik tak tercabut . " Kata Burano sambil dia membelai - belai pelepah sayapnya .


" Bulu pelepah kita ni muda lagi . Memang mudah nak tanggal . " Kata Ghowly dengan tenang lalu , dia menguncupkan kepaknya setelah melihat Burano melakukannya .


" Apa agaknya , ada kat dalam ye ? " Tanya Siti Aisyah dengan jelas .


Tatsumaki membisu dengan tapak tangannya , diletakkannya dipermukaan Dinding Psikik itu .


Siti Aisyah melihat ke arah Tatsumaki di mana , pada dahinya terdapat kesan berwarna merah . Akibat daripada kesan perlanggaran tadi . " Apa awak buat ? "


" Nak kesan kot - kot ada kehadiran sesorang kat dalam ni . " Balas Tatsumaki dengan lembut . " Tapi . Macam mustahil . Memang tak boleh nak kesan langsung . Sedangkan , kat dalam ada Panglima Witchie dan Panglima Kucina . "


Seketika kemudian , Ahmadi bersama dengan pasukannya muncul .

Matanya melekat pada dahi Nurzahirah , Burano dan Ghowly . " Dah kenapa dahi korang tu ? "


" Kitorang terlanggar Dinding Psikik ni . " Jawab Nurzahirah dengan jelas .


" Dah benjol ni . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut sambil dahinya memegang dahi Nurzahirah dan Burano sementara Siti Nursamawi pula memegang dahi Mandy Chong Wei Tze dan Ghowly .


" Panggil semua anggota pasukan Rara yang tengah kawal kitorang . " Arah Ahmadi dengan jelas .


Nurzahirah dengan pantas melaksanakan arahan Ahmadi dengan memanggil semua anggotanya dengan hanya menggunakan teknik Telepati .


Ahmadi berjalan dengan perlahan sambil tangannya menghala ke depan .

Kehairanan dengan pantas menggenggam fikirannya sebaik sahaja tangannya dapat merasakan kewujudan Dinding Psikik itu .


" Tuan . Saya tak dapat nak kesan sebarang Tenaga Elemen kat dalam . " Kata Tatsumaki dengan tenang . " Tapi . Panglima Kucina dan Panglima Witchie , ada kat dalamkan ? "


Ahmadi menganggukkan kepalanya lalu membuangkan pandangannya ke arah Sheila Asyikin yang juga sedang melakukan tindakan yang sama sepertinya .


" Tenaga Elemen Semula Jadi dah termampat sangat . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut .

Dia kemudian , menjelmakan Sayap Elemen Warnanya yang indah dan besar lalu , dia terbang ke atas sambil tangannya merasa kewujudan Dinding Psikik itu .


Nurzahirah menoleh ke arah Burano dan Ghowly . " Awak berdua ikut Cik Sheila . Beri bantuan jika diperlukan . "


Tanpa berlengah , Burano dan Ghowly dengan pantas mengepakkan sayap mereka dan mengekori Sheila Asyikin dengan kelajuan yang amat pantas .


Ahmadi cuba untuk menghasilkan satu corak . Corak berbentuk Bunga Saji yang berwarna Biru keputihan yang dilingkari dengan jalur berwarna Merah .
Dilekatkannya penumbuknya dengan kuat di permukaan Dinding Psikik itu dan kemudian , dia menoleh ke arah Maera , Naera dan Muniandy . " Korang bertiga tolong hasilkan Kubu Penghalang . Aku nak cuba letupkan Dinding Psikik ni . "

Muniandy dengan pantas meletakkan kedua belah tapak tangannya ke tanah manakala Maera dan Naera pula menemukan kedua belah tapak mereka dengan rapat .
Selepas itu , satu Kubu Penghalang daripada Elemen Tanah yang dikuatkan dengan Makhluk Elemen Flora dan Fauna terhasil .


Sejurus selepas itu , Ahmadi mengaktifkan Corak Letupan Elemen yang dihasilkannya tadi .


Satu letupan yang amat kuat terhasil sehingga menggegarkan Penghalang Elemen yang dihasilkan oleh Muniandy , Maera dan Naera .


" Kuat gila Teknik Didie ni . " Kata Khalid dengan perlahan sambil matanya melihat ke atas .

Serpihan - serpihan , debu - debu tanah serta dedaun jatuh ke lantai yang turut bergegar sama akibat letupan itu .


Stephen Akio Kenzo mengeluarkan sebuah bekas alat yang canggih daripada sembilan beg kecil yang melekat di pinggangnya .

Selepas itu , dia meletakkan satu alat pada tanah . Alat yang canggih itu memaparkan kiraan daripada gegaran tanah yang terhasil .

Dia tersenyum kerana sedikit teruja .


Aivira dan Ratni mengintai daripada balik lubang . Apa yang terlihat oleh mereka hanyalah asap dan debuan tanah yang menebal .


Sheila Asyikin , Burano dan Ghowly telah pun berada di atas .


" Saya rasa , ini puncak dia . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas .

Dia kemudiannya , meletakkan kakinya di atas permukaan Dinding Psikik dan diikuti tindakannya itu oleh Burano dan Ghowly .


" Cik Sheila . Ada bangunan putih kat bawah . " Kata Ghowly dengan lembut .


" Mungkin itu tempat mak dan adik Cik Muda Rara serta tebusan ditempatkan . " Kata Burano dengan tenang .


Sheila Asyikin cuba untuk mengesan Tenaga Elemen yang ada di dalam Dinding Psikik itu namun , dia tidak dapat mengesan sebarang bentuk Tenaga Elemen yang berada pada bahagian sebelah dalam Dinding Psikik itu .


" Panglima Kucina dan Witchie ada kat dalam . " Kata Ghowly dengan tenang .


" Tapi , saya tak dapat nak kesan apa - apa Tenaga Elemen dari dalam . " Kata Sheila Asyikin dengan tenang .


Stephen Akio Kenzo memegang kembali alat yang diletakkannya di atas tanah tadi dan melihat pada bacaan kiraan .

Kemudian , hatinya berbisik . " Biar betul Didie ni . "


Maera , Naera dan Muniandy melenyapkan semula teknik mereka .


Alangkah terperanjatnya Muniandy dan semua yang berada di situ sebaik sahaja mereka melihat kesan daripada impak letupan yang dihasilkan oleh Ahmadi sebentar tadi .


Hanya kawasan Ahmadi berdiri sahaja yang masih dalam keadaan asal manakala yang selebihnya , telah menjadi kawasan berkawah yang agak besar .


" Lepas kita semua ni , dengan secara rasminya , dah jadi pemastautin kat Dunia Mitos ni . " Kata Adam dengan jelas . " Kadang - kadang . Saya jadi takut juga dengan Didie dan Sheila . "


Sheila Asyikin muncul semula bersama dengan Burano dan Ghwoly .


" Kitorang tak dapat nak kesan Tenaga Elemen Kucina dan Witchie . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas dan lembut sambil matanya melihat keadaan kawah itu . " Abang nak letupkan Dinding Psikik ni ke ? "


Ahmadi tersenyum . " Tapi tak dapat . Nampaknya . Pahlawan yang hasilkan Dinding Psikik ni , bukan calang - calang . Tapi , untuk nak hasilkan Dinding Psikik yang kuat macam ni , perlukan kekuatan beberapa Pahlawan Elemen Psikik yang sama tahap . Teknik Letupan Psikik Elemen Salji tadi tak dapat nak letupkan dinding ni . "


" Eh , awak ni Elemen Psikik ke ? " Tanya Aivira dengan agak pantas . " Bukan Tenaga Elemen awak . Elemen Warna dan Cahaya je ke ? "


" Aku belajar Teknik - teknik Psikik daripada Kak Sarah , Kak Mai dan Permaisuri Fiirapi . " Kata Ahmadi sambil tersenyum . " Okey . Sekarang ni. Ada satu cara je yang boleh kita lakukan . Tapi , aku perlukan seseorang yang ada Elemen Psikik untuk seimbangkan Teknik tu . "


" Kitorang bertiga ikut . Ini misi menyelamat jadi , kita perlu masuk ke dalam dan selamatkan diorang . " Kata Siti Nurjannah dengan jelas .


" ' Uissshh ' , bersemangatnya . " Kata Siti Nursmawi lalu dia tertawa kecil . " Buat biasa - biasa dahlah . "


Sedikit merah wajah Siti Nurjannah manakala atas kepalanya pula berasap kerana ditertawakan oleh Siti Nursamawi dan rakan - rakan Siti Nursamawi .


Sheila Asyikin memukul bahu Siti Nursamawi sambil dia juga tergelak kecil sama .


Ahmadi menganggukkan kepalanya dan kemudian , dia menghasilkan Lingkaran Taisa pada bahagian dalam Dinding Psikik itu dan kemudian , dia melontarkan sebilah Dagger Elemen Aisnya .

Dia mengerutkan dahinya kerana , corak Lingkaran Taisa miliknya yang terhasil pada sebelah dalam Dinding Psikik itu , tidak sama coraknya dengan corak Lingkaran Taisa yang dihasikannya pada sekitar tempatnya berdiri di luar Dinding Psikik . " Tunggu kejap . Ada yang tak kena . Tapi bersedia . "


Selepas itu , Ahmadi melenyapkan dirinya dan muncul semula di dalam Dinding Psikik .

Kepadatan Elemen Semula Jadi yang ada di dalam Dinding Psikik telah menghalangnya daripada menghasilkan Lingkaran Taisa . Akibatnya , corak yang dihasilkanya menjadi sedikit tidak sepatutnya .

Keadaan yang sama juga berlaku ketika Witchie dan Kucina menghasilkan Lingkaran Taisa untuk memasuki Dinding Psikik itu .

Dia memandang ke arah Sheila Asyikin dan Tatsumaki dan mengarahkan mereka untuk masuk ke dalam .


Seketika kemudian , Sheila Asyikin dan Tatsumaki menjelma berhampiran dengan Ahmadi .


" Kenapa ? " Tanya Sheila Asyikin dengan agak pantas .


" Kepadatan Elemen Semula Jadi kat dalam ni dah halang pembentukan Lingkaran Taisa . Lingkaran Taisa yang abang hasilkan ni jadi pelik . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Abang perlukan In dan Tsu untuk kuatkan Lingkaran Taisa ni . Kalau tak nanti , ada diorang ni terperangkap kat dalam ruang dan masa . Jadi satu kerja nak cari diorang nanti . "


" Baiklah . Saya faham . " Kata Tatsumaki dengan jelas .


Kelihatan Sheila Asyikin dan Tatsumaki menghasilkan Lingkaran Taisa mereka di atas lingkaran Taisa Ahmadi untuk menguatkan teknik itu .


" Saya jadi takut pula . " Kata Siti Hawa dengan agak perlahan . " Mesti ada yang tak kena . "


Kelihatan , Ahmadi memberikan isyarat pada Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah agar bersedia .

Tidak lama selepas itu , ketiga - tiga Srikandi Psikik itu dilenyap dan muncul semula di dalam Dinding Psikik oleh Ahmadi dan Sheila Asyikin .


" Macam ada yang tak kena je . " Kata Hagia Sofea dengan lembut .


" Sikit . Tak banyak tapi bahaya untuk kita semua . " Balas Sheila Asyikin dengan tenang dan jelas . " Akak bertiga tolong hasilkan Teknik Pengunci Elemen Warna dan Cahaya dan Teknik Pengunci Elemen Psikik , kat atas corak Lingkaran Taisa kitorang . Kekalkan bentuk dan corak dia . "


" Baiklah . " Kata Siti Khumairah dengan lembut lalu dia bersama dengan Hagia Sofea dan Siti Nurjannah menghasilkan teknik yang seperti mana yang diminta oleh Sheila Asyikin .


" Mesti ada yang tak kena dengan Lingkaran Taisa . " Kata Shaja dengan lembut .


" Contohnya ? " Tanya Nurzahirah dengan tenang .


" Kalau ada masalah kat Lingkaran Taisa , kita tak boleh gunakan teknik tu sebab , kita boleh terperangkap kat dalam ruang dan masa . " Jelas Shaza dengan tenang . " Teknik ni , risiko dia bahaya . Tak macam teknik Teleport . "


" Kalau Lingkaran Taisa , kita gunakan Elemen Warna dan Cahaya kita untuk hasilkan teknik tu , dan lepas tu kita kesan tenaga sendiri yang ada kat Lingkaran Taisa . " Kata Shaja pula dengan jelas . " Kalau Teleport , kita boleh kesan Tenaga Elemen apa - apa je . "


" Dah ada ke yang sesat dalam ruang dan masa ? " Tanya Ratni dengan lembut .


Shaja menganggukkan kepalanya lalu dia memandang ke arah Ratni . " Ada seorang Pahlawan daripada Kerajaan kita . Dia terperangkap kat dunia ruang masa . Pahlawan yang selamatkan dia cakap . Umur dan rupa dia tak berubah tapi , lepas dia dah di selamatkan , umur dan rupa dia dengan sekelip menjadi normal ikut dunia yang sebenar . "


" Berapa lama dia terperangkap kat dunia tu ? " Tanya Kerala dengan agak pantas .


" 10 tahun . Dia terperangkap masa umur 20 tahun dan dia diselamatkan pada masa umur dia 30 tahun . " Jawab Shaza dengan jelas . " Lepas tiga bulan dia diselamatkan tu , dia meninggal dunia . Mungkin sebab , badan dia dah tak serasi atau dah tak dapat nak menyesuaikan diri dengan keadaan dunia ni . "


Tidak berapa lama kemudian , kelihatan Ahmadi dan Sheila Asyikin memberikan isyarat pada semua anggota pasukan mereka .


Tanpa berlengah . Ahmadi , Sheila Asyikin dan Tatsumaki dengan segera menghasilkan corak Lingkaran Taisa gabungan mereka di sekitar seluruh kawasan anggota pasukan mereka .

Selepas itu , mereka bertiga melenyapkan seluruh anggota pasukan mereka dan memunculkan semula mereka semua di kawasan mereka bertiga .


" Lenyapkan teknik ni . " Kata Ahmadi dengan jelas .


Sheila Asyikin dan Tatsumaki dengan segera memadamkan teknik Lingkaran Taisa .


Keadaan pelik di sekitar kawasan dalam Dinding Psikik itu telah menghairankan Ahmadi dan seluruh anggota pasukannya .


" Setahu sayalah . Kawasan hutan , suasana dia tak macam ni . " Kata Fateh dengan jelas . " Mana ada hutan yang sunyi macam ni . Bunyi deruan angin , desiran daun - daun dan rumput je ni . Takde bunyi Burung dan Serangga langsung . "


" Ada sesuatu yang tak kena . " Kata Ikhwan dengan tenang . " Ini mustahil . "


Naera menghampiri sekuntum bunga yang agar besar . Berdaun tujuh dan memiliki warna yang amat cantik .

Dia bagaikan membelai kelopak bunga itu dengan lembut lalu dia memandang ke arah Ahmadi . " Die . Bunga ni takut . Dia cakap , dah banyak haiwan yang kena tangkap . "

Kemudian , dia berjalan ke depan dengan tangannya menyentuh batang - batang pokok yang dilaluinya . " Pokok - pokok yang ada kat sini pun . Semuanya rasa takut . Diorang cakap . Semua haiwan tu ditangkap oleh Manusia dan Makhluk Mitos . "


" Saya dah mula rasa semacam dah ni . Rasa pelik pun ada . " Kata Naera dengan agak perlahan . " Rasa seram sejuk pula . "


" Cuba tanya . Mana pergi semua Burung dan Serangga . " Tanya Ahmadi dengan tenang . " Dalam hutan ni senyap sangat . Tak sama dengan keadaan kat luar . "


Naera mendiamkan dirinya dan membiarkan deria dan perasaannya mencerna apa yang diberitakan kepadanya .

Selepas itu , dia mengeluh . " Semua Burung dan Serangga dalam kawasan ni sempat melarikan dan menyelamatkan diri . Sekarang ni , cuma ada tumbuhan je yang ada kat dalam kawasan ni . "

Dibelainya pula kuntuman bunga - bunga kecil yang tumbuh di atas lantai hutan yang berumput jarang .


Ahmadi menganggukkan kepalanya dengan tenang . " Kita tak dapat nak kesan Tenaga Elemen kat dalam ni . Semua bersedia . Kita tak tahu apa akan kita temui nanti . "


Nurzaharah yang pada ketika itu sedang melihat gambar - gambar haiwan pada buku , dia tidak dapat mengesan kehadiran pasukan Ahmadi .

Elemen Warna dan Cahaya , Elemen Psikik dan Elemen Banshee Psikiknya yang tidak stabil telah dikunci oleh Kucina dan Witchie .

Dia duduk di atas sofa sambil bersila . Corak berjalur yang bercahaya abstrak yang terukir pada dahinya kelihatan bercahaya .

Siti Maisarah duduk rapat di sisinya lalu kepalanya dikucup dengan lembut .


" Mak . Ini , apa ? " Tanya Nurzaharah dengan lembut sambil menunjukkan gambar seekor haiwan .


" Mak pun tak tahu . " Jawab Siti Maisarah dengan lembut . " Kat dunia yang kita tinggal , haiwan ni , tak ada . "


Nurzaharah dengan lembut menyelak satu persatu helaian kertas yang bergambar haiwan . " Ini pun sama ke ? "


Siti Maisarah melihat ke arah gambar yang dimaksudkan oleh Nurzaharah . Selepas itu , dia tersenyum . " Ada satu haiwan kat dunia kita . Ada yang macam ni . Antara jenis haiwan yang kuat dan garang tau . "


" Ye ? " Tanya Nurzaharah lalu memandang ke arah Siti Maisarah .

Mata kirinya yang berwarna Merah yang bercahaya malap , kadang - kala menyala dan bersinar tanpa kawalannya walaupun keseluruhan Tenaga Elemen telah dikunci .


" Kalau perempuan garang . Selalu diibaratkan seperti haiwan tu tau . " Kata Siti Maisarah dengan lembut .


Ahmadi berpeluk tubuh dan reaksi wajahnya menjadi semacam dan bersahaja . Kemudian , dia mengeluh pendek .

Selepas itu ,dia memandang ke arah semua anggota pasukannya . " Kita tak ada pilihan . Kita kena menyamar . "


" Nak menyamar ? " Tanya Ikhwan lalu berpandangan dengan Fateh dan Khalid . " Nak menyamar jadi apa ? Orang Hutan ? "


" Takdelah . Menyamar jadi apa - apa spesies haiwan tak membantu kita . " Balas Ahmadi sambil terus memejamkan matanya bersulamkan dengan reaksi wajah semacamnya yang bersahaja .


" Habis tu ? " Tanya Hagia Sofea dengan jelas sambil sebelah keningnya terangkat .


Ahmadi menganggukkan kepalanya dengan perlahan . " Kita ada pakar dalam penyamaran di dalam hutan . Naera akan bantu kita . "


Naera dan semua rakannya yang menganggotai Sayap Peganiex tersenyum lebar .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kelihatan Ahmadi dan seluruh anggota pasukannya telah pun menjadi ' sebatang pokok ' yang berdaun lebat .

Mereka semua , kelihatan tidak ubah seperti sebatang pokok yang sebenar dengan mengikut ketinggian masing - masing .

Langsung tidak kelihatan seperti sebuah penyamaran kerana menyerupai pokok yang sebenar .

Walaupun mereka bergerak dengan mengangkatkan tangan mereka , lapisan tumbuhan yang menyeliputi tubuh mereka tidak bergerak sama sekali .

Ia seperti seseorang dihamparkan selimut daun yang lebat , namun , sekiranya tangan diangkat , selimut daun tadi tidak terangkat walaupun sedikit .


" ' Adik akak . " Kata Siti Khumairah dengan jelas walaupun nadanya perlahan . " Macam mana kita nak kenal satu sama lain ? Nak kesan Tenaga Elemen susah . Kita cuma nampak semua yang ada kat sini dah jadi pokok . "


" Cam suara masing - masinglah . Itu je cara dia . " Balas Ahmadi dengan bersahaja lalu dia tertawa kecil . " Dah . Jangan banyak bunyi . Mari . Kita berjalan je . "


" Mai . " Panggil Fateh dengan jelas dan lembut . " Mana tangan ? "


" Ni . " Balas Siti Khumairah lalu mengangkatkan tangannya ke arah Fateh . " Ni kat depan ni . "


Berkerut dahi Fateh kerana menahan kegeraman yang dengan pantas memicit tubuhnya . " Abang tahu korang paling pakar dalam hal - hal yang unik dan gila macam ni tapi , boleh tak hasilkan sesuatu untuk keselamatan ? Jangankan nak nampak korang semua . Ni nak nampak bini pun susah ni . "


" Macam - macamlah . Kita dah lambat ni . " Kata Aivira dengan jelas . "


" Jangan nak macam - macam . " Celah Khalid dengan jelas . " Teknik penyamaran korang ni bukan menyamar . Tapi bunuh diri . "


" Dahlah tu . Naer . Kau ikut jelah cakap diorang . Kau hasilkan akar ke , apa ke kat diorang . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas dan tenang . " Ikut je . Kita dah lambat ni . "


Naera mengeluh lalu dia menghubungkan ' Permaidani Rumput ' Siti Khumairah dan Fateh , Siti Nurjannah dan Khalid , Hagia Sofea dan Ikhwan dengan mencantumkannya .


" Lagi bahaya buat macam tu . " Kata Ahmadi lalu dia berjalan perlahan ke depan . " Apa - apalah . "


Melihat ' Pokok Ahmadi ' berjalan ke depan , ' Pokok ' Sheila Asyikin dan ' Pokok ' Siti Nursamawi mengejar dari belakang .


Selepas itu , ' Pokok - pokok ' yang lain juga mula bergerak dengan perlahan - lahan .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kucina dan Witchie menyelak cermin jendela lalu menarik nafas sedalam - dalam yang mereka mahu .

Kemudian , mereka menghelakan nafas mereka lalu menguap seperti Kucing yang sedang baru bangun tidur .


" Tenaga Elemen Semula Jadi yang termampat ni memang elok . Udara dia segar je . " Kata Kucina lalu menjilat - jilat atas tangannya seperti yang selalu dilakukan oleh Kucing .


" Memanglah elok . " Kata Witchie lalu menggosok - gosok matanya . " Tapi kita tak tahu virus apa yang ada kat dalam udara ni . "


" Apa maksud awak ? " Tanya Kucina dengan jelas .


" Tengoklah kat luar tu . " Balas Witchie sambil menggerakkan kepalanya ke arah luar .


Kucina berpeluk tubuh sambil mengerutkan dahinya dengan manja . " Kita dah yakin . Mesti ada virus yang dimasukkan dalam badan semua mayat dan bangkai - bangkai ni . "


" Dan lagi satu . Virus - virus tu , mungkin tak disebarkan ikut udara . Kalau tak , semua yang ada kat dalam bangunan ni pun akan jadi macam yang kat luar tu . " Kata Witchie sambil mengajuk cara Zombie berjalan .


" Betul tu . " Kata Kucina dengan tenang lalu dia tersenyum melihat gelagat rakan sejatinya itu . " Awak kalau jadi yang macam kat luar tu , mesti senang nak kenal awak . "


" Sebab ? " Tanya Kucina lalu dia bersandar di jendela .


" Dada awak banyak sangat isi . Tu pasal awak senang dikenal . " Balas Kucina lalu dia tergelak .


" Dada saya ni rezeki tau ! " Kata Witchie dengan geram sambil menggenggamkan kedua belah penumbuknya dengan manja . Wajahnya juga menjadi merah sedikit .

Kemudian , dia tersengih . " ' Eleh ' . Awak cemburu sebab saiz awak kecil sikit daripada saya punya . Sebab tu Tuan Didie lebih sayangkan saya daripada awak . "


" Nak cemburu apanya . " Kata Kucina sambil tersengih lalu mengeluh . " Awak tahu tak . Tuan Didie sayangkan saya . Dia pernah belikan saya baju . "


" Saya pun pernahlah ! " Kata Witchie dengan lantang dan geram . " Tuan Didie belikan saya baju satu set ! "


Nobenta dan Orekna hanya tersenyum mendengar pertelingkahan manja antara Witchie dan Kucina .


" Entah apa - apa jelah . " Kata Nobenta dengan lembut lalu meneguk minumannya .


" Kan . Itu pun jadi isu . " Kata Orekna pula sambil tersenyum .


" Biasalah tu . Mungkin dah jadi perkara biasa zaman sekarang . " Sampuk Siti Maisarah dengan lembut . " Kalau kita dulu . Nak cerita benda - benda macam ni pun , dalam selimut . "


" Dahlah dalam selimut . Berbisik pula tu . " Kata Orekna lalu tertawa kecil .


Nurzaharah yang duduk di atas sofa yang turut mendengar pergaduhan manja Witchie dan Kucina hanya memandang bersulamkan reaksi wajahnya yang kaku .

Kemudian dengan perlahan , dia melayang - layang ke arah dua Srikandi berekor dan bertelinga seperti Kucing itu .


" Penting ke yang ' ini ' besar ? " Tanya Nurzaharah dengan jelas dan lembut .


Tersembur air minuman daripada mulut Siti Maisarah , Orekna dan Nobenta mendengar soalan Nurzaharah .


" ' Ye ! / Tak ! " Kata Kucina dan Witchie dengan serentak , selantang dan senada .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kelihatan ' kumpulan ' pokok - pokok sedang berdiri , duduk dan bertinggung di hadapan semak dan samun sambil melihat ke arah mayat - mayat hidup dan bangkai - bangkai bernyawa yang berjalan dan bergerak bagaikan orang yang mabuk .


" Aku rasa . Banyak kerja kau ni Steph . Kau kena tolong aku buat kajian pasal hantu yang kat depan kita ni . " Kata Ahmadi dengan jelas .


" Tak payah nak cakap banyak . Kat depan kita ni . Orang dan binatang yang dah mati . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan bersahaja . " Mesti diorang gunakan Virus atau Bakteria yang telah diubahsuai dengan teknologi Bio . "


" Itu kerja awak . Awak memang sesuai dengan kerja tu . " Kata Naera dengan tenang .


" Tapi , aku tak fikir sangat pasal semua Zombie ni . " Kata Ahmadi dengan bersahaja . " Macam mana Zombie ni wujud . Itu biar Stephen yang cari pasal , itu kepakaran dia . "


" Dah tu , apa maksud abang ? " Tanya Sheila Asyikin dengan manja .


" Apa yang ' ada ' pada semua Zombie ni . Musuh takkan cipta dan lepaskan diorang kalau setakat nak menyusahkan je . Mesti ada kelebihan . " Jawab Ahmadi dengan jelas .

Kemudian , matanya meliar menjamah bangunan yang berwarna Putih di hadapan pasukannya . " Kita takkan dapat masuk ke dalam bangunan ni . Zombie ni banyak . Ada sesiapa nak jadi sukarela tak ? "


" Kumpulan Medik tak nak . Tugas kitorang sebagai Petugas Perubatan . Jadi . Kitorang takdenye nak jadi sukarelawan . " Balas Ikhwan dengan pantas . " Tanya dengan yang lain . "


" Lagi satu , Itu tugas orang dewasa . Jadi , jangan arahkan apa - apa kat budak - budak ni . " Celah Khalid pula .


" Apa abang ni . Kat sini , budak - budak cuma Rara , Iecha dengan Mandy je . Yang lain ni semuanya Pelapis Pahlawan . " Balas Maera dengan pantas .


" Apa budak ? " Nak lebam biji mata ? " Kata Nurzahirah dengan jelas .


" Rara jangan banyak bunyi . Rara tu ketua . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas dan manja . " Pergi banggakan Pakcik . "


" Biar saya je yang pergi . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan pantas . " Nak jadi umpan pun payah korang ni . Banyak bunyi betul . "


" Pergilah . Kitorang tunggu kat sini . Kalau kau nak kena makan nanti . Kitorang selamatkan kau . " Kata Siti Nursamawi yang duduk bersebelahan dengan Ahmadi .


Nurzaharah yang kebetulan sedang melihat ke bawah , terlihat sebatang pokok berjalan dengan perlahan - lahan ke arah satu Zombie .

Reaksi wajah kakunya semakin membeku dengan matanya yang terkebil - kebil .


Stephen Akio Kenzo perlahan - lahan mengaturkan langkahnya .

Setapak demi setapak . Dia menghampiri satu Zombie .


Nurzaharah mengetuk - ngetuk kepalanya dengan agak kuat . " Hara , gila lagi ? "


Hidung yang sedang mereput dan berair . Sebiji mata menghala ke atas dan sebiji lagi menghala ke kanan .

Dengan mulut terbuka dan mengalirkan lendir yang berwarna hijau pekat kehitaman .

Tubuh badan yang berwarna biru lebam dan jelas sedang dalam tahap pereputan .


" Macam mana awak nak melihat , kalau awak dah mati ? " Tanya Stephen Akio Kenzo di dalam hati .

Dia bersedia dengan menjelmakan sebilah Kunai Elemennya .

Dia terhenti seketika kerana , dia terdengar suara yang menyeramkan daripada Zombie yang dihampirinya .


Ahmadi mengarahkan anggota pasukannya menumpukan pandangan mereka ke arah Stephen Akio Kenzo .

Manakala Adam dan Maera pula dalam posisi yang bersedia untuk memberikan bantuan sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini berlaku .


Stepen Akio Kenzo mengerutkan dahinya kerana Zombie itu kelihatan seperti sedang menghidu udara .

Diaturkannya semula langkahnya dengan perlahan . Dia sedikit tersentak kerana , Zombie itu memusingkan badan ke arahnya dengan pergerakkan yang agakmenakutkan .

Genggamannya pada Kunai Elemennya dieratkannya .


" Kak Kucina . " Kata Nurzaharah lalu dia menggerakkan tangannya agar Kucina menghampirinya .


Sambil tersenyum , Kucina menghampiri Nurzaharah . " Kenapa Cik Muda ? "


Nurzaharah membuangkan semula pandangannya ke luar . "Ada pokok . Jalan dekat makhluk tu . "


" Pokok ? " Kucina melemparkan pandangannya ke luar .


Stephen Akio Kenzo memandang ke arah Zombie yang sedang menghidu udara dan semakin hampir kepadanya .

Dilemparkannya Kunai Elemennya ke arah Zombie itu .
Kunai Elemen yang dilemparkannya ke arah Zombie tadi melekat di dada Zombie itu .

Dia terperanjat kerana , Kunai Elemennya tepat - tepat melekat di bahagian dada . Lebih tepat lagi . Bahagian jantung .

Namun , Zombie itu masih lagi berjalan dan bergerak terhuyung - hayang .


Berkerut dahi Kucina ketika melihat kemunculan serangan Elemen tadi .

Keningnya terangkat sebelah .


Ahmadi membangunkan dirinya dan tindakannya itu dapat dilihat oleh Nurzaharah dan Kucina .


" Satu lagi . Bergerak . Nak tolong kawan . " Kata Nurzaharah dengan perlahan . Dia agak teruja melihat ' Pokok Ahmadi ' berdiri walaupun reaksi wajahnya kaku .


" Korang tengok apa tu ? " Tanya Siti Maisarah dengan lembut lalu menghampiri Nurzaharah dan Kucina .


" Tengok Pokok . Pokok baik nak tolong kawan . " Jawab Nurzaharah tanpa memandang ke arah Siti Maisarah .


Berkerut dahi Siti Maisarah mendengar jawapan Nurzaharah .


" Itu bukan Pokok . " Kata Kucina dengan perlahan . Selepas itu , dia berpeluk tubuh dengan reaksi wajah semacam dengan keningnya masih lagi terangkat sebelah .


" Kalau bukan Pokok , habis tu apa ? " Tanya Siti Maisarah .


" Kalau korang tengok keadaan jadi pelik dan tak kena , korang buatlah apa yang patut . " Kata Ahmadi lalu , dia berjalan menghampiri Stephen Akio Kenzo . " Aku dah jadi tertanya - tanya pula . "


Ahmadi berjalan menghampiri Stephen Akio Kenzo dengan perlahan - lahan .


" ' Eh ' , Pokok tu berjalanlah . " Kata Siti Maisarah dengan lembut .


" Nak tolong kawan . " Kata Nurzaharah dengan jelas . " Pokok baik . Kan mak ? "


Ketika Ahmadi sedang menghampiri Stephen Akio Kenzo , Zombie yang berada di hadapan Stephen Akio Kenzo menjerit dan mengeluarkan suara yang amat kuat dan menakutkan .


Suara Zombie yang kuat tadi disahut oleh Zombie - zombie yang berdekatan dengan kawasan itu .


Zombie - zombie dengan segera berlari dengan pantas menghampiri Ahmadi dan Stephen Akio Kenzo .


Akibat terperanjat , Stephen Akio Kenzo melepaskan Bebola Elemen yang beraruskan Elektrik ke arah Zombie tadi .

Manakala Ahmadi pula yang turut terperanjat sama bersedia dengan posisi semacam di sisi Stephen Akio Kenzo .


" Apahal ? ! Apahal ? ! " Tanya Ahmadi dengan lantang kerana terperanjat sambil dia bersedia untuk bertempur dengan gaya yang pelik di bawah Permaidai Daunnya .


Tapi pada pandangan Siti Maisarah , Nurzaharah dan Kucina , Ahmadi dan Stephen Akio Kenzo hanyalah setakat sebatang pokok yang berdaun lebat sahaja .


" Pokok tu peliklah . " Kata Kucina lalu menggosok - gosokkan dagunya .


" Takkanlah Pokok dengan semua mayat hidup ni , saling tak menyukai pula . " Kata Siti Maisarah dengan jelas . " Ada ke situasi macam tu ? Dah macam adegan Drama pula . "


Suara Zombie dan bunyi letupan yang terhasil tadi telah menyebabkan semua Zombie yang berada berhampiran dengan kawasan itu berlari dengan pantas ke arah Stephen Akio Kenzo dan Ahmadi .


Melihat keadaan itu , anggota Pasukan Ahmadi berlari ke hadapan .


Kucina , Siti Maisarah dan Nurzaharah semakin kehairanan dan takjub melihat begitu banyak Pokok yang berdaun lebat berlari untuk menyelamatkan rakan mereka .

Malah ada juga pokok - pokok yang tinggi kelihatan sedang lari bertempiaran di belakang pokok - pokok yang kecil .


" Kawan pokok . Banyak . " Kata Nurzaharah dengan nadanya yang jelas keterujaan walaupun reaksi wajahnya yang mati . " Nak tolong kawan . "

Kemudian , dia memejamkan matanya lalu berpeluk tubuh . Selepas itu , dia mengeluh kecil . " Makhluk buruk . Busuk . Jahat . Tapi . Pokok baik . Pokok tak suka makhluk busuk dekat . Jadi . Pokok lawan . Nak bunuh . "

Selepas itu , dia membukakan semula matanya . " Hara , pokok . Sama . Hara , tak suka orang jahat . Pokok tak suka makhluk jahat . Hara , pokok . Boleh jadi kawan . Hara , pokok . Hakok . "


Serta - merta sahaja wajah Siti Maisarah dan Kucina menjadi semacam sebaik sahaja mendengar butiran kata yang terkeluar daripada mulut Nurzaharah .


Siti Nursamawi melepaskan Peluru Elemennya daripada dua Terakol Elemennya dengan ganas .

Habis berkecai kepala dan terpisah anggota badan Zombie sebaik sahaja terkena peluru - pelurunya .


" Peluru Elemen . " Kata Kucina dengan jelas . " Tak sangka juga Pokok tu pandai gunakan Teknik Gunslinger . "


" Naera ! Lenyapkan teknik ni ! " Jerit Ahmadi dengan lantang .


Naera yang mendengar suara Ahmadi dengan pantas melenyapkan tekniknya .


Daun - daun pokok yang lebat yang membaluti tubuh setiap anggota Pasukan Ahmadi lenyap bersama dengan cahaya yang berwarna Hijau dan Kuning .


" Pokok - pokok tu pasukan Tuan Didielah ! " Kata Kucina dengan agak kuat kerana terperanjat . " Diorang dah sampai ! "


Siti Maisarah dan Nurzaharah juga turut terperanjat sama dan bagaikan tidak percaya dengan apa yang mereka lihat .


Ahmadi melompat ke udara kerana Zombie menyerangnya dengan kelajuan yang agak pantas .

Dahinya berkerut sedikit kerana , amat mustahil . Makhluk yang dalam keadaan sedang mereput , mampu menyerang dengan kepantasan yang sedemikian .

Dipenggalnya kepala Zombie yang menyerangnya tadi dengan pantas ketika dia masih lagi berada di udara .


Avira melompat ke belakang selepas dia membunuh beberapa Zombie yang menyerangnya .

Dia mendarat dengan menggelongsor di atas tanah sambil mindanya juga kehairanan dengan kepantasan terkaman dan terjaan yang dilakukan oleh mayat - mayat hidup yang menyerang mereka .


Nurzahirah yang dibantu oleh Shaza dan Shaja , meningkatkan Tenaga Elemennya lalu , dia dengan pantas menyerang banyak Zombie yang sedang menyerang pasukan mereka dengan buas dan ganas .

Turut bersama melancarkan serangan bersamanya ialah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze .


Tatsumaki dan Rissa bersama dengan Burano , Ghowly juga turut melancarkan serangan mereka .


Siti Maisarah sedikit terperanjat ketika melihat Nurzahirah sedikit pun tidak teragak - agak untuk melancarkan serangan .

Selepas itu , dia terlihat pula akan Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea yang bergandingan melancarkan serangan .

Perasaan sebaknya dengan pantas mencengkam sanubarinya .


Ahmadi yang sedang melompat ke udara terlihat akan Siti Maisarah , Nurzaharah dan Kucina .

Buat seketika , dia meningkatkan Tenaga Dalamannya dengan pantas dengan memaksa Tenaga Dalamannya sehingga Warna Perak terpancar pada matanya untuk mengesan Tenaga Elemen Siti Maisarah .


Terperanjat Kucina , Siti Maisarah dan Nurzaharah apabila mendapati Ahmadi muncul di kawasan mereka berdiri .


Ahmadi tersenyum sebaik sahaja matanya bertentang dengan mata Siti Maisarah .


Siti Maisarah tidak dapat menahan hiba sebaik sahaja dia melihat Ahmadi berdiri di hadapannya .


Ahmadi memegang tangan Siti Maisarah dan terus mengucupnya .

Kemudian , dipandangnya wajah Siti Maisarah . " Dah . Jangan menangis . Didie dah sampai dah . "


Siti Maisarah menangis dalam senyuman kesyukuran sambil mengganggukkan kepalanya lalu dipeluknya Ahmadi .


Nurzaharah juga dengan pantas memeluk Ahmadi dengan erat dan lembut . " Lama tunggu . Sabar . Sekarang . Dah jumpa . "


Ahmadi menggosok kepala Nurzaharah sambil tersenyum dan dia terlihat akan corak kunci yang dihasilkan oleh Kucina dan Witchie .

Selepas itu , dipandangnya Kucina . " Mana Witchie ? "

" Dia kat dalam bilik . Dengan yang lain . " Jawab Kucina dengan jelas . " Witchie ! "


Witchie membuka pintu dengan garang dan ganas . " Awak nak apa ? ! "


" Apa hal kau kat dalam ? " Tanya Ahmadi dengan tenang dan bersahaja . " Menyorok ke ? "


" Bila Tuan sampai ? " Tanya Witchie lalu di berjalan ke arah Ahmadi dan berdiri di sisi Kucina .


Selepas itu , Orekna dan yang lain - lain mula menjengah .


" Siapa tu ? " Tanya Sam dengan perlahan .


" Adik Puan Sarah kot . " Jawab Kontra .


" Bila Tuan sampai . " Kata Ahmadi dengan mengajuk cara Witchie bercakap tadi . " Jangan nak banyak bunyi . Korang berdua ada hutang dengan aku . "


Witchie dan Kucina hanya saling berpandangan lalu mengeluh .


" Tolong lapangkan ruang ni . " Kata Ahmadi lalu dia melihat ke luar . " Kitorang bawa banyak barang ni . "

Selepas itu , dia menghasilkan satu Bebola Biru berjalur Merah dan meletupkannya seperti bunga api yang meletup di udara .


Ahmadi melepaskan begnya dan memberikannya kepada Siti Maisarah . " Akak tolong pegang dulu bag ni . "

Dia melompat ke bawah dan terus menyentuh ke tanah .
Satu corak berbentuk Elemen Bunga Salji terhasil di atas permukaan tanah dan terus menghasilkan sebuah tangga ke arah tingkat di mana Siti Maisarah berada .


Siti Maisarah mengajak rakan - rakannya untuk mencapai senjata mereka .


Maera dan Naera yang terlihat tindakan Ahmadi , dengan pantas melompat ke udara dan mendarat di tempat Ahmadi .


" Diorang ada kat atas . " Kata Ahmadi dengan jelas .


Siti Hawa yang hendak memenggal kepala Zombie yang menyerangnya terperanjat kerana , tiba - tiba sahaja kepala lawannya itu pecah berderai .

Selepas itu , terdengar bunyi tembakkan dan mengalihkan pandangannya ke arah bunyi itu .

Dapat dilihatnya akan beberapa orang yang sedang melepaskan tembakkan .

Dia mengajak Adam yang berada berhampiran dengannya untuk menuju ke situ selepas dia juga terlihat akan sebuah tangga ais yang menuju ke arah tingkat yang menempatkan orang yang menembak tadi .


Ahmadi , Maera dan Naera menghasilkan isyarat agar mereka semua dengan segera menuju ke situ .


Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi melompat ke udara dan terus menjunam ke bawah lalu melepaskan tumbukan mereka .

Letupan terhasil dengan serpihan - serpihan tanah berterbangan ke segenap arah .

Selepas itu , mereka berdua menghampiri Ahmadi , Maera dan Naera .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kelihatan Nurzaharah sedang menekan kapas pada atas lengan kirinya lalu memandang Nurzahirah dan berbisik . " Cucuk . Hara tak suka . Untuk apa ? "


" Ummi Mai masukkan ubat . Untuk sihat . " Kata Nurzahirah dengan lembut sambil tersenyum . " Dah sihat nanti . Akak bawa Hara jalan - jalan . "


Nurzaharah memandang mata kanan Nurzahirah . " Mata cantik . Macam kaca . Ada warna . "

Kemudian , dia menganggukkan kepalanya " Hara pun ada . Tapi . Kena kunci . "


" Siapa kunci ? " Tanya Nurzahirah dengan pantas .


" Kakak Kucina . Kakak Witchie . Mata Hara , bahaya . Boleh bunuh orang . " Jawab Nurzaharah dengan lembut sambil memegang tangan Nurzahirah . " Mata Hara . Merah . Sama , macam kaca . Mata akak . Warna apa ? Hara tak tahu warna .


" Biru . " Balas Nurzahirah dengan lembut lalu memegang kedua belah tangan Nurzaharah . " Takpe . Nanti , kita jumpa Pakcik . Minta pakcik ubat . " Kata Nurzahirah sambil tersenyum .


Siti Maisarah memegang kapas pada atas lengannya . " Ramai juga Didie bawa anggota untuk misi ni . "


" Dia nak pastikan misi ni berjaya . " Kata Siti Khumairah dengan lembut lalu membuang Picagari ke dalam tong sampah .

Kemudian , dipandangnya Nurzahirah dan Nurzaharah . " Seronok Hara . Banyak betul soalan dia . Tapi , kenapa muka Hara macam , takde reaksi ? "


" Akak pun , susah nak cakap . Keadaan persekitaran proses pembesaran Hara dan rakan - rakan dia kat sini . Dikelilingi dengan nada - nada sinis dan negatif . " Kata Siti Maisarah dengan lembut kemudian , dia memandang ke arah Nurzahirah , Nurzaharah , Shaza dan Shaja yang sedang rancak bercerita . " Kitoranglah yang saling membantu untuk jaga dan lindungi keselamatan diorang . "

Siti Maisarah mengeluh . " Dia tak pernah senyum Mai . Dia dan rakan - rakan dia nilah yang dah banyak berkorban demi keselamatan kitorang . "

Dia mengesat air matanya yang tumpah ke pipinya . " Sebelum Kucina dan Witchie datang kat sini . Dah banyak Saintis kat sini , dibunuhnya . Dia sorang je yang ada Banshee Psikik tu . Rakan - rakan dia yang lain ni pula , Banshee Psikik diorang semuanya dah lenyap sebab , Tenaga Elemen Warna dan Cahaya dan Elemen Psikik yang lemah . Banshee Psikik Hara pula dah jadi Banshee Psikik yang liar . Nasib Didie dapat jumpa Banshee Psikik Rara dan Hara semula . "


Berkerut dahi Siti Khumairah mendengar kata - kata Siti Maisarah . " Macam mana dia bunuh ? "


" Mai , Tenaga Psikik dan Elemen Banshee dia terlalu kuat . Akak tak dapat nak ajar dia dengan baik . Dia cuma guna minda dia untuk bunuh diorang semua . Mata Kiri dia , bahaya ." Jawab Siti Maisarah dengan jelas . " Lepas Kucina dan Witchie dan kunci , barulah dia nampak banyak sikit berjalan . Kalau tak , memang terapung dan terawang - awang je . "


" Dulu pun , masa Didie ajar Rara nak kawal Tenaga Elemen dia . Mata kanan Rara tu pun , bahaya juga . Tapi , lepas Didie dah ajar Rara macam mana nak kawal , Rara dah boleh kawal semua Elemen Tenaga dia dengan baik . " Kata Siti Khumairah dengan lembut sambil tersenyum lalu dipegangnya tangan Siti Maisarah dengan erat . " Dia macam akak tau . Dia tak pernah lagi gagal periksa . "


Tersenyum Siti Maisarah mendengar kata - kata Siti Khumairah .


Siti Khumairah dan Siti Maisarah membuang pandangan mereka ke arah Ahmadi dan Sheila Asyikin yang seperti sedang menegur Kucina dan Witchie .


" Korang berdua ada hutang dengan aku dan Cik Sheila . " Kata Ahmadi dengan jelas sambil berpeluk tubuh . " Kalau nak diikutkan dengan kesalahan korang ni , korang boleh dikenakan tindakan tatatertib , sebab cuai . "


" Saya tak faham . Macam mana korang boleh lakukan kesalahan ni . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas . Nada manjanya telah hilang entah ke mana . " Korang sepatutnya hantar kedudukan korang terlebih dahulu sebelum , nak masuk ke dalam mana - mana kawasan yang mencurigakan . "


" Manja dia dah hilang . " Kata Ratni dengan jelas .


" Sheila versi yang ini , memang layak jadi ketua . Tegas . Garang . " Kata Siti Hawa dengan lembut . " Tapi , menakutkan . "


" Tapi memandangkan , korang dah beri rawatan awal kat Hara dan bantu semua tebusan ni . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas dan tenang . " Kitorang akan lupakan kes ni . Tapi ingat , kali ni je . "


Kucina dan Witchie melakukan gerakan Hormat DiRaja .


Semua rakan Ahmadi tersenyum dan saling berpandangan . Malah , ada juga yang menganggukkan kepala .


" Ambil ni . " Kata Ahmadi lalu memberikan Makanan Kucing pek besar kepada Witchie dan Kucina . " Cik Sheila belikan untuk korang . Kualiti premium tu . "


Bersinar mata Kucina dan Witchie sebaik sahaja mendapat hadiah itu .


Selepas itu , Sheila Asyikin menghampiri Siti Maisarah dengan manja dan mendepakan tangannya . " Nak dukung . "


Siti Hawa menggaru kepalanya yang berselimutkan tudung dengan reaksi wajahnya yang satu macam sebaik sahaja dia melihat perubahan personaliti Sheila Asyikin . " Saya tak faham betul . Macam mana dia boleh berubah daripada tegas , garang , ganas dan menakutkan kepada manja , dengan sekelip mata je . Macam ada suis . "


" Dah besar , tak malu . " Kata Siti Maisarah dengan lembut lalu memanggil Sheila Asyikin agar menghampirinya .


Sheila Asyikin duduk rapat di sisi Siti Maisarah dan dengan manja , diletakkannya kepalanya di lengan Siti Maisarah .


Rakan - rakan Ahmadi saling berpandangan ketika Kucina dan Witchie memeluk hadiah mereka .


Ahmadi berjalan dan duduk di hadapan Nurzaharah .
Kemudian , diperhatikannya Kunci Elemen yang terhasil pada dahi Nurzaharah .

" Nanti Rara ajar adik Teknik Banshee yang pakcik ajar tu . " Kata Ahmadi dengan bersahaja .


" Sekarang pun boleh . " Balas Nurzahirah dengan pantas .


" Banyaklah Rara punya sekarang . " Pintas Ahmadi sambil tersengih . " Pergi bawa pasukan Rara tengok kawasan tingkat ni . "


" Yelah . " Kata Nurzahirah lalu dipandangnya wajah Nurzaharah . " Hara tunggu tau . Nanti kita borak lagi . "


Nurzaharah menganggukkan kepalanya .


" Shaja . Kau kat sini . Teman Cik Muda Hara . Biar kakak kau temankan Cik Muda Rara . " Kata Ahmadi dengan pantas . " Teman Tugas utama kau sekarang . Jaga Cik Muda Hara . Kau buat dia menangis , aku cabut kepak kau . "


Shaja terbang ke arah Nurzaharah dengan wajah masam . " Nak main ugut - ugut pula . "


Hagia Sofea memeluk Siti Maisarah dengan lembut .


" Adik akak yang sorang ni . " Kata Siti Maisarah dengan lembut . " Cantik . "


" Kak Mai . Akak jadi ketua . Didie dan yang lain nak tinjau keadaan kat luar tingkat ni . " Kata Ahmadi sambil dia bersedia dengan SC - Auto Riffle yang disediakan oleh Siti Nursamawi . " Kucina dan Witchie akan jadi pembantu akak . "


" Yelah . " Balas Siti Khumairah sambil tersenyum .


" Die . CCTV dah okey . " Kata Ratni dengan jelas .


" Lampu semua dah okey . " Kata Siti Hawa pula .


" Pintu Automatik pun saya dah selesaikan . " Kata Adam dengan tenang .


Stephen Akio Kenzo pula hanya mendiamkan dirinya sambil jari - jemarinya menari rancak pada Keyboard cahaya yang canggih .


Ahmadi tersenyum lalu memandang ke arah Siti Maisarah .


" Pipi tembam tu , dah kurus . Makin nampak cantik . " Kata Siti Maisarah dengan lembut sambil tersenyum .


Serta - merta mata Ahmadi memandang ke atas dengan reaksi wajah semacamnya . " Kentut dia masih macam tu juga . Hanyir . "


Siti Nursamawi menggalas SC - Auto Rifflenya lalu dia menghampiri Siti Maisarah dan mengucup tangan Siti Maisarah . " Kak Sarah jangan risau . Siti akan jadi isteri dan adik menantu yang baik . "

Kemudian , dia berdiri dan berjalan di belakang Ahmadi . " Aku dah dapat restu . "


" Diorang dah nak kahwin ke ? " Tanya Siti Maisarah dengan senyuman lebarnya .


" Takdelah . Budak berdua ni je yang lebih - lebih . Mengada . " Kata Siti Nurjannah dengan lembut lalu ditariknya telinga Sheila Asyikin . " Dah . Jangan nak ' mengendeng ' dengan Kak Sarah . Pergi ikut Didie . "


Sheila Asyikin berjalan sambil menghentak - hentakkan kakinya dengan wajahnya yang masam mencuka .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Mata Ahmadi meliar di kawasan tingkat yang menjadi penempatan sementara mereka .

Kawasan itu yang sebelum ini kelihatan malap , kini telah menjadi terang .

Ratni , Adam dan Siti Hawa telah berjaya menggodam keseluruhan sistem bangunan itu .


" Pakcik . Kawasan ni , selamat . Sorang pun takde . Tapi , kat depan tu . Ada banyak juga Zombie yang ' kiok ' . Mungkin dah mati dah . " Kata Nurzaharah dengan jelas memberikan laporannya .


Ahmadi mengangukkan kepalanya sambil matanya terus memerhatikan keadaan sekeliling .

Ada sesuatu yang berlainan dapat dirasakannya . Dan keadaan itu agak menghairankannya .


" Apa yang awak fikir ? " Tanya Aivira sambil dia juga melihat ke arah sekelilingnya .


" Udara dalam bangunan ni tak sama dengan udara kat luar . " Jawab Ahmadi dengan jelas lalu , matanya melekat ke arah sebuah pintu kerana Rissa keluar dari arah itu .


" Tuan , saya tak rasa udara kat dalam bangunan ni , sama dengan udara yang kat luar . " Kata Rissa dengan jelas .


Ahmadi menganggukkan kepalanya lalu melihat ke arah Nurzahirah yang sedang menghalakan sebelah tangannya ke luar melalui jendela yang terkuak . " Tekanan udara kat luar , rasa dia berat . Tapi , kat dalam ni , macam ringan sikit . "

Kemudian , dia menjelmakan corak berjalur abstrak dan unik pada tangan kanannya . " Rara rasa , tekanan Tenaga Semula Jadi dalam bangunan ni , tak sama dengan tekanan kat luar bangunan ni . "


Ahmadi tersenyum sambil memandang ke arah Nurzahirah dan menganggukkan kepalanya .


" Awak memang latih diorang untuk situasi macam ni ke ? " Tanya Muniandy dengan jelas .


Ahmadi hanya tersengih . " Status kawasan ni ? "


" Tingkat ni selamat tapi , area bawah dan atas tingkat ni , macam tak , pasal . Iecha dan Tsu ada kesan pergerakan pelik . " Kata Siti Aisyah dengan lembut .


" Rara arahkan anggota Rara untuk pastikan tingkat ni selamat . Lepas tu . Rara dan semua Pahlawan Tertinggi Rara ikut kitorang siasat tingkat kat atas . " Kata Ahmadi dengan jelas sambil dia berjalan bersama semua rakannya . " Korang yang lain , bawa mana - mana anggota pasukan Rara yang korang rasa nak bawa . "


" Pahlawan Tertinggi Rara ? " Tanya Nurzahirah dengan lembut . " Siapa ? "


" Rara dah tahu siapa . " Jawab Sheila Asyikin lalu dikucupnya kepala Nurzahirah dengan lembut .


" Saya tak bersedia lagi nak jadi cikgu . " Kata Muniandy dengan jelas .


" Saya dan adik saya pun sama . " Kata Maera dengan tenang .


" Aku tak rasa yang aku sesuai untuk jadi tenaga pengajar . " Kata Siti Nursamawi pula .


Sheila Asyikin tergelak kecil lalu dia melirik ke arah Siti Nursamawi dengan gaya manjanya . " Nanti habis diorang lari . "


" Tahu takpe . " Balas Siti Nursamawi sambil tersengih .


" Takpelah . Biar saya je yang pilih . " Kata Aivira dengan perlahan lalu dia mula melihat ke arah anggota pasukan Sayap Merah dan Biru yang sedang menerima arahan daripada Nurzahirah .

Dia terlihat akan dua orang remaja yang sebaya dengan Nurzahirah .

Daripada pengamatannya , dua Pahlawan Muda itu agak sesuai pada pandangan matanya dan menarik perhatiannya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Matahari tegak di atas kepala dan panasnya terasa menggigit di ubun - ubun .

Udara pula bagaikan mati kerana angin yang tidak berhembus .


Di dalam sebuah bangunan yang terbengkalai , kelihatan sekumpulan Manusia sedang berkumpul .

Wajah mereka kelihatan seperti membincangkan perkara yang amat penting .


" Kita tak boleh pandang rendah dengan dia . Dia ada potensi untuk gagalkan rancangan aku . " Kata Edy dengan suaranya yang jelas . " Aku tak nak , ada yang ganggu rancangan aku untuk tukarkan dua dunia ni jadi neraka . Walaupun Sayap Peganiex . "


" Kita dah tahu . Fosil telur daripada haiwan tu , mampu untuk gegarkan dunia kalau dia berjaya wujudkan semula binatang buas tu . " Kata Erna pula . " Kat Dunia Manusia , spesies Dinosour memang dah pupus sama sekali . Yang tinggal cuma yang dah berevolusi je . Tapi kat Dunia Mitos , Dinosour masih wujud lagi walaupun , bilangannya dah nak hampir pupus . Rancangan kita akan gagal kalau dia berjaya . Lagi satu . Itu bukan fosil biasa . Itu fosil haiwan yang tahu nak gunakan Tenaga Elemen . "


" Aku dah cakap tadi . Takkan ada yang akan halang rancangan aku . " Kata Edy dengan jelas sambil menggelengkan kepalanya . " Aku akan hapuskan dia . "


" Kita akan sama - sama hapuskan dia . Kalau ada kawan - kawan dia yang selamatkan dia . Kita akan hapuskan diorang sekali . " Sampuk Sham dengan jelas . " Kita ada ramai Pahlawan baik dari dunia ni atau dari Dunia Mitos . Kita akan pastikan , rancangan ni akan berjaya . Kita akan tuntut bela . "


" Kita dah lama rancang benda ni . Kita dah separuh jalan . Kita akan teruskan walau apa pun halangannya . " Celah Rohan dengan jelas lalu dia menyalakan Cahaya Elemen pada matanya . " Kita akan bunuh siapa je yang halang kita . "

Tindakannya itu disusuli oleh rakan - rakannya yang lain .


Termasuklah Erna yang duduk rapat di sisi Edy .


Edy menganggukkan kepalanya lalu memancarkan Cahaya Elemennya pada anak matanya .

Anak matanya seperti anak mata seekor binatang yang dipenuhi dengan kebencian .

Dia mengeluarkan tanduk - tanduk yang menakutkan daripada dahinya .

Sayapnya yang besar dan menakutkan keluar daripada ke dua belikatnya . " Kita akan tunjukkan kat diorang . Sesuatu yang mereka tak pernah dengar . Tak pernah lihat . Dan sesuatu yang mereka tak pernah bayangkan . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi mengarahkan Muniandy dan Maera bergerak ke depan .

Dan kemudian , dia mengarahkan pula Naera dan Sheila Asyikin untuk bergerak di belakang Muniandy dan Maera .

Selepas itu , dia dan Siti Nursamawi bergerak ke depan dan berselindung di sebalik pintu sambil mengintai ke depan .


Kemudian , giliran Aivira pula bersama dengan dua Pahlawan cilik pilihannya untuk mengambil tempat dan , dia berhenti seketika berhampiran dengan Ahmadi .


" Apa ? " Tanya Ahmadi yang kehairanan .


" Budak berdua ni memang tahu bertarungkan ? " Tanya Aivira dengan bersahaja nadanya .


" Tahu . " Balas Ahmadi lalu menggerakkan kepalanya mengarahkan Aivira segera menuju ke tempatnya .


Aivira menggosok - gosok kepala Ahmadi .


Aivira , Mojack dan Selviana berlari ke depan dan terus berselindung pada meja - meja yang telah bergelimpangan .


Selepas itu , Ahmadi berlari ke depan dengan membawa bersama Nurzahirah dan Pahlawan - pahlawan Nurzahirah .


Pada ketika itu , semua keadaan itu dapat disaksikan dengan jelas pada monitor bercahaya yang canggih menerusi CCTV .


" Kat sinilah kitorang berlawan dengan makhluk yang menakutkan tu . Pada awalnya , kitorang hasilkan satu Dinding Psikik untuk halang makhluk tu daripada kejar kitorang . " Kata Siti Maisarah dengan lembut . " Lepas kitorang dah balik semula ke tempat ni , kitorang lenyapkan semula dinding tu . "


" Tengok ni . " Kata Ratni dengan tenang sambil dia membesarkan siaran CCTV agar

Kelihatan beberapa ekor makhluk yang menakutkan sedang menuju ke arah Pasukan Ahmadi lebih jelas . " Makhluk apa ni ? "


" Die . Ada pergerakkan yang pantas dekat depan . Macam binatang buas . " Kata Aivira lalu dia menyediakan senjatanya .


" Korang bertiga ke belakang sikit . Tunggu arahan aku . " Kata Ahmadi lalu dia mengarahkan agar rakan - rakannya yang lain bersedia dengan senjata masing - masing .

Selepas itu , dia mengarahkan pula agar Nurzahirah dan rakan - rakan Nurzahirah turut bersedia .


Stephen Akio Kenzo yang masih lagi cuba mendapatkan maklumat hanya mendiamkan diri .


Tidak lama kemudian , makhkuk menakutkan yang dilawan oleh Siti Maisarah tempoh hari menjengah .

Menghidu udara dengan pergerakkan pelik yang amat menakutkan .


Haiwan itu merangkak seperti Harimau sambil bergerak ke depan .


" Siti . Cuba kau tembak kepala dia . Tembus ke tak . " Arah Ahmadi .


Tanpa berlengah , Siti Nursamawi selaku Penembak Tepat melepaskan pelurunya .


Haiwan itu hanya sekadar tertoleh mengikut tujahan peluru tadi lalu , mengaum dengan suara yang amat menyeramkan .


" Peluru kita tak makan . " Kata Siti Nursamawi dengan perlahan .


Tidak lama selepas itu , beberapa ekor lagi makhluk yang sama muncul .


Ahmadi meletakkan senjatanya sambil mengeluh lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal . " Kau tunggu sini . Jadi ketua . Arah rakan - rakan yang lain lepaskan tembakkan kalau kau rasa kitorang terancam . Aku nak tengok , sejauh mana kepantasan makhluk ni menyerang . "

Kemudian , dia mengarahkan agar Sheila Asyikin , Maera , Naera dan Muniandy agar sebaris dengan Siti Nursamawi .

Selepas itu pula , dia memberikan arahan kepada kumpulan kecil Nurzahirah agar bersedia .


Makhluk - makhluk itu mengeluarkan bunyi seperti ular yang mendesis sambil menyeringai .

Memperlihatkan barisan giginya yang menakutkan dan dibasahi liur serta lendir yang meloyakan .


" Korang dah bersedia ke ? " Tanya Ahmadi dengan bersahaja lalu dia membukakan Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya . " Peluru kita tak mendatangkan hasil . Kita kena bertarung . "

Matanya memancarkan Elemen Cahaya dan Warnanya . Biru dan Putih . Dan satu lagi Elemen Cahaya dan Warnanya yang telah terbuka sewaktu dia mendapatkan Banshee Psikik Nurzahirah dan Nurzaharah . Tenaga Elemen yang berwarna Hijau .


" Takde ke , keadaan yang lebih buruk daripada keadaan sekarang ni ? " Tanya Aivira lalu menyangkutkan senjatanya pada kaki sebuah meja .


" Ada . Kita semua kena ratah oleh binatang - binatang ni . " Kata Ahmadi dengan pantas dan spontan .


Makhluk - makhluk yang menakutkan itu mengaum di hadapan Ahmadi , Aivira , Mojack dan Selviana .


Ahmadi menolak lembut bahu Mojack dan Selviana dengan lembut .


Mengerti akan maksud Ahmadi , Mojack dan Selviana mengubahkan diri mereka kepada Mode Pertarungan mereka .


Mojack dan Selviana dengan pantas mengubahkan diri mereka kepada Mode Pertarungan .

Memiliki lapan pasang mata yang bulat dan bersinar . Bagai Mutiara yang bersinar dan bercahaya .

Mulut mereka berdua melebar dan amat menakutkan sambil menyeringai memperlihatkan kegarangan mereka .

Barisan gigi mereka menjadi tajam dan menggerunkan . Dalam keadaan yang bersedia untuk bertempur , mereka berdua mengaum dengan suara yang tidak kurang hebatnya .


" Puak Aexrieca rupanya budak berdua ni . " Kata Aivira sambil tersengih .


Makhluk - makhluk tadi mengaum tanda membalas ngauman Selviana dan Mojack lalu berlari dengan pantas untuk menyerang .


" Kau ada tugas . Kau kena didik diorang untuk jadi macam kau . " Kata Ahmadi lalu , dia berlari ke hadapan mengajak bersama Mojack dan Selviana untuk melakukan serangan .

Dia melontarkan Bebola - bebola Tenaga Elemen ke arah makhluk - makhluk itu dan menyebabkan , makhluk itu terundur ke belakang .


Dua ekor lagi makhluk yang sama meluru ke depan . Namun dihalang oleh Siti Aisyah dan Tatsumaki .

Manakala seekor lagi dihalang oleh Nurzahirah , Mandy Chong Wei Tze dan Rissa .


" Maera , sasarkan kat lawan Iecha . Andy kat lawan Rara . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas lalu menyasarkan senjatanya ke arah lawan Ahmadi . " Sheila , aku dan Naera akan sasarkan kat mana - mana sasaran yang patut kena tembak . "


" Mari berseronok . " Kata Maera sambil tersenyum .


" ' Aye - aye ' Kapten . " Balas Muniandy dengan jelas .


" Okey . " Kata Maera dengan tenang sambil mempersiapkan senjatanya .


Sheila Asyikin tergelak kecil . " Bila kali terakhir kita menembak ? "


Mandy Chong Wei Tze menghayunkan Wandnya lalu , beberapa Cakera berwarna Hijau dan Kuning terhasil dan terus hinggap ke sasarannya .

Rissa pula menghasilkan tiga batang Tombak Elemen yang unik dan terus menikam sasarannya dengan garang .

Nurzahirah pula melompat beberapa langkah ke belakang sambil melontarkan beberapa Bilah Angin berjalur Merah yang cantik ke arah kepala sasarannya .

Selepas itu , dia menyilangkan tangan kanannya di hadapannya lalu menghasilkan corak - corak kunci Banshee Psikiknya yang abstrak dan berjalur unik yang memancarkan cahaya Elemen Warna dan Cahayanya .

Tidak lama selepas itu , Banshee Psikiknya menjelma di belakangnya dengan mendepakan tangan .

Dengan mata yang tersenyum tapi terpejam . Dengan bibir tersenyum yang menggerunkan . Banshee Psikiknya menghasilkan beberapa rantai pelik dan menakutkan yang memiliki Bilah - bilah Angin dan hujung tajam daripada bawah lengan bajunya yang berwarna Putih .

Shaza yang berada di sisi kanan Nurzahirah pula , menghasilkan akar - akar berduri pada rantai - rantai yang dihasilkan oleh Banshee Psikik Nurzahirah tadi .


" Mak . Mak . Itu ' hantu ' Kakak . Kakak dah jumpa . " Kata Nurzaharah dengan nada yang teruja .

Namun , oleh kerana wajahnya yang tidak bereaksi , hanya nada suaranya sahaja yang menjadi tanda akan perasaannya . " Hara tak jumpa lagi . "


" Hara punya , ada kat kakak . Kakak simpan . Kalau Hara dah sihat . Nanti akak bagi kat Hara . " Kata Siti Nurjannah sambil mengusap lembut kepala Nurzaharah .


Nurzaharah menganggukkan kepalanya lalu memandang Siti Nurjannah yang tersenyum . " Hara sihat . Hara simpan . Hara jaga . "


" Mai , siapa yang selalu berlatih dengan Rara ? " Tanya Siti Maisarah dengan lembut . Namun , nada keterujaannya tidak dapat disembunyikannya .


" Didie yang selalu berlatih dengan dia . Rara handal bersilat . Didie ajar dia Seni Pertempuran Bebas . " Jawab Siti Khumairah dengan lembut sambil memegang tangan Siti Maisarah .


Nurzaharah memejamkan matanya lalu berpelik tubuh . " Hara nak Pakcik ajar . Ajar macam kakak . Kakak kuat . Hara kuat . Boleh jaga mak . Tolong kakak . "


" Tunggu sihat nanti ye . " Kata Hagia Sofea pula lalu memegang ke dua belah bahu Nurzaharah dengan lembut .


Nurzaharah menganggukkan kepalanya .


Shaja yang terapung di sisi kiri Nurzaharah berpeluk tubuh . " Tapi . Kalau Cik Muda Hara dah jadi kuat . Jangan lupakan saya tau . "


Nurzaharah menggelengkan kepalanya dengan agak laju . " Tak . Tak lupa . Kita kawan . Hara tolong Shaja . Shaja tolong Hara . Tolong semua kawan . "


Letupan peluru yang dilepaskan oleh kumpulan Siti Nursamawi yang diselangi dengan dentingan bunyi kelongsong peluru yang jatuh ke lantai menjadi irama pada telinga mereka .


Tatsumaki memukul lantai lalu , tunggul - tunggul Elemen Psikik mengangkat sedikit tubuh lawan mereka yang bersaiz tiga kali ganda saiz anak Gajah sedikit terangkat .

Keadaan itu dimanfaatkan oleh Siti Aisyah dengan menghasilkan corak berlingkar yang abstrak dan unik yang berwarna Ungu , Indigo dan Kuning pada lawan mereka .

Anak - anak panah yang beraruskan Elektrik keluar dari arah corak berjalur tadi dan terus menyerang bahagian bawah badan musuh mereka .


Terasa bergegar bangunan itu dek kerana Serangan Elemen itu walaupun sekadar serangan pada skala yang kecil .


Banshee Psikik Nurzaharah melancarkan serangannya . Rantai - rantai Elemen Psikik yang telah dihasilkannya meluru ke arah lawannya dengan kelajuan yang pantas.

Sekelip mata sahaja , lawannya telah terikat dan telah pun cedera parah akibat terhiris oleh Bilah - bilah angin yang terdapat pada rantai elemen itu .


Melihat keadaan itu , Rissa menghasilkan satu corak berjalur abstrak pada lantai di mana lawannya yang telah terikat tadi .

Tidak lama selepas itu , Bilah Sabit Psikik muncul dan terus menarik tubuh lawannya dengan kuat ke lantai .


Mandy Chong Wei Tze memanfaatkan keadaan itu dengan menghasilkan corak berjalur abstrak pada corak yang dihasilkan oleh Rissa sebentar tadi.

Akar - akar Psikik menjelma dan membelit musuh mereka dengan lebih kuat .


Nurzahirah mengarahkan Banshee Psikiknya mengawal pergerakkan makhluk itu dengan cuba untuk mengawal minda lawan mereka .


Tatsumaki dengan garang membalikkan lawannya di atas lantai dan keadaan itu dimanfaatkan oleh Siti Aisyah dengan menghasilkan ribuan Anak panah yang menghujani lawan mereka dengan deras .

Tidak cukup dengan itu , Tatsumaki dengan pantas mengenggamkan tangan kirinya yang dihalakannya ke arah lawan mereka berdua .

Serta - merta binatang itu seperti terikat oleh sesuatu .
Siti Aisyah dengan segera menghasilkan corak berjalur abstrak pada sekitar haiwan tadi dan terus menghasilkan arus elektrik untuk melumpuhkan lawan mereka .

Melihat lawan mereka tidak lagi bergerak , Siti Aisyah dan Tatsumaki melagakan penumbuk mereka sambil tersenyum .


Mojack melompat ke udara sambil menjelmakan sebilah Pedang lurus manakala Selviana pula berlari dan menggelongsor pada bahagian bawah kepala makhluk itu sambil turut menjelmakan dua bilahb Parang yang unik seninya .

Dengan garang , Mojack menikam kepala lawannya manakala Selvina pula dengan pantas mengelar dan menghiris leher lawannya .


Aivira pula dengan pantas dan agak bersahaja menghasilkan bulatan berjalur abstrak dan unik lalu , tali - tali sutera yang lutsinar yang memiliki racun - racun melilit dan mengikat tubuh binatang itu .


Ahmadi yang melihat semua serangan itu kelihatan tersengih kerana , dia tidak sempat hendak melakukan apa - apa juga serangan .


" Ini kali pertama saya lihat . Didie jadi patung tanpa lakukan apa - apa . " Kata Maera selepas kelongsong terakhir melompat keluar daripada senjatanya .


" Sheila pun sama . " Kata Sheila Asyikin lalu dia mengesat peluh di dahinya .


Ahmadi memandang ke arah lawan Tatsumaki dan Siti Aisyah yang telah kaku di atas lantai selepas terkena renjatan Elektrik oleh Siti Aisyah .


" Boleh tahan . " Kata Kontra dengan jelas . " Kita macam nak mati masa nak lawan binatang - binatang ni . Diorang kejap je . "


" Bukan calang - calang Pahlawan budak - budak ni . " Kata Orekna pula .


" Dah mati ke ? " Tanya Ahmadi dengan jelas .


" Belum . Lumpuh seluruh badan je . " Balas Siti Aisyah dengan jelas .


" Matikan dia . " Kata Ahmadi lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah Nurzahirah .


Tatsumaki dengan pantas menghayunkan tangannya lalu , simen - simen lantai , siling dan dinding terbuka , terangkat dan terapung .

Kemudian , dia menggenggamkan tangannya lalu , simen - simen tadi dengan pantas menghimpit haiwan yang menjadi musuhnya dan Siti Aisyah tadi dengan kuat sehingga jelas kedengaran bunyi geseran simen yang bersulamkan bunyi tulang - temulang yang patah .


" Siapa budak lawa rambut hijau tu ? " Tanya Nobenta dengan jelas . " Tengok dari gaya dia . Macam dah biasa dengan keadaan macam ni . "


" Nama dia Tatsumaki . Panglima Muda dalam pasukan DiRaja Lagenos . Dia memang tak berhati perut kalau berdepan dengan lawan . " Kata Kucina dengan jelas . " Saya , Dia dan Witchie seperguruan . "


" Kalau tak silap saya . Tuan Didie dah masukkan dia dalam pasukan Cik Muda Rara sebagai Pegawai dan Pahlawan Peribadi . " Kata Witchie pula dengan lembut . " Dia akan dibantu oleh Cik Muda Iecha . "


" Iecha ? Yang pakai tudung tu , Iecha ke ? " Tanya Siti Maisarah dengan jelas .


" Ye . Iecha . " Kata Hagia Sofea lalu menunjuk ke arah monitor cahaya . " Kata tepi kiri Rara tu , Mandy . Anak Sougaena Chong Wei Lee . "


" Tak perasan langsung diorang ada kat sini . " Kata Siti Maisarah dengan lembut .


" Rara dah kawal pergerakkan makhluk ni . " Kata Nurzahirah dengan jelas .


Ahmadi menganggukkan kepalanya .


" Pakcik cakap je nak kitorang buat apa . " Kata Banshee Psikik Nurzahirah lalu menyingsingkan ke dua belah bajunya .

Dengan mata tersenyum dan terpejamnya , dia meninju - ninju udara . " Nak bunuh binatang hodoh ni , boleh je . "


" Jangan nak nak mengada - ngada boleh ? " Kata Nurzahirah dengan jelas .


Banshee Psikik Nurzahirah memeluk leher Nurzahirah dengar luas . " Janganlah marah . Kitakan sama . Saya , Rara . Rara pula , saya . "


" Rissa , Mandy . Hapuskan binatang ni . " Arah Ahmadi dengan tenang . " Rara pun sama tapi , jangan guna Banshee Psikik tu . "


Banshee Psikik Nurzahirah hanya membuat muka dengan mata tersenyum dan terpejamnya .


Nurzahirah dengan bersahaja melibaskan tangannya di udara lalu , Rantai Psikik tadi dengan pantas berubah menjadi Bilah - bilah Angin dan terus sahaja menghiris dan memotong binatang yang menakutkan itu bagaikan kelopak bunga yang terkuncup .


Rissa dan Mandy Chong Wei Tze agak terperanjat dengan teknik Bilah Angin Nurzahirah .


Ahmadi kemudian memandang pula ke arah Aivira .


" Lumpuh keseluruhan . " Kata Aivira dengan tenang .


" Kekalkan binatang ni macam ni . Aku perlukan binatang ni untuk Stephen . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Tunggu kat sini "

Dia melenyapkan dirinya dan muncul semula di sisi Stephen Akio Kenzo . " Steph . Semua kelengkapan kau untuk buat kajian kecil , kau ada bawakan ? "


Kemunculan Ahmadi itu sedikit memeranjatkan Khalid dan semua yang berada di situ .


" Ada . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan pendek sambil jari - jemarinya terus menari - nari di atas papan kekunci cahaya yang canggih . " Awak nak saya buat apa ? "


" Ada ciri - ciri persamaan yang aku perasan yang ada kat Zombie kat luar tu dengan binatang yang kitorang lawan . Aku nak kau tengoklah kot - kot genetik atau DNA Zombie dan bintang tu sama . " Jawab Ahmadi dengan tenang . " Aku tak pandai sangat dengan istilah - istilah Sains ni tapi , kau fahamkan maksud aku ? "


" Faham . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan pendek sahaja sambil dia melakukan kerjanya . " Tangkap saya satu Zombie dan , satu makhluk tu . Lepas saya dah siap korek semua data ni . Saya akan buat . "


Ahmadi menghubungkan Tenaga Mindanya dengan Tenaga Minda Sheila Asyikin lalu , menjelmakan satu corak pada tangan kanannya dan corak itu juga turut menjelma pada tangan kanan Sheila Asyikin .


" Dengar . Dengar . Abang nak kita kawal dan jaga tingkat ni . " Kata Sheila Asyikin dengan manja . " Rara , pakcik panggil masuk dalam . "


" Mesti ada sesuatu yang dah sebabkan keadaan ni berlaku . " Kata Kontra dengan jelas dan tenang . " Kalau tak . Mustahil tekanan Tenaga Semula Jadi kat luar tu tak sama dengan yang kat dalam . "


Nurzahirah memasuki ruang itu dari pintu .


" Rara , beri Kunci Banshee Psikik adik . Ajar dia cara buka dan kunci . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Pakcik perlukan Rara dan adik untuk kesan ada berapa banyak makhluk yang ada kat dalam bangunan ni . "


Nurzahirah agak terperanjat mendengar arahan Ahmadi . Bukan dia sahaja malah , hampir keseluruhan yang berada di situ juga dihimpit kehairanan tatkala mendengar kata - kata Ahmadi .


" ' Badan ' adik ! " Kata Banshee Nurzahirah dengan lantang sambil sebelah tangannya memeluk leher Nurzahirah dengan kuat manakala sebelah lagi tangannya menunjuk ke arah Nurzaharah sebaik sahaja dia terlihat akan Nurzaharah yang sedang memandang ke arahnya dengan mata yang tidak berkelip .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience