Rate

BAB 51 TIDAK SEPERTI DULU

Fantasy Series 3820

Ahmadi menyantuni pelanggannya seperti biasa .
Mengukirkan senyuman sebaik sahaja duit pulangan diberikan kepada pelanggannya .
Rindu yang puas bagaikan terlunas . Dia tersenyum lebar sebaik sahaja seorang demi seorang pelanggan mengunjungi Kedai Kek Cawannya . Bersilih ganti . Seorang demi seorang .
Seperti terlalu lama Kedai impiannya itu tidak beroperasi .


Sheila Asyikin keluar melalui pintu yang menghubungkan kawasan itu dengan dapur.

Dia membawa sedulang potongan Kek Buah yang beraneka warna .

Dengan cermat , dia menyusun dan memperagakan Kek Buahnya di dalam Rak Peragaan yang bercermin kaca .

Selepas itu , dia kembali semula ke dapur selepas menghadiahkan senyuman dan lirikan mata manja nakalnya ke arah Ahmadi .


Ahmadi membalas senyuman rakan sejatinya itu lalu berdiri dan berjalan ke meja yang menempatkan pinggan dan gelas .

Dikemasnya meja itu dan meletakkannya di atas sebuah ruang yang berlubang . Kemudian dia membunyikan loceng .


Sejurus selepas itu , Sheila Asyikin menjengah dan mengambil pinggan dan gelas tadi .


Ahmadi melihat ke arah Jam Dinding yang berdetik dengan senyuman kepuasan terukir di wajahnya. " Cukuplah untuk hari ni . Esok sambung lagi . "

Dia kemudiannya menutup operasi perniagaannya dengan memusingkan papan tanda yang bergantung pada pintu . " Tutup . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Pada waktu yang sama , Siti Nursamawi sedang berada di dalam Kereta Udaranya yang berwarna Merah .

Dia menyusuri jalan raya sambil melayan lagu bergenre Rock yang berdendang melalui Pemacu Muzik keretanya .

Kepalanya terangguk - angguk perlahan melayan irama Pedal Drum dan bunyi Bass .

Dia kemudiannya memperlahankan keretanya kerana Lampu Kuning berkelip - kelip menandakan Lampu Merah akan menyala .

Ketika dia berhenti di lampu Isyarat , dia terlihat Nurzahirah , Mandy Chong Wei Tze dan Siti Aisyah .

Dia dengan pantas membunyikan hon keretanya .


Nurzahirah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze berpaling dengan serentak dan kemudian , dengan pantas berlari dan terus sahaja memasuki kereta .


" Korang dari mana mana ni ? " Tanya Siti Nursamawi lalu diperlahankannya irama muzik Rocknya . " Merayap je . Korang ni , ponteng ke , lari dari rumah ? "


" Sekolahlah . " Balas Siti Aisyah dengan pantas . " Ada kelas tambahan hari ni . "


" Budak berdua ni ? " Tanya Siti Nursamawi lalu kembali membawa keretanya menyusuri jalan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan .


" Budak berdua ni ada latihan sukan tadi . " Jawab Siti Aisyah dengan lembut .


" Kak Siti . Main radiolah . Rock akak ni bising sangat . Buat sakit kepala . " Kata Mandy Chong Wei Tze .


" Korang ni tak ada cita rasa langsunglah . " Kata Siti Nursamawi lalu mematikan irama Rocknya dan menggantikannya dengan Radio .


Nurzahirah menyanyi mengikut lirik yang berdendang menerusi radio .

Ketika sampai Chorus , Mandy Chong Wei Tze dan Siti Aisyah juga menyanyi bersama .


" ' Uweeekkk ' , ' weekkkkk ' " Perli Siti Nursamawi . " Lagu korang ni . Meloyakan betul . Langsung takde seni . "


Nurzahirah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze semakin menguatkan suara mereka dengan menyanyi riang .


" Diamlah ! " Jerit Siti Nursamawi dengan lantang . " Memekak ! "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kelihatan Stephen Akio Kenzo sedang meneliti sesuatu pada Monitor .

Terdapat 21 Monitor yang memaparkan rakaman fonemena semasa peperangan antara pasukan yang disertainya , dengan Pasukan Kegelapan .

Turut bersamanya adalah , Scarlet . Yang sedang duduk membelakanginya .


" Awak dah pasti ke , awak dah padam semua ni , daripada semua Satelit yang ada kat angkasa tu ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan jelas .


" Saya berani serahkan nyawa saya kepada Tuan . " Jawab Scarlet dengan jelas dan tenang .

Pada hakikatnya . Dia masih lagi tertanya - tanya akan apakah maksud tujuan Stephen Akio Kenzo mengarahkannya untuk berbuat demikian .


" Pasal 13 Penggodam tu pula macam mana ? " Tanya Stephen Akio Kenzo .

Kemudian , dia mengeluh kecil . " Saya tak suka awak panggil saya macam tu . "


" Saya tetap kena hormat awak juga . Akses Komputer mereka saya dah pantau rapi . " Jawab Scarlet dengan jujur dan jelas . " Setiap data yang mereka keluarkan daripada Sistem Syarikat . AI milik saya akan menyemaknya . "


" Bagus . Bagus . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan agak perlahan lalu , jarinya menekan - nekan papan kekunci .

Seketika kemudian , semua rakaman itu terpadam . " Pergi sambung kerja awak semula . "

Selepas itu , dia berjalan ke pintu dengan tenang . " Saya akan serahkan 13 orang pengkhianat tu pada pihak berkuasa . '


" Tuan . Boleh saya tanya sesuatu ? " Tanya Scarlet .


Stephen Akio Kenzo memandang ke arah Scarlet .


" Tuan tak arahkan saya untuk berbuat sesuatu yang bertentangan dengan undang - undangkan ? " Tanya Scarlet . Jelas . Nadanya berbaurkan kebimbangan . Dan nadanya itu direaksikan oleh wajahnya .


" Takdelah . Apa yang saya arahkan ni . Ia sesuatu dah membantu negara . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas dan sambil tersenyum .

Kemudian , dipandangnya mata Scarlet . " Jika nyawa awak terancam disebabkan oleh perkara ni . Awak jangan risau . Saya akan pertaruhkan nyawa saya demi keselamatan awak . Awak jangan risau . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Akak nak belanja kitorang ke ? " Tanya Mandy Chong Wei Tze .


" Korang jangan banyak bunyi sangat , boleh tak ? " Balas Siti Nursamawi dengan bersahaja lalu mengunci kenderaannya . " Akak dah bagi korang tumpang percuma tau . Lagi nak minta belanja . Korang tak malu ke ? "


" Itu pun nak berkira . " Tanya Siti Aisyah dengan bersahaja sambil membetulkan tudungnya dengan pantulan daripada cermin kereta . " Dah gaji kot . "


" Kak Iecha dan Mandy nak minta belanja dengan Kak Siti ? Memang mustahillah dapat . " Kata Nurzahirah lalu berjalan ke Kedai Ahmadi . " Elok kita minta terus daripada pemilik Kedai ni . "


Bunyi pintu yang menandakan pintu dibuka kedengaran .


" Korang nak apa ? Kedai dah tutuplah . Esok - esok jelah korang datang . " Kata Sheila Asyikin dengan manja sambil dia mengemop lantai .


" Tak eloklah Kakak Patung cakap macam tu . " Balas Nurzahirah lalu melabuhkan pungunggnya di atas kerusi . " Mana Pakcik ? "


" Buang sampah . " Balas Sheila Asyikin sambil meneruskan pekerjaannya .


" Sheila . Ada Kek Strawberry lagi tak ? " Tanya Siti Nursamawi sebaik sahaja dia memasuki Kedai itu . " Aku nak alas perut dululah , sementara nak tunggu makan malam . "


Sebaik sahaja Siti Nursamawi mendudukkan dirinya di atas kerusi , Sheila Asyikin terus sahaja muncul di belakangnya .

Mop yang dipegangnya tadi jatuh ke lantai .
Diurut - urut dan dipicit - picitnya bahu Siti Nursamawi . " Penat ye . Biar Sheila urut ye . "


Ahmadi keluar daripada pintu yang menghubungkan kawasan itu dengan bahagian dapur . " Apa korang semua buat kat sini ? Lari dari rumah ke ? "


Siti Nursamawi hanya tersenyum sambil menikmati urutan Sheila Asyikin yang tidak seberapa .


" Geram betul dengan Kak Siti ni . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan wajahnya yang masam mencuka .


" Sabar . Sabar . Biarkan je . " Kata Siti Aisyah dengan bersahaja . " Puteri kita belum beraksi lagi tu . "


Dengan wajah yang sedih - sedih manja , Nurzahirah menghampiri Ahmadi .

Kemudian , dipegangnya ke dua tangan Ahmadi . " Pakcik . Hari nikan . Rara dan Kak Mandy ada latihan sukan . Kak Iecha pula ada kelas tambahan . Letih . "


" Habis tu ? Rara nak apa ? " Tanya Ahmadi dengan nada kehairanan menyapu nada suaranya .


" Waktu - waktu macam ni . Jalan mesti sesak . Mesti lambat sampai rumah . " Balas Nurzahirah dengan sedih - sedih manjanya yang semula jadi . " Jadi . Kalau boleh . Kitorang nak Pakcik belanja Kek . Alas perut je . Sementara tunggu makan malam . Bolehkan ? "


" Itu pun nak Pakcik belanja ke ? "Tanya Ahmadi sambil menggaru kepalanya lalu , duduk rapat di sisi Siti Nursamawi . " Rezeki korang hari ni . Ada kat dapur tu . Nasib baik tak letak dalam kotak lagi . Memang ingat nak bawa balik rumah . Korang muntakedarah jelah Kek tu kalau korang nak . Nak bawa balik rumah pun takpe . "


Nurzahirah tertawa kecil lalu berlari ke bahagian dapur .
Disusuli oleh Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze .


" Kau pun pergilah makan . " Kata Ahmadi lalu dipukulnya manja tepi lutut Siti Nursamawi .


" Tak nak . Biar aku mati kering kat sini . Jangan pedulikan aku . " Balas Siti Nursamawi dengan nada merajuknya . " Kau lagi pedulikan budak - budak tu daripada aku . Pergi layan budak - budak tu . Biar aku lapar kat sini . "


" ' Ishhh ' , kau nilah . " Kata Ahmadi lalu dicubitnya pipi Siti Nursamawi . " Budak - budak tu bawah umur kot . Kau nak aku kena 16 sebatan ke ? "


" Entah . Malas nak cakap . " Balas Siti Nursamawi . " Lelaki . Manalah aku tahu . "


Sheila Asyikin memukul - mukul belakang Ahmadi . " Jahat . Jahat . Jahat . "


" Pakcik ! " Jerit Nurzahirah . " Siapa punya Kek Strawberri besar tu ? ! Pakcik ada nak bagi orang ke ? ! "


" Buang jelah Kek tu kat jalan belakang tu ! Bagi Kucing makan ! " Kata Ahmadi dengan lantang dengan muka menyampah . " Dah takde makna dah Kek tu ! Korang jangan makan pula ! Nanti cirit - birit korang nanti ! Pakcik letak peluntur tu ! "


Siti Nursamawi tersenyum lebar lalu memegang tangan Ahmadi . " Kau buatkan Kek Strawberri tu untuk aku ke ? "


" Kau buatkan Kek Strawberri tu untuk aku ke ? " Balas Ahmadi mengajuk soalan Siti Nursamawi dengan reaksi wajah menyampah bercampur geram .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Stephen Akio Kenzo dan Scarlet turun daripada kereta .
Mereka berdua mengenakan pakaian yang sesuai dengan tema majlis makan malam .

Stephen Akio Kenzo amat segak . Tampan dan bergaya manakala Scarlet pula , kelihatan amat jelita .


" Ramai juga tetamu yang dijemput ke majlis ni . " Kata Scarlet . " Orang kenamaan pula tu . "


" Yang anjurkan majlis ni bukannya orang yang tiada nama . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan perlahan . " Tetamu yang dijemput pun mesti yang ada nama juga . "


Sambil berjalan , mata Stephen Akio Kenzo melihat ke arah para tetamu yang hadir .

Jelas dilihatnya , ayah dan emaknya sedang berborak dengan penganjur majlis .

Dia kemudiannya mengambil minuman yang dihidangkan oleh pelayan untuk dirinya dan Scarlet . " Apa kata kita cari anak tuan rumah . Saya tak berapa selesa kat dalam kalangan orang ramai macam ni . "


" Kat sana . " Balas Scarlet sambil matanya terikat ke arah Prof . Zenderall dan Linda Josephine .


Prof . Zenderall dan Linda Josephine kelihatan sedang berborak dengan ' sepasang ' tetamu .


" Zen . Kalau ikut daripada pendapat sayalah ye . " Kata Prof . Resh dengan senyuman sengetnya . " Awak berehat je . Tak payah nak susah - susah nak pecahkan kepala awak untuk , nak dapatkan gelaran tu . "


Prof . Zenderall hanya tersengih untuk melayan ayat tetamu undangan ayah dan emaknya itu .


" Awak perlu beri peluang kepada kitorang yang berbakat ni juga . " Kata Prof . Resh dengan senyuman sengetnya yang menyakitkan hati . " Awak tak perlulah nak susahkan diri awak tu . Mungkin dah tiba masanya , awak jaga legasi warisan keluarga awak . "


Prof . Zenderall hanya tertawa kecil lalu memandang ke arah Linda Josephine yang juga hanya tersenyum .


" Macam ni . Awak tak payah nak teruskan lagi impian awak tu , untuk nak dapatkan gelaran tu . " Kata Prof . Resh dengan gaya dan nada bongkaknya .

Kemudian , dia meneguk minumannya dengan perlahan . " Awak jaga syarikat ayah awak . Biarkan je kitorang yang kat bawah ni naik . Lagi pun . Ciptaan kitorang pun tak kurang hebatnya . Saya rasa , dalam pertandingan yang akan datang . Kitorang boleh lepasi pencapaian awak . "


" Awak nak Saintis yang mendapat gelaran Professor ni cuci tangan ke ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan nada yang tenang dan jelas . " Awak siapa nak beri nasihat sampah macam tu , kat salah seorang Idola bagi ramai Saintis muda yang berjaya macam Zen ni ? Awak ingat awak layak ke nak bagi pendapat atau nasihat toksik macam tu ? "

Kemudian , dia menyapa Prof . Zenderall dengan hanya menggerakkan kepalanya manakala Scarlet pula memberikan senyuman jelitanya kepada Linda Josephine . " Pergi buat kajian kat kepala awak tu dulu . Bagi tahap awak . Mungkin susah sikit nak dapatkan gelaran yang awak idamkan ni . Apa kata , awak jadi Idola dulu kat kalangan para Saintis muda . Lepas tu , baru awak cuba pula untuk berdiri sebaris dengan kitorang . "


" Dengar sini . Awak dah kalahkan dia . Jadi maknanya . Kitorang juga akan ada peluang untuk kalahkan dia . " Balas Prof . Resh yang masih tidak mahu mengalah .


" Beza awak dengan dia bagaikan langit dan bumi . Awak mati hidup semula 700 kali pun . Awak takkan mampu nak tewaskan dia . Awak kena terima hakikat tu . " Kata Stephen Akio Kenzo sambil tertawa kecil . " Lagi satu . Saya menang sebab tuah . Zenderall pula kalah sebab dia bagi saya peluang untuk dapatkan Tuah pada hari tu . Kalau dia tak bagi muka kat saya . Dia pasti akan kekalkan gelaran tu . "


Prof . Resh bengang dengan ayat Stephen Akio Kenzo lalu membawa pasangannya pergi dari situ .


" Kalau bukan nak jaga hati mak dan ayah aku sempena Majlis Ulang Tahun Perkahwinan diorang , memang berkicap mulut sampah tu . " Kata Prof . Zenderall lalu melagakan sedikit gelas kacanya dengan gelas yang dipegang oleh Stephen Akio Kenzo .


Scarlet dan Linda Josephine beranjak dari situ untuk saling berborak .


" Biasalah tu Zen . Sekarang ni . Memang ramai yang tak berbakat untuk jadi Saintis yang tiba - tiba nak menonjol macam tadi tu . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan tenang . " Saya harap . Awak tak kecil hati je dengan sampah tu . "


Prof . Zenderall mengajak Stephen Akio Kenzo berborak sambil berjalan . " Kau janganlah risau . Aku okey je . "


" Sekarang ni , apa kajian awak ? " Tanya Stephen Akio Kenzo .


" Takde yang terbaru . Aku masih teruskan dengan kajian aku yang hari tu juga . Aku nak buat kajian yang lagi mendalam lagi pasal kajian aku tu . " Jawab Prof . Zenderall dengan jelas .


Stephen Akio Kenzo menganggukkan kepalanya walaupun dalam hatinya , dia amat tidak bersetuju dengan kajian yang dijalankan oleh Prof . Zenderall .


" Bagi kaulah . Pada pendapat kau . Aku nak kau jujur . " Kata Prof . Zenderall dengan jelas . " Apa yang tak kena dengan kajian aku tu ? "


" Mungkin kau tak dapat nak yakinkan kat diorang yang kau boleh kawal kajian tu , untuk ikut arahan . " Jawab Stephen Akio Kenzo dengan jelas . Dia terpaksa menjawab pertanyaan rakan sejawatannya itu walaupun , dia tidak menyukai akan kajian Prof . Zenderall itu . " Dan mungkin , kau tak dapat berikan keyakinan kat diorang yang kajian kau tu , selamat . "


" Tapi . Aku rasa , aku dah tunjukkan kat diorang pasal apa yang kau cakapkan tu . " Balas Prof . Zenderall .


" Maksud saya dalam jangka masa yang panjang sebab , awak cipta satu senjata yang tak perlukan kos . Tak ada penyelengaraan yang melibatkan sebarang kos . Awak cuma perlu pastikan , senjata awak tu , selamat dan mengikut arahan . " Kata Stephen Akio Kenzo menerangkan maksud kata - katanya . " Lebih - lebih lagi , awak nak gunakan senjata ciptaan awak tu ke dalam Pasukan Keselamatan negara . Jadi , pada pendapat saya . Awak kena pastikan tahap keselamatan dan pastikan , senjata awak tu hanya mengikut arahan , yang memberikan arahan . "


" Maksud kau , aku kena pastikan , senjata rekaan aku tu hanya mengikut arahan aku . Bukan orang lain . " Kata Prof . Zenderall . " Dan pastikan , senjata tu , tak makan aku balik . "


" Itulah maksud saya . Sebab . Senjata yang awak reka tu . Bahaya sangat . " Ujar Stephen Akio Kenzo dengan jujur . " Kalau jatuh kat tangan orang bangang . Habis . "


Prof . Zenderall tertawa mendengar kata - kata Stephen Akio Kenzo . " Selain daripada bahaya . Apa lagi yang kau rasa yang menarik pasal senjata ciptaan aku tu ? "


" Menakutkan . Memang menakutkan . Jujur saya cakap . " Jawab Stephen Akio Kenzo dengan jelas .


Prof . Zenderall tertawa . " Itu baru sikit je aku tunjuk tu . Pasal aku dah kalah . Jadi . Tak dapatlah aku tunjukkan apa lagi kelebihan senjata aku tu . " Kata Prof . Zenderall dengan jelas sambil tersenyum . " Tapi . Bila aku dah menang nanti . Semua penduduk kat dunia ni akan dapat lihat . Kemampuan senjata ciptaan dan rekaan aku tu . "


Stephen Akio Kenzo dan Prof . Zenderall berhenti di satu sudut sambil melihat ke arah Scarlet dan Linda Josephine yang sedang bergaya seperti model kerana sedang digambar oleh beberapa orang jurukamera .


" Dunia akan menyaksikan . Senjata ciptaan aku tu . " Kata Prof . Zenderall sambil tangannya yang memegang gelas minumannya ke arah Scarlet dan Linda Josephine . " Sama cantik dan sama bahaya dengan dua orang perempuan yang bergaya kat sana tu . "


" Semoga berjaya . " Balas Stephen Akio Kenzo lalu menggerakkan gelas kacanya ke arah Prof . Zenderall .


Prof . Zenderall melagakan bibir gelas kacanya dengan bibir gelas kaca Stephen Akio Kenzo . " Kau tengok nanti . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi sedang duduk di atas kerusi yang terletak di bawah pondok .

Pandangannya yang kosong , melekat di atas langit sementara mindanya pula , ligat berputar laksana gasing yang berputar di tengah uri .

Hatinya dikunyah oleh kerisauan dan kebimbangan .
Terdetik di dalam hatinya . Apakah dia mampu untuk bertahan . Dia sedar . Kekacauan yang akan merebak ke Dunia Manusia bukanlah sesuatu yang dapat dibayangkan .

Sedangkan sejarah perperangan pada Peradaban Manusia pun , telah menyebabkan kehilangan ribuan nyawa melayang . Bahkan berjuta . Inikan pula perperangan yang melibatkan nyawa di antara dua dunia .

Sedang dia asyik melayan mindanya , bahunya dicuit oleh Pendekar Bayu yang membawa dua botol snek berperisa Kentang .


" Jauh termenung . Dah ada pujaan hati ke ? " Tanya Pendekar Bayu lalu duduk di sisi Ahmadi .


" Kalau ada . Nanti Didie cakap . " Jawab Ahmadi lalu membuka penutup sneknya dengan perlahan . " Dato ' Sri Jentayu dah dapat ke laporan kitorang ? "


" Dah dapat dah . Dia sedang teliti laporan tu . Kejap lagi . Korang dapatlah maklum balas . " Balas Pendekar Bayu dengan jelas . " Nampak berat je dalam kepala tu . "


" Boleh tahanlah . Serabut juga . " Balas Ahmadi sambil mengangguk - anggukkan kepalanya . " Pasal nyawa . Pasal dunia . "


Pendekar Bayu tersenyum . " Seronok tak jadi Ketua ? "


Ahmadi tertawa kecil .


" Buat bodoh je . Buat apa yang termampu . Jangan paksa diri sangat . Nanti semua jadi serba tak kena . " Kata Pendekar Bayu memberikan nasihat . " Jangan simpan masalah . Keluarkan . Kawankan ramai . Pinjam kepala diorang . "


Ahmadi hanya mendiamkan dirinya .


" Atau ada masalah yang lagi besar ? " Tanya Pendekar Bayu .


" Entahlah . Susah nak cakap . " Jawab Ahmadi lalu mengeluh . " Perkara tak jadi lagi . Tapi . Akan terjadi . Cuma masa je yang akan jadi penentu . "


" Macam besar je . " Balas Pendekar Bayu dengan tenang . "


" Ribuan nyawa akan melayang . " Kata Ahmadi . " Jangankan nyawa orang lain . Nyawa dalam rumah ni pun belum tentu selamat . "


" Maksudnya . Pasela ada kerja yang banyak . " Kata Pendekar Bayu lalu menganggukkan kepalanya .


" Kerja yang banyak dan berat . Penting . Dan , rahsia . " Kata Ahmadi lalu dia tersengih .


" Pasela memang rahsia pun . Sama juga dengan Sayap Peganiex . Cuma cara merahsiakan tu je yang berbeza . " Balas Pendekar Bayu lalu menarik telinga Ahmadi .


" Rahsia ni lagi besar . Boleh menyebabkan nyawa melayang . " Kata Ahmadi dengan pantas dengan reaksi wajah yang terperanjat semacam . " Ayah cuma boleh beritahu kat Anggota Pasela yang ayah percaya je . "


" Yang ayah percaya , diorang tu jelah . Mana ada yang lain lagi . Ada tu memang ada tapi , banyak bunyi . " Balas Pendekar Bayu dengan nada tawa kecilnya . " Berbunyi macam - macam . Dah berjam - jam bunyi , baru buat kerja . Dah selesaikan kerja . Berlagak macam dah selamatkan dunia . "


" Yang dalam kepala Didie sekarang ni , pasal nak selamatkan dunialah . " Kata Ahmadi dengan jelas .


" Nak selamatkan daripada apa ? " Tanya Pendekar Bayu . " Makhluk asing ? Tahi bintang ? Pengganas? "


" Perang . " Jawab Ahmadi dengan bersahaja lalu mengunyah kepingan sneknya .


Pendekar Bayu memandang ke arah wajah Ahmadi dengan reaksi wajah yang bersahaja . " Cuba cerita kat ayah sinopsis pasal perang ni . Tapi ayah yakin . Sinopsis perang ni . Takde penghujung dia . "


Ahmadi tertawa kecil . " Tahu takpe . "


" Perang dengan siapa ? " Tanya Pendekar Bayu .


Ahmadi mengeluh lalu menganggukkan kepalanya . " Manusia dan Makluk Mitos . Dan , makhluk yang kitorang tak tahu lagi macam mana bentuk dia . "


" Susah ayah nak cakap . Tapi . Tak nak percaya . Kitorang dah nampak Makhluk Mitos hari tu . " Balas Pendekar Bayu . " Ada letak tak pasal perang ni kat laporan Sayap Peganiex ? "


" Ada . " Kata Ahmadi . " Harap - harap . Dato ' Sri tak geleng kepalalah . "


" Setahu ayah . Makhluk Mitos hanya boleh dikalahkan dengan hanya menggunakan Senjata dan teknik - teknik Elemen . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas . " Dan Senjata yang diperbuat daripada Besi Thardasel . Besi tu dah nak pupus . Maksudnya . Pihak yang ada simpan besi ni , akan ada peluang menang yang besar . "


" Macam tulah . " Balas Ahmadi dengan pendek .


" Contohlah . Perang yang Didie cakap ni berlaku . " Kata Pendekar Bayu . " Ada tak Pasukan Tentera Makhluk Mitos yang menyebelahi kita ? "


" Mestilah ada . Pasal . Diorang pun ada sebab kenapa nak menyebelahi Manusia kalau perang ni berlaku . " Balas Ahmadi dengan jelas .


" Salah satunya ? " Tanya Pendekar Bayu .


" Diorang nak pastikan rahsia dunia diorang tetap terpelihara . Tak nak diketahui oleh Manusia yang berniat jahat . " Jawab Ahmadi dengan jelas .


" Tapi Didie dan Sheila dah tahu . " Balas Pendekar Bayu . " Rakan - rakan Didie yang lain pun dah tahu . Ayah dan semua kawan ayah pun dah tahu . "


" Kalau ayah nak tahu . Kehadiran Didie dan Sheila kat sana , dah mencetuskan satu perang yang besar . Ada pihak yang melindungi dan mempertahankan kitorang . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Kitorang lama kat sana hari tu pun . Pasal berlaku satu lagi perang . Antara kitorang dan Makhluk Mitos yang menyebelahi kitorang dengan , satu Pasukan Makhluk Mitos yang memusuhi kitorang . "

Dia kemudiannya duduk bersila . Dia mengeluh . Satu keluhan yang berat . " Dan . Ketua diorang mati kat tangan Didie . Tapi . Ketua diorang tu dah ada pengganti . Didie dapat rasa . Pengganti Ketua diorang tu . Manusia . "


Pendekar Bayu mengeluh . " Pergi panggil beberapa orang rakan Didie daripada Makhluk Mitos . Ada sesuatu yang ayah nak tanya . "


" Bila ? " Tanya Ahmadi lalu menggaru kepalanya dengan wajah yang semacam .


" Malam ni . " Jawab Pendekar Bayu lalu duduk bersila . " Tempat . Didie atur . Malam ni . Jangan tangguh . "


Ahmadi mengeluh .


" Kenapa mengeluh ? " Tanya Pendekar Bayu dengan nadanya yang bersahaja . " Nak jadi anak derhaka ? "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kenderaan menyusuri jalan raya dengan kelajuan yang tenang .

Semua pengguna kenderaan memandu kenderaan dengan berhemah . Bergerak dengan lancar dan mematuhi undang - undang jalan raya bagi memastikan keadaan lalu - lintas tidak terganggu .

Pegawai Trafik juga amat cekap menjalankan tugasnya agar semua pengguna jalan raya tidak perlu untuk membiarkan masa mereka terbuang begitu sahaja .


Cahaya lampu terpancar daripada ruang - ruang bangunan dan lampu - lampu jalan .

Membantu para pejalan kaki untuk melihat arah tujuan mereka .

Pancaran cahaya daripada kenderaan juga menceriakan lagi keadaan malam di bandar - bandar .


Kedai Kek Cawan Ahmadi terpaksa di tutup awal .
Keadaan di dalamnya kelihatan gelap namun , meja dan kerusi tetap tersusun kemas dan rapi .

Namun , pada bahagian bawah kedai itu yang terletak di bawah tanah , dipenuhi dengan kehadiran para pemimpin Pasela , Kumpulan Siti Khumairah , rakan - rakan Ahmadi , Dato ' Sri Panglima Jentayu dan , rakan - rakan Ahmadi dari Dunia Mitos .

Pada semua penjuru bahagian ruangan itu , terdapat beberapa biji Mutiara Earchari .


Ahmadi dan rakan - rakannya daripada Dunia Mitos duduk di atas kerusi dan dia , duduk pada barisan yang hadapan sekali .


" Perjumpaan ni bukannya formal . Korang buat biasa je dahlah . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu .


Terus sahaja Ahmadi dan semua rakan mitosnya berdiri dan mengambil kedudukan masing - masing untuk duduk .

Dan ada juga yang sempat mengambil minuman sebelum duduk .


Pendekar Bayu hanya tersenyum lalu dia menggeleng - gelengkan kepalanya .

Senyumannya hilang sebaik sahaja dia perasan yang Dato ' Sri Panglima Jentayu sedang menjeling ke arahnya .


" Kitorang faham , kenapa korang semua ada kat sini . " Kata Sougaena Raj dengan jelas . " Tapi yang budak bertiga ni . Iecah , Mandy dan Rara . Diorang bertiga tak sepatutnya ada kat sini . Padam memori diorang dan hantar diorang pulang . "


" Tak boleh . Budak bertiga ni pun dah ikut kitorang berperang hari tu . Jadi , diorang bertiga kena ada kat sini . " Balas Ahmadi dengan tenang . " Rara . Kes dia lain . Nyawa dia dalam bahaya . Kekuatan yang dia ada , jadi buruan kat Dunia Mitos . "


" Korang ni memang mengarutlah . Korang bawa budak - budak mentah pergi berperang . " Kata Pendekar Kuning dengan wajah yang agak bengang . " Pakcik dah dapat rasa dah . Mesti anak dara pakcik ni ikut korang . "


" Pakcik bertenanglah . Kitorang ada kat sana . " Celah Aivira dengan agak pantas dan tenang . " Lagi pun , kitorangkan memang selalu juga tengok - tengokkan diorang bertiga tu . "


Hose dengan pantas mengangkatkan tangannya .


Pendekar Kuning menggelengkan kepalanya sambil mengeluh . Satu keluhan yang bersulamkan kegeraman .


" Apa ? " Tanya Sougaena Aryan dengan pantas .


" Tuan Didie dah hantar Cik Muda bertiga ni ke tempat yang selamat . Cik Muda bertiga hanya ikut dalam misi untuk menyelamatkan Tuan Didie daripada terkorban akibat daripada nak selamatkan Cik Muda Rara yang jadi buruan musuh . " Kata Hose dengan jelas . " Cik Muda bertiga ni tak ikut dalam pertempuran yang ke dua . "


Ahmadi tersenyum kerana dia di ' selamat ' kan oleh Hose dan Aivira .


" Kenapa senyum ? " Tanya Dato ' Panglima Lok Tujuh dengan pantas yang berselimutkan nada yang geram . " Mentang - mentang Didie dibela ? "


Senyuman Ahmadi dengan pantas hilang bersama keluhannya .


" Kita cerita pasal yang tu kemudian . Kita bincang benda yang penting dulu . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan jelas lalu membasahkan tekaknya . " Ceritakan pasal perang tu . "


" Perang yang bakal berlaku ni . Dikhuatiri , akan turut berlaku kat Dunia Manusia . Lepas Tuan Didie dah bunuh Raja Kegelapan . Ada pengganti yang mengugut untuk melancarkan perang di ke dua dunia . " Kata Latiri dengan jelas . " Macam bom jangka . Perang akan tercetus pada bila - bila masa je . "


" Didie ni bunuh Raja ? " Tanya Sougaena Chong Wei Lee . " Raja Kegelapan ? "


" Ya . Nama dia Akham Nessela . Seorang Raja Kegelapan yang terakhir . Seorang yang amat kejam . Dia pernah dipenjarakan kat Jurang Hilack dengan bantuan Tuan Didie dan Cik Sheila . " Jawab Osirin dengan tenang . " Tapi kali ni , Tuan Didie dah berjaya bunuh dia . "


" Berita Tuan Didie dah berjaya bunuh Akham Nessela tu . Dah menggembirakan ramai penduduk kat Dunia Mitos . Sebab . Raja Kegelapan tu suka menjajah dan menyerang kerajaan - kerajaan yang tak tunduk mengikut arahannya . " Celah Eaglang dengan jelas . " Tapi macam biasalah . Kerajaan - kerajaan kegelapan nak tuntut bela atas kematian Akham Nessela tu . "


" Jadi , maksud korang . Didie ni , bermusuhlah dengan Raja tu ? " Tanya Pendekar Bara .


" Ya . Tepat . Tapi bukan disebabkan oleh Tuan Didie tetapi , hanya disebabkan oleh , berita - berita palsu yang dah lapuk dan fitnah. Dah basi tapi dah jadi macam fakta untuk Makhluk Mitos . " Jawab Raqueen dengan jelas .


" Contoh ? " Tanya Dr . Hasyim .


" Kalau kat Dunia Manusia . Setiap nelayan yang hilang . Kena culik dan kena makan oleh Ikan Duyung . " Balas Osirin dengan tenang . " Kalau kat dunia kitorang pula . Manusia muncul kat dunia kitorang sebab , nak menjajah dunia kitorang dan jadikannya sebahagian daripada Dunia Manusia . Dan . Kitorang pula . Akan dijadikan hamba abdi dan , dieksploitasi . Dipergunakan untuk kepentingan Manusia . "


" Boleh tahan juga tuduhan tu . " Kata Pendekar Kirai dengan jelas .


" Soalan . " Kata Sougaena Raj sambil menunjukkan jari telunjuknya . " Kalau bukan Ikan Duyung yang culik dan makan semua nelayan tu , habis tu , siapa yang culik ? "


" Bangsa Siren yang culik dan makan semua nelayan tu . " Jawab Panglima Malein dengan jelas . " Kitorang berbeza dengan Bangsa Siren . "


" Bangsa Siren dan Bangsa Ikan Duyung tak sama . Kitorang hidup kat laut . Bangsa Siren hidup kat kawasan pinggir - pinggir laut yang dipenuhi dengan bebatuan . " Celah Vanessa Valerie dengan lembut . " Diet kitorang tak makan Manusia . Kitorang lebih makan Plankton , Kerang - kerangan dan rumpai - rumpai air . Kadang - kadang tu . Ikan pun kitorang makan juga . Tapi tak selalu . "


" Diorang menyamar jadi kitorang sebab , diorang ada kemahiran untuk melunakkan suara seperti kitorang . " Sampuk Panglima Malein sambil tersenyum walaupun , bibirnya dan bibir Vanessa Valerie tidak bergerak ketika berbicara .


" ' Kitorang ' ? " Tanya Dato Panglima Lok Tujuh sambil mengerutkan wajahnya .


" Diorang berdua tu . Pahlawan Ikan Duyung . Ada beratus Pahlawan Ikan Duyung dalam pasukan diorang . " Jawab Ahmadi sambil tertawa kecil .


" Aduh . Boleh menggigil otak saya macam ni . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan lemah . " Sekarang . Saya nak tahu . Ada tak dalam kalangan korang yang menyebelahi Manusia ? "


" Mestilah ada . Kitorang adalah antara Pahlawan Mitos yang menyebelahi Dua Dunia ni . " Jawab Osirin dengan tenang . " Ketua kitorang ni semua , Tuan Didie dan Cik Sheila . "


" Diorang ni Ketua Panglima Pahlawan kat Dunia Mitos . " Kata Ahmadi dengan lembut dan jelas . " Diorang ni bukan calang - calang Pahlawan . "


" Kalau ikut daripada laporan yang saya dah terima daripada Sayap Peganiex . Ada pengkhianat kat dalam Dunia Manusia . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu .


" Dan , apa pula persiapan yang perlu kitorang lakukan untuk menghadapi perang yang akan berlaku ni ? " Tanya Pendekar Umbut .


" Kitorang cuma , boleh ikut arahan Tuan Didie dan Cik Sheila . Kitorang akan berkawal pada setiap penjuru kat Dunia Mitos . " Jawab Putih dengan jelas . " Soal kat Dunia Manusia . Tuan Didie dah arahkan . Hanya Sayap Peganiex , Kumpulan Cik Siti dan Pasela je yang boleh uruskan . "


" Kita kena pastikan Kementerian Keselamatan takde yang berpaling tadah untuk berkhianat . " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Tapi . Kita sukar nak buat macam tu sebab , kita mana tahu apa niat seseorang melainkan . Diorang dah terlebih dulu rancang sesuatu dan , kita dapat selongkar minda diorang . "


" Susah nak buat macam tu sebab , kalau Stephen dapat kesan ada pengkhianat dalam Syarikat tu , mesti dalam agensi - agensi yang lain pun ada juga . " Balas Dato ' Sri Panglima Jentayu . " Lagi pun , saya rasa . Stephen dapat kesan pengkhianat tu pun , secara kebetulan je . "


" Tepat . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan pantas . " Kalau kitorang tak godam sistem senjata musuh hari tu , tak mungkin kitorang dapat kesan semua pengkhianat tu . "


" Dah tahu siapa yang dah jadi duri dalam daging tu ? " Tanya Sougaena Sora Akio Kenzo dengan jelas .


" Dah . Saya akan serahkan semua nama tu kat kumpulan Siti . " Jawab Stephen Akio Kenzo dengan tenang .


" Tak payah . Serahkan je kat saya . Saya akan buat tindakan susulan dalam masa yang terdekat . " Pintas Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan tenang .


" Sekarang ni , yang kita dapat tahu . Cuma dalam Pasela dan Syarikat Sora jelah yang ada pengkhianat . " Kata Pendekar Unggas dengan jelas .


Dato ' Sri Panglima Jentayu menyandar pada meja lalu berpeluk tubuh . " Saya tahu . Didie mesti ada arahkan korang semua ni , untuk melakukan siasatan . Jadi , saya nak tanya . Ada tak daripada kalangan Makhluk Mitos yang , dah masuk ke Dunia Manusia dan , melakukan apa - apa perjumpaan ? "


Rakan - rakan Ahmadi saling berpandangan , manakala Sheila Asyikin pula memusatkan pandangannya ke arah Ahmadi yang sedang duduk dengan gaya bersahaja .


" Kau bertenanglah . Aku yakin . Didie akan kawal keadaan . Dan . Dia akan jujur jawab soalan tu . " Pujuk Siti Nursamawi dengan jelas .


" Ada . Cuma . Saya yang tak cerita sebab . Saya tahu . Takkan ada sesiapa yang percaya . " Balas Ahmadi sambil menggaru kepalanya . " Tapi . Memandangkan semua yang ada kat sini , dah nampak rakan - rakan Mitos saya ni dengan mata kepala sendiri . Saya akan jawab soalan Dato ' Sri dengan jujur . "


" Ceritalah . Kitorang dengar . " Balas Pendekar Umbut dengan jelas . " Kalau boleh . Cerita daripada mula . "


" Kepala otak kau . " Kata Pendekar Bayu dengan nada yang bersahaja . " Bila kita nak balik kalau , anak aku ni cerita dari mula ? "


" Habis tu , nak cerita daripada bab yang mana ? " Tanya Sougaena Chong Fui Ha .


" Korang semua diam boleh tak ? Biar Didie cerita daripada bahagian mana yang dia rasa patut cerita . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan nada yang agak tegas . " Korang bising lagi . Siap . Saya pijak mulut korang satu - satu . "


" Kes penculikkan Rara hari tu . Sebenarnya . Ada kaitan dengan Makhluk Mitos dan kes kehilangan Kak Sarah . Diorang sebenarnya , nak cari kedudukan saya dan Sheila . Diorang nak bunuh kitorang berdua . Dan memang nak culik Rara . Diorang berkerjasama dengan kumpulan penculik Rara tu . " Kata Ahmadi memulakan ceritanya mengenai soalan Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan jelas . " Diorang nak bunuh kitorang sebab , dah gagalkan usaha kerajaan diorang yang nak takluk satu kerajaan yang besar kat Dunia Mitos . Dan . Nak culik Rara sebab . Tenaga Elemen Psikik dia . Tenaga Psikik yang memang sangat kuat dan jarang ditemui . "


Pendekar Bayu menganggukkan kepalanya dengan perlahan . " Lepas tu ? Apa jadi ? "

Perasaan seorang ayahnya sedikit terusik tatkala nama anak sulungnya terkeluar daripada mulut Ahmadi .


Hose mengeluarkan Cerutnya dan meletakkan ke bibirnya . Kemudian , dia mempelawa Fateh .


" Sedap ke ? " Tanya Fateh lalu menghidu Cerut yang diberikan oleh Hose .


" Boleh tahanlah . Tak keras sangat rasa dia . " Balas Hose lalu menyalakan api untuk Fateh .


Fateh menyedut dan menghembuskan asap cerutnya . " Boleh tahan rasa dia . "


" Dalang sebenar , nak keruhkan keadaan golongan Freak macam kita ni . Dan , nak gunakan Tenaga Elemen dia kat dunia ni . " Kata Ahmadi meneruskan jawapannya . " Saya takde pilihan . Saya terpaksa lawan dia . Dengan bantuan rakan - rakan saya dari Dunia Mitos . Saya pindahkan pertarungan tu ke dunia kat sana . "

Kemudian dia mengeluh . " Lepas kitorang geledah minda dia . Kepala dia tiba - tiba je meletup . Apa yang kitorang dapat . Hanyalah . Diorang tak berjumpa tapi , diorang berhubung melalui Telepati . Jadi . Diorang tak melakukan sebarang perjumpaan . Tapi ada melakukan Perhubungan Telepati . "


Dato ' Sri Panglima Jentayu saling berpandangan dengan rakan - rakannya .


" Tapi . Daripada hasil siasatan daripada rakan mitos saya . Ada sebilangan kecil Manusia yang dah melalukan perjumpaan dengan Pahlawan DiRaja Kegelapan . " Kata Ahmadi dengan tenang .

" Kes pasal Makmal dalam hutan tu pun , ada kaitan dengan Dunia Mitos . Makhluk yang ada dalam makmal tu , ada ciri - ciri makhluk dari sana . " Kata Ahmadi lagi dengan tenang . " Tenaga Psikik yang dilancarkan oleh makhluk dalam Makmal tu , walaupun tak kuat , ada persamaan dengan Tenaga Elemen Psikik Rara . Tapi , Elemen Psikik tu tak stabil . Tu mungkin salah satu sebab kenapa makhluk tu , dah jadi , satu kajian yang gagal . "

Kemudian , dia meneguk minumannya . " Pertarungan kat Paya hari tu . Itu kebetulan sebab , dua orang pengkhianat Pasela tu . Terpaksa memanggil pasukan musuh hari tu sebab , nak menyelamatkan diri diorang . Tapi , daripada maklumat yang kitorang dapat . Ada ramai lagi Manusia yang dah jadi Ketua Panglima untuk musuh . "


" Musuh dah jauh beberapa langkah ke depan berbanding kita . " Kata Pendekar Bara dengan tenang . " Tapi . Boleh tak korang semua terangkan . Kenapa korang tak cuba untuk tangkap Makhluk Mitos yang dah ada kat sini ? Korang mesti kenalkan ? "


" Bukan tak boleh . Kitorang memang boleh buat macam tu . " Balas Putih dengan nadanya yang lembut . " Tapi . Percaya cakap saya . Bandar ni akan musnah disebabkan pertarungan kitorang . "


" Apa yang kita boleh lakukan sekarang . Kita kena sediakan satu kawasan untuk selamatkan rakyat . Sediakan semua keperluan asas dan perubatan . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan lemah . " Pulau Biru adalah merupakan sebuah Pulau yang besar . Masih ada kawasan yang lapang . "

Dia kemudiannya mengeluh . " Terlalu sukar untuk kita nak cari semua pengkhianat tu . Kita bukannya Tuhan , yang tahu , apa yang ada kat dalam hati Manusia . "


" Kalau kita nak jadikan Pulau Biru ni sebagai tempat yang selamat . Kita kena bekerjasama . " Kata Sougaena Aryan dengan tenang . " Jangan biarkan masyarakat tahu akan hal ini . "


" Pasukan Pahlawan Mitos , kat bawah arahan Tuan Didie dan Cik Sheila . Jadi , pihak kitorang akan kawal sempadan dua dunia ni , sebaik yang mungkin . " Celah Paquine dengan jelas .


" Serahkan hal keperluan asas kat saya . Saya tahu nak uruskannya . " Celeh Sougaena Sora Akio Kenzo dengan tenang .


" Saya akan tolong ayah . " Celah Stephen Akio Kenzo dengan jelas sambil tersenyum . " Kita perlukan satu pengangkutan khas untuk selamatkan semua penduduk yang ada kat semua Pulau .


" Jangan nak jadi gila sangatlah . Macam mana awak nak selamatkan semua penduduk yang terselamat yang ada kat semua Pulau kalau perang ni tercetus dan pindahkannya ke Pulau Biru ? " Tanya Sougaena Chong Fui Ha .


" Orang gila macam kitorang je yang boleh fikirkan hal tu . " Jawab Maera dengan tenang lalu tersenyum . " Itu , biar kitorang yang fikirkan macam mana . "


Dato ' Sri Panglima Jentayu melepaskan keluhan yang berat lalu memandang ke arah Pendekar Bayu . " Bayu , Awak tak ada nak tambah lagi ke ? "


" Ayah nak Didie berterus - terang kat ayah . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas dan tenang . " Kenapa musuh nak dapatkan Tenaga Psikik Rara ? "


" Tenaga Psikik Rara antara yang terkuat yang pernah wujud bagi Pengguna Elemen Warna dan Cahaya . Diorang nakkannya sebab nak kuatkan aspek Pertahanan dan Serangan diorang . " Jawab Ahmadi dengan jujur . " Tapi , lepas Raja Kegelapan tu dah mati . Pengganti dia dah putuskan , diorang dah tak nak teruskan lagi buruan terhadap Rara . Tapi . Didie akan terus jaga Rara . "


" Apa salah satu faktor yang jadi penyebab utama kenapa , diorang nakkan Tenaga Psikik Rara tu , selain daripada yang terkuat yang pernah wujud ? " Tanya Pendekar Bayu lagi . " Jangan nak berahsia . Ayah dapat rasa . Ia membabitkan keluarga kita . "


" Didie boleh tunjukkan tapi , Didie nak . Semua yang kat sini . Jangan terkejut . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Dan jangan masuk campur dan jangan nak bagi cadangan apa - apa . Sebab . Hanya Didie seorang je yang boleh pastikan . Teknik Rara ni , selamat sehingga , dia dapat bertemu semula dengan ahli keluarga dia . Maksud Didie . Kak Sarah . Abang Daniel . Dan adik dia . Hara . "


Berkerut dahi Pendekar Bayu mendengar kata - kata Ahmadi . " Apa maksud Didie ? "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nurzaharah berdiri di tepi Jendela Kaca sambil matanya menjamah ke langit yang dihiasi oleh bintang - bintang yang berkerdipan .

Jelas dapat dirasakannya . Mereka berada jauh di dalam satu kawasan yang dia sukar untuk ungkapkan .


" Hara . Kenapa sayang ? " Tanya Siti Maisarah dengan lembut lalu mengucup kepala Nurzaharah .


" Malam . Gelap . Tak nampak . Nak jalan . Susah . " Jawab Nurzaharah dengan lembut dan perlahan . " Siang . Terang . Nampak . Semua cantik . Nak jalan , senang . "


Siti Maisarah tersenyum .


" Hara . Rasa . Sekeliling kita . Orang tak ada . Makhluk pelik . Banyak . " Kata Nurzaharah dengan tenang . " Kita keluar . Susah . Tak jumpa orang . Hara . Mak . Selamat . Kawan - kawan . Mungkin , susah . "


" Tak apa . Kita tunggu je kat sini . " Balas Siti Maisarah dengan lembut . " Pakcik akan selamatkan kita . "


" Cik Sarah . Rasanya . Kita tak boleh keluar dari kawasan tempat ni . Ada Tenaga Psikik yang ganjil yang menghalang . " Kata Orekna dengan lembut .

Dia adalah salah seorang rakyat Kerajaan Awana yang menjadi mangsa penculikkan . " Macam sebuah Dinding Psikik . "


Siti Maisarah mengeluh lalu menganggukkan kepalanya . " Ada jumpa tak rekod pasal makhluk yang kat luar tu ? "


" Ada . Saya dah jumpa . " Jawab Marylin dengan lembut .

Dia adalah seorang Jururawat . Dia dan suaminya serta anak tunggal mereka juga turut menjadi mangsa culik . " Saya tak faham sangat dengan istilah perubatan ni sebab , saya bukan Pengguna Elemen Warna dan Cahaya . Tapi . Istilah saintifik dalam laporan ni , ada sikit - sikit perkataan yang saya faham . Kalau nak diikutkan daripada rekod ni . Makhluk pelik yang menakutkan kat luar tu , berupaya untuk berevolusi . Dan . Yang lebih menakutkan . Mereka memerlukan zat - zat yang ada pada darah Manusia untuk berelovusi . "


" Cik Sarah . Kitorang dah kumpulkan semua senjata yang ada kat tingkat ni . " Kata Sam . Seorang anggota Polis manakala isterinya pula adalah seorang anggota Pasela .

Dia tidak tahu yang sebenarnya dia , memiliki Tenaga Elemen Psikik . Pada hari dia menyelamatkan isterinya pada hari penculikkan , barulah dia mengetahui akan hal itu . " Senjata ni boleh digunakan oleh kita yang berasal dari Dunia Manusia . Yang berasal dari sini , mereka boleh mengggunakan Teknik Elemen dan Serangan Psikik . "


" Kita perlu ke tingkat yang lain . Ada bekalan makanan pada tingkat atas bangunan ni . " Kata Nobenta . Isteri Sam . " Kita kena berpecah untuk mendapatkannya . "


" Kita rehat dulu malam ni . " Balas Siti Maisarah dengan lembut . " Kita akan fikirkannya pada esok pagi . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nurzahirah menjelmakan Banshee Psikiknya .


" Ini adalah salah satu Teknik yang Rara ada . Tapi . Dia belum pandai nak gunakannya lagi . " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Teknik ni . Terlalu kuat kalau nak dibandingkan dengan Kak Mai , Kak Janne dan Kak Gia walaupun , diorang bertiga tu , pengguna Elemen Psikik tahap Tertinggi . "


" Ramainya orang . Seronoknya . Ada makan - makan ke ? " Tanya Banshee Psikik Nurzahirah dengan jelas . Matanya yang terpejam , tersenyum seperti bibirnya yang mengukirkan senyuman .

Kemudian , matanya yang terpejam namun tersenyum itu memandang ke arah Pendekar Bayu . " Macam kenal . Tapi macam ingat - ingat lupa . "


" Itu Atuklah . " Kata Nurzahirah dengan lembut lalu menggaru kepalanya . " Atuk sendiri pun tak kenal ke ? "


Banshee Psikik Nurzahirah tersenyum sehingga matanya yang terpejam itu semakin kelihatan turut tersenyum sama . " Atuk ! "

Dia ingin meluru ke arah Pendekar Bayu dengan gembira namun , dia ditarik oleh Nurzahirah .


" Jangan buat hal . Kita ada hal penting ni . " Kata Nurzahirah lalu mengarahkan Banshee Psikiknya berdiri rapat di sisi kanannya . " Berdiri kat sini . "


" Rara . Buka adik punya . " Kata Ahmadi dengan tenang .


" Boleh ke ? " Tanya Nurzahirah dengan perlahan . Nada kerisauan jelas memicit suaranya .


" Buka je . Takpe . " Jawab Ahmadi sambil tersenyum . " Pakcik ada . "


Nurzahirah menjelmakan corak unik yang memancarkan cahaya elemennya .

Jelas . Corak itu berukirkan Corak Elemen Psikik yang agak pelik dan unik . Abstrak . Cantik . Tapi jelas . Ia corak yang menakutkan dan menggerunkan .

Sebaik sahaja dia membuka kunci Psikik itu , Banshee Nurzaharah menjelma .


" Adik Hara ! " Jerit Banshee Nurzahirah dengan gembira .


Banshee Psikik Nurzaharah yang muncul itu terapung - apung . Dengan sebahagian wajahnya yang ditutupi oleh rambut ikalnya , dia memandang semua yang ada di situ . " Orang . Ramai . Kenapa ? Ada makan - makan ? "

Kemudian , matanya melekat pada wajah Pendekar Bayu . " Orang tua . Macam kenal . Tapi . Tak kenal . Siapa ? "


" Siapa yang satu ni ? " Tanya Pendekar Bayu yang telah pun disapu oleh perasaan yang tidak menentu .

Bukannya dia seorang malah , semua rakan - rakannya juga merasai perasaan yang sama . " Siapa punya yang satu ni ? "


" Nurzaharah . Hara . Anak Kak Sarah . Adik Rara . Cucu ayah . Anak saudara Didie dan Kak Mai . " Jawab Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Keluarga Rara . Kak Sarah . Kena culik . Hanya disebabkan oleh Banshee Psikik ni . "


Mata Pendekar Bayu memandang Banshee Psikik Nurzaharah dengan perasaan tuanya yang mula menguasai .


Banshee Psikik Nurzaharah menyengetkan sedikit kepalanya . " Siapa ? "


" Atuk . " Jawab Banshee Nurzahirah dengan jelas .


Nurzahirah yang berdiri di antara Banshee Psikiknya dan Banshee Psikik Nurzaharah hanya membuat reaksi wajah yang semacam mendengar perbualan itu .


" Atuk tu apa ? " Tanya Banshee Psikik Nurzaharah dengan wajahnya yang tidak bereaksi . " Ikan ? "


Spontan sahaja Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi tertawa .


" Bukanlah . " Balas Banshee Psikik Nurzahirah . " Atuk tu , orang tua . "


" Bukanlah ! " Kata Nurzahirah dengan nadanya yang berselimutkan kegeraman .


Rakan - rakan Ahmadi spontan sahaja tertawa .


Pendekar Bayu perlahan - lahan menghampiri Banshee Psikik Nurzaharah namun , langkahnya terhenti kerana Banshee Psikik Nurzaharah memandangnya dengan sinaran mata yang memancarkan Cahaya Elemen .

Nafasnya seperti memberat dengan tiba - tiba . Dia tahu . Dia sedang diserang dengan menggunakan Teknik Psikik .


Ahmadi bangun lalu , dia terus sahaja menggosok - gosok kepala Banshee Psikik Nurzaharah . "Dah . Tutup Pintu Tenaga Hara . "

Selepas itu , dipegangnya bahu Banshee Nurzaharah . " Ini atuk . Atuk ni . Ayah kepada mak . Ayah Pakcik . "


Banshee Psikik Nurzaharah menutupkan semula Pintu Tenaganya lalu menganggukkan kepalanya . " Bukan ikan ? "


" Hara . Mari sini . " Panggil Siti Khumairah dengan lembut .


" Ummi Mai ! " Kata Banshee Nurzahirah dengan girang lalu dia melayang ke arah Siti Khumairah .

Disusuli oleh Banshee Psikik Nurzahirah dan Nurzaharah .


" Itu adalah salah satu Teknik Banshee . Teknik ni . Menakutkan sebab . Ia sebenarnya adalah Teknik yang berpunca daripada terputusnya pertalian Elemen Warna dan Cahaya dan Tenaga Elemen Psikik secara paksa . Kalau tidak dipertemukan semula dengan pemiliknya , dia akan jadi Banshee Psikik Liar . Macam saka yang tidak bertuan . liar . Kalau jatuh ke tangan musuh . Memang habislah ." Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang .


" Dah ada ke yang dah jadi liar ? " Tanya Pendekar Bara pula .


" Ada . Ada juga yang dah ditangkap dan pergunakan . " Jawab Ahmadi dengan jelas lalu dia mengeluh . " Ada yang dapat dibebaskan tapi , dipergunakan seperti Senjata . Ada juga yang masih dalam genggaman musuh . "


" Siapa yang tangkap ? " Tanya Siti Nursamawi lalu dia menoleh ke arah Sheila Asyikin .


" Dyrad . " Jawab Sheila Asyikin .


" Siapa Dyrad tu ? " Tanya Pendekar Kuning dengan jelas .


" Dyrad . Salah seorang daripada Ketua Panglima DiRaja Kegelapan . " Jawab Ahmadi dengan tenang . " Masa perang hari tu , dia bertarung dengan Siti dan In . Teruk juga diorang berpukul . "


" Siapa pula yang dah dapat bebaskan Banshee Psikik ni ? " Tanya Dato ' Sri Panglima Jentayu .


" Ada beberapa Pahlawan Pelarian . Pahlawan yang tidak mewakili mana - mana kerajaan . " Jawab Ahmadi dengan jelas . " Diorang tangkap supaya diorang dapat mengelakkan diri ataupun , melarikan diri daripada mana - mana Kerajaan yang nakkan khidmat diorang . "


" Kenapa pula diorang jadi Pahlawan Pelarian ? " Tanya Sougaena Aryan.


" Diorang tu kebanyakkannya . Pahlawan - pahlawan yang dah tak nak libatkan diri dengan peperangan . " jawab Ahmadi dengan tenang . " Dan cuma rasa . Dunia ni . Baik Dunia Mitos ataupun Dunia Manusia . Takkan mencapai keamanan seperti yang diharapkan oleh mana - mana makhluk yang hidup dalam dunia ni . Diorang cuma nak hidup seperti orang biasa tanpa melibatkan diri kat mana - mana pertarungan lagi . "


Dato ' Sri Panglima Jentayu dan semua rakannya , saling berpandangan .


" Kak Sarah macam mana ? " Tanya Pendekar Bayu .


" Kak Sarah dan semua yang lain yang turut diculik . Diorang dah dibebaskan tapi , tanpa jaminan keselamatan . Kitorang tak dapat kesan kat mana tapi , masa diorang ni semua selamatkan Didie hari tu , Kak Sarah dan Hara dah gunakan Teknik diorang sebab , Rara tak dapat kawal kemarahan dia masa, diorang ni semua ni dapat tahu dan dengar sendiri , Kak Sarah dan Hara tu diculik . " Jawab Ahmadi dengan jelas . " Oleh , Pahlawan daripada Dunia Mitos . "


" Kat mana diorang kena bawa ? " Tanya Dato ' Panglima Luk Tujuh .


" Dunia Mitos . Diorang semua ada kat sana tapi , tempat sebenar , belum dapat dikenalpasti lagi . " Jawab Ahmadi .


" Masalah ni terlalu besar untuk diterima dan terlalu besar untuk dicerna . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu . " Pastikan semua ni rahsia . Pasela akan aturkan strategi . Sayap Peganiex akan teruskan kerja mereka . Mai . Korang dikeluarkan daripada Pasela dan , bekerjasama dengan Sayap Peganiex . Siti pun sama . Korang bukan lagi Kapten untuk Jabatan Keselamatan dan Pertahanan Negara Pelangi . Korang juga akan bekerjasama dengan Sayap Peganiex . "


" Nak panggil Gerrard tak ? " Tanya Pendekar Bayu . " Dia dah pencen . Tapi , rasanya . Kita boleh harapkan dia . "


" Awak pergi pujuk dia . " Jawab Dato ' Sri Panglima Jentayu . " Awak seorang je yang boleh pujuk dia . "


Pendekar Bayu mengeluh lalu memandang ke arah Ahmadi . " Ayah serahkan kes Kak Sarah kat Didie . Kalau Didie boleh selamatkan Banshee ni . Maksudnya . Didie mampu untuk bawa Kak Sarah balik . "


" Didie akan berusaha untuk bawa pulang Kak Sarah dan Hara . " Balas Ahmadi sambil tersenyum .


Pendekar Bayu berjalan dan menghampiri Banshee Psikik Nurzahirah dan Banshee Psikik Nurzaharah . " Hara sihat ? "


" Hara . Sihat . Tapi . ' Badan '. Tak tahu . " Jawab Banshee Psikik Nurzaharah dengan jelas . " ' Badan ' jauh . Kat mana .Tak tahu . "


Pendekar Bayu tersenyum dan cuba untuk menyembunyikan perasaan sedihnya .


" Ada satu lagi Didie nak cakap . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Hidup kita takkan sama seperti dulu . Nyawa kita akan jadi pertaruhan . Nyawa ahli keluarga dan nyawa rakyat di kedua dunia juga akan jadi pertaruhan . "

Kemudian , dia berdiri perlahan - lahan lalu meneguk minumannya . " Pertarungan kat Paya hari tu dah mendedahkan semua yang ada kat situ . Jadi . Saya harap . Semua orang jaga diri dan keluarga masing - masing . "


Semua yang berada di situ saling berpandangan . Mereka faham benar akan maksud yang sampaikan oleh Ahmadi .


" Apa kita kita bertenang dulu buat sementara waktu . Saya faham . Semua ni , dah buat kita keliru dan agak kelam - kabut . " Kata Sougaena Chong Wei Lee dengan jelas dan tenang . " Esok dah tahun baru Lunar . Apa kata awak semua jemput datang ke rumah saya . "

Kemudian , dia membuang pandangannya ke arah Ahmadi . " Didie dan semua kawan datanglah sekali . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Bunyi letupan bunga api memekakkan telinga . Irama dan paluan gendang yang mengiringi Tarian Singa menambahkan lagi kehangatan dan kemeriahan suasana .


" Masuk . Masuk . " Sambut Puan Chong Fui Ha dengan senyuman mesra kepada Pendekar Bayu sekeluarga . " Lamanya kita tak berkumpul macam ni . "

Dia berlaga pipi dengan Puan Maryam dan Mak Teh Sanggul .


" Meriah sambutan awak kali ni . " Kata Puan Maryam dengan senyuman .


Sekali lagi bunyi letupan bunga api kedengaran .
Kali ini agak kuat kerana dipasang oleh Ahmadi dan semua rakannya .


" Hoi ! Budak - budak gila ! " Jerit Sougaena Chong Wei Lee dengan lantang dan kuat . " Korang nak letupkan rumah ni ke ? ! "


Mandy Chong Wei Tze , Siti Aisyah dan Nurzahirah pula sedang bermain mercun dan bunga api .

Turut bertandang bersama mereka adalah Tatsumaki dan Rissa .


Tatsumaki mengenakan Cheongsam berwarna merah . Kain sarungnya terbelah sehingga ke lutut .

Manakala Rissa pula mengenakan baju kurung berwarna Kuning dan berselendang .


" Awak ni . Kalau tak seksi . Memang bukan awak . " Kata Siti Aisyah sambil tersenyum lalu memberikan minuman kepada Tatsumaki .


" Biasa jelah . " Balas Tatsumaki lalu dia dan Siti Aisyah tertawa kecil .


" Apa kata malam ni , kita buat BBQ , nak tak ? " Pelawa Mandy Chong Wei Tze .


" Boleh juga . " Balas Nurzahirah lalu menganggukkan kepalanya .


" Memang meletup perut saya hari ni . " Kata Rissa pula sambil tersenyum .

Kemudian , dia memandang pula ke arah Mandy Chong Wei Tze . " Kalau saya nak bawa sedikit untuk mak dan ayah saya , bolehkan ? "


" Kalau awak nak bawa satu Kapal pun takde masalah . " Jawab Mandy Chong Wei Tze lalu memeluk bahu Rissa sambil tersenyum .


Fateh bersama Khalid dan Ikhwan pula sedang duduk di halaman rumah .

Turut bersama mereka ialah Hose , Damgo dan Yasha .


" Saya suka cara macam ni . " Kata Fateh lalu menghembuskan asap rokoknya ke udara . " Menjamu selera sambil menyiasat . "


" Ini kali pertama kitorang menyamar guna Topeng Silikon . " Kata Damgo dengan senyuman .

Dia dan rakan - rakannya termasuklah Tatsumaki dan Rissa menggunakan Topeng Silikon untuk penyamaran .


" Idea siapa ni ? " Tanya Khalid sambil tergelak kecil .


" Cik Siti . " Jawab Hose dengan jelas .


Ahmadi menyentuh bahagian belakang pinggang Siti Nursamawi yang memakai Jaket Kulit berwarna Hitam dan berbaju T berwarna Merah serta Jeans yang berwarna Hitam .


" Kau dah kenapa ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas namun , dia membiarkan kelakuan Ahmadi .


" Itu soalan aku . Kau dah kenapa ? " Tanya Ahmadi dengan tenang . " Kau nak buat apa dengan Pistol ni ? "


" Aku tak sedap hati . " Jawab Siti Nursamawi .


Ahmadi mengeluh lalu digosok - gosoknya rambut Siti Nursamawi dengan agak kasar . " Tak apa . Kita dah buat strategi . Biar Stephen buat rancangan dia . "


" Kau tak rasa rugi ke tinggalkan kerja kau kat Makmal tu ? " Tanya Prof . Zenderall sambil tersenyum .


" Janganlah sindir saya . Awak pun sama . " Balas Stephen Akio Kenzo sambil membalas senyuman Prof . Zenderall . " Boleh pula awak tinggalkan kajian awak tu . "


Suasana riang dan gembira menghiasi suasana . Tetamu yang hadir saling berbual mesra sambil menjamu selera .

Irama melodi Tarian Singa berkumandang sekali lagi .


Kelihatan Sougaena Chong Wei Lee dan isterinya Puan Chong Fui Ha membawa sebuah bakul yang berisikan Limau Mandarin .


Ketika majlis yang sedang berlangsung dengan meriah itu , sebuah Kereta berhenti dan terus sahaja melontarkan beberapa biji Molotov ke arah perkarangan persembahan Tarian Singa sehingga menyebabkan keadaan menjadi huru - hara .

Kemudian , Kereta itu dengan segera memecut laju .


Siti Nursamawi yang kebetulan berdiri berdekatan dengan pantas berlari ke arah Superbike Merahnya dan terus sahaja mengejar kereta tadi .


Melihat keadaan itu , Adam , Siti Hawa dan Ratni bergegas untuk mengejar Siti Nursamawi dengan Superbike mereka .


Ahmadi dan rakan - rakannya yang lain pula memadam api yang marak tadi dengan pantas .


Stephen Akio Kenzo mengamati serpihan kaca Molotov tadi dan mendapati ada kesan cap jari pada serpihan kaca itu .

Diberikannya serpihan kaca tadi kepada Prof . Zenderall .


" Dia nak jadi penjenayah tapi , bodoh . Dia tak buat kerja dengan bersih . " Kata Prof . Zenderall lalu dia mengeluarkan satu alat yang canggih dan mengimbas cap jari tadi .

Kemudian , alat tadi berbunyi dan dia memberikan alat itu kepasa Stephen Akio Kenzo .


" Prof . Rash dah gila ke ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan nada yang sedikit terperanjat .


" Kau ada musuh ke ? " Tanya Pendekar Bayu dengan mulutnya mengunyah Limau Mandarin .


" Ini yang pertama kot . " Jawab Sougaena Chong Wei Lee dengan jelas .


" Jangan bertindak . Ikut arahan Pakcik . " Kata Nurzahirah dengan jelas . " Jangan sesekali bukakan Pintu Tenaga kita . "


" Cik Siti dan rakan - rakan dia tadi nampak bergayalah . " Kata Rissa dengan jelas sehingga menyebabkan Nurzahirah , Siti Aisyah , Mandy Chong Wei Tze dan Tatsumaki memandangnya .


" Saya tu cakap je . " Kata Rissa sambil tersengih lalu dengan bersahaja dia menggigit Biskut Kelapa .


" Wartawan suka kes macam ni . " Kata Pendekar Bara lalu , dia bergegas berlari ke ruang tamu dan terus sahaja mengambil Alat Kawalan Jauh . " Kejap lagi , mesti ada siaran langsung kat TV . "


" Jangan berlari kat rumah saya ! " Jerit Sougaena Chong Wei Lee . " Rumah saya nak kena bakar ni ! Janganlah sibuk nak tengok TV dulu ! Bertuah punya kawan ! "


Puan Maryam dan Mak Teh Sanggul pula kelihatan sedang memujuk Puan Chong Fui Ha agar bertenang .


" Korang pergi berjaga kat luar ! " Marah Nenek Diana sambil ditariknya telinga Pendekar Bara dengan kuat . " Korang tu jantan ! Pergi berjaga - jaga kat luar ! Tunggu sampai Polis datang ! Tak guna betul ! Jangan sampai Makcik hayun penumbuk Makcik kat muka korang ! Pergi cepat ! "


Pendekar Bayu dan semua rakannya bergegas ke luar dan mencari tempat masing - masing .


" Haiya . Mama Diana dah jadi Raksasa dah . " Kata Puan Nancy . Dia sapu - sapunya belakang Nenek Diana dengan lembut . Kemudian , matanya melekat pada Mandy Chong Wei Tze . " Korang semua masuk ! Kat luar tu bahaya ! Jangan nak mengada - ngada nak jadi hero ! Masuk ! "


Mandy Chong Wei Tze bergegas masuk ke rumah bersama dengan semua rakannya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Siti Nursamawi memecut ' Superbike ' nya dengan deras .
Kereta yang dikejarnya juga memecut laju di atas jalan raya .


Adam , Siti Hawa dan Ratni pula , mengejar Siti Nursamawi yang laju memecut laju di hadapan mereka .

Bunyi - bunyi hon daripada pelbagai kenderaan yang menendang - nendang telinga tidak diendahkan oleh mereka .


Siti Hawa melakukan Wheelie dan selepas itu , dia menambahkan kelajuan ' Superbike ' nya .


Tiba - tiba , Siti Nursamawi mengubah haluannya .


Siti Hawa mengarahkan Adam dan Ratni untuk terus mengejar Kereta tadi sementara dia mengejar Siti Nursamawi .


Sementara itu , Ahmadi bersama dengan rakan - rakannya yang lain dengan bersahaja membakar kepak ayam .


" Kita tak boleh nak buat apa . Kita kena tunggu dulu kat sini . " Kata Prof . Zenderall . " Polis pun dah datang . "


" Forensik pun dah datang dah . " Kata Stephen Akio Kenzo pula dengan tenang lalu , matanya terikat dengan kehadiran Dato ' Sri Panglima Jentayu . " Dato ' Sri pun dah datang . "


" Awak nampak tak individu yang campak Molotov tu ? " Tanya Dato ' Sri Panglima Jentayu .


" Manalah saya nampak . " Jawab Sougaena Chong Wei Lee . " Polis dah periksa rakaman CCTV . Tunggu laporan daripada diorang . "


Sekumpulan kecil Wartawan telah muncul dan meramaikan lagi kehadiran tetamu di situ .


" Dato ' Sri . Dato ' Sri . " Sapa seorang Wartawan Wanita . " Apa pandangan Dato ' Sri terhadap serangan ni ? "


" Saya tak boleh nak kata apa - apa lagi sebab , Polis pun , baru je lakukan siasatan awal . " Balas Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan jelas . " Jadi . Saya tak boleh nak kata apa - apa lagi . "


Pendekar Bayu membuka siaran TV dan , dia terus tercegat .

Sebelah keningnya terangkat . Dahinya sedikit berkerut .
Namun , mulutnya sedang mengunyah Limau Mandarin .


Ketika Dato ' Sri Panglima Jentayu hendak berlalu hendak meninggalkan kumpulan Wartawan itu , dia terhenti kerana dihalang .


" Dato ' Sri . Dato ' Sri . Ikut laporan yang baru kitorang terima . Sayap Peganiex sedang dalam perjalanan untuk mengejar penyerang tadi . " Kata Wartawan Wanita itu dengan jelas . " Apakah Dato ' Sri yang menghubungi mereka ? "


Dato ' Sri Panglima Jentayu agak terperanjat dengan soalan yang diajukan terhadapanya itu .

Matanya ingin melirik ke arah Ahmadi dan rakan - rakan Ahmadi namun , dia dapat menahan dirinya daripada berbuat demikian . " Tak . Saya takde pun menghubungi Sayap Peganiex . Tapi . Kebarangkalian Sayap Peganiex untuk menghidu serangan ini agak tinggi . Maklumlah . Mereka telah banyak membantu negara dalam menyelesaikan pelbagai masalah . "


Pendekar Kuning dan Sougaena Raj memandang ke arah Ahmadi dan semua rakan Ahmadi .


" Kita ikut je rentak diorang . " Kata Pendekar Bayu lalu berjalan di antara Pendekar Kuning dan Sougaena Raj . " Memang menarik . Kita ikut je . "


Pendekar Bara menguatkan suara Television .


Ahmadi dan semua rakannya berlari ke arah ruang tamu sambil membawa bersama makanan mereka .

Malah , ada juga yang berlari sambil mengunyah makanan .


" Laporan mengenai serangan di rumah Dato ' Chong Wei Lee . Kamera Drone telah dapat menjejaki , empat individu sedang mengejar sebuah kereta yang disyaki , telah melancarkan serangan sebentar tadi . Namun , dua individu tersebut telah pun mengubah haluan . " Kata Pemberita . " Namun demikian , dua lagi individu kelihatan masih lagi mengejar kereta tersebut . "


" Siti tu . Hawa ikut dia . " Kata Aivira sambil mengunyah makanan . " Yang tu pula . Adam dan Ratni . "


" Kamera Drone juga telah dapat merakamkan kehadiran anggota Kumpulan Sayap Peganiex yang juga kelihatan seperti sedang mengejar suspek . " Kata Pemberita dengan jelas .


" Sayap Peganiex . Bukan senang nak dapat tengok diorang ni . " Celah Maera dengan tenang lalu meneguk minumannya. " Ni kira beruntung sangat dapat tengok diorang secara langsung . "


" Diorang ni bekerja untuk kerajaan ke ? " Tanya Ahmadi dengan jelas dengan nada yang kehairanan dengan makanan berada dalam mulutnya .


" Yelah kot agaknya . " Balas Prof . Zenderall dengan jelas . " Diorang dah banyak selesaikan kes - kes berprofile tinggi yang berbahaya kepada negara . Mungkinlah kot . "


" Mesti kerajaan dah buat rundingan dengan diorang untuk selesaikan kes - kes tu . Macam bayaran ke contohnya . " Kata Stephen Akio Kenzo .


" Mesti mahal bayaran diorangkan . Mesti banyak duit diorang . " Celah Sheila Asyikin pula dengan nada manjanya .

Kemudian dia memandang ke arah wajah Ahmadi dengan gaya kebudak - budakkannya . " Abang tak nak ke jadi macam diorang ? "


Belum sempat Ahmadi nak menjawab , Pendekar Bayu mencelah sambil tertawa besar . " Abang Didie Sheila tu . Apalah yang dia tahu bab siasat - siasat tu . Kalau tepung buat kek tahulah . "


Rakan - rakan Pendekar Bayu tertawa mendengar kata - kata Pendekar Bayu .


Sheila Asyikin memasamkan wajahnya memandang ke arah Pendekar Bayu .


" Korang semua tak layaklah jadi penyiasat . " Kata Sougaena Aryan pula dengan jelas . " Semua takde kelayakkan . Kalau Siti dengan kawan - kawan dia tu , okeylah juga . "


Siti Nursamawi dan Siti Hawa memecut laju untuk mematahkan haluan penyerang tadi .

Manakala Adam dan Ratni pula , terus mengejar penyerang tadi dengan memecut deras di atas jalan raya .


Apakah serangan itu adalah sebuah permulaan kepada sebuah pengakhiran ?

Jawapan hanya akan diketahui sekiranya , penyerang itu dapat diberkas dengan kadar yang segera .


Siti Hawa dan Siti Nursamawi sekali lagi menukar haluan mereka dan berhenti pada bahagian tengah di sebuah kawasan jalan yang memiliki tujuh simpang jalan .


Siti Nursamawi turun daripada kenderaannya dan terus sahaja menyasarkan sasarannya ke arah Kereta penyerang yang meluncur laju ke arahnya dan Siti Hawa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience