Ahmadi mengeluh lalu , dia memanggil Putih dan beberapa detik kemudian , Putih muncul bersama dengan sinaran warna Elemen Warna dan Cahayanya .
" Putih . Kau bawah dia ni . Korek kepala dia . Tengok apa yang ada . " Kata Ahmadi dengan jelas .
Tanpa membantah , Putih melaksanakan arahan Ahmadi dengan melenyapkan dirinya membawa bersama Pengintip Musuh tadi .
" Apa hal ? " Tanya Pendekar Bayu dengan tenang .
" Tadi tu salah seorang anggota musuh yang menjadi dalang serangan kat Dunia Manusia hari tu . Salah seorang rakan diorang dah mati kena bunuh kat sebuah bandar kat dunia ni . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Tak sempat nak dapatkan maklumat , dah mati dah kena bunuh . Entah apa kaitan dalang tu dengan kerajaan yang jadi musuh utama kita kat dunia ni . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ramadhan menjelang tiba . Ramadhan disambut dengan penuh rasa kesyukuran baik di Dunia Mitos mahupun di Dunia Manusia .
Namun demikian , Ramadhan kali ini tidaklah sama dengan Ramadhan yang sebelumnya .
Rusuhan berlaku di mana - mana . Kekecohan berlaku di serata pelosok di Dunia Manusia .
Kerugian harta benda juga semakin meningkat . Tidak ditambah lagi dengan beberapa kes kematian yang semakin membimbangkan .
Kerisauan juga turut bertambah apabila Golongan Freak yang menyimpan dendam , mengambil kesempatan untuk melakukan tindakan balas sehingga menyebabkan , keadaan semakin huru - hara .
Keadaan ini juga , telah menyebabkan , Kawasan Perumahan yang didiami oleh Ahmadi , semakin dipinggirkan .
Dan , keadaan ini juga telah membawa kepada pemindahan besar - besaran penduduk yang mendiami kawasan itu ke kawasan yang telah disediakan untuk mereka dan golongan yang senasib dengan mereka oleh Dato ' Sri Panglima Jentayu .
Para Pemimpin Pasela bersama - sama dengan Dato ' Sri Panglima Jentayu untuk memastikan pemindahan berlaku dengan lancar walaupun mereka , dikawal dan diperhatikan oleh Pihak Berkuasa yang memandang sinis terhadap mereka .
Namun begitu , Organisasi Pasela tetap dirahsiakan kewujudannya .
Dan kini , satu kawasan yang jauh daripada bandar - bandar utama , telah pun kelihatan sedikit bernyawa walaupun , dipinggirkan , disisihkan dan dipulau oleh masyarat dunia yang kebanyakkannya , memandang sinis , memandang hina akan kewujudan mereka .
Mereka yang mendiami kawasan itu , bagaikan telah terputus hubungan dengan bandar - bandar utama .
Para penduduk yang mendiami dan menghuni bandar itu , walaupun mereka dapat merasakan secara kasar dan batin tentang penyeksaan yang mereka hadapi , mereka tetap bertenang dan dapat melepaskan kelegaan kerana , masih dapat menikmati keperluan asas yang lengkap walaupun hidup dalam kesederhanaan .
Namun begitu , rasa terkilan dan kekecewaan masih tidak dapat mereka nyahkan daripada perasaan mereka .
Dengan hidup di bawah bekas ketua nombor satu Dunia Manusia , Dato ' Sri Panglima Jentayu , para penghuni kawasan itu yang dikelilingi dengan Banjaran Gunung Baluwangsa , hidup berjiran antara Manusia Normal dan Golongan Freak masih tetap utuh dan terpelihara .
Kini , hiduplah mereka semua di kawasan yang jauh daripada kehidupan lama mereka dan mula menjalani kehidupan baru mereka .
Dan tetap dapat mengetahui akan perihal yang berlaku di sekeliling mereka melalui teknologi yang dibawa bersama oleh Stephen Akio Kenzo .
Dan berita terbaru yang menjadi buah mulut di serata Dunia Manusia , misteri kegagalan beberapa aset - aset ketenteraan yang telah berlaku dan tidak dapat diselesaikan .
Antara aset - aset yang terjejas adalah , Jet - jet Pejuang yang canggih , Kereta - kereta Perisai dan Kereta - kereta Kebal yang memiliki teknologi yang terkini serta kelengkapan - kelengkapan tempur Unit Pasukan Keselamatan dan Ketenteraan .
" Kau langsung tak boleh nak selesaikan ke masalah ni ? " Tanya Ahmadi dengan jelas .
" Tak boleh . Walaupun saya dapat kesan Virus - virus yang dah rosakkan semua kelengkapan dan aset - aset tu . Saya tetap tak boleh nak selesaikan serangan Virus - virus baru ni . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas dan tenang . " Virus - virus ni , macam ada fikiran sendiri . Dia macam boleh halang semua serangan Virus - virus saya . Senang nak bagi korang semua faham . Dia macam Virus Kapsul . Sejenis kelebihan Virus yang ada untuk menghalang semua serangan Virus yang baik . "
" Bengkak kepala ' wei ' dengan masalah ni . " Kata Ratni dengan lembut . " Segala kelengkapan yang kita nak bawa masuk ke dalam kawasan ni dah jadi sampah . "
" Lagi satu masalah . Senjata yang ada dalam simpanan saya . Tak cukup untuk semua Anggota Keselamatan yang ada kat kawasan kita ni . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan tenang .
" Tak jadi nak jalan - jalan kat luar . " Kata Maera dengan jelas .
" Jalan - jalan pun , bukannya kita dapat nak ambil apa - apa . " Balas Adam dengan lembut .
" Senjata yang dikeluarkan oleh Syarikat Zen pun sama terjejas . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan tenang .
" Cakap pasal dia , dia dah jadi buruan Poliskan . " Kata Siti Hawa dengan lembut dan tenang . " Dia dah bunuh beberapa anggota keselamatan . "
" Dia dah marah sangatlah tu . Hampir semua kejiranan dia buat masalah dengan dia . " Celah Siti Nursmawi dengan jelas . " Dia pun . Apa lagi . Meletuplah . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Tembakkan bertalu - talu dilepaskan ke arah Prof . Zenderall yang telah meletupkan beberapa buah Kenderaan Polis .
Dengan hanya menggunakan Tenaga Mindanya , dia memulangkan semula butiran - butiran peluru kepada setiap Anggota Keselamatan yang menembaknya .
Di Bandar Bayu pula , pasukan keselamatan bertungkus - lumus menyerang Pahlawan Mitos dan Pahlawan Hybrid Mitos yang dipimpin oleh Edy yang turut telah membunuh anggota pasukan keselamatan .
Beberapa buah Kereta diletupkan dengan sengaja oleh beberapa Pahlawan Mitos untuk menambahkan lagi ' kemeriahan ' suasana .
Ahmadi dan rakan - rakannya melihat keadaan itu melalui siaran TV .
" Keadaan kat luar sana tu dah bertambah buruk . " Kata Siti Aisyah dengan tenang .
" Teruk - teruk kita kat sini . Takdelah seteruk kat sana . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan tenang . " Kita disisih dan dipulau tapi , masih dapat hidup dengan aman . Kat luar tu . Tak dipinggirkan tapi , 24 jam hidup dalam keadaan ketakutan . Betul - betul dah dapat Hukum Karma . "
" Nasib dioranglah . " Kata Naera dengan jelas .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Sebuah perkampungan kecil yang terletak jauh daripada kawasan Kerajaan Bersekutu Lagenos , telah rebah ke tanah .
Api marak di sana sini . Suara tangisan bergema menambahkan lagi suasana yang hiruk dan pikuk .
Dyrad tersenyum sinis memandang ke arah mayat seorang remaja wanita yang baru sahaja terbunuh .
Dia yang berdiri di atas sebatang dahan pokok , melihat ke arah kemusnahan yang dilakukan oleh Pahlawan - pahlawan Darkhtala .
Namun , bukan dia yang mengetuai akan seranagan itu .
Dia hanya singgah dan menikmati pengaliran darah dan jeritan kesakitan setiap mangsa yang terkorban .
Tidak lama kemudian , seekor Burung Gagak hinggap berhampiran dengan Dyrad dan berbunyi .
Bagaikan mengkhabarkan sesuatu dan beberapa detik berselang , Dyrad tersenyum dan terus melenyapkan dirinya .
Di satu sudut yang lain pula , berita mengenai Askar Zombie mula kedengaran .
Ia telah menjadi satu aspek utama yang perlu ditangani oleh semua kerajaan yang wujud di Dunia Mitos .
Desas - desus mula bermain di telinga di mana , sebuah kerajaan telah tumbang akibat serangan Askar Zombie itu .
Nurzaharah selaku wakil kepada Ahmadi dan Sheila Asyikin , telah mengetuai satu mesyuarat tergempar mengenai akan hal itu .
" Tuanku Puteri Muda Pawaka . Jika benar perkhabaran yang sedang berlegar itu , adalah baiknya kita menguatkan Pertahanan Psikik pada setiap kerajaan kita . " Kata Ratu Jeullbea dengan lembut .
" Itulah yang sebaiknya . Juga , titahkanlah kepada Unit Elemen Psikik untuk membuat lapisan benteng Perlindungan Psikik kepada Unit Peninjau yang berkawal di sempadan kerajaan kita . " Balas Nurzaharah dengan jelas dengan wajah kakunya . " Jika terlihat akan Askar - askar Zombie itu , kerahkan Unit Serangan Jarak Jauh untuk membunuhnya . Jika tidak , sudah pastilah semua Askar Zombie itu akan dapat menghampiri sempadan kerajaan kita . Dan sudah pasti , ia akan membawa kepada masalah yang lebih besar . "
" Tapi , bagimana pula dengan halnya Unit Gabungan Elemen ? " Tanya Raja Eartha dengan tenang . " Unit itu ditugaskan untuk menjadi Unit yang akan mengucar - kacirkan pasukan musuh . Pada hemat beta . Unit itu perlulah diberikan pengasingan tugas . "
" Titahkanlah kepada Unit itu . Tugas mereka hanyalah menyasarkan kepada Pasukan Musuh dikalangan Makhluk Mitos sahaja . Kerana , jika mereka juga dikerahkan untuk bertarung dengan Pasukan Zombie itu , beta khuatir , kita akan kehilangan Pahlawan . " Balas Nurzaharah dengan tenang . " Kecuali , jika kita berkehendakkan sedimikian , hendaklah kita memilih Pahlawan yang berada pada tahap Ketua Panglima sahaja kerana , mereka telah mahir sepenuhnya dengan penggunaan Teknik Pakaian Tempur Elemen Warna dan Cahaya pada tahap yang sepenuhnya . "
Dengan perlahan , dia mempertemukan kedua belah jari - jemarinya di hadapan wajahnya dengan meletakkkan kedua belah sikunya di atas meja . " Namun demikian , jika kita hendak melaksanakannya , adalah lebih baik , kita minta perkenan Raja Pawana . "
" Itulah yang sebaiknya . " Balas Raja Eleaind dengan lembut . " Perkenan Raja Pawana perlu untuk menjadikannya kenyataan . Dan sudah tentulah , baginda Tuanku Pawana akan lebih memperincikannya . "
Nurzaharah menganggukkan kepalanya dengan lembut . " Sekarang . Moleklah jika kita membincangkan pula akan mengenai Unit Gabungan Kerajaan kita . "
" Beta sekalian , menjunjung titahnya Tuanku Puteri Muda Pawaka . " Balas Raja Landlack dengan tenang .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Dyrad muncul di dalam kawasan semak dan samun berhampiran dengan kawasan pantai .
Dengan menggunakan derianya , dia menyentuh permukaan sebatang anak sungai yang mengalir ke laut .
Dia tersenyum kerana dapat mengesan akan kehadiran buruannya .
Dengan langkah yang gemalai , dia melompat ke udara sambil menjelmakan Pakaian Tempur Elemen Warna dan Cahayanya yang menakutkan .
Namun , baru sahaja dia hendak menjunam ke permukaan laut , dia dihalang oleh Vanessa Valarie .
Dengan wajah cantik jelita dan menggerunkan , Vanessa Valerie yang lengkap dengan Pakaian Tempur Elemen Warna dan Cahayanya , dia menyerang Dyrad dengan pantas yang menyebabkan , Dyrad berputar di udara dan mendarat di atas permukaan laut yang bergelombang kecil .
Dyrad berdiri sambil tersenyum . " ' Oh ' . Perempuan Ikan yang dah berjaya mengambil hati bekas kekasih saya . "
Vanessa Valarie memandang ke arah wajah Dyrad dengan renungannya yang tajam .
Dia berdiri sambil memegang Trisulanya yang unik . " Apa awak buat kat sini ? "
" Itu soalan saya . " Balas Dyrad dengan lembut . " Apa yang awak buat kat sini ? Ini bukan kawasan sempadan kerajaan awak ataupun sempadan Kerajaan Bersekutu Lagenos . "
" Itu bukannya urusan awak . Baik awak pergi dari sini sebelum saya buraikan perut awak . "Kata Vanessa Valarie dengan garang .
Dyrad tertawa kecil . " Awak takkan dapat nak calarkan sedikit pun badan saya . "
" Awak ada dekat sini . Ini bermakna , awak ada niat untuk musnahkan kerajaan yang berhampiran dengan kawasan pantai ni . " Kata Vanessa Valarie dengan jelas . " Dan , awak hendak masuk ke dalam laut . Mesti awak nak siasat keadaan kat kawasan ni . "
" Bijaknya awak . " Balas Dyrad sambil terus mengukirkan senyuman seksinya . " Bijak yang terlalu bodoh untuk membuat kesimpulan awal . "
" Tapi tak sehina awak yang jadi Perempuan Murahan yang ' dipanjat ' bersilih - ganti . " Balas Vanessa Valarie sambil tersengih dan tersenyum sinis . " Mungkin sebab tu Didie tak jadi milik awak . "
Dyrad tertawa dengan suaranya yang seksi . " Mana awak tahu ? Yang bersilih - ganti ' panjat ' saya tu , hanya Didie seorang . Sekejap dia ' panjat ' saya dan ada ketikanya , saya ' panjat ' dia . Dan awak , belum tentu lagi dia nak ' panjat ' . Kalau dapat pun , awak cuma rasa ' sisa ' yang saya dah rasa . "
" Boleh tahan juga mulut awak . " Kata Vanessa Valarie lalu mengacukan Trisulanya ke arah Dyrad .
" Dan , sebelum saya bunuh awak kat sini , lebih baik awak tarik balik ayat awak tadi . " Kata Dyrad lalu dia menjelmakan Pedang Floranya yang menakutkan dan mengacukannya ke arah Vanessa Valarie . " Atau , ini akan jadi pertarungan yang dahsyat antara kita berdua sebab , awak dah fitnah saya . "
Vanessa Valarie tersenyum . " Awak ingat , saya pengecut sangat ke ? "
Dyrad tersenyum . " Buktikan kepada saya . Ikan Duyung Murahan . "
Vanessa Valerie dan Dyrad meluru ke arah masing - masing .
Pertempungan antara mereka berdua telah menyebabkan kawasan permukaan laut di sekeliling mereka bergelombang dengan kuat dan menghasilkan percikan air laut yang amat dahsyat .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Ahmadi yang berada di lorong sunyi , cuba mengintai di sebalik dinding .
Api yang marak menyala membakar beberapa buah kereta yang terbalik .
Dia dapat melihat dengan jelas , kehadiran Anggota Keselamatan yang sedang berkawal untuk memastikan keadaan selamat yang pada hakikatnya , tidak selamat .
Dengan kelajuan yang agak pantas , dia berlari dan memasuki sebuah premis perniagaan bersembunyi di situ sambil terus mengintai .
Seketika kemudian , beberapa bunyi tembakkan kedengaran .
Satu letupan juga berlaku bersulamkan suara jeritan dan erangan mengisi bunyi letupan tadi .
Jelas pada pandangan Ahmadi , kumpulan kecil Anggota Keselamatan tadi telah ditumpaskan oleh seorang Golongan Freak .
Penyerang itu hanya tersenyum selepas dia dapat menewaskan kesemua Anggota Keselamatan yang cuba menahannya tadi .
Selepas itu , Penyerang itu memasuki ke sebuah kedai Serbaneka yang telah pun musnah .
Ketika dia hendak memusnahkan sebuah Mesin Minuman , Ahmadi menghempaskan kepalanya ke Mesin Minuman tadi dengan kuat .
Ahmadi dengan bersahaja mendudukan Penyerang tadi di atas sebuah kerusi . " Nama kau ? "
" Zaki . " Kata Zaki dengan nada yang bersulamkan erangan kesakitannya .
" Kau buat apa kat sini ? " Tanya Ahmadi dengan tenang .
" Saya suka - suka je . " Kata Zaki dengan jelas . " Saya cuma nak berseronok .
" Kau Freak . " Kata Ahmadi dengan lembut .
Zaki menganggukkan kepalanya . " Lepaskan saya . "
Share this novel