Kelihatan Nurzaharah telah terlutut dengan dahinya disandarkannya pada tempat kedua belah pergelangan tangannya dipasung .
Matanya terpejam . Air matanya mengalir .
Dapat dirasakannya pada tapak tangannya . Panas dan pedih . Sakit yang pejar . Dan , dia dapat merasakan darah mengalir daripada kedua belah telapak tangannya .
Manakala Burano dan rakan - rakannya yang lain , ada yang terbaring mengiring menahan kesakitan yang dirasai oleh Nurzaharah pada kedua belah tapak tangan mereka .
Mereka dapat rasakan kesakitan dan kengiliuan itu daripada tapak tangan mereka sehinggalah ke paras kedua belah bahu mereka .
Mereka semua berkongsi rasa sakit yang dideritai oleh Nurzaharah melalui corak yang terdapat pada anggota tubuh badan mereka sebaik sahaja mereka semua tiba di ruang itu pada awal ketika tadi .
Tatsumaki pula , hanya terbaring kaku melihat rakan - rakannya yang menerima hukuman daripada Ahmadi .
Air matanya mengalir bersama ayat penyesalannya yang hanya bermain di dalam mindanya .
Tenaganya yang lemah telah menyebabkan dia tidak mampu untuk mengawal mindanya untuk menolak perasaan sakit yang diterima oleh mindanya .
Ahmadi melenyapkan tempat yang dihasilkannya untuk memasung kedua belah tangan Nurzaharah .
Nurzaharah terlutut dengan kedua belah tangannya menggigil kesakitan .
Dia mengawal mindanya untuk mengawal kesakitan yang menggigit kedua belah tangannya .
Matanya terpejam bersama aliran air matanya .
Namun , wajah kakunya sama sekali tidak menunjukkan sebarang reaksi walau sedikitpun .
Ini adalah kali pertama dia mengalirkan air mata selepas dia diselamatkan .
Air matanya telah lama berhenti mengalir tatkala terlalu banyak insiden - insiden yang kejam berlaku di hadapannya sewaktu dia berada dalam makmal dahulu .
Ahmadi mencabutkan Pedang Elemen yang terdapat pada perut Tatsumaki dan kemudian , dia melenyapkannya .
Terpejam mata Tatsumaki ketika dia merasakan , bilah Pedang itu keluar daripada perutnya .
Ahmadi melenyapkan semua corak Elemen Psikik yang dijelmakannya tadi namun , segala kesakitan yang dirasakan oleh setiap anggota Pasukan Sayap Merah dan Biru , kekal .
Selepas itu , dia berjalan menuju ke pintu . " Aku tunggu korang kat pintu Pulau ni . Pergi ambil Rissa . "
" Baik . " Balas Nurzaharah dengan nada tangisnya yang sedikit kedengaran .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Prof . Zenderall mengelak serangan yang dilancarkan oleh Pelayan itu manakala Stephen Akio Kenzo pula menolak kerusinya ke belakang dengan pantas sementara dia masih lagi di atas kerusinya .
Suara jeritan dengan pantas mengisi ruang Café kerana serangan yang tiba - tiba sahaja terletus .
Gelas - gelas kaca terpelanting dan pecah berterabur ke segenap arah .
Para pelanggan bertempiaran lari menyelamatkan diri .
Siti Nursamawi yang kebetulan meronda di kawasan itu , melihat keadaan itu dengan segera menurunkan cermin keretanya .
Prof . Zenderall mengelak dan menepis segala serangan yang dilancarkan terhadapnya .
Steven Akio Kenzo juga membantu namun , dia terperangkap di dalam dilema sama ada , dia perlu membukakan Pintu Elemen Tenaganya ataupun , membiarkannya terus tertutup .
Prof . Zenderall ditekan ke dinding dengan ganas oleh Pelayan tadi .
Prof . Zenderall menahan tangan penyerangnya yang memegang sebilah Pisau Elemen yang agak besar dan menakutkan .
" Zen ! Jangan buka Pintu Elemen awak ! Elak dan serang je ! " Jerit Stephen Akio Kenzo dengan lantang .
Muniandy yang menggigit strawnya melihat ke arah sekumpulan orang awam yang sedang berlari dari arah Café yang agak terkenal . " Apa dah jadi tu ? "
Aivira dan Maera dengan pantas melihat ke arah yang dilihat oleh Muniandy .
Mereka berdua juga ' berselera ' menggigit straw mereka .
" Mari tengok . " Kata Maera lalu berlari - lari anak . " Mesti seronok ni . "
Siti Nursamawi yang lengkap mengenakan Uniform Anggota Keselamatan lengkap bersama tanda ' Sarjannya ' , memicit punat radio pada atas bahu kirinya . " Tolong hantar unit bantuan ke jalan 3 , lorong 8 , Café McBlue . Sekarang ! "
Selepas itu , dia menjerit mengarahkan orang awam menjauhkan diri daripada tempat itu .
Ketika dia menghampiri Café itu , beberapa kakitangan Café itu berlari dari arah belakang Café . " Apa yang berlaku ? ! "
" Tak tahu . Tiba - tiba Pelayan kitorang yang baru je mula kerja hari ni , menyerang Prof . Zenderall . " Balas kakitangan Café itu . Prof . Stephen pun ada kat dalam . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nurzaharah bersama semua anggota pasukannya , berlari dengan pantas di atas permukaan tanah yang kotor dan menjijikkan .
Burano dan Ghowly memapah Tatsumaki yang lemah dan tidak mampu berjalan .
" Cik Muda Hara ! Saya tak dapat kesan Tenaga Elemen Rissa ! " Jerit Laeti dengan lantang .
Hujan yang lebat bersama dengan bunyi guruh yang memekakkan telinga , sedikit menyukarkan pergerakkan Nurzaharah dan rakan - rakannya .
" Tuan Didie ada cakap ! Rumah Rissa dikelilingi dengan Dinding Elemen ! " Balas Nurzaharah dengan kuat nadanya .
Dia menjelmakan Elemen Penyembuhannya pada kedua belah tapak tangannya untuk merawat kecederaannya namun , rasa lenguh dan ngilu pada seluruh bahagian kedua belah tangannya masih lagi jelas dirasakannya . " Kesan Tenaga Dinding Elemen tu ! "
Hal yang sama juga turut dirasakan oleh seluruh anggota pasukan Sayap Merah dan Biru yang lain .
Rasa lenguh dan ngilu masih lagi mereka rasakan dengan kuat dan menyebabkan , mereka semua tidak mampu untuk menggerakkan kedua belah tangan mereka dengan normal .
Nurzaharah melompat ke udara lalu , dia membukakan deria Banshee Psikiknya untuk mengesan kedudukan rumah Rissa .
Dia membukakan seluruh deria Banshee Psikiknya yang sebenar kerana , dia dapat merasakan , seluruh Pegawai Penjara DiRaja yang berada di kawasan itu , memiliki tahap keupayaan yang amat tinggi .
Bukan disebabkan itu sahaja malah , dia juga dapat merasakan seluruh kawasan itu dipenuhi dengan Elemen Warna dan Cahaya yang amat pelik . Pelik dan menakutkan namun , dia agak menyukainya .
Terbukanya seluruh deria Banshee Psikiknya itu , telah menyebabkan , Warna Elemen Cahaya dan Warna sebenar Banshee Psikiknya terserlah .
Kedua belah matanya berubah warna menjadi warna Merah dan Hitam . Tidak lagi memiliki warna putih seperti mata yang normal .
Namun begitu , mata kirinya tetap kelihatan amat menakutkan . Bahagian mata kirinya bagaikan merekah .
Ahmadi , Veruga dan Pureen yang berdiri di atas dahan sebatang Pokok yang tinggi melihat ke arah pasukan Nurzaharah yang sedang mengesan kedudukan Rissa .
" Anak saudara Tuan dah bukakan kekuatan deria Banshee Psikik dia . " Kata Pureen dengan lembut .
" Aku dah cakapkan tadi . Hara tu bijak . Aku perasan . Dia kesan semua Tenaga Elemen korang . " Balas Ahmadi dengan tenang dan jelas . " Dia dah terfirkir . Dia kena bukakan Tenaga Banshee sebenar dia untuk kesan kedudukan dan untuk selamatkan Rissa sebab , dia dah tahu . Kekuatan korang jauh lebih tinggi daripada anggota pasukan dia . "
" Tapi . Panglima Tatsumaki dan Panglima Rissa tu , dah hampir sama tahap kekuatan dia dengan Cik Muda Hara . " Kata Veruga dengan jelas . " Rendah sedikit je daripada kekuatan Cik Muda Rara yang jauh lebih tenang . "
" Rara lain . Tahap dia dah lain berbanding dengan Hara . " Kata Ahmadi dengan lembut . " Tapi , jadi lebih menakutkan kalau Rara dan Hara tu , bergabung . "
" Tapi apa - apa pun . Saya respek dengan Tuan . Sebab . Tuan dah tunjukkan kat semua yang ada kat tempat tadi tu yang Tuan tak pilih bulu . Tuan akan hukum sesiapa je yang langgar arahan . " Kata Pureen dengan jelas . " Ini akan jadi sebab semua banduan kat tempat tadi tu , buka mata . "
" Aku kena buat macam tu sebab , aku tak nak Pahlawan lain fikir . Mentang - mentanglah Hara tu anak saudara aku , aku lepaskan dia daripada terima sebarang hukuman . Aku tak nak hal macam tu terjadi dan tak nak benda tu terjadi . " Balas Ahmadi dengan tenang . " Sedangkan aku sendiri . Kena hukum oleh mendiang Raja Winsa dan Permaisuri Fiirapi masa perang dengan musuh dulu . Kenapa pula aku tak teruskan hal tu sekarang ? "
" Saya bukan nak mengampu ke , nak mengipas ke , nak menjilat ke . Tapi . Macam yang saya dan Pureen pernah cakapkan dulu kat Tuan . " Kata Veruga dengan jelas dan tenang . " Kitorang bersyukur sebab , Yang Maha Melindungi telah menyelamatkan puak kitorang melalui Tuan . "
Ahmadi mengeluh . " Korang percaya atau tak . Hara tu , sukakan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya yang ada kat tempat ni . "
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Cermin kaca Café pecah akibat daripada beberapa meja yang tercampak dengan kuat .
Selepas itu , Prof . Zenderall pula yang melompat keluar bersama dengan penyerang tadi dan kemudian , barulah Stephen Akio Kenzo menyusul .
" Steph ! " Jerit Siti Nursamawi dengan nyaring sambil memegang sepucuk Pistol dan berlari - lari anak ke arah Stephen Akio Kenzo .
" Siti ! Habislah kali ni ! " Kata Stephan Akio Kenzo dengan agak pantas .
" Apa yang berlaku sebenarnya ? " Tanya Siti Nursamawi dengan tenang .
" Tak tahulah . Tapi , penyerang tu serang Zen . Saya syak . Penyerang tu Pahlawan Mitos . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas .
Prof . Zenderall mengelak serangan yang dilancarkan oleh penyerang tadi dengan tenang namun , matanya memancarkan satu renungan yang menakutkan .
Muniandy , Maera dan Aivira yang turut melihat pertarungan itu turut terperanjat .
Aivira memegang kepalanya dengan kedua belah tangannya . " Aduh . Kita tak boleh nak buat apa - apa ni . "
Siti Aisyah yang terperangkap di dalam kesesakkan yang tiba - tiba terjadi bersama dengan Nurzahirah dan Mandy Chong Wei Tze bergegas berlari untuk melihat apa yang telah berlaku .
Penyerang tadi menyerang Prof . Zenderall dengan pantas namun , jika diperhatikan , serangannya seperti sekadar ingin memaksa Prof . Zenderall membukakan Pintu Elemen Warna dan Cahayanya .
Unit Pasukan Bantuan yang dihubungi oleh Siti Nursamawi tadi , tiba dan para anggotanya dengan pantas keluar dan mengawal keadaan yang berkecamuk .
Mereka dengan pantas mengarahkan orang awam yang mengurumuni kawasan itu untuk melihat dan merakam kejadian itu , agar menjarakkan dan menjauhkan daripada kawasan itu .
Siti Nursamawi dengan pantas mengetuai Unit Pasukan Bantuan itu .
" Kawal keadaan ! Halang orang awam ! Bersedia tapi jangan lepaskan tembakkan sehingga saya arahkan ! " Jerit Siti Nursamawi dengan lantang .
Penyerang tadi dengan pantas menghasilkan satu Bebola Gelombang di hadapan Prof . Zenderall dan Prof . Zenderall pula terpaksa menahan serangan itu .
" Freak ! Freak ! " Jerit awam dengan kuat dan lantang . " Itu Golongan Freak ! " Tembaklah ! "
" Habislah kali ni . " Kata Sheila Asyikin yang turut kebetulan berada di kawasan itu bersama dengan Naera .
Matanya dilekatkannya ke wajah penyerang itu dan dia mengenali akan siapakah gerangan yang menyerang itu .
Stephen Akio Kenzo melompat dari atas sebuah Kereta sambil membawa Pemadam Api dan terus menyembur ke wajah penyerang misteri itu .
Bebola Gelombang tadi lenyap kerana serangan Stephen Akio Kenzo tadi dan dia terus menarik Prof . Zenderall untuk menyelamatkan diri .
Penyerang itu menyerang Stephen Akio Kenzo namun , serangan itu dipatahkan oleh Stephen Akio Kenzo dengan mudah .
Selepas itu , penyerang itu menyasarkan semula serangannya terhadap Prof . Zenderall dan serangan itu bertali - arus .
Penyerang tadi mengasilkan beberapa Bebola Elemen yang kecil dan hendak melancarkannya ke arah Prof . Zenderall .
" Tembak ! ! ! " Arah Siti Nursamawi dengan lantang lalu , berdentam - dentam bunyi tembakan kedengaran .
Penyerang tadi terundur ke belakang namun , beberapa biji Bebola Elemen tadi dapat menghinggap ke tubuh Prof . Zenderall .
Peluru yang mencumbu badannya tidak dapat mencederakan dirinya .
Dia hanya berundur kebelakang sambil melindungi penglihatannya .
Letupan kecil terhasil sebaik sahaja Bebola Tenaga itu terkena pada tubuh Prof . Zenderall .
Asap menyelubungi kawasan tempat Prof . Zenderall berdiri dan bunyi tembakkan masih lagi kedengaran .
Sebaik sahaja asap itu hilang disapu angin , Penyerang itu tersenyum .
Semua yang berada di situ terperanjat dengan apa yang mereka lihat .
Lebih - lebih lagi , Siti Nursamawi dan semua rakannya yang turut berada di situ .
Mereka melihat , Prof . Zenderall melindungi dirinya dengan sepasang sayap .
Sayap yang berwarna Merah Kehitaman .
" Habislah . " Kata Stephen Akio Kenzo yang telah berada di kawasan yang agak selamat .
Penyerang tadi tersenyum lalu , dia menjelmakan Sayapnya yang amat menakutkan dan mengapungkan dirinya .
Sayap yang besar , lebar dan menggerunkan .
Dengan renungan mata yang menggerunkan , Prof . Zenderall mengepakkan Sayapnya yang amat besar dan menakutkan .
" Prof . Zenderall Freak ! " Jerit orang awam dengan lantang .
Maera dan semua rakannya yang turut berada di situ saling berpandangan sesama mereka .
Dengan wajah yang bengis , Prof . Zenderall mengepakkan sayapnya yang amat menakutkan dan terbang ke arah penyerang tadi namun , penyerang tadi terlebih dahulu melenyapkan diri .
Tinggallah Prof . Zenderall yang dikelilingi oleh mata - mata kebencian yang melihatnya dari segenap arah .
" Tembak Freak yang celaka tu ! " Kata orang ramai dengan lantang .
" Maaf Zen . Saya dah tak boleh selamatkan awak . " Bisik hati Stephen Akio Kenzo di dalam hatinya .
" Sarjan Siti , nak tembak ke ? " Tanya salah seorang anggota Keselamatan .
Siti Nursamawi hanya memandang ke arah anggota Keselamatan tadi .
Tiba - tiba , salah seorang Sarjan , yang turut berada di situ , mengarahkan agar tembakkan dilepaskan ke arah Prof . Zenderall yang terapung di udara .
Terkejut Siti Nursamawi yang terdengar arahan itu namun , dia tidak melepaskan tembakkannya .
Dia sempat melihat ke arah Prof . Zenderall yang melindungi dirinya dengan Medan Gelombang Elemen .
Prof . Zenderall melihat ke arah Siti Nursamawi yang hanya mengacukan Pistol namun , tidak melepaskan tembakan .
Kemudian , dilontarkannya pula pandangannya ke arah Stephen Akio Kenzo yang mana pada bahagian dahi Stephen Akio Kenzo , mengalirkan sedikit darah .
Selepas itu , dipandangnya pula semua orang awam yang berada di situ yang mencacinya , memakinya dan menghinanya .
Dia dengan tenang , terbang ke udara dengan pantas meninggalkan tempat itu .
Sejurus selepas itu , dinding - dinding kaca yang terdapat di sekitar kawasan itu pecah berderai bersama satu letusan tenaga yang agak kuat .
Share this novel