Rate

BAB 33 SAYAP PEGANIEX KEMBALI

Fantasy Series 3820

Tujuh purnama telah berlalu semenjak Ahmadi bersama dengan anggota kecilnya kembali dari Dunia Mitos .
Kelihatan Ahmadi baru sahaja selesai berbincang dengan Pendekar Bayu bersama dengan beberapa pemimpin Pasela yang lain .
Selepas itu , dia ajak ke Cafe oleh Sougaena Sora Akio Kenzo .

Pada waktu yang sama pula , kelihatan Siti Khumairah sedang berborak bersama dengan Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .

" Terus terang saya cakap , Permaisuri Fiirapi tu memang serupa dengan arwah mak saya . Daripada gaya dia , cara bercakap memang serupa sangat - sangat . " Kata Siti Khumairah dengan lembut .

" Saya pun perasan pasal tu . " Balas Hagia Sofea dengan tenang . " Cara gelak pun lebih kurang sama . "

" Saya rindukan dia . " Kata Siti Khumairah lalu tersenyum . " Saya teringin sangat nak jumpa dengan Permaisuri Fiirapi lagi . "

" Tapi awak rasa , Didie dan Sheila nak bawa lagi ke kita ke sana ? " Tanya Siti Nurjannah dengan jelas . " Sekarang ni secara tak langsung , kita dah terjebak dalam hal diorang ni . "

" Ingat lagi tak apa yang Permaisuri Fiirapi tu cakap kat kita semua ? " Tanya Hagia Sofea degan jelas .

" Kita kena rahsiakan kewujudan Dunia Mitos elok - elok . Kalau rahsia ni terbongkar. Keseimbangan dua dunia akan terjejas . " Jawab Siti Nurjannah .

" Tapi setahu saya , belum pernah lagi mana - mana Manusia yang jumpa pintu ke sana . " Kata Siti Khumairah . " Ikut cerita Legenda dan Mitos , pintu ke dunia tu cuma muncul kat Kaki Pelangi . "

" Habis tu , macam mana Didie dan Sheila pindahkan kita semua ke dunia tu masa pertempuran hari tu ? " Tanya Siti Nurjannah pula . " Saya yakin sangat , hari tu cerah dan tak mungkin ada Pelangi yang muncul . "

" Saya rasa , dia guna Lingkaran dan Pintu Taisa . " Kata Siti Khumairah dengan jelas . " Hari tu kan Didie dan Sheila ada jelaskan kat kita ciri - ciri teknik tu . "

Siti Nurjannah menganggukkan kepalanya dengan perlahan . " Saya rasa , kita bertiga akan berhadapan dengan sesuatu yang sukar . "

" Saya setuju dengan Janne . " Celah Hagia Sofea . " Siapa sangka , adik lelaki awak tu jadi Raja kat sana . Assassin kat dunia tu dah banyak kali cuba bunuh dia . "

" Kalaulah ada makhluk dari dunia tu tahu yang kita bertiga dan Siti , dah memasuki dunia tu dan , tahu kita ni ada pertalian dengan adik awak , kehidupan dan keselamatan kita mungkin akan terancam . " Pintas Siti Nurjannah pula .

" Saya rasa , kita perlu jumpa Didie dan Sheila pasal hal ni . " Cadang Siti Khumairah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Matahari berdiri tegak di atas kepala . Pancarannya menikam tepat apa sahaja yang dilintasinya .

Kelihatan Ahmadi , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi sedang berborak dengan Scarlett di dalam sebuah restoran .

" Kitorang bukannya ajak kau buat salah . Aku cuma nak kau naikkan mood dia balik . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Aku rasa , cara ni berkesan . "

" Tapi , korang yakin ke cara ni berkesan ? " Tanya Scarlett .

" Aku yakin 100 % . " Jawab Siti Nursamawi dengan perlahan . " Kalau tak , aku belanja kau makan apa je yang kau nak . "

" Takkan awak nak biarkan dia terus macam tu ? " Tanya Sheila Asyikin dengan nadanya yang berbaurkan kebudak - budakkannya . " Dia mesti datang ke sini dengan serta - merta . "

" Atau kau tak tahu macam mana nak buka pintu makmal tu ? " Tanya Ahmadi .

" Saya tahu tapi , saya cuma boleh masuk ke dalam makmal tu kalau ada kebenaran daripada dia je . " Jawab Scarlett .

" Jangan risau . " Kata Ahmadi . " Buka je . Kalau dia marah , aku lempang muka dia bertubi - tubi . Kau jangan risaulah . Dia takkan marah . "

Scarlett mengeluh keberatan .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Sampai bila awak nak terus macam ni ? " Tanya Maera .

" Sampai bila - bila pun tak apa . " Jawab Stephen Akio Kenzo . " Awak semua ni , risau dah kenapa ? Bukannya saya ganggu hidup awak semua pun . "

" Habis tu , takkan awak nak biarkan Scarlett sorang yang uruskan syarikat awak tu ? " Tanya Ratni pula . " Itu tanggungjawab awak . "

" Syarikat tu ayah saya yang punya . Ayah saya masih hidup lagi . " Balas Stephen Akio Kenzo . " Suruh je dia berhenti kalau dia dah tak nak kerja lagi kat situ . "

" Kitorang risaulah tengok keadaan awak macam ni . " Kata Muniandy.

" Janganlah fikirkan saya . Siapa yang suruh awak semua fikirkan pasal saya ? " Kata Stephen Akio Kenzo lalu dia berdiri . " Korang pergilah balik . Jangan fikirkan pasal saya . Jadi korang takdelah risau . Kalau saya mati sekali pun , takdenye nak guna duit awak semua pun . Dah , pergilah balik . Tak guna awak semua berkumpul kat sini . "

Tiba - tiba , langkah Stephen Akio Kenzo terhenti kerana terlihat amaran pencerobohan pada monitor utama miliknya di dalam bilik persendiriannya itu .
Dahinya berkerut . Kemarahan terus sahaja membakar dirinya .
Dia bergegas ke monitor itu dan menekan satu butang . " Scarlett , awak buat apa kat dalam makmal tu ? ! "

Monitor itu memaparkan Scarlett sedang berjalan menuju ke ruangan kajian .

" Scarlett ! " Kata Stephen Akio Kenzo lagi dengan lantang sehingga terlihat jelas Scarlett sedikit tersentak . " Keluar ! "

Scarlett tidak mengendahkannya dengan terus melakukan kerjanya .

" Saya cakap keluar sekarang ! " Jerit Stephen Akio Kenzo lagi sehingga kelakuan Scarlett menjadi sedikit kekok kerana serba - salah .

" Dah , jangan pedulikan dia . " Tiba - tiba sahaja suara Ahmadi kedengaran . " Kau buat je apa yang aku suruh . "

Stephen Akio Kenzo terperanjat sehingga matanya sedikit membesar .
Bukan dia sahaja yang terperanjat malah , semua rakannya yang berada di situ turut terperanjat sama .

Kamera monitor itu beralih kepada Ahmadi yang duduk bersahaja . Di sisinya ialah Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi yang sedang menggigit sebiji Epal .

" Woi Ayam Turki , sejak bila aku tak boleh masuk ke dalam makmal ni ? " Tanya Ahmadi dengan nadanya yang bersahaja . " Aku nak siasat sesuatu . Spesimen yang aku bawa ni lagi sensitif daripada biasa . Kau tak boleh pegang pasal , muka kau dah macam Babun aku tengok . Nanti rosak spesimen aku ni . "

Ratni dan rakan - rakan wanitanya terus sahaja berasa sebak sebaik sahaja terlihat akan Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi manakala Maera dan rakan lelakinya pula saling berpandangan .

" Eloklah semua ada kat situ . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas . " Kitorang nak jumpa korang semua . Ada kerja . Korang dah lama sangat cuti . Tinggalkan Siamang tu kat situ . Biarkan dia meroyan . Wei Steph , selagi kau tak mandi dan bersiap , jangan mimpi nak jumpa kitorang kat sini . "

Maera dan semua rakan - rakannya tersenyum dan ada juga yang turut berpelukkan . Malah , ada yang saling melegakan buku lima .

Ahmadi juga tersenyum . " Dah , berkumpul kat sini . Kita ada kerja . Tinggalkan si hodoh tu kat situ . "

" Kita nak tangkap banyak orang . " Kata Sheila Asyikin dengan nada kebudak - budakkannya sambil tersenyum . " Biarkan Stephen kat situ . Kita tak nak bawa Manusia Jadian dalam kumpulan kita . "

" Saya datang sekarang ! " Jerit Aivira sambil berlari keluar . " Tunggu saya ! "

" Woi Ai ! Saya ikut awak ! " Jerit Muniandy lalu dikejarnya Aivira .

" Helmet satu jelah bengap ! " Balas Aivira dengan lantang .

" Takpe . Kalau kena saman nanti , saya bayar . " Kata Muniandy lalu berlalu pergi bersama Aivira .

Maera berjalan keluar dari bilik itu lalu menepuk bahu adiknya . " Jom kita lumba . Siapa sampai dulu , belanja minyak sampai penuh . "

" Abang takkan dapat kejar Aera . Motor Aera tu tak pernah gagal lagi . " Balas Naera sambil tersenyum .

" Mari . " Kata Adam lalu memegang tangan Siti Hawa .

" Awak kena pastikan kita yang menang . " Kata Siti Hawa sambil tersenyum .

" ' Haish ' , takkan ada siapa yang dapat kalahkan Adam kalau soal Kereta . " Balas Adam lalu tertawa kecil .

Ratni mencapai Jaket Hitamnya . " Maaflah ye , Puteri Jalanan ada kat sini . "

" Tak guna korang semua ! " Jerit Stephen Akio Kenzo lalu berlari ke sebuah meja dan terus sahaja dibukanya laci . Diambilnya sengenggam pisau cukur dan terus keluar dari bilik itu . " Takkan ada yang dapat kalahkan saya kalau soal kepantasan . "

" Hoi Siamang ! Tinggallah awak kat situ sorang - sorang ! " Jerit Aivira dari kejauhan sambil menghidupkan Motorsikal besarnya . " Lebatkan bulu awak tu ! "

" Lepas tu ' bolergghh ' ... " Celah Muniandy pula namun dia tidak sempat menghabiskan ayatnya . Dia tercampak ke tanah kerana Aivira melakukan Wheelie .
Dia mengejar Aivira sambil menjerit nama Aivira dengan nyaring .

" Saya tikam muka awak Ai ! " Balas Stephen Akio Kenzo pula sambil berlari memasuki rumahnya .

Selepas itu , giliran Ratni pula memecutkan Motorsikal berkuasa tingginya disusuli oleh Maera dan Maera . Dan kemudian , barulah Adam dan Siti Hawa yang menaiki Kereta .

" Aku dah cakap , rancangan ni berhasil . " Kata Ahmadi sambil tersenyum .

Di atas jalan raya , kelihatan beberapa Motorsikal berkuasa tinggi sedang memecut laju di atas jalan raya yang agak sesak dengan kereta .

Adam hanya tersenyum sambil mendengar lagu irama Rock dan mengawal kelajuan keretanya .

Ratni mencelah di antara banyaknya kereta yang menyusur laju . Dia mengejar Aivira yang membonceng Muniandy .
Dia membunyikan hon sebaik sahaja dia berjaya melepasi Aivira .

" Hebat perempuan ni ! " Desis hati Aivira .

Muniandy mengetuk Helmet Aivira dengan agak kuat . " Kejar perempuan tu Ai ! Kita tak boleh kalah dengan dia ! Malu saya nanti ! "

" Jangan bawa saya dalam drama cinta koranglah ! " Jerit Aivira sambil dia menambahkan kelajuan Motorsikalnya .

Dalam keasyikkan Adam memecutkan kenderaannya , matanya mendapati akan lorong yang dilaluinya menjadi sesak sedikit . Dia dengan pantas menukar lorong menuju ke lebuh raya yang mempunyai tujuh lorong .
Dia memecutkan kenderaannya sambil tersenyum .

Stephen Akio Kenzo pula mencukur rapi jambang , kumis dan janggut yang mekar tumbuh pada wajahnya .
Dia bernyanyi mengikut rentak irama lagu Rap yang dipasangnya .

Lampu merah berkelip - kelip memandangkan isyarat berhenti akan berlaku dalam masa beberapa saat sahaja lagi .

Maera melakukan Wheelie untuk melintasi simpang jalan raya yang lurus . Disusuli oleh Naera , Ratni dan Aivira .

Cahaya kamera berkelip dan terus sahaja menghantar isyarat kepada Balai Polis yang berhampiran .

" Siapa yang sampai dulu ? " Tanya Scatlett lalu meneguk Teh Hijau suam .

" Naera . " Jawab Siti Nursamawi .

" Ratni . " Jawab Sheila Asyikin .

Ahmadi tersenyum . " Stephen . "

Sheila Asyikin , Siti Nursamawi dan Scarlett memandang ke arah Ahmadi .

" Dia yang akan sampai dulu. " Kata Ahmadi sambil tersenyum .

Stephen Akio Kenzo memasuki dapur . Kehadirannya sedikit memeranjatkan emaknya dan beberapa orang gaji keluarganya .

Stephen Akio Kenzo membuka peti ais dan mengambil sebotol Jus Kiwi . Mak , saya pergi kerja dulu . "

" Kenapa tak potong rambut tu dulu ? " Tanya Puan Liliy Allen lalu dia tersenyum .
Dia tahu bahawa rancangan suaminya telah pun berjaya .

" Didie bukannya nak tengok rambut saya sangat pun . Dia nak tengok kerja saya je . " Balas Stephen Akio Kenzo lalu mengibas - ngibas seluar Jeans Six Pocket berwarna hitam yang dipakainya . " Saya jalan dulu mak . "

Stephen Akio Kenzo memasuki satu ruang dan menekan satu alat yang tergantung di pinggang seluarnya .
Setelah dia memasuki satu ruang khas yang menempatkan pelbagai kenderaan ciptaannya , lampu terbuka secara automatik . Beberapa monitor memaparkan keadaan jalan raya dan trafik .
Dia menghampiri monitor tadi dan terus menghubungi Scarlett .

Ratni memecutkan Motor besarnya untuk mengejar Maera dan Naera yang berada di depannya .
Tiba - tiba , Aivira tiba - tiba disisinya dan membunyikan hon .

Aivira mengisyaratkan agar melihat ke cermin sisi .

Sekumpulan kecil Polis Trafik sedang mengejar mereka .

Adam yang berada di lebuh raya sebelah atas menyedari akan hal itu dan terus menukar lorong .

" Kau boleh hack ke ? " Tanya Siti Nursamawi .

" Mengapa pula tak boleh ? " Tanya Scarlett kembali lalu tersenyum . " Senang je ni . "

Maera dan Naera memecutkan motorsikal mereka dengan cermat . Mereka mencelah di antara banyaknya kereta yang bersepah di atas jalan raya .

Di belakang Maera dan Naera ialah Ratni dan Aivira .

Beberapa buah Motorsikal dan Kereta Polis memecut deras di atas jalan raya .
Manakala Aivira dan rakan - rakannya pula semakin memecutkan kenderaan mereka .

Sementara itu , jari - jemari Scarlett sedang lincah menari - nari di atas papan kekunci .

Adam memecutkan kenderaannya . Semakin lama semakin laju m

" Awak yakin ke boleh halang ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut .

" Kenapa pula tak yakin . " Jawab Adam sambil tersenyum .

Beberapa kenderaan Polis yang mengejar Aivira dan rakan - rakannya membunyikan bunyi amaran agar berhenti .

Maera dan Naera semakin memecutkan motorsikal mereka diikuti rapat oleh Ratni dan Aivira .
Mereka semua meluncur deras ke hadapan menghala ke sebuah simpang empat yang menuju ke 16 lorong yang berasingan .
Ketika lampu merah berkelip , mereka semua semakin memecutkan motorsikal mereka .
Ratni melakukan Wheelie . Aivira juga melakukan aksi yang serupa namun , dia hampir hilang kawalan kerana Muniandy yang diboncengnya memeluknya dengan erat sambil menjerit nyaring .

" Mak , ampunkan saya ! " Jerit Muninady dengan nyaring sewaktu Aivira melakukan Wheelie sehingga menyebabkan Aivira tertawa terbahak - bahak .

Sebaik sahaja Maera dan semua rakannya melintasi simpang itu , Adam muncul dan melakukan pusingan Drift sebanjak sembilan pusingan yang menyebabkan semua Polis Peronda yang mengejar rakan - rakannya tadi melakukan brek secara mengejut dan ketika itu jugalah , sistem pemanduan kenderaan Polis Peronda itu terhenti dan segala data yang telah pun terekod di dalam Ibu Pejabat Polis Pulau Biru terpadam .

" Jackpot ! " Kata Scarlett sebaik sahaja dia berjaya menggodam sistem pertahanan Ibu Pejabat Polis , Media Telekomunikasi dan Ibu Pejabat Kerjaraya .

" Boleh tahan juga kau ni . " Kata Siti Nursamawi .

Stephen Akio Kenzo berjalan menuju ke pintu dengan rambutnya yang terbang gemalai ditiup angin . Dia memandang ke arah Helikopternya yang masih lagi berfungsi . Dia tersengih lalu terus berjalan . " Maaflah . Saya tak guna jalan raya . "

Naera memotong laluan Maera lalu membunyikan hon disusuli oleh Ratni .

Oleh kerana rasa tercabar , Maera memecutkan motorsikalnya dan berjaya merampas kembali posisinya selaku pendahulu .

Tiba - tiba , kereta Night Angel 9 Series yang dipandu oleh Adam memintas Aivira dan yang lain - lain .

" Motorsikal diorang takkan dapat nak tandingi kehebatan kereta ni . " Kata Adam sambil tersenyum .

" Sebab tu saya sayangkan awak . " Kata Siti Hawa dengan manja lalu tertawa kecil .

Stephen Akio Kenzo membuka pintu dan mendapati , Ahmadi , Sheila Asyikin , Siti Nursamawi dan Scarlett berdiri di hadapan meja sambil memegang sebotol air bikarbonat .

" Aku menang ! " Kata Ahmadi dengan lantang .
Dia menghampiri Stephen Akio Kenzo lalu melagakan penumbuk mereka dan kemudian , mereka berpeluk buat seketika . Untuk melepaskan kerinduan persahabatan yang bersarang di dalam tubuh mereka . " Aku tahu , kau yang akan menang . "

Ahmadi dan Stephen Akio Kenzo meleraikan pelukan mereka .

" Saya tahu , awak akan bertaruh untuk saya . " Balas Stephen Akio Kenzo sambil tersenyum ." Mana spesimen saya ? "

Adam memecutkan kenderaannya dan terus melakukan Drift untuk meletakkan keretanya . Dia menghelakan nafasnya lalu memandang ke wajah Siti Hawa . " Saya dah cakap . "

Siti Hawa hanya tertawa .

Maera dan semua rakannya masuk ke kawasan parkir motor .

" Lain kali , saya tak nak bawa awak lagi . " Kata Aivira lalu ditolaknya Muniandy .

" Takpe . Yang penting , kita tak kalah dengan perempuan kaki fitnah tu . " Kata Muniandy lalu memeluk leher Aivira .

" Dah . Mari kita jumpa Didie . " Ajak Maera lalu berjalan masuk ke dalam kawasan bangunan .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Permaisuri Fiirapi duduk termenung di balkoni tempat beradunya . Pandangan matanya kosong menjamah saujana halaman Istananya yang luas terbentang .
Dua orang Dayang setianya berdiri di dalam ruangan biliknya . Memandang ke arahnya dan ke arah makanan yang tidak tersentuh walaupun sedikit .

" Bawa sahaja makanan itu pulang ke rumah . Beta tak ada selera hendak menjamahnya . Daripada terbuang , elok sahaja kalian berdua membawanya pulang . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut .

Dua orang Dayang Permaisuri Fiirapi itu saling berpandangan .

Permaisuri Fiirapi mengeluh . " Beta rindukan Siti Khumairah . Puteri Salju . Beta ingin sekali hendak bertemu dengannya . Perasaan rindu ini telah membakar diri beta menjadi debu . "

Pada ketika itu , Siti Khumairah sedang berdiri di hadapan jendela di dalam ofisnya . " Bonda . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sementara menanti akan keputusan hasil kerja Stephen Akio Kenzo , Ahmadi baru sahaja selesai memperlihatkan kepada semua rakannya detik pertempuran sewaktu dia dan pasukan kecilnya tempoh hari .
Namun begitu , hasil rakaman itu tidak jelas kerana Gelombang Tenaga yang telah dihasilkannya .

" Saya yakin , makhluk macam tu bukan berasal dari dunia ni . " Kata Aivira dengan jelas dan tenang . " Mana ada makhluk macam tu kat dunia ni . "

" Itulah makhluk yang ada dalam Bekas Kaca yang ada dalam makmal misteri tu . " Balas Siti Nursamawi yang berpeluk tubuh di antara Ratni dan Siti Hawa . " Elemen makhluk tu tak stabil . "

" Makhluk mitos ke ? " Tanya Adam .

" Aku pun susah nak cakap sekarang . Bukan pasal aku takut korang tak percaya tapi , kat dunia tu pun , mana ada makhluk macam tu . " Jawab Ahmadi dengan tenang . " Elemen makhluk tu tak stabil sebab ada penolakkan tenaga dalaman . "

" Tapi , penolakan tenaga dalaman berlaku kalau ada satu tenaga asing masuk ke dalam badan kita dan ,tenaga dalaman kita akan tolak tenaga asing tu . " Celah Naera dengan lembut dan tenang . " Melainkan , tenaga asing tu lagi kuat daripada tenaga dalaman kita . "

" Die , keputusan dah ada . Dan saya harap , awak semua tak terkejut . " Tiba - tiba sahaja Stephen Akio Kenzo muncul dari dalam satu ruang . " Memang ada dua DNA dalam spesimen yang awak bawa ni . "

Ahmadi mengeluh lalu menggaru kepalanya .

" Masalah besar ke ? " Tanya Siti Hawa .

" Aah . " Jawab Ahmadi . Ringkas .

" Salah satu DNA tu milik Manusia . Saya semak rekod Pasukan Keselamatan kita , individu ni salah seorang daripada mangsa yang hilang tanpa dapat dikesan . " Kata Stephen Akio Kenzo sambil memaparkan individu yang diperkatakannya . " Pasela ada minta bantuan Sayap Peganiex tapi , tak dapat jejak atas sebab - sebab yang tertentu . Pasela dah tahu pasal benda ni . "

" Satu lagi DNA tu milik siapa ? " Tanya Muniandy .

" Ini yang saya nak tunjukkan kat awak semua sebab , data yang Didie bagi kat saya dan dengan spesimen yang dia bawa ni , adalah milik satu haiwan . Tapi haiwan ni , tak ada dalam rekod Pakar Kaji Haiwan . " Jawab Stephen Akio Kenzo lalu menunjukkan sel DNA haiwan yang dimaksudkannya .

" Mungkin kita akan dapat pastikan haiwan ni tapi sebelum tu , aku nak tanya korang . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Korang sanggup tak simpan rahsia besar aku dan Sheila ? Sebab , kalau rahsia ni terbongkar , nyawa aku dan Sheila serta yang jaga rahsia ni akan terancam . Korang dan keluarga korang akan terbunuh . "

" Aku dah setuju . " Celah Siti Nursamawi .

Stephen Akio Kenzo mengeluh lalu memegang bahu Ahmadi . " Apa maksud awak ? "

" Kalau rahsia aku dan Sheila ni terbongkar , keseimbangan dua dunia akan berlaku. Nyawa aku dan Sheila akan terancam . Mungkin yang lebih teruk lagi , keluarga kitorang pun akan turut terancam sama . Dan yang terburuk , dunia ni akan berlaku satu keadaan yang korang takkan dapat bayangkan dan tak pernah korang fikirkan sama sekali . " Jawab Ahmadi dengan jelas .

Aivira memandang ke arah Ahmadi .

" Apa kau pandang - pandang ? " Kata Ahmadi . " Aku cucuk mata kau tu nanti . "

Aivira menggelengkan kepalanya .

" Kalau kitorang setuju untuk simpan rahsia korang berdua , dan kalau rahsia tu terbongkar , kitorang macam mana ? " Tanya Maera pula .

" Awak semua juga akan turut terbunuh sebab , rahsia ni melibatkan banyak nyawa . " Jawab Sheila Asyikin dengan perlahan .

Muniandy menepuk meja dengan kuat . " Saya setuju . Bila lagi nak masuk ke dalam dunia awak yang penuh dengan benda yang tak masuk akal tu ? Saya rasa , sekarang nilah masanya . "

Stephen Akio Kenzo menampar - nampar manja pipi Ahmadi . " Saya sanggup . "

Ahmadi menampar wajah Stephen Akio Kenzo . " Kau ingat muka aku ni bantal peluk ke ? "

" Saya dan adik saya pun sanggup . " Kata Maera sambil tersenyum . " Awak dah buktikan dengan ubat yang awak kirim hari tu . "

Ahmadi memandang ke arah semua rakannya yang memandangnya sambil tersenyum . " Baiklah . "
Dia menarik lengan baju kirinya . " Pertama. aku nak panggil dua orang yang ada kegilaan yang sama dengan Stephen . "

Satu corak berjalur yang amat abstrak muncul di lengan kirinya .

" Apa maksud corak tu ? " Tanya Ratni dengan jelas .

" Ini kod . Kod arahan . Setiap corak yang aku hasilkan membawa arahan tertentu . " Jawab Ahmadi .

Tidak lama kemudian , seorang lelaki dan seorang wanita yang sebaya dengan Siti Aisyah muncul .
Wajah mereka berdua sedikit calar . Baju tempur mereka juga agak kotor sedikit .
Luena dan Starya . Pahlawan yang bertelinga Arnab .

" Korang dari mana ni ? " Tanya Ahmadi .

" Cari makhluk tulah . Ingat senang ke nak bunuh makhluk tu ? " Jawab Luena dengan agak geram . " Tuankan tahu yang kitorang tak berapa suka sangat kat makhluk tu . Kenapa tuan arahkan kitorang yang pergi cari dan bunuh makhluk tu ? Kenapa tak arahkan Panglima Witchie dan Panglima Kucina ? "

" Bila masa pula yang aku suruh korang pergi lawat makhluk tu ? " Tanya Ahmadi sambil mengerutkan dahinya . Dia melihat ke arah Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi yang tertawa kecil . " Korang ke yang suruh ? "

Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi tergelak .

" Cik berdua memang jahat . " Kata Luena lalu dia dan Starya saling berpandangan .
Dan kemudiannya , mereka mengeluh .

" Mana nak letak spesimen ni ? " Tanya Starya .

" ' Ehm ' , awak boleh letakkannya kat sini . " Kata Scarlett dengan agak gugup sedikit .

" Arnab . " Kata Siti Hawa dengan perlahan namun jelas kepada Adam . " Diorang berdua ni Arnabkan ? "

" Entahlah . " Bisik Adam .

" Diorang berdua ni , antara kawan - kawan aku kat dunia tu . Luena dan Starya . Pelatih Pahlawan . Tapi , ada kepakaran macam Stephen dan Scarlett . " Starya , sama tak sel ni dengan sel yang ketua korang berdua siasat hari tu ? "

Luena dan Starya meneliti sel yang terpapar pada monitor besar . " Sama . Memang sama sangat . Tapi , keputusan hanya boleh kita perolehi kalau , cebisan daging yang kitorang bawa ni sepadan dengan sel kat monitor ni . "

" Siapa nama awak ? " Tanya Stephen Akio Kenzo sambil tersenyum lalu memegang bahu Luena .

" Nama saya Luena tuan . " Jawab Luena lalu membalas senyuman Stephen Akio Kenzo . " Dia ni pula Starya . Rakan sepasukan saya . "

" Mari ikut saya . " Ajak Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Kita lakukan kerja ni bersama - sama . "

Luena dan Starya memandang wajah Ahmadi .

" Ikut je dia . " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Satu hari nanti , diorang ni semua akan jadi ketua korang juga . "

" Kami patuh dan taat . " Kata Luena dan Starya dengan jelas lalu mereka berdua menuruti langkah Stephen Akio Kenzo dan Scarlett .

Ahmadi mengeluh . " Aku nak korang semua kuatkan mental korang . Tapi apa - apa pun , aku , Sheila dan Siti ucapkan terima kasih sebab sudi simpan rahisa ni . Dan , selamat datang ke dalam dunia kitorang . "

Aivira sekali lagi memandang ke arah Ahmadi .

" Kau ni dah kenapa dari tadi asyik tengok aku ? " Tanya Ahmadi sambil mengerutkan dahinya . " Aku cucuk betul - betul mata kau tu nanti . "

Aivira menggeleng - gelengkan kepalanya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kelihatan Rissa sedang mengangkat bag pakaiannya . Dia berjalan keluar dari biliknya lalu menutup dan mengunci pintu biliknya . Kemudian , dia bergegas berjalan menuju ke luar untuk pulang ke Pulau yang telah pun menjadi kampung halamannya .
Ketika dia sedang menuruni tangga , dia terserempak dengan Tatsumaki .

" Cepat je langkah . " Tegur Tatsumaki sambil tersenyum . " Tahulah nak balik . "

" Yelah . Dah lama saya tak balik . Rindu ni , Tuhan jelah yang tahu . " Balas Rissa lalu membalas senyuman Tatsumaki .

Tatsumaki memeluk Rissa . " Jalan tu elok - elok . Jaga diri . Sampikan salam saya kat keluarga Rissa . "

" Kak Tsu pun jaga diri yer . " Kata Rissa dengan jelas .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" DNA ni kes lain . Kes ni aku kena ambil kira semua perkara . Termasuklah pasal keselamatan korang semua . " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Sekarang ni , kita kena bantu Pasela untuk menangkap pengkhianat daripada kalangan Pasela . "

" Mana awak tahu ? " Tanya Ratni .

" Pasal hal ni kitorang dah siasat . " Balas Siti Nursamawi . " Setiap kali kitorang datang ke pejabat Pasela , mesti ada Gelombang Minda asing yang muncul untuk cuba memasuki minda kitorang dan cuba untuk menyusup masuk ke dalam pejabat tu . "

" Tapi , kita bukan pengguna Psikik . Untuk nak jejak Gelombang Minda yang macam ni , perlu gunakan Teknik Psikik . " Sampuk Aivira dengan perlahan .

" Jangan risau . Kakak kita yang bertiga tu dah sudi untuk bantu kita . Lagi pun , diorang tahu macam mana nak kunci pergerakkan seseorang melalui Gelombang Minda . " Celah Sheila Asyikin .

" Jadi , kita cuma perlu tahan diorang jelah kalau macam tu . " Kata Muniandy pula .

" Senanglah kalau macam tu . " Sampuk Maera pula .

" Tapi ... " Belum pun sempat Ahmadi hendak berkata , Stephen Akio Kenzo muncul bersama Scarlett , Luena dan Starya .

" Korang tengok kat monitor . " Kata Stephen Akio Kenzo . " Ini rupa makhluk pelik tu . "

Ahmadi bersama dengan semua rakannya terperanjat sebaik sahaja mereka melihat ke arah monitor .

" Apa makhluk ni Die ? " Tanya Stephen Akio Kenzo .

" Ini Linug . Sejenis haiwan purba yang berelemen Psikik . " Jawab Ahmadi dengan agak perlahan . " Kat Dunia Mitos , hampir semua haiwan liar kat sana mamiliki kemahiran macam kita semua . "

" Tapi , kenapa diorang hasilkan satu makhluk yang baru melalui kajian yang tak masuk akal macam ni ? " Tanya Scarlett . " Kalau nak diikutkan daripada cerita korang , makhluk pelik yang korang bertiga lawan hari tu , hasil daripada Kajian Bio yang memang gila . Apa motif dan tujuan Saintis yang menghasilkan makhluk ni ? "

Ahmadi mengeluh . " Luena , Starya . Korang pergi balik dan sampikan pesanan Kat Panglima Witchie dan Panglima Kucina . Tunggu arahan daripada aku . "

Tanpa berlengah , Luena dan Starya melenyapkan diri mereka .

" Scarlett , simpan semua data dan spesimen ni kat tempat biasa . Pastikan hanya Stephen dan kau je yang tahu pasal hal ni . " Kata Ahmadi .

" Baiklah . " Balas Scarlett lalu dia dengan segera melaksanakan arahan Ahmadi .

" Stephen , keluarkan alat berubah . Kita jumpa kakak bertiga tu sekarang . " Arah Ahmadi .

Siti Nursamawi meletakkan Lencana Elit Skuad Khas Pasukan Keselamatan di atas meja . " Ini pula untuk kita . Kita gunakan Lencana ni masa nak tangkap diorang tu semua nanti . "

Adam , Siti Hawa dan Ratni mengambil Lencana tadi dan menggantungkannya di pakaian mereka .

" Masa untuk beraksi . " Kata Ahmadi sambil tersenyum lalu menjelmakan Uniform Sayap Peganiexnya . " Sayap Peganiex dah lama tak terbang . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Suasana di beberapa tempat dikejutkan dengan penangkapan beberapa individu yang disyaki mampu untuk mengancam dunia .

Adam menunjukkan Lencananya untuk memahan salah seorang daripada anggota Pasela yang berselindung di sebalik identiti seorang Guru sekolah menengah .
Semua para pelajar dan guru di sekolah itu tercengang dan kehairanan .

Siti Hawa pula menahan seorang Pakar Jurubina manakala Ratni pula menahan seorang Saintis .

Bagi Ahmadi dan yang lain pula yang berselindung di sebalik indentiti Sayap Peganiex , mereka menahan para anggota Pasela yang berada di dalam ruang Ibu Pejabat Pasela .
Semua anggota Pasela yang berada di bangunan itu amat terperanjat . Apa tidaknya , kumpulan penyiasatan yang terkenal telah menahan banyak anggota daripada satu organisasi rahsia kerajaan .

Penangkapan itu telah menyebabkan , para ketua pengkhianat yang terdiri daripada pegawai tertinggi Pasela tersentak dan terperanjat .

Keadaan itu dapat dihidu oleh Ahmadi dan Sheila Asyikin namun , mereka berdua tidak dapat melakukan sebarang tindakan kerana , hanya mereka berdua sahaja yang dapat menyedarinya .

Dan insiden penanahan para pengkhianat Pasela itu hanyalah sebagai satu pemula kepada detik tercetusnya satu keadaan yang akan menyebabkan kekecohan di antara dua dunia .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ahmadi baring di atas sofa di ruang tamu dengan meletakkan lengan di atas dahinya . Matanya terpejam . Dia menggoyang - goyangkan kakinya .

Di dalam ruang tamu itu , terdapat semua ahli keluarganya .

" Akak dah tolong korang , jadi Didie kenalah tolong akak balik . " Kata Siti Khumairah . Di sisinya ialah suaminya , Fateh .

" Takde masalah . Orang tak senang ni . " Kata Ahmadi berbasa - basi . " Lagi pun , kitorang tolong Pasela tu , sembilan bulan yang lepas . Isu dah lapuk . Janganlah nak ungkit . Tak elok . "

" Bukan ungkitlah . " Balas Siti Khumairah .

Fateh hanya tertawa kecil sambil membaca majalah panduan memancing .

Siti Khumairah memukul manja peha suaminya lalu memandang Ahmadi . " Kali ni je . Lepas tu , akak tak minta lagi . "

Ahmadi mengeluh . " Tengoklah macam mana dulu . "

" Sekaranglah . " Pujuk Siti Khumairah lagi .

" Nantilah . " Balas Ahmadi lalu mengeluh .

Tiba - tiba , satu helai bulu pelepah muncul di hadapan Sheila Asyikin . Dia dengan pantas menggerakkan kaki Ahmadi .

Ahmadi melihat ke arah Sheila Asyikin dan terus terlihat kemunculan helaian bulu pelepah tadi .
Dia dengan agak malas , menterjemahkan helaian bulu pelepah tadi menjadi satu bahasa yang hanya dia dan Sheila Asyikin fahami .
Dia menggaru kepalanya dan mengeluh .

" Kau apahal ? " Tanya Siti Nursamawi .

" Bonda Permaisuri panggil abang . " Bisik Sheila Asyikin .

Ahmadi berdiri sambil mengeluh keberatan .

Siti Khumairah ingin mengekori Ahmadi namun , Ahmadi terlebih dahulu merantai kemas kakinya dengan kaki Fateh yang menyebabkan Fateh sedikit terperanjat .

Ahmadi berjalan dan terus melenyapkan dirinya bersama dengan pancaran cahaya elemennya yang bergemerlapan .

" Tak pasal - pasal abang jadi tiang . " Kata Fateh sambil tersenyum kemudian memeluk bahu Siti Khumairah . Dikucupnya kepala isterinya dengan lembut .

" Kita tak pergi ke ? " Tanya Siti Nursamawi yang berbisik kepada Sheila Asyikin .

" Bonda Permaisuri panggil abang je . " Bisik Sheila Asyikin kembali .

" Apa hal ? " Bisik Siti Nursamawi lagi .

Sheila Asyikin menggelengkan kepalanya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience