Tahun demi tahun silih berganti . Bulan juga saban tahun turun dan naik bertukar jadual lumrah hakikat semula jadinya dengan berganti giliran dengan Sang Mentari .
Sekembalinya Ahmadi berserta seluruh anggota pasukannya ke Dunia Manusia seusai ujian mereka , mereka telah dikejutkan dengan berita panas yang berlaku di Dunia Manusia .
Pada mulanya , ia cuma sekadar berita angin yang telah basi namun kembali segar dan hangat diperkatakan . Tetapi , semakin lama semakin , mendidih diperkatakan sehingga mencetuskan sedikit ketegangan dan telah menyebabkan berlakunya pelbagai andaian dan spekulasi .
Lebih - lebih lagi , tatkala berlakunya kes - kes pembunuhan bersiri yang kejam .
Lebih memanaskan keadaan , pelbagai rakaman yang telah pun mencetuskan kebencian antara Manusia normal dengan Manusia yang mereka gelarkan sebagai Golongan Freak , berlegar di Media Elektronik dan Media Sosial .
Walaupun , bukanlah semua Manusia Normal yang berpendapat dan beranggapan sebegitu namun , perasaan kebencian itu tetap terasa walau sedikit .
Ibarat , cubit peha kanan , terasalah juga peha kiri .
Seteruknya keadaan yang berlaku di Dunia Manusia , tidaklah seteruk seperti mana yang telah berlaku di Dunia Mitos .
Perang kecil telah tercetus yang menyasarkan kerajaan - kerajaan dan perkampungan - perkampungan yang kecil .
Kebanyakkannya adalah disebabkan , tidak menyatakan akan persetujuan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Darkhtala .
Malah bukan itu sahaja , kerajaan yang tidak menyebelahi mana - mana kerajaan juga akan turut diserang .
Yang masih menjadi misteri dan pertanyaan adalah . Askar - askar Catur Kegelapan masih lagi belum 'dikerahkan ' untuk beraksi .
Bagi kerajaan - kerajaan dan perkampungan - perkampungan kecil yang bernaung di bawah Kerajaan Bersekutu Lagenos , mereka akan dibantu dengan pelbagai bantuan asas dan bantuan keselamatan serta bantuan ketenteraan .
Bagi pihak Kerajaan Lagenos pula , selain daripada Ahmadi sendiri yang mengetuai bantuan kententeraan yang dibentuk melalui persetujuan para Pembesar dan dengan perkenan Permaisuri Fiirapi , Nurzaharah juga turut sama mengetuai angkatan ketenteraan untuk menghalang serangan yang dilancarkan oleh musuh .
Tidak sama seperti Ahmadi yang ditakuti dan digentari dengan serangan yang tidak masuk akal dan tidak terjangka oleh fikiran musuh , Nurzaharah pula ditakuti dan digeruni kerana , kekerasan dan kekejaman serangannya terhadap musuh walaupun , Ahmadi telah mengarahkannya untuk meneruskan konsep ' Bunuh atau Dibunuh ' , tindakannya terhadap musuh , masih tetap digeruni .
Sehinggalah musuh menggelarkan Nurzaharah dengan nama , Banshee Mata Merah Lagenos .
Nurzaharah . Merupakan seorang remaja yang dianugerahkan dengan fikiran yang cerdas dan pintar . Telah menguasai dan mempelajari pelbagai kemahiran dengan pantas dalam masa yang singkat .
Malah , telah banyak juga buah fikirannya diterima oleh para Pemimpin daripada pelbagai kerajaan yang bernaung di bawah Kerajaan Lagenos .
Selain itu , Ahmadi juga kerap membawanya bersama selaku pengganti Sheila Asyikin sekiranya , Sheila Asyikin menjadi Ketua Pasukan di Dunia Manusia .
Bukan itu sahaja , dibawah pimpinannya , Pasukan Sayap Merah dan Biru menjadi salah satu pasukan Kerajaan Lagenos yang ditakuti dan digeruni musuh .
Sehingga para Ketua Panglima musuh menjadi benci kepadanya kerana , bukan sahaja dia dapat menggagalkan pelbagai serangan musuh malah , di juga telah membunuh ramai Ketua Pahlawan musuh .
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Suara hiruk dan pikuk bersahutan . Api menjamah apa yang boleh dijamahnya .
Suara lantang para Pahlawan bergema disulami dengan suara tangisan dari segenap arah .
Seorang Pahlawan Mitos rebah ke tanah . Kaku . Tidak lagi bergerak dengan matanya yang terbuka .
Kepala yang tidak bergerak tadi dipijak oleh kaki yang berperisaikan besi .
Sebuah rumah yang dilahap oleh api yang ganas membakar roboh ke bumi memperlihatkan , tangan yang tergenggam dan terbakar .
Panglima Kerajaan Darkhtala tertawa terbahak - bahak melihat kemusnahan yang dilakukan oleh pasukan kecilnya.
Selepas itu , dia menghasilkan sebiji Bebola Elemen dan terus memusnahkan beberapa lagi buah rumah .
" Musnahkan semua ! Bakar semua yang ada kat dalam kampung ni ! " Kata Panglima Bischess dengan lantang . " Bawa semua perempuan kat dalam kampung ni ke Kem kita ! Kita akan berseronok sampai pagi ! "
Seorang penduduk kampung melindungi isteri dan anaknya daripada dibawa pergi namun , perut si suami dirodok dengan kejam sehingga ususnya terburai .
Panglima Bischess dengan wajahnya yang berparut dan garang , dia menghala ke arah sebuah bangunan yang agak kecil .
Rissa bersama dengan rakan - rakan sepasukannya terbang menuju ke arah Kampung Terasai .
Satu perkampungan yang terletak agak jauh daripada perkampungan yang berada di dalam kawasan jajahan Kerajaan Bersekutu Lagenos .
Nurzaharah mengarahkan mereka agar menghalang pasukan kecil musuh yang diketuai oleh Panglima Bischess .
Kerana , dikhuatiri serangan itu akan melarat ke dalam kawasan jajahan Kerajaan Lagenos .
Tatsumaki mengarahkan semua rakannya untuk mendarat ke tanah sebaik sahaja mereka tiba di luar sempadan Kampung Terasai .
Dia dan rakan - rakannya berselindung di sebalik rumput dan pokok - pokok .
Rissa membuat isyarat agar mereka semua memasuki kawasan perkampungan itu dan melakukan serangan mereka .
Tidak lama selepas itu , Rissa dan rakan - rakannya bergerak dengan kelajuan yang amat pantas .
Panglima Bischess berhenti daripada melangkah . Matanya menjamah ke arah Pintu Besi yang tertutup rapat .
Dia tersenyum lalu , dia menyambung semula langkahnya .
Seorang lelaki terlutut ke lantai rumah dengan mulutnya mengalirkan darah yang segar .
Di belakangnya , isteri dan beberapa orang anaknya saling menangis dan berpelukkan .
Akanti tertawa berdekah - dekah sambil memegang senjatanya yang menakutkan . " Menyerah kalah jelah . Biar aku bunuh kau lepas tu , aku bunuh anak - anak lelaki kau . Dan , bini dan anak perempuan kau akan layan aku sampai aku puas . "
Jakan berdiri dengan lemah dan bersedia semula untuk bertarung . Dipegangnya erat Pedangnya .
Dia berdiri di hadapan ahli keluarganya yang menangis ketakutan .
Rissa perlahan - lahan melangkah . Matanya memancarkan cahaya Elemen Warna dan Cahayanya .
Daripada sebalik dinding , dia mengintai dan bersedia .
Jakan tercampak ke dinding dengan kuat sebelum jatuh ke lantai .
Pedangnya terlepas daripada genggamannya .
Dadanya dipijak ketika dia hendak berdiri semula .
Akanti melihat ke arah Jakan sambil tersenyum . " Jangan risau . Aku akan bunuh bini dan anak perempuan kau lepas aku dah bosan nanti . "
Jakan berusaha untuk melepaskan dirinya .
Isteri Jakan dan anak - anaknya memegang tubuh Akanti untuk membantu Jakan namun , sia - sia .
Semua anaknya yang seramai empat orang , kesemuanya terpelanting dan tercampak ke dinding dengan kuat .
Isteri Jakan , Haliin meronta - ronta sambil menangis kerana lehernya dicekik dengan kuat .
Akanti meyepak wajah Jakan dan kemudian , dia berjalan menuju ke dinding dan menekan Haliin ke dinding dengan kuat .
Hallin meronta - ronta dengan kuat . Berusaha untuk melepaskan dirinya .
Anak - anak Jakin memeluk Jakin yang duduk terlutut . " Lepaskan isteri saya ! Bangsat ! "
Akanti tertawa . " Cantik badan bini kau ni . "
Dia menghalakan sebelah tangannya ke arah leher baju Haliin . " Mesti cantik kalau bini kau ni tak berbaju . "
" Bangsat ! ! ! " Jerit Jakin lalu dia berlari untuk menyelamatkan isterinya .
Satu cahaya terhasil dan memercik di tengah - tengah badan Akanti yang menyebabkan dia terundur ke belakang manakala Jakin pula terhenti dan melindungi anak - anaknya .
Akanti melihat ke depan lalu , wajahnya menjadi garang . " Pahlawan Lagenos . "
Rissa berdiri di hadapan Akanti dengan renungan matanya yang menggerunkan .
Dia melirik ke arah Jakin . " Awak lindungi keluarga awak dengan bermaruah . Serahkan si celaka ni kat saya . Awak lindungi ahli keluarga awak . "
Jakin menganggukkan kepalanya dan terus sahaja menghampiri Haliin .
Kelegaan dengan pantas membelai hatinya kerana , Pahlawan Lagenos muncul untuk menyelamatkan kampung mereka .
Rissa menjelmakan Tongkat Griffinnya sambil matanya menjamah wajah Akanti . " Apa kata , awak tunjuk kat saya kelelakian awak tadi , kat saya . "
Setiap Pahlawan Darkhtala yang pada awalnya , bersuka - ria memusnahkan segala - galanya , membunuh sesiapa sahaja dan melakuan ' kerosakkan ' pada wanita - wanita , bertukar menjadi sedikit panik kerana , tiba - tiba sahaja rakan - rakan mereka yang berada di hadapan dan yang berdekatan dengan mereka , rebah ke tanah dan tidak lagi bergerak dan hanya mampu untuk mengerang kesakitan .
Beberapa orang Pahlawan Darkhtala yang keluar daripada sebuah rumah sambil tertawa dan mengemaskan seluar mereka , tiba - tiba sahaja tergantung di antara lantai dan bumbung rumah dengan batang - batang kayu menusuk daripada celah kangkang sehingga menembusi ke leher dan mulut mereka .
Mereka menjerit dengan semahunya . Badan mereka terketar - ketar seperti Ikan yang dibakar hidup - hidup sebelum kaku .
Panglima Bischess melihat ke dalam ruang bangunan yang dimasukinya . Bibirnya mengukirkan senyuman sebaik sahaja dia melihat ramai penduduk kampung itu , berlindung di situ .
Ketua Kampung itu , Yantua Happer dan Isterinya , Bisuula , berdiri di hadapan para penduduk kampung dengan tenang walaupun , pada wajah mereka , berselimutkan kerisauan .
" Mari . Aku penggal kepala kau dan sebagai hadiah , aku akan dapat bini kau yang cantik ni . " Kata Panglima Bischess sambil tersenyum lebar .
Yantua Happer hanya mendiamkan dirinya lalu dia menggenggam tangan isterinya dengan erat .
Wajahnya semakin dibungkus gelisah yang teramat sangat .
" Aku puas malam ni . " Kata Panglima Bischess lalu dia tertawa dan kemudian , dia berjalan menghampiri Yantua Happer dan Bisuula .
" Semua Panglima Kegelapan memang , diajar untuk jadi binatang ke ? " Kata satu suara dengan tenang yang memaksa Panglima Bishess menoleh ke arah suara itu .
Di satu kawasan pula , sekumpulan Pahlawan Darkhtala sedang menuju ke arah sebuah lagi perkampungan .
Sebuah perkampungan yang dibawah jajahan Kerajaan Bersekutu .
Agak jauh daripada kawasan itu , para Pahlawan Ketua Panglima DiRaja Ahmadi , sedang menantikan arahan daripada Ahmadi .
" Ramai juga diorang . " Kata Eaglang dengan jelas .
Dia yang berdiri di atas dahan sebatang pokok yang tinggi menjulang ke langit , melihat ke arah Pasukan Kegelapan .
" Diorang hantar Ketua Panglima daripada Puak Gasar . " Kata Raqueen yang turut ada bersama Eaglang . " Banyak juga Puak Gasar yang bekerjasama dengan Kerajaan Darkhtala . "
" Tapi , masih tak ada Puak Gasar yang sudi bergabung dengan Kerajaan Bersekutu . Itu yang pelik tu . " Kata Eaglang dengan tenang .
" Diorang dah masuk kawasan perangkap . " Kata Raqueen dengan jelas dan tenang . " Bagi signal kat yang lain . "
Selepas itu , Eaglang dan Raqueen menghasilkan satu bunyi . Seakan - akan bunyi Burung yang gagah dan perkasa .
Kelihatan Ahmadi , sedang berbaring dengan kepalanya beralaskan sebongkah batu sambil menggigit rumput .
Dia yang berwajah bersahaja dan memejamkan matanya , terdengar suara Eaglang dan Raqueen yang sayup - sayup kedengaran .
Dipukulnya bahu Putih yang duduk bersila di sisinya . " Putih . Bagi arahan kat Naerica . Pastikan semua musuh ada kat dalam kawasan Lingkaran Sutera dia . "
Putih dengan pantas menghantar arahan melalui Telepati .
" Tuan nak buat apa sebenarnya ni ? " Tanya Paquine dengan lembut .
Dia dan Merowran turut berada di situ .
" Adalah . Korang janganlah nak banyak bunyi sangat . " Balas Ahmadi sambil terus memejamkan matanya . " Asyik - asyik menyerang je. Sekali - sekala buatlah cara lain . "
" Masalahnya , Tuan tak bagitau kitorang teknik yang Tuan nak guna sekarang ni . " Kata Merowran dengan jelas .
" Banyak bunyi betullah kau ni . " Kata Ahmadi lalu dia bangun dan duduk berlunjur dan kemudian , dia berpeluk tubuh . " Sebiji macam Cik Siti kau . Banyak tanya . Teringat pula aku dengan Mesin Makan tu . "
Selepas itu , dia mengeluh dan membukakan sebelah matanya dan memandang ke arah wajah Paquine . " Kau pun sama . ' Sejibik 'macam Cik Sheila kau tu . ' Haish ' . Naik semak kepala otak aku tiap kali muka diorang penuh kat dalam otak aku ni . "
" Tapi , kalau diorang takde . Tuan macam orang takde kehidupan , kan ? " Kata Paquine dan Merowran dengan serentak .
Tertawa besar Putih mendengar kata - kata Paquine dan Merowran .
Dia menggelengkan kepalanya sambil mengeluh . " Kenapalah aku selalu terlekat dengan perempuan - perempuan yang tak normal dan ekzotik . " Kemudian , dia melihat ke depan dan menjatuhkan rumput daripada mulutnya .
Selepas itu , dia memandang ke arah Paquine . " ' Oi ' , arahkan Hose , Damgo dan Yasha , berdiri kat garisan depan Lingkaran Sutera Naerica . Sekarang . "
" Berdiri je ke ? " Tanya Paquine dengan keningnya terangkat sebelah .
" Berdiri je . Jangan. buat apa - apa . Tunggu isyarat aku . " Balas Ahmadi dengan nada yang bersahaja .
Panglima Bischess memandang ke arah suara yang bertanya kepadanya tadi .
Senyuman lebarnya tadi entah hilang ke mana . Renungan matanya menjadi tajam bersulamkan kegerunan .
Dia mengeluarkan Pedangnya tanpa melarikan sedikit pun pandangan matanya daripada tuan empunya suara yang bertanya tadi .
Dengan gaya duduk yang bersahaja , dengan kaki yang bersilang , Nurzaharah membasahkan tekaknya dan kemudian , dia kembali kepada postur asalnya .
Duduk di atas kerusi . Yang tidak ubah seperti seorang Puteri yang jelita namun menakutkan .
Dengan kedua belah matanya yang memancarkan pancaran Warna Cahaya dan Elemen warnanya . Renungan matanya amat menakutkan .
Ditambahkan lagi dengan Warna Elemen pada bebola mata kirinya yang bersinar dengan terang yang bagaikan , sebutir Berlian yang disinari dengan cahaya dan dengan , wajahnya yang kaku , menambahkan lagi kemisterian pada tindak dan tanduknya .
Panglima Bischess memegang Pedangnya dengan erat .
" Awak tak jawab lagi soalan saya . " Kata Nurzaharah dengan lembut lalu , dia bertongkat dagu . " Awak semua memang diajar untuk jadi binatang ke ? "
" Tak guna . " Balas Panglima Bischess dengan agak geram . " Kau , Banshee Mata Merah Lagenos . "
" Malang betul nasib binatang macam awak ni sebab , bertemu dengan saya hari ni . " Kata Nurzaharah dengan tenang dan jelas . " Mungkin , awak selamat kalau bertemu dengan kakak saya . Tapi , awak mungkin akan berdarah teruk malam ni . Sebab , awak dah ditakdirkan untuk bertemu dengan saya . "
Panglima Bischess hanya mampu merenung ke arah wajah Nurzaharah .
Nurzaharah memandang ke arah wajah Panglima Bischess dengan renungan matanya yang misteri dan menggerunkan .
Reaksi kaku si Banshee Mata Merah Lagenos .
Share this novel