Rate

BAB 50 CATUR KEGELAPAN BERMULA

Fantasy Series 3820

Pasukan DiRaja berbondol - bondol meninggalkan kawasan pertempuran . Selepas mereka semua muncul di situ dengan menggunakan Lingkaran Taisa yang dihasilkan oleh kesemua Pemimpin DiRaja .

Mereka sendiri tidak pasti sama ada . Akham Nessela itu telah mati atau pun masih hidup .


Sebaik sahaja mereka semua tiba di dalam kawasan kerajaan masing - masing , kesemua Raja menjadi ketua untuk pulang semula ke kerajaan yang diterajui .

Sebelum mereka semua berpisah . Permaisuri Fiirapi mengajak mereka untuk mengadakan mesyuarat .

Cadangan itu dipersetujui oleh kesemua mereka dengan serta - merta .


Selesai sahaja saling berlaga pipi dan berpelukkan , Permaisuri Fiirapi dan Ratu Jeullbea saling mengucapkan ucapan perpisahan .


Pasukan Permaisuri Fiirapi meneruskan perjalan mereka untuk pulang semula ke Kerajaan Lagenos .


Sebuah kereta kayu berbumbungkan rumput ditarik oleh seekor haiwan mitos yang bersaiz besar .

Haiwan itu dijelmakan oleh Permaisuri Fiirapi .


Kelihatan Ahmadi dibaringkan di atas pembaringan dengan kepalanya di atas peha Siti Khumairah .

Pada dahinya terukir satu corak penyembuhan yang dihasilkan oleh Ratu Jeullbea .

Sementara menunggu tiba di kerajaan mereka untuk mendapatkan rawatan pemulihan yang lebih sempurna .


Permaisuri Fiirapi berada di sisi Siti Khumairah dengan wajahnya yang tenang .


Aivira dan semua rakannya juga turut berada di dalam rumah kayu itu . Dia masih lagi mengekalkan Mode Tempur Hybridnya .

Dicuitnya tangan Muniandy . " Awak perasan tak teknik yang Didie guna masa dia bertarung dengan Akham Nessela tu ? "


" Entahlah . Saya tak pasti teknik mana yang awak maksudkan ni . " Jawab Muniandy berbasa - basi . " Masa tu . Yang saya tahu . Saya tak nak mati je . "


" Maksud awak , teknik terakhir sebelum dia nak kena tetak tu ke ? " Tanya Adam .


" Ye . " Jawab Aivira dengan jelas lalu melunjurkan kakinya .


" Saya nampak Akham Nessela pun buat teknik yang lebih kurang sama . " Kata Stephen Akio Kenzo . " Dia pergi letupkan perut Didie . Tapi Didie selamat . Tak tahulah teknik apa yang Didie gunakan tapi , dia selamat daripada serangan Akham Nessela tu . "


" Tak kisahlah . Janji . Kita semua selamat . " Kata Maera dengan tenang . " Tapi , tak tahulah dengan Raja Kegelapan tu . "


" Saya nampak . Bahagian tangan dan kaki dia meletup . " Kata Siti Hawa dengan jelas . " Lepas tu . Perempuan seksi tu bawa semua pasukan dia berundur . "


" Bonda . Apakah di Istana nanti . Adinda anakanda ini . Boleh dirawat dengan sepenuhnya ? " Tanya Siti Khumairah dengan lembut .


" Janganlah khuatir Puteri Salju . Kucina dan Witchie adalah pakar dalam kecederaan yang sebegini . " Jawab Permaisuri Fiirapi sambil membelai kepala Siti Khumairah dengan manja . " Walaupun pasukan mereka . Degil seperti adinda anakanda ini . Mereka adalah pakar dalam ilmu perubatan dan perperangan . "


Siti Khumairah mengeluh lalu menganggukkan kepalanya .


" Akak janganlah risau . Sikit je ni . Orang dah biasalah . " Kata Ahmadi dengan nada yang lemah .

Kelopak matanya hanya terbuka sedikit .


" Janganlah berbicara lagi wahai anakanda . Simpanlah tenaga kamu itu yang tinggal hanya sedikit sahaja . " Kata Permaisuri Fiirapi lalu mengusap kepala Ahmadi . " Berehat sajalah . "


" Sheila . Kau rasa Akham Nessela tu , dah mati ke masih hidup ? " Tanya Siti Nursamawi dengan agak perlahan .


" Entahlah . Dyrad terus je bawa dia lari lepas terkena serangan abang tu . " Jawab Sheila Asyikin .


Fateh , Ikhwan dan Khalid berada di barisan hadapan . Bersama - sama mengetuai pasukan itu untuk masuk ke Wilayah Kerajaan Lagenos .


" Tak sangka pertarungan diorang tu , sampai macam tu sekali . " Kata Fateh dengan dengan jelas .


" Akham Nessela je antara Raja Kegelapan yang masih hidup . Yang lain semuanya dah mati dah . " Celah Hose dengan tenang . " Saya harap . Kali ni dia mati . "


" Tuah pertarungan kali ni memang baik sangat . Syukur ke hadrat Yang Maha Melindungi . " Kata Yasha . " Dyrad tak panggil Pahlawan yang bernaung di bawah kerajaan diorang . Kalau tak . Mesti pertarungan ni belum tamat lagi . "


" Mungkin Dyrad tak bagitau kat diorang . Sebab tu diorang tak ikut sekali dalam pertempuran ni . " Celah Hose dengan tenang .


" Rasanya . Betul apa yang Hose cakapkan tu . " Celah Damgo . " Apa yang saya faham daripada apa yang Putih cerita tadi . Terlepas je Akham Nessela . Terus berlaku pertempuran . "


" Paquine dan Merowran pula cakap kat saya . Tuan Didie tak nak keadaan menjadi lebih teruk . Tu yang Tuan Didie keluarkan arahan untuk pindahkan pertarungan tu ke dunia ni . " Sampuk Witchie .


" Kita tiba kat sana pun . Pertarungan dah habis . " Celah Khalid . " Rugi betul . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Suasana di dalam Kerajaan Darkhtala menjadi sedikit kelam - kabut dan kecoh .

Balai penghadapan Istana dikerumuni oleh pelbagai Pahlawan daripada pelbagai peringkat .

Para Pembesar Istana dan Pembesar Tempatan mula berperang mulut sesama mereka .

Keadaan berlarutan sehinggakan mereka mula mengeluarkan dan mengacukan senjata masing - masing .


Tiba - tiba . Kekecohan itu mula menjadi sedikit sepi tatkala Akham Nessela dibawa masuk ke dalam Balai Penghadapan .


Paga dan Lelaki daripada Dunia Manusia itu memapah Akham Nessela yang kelihatan lemah dan cedera parah .

Berjalan di belakang mereka ialah Vivian , Wanita daripada Dunia Manusia dan Dyrad .


Akham Nessela didudukkan di atas singgahsananya .


" Kenapa ada Manusia di sini ? ! " Jerit salah seorang Ketua Panglima DiRaja Darkhtala . " Halau dan bunuh dia ! "


Baru sahaja Ketua Panglima DiRaja Darkhtala itu mengeluarkan senjatanya , tubuhnya hancur seperti dikisar .


" Ada siapa - siapa lagi yang nak mati sekarang ? ! " Tanya Dyrad dengan suara yang lantang .


Keadaan dengan pantas bertukar menjadi sepi .


Paga menghayunkan tangannya lalu , keadaan di dalam Balai Penghadapan itu diterangi dengan cahaya .


Semua Pegawai DiRaja Darkhtala itu terkejut melihat keadaan Akham Nessela itu .


" Dimanakah Manusia itu ? " Tanya Akham Nessela sambil matanya yang layu memandang ke arah Vivian . " Hadapkannya di hadapan beta . "


Vivian dengan segera mengarahkan Lelaki dan Wanita itu untuk berdiri hadapan Akham Nessela .


" Tenaga kamu berdualah yang beta dapat rasakan semasa beta masih berada di dalam penjara . " Kata Akham Nessela dengan nada yang lemah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Puteri Salju . Buat masa ini . Gantilah dahulu tempat Raja Pawana . Adinda anakanda ini dalam keadaan gering . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut .


" Ampun Tuanku Permaisuri . Sembah anakanda harap diampun . Elok saja . Puteri Pawaka yang menggantikan tempat adinda Pawana . Memandangkan . Dia lagi arif mengenai pentadbiran kerajaan ini . " Balas Siti Khumairah dengan lembut . Dia masih lagi enggan untuk menggantikan tempat Ahmadi sebagai Pemimpin Kerajaan Lagenos . " Tambahan pula . Putera Pawana telah pun ditabalkan dan , rakyat jelata juga telah pun mengenali akan adinda . Anakanda tidak tahu akan cara hendak mentadbir akan sesebuah negara . "


Permaisuri Fiirapi menganggukkan kepalanya dengan perlahan . Dia akur dengan keputusan Siti Khumairah itu .

Kemudian , dia menatap semula wajah Siti Khumairah . " Jika begitu . Jadilah Pengiring bonda untuk menjadi Penasihat bonda . Sementara menunggu si nakal ini sembuh . "


Siti Khumairah mengeluh dengan perlahan lalu , membuangkan pandangannya ke arah wajah Ahmadi . " Jika itu , yang dikehendakkan bonda . Sementara menantikan si degil ini pulih dengan sepenuhnya . "

" Si degil yang disayangi ni boleh dengar apa yang kakak dan mak dia cakap . " Kata Ahmadi dengan perlahan dan agak lemah nadanya .

Siti Khumairah dan Permaisuri Fiirapi berpandangan lalu tersenyum dan tertawa kecil .

" Kenapa tak panggil semua anggota pasukan kita daripada awal ? " Tanya Tatsumaki .

" Kita semua dah dipecahkan . Untuk menjaga kepentingan dan keselamatan semua kerajaan . " Jawab Putih dengan jelas dan tenang . " Cuba bayangkan kalau kita dan Pahlawan DiRaja tak dititahkan untuk menjaga Istana dan berkawal kat sekeliling kerajaan ? Sedangkan musuh dah muncul kat kawasan jalan masuk ke kerajaan kita dan Kerajaan yang bernaung di bawah Bendera Lagenos ? "


Tatsumaki mengeluh .


Pasukan Putih , Paquine dan Merowran ikut sama mengiringi Pasukan DiRaja .

Ada dikalangan anggota Pasukan DiRaja berasa kagum . Apa tidaknya . Kesemuanya memiliki sepasang sayap yang besar dan berwarna Putih .

Manakala bagi anggota Pasukan Paquine dan Merowran pula . Memiliki sayap yang beraneka warna .
Namun . Itu bukanlah keadaan diri mereka yang sebenarnya .

" Hose . Putih tu dan dua orang tu , apa sebenarnya ? " Tanya Fateh .

" Maafkan saya . Saya dan kawan - kawan saya tak boleh jawab soalan tu . " Jawab Hose dengan jelas . " Sebab . Kitorang dah berjanji dengan Tuan Didie dan Cik Sheila untuk merahsiakan kewujudan sebenar pasukan yang terbang kat atas tu . "

" Sebab ? " Tanya Khalid .

" Kalau rahsia ni diketahui , Ia akan menyebabkan Puak Putih dan Puak Merowran dan Paquine dalam keadaan yang amat bahaya . Diorang ada keistimewaan . Terlalu istimewa . " Jawab Yasha pula . " Sampai ada yang sanggup mati untuk nak dapatkan keistimewaan puak diorang ni . "

" Diorang bukan daripada Puak yang sama ke ? " Tanya Ikhwan .

" Takdelah . Lain - lain . " Jawab Damgo dengan jelas . " Putih puak lain . Paquine dan Merowran je daripada Puak yang sama . "

" Jadi . Kat atas kita ni ada dua puaklah ye ? " Tanya Fateh .

" Aah . " Jawab Yasha .

" Didie dan Sheila pernah ke nampak bentuk asal diorang ? " Tanya Ikhwan .

" Pernah . " Jawab Hose . " Itupun Puak diorang letakkan syarat . Kalau rahsia ni terbongkar ataupun dibocorkan dengan sengaja . Seluruh Tenaga Elemen Warna dan Cahaya kitorang akan menjadi ganti . Termasuklah kitorang semua . Maksud saya . Anggota Pasukan Tuan Didie dan Cik Sheila . "

" Misteri betul puak diorang ni . " Kata Ikhwan .

" Tapi , macam mana diorang boleh dipastikan sebagai Puak misteri tu kalau tak ada yang pernah tengok , lihat , atau nampak bentuk asal sebenar diorang ? " Tanya Khalid .

" Ada manuskrip lama yang beritahu semua ciri diorang . Lengkap . " Jawab Yasha dengan jelas . " Tapi Tuan Didie dah hapuskan manuskrip tu pasal nak jaga rahsia ni. "

" Sebab nak jaga rahsia ni je . Kitorang jelajah satu dunia ni . Semata - mata nak cari manuskrip - manuskrip purba . Kot - kot ada salinan . " Kata Latiri pula . " Mana je kampung kitorang jumpa . Kata mana je kota - kota lama yang ada . Semua kitorang masuk . "

" Tapi setakat ni . Memang tak ada lagi kitorang jumpa apa - apa dokumen atau manuskrip selain daripada manuskrip yang dah dimusnahkan tu . " Sampuk Latiri dengan jelas .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Beta dapat rasakan . Kekuatan yang tersimpan di dalam diri kalian berdua . Ia sama seperti beta . " Kata Akham Nessela dengan lemah . " Menghadaplah kepada mereka semua . "


Lelaki dan Wanita daripada Dunia Manusia itu berpusing dan melihat ke arah Pegawai - pegawai , para Pembesar dan semua Pahlawan DiRaja Darkhtala yang kelihatan bengis dan beraneka bentuk dan menakutkan .


Akham Nessela perlahan - lahan mengapungkan dirinya di antara Lelaki dan Wanita itu .

Kemudian , dia mengeluarkan dua singgahsana daripada lantai .

Dua singgah sana yang amat menggerunkan . " Duduklah kalian berdua . "


Lelaki dan Wanita itu mengikuti arahan Akham Nessela .


Paga , Vivian dan Dyrad hanya mendiamkan diri mereka .


Dengan tenaga yang masih bersisa . Dengan kecederaan yang dialaminya , dia berusaha mengumpulkan tenaganya untuk bertitah . " Dengar sini wahai Pahlawan beta sekalian . "

Semua Pahlawan Kerajaan Darkhtala yang berada di dalam ruangan itu senyap .


" Hari ini . Dengan bantuan Ketua Panglima DiRaja , Dyrad . Beta dapat melepaskan diri daripada Penjara Kristal Kalas milik , Kerajaan Lagenos . " Kata Akham Nessela dengan nada dan pertuturannya yang lemah . " Namun . Ketika Panglima Dyrad hendak menyelamatkan beta , ketika masih berada di dalam jurang lautan yang paling dalam itu . Beta , telah diserang oleh sekumpulan Pahlawan DiRaja Ikan Duyung . Tahukah kalian , siapakah sekutu kepada Kerajaan Ikan Duyung itu ? "


Suara - suara mula kedengaran . Nama Kerajaan Lagenos juga mula berirama .


Akham Nessela menganggukkan kepalanya dengan lemah . " Dengan kekuatan Panglima DiRaja Dyrad . Beliau telah berjaya menyelamatkan beta namun , tahukah kalian , wahai Pahlawan ku semua . Siapakah yang menanti beta di permukaan ? "


Pahlawan - pahlawan Kerajaan Darkhtala itu mula meneka - neka .

Dan buat sekali lagi . Nama Kerajaan Lagenos berkumandang .


Dengan lemah . Dia menganggukkan kepalanya dan memejamkan matanya . Reaksi wajahnya lemah .

Kemudian , dia membukakan matanya kembali . " Ya . Beta disambut oleh Raja Kerajaan Lagenos . Diperanginya beta yang tidak berdaya . Apalah daya beta untuk beradu kekuatan dengannya . Bukan setahun dua beta terpenjara . Namun , tanpa belas kasihan . Diseksanya beta . Perkhabaran yang mengatakan bahawa , Kerajaan Lagenos itu sebuah kerajaan yang tidak sukakan keganasan , tidaklah sesuatu yang boleh dipercayai , sama sekali . Lihatlah keadaan beta ini . Lihatlah kecederaan yang dialami oleh Panglima DiRaja Dyrad . "


Suara - suara dan nada yang bereaksikan marah mula kedengaran .


" Sebagaimana yang diketahui oleh kalian semua . Hanya Panglima DiRaja Dyrad seorang yang memiliki ramai Pahlawan dibawah arahannya . Namun . Jumlah mereka terlalu ramai . " Kata Akham Nessela lagi . " Beta tidak berdaya untuk menentang mereka semua . Dengan bantuan Panglima DiRaja Dyrad . Ramailah yang membantu . Pasukan Bangsa Harpy juga turut menyebelahi kita . Namun . Lihatlah keadaan beta . Lihatlah keadaan Panglima DiRaja Dyrad . "


Wajah - wajah kebencian terukir pada setiap wajah Pahlawan - pahlawan Kerajaan Darkhtala .


" Beta dalam keadaan yang lemah . Beta tidak mampu untuk menentang Raja Lagenos itu . Bukan itu sahaja , malah . Beta terpaksa menentang tiga musuh . Dua lagi adalah merupakan Putera dan Puteri daripada Kerajaan Duyung yang menyebelahi kerajaan yang berselindung di sebalik nama kebaikkan itu . " Kata Akham Nessela dengan reaksi wajahnya yang lemah . " Beta tidak bersenjata . Namun , Raja Lagenos yang berasal dari Dunia Manusia itu . Dia telah memutuskan sambungan - sambungan aliran Elemen Warna dan Cahaya beta . Dia mengambil peluang dengan memerangi beta yang lemah dan tidak berjaya . Beta tidak lagi mampu untuk menjadi Pahlawan seperti dahulu . "


Pandangan kebencian mula terasa . Suara - suara dan nada untuk menuntut pembalasan juga semakin kedengaran .


" Hari ini . Dihadapan kalian semua . Beta dudukkan mereka berdua di hadapan kalian semua . Di atas Singgahsana mereka . Beta dapat rasakan , beta akan meninggalkan kalian semua . " Kata Akham Nessela dengan lemah . Kata - katanya itu telah disambut dengan pelbagai reaksi . " Mereka berdualah pengganti beta . Di dalam tubuh mereka . Mengalirnya Tenaga Elemen Warna dan Cahaya yang sama seperti beta . Dan , tenaga mereka berdua amat serupa seperti beta . "


Seperti ingin menunjukkan maksud Akham Nessela itu , Lelaki dan Wanita itu mengeluarkan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya milik mereka berdua .

Letusan Tenaga Elemen mereka berdua telah mengejutkan semua yang berada di situ .


Kecuali Dyrad . Tenaganya adalah sama seperti Sheila Asyikin . Yang terbaru . Kekuatannya juga adalah sama dengan Siti Nursamawi .

Kekuatannya dengan Ahmadi juga amatlah sedikit bezanya . Ini bermakna , kekuatannya juga adalah hampir sama dengan Lelaki itu dan sama dengan Wanita itu .


" Hari ini . Beta akan tabalkan . Lelaki dan Wanita dari Dunia Manusia ini sebagai pengganti beta . Mereka berdua akan teruskan cita - cita beta . " Kata Akham Nessela dengan lemah . Tindakannya itu telah mengundang pelbagai reaksi . " Ingkar kepada pertabalan dan arahan mereka berdua . Adalah sama seperti ingkar kepada beta . Selain daripada beta dan Dyrad . Hanya mereka berdua sahajalah yang mampu hapuskan musuh - musuh kita dan menjadikan Dunia Mitos ini . Kembali seperti dulu . "

Akham Nessela menghasilkan satu corak berjalur yang amat menakutkan di sekitar kawasan singgah sana itu . " Hormat dan akurlah kepada Raja dan Puteri Darkhtala . "


Dyrad dan semua yang berada situ , melakukan Hormat DiRaja dengan berlutut .

Dalam keadaan suka ataupun tidak .

Bahagian atas Balai Penghadapan itu terbuka dan selepas itu , langit yang memayungi Kerajaan Darkhtala menjadi mendung . Kilat membutakan mata dan petir pula memekakkan telinga .
Sejurus selepas itu pula , cahaya Elemen Warna dan Cahaya milik Lelaki dan Wanita itu memancar dari langit dan menyinari tubuh Lelaki dan Wanita itu .


Satu tenaga dan cahaya misteri telah terkeluar daripada tubuh Lelaki dan Wanita itu . Tenaga itu telah tersebar ke seluruh kawasan jajahan Kerajaan Darkhtala .

Sebaik sahaja cahaya dan tenaga yang tersebar itu menyinari dan menyapu pada setiap permukaan , ribuan Makhluk Mitos keluar dari Tanah , Paya , Tasik dan dari serata serata tempat .

Makhluk yang memiliki sayap dengan segera terbang dan menuju ke arah Istana Akham Nessela .

Manakala yang berjalan pula turut menuju ke arah yang sama .

Elemen Warna dan Cahaya itu mula bergabung dengan Elemen Warna dan Cahaya Akham Nessela .
Cahaya itu juga mula bergabung dengan pancaran - pancaran kegelapan .

Dyrad , Paga dan Vivian mula perasan akan sesuatu yang berbeza .
Tenaga Kegelapan yang dimiliki oleh Lelaki dan Wanita dari Dunia Manusia itu lebih menakutkan daripada yang dimiliki oleh Akham Nessela .


Makhkota yang menakutkan terbentuk di atas kepala Lelaki dan Wanita itu .


Tidak lama kemudian , cahaya yang menyinari diri Lelaki dan Wanita itu mula hilang .

Meninggalkan Letusan dan Gelombang Elemen yang menakutkan .


Lelaki dan Wanita itu membukakan mata mereka . Memperlihatkan anak mata mereka yang memancarkan warna mata yang amat menggerunkan .

Kemudian , mereka berdua berlutut . Mempersembahkan hormat mereka kepada Akham Nessela .


" Bangunlah kalian berdua . " Kata Akham Nessela dengan nada yang lemah . " Beta telah kurniakan segala yang beta ada kepada kalian berdua . Bentuklah pasukan kalian berdua . Hapuskan segala halangan yang menghalang usaha kalian . Tuntutlah semula maruah kerajaan kita . "


Lelaki itu menganggukkan kepalanya . Baru sahaja dia hendak memeluk Akham Nessela . Tiba - tiba , satu keadaan yang tidak dijangkakan berlaku .


Akham Nessela menjerit dengan sekuat hatinya . Bahagian dada kirinya membesar . Seperti membengkak . Persis hendak meletup daripada bahagian dalam .


Lelaki itu dengan pantas meletakkan tapak tangannya di bahagian dada kiri Akham Nessela . Corak berjalur dengan segera terhasil .

Selepas itu , dilibaskannya tangannya lalu , satu Bebola Elemen bercakera yang memiliki bilah - bilah Ais yang bercorakkan corak Bunga Salji tercampak ke lantai .

Kemudian , Bebola Elemen itu meletup sehingga meninggalkan kesan pada lantai yang berselimutkan baldu .


Akham Nessela rebah ke lantai namun , sempat disambut oleh Lelaki itu .

" Tuntut bela kematian beta . " Kata Akham Nessela sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir . " Balas dendam dan hancurkan mereka . "
Selesai sahaja dia menyudahkan ayat wasiatnya yang terakhir . Dia pergi menghadap kepada Yang Maha Memiliki setiap yang ada di langit dan di bumi dengan mata yang terbuka .


Lelaki itu berdiri dengan perlahan - lahan . Kemudian , dia melebarkan sayapnya yang berwarna Hitam dan menakutkan .

Sayap itu lebih besar dan lebih menakutkan daripada yang pernah dimiliki oleh Akham Nessela .

Makhkota yang terpasang kemas pada kepalanya ditumbuhi oleh 13 jenis tanduk yang menyeramkan .

Tanduk itu seperti bersatu pada kepalanya .
Selepas itu , dibuangkannya pandangannya ke arah para Pahlawan dan pembesar - pembesarnya .

Kemudian , dipandangnya wajah Paga dan Vivian . " Marilah kita sempurnakan mayat Mendiang Yang Mulia Akham Nessela . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Saya tak rasa Pasela akan percayakan laporan ni . " Kata Muniandy dengan jelas dan tenang . " Diorang nak percaya ke dengan laporan ni ? Walaupun ada penglibatan Manusia dalam perperangan ni . Bukan mudah kita nak yakin Pasela . "

" Diorang akan percayakan laporan kita . Awak percaya cakap saya . " Balas Stephen Akio Kenzo . " Ada penglibatan Manusia dalam perang ni . "

" Ada Manusia yang membantu untuk melepaskan Akham Nessela masa perang kat Jurang Hilack . " Celah Adam dengan jelas dan tenang . " Masa saya , Ratni , Hawa dan Stephen godam sistem persenjataan musuh . Ada sesuatu yang mengejutkan kitorang . "

" Apa dia ? " Tanya Naera .

" Bukan je dalam jurang tu . Pahlawan Mitos musuh juga dapat bantuan daripada Manusia yang tinggal di darat . " Jawab Stephen Akio Kenzo yang duduk di bibir pintu dengan menjuntaikan kakinya .


" Apa maksud kau ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas .


" Sistem persenjataan yang musuh gunakan dalam pertempuran dalam laut tu , dikawal oleh beberapa penggodam keselamatan yang saya reka untuk Syarikat milik ayah saya . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Maksudnya . Ada pengkhianat dalam syarikat ayah saya tu . "


" Kes berat . " Balas Siti Nursamawi dengan tenang . " Sabit kesalahan jika terbukti bersalah . Boleh dihukum penjara seumur hidup atau hukum bunuh kerana mengancam keselamatan negara . "


" Tapi . Ini kes pelik . Dunia kita mana ada akta nak hukum pengkhianat yang berpaling tadah nak bantu Bangsa Mitos . " Celah Siti Hawa . " Nak bicara kat Mahkamah mana ? "


" Dato ' Sri Panglima Jentayu akan selesaikan kes ni . Dia yang tubuhkan Pasela . Jadi . Dia mesti ada cara macam mana nak selesaikan kes ni . " Kata Siti Nurjannah dengan lembut . "


" Korang serahkan bukti korang macam biasa sebagai Sayap Peganiex . " Kata Hagia Sofea pula . " Tahulah nanti dia arahkan diorang Siti ni tangkap semua pengkhianat tu nanti . "


" Jangan risau . Semua bukti dah sedia . Saya dah buat rekod masa godam sistem tu . Diorang bodoh . Diorang buat sistem untuk musuh . Tapi gunakan sistem yang saya buat . Diorang dah ubah tapi , takkan sama dengan yang original . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan tenang . " Pasal fenomena yang dimanipulasi tu pun . Saya dah selesaikan . Scarlett dah bantu kita . "


" Cepat kau bertindak Steph . " Kata Aivira .


Stephen Akio Kenzo tidak membalas kata - kata Aivira . Otaknya ligat berfikir . Jika dalam syarikat ayahnya ada pengkhianat . Sudah tentu dalam syarikat - syarikat komersial yang lain juga turut ada pengkhianat .

Lebih menakutkan . Jika ada pengkhianat dalam urusan pentadbiran dan pertahanan .


" In . Pipi tembam " Panggil Ahmadi dengan lemah .


Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi menghampiri ke arah Ahmadi.


" Lepas abang baik nanti . Sayap Peganiex ada kerja . " Kata Ahmadi dengan perlahan . " Siti , Adam , Hawa dan Ratni akan buat penangkapan . "


" Berehat sahajalah wahai anakanda . Biar sahajalah Puteri Pawaka dan Puteri Semarak Api yang laksanakan tugas itu . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut .


Ahmadi tersenyum . " Bonda . Bagaimanakah anakanda boleh berehat dengan tenang ? " Tanya Ahmadi dengan jelas . " Ketika ini . Bukan nyawa penduduk dunia ini sahaja yang perlu difikirkan . Nyawa di Dunia Manusia juga perlu dijaga . "


Semua yang berada di situ saling berpandangan sebaik sahaja kata - kata Ahmadi yang bernada lemah itu menyentuh gegendang telinga mereka .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Lelaki dan Wanita dari Dunia Manusia itu , Dyrad , Paga dan Vivian bersama - sama dengan bersama para Pembesar , Para Ketua Panglima dan Para Pahlawan Kerajaan Darkhtala berkumpul di kawasan Perkuburan DiRaja Darkhtala .


" Dengarlah wahai kalian semua . Kita akan menuntut bela atas kematian Raja Akham Nessela . " Kata Lelaki itu dengan jelas .


" Ampunkan patik . Harap sembah patik mengundang amarahnya dan murkanya Yang Mulia . " Kata Paga .


Lelaki itu melirikkan matanya ke arah Paga .


" Macam mana Yang Mulia hendak tuntut bela kematian mendiang Raja Akham Nessela ? " Tanya Paga dengan tenang dan jelas . " Sedangkan Yang Mulia berdua juga adalah Manusia . "


Lelaki itu hanya tersenyum dan kemudian dia tertawa kecil . " Mereka ada hutang dengan beta . Hutang yang besar . Mereka hutang maruah dengan beta . "

Selepas itu , Lelaki itu melebarkan sayapnya dan terapung ke udara .

Kemudian , dia menyebarkan Tenaga Mindanya ke seluruh pelosok Dunia Mitos .

Dia kemudiannya tersenyum . Satu senyuman yang menakutkan bersulamkan pancaran cahaya mata yang amat menggerunkan . " Penghuni Dunia Mitos . Dengar . "


Semua Makhluk Mitos terperanjat tatkala terdengar suara yang bergema di udara .

Pekerjaan mereka terhenti . Aktiviti harian mereka juga tergendala .

Perbualan terhenti seketika . Dengan reaksi wajah yang kehairanan .


Pasukan DiRaja Lagenos terhenti . Kedudukan mereka telah tidak jauh daripada kerajaan mereka .
Kesemua mereka saling berpandangan .

" Korang mungkin tak tahu . Sebentar tadi . Satu perperangan yang dahsyat baru sahaja berakhir . " Kata Lelaki dari Dunia Manusia itu dengan jelas . Suaranya bergema di ruang udara .


Penghuni Dunia Mitos terpinga - pinga sebaik sahaja mendengar berita yang tidak diduga itu .


Baik daripada pihak yang menyebelahi kebenaran mahupun daripada pihak yang menyebelahi kejahatan .


" Aku ucapkan tahniah kepada kerajaan yang telah memenangi pertempuran ini . " Kata Lelaki itu lagi .


Ahmadi berusaha untuk menegakkan badannya .


" Usahlah bergerak wahai Putera Pawana . Rebahkanlah tubuh anakanda semula . " Pujuk Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Hati bonda gusar melihat anakanda yang tidak ubah seperti mendiang ayahanda . Degil anakanda ini bukan kepalang . "


Ahmadi tersenyum . " Janganlah risau dan janganlah gundah . Anakanda cuma ingin bersama dengan semua anggota pasukan kita di luar sana . "

Nurzahirah dan rakan - rakannya juga terperanjat tatkala mendengar suara dari langit itu .

" Orang ni cakap pasal perang yang berlaku sekarang ni ke , Kak Iecha ? " Tanya Nurzahirah dengan jelas .


Siti Aisyah hanya mengisyaratkan agar ke semua mereka diam .

Penduduk di Pulau yang menjadi kediaman kepada bekas tahanan penjara yang mendapat keampunan daripada Permaisuri Fiirapi juga terkesima .

Lesas yang sedang mengajar dan memberi latihan kepada bakal - bakal Perajurit untuk Pulau itu juga mendiamkan dirinya .


Ahmadi yang telah berada di luar pondok kayu itu mengisyaratkan agar semua anggota Pasukan DiRaja itu agar bertenang .

Dia didudukkan di atas sebuah kerusi yang dihasilkan oleh Permaisuri Fiirapi .

Sementara rakan - rakannya pula . Ada yang bersandar , ada yang duduk sambil menjuntaikan kaki dan ada juga yang duduk di atas atap pondok itu .


" Mesti korang tertanya - tanya . Perang apakah yang aku maksudkan ini . " Kata Lelaki itu dengan jelas . " Tak apa . Biar aku beritahu . Perang ini adalah antara . Kerajaan Lagenos dan kerajaan sekutunya dengan Kerajaan Darkhtala , pimpinan Yang Mulia Raja Kegelapan . Akham Nessela . "


Kesemua penduduk Dunia Mitos terperanjat mendengar perkhabaran itu .


Lesas juga bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarnya .


Kerajaan - kerajaan yang bersekutu dengan Kerajaan Darkhtala juga terperanjat besar .

Apa tidaknya . Mereka sama sekali tidak mengetahui akan Akham Nessela telah pun dibebaskan dan telah pun ' direhatkan ' oleh Ahmadi buat selama - lamanya .

" Perang yang amat dahsyat . Perang yang menjadi permulaan . Permulaan kepada satu perang yang sebenar . " Kata Lelaki itu dengan jelas lalu dia tertawa kecil .

" Apa yang lelaki bodoh ni nak cakap sebenarnya ? " Tanya Maera dengan jelas dan agak terperanjat nadanya . " Dia nak lancarkan perang lagi ke ? "

" Perang yang berlaku ini hanyalah sebagai pemanas badan je . " Kata Lelaki itu dengan nada tawa kecilnya . " Perang yang sebenar . Akan berlaku tidak lama lagi . "

" Lelaki tu dah jawab . " Kata Naera lalu tersengih .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Di dalam sebuah bangunan yang berwarna serba Putih yang terletak di dalam hutan belantara tebal kelihatan agak sedikit kelam - kabut .

Para penghuninya kelihatan seperti terburu - buru meninggalkan bangunan itu .

Halaman bangunan itu yang dipenuhi dengan bebatuan semakin kelihatan menyemakkan dengan kehadiran penghuninya yang tergesa - gesa .


Nurzaharah perlahan - lahan menuju ke arah dinding kaca yang amat tebal . Diletakkannya tapak tangan kirinya dipermukaan dinding kaca itu . " Semua orang . Lari . Kenapa ? "


Siti Maisarah dan semua yang berada dalam ruangan itu juga berasa hairan .

Pertanyaan demi pertanyaan menendang diri mereka . Ditambahkan lagi dengan kehadiran suara yang bergema di udara . Semakin kehairananlah mereka.


Beberapa orang Saintis yang terdiri daripada Manusia dan Makhluk Mitos yang berada di bawah bangunan yang terletak 900 meter di bawah tanah , sedang menekan papan kekunci untuk membuka satu Kunci Elemen dan satu sistem kunci yang berteknologi canggih secara terburu - buru .

Dahi mereka bagaikan disimbah air . Wajah mereka pula kelihatan seperti ketakutan .


Sebaik sahaja satu bunyi ' Beep ' bergema , bunyi seperti pintu jeriji pintu besi kedengaran . Selepas itu , suara ngauman pula menyusul dengan kuat .

Seperti ngauman daripada ratusan binatang buas .


Para Saintis itu terburu - buru meninggalkan tempat itu . Mereka berlari menuju ke Lif . Ada juga yang melarikan diri dengan menggunakan Lingkaran Taisa .


Beberapa orang daripada mereka terjatuh dan terhantuk pada meja dan benda keras sehingga mengalami kecederaan .

Walaupun begitu , mereka tetap berlari . Darah mereka menitik ke lantai .


Para Saintis itu menoleh ke belakang kerana mereka terdengar suara ngauman dan deraman ' makhluk - makhluk ' yang menakutkan sedang menhampiri dan mengejar mereka .


Sebaik sahaja mereka tiba di dalam Lif , mereka dengan segera menutup pintu .


" Kenapa semua orang tinggalkan tempat ni ? " Tanya Siti Maisarah dengan jelas .


" Diorang nak tinggalkan kita semua kat sini ke ? " Tanya salah seorang daripada Pengguna Elemen Psikik yang berasal daripada Dunia Mitos yang turut diculik .

Dia memeluk dua orang anak kembarnya .


Tiba - tiba , kumpulan Saintis tadi melalui di hadapan tempat Siti Maisarah dikurung .

Seorang daripada mereka mengesat darahnya di permukaan sebelah luar dinding kaca itu sambil tersenyum .

Selepas itu , dia melarikan dirinya dengan pantas .


" Mak . Makhluk pelik tu . Dah keluar . Banyak . " Kata Nurzaharah dengan jelas dan tenang .

Reaksi wajahnya mati . Tangannya menyentuh kawasan darah Saintis tadi yang dia tahu . Dia tidakkan akan dapat merasainya kerana terletak pada bahagian luar . " Makhluk tu nak makan . Makan kita . Nak minum darah kita . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Tapi . Ingat . Perang ni . Bukan hanya akan tercetus kat dunia ni je . " Kata Lelaki itu lagi lalu tertawa kecil . " Dunia Manusia juga akan berlaku satu perang yang amat dahsyat . "

Ahmadi dan rakan - rakannya terperanjat mendengar kata - kata Lelaki itu .
Bukan mereka sahaja malah , semua yang berada dalam Pasukan DiRaja Lagenos dan semua penduduk Dunia Mitos juga turut terperanjat sama .

" Aku akan buatkan perang ni menjadi satu permainan yang menarik . " Kata Lelaki itu lagi . " Bangsa Mitos akan saling berbunuhan sesama sendiri . "

" Siapa si celaka ni ? ! " Kata Lesas di dalam hatinya yang dibungkus oleh kegeraman yang teramat sangat . " Bangsat ! "

" Manusia pula . Akan saling berbunuhan dengan Manusia dan . . . " Kata Lelaki itu lagi lalu , dia tertawa kecil . " . . . dengan satu makhluk yang tak pernah wujud kat Dunia Mitos ataupun di Dunia Manusia . "


Ahmadi mengeluh dan hanya mendiamkan dirinya .


" Tapi . Aku janji . Aku akan bagi korang semua masa yang cukup . Masa yang cukup untuk korang berpesta . " Kata Lelaki itu dengan nada yang sinis . " Dan . Aku janji . Aku akan serang korang pada bila - bila masa . "

Lelaki itu tertawa besar dengan nada yang menyakitkan hati . " Korang boleh buat jamuan dan pesta . Sempena menyambut kemenangan atas pertempuran ini . "


Kelihatan Ahmadi sedang memperelokkan kedudukannya di atas kerusi dengan agak perlahan .

Kemudian , dia menggaru kepalanya .


" Aku akan bunuh korang semua . " Kata Lelaki itu lagi dengan jelas . " Sebagai langkah permulaan kepada pemanasan badan dan pembakar semangat . Aku akan berikan satu hadiah . Sebagai ganjaran kerana memenangi pertempuran ini . "


Semua penduduk Dunia Mitos dicengkam debaran yang amat bergelora .


Siti Maisarah memeluk Nurzaharah dengan lembut . Begitu juga dengan semua yang berada di dalam ruangan itu . Masing - masing mendakap insan yang mereka sayangi .


" Aku dah arahkan .Tempat pengektrakan Tenaga Elemen Psikik dikosongkan . Aku tak perlukan diorang . Diorang cuma buang masa aku je . " Kata Lelaki itu lagi dengan jelas bersulamkan nada tawa kecilnya . " Pengekstrakan Tenaga Elemen Psikik daripada mangsa - mangsa culik yang terpilih . Termasuklah yang aku sendiri dengar . Tenaga Elemen Psikik daripada ahli keluarga kandung , Raja Pawana . "


Siti Maisarah dan semua rakannya terperanjat . Jika bangunan itu dikosongkan . Kenapa perlu dengan tergesa - gesa ? Kenapa perlu dicalitkan darah pada Dinding Kaca tempat mereka dikurung ?

Kenapa mereka ditinggalkan setelah sekian lama ? Kenapa mereka ditinggalkan dengan ratusan makhluk yang ganas dan menakutkan ?


Rissa memegang bahu Nurzahirah manakala Mandy pula menggenggam tangan Nurzahirah .

Siti Aisyah pula memegang ke dua belah bahu Nurzahirah .

Manakala Banshee Psikik Nurzahirah dan Banshee Psikik Nurzaharah hanya mendiamkan diri .


Sebaik sahaja ayat itu menendang gegendang telinga Ahmadi , dia dengan pantas melepaskan niat membunuhnya yang luar biasa .

Renungan matanya menjadi tajam walaupun kelopak matanya telah layu .

Sehingga seluruh anggota Pasukan DiRaja terperanjat dan menoleh ke arahnya .

Seperti mendapatkan tenaga yang baru , dia mengeluarkan Gelombang Tenaga Mindanya ke seluruh Dunia Mitos .


Fateh , Khalid dan Ikhwan membuangkan pandangan mereka ke arah Ahmadi .


Lelaki itu tersenyum sebaik sahaja dapat merasakan Gelombang Tenaga Minda Ahmadi .


" Kalau kau berani sentuh semua rakyat yang bernaung di bawah Payung Daulat Kerajaan Lagenos , dan rakyat yang hidup kat Dunia Mitos dan Dunia Manusia . Aku akan hancurkan seluruh kerajaan kau dan seluruh kerajaan yang bernaung di bawah Kerajaan Darkhtala . " Kata Ahmadi dengan jelas .

Suara Ahmadi itu sedikit sebanyak telah menyamankan hati rakyat Kerajaan Lagenos dan Raja - raja yang berpayung di bawah naungan Payung Kedaulatan Kerajaan Lagenos .

Siti Maisarah dan rakan - rakannya tersenyum sebaik sahaja mendengar suara Ahmadi .

Lesas juga tersenyum sama . Kerana dia yakin . Ahmadi akan berusaha untuk melindungi mereka .

Nezza dan Carla pula berdiri beranda saling berpandangan namun , jelas . Mereka juga yakin kepada Ahmadi .

Rasta pula memeluk bahu Ragi . Wajah mereka kelihatan tenang

" Kalau kau berani sentuh Kakak aku . Kalau kau berani jentik anak saudara aku . Kalau kau berani tumpahkan darah semua tebusan tu . " Kata Ahmadi dengan jelas nadanya yang memberikan amaran . " Aku akan pastikan . Kau , Raja - raja yang menjadi ekor kau . Dan semua rakyat korang yang menyokong usaha korang . Akan menerima nasib yang sama macam Akham Nessela . "

Lelaki itu tersenyum . " Kau dah bunuh Yang Mulia Raja Kegelapan , Akham Nessela dengan kejam . Aku akan pastikan . Darah dibalas dengan darah . "

Semua rakyat Kerajaan Lagenos dan kerajaan naungannya terperanjat mendengar berita kematian Akham Nessela .
Malah , ada juga yang gembira kerana Raja Kegelapan yang terkenal dengan kejahatannya itu telah pun terkorban .

Lesas mencucukkan mata Pedang Besarnya ke tanah lalu duduk di atas tunggul sebatang pokok sambil bibirnya tersenyum dengan lebar . " Ini berita gembira . "

Raja Taduka dan Puteri Sitaju juga turut terperanjat sama . Manakala Putera dan Puteri mereka pula tersenyum menyambut kemenangan Ahmadi .

" Kemenangan korang telah memulakan permainan Catur Kegelapan . " Kata Lelaki itu .

" Aku dan kerajaan yang menjadi kawan kepada kerajaan aku takkan bermain dengan permainan bangang kau ni . " Balas Ahmadi .
Wajahnya berkerut . Darah kembali mengalir melalui hidungnya .

" Apakah si hingusan ini tahu akan peraturan Catur Kegelapan ini ? " Tanya Puteri Sitaju dengan jelas .

" Si hingusan itu bukannya tidak tahu . Adinda harus faham . Catur Kegelapan ini memaksa pihak lawan untuk bermain bersama . " Balas Raja Taduka . " Jika Kerajaan Lagenos ini diserang . Dan jika kita melakukan serangan balas . Maka . Bermulalah Catur Kegelapan itu . "

" Jika begitu . Kuatkan sahajalah Dinding dan Tembok pertahanan kita . " Kata Puteri Sitaju .

" Sampai bila ? " Tanya Raja Taduka dengan jelas . " Sedangkan air yang menitik juga mampu melekukkan batu yang keras . Jika kita hanya bertahan . Masalah ini akan hanya berlarutan sehingga bila - bila . Lebih teruk lagi . Akan membahayakan keselamatan rakyat dan negara . "

" Betul ke kau tak nak bermain ? " Tanya Lelaki itu .

" Aku takkan sesekali mempertaruhkan nyawa rakyat dari dua dunia untuk memuaskan nafsu bangang kau . " Balas Ahmadi .

" Walaupun , aku bunuh semua tebusan tu ? " Tanya Lelaki itu lalu tertawa kecil . " Aku tak pernah sekali pun jumpa dengan semua tebusan tu . Tapi rasanya . Kalau aku dapat basahkan tangan aku dengan darah diorang semua . Mesti seronok . "

Lesas mengerutkan dahinya . Wajahnya menjadi sedikit tegang . " Lelaki bodoh ni dah berjaya kacau perhatian Tuanku Pawana . "

Ahmadi mengawal emosinya yang mula memanas . Dia tidak boleh untuk membiarkan emosinya mengawal dirinya .

" Aku dah arahkan kawasan bangunan tu dikosongkan . Dan . Semua tebusan tu akan dibebaskan dengan tiada jaminan . " Kata Lelaki itu diselangi dengan nada tawanya yang menyakitkan hati . " Macam yang aku cakapkan tadi . Aku akan berikan masa yang cukup kat korang . "

Aivira dan rakan - rakannya saling berpandangan .

" Kau bukannya bodoh . Aku tahu . Bukan mudah nak kalahkan kau . " Kata Lelaki itu dengan tenang . " Tapi . Aku akan buat korang semua terseksa . Aku akan buat korang sujud kat kaki aku untuk minta keampunan . "

Ahmadi tersenyum . Bukan dia sahaja . Semua rakan - rakannya juga tersenyum . Malah , ada juga yang tersenyum sambil menganggukkan kepalanya .

Keadaan itu , telah menyebabkan Permaisuri Fiirapi disapa kehairanan .

" Kenapakah mereka ini semua tersenyum ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan jelas .

" Mereka memiliki pemikiran yang sama dalam hal - hal sebegini . " Balas Siti Khumairah . " Ini bermaksud . Mereka tahu corak permainan Lelaki ini . "


Ahmadi tertawa kecil . " Kau yakin ke pasukan kau dapat tumpaskan pasukan aku ? "


Pertanyaan Ahmadi itu telah menyebabkan para pemimpin yang bernaung di bawah Kerajaan Lagenos sedikit terpana . Dan ada juga yang tersenyum .


" Aku yakin dengan kemampuan pasukan aku . " Kata Lelaki itu .


" Kalau macam tu . Kenapa diorang tak dapat nak selamatkan Akham Nessela ? " Tanya Ahmadi lalu dia tersenyum .


" Aku akan pandu mereka untuk tuntut bela di atas kematian Yang Mulia Akham Nessela . " Balas Lelaki itu . " Aku akan hancurkan korang semua . "


" Kau pergi bawa semua anak - anak kau tu berlatih dulu . Suruh bersenam . " Kata Ahmadi sambil tertawa kecil . " Kalau diorang dah kuat macam kitorang . Baru kita bermain . "


Kata - kata Ahmadi itu telah menyebabkan telinga Lelaki itu sedikit terpukul .


Para pemimpin yang bernaung di bawah Kerajaan Lagenos juga tersenyum dan ada yang tersenyum sambil menggelengkan kepala .


" Macam mana kitorang nak berseronok kalau korang nak hayun senjata pun , macam budak - budak main perang - perang ? " Tanya Ahmadi lalu terus tertawa . " Pergi ajar semua anak kau tu pegang senjata dulu . "

Kemudian , dia mengesat darah segar yang masih lagi mengalir keluar daripada hidungnya . " Nanti . Kesian diorang kena sepak terajang oleh pasukan aku . Pasukan aku garang - garang . "


Lelaki itu menggenggamkan penumbuknya . " Aku nak tanya . Apa beza pasukan kau dengan pasukan aku ? "


Pertanyaan Lelaki itu telah menyebabkan semua penduduk Dunia Mitos itu saling berpandangan .


Ahmadi tertawa . " Rahsia . Pasukan aku istimewa . Nanti kau tahu sendiri . "


Lesas tertawa kecil mendengar jawapan Ahmadi . Manakala para pemimpin kerajaan yang bernaung di bawah kerajaan yang dipimpin oleh Ahmadi pula tersenyum .


" Semua Pemimpin di bawah pimpinan aku pun tahu . Kitorang tak ada pilihan . Tapi . Aku nak ingatkan kau satu perkara . " Kata Ahmadi dengan jelas lalu tersenyum . " Cahaya akan terus bersinar walaupun kegelapan yang korang bawa ni berusaha untuk memadamkan cahaya yang kitorang nyalakan . "


" Kalau macam tu . Kau dah setuju untuk bermain dengan aku . " Kata Lelaki itu sambil dia mengeluarkan cahaya daripada tangannnya ke udara .

Corak Bendera Kerajaan Darkhtala terukir di dada langit .

Tidak lama kemudian , beberapa lagi corak bendera kerajaan yang bernaung di bawah Kerajaan Darkhtala juga muncul dan terukir di atas langit yang terbentang luas .

Selepas itu . Corak itu bersatu dengan Corak Kerajaan Darkhtala dan membentuk satu Panji Perang Kegelapan .


Semua penghuni Dunia Mitos dapat melihat dengan jelas akan corak Kerajaan Kegelapan yang akan kembali bermaharajalela .

Corak itu amat jelas bercorakkan unsur kegelapan yang amat menggerunkan dan menakutkan .


Ahmadi memandang ke arah Sheila Asyikin .


Seakan mengerti , Sheila Asyikin menghampiri dan merapatkan telinganya ke mulut Ahmadi .

Selepas beberapa ketika , dia menganggukkan kepalanya lalu dia berjalan ke depan .

Selepas itu , dia menjelmakan Sayap Elemennya yang berwarna Merah , Kuning dan Jingga .

Kemudian , dia terbang ke udara dengan agak pantas .

Dia kemudiannya memancarkan cahaya ke dada langit yang menghasilkan corak Bendera Kerajaan Lagenos .

Kemudian , satu corak atau simbol yang seakan - akan seperti simbol Sayap Peganiex , yang bergabung dengan corak Bendera Kerajaan Lagenos terhasil di atas langit dan menghasilkan , satu Panji Perang .


Tidak lama selepas itu , Bendera semua Kerajaan yang bernaung di bawah pemerintahan Kerajaan Lagenos turut muncul di dada langit .

Semua Bendera itu bersatu dengan simbol Panji Perang yang dihasilkan oleh Sheila Asyikin .


" Aku akan sediakan kubur untuk korang semua . " Kata Lelaki itu .


" Aku tak ada nak sediakan apa - apa untuk korang . " Balas Ahmadi . " Tapi . Anggota Pasukan aku dah mula ukirkan Batu Nisan untuk korang . Aku harap . Korang suka . "


Selepas beberapa detik . Suara Lelaki itu tidak lagi kedengaran .

Ahmadi memanggil semula Sheila Asyikin untuk turun semula .


Sheila Asyikin membisikkan sesuatu kepada Ahmadi dan tidak lama kemudian , Ahmadi menganggukkan kepalanya .

Selepas itu , dia melihat ke arah Pasukan Putih , Paquine dan Merowran .

Dia menghasilkan satu corak pada lengan kanannya lalu dia melibaskan tangan kanannya di udara . Seperti sedang memberikan arahan .


Sejurus selepas itu , Pasukan Puak Misteri yang diketuai Putih , Paquine dan Merowran terbang ke segenap arah dan hilang daripada pandangan mata .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Mak . Pakcik tak takut . Pakcik berani . Lawan . " Kata Nurzaharah dengan reaksi wajahnya yang kaku . " Ikut Pakcik . Lawan . "


" Tak boleh sayang . Kita kena pastikan dulu kawasan ni selamat . " Balas Siti Maisarah dengan lembut .


" Paling kurang pun . Kita kena pastikan tingkat ini selamat . " Kata salah seorang yang turut menjadi tebusan . " Pergerakkan semua makhluk tu masih jauh di bawah . Tapi . Pergerakkan diorang pantas . "


" Kita kena hasilkan dulu Dinding Pertahanan kat tingkat ni . " Balas Siti Maisarah dengan jelas . " Sekurang - kurangnya . Semua makhluk tu tak dapat nak masuk ke sini . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Lelaki itu turun semula ke tanah lalu dia melenyapkan Sayapnya

Dia memandang ke arah Paga dengan pandangan mata yang menyeramkan . " Panggil semua pemimpin yang bernaung kat Kerajaan Darkhtala . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kemeriahan Kerajaan Lagenos menyambut kepulangan Pasukan mereka yang menewaskan pasukan Kerajaan Darkhtala bergema .

Dalam kemeriahan dan kesyukuran mereka itu , mereka juga teruja melihat Pahlawan - pahlawan dari Dunia Manusia .

Tidak cukup dengan itu . Mereka juga agak terpana dengan Mode Tempur Aivira .


Laungan perkataan kata - kata dan doa bergema .


Tidak lama kemudian , Pasukan DiRaja Lagenos telah tiba di kawasan Kubu mereka manakala Pasukan Ahmadi terus sahaja ke kawasan Istana .


Dengan arahan Permaisuri Fiirapi , Ahmadi terus sahaja dibawa ke Pusat Rawatan DiRaja yang diketuai oleh Witchie dan Kucina .

Sementara mereka yang lain , menuju ke Istana Permaisuri .


Aivira meminta perkenan daripada Permaisuri Fiirapi untuk berehat di kawasan penempatan Puak Aexrieca .

Permaisuri Fiirapi memperkenankan permintaan Aivira itu .


Sebaik sahaja Aivira dapat perkenan , dia dan Aqilah terus sahaja memacu Kuda mereka keluar daripada kawasan Istana .


" Ada baiknya , anakanda dan kalian semua berehat di Istana . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut lalu memegang tangan Siti Khumairah .


" Patik sekalian menjunjung titahnya Tuanku Permaisuri . " Kata Fateh lalu dia dan semua yang berada di situ melakukan gerakan hormat .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Aivira dan Aqilah memacu Kuda mereka dengan pantas . Setelah beberapa ketika , mereka berdua tiba di pintu masuk penempatan Puak Aexrieca .

" Nak tulis nama ke ? " Tanya Aivira .

Aqilah tergelak kecil . " Takdelah . "

Salah seorang daripada Pegawai Pemeriksa menghampiri Aqilah dan Aivira .

" Siapa dia tu ? " Tanya Pegawai itu dengan jelas sambil tersenyum . Wajahnya agak sedikit kagum ketika melihat fizikal Hybrid Aivira .

" Dia tu abang saya . Dari Dunia Manusia . Dia baru je datang ke dunia ni . " Jawab Aqilah dengan lembut lalu dia melenyapkan Mode Hybrid tempurnya.


Aivira tersenyum sambil menggerakkan kepalanya lalu melenyapkan Mode Hybrid tempurnya .


Wajah Pegawai itu menjadi lebih terpegun sebaik sahaja melihat bentuk fizikal Manusia Aivira .


" Awak nampak lain . " Kata Pegawai Pemeriksa itu .


Aivira tersenyum . " Saya nampak kacakkan ? "


Aqilah tersenyum . " Dahlah . Mari kita pergi kem dulu . Lepas tu . Kita balik rumah . "


Aivira mengekori Aqilah meninggalkan Pegawai Pemeriksa itu yang masih lagi kagum dengan fizikal Manusianya .


Sepanjang dalam perjalanan itu , Aivira diperhatikan oleh sesiapa sahaja yang berada dalam laluan mereka .

Setibanya mereka di Kem Tentera Puak Aexrieca dan menambat Kuda mereka , Aivira melihat ke arah semua Pahlawan Aexrieca dengan wajah yang kehairanan .


" Dah marilah balik . " Kata Aqilah lalu dia juga perasan yang hampir semua Pahlawan yang berada di Kem Tentera itu , sedang memerhatikan Aivira . Dan juga dia . " Mungkin pasal fizikal Hybrid abang tak sama dengan Hybrid Aexrieca yang lain . Tu yang nampak macam nampak hantu tu . "


Aivira menggosok kepala Aqilah dengan wajah semacamnya . " Dahlah . Mari balik . Abang nak rehat . Nak mandi . Nak tidur . "


Aqilah dan Aivira berjalan keluar dari Kem Tentera itu dengan Aivira yang masih lagi diulit dengan perasaan kurang selesa .

Kemudian , mereka menuju ke arah sebuah gerai minuman .


" Abang nak minum apa ? " Tanya Aqilah .


" Apa - apalah . Yang penting sejuk . " Balas Aivira berbasa - basi .


" Teman Lelaki Aqilah ke ? " Tanya Penjual Minuman itu .


" ' Eh ' , bukanlah . " Jawab Aqilah dengan agak pantas . " Ni Abang saya . Dari Dunia Manusia . "


Penjual Minuman itu hanya tersengih dengan riak wajah semacam lalu memberikan minuman yang dipesan kepada Aivira .


" Diorangkan pernah nampak Didie juga . " Kata Aivira selepas dia menyedut minumannya . " Takkan diorang nak hairan dengan abang pula . "


" Bukan pasal itulah . " Balas Aqilah dengan lembut . " Mana ada Hybird Aexrieca yang serupa sangat macam Manusia kat puak kita ni . Lagi satu . Jarang sangat Manusia yang kahwin dengan orang kita yang tinggal kat dalam kampung ni . Diorang biasanya . Berhijrah ke Bandar . "


Tiba - tiba , beberapa Pemuda Aexrieca menghalang laluan mereka .


" Siapa dia ni ? " Tanya salah seorang daripada kumpulan Pemuda Aexrieca itu .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nurzahirah duduk rapat di antara Siti Khumairah dan Permaisuri Fiirapi .

Turut berada ruang itu ialah , Sheila Asyikin .


" Janganlah sedih , wahai cucunda nenda . " Pujuk Permaisuri Fiirapi . " Pakcik cucunda itu . Amatlah kuat . Tidak akan ada sesuatu yang buruk yang akan menimpa kepadanya . "


Nurzahirah menganggukkan kepalanya .


" Bonda . Apakah adinda anakanda yang bertuah itu akan dapat dipulihkan seperti sediakala ? "


" Dia hanya terlalu penat sahaja . Dia cuma terlalu menggunakan tenaganya dalam masa yang terlalu lama . " Jawab Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Mungkin kerana dia ingin Puteri Muda Lagenos bertemu semula dengan Banshee Psikiknya dan juga ingin Puteri Muda Bayu mengunci Banshee Psikik milik Puteri Muda Bara . "


" Apakah ada kemungkinan , pihak musuh dapat menghidu tindakan Adinda Pawana ? " Tanya Siti Khumairah lagi .


" Mungkin ada . Dan juga mungkin Putera Pawana telah menghidunya . Dan atas sebab itulah . Berkemungkinan . Adinda anakanda itu meletakan Mutiara Elemen Biru itu pada dahinya sehinggalah , kita semua sampai ke Pulau itu . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan jelas lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah Sheila Asyikin . " Puteri Pawaka . Pergilah berehat . Santunilah mereka yang berada di ruang istirehat . Titahkan kepada Dayang Istana yang menyediakan hidangan malam . "


" Anakanda menjunjung titah . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut .


Ketika itu , Adam dan semua yang berada di ruang istirehat sedang melepaskan keletihan mereka .


" Apa kita nak buat sekarang ? " Tanya Maera dengan jelas . " Perang ni . "


" Kita tak ada pengalaman dalam perperangan yang besar macam ni . " Celah Ratni dengan jelas . " Macam mana kita nak terangkan kat Pasela ? "


" Tak banyak yang kita boleh lakukan buat waktu ni . Dalam hal ni . Hanya Didie dan Sheila je yang tahu macam mana nak berdepan dengan keadaan ni sebab . Diorang lagi awal ke sini berbanding kita . " Sampuk Stephen Akio Kenzo dengan tenang . " Kita kena tunggu Didie pulih dulu . "

" Abang setuju dengan Stephen . Kita tunggu Didie . " Kata Fateh dengan jelas dan tenang . " Buat masa ni . Kita bertenang dulu . "

" Lagipun . Pihak musuh takkan serang kita dalam masa yang terdekat ni . Raja diorang baru je mati kat tangan Didie . " Sampuk Khalid pula . " Diorang kena atur strategi juga terlebih dulu memandangkan , diorang tahu tahap kemampuan kerajaan ni di bawah pemerintahan Didie . "

" Betul tu . Diorang pun mesti nak kumpulkan bala tentera diorang juga . " Celah Ikhwan dengan lembut .

" Saya terfikir pasal apa yang lelaki tu cakap pasal lawan kat Dunia Manusia . " Kata Muniandy dengan tenang . " Kita akan berperang dengan Manusia dan dengan satu makhluk yang tak pernah wujud kat dua dunia . Apa maksud dia ? "

" Entahlah . " Sampuk Maera . " Saya rasa . Didie dan Sheila memang dah rancang untuk tingkatkan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya kita . Untuk nak halang daripada berlaku ketidakseimbangan kat dua dunia Tapi . Saya tak rasa diorang terfikir pasal ni . "

" Maksud awak ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut .

" Pasal perang kat Dunia Manusia . " Balas Maera dengan jelas .

Sheila Asyikin memasuki ruangan itu dan terus melabuhkan punggungnya di sisi Siti Nursamawi .

" Bonda cakap apa ? " Tanya Siti Nursamawi .

" Takde cakap apa pun . Bonda nak kita berehat je . " Balas Sheila Asyikin .

" Permaisuri takde cakap apa - apa ke pasal Didie ? " Tanya Stephen Akio Kenzo .

" Abang cuma kepenatan . Pasal terpaksa gunakan tenaga dia dalam tempoh dan jangka masa yang lama . " Jawab Sheila Asyikin .

" Apa yang awak nak lakukan sekarang ? . " Tanya Ratni dengan lembut .

Sheila Asyikin mengeluh . " Entahlah . Kepala Sheila serabut sangat . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Siapa Manusia ni ? ! " Tanya Pemuda Aexrieca itu .

" Yang awak apa hal ? ! " Tengking Aqilah .

Aivira yang asyik melihat perhiasan yang dijual di gerai berdekatan terdengar akan perbualan itu namun , dia tidak menoleh ke arah Aqilah dan Lelaki daripada Puak Aexrieca itu . " Apahal pula tu ? "

Aqilah bergegas menuju ke arah Aivira namun , tangannya dipegang oleh Pemuda Aexrieca itu .

" Lepaskan tangan saya ! " Kata Aqilah dengan agak kuat .

Aivira mengeluh lalu meletakkan barang yang sedang dibeleknya dan perlahan - lahan menuju ke arah Aqilah . " Awak siapa ? Lepaskan tangan dia . Tak elok berkasar dengan perempuan . "

" Saya kekasih dia . " Kata Pemuda Aexrieca itu dengan jelas sambil melepaskan tangan Aqilah dan memandang ke arah Aivira .

" Bila awak jadi kekasih saya ? ! " Tanya Aqilah dengan lantang .

" Awak tipu . " Kata Aivira lalu dia tertawa dengan kuat .
Kemudian dipegangnya tangan Aqilah dan berlalu dari situ . " Dahlah . Jangan dilayan lelaki macam tu . Buang masa . Elok kita balik rumah . Aqilah masakkan sesuatu untuk abang . Abang lapar gila ni . "

" Korang tinggal bersama ke ? ! " Kata Lelaki Aexrieca itu dengan lantang . " Aqilah . Saya tak sangka . Awak perempuan yang macam ni . Awak tinggal serumah dengan Manusia . "

Mereka bertiga mula menjadi tumpuan .

Aivira memandang ke arah Pemuda Aexrieca itu sambil tersenyum . " Apa kata . Awak tarik balik kata - kata awak tu . "

" Memang tak tahu malu ! Datang ke kampung ni dan merosakkan gadis kampung ni ! " Kata Pemuda Aexrieca itu lalu menghunuskan Pedangnya . " Saya akan ajar awak cukup - cukup ! "

Aivira hanya tersenyum lebar lalu dia tertawa .

Pemuda Aexrieca itu berlari ke arah Aivira . Tiba - tiba , dia terlutut di atas jalan . Pedangnya juga terlepas daripada genggamannya .
Rakan - rakannya ingin membantunya namun terhenti kerana Aivira mengangkatkan tangannya ke arah mereka .

Avira berjalan ke arah Pemuda Aexrieca itu namun tangannya ditarik oleh Aqilah dengan lembut .

" Jangan risaulah . Abang nak bersihkan nama adik abang je . " Kata Aivira sambil tersenyum .
Kemudian , dia berjalan ke arah Pemuda Aexrieca itu lalu , dia menghalakan mulutnya di telinga Pemuda Aexrieca yang kelihatan agak keliru .

" Awak nak buat apa ? ! " Tanya Pemuda Aexrieca itu dengan kuat .

" Saya ni Abang dialah bangang ! Memanglah saya pun tinggal kat rumah yang dia tinggal ! " Jerit Aivira dengan kuat di telinga Pemuda Aexrieca itu . " Jangan ganggu Aqilah lagi ! Kalau awak ganggu ! Saya lempang sampai buta mata awak ! "
Selepas itu , diambilnya Pedang Pemuda Aexrieca itu . " Awak nak bunuh saya guna Pedang mainan ni ke ? "
Dengan bersahaja , ditetak - tetaknya badannya dengan kuat . Selepas itu , dimakannya Pedang tadi sehingga habis tidak bersisa . Kemudian , dia sendawa di depan Pemuda Aexrieca itu . " Pergi berlatih lagi . "
Dia meninggalkan Pemuda Aexrieca itu yang kelihatan sedang terpinga - pinga . " Aqilah . Mari balik . Jangan dilayan sangat lelaki macam tu . Buang masa Aqilah je . Elok kita balik sekarang . Lambat sampai rumah nanti . Mak marah Abang pula . "

Aqilah berlari mengejar Aivira dengan wajahnya yang kelihatan agak tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Kelihatan Rissa sedang membawa beg pakaiannya menyusuri jalan untuk pulang ke rumahnya .
Hari telah pun beransur senja . Burung juga berterbangan untuk pulang ke sarang .
Ayam dan Itik juga turut terkedek - kedek pulang semula ke kandang .

" Salam Sejahtera . Mak . Ayah . " Kata Rissa memberikan salam sebaik sahaja dia naik di beranda .

Ragi menjengah ke luar . Pantas sahaja dia tersenyum sebaik sahaja matanya menjamah wajah Rissa . " Anak mak balik . "

Rissa membalas senyuman Ragi lalu mengucup tangan emaknya itu dan terus berpelukan .

Melepaskan rindu yang bersarang .


" Sekarang bukan cutikan ? " Kenapa Rissa balik ? " Tanya Ragi dengan lembut .


" Tuanku Permaisuri titahkan Rissa pulang untuk berehat . " Jawab Rissa dengan lembut .


" Pasal perang tu ke ? " Tanya Ragi dengan perlahan .


Rissa hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya .


" Yelah . " Balas Ragi lalu memeluk bahu Rissa dengan lembut . " Cakap nak makan apa . Mak masak . "

Malam melabuhkan tirainya . Para penghuni Pulau yang masih belum diberikan nama juga telah pun berada di dalam rumah .
Melepaskan rehat dan lelah sambil berbual - bual dengan ahli keluarga .
Ada juga yang berborak di gerai - gerai dan di hadapan rumah .

Rasta naik ke rumah . " Salam sejahtera . "

Ragi bergegas ke luar untuk menyambut kepulangan suaminya . Sebaik sahaja dia mengucup tangan Rasta , dia mengisyaratkan agar Rasta senyap sedikit .

" Kenapa ? " Tanya Rasta .

Ragi hanya menggerakkkan kepalanya ke arah sofa panjang .

Kelihatan Rissa sedang nyenyak tidur .

" Bila dia balik ? " Tanya Rasta lalu duduk di arah atas kepala Rissa dan terus sahaja membelai kepala Rissa dengan lembut . " Cuti akademi lama lagikan . Kenapa dia balik ? "

" Permaisuri titahkan agar dia berehat dulu . Saya rasa . Ada kaitan dengan perang yang dah berlaku dan yang akan berlaku tu . " Jawab Ragi dengan perlahan . " Biarlah dia tidur . Lagipun masa dia sampai tadi . Memang dia nampak penat sangat . "

" Yelah . Biar dia berehat dulu . " Kata Rasta dengan tenang .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

" Dia okey jekan Steph ? " Tanya Maera dengan agak bersahaja nadanya .

Kelihatan Ahmadi duduk di atas katil dengan alat pemeriksaan yang melekat pada bahagian dada dan belakang tubuhnya .
Dia berada dalam bilik yang dihalang oleh langsir Putih dan dirawat oleh Kucina dan Witchie .

Stephen Akio Kenzo memerhatikan data Ahmadi di monitor cahaya . " Susah nak cakap . Saya tak tahu . Kaedah atau teknologi apa yang Kucina dan Witchie ni gunakan tapi . Mangkuk tu memang sihat . "

Kucina memeriksa denyutan nadi Ahmadi sambil melihat ke arah jam poketnya yang unik manakala Withie pula menyuluh mata Ahmadi .

Selepas itu , Ratni dan semua rakannya yang lain tiba di ruangan itu .
Kecuali Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi yang belum tiba .

" Dia tak keluar lagi ke ? " Tanya Adam .

" Ada kat dalam tu . Dua Kucing tu tengah periksa dia . " Jawab Maera . " Steph dah tengok rekod dan tahap kesihatan dia . Memang dia dah sihat . "

" Cepat juga . Berkesan rawatan diorang berdua tu . " Celah Siti Hawa . " Ubat apa diorang guna ? "

" Entah . Saya tak faham istilah saintifik diorang ni . Tapi . Macam ada penggunaaan Kaedah Perubatan Moden dan Purba , Kaedah Penggunaan Tenaga Mana dan Elemen Warna dan Cahaya , dan Kaedah Penggunaan Tenaga Aura . " Jawab Stephen Akio Kenzo sambil reaksi wajahnya yang kelihatan semacam bersulamkan keterujaan .

Tiba - tiba , pintu ruangan itu dikuak dengan kuat oleh Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi .

" Mana Didie ( Abang ) ? " Tanya Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dengan serentak .

Siti Hawa memuncungkan bibirnya ke arah bilik tempat Ahmadi dirawat . " Awak berdua bertenanglah . Biar Kucina dan Witchie buat kerja diorang . "

Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi berjalan dan bermundar - mandir .

" Aku tak apa - apakan ? " Tanya Ahmadi dengan tenang .

" Tuan jangan risau . Tuan sihat . " Balas Kucina . " Cuma . Elemen Tuan je yang masih tak stabil sikit . Yang lain - lain . Okey je . "

Ahmadi menganggukkan kepalanya .

"Saya dan Kucina dah teliti apa yang sebabkan Elemen Tuan tu tak stabil . " Kata Witchie lalu berpeluk tubuh . " Satu berita gembira . Satu lagi cahaya Elemen Warna dan Cahaya Tuan dah terbuka . "

Ahmadi tersenyum lebar .

" Jangan nak senyum lebar sangat . " Kata Kucina dengan renungan matanya yang agak nakal . " Jadi , sekarang ni . Tolak cahaya yang warna Putih . Tuan dah ada tiga warna yang aktif . Biru , Merah , dan Hijau . "

" Dengan semua sembilan Pintu Tenaga yang dah terbuka . Tuan dah boleh gunakan Elemen Hijau tu tapi . " Kata Witchie dengan jelas . " Tuan kena berehat dulu . Jangan nak mengada - ngada nak buat latihan yang berat -berat . "


" Yelah . " Kata Ahmadi lalu ditanggalkannya semua alat pemeriksaan yang melekat pada badannya . " Aku dah boleh keluarkan ? "

Ahmadi memakai pakaiannya semula lalu dia perasan ada bendasing yang melekat pada bajunya . " Kenapa ada bulu Kucing kat baju aku ni ? "

Kucina dan Witchie hanya tersengih .

Ketika Sheila Asyikin dan rakan - rakannya sedang rancak berborak , perbualan mereka terganggu dengan kehadiran Permaisuri Fiirapi bersama dengan Siti Khumairah , Nurzahirah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea .
Termasuklah Fateh , Khalid , dan Ikhwan .

Sheila Asyikin dan semua rakannya dengan segera melakukan gerakan hormat .

" Apakah perkhabaran akan Putera Pawana ? " Tanya Permaisuri Fiirapi .

Ahmadi keluar daripada sebalik langsir . " Anakanda sihat - sihat sahaja . Tidak perlulah bonda khuatir . "


Langsir yang menjadi halangan tadi segera dibuka luas oleh Kucina dan Witchie .

Kemudian mereka berdua memberikan hormat kepada Permaisuri Fiirapi .


" Kucina , Witchie . Apakah status keadaan Putera Pawana ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan jelas dan lembut . " Jangan sembunyikan apa - apa daripada beta . Kelak beta akan pancung leher kalian berdua kerana berbohong kepada beta . "


Ahmadi menggaru kepalanya manakala rakan - rakannya pula saling berpandangan .


" Ampun Tuanku . Sembahnya patik harap diampun . " Kata Kucina dengan penuh beradab dan kelembutan . " Keadaannya Raja Pawana . Baginda telah pun sembuh seperti biasa namun , tidaklah baginda boleh melakukan aktiviti harian yang melibatkan penggunaan Elemen Warna dan Cahaya . Seperti latihan yang berat . Kerana . Elemen Raja Pawana sedikit tidak stabil . Kesan daripada Penggunaan Elemen Warna dan Cahaya yang terlalu lama tanpa henti . Ampun Tuanku . "


" Ampun Tuanku Permasuri . Harap sembah patik harap diampun . Adapun kecederaan yang dialami oleh Raja Pawana itu hampir sahaja kita kehilangan baginda . Namun begitu . Kecederaan yang dialami oleh baginda telah menyebabkan satu lagi cahaya Warna Elemen dan Cahaya telah teraktif . Iaitu Warna Hijau . Ampun Tuanku . " Kata Witchie pula .


Ahmadi hanya tersengih memandang ke arah Permaisuri Fiirapi .


" Yang lain . Pergilah menghirup udara di halaman Istana . Raja Pawana . Anakanda ikut bonda dan Kekanda Puteri Salju . Ada beberapa perkara yang kena dimasukkan ke dalam otak anakanda yang dipenuhi dengan perkara - perkara yang boleh sahaja membunuh anakanda . Kata Permaisuri Fiirapi dengan jelas . " Mari kita ke ruang bicara . "


Ahmadi terkedu . " Anakanda menjunjung titah . "


Permaisuri Fiirapi merendahkan tubuhnya lalu memegang tangan Nurzahirah . " Cucunda juga pergilah menghirup udara segar . "

" Ampun Nenda Permaisuri . Sembahnya cucunda harap tidak mengundang murkanya Nenda Permaisuri . " Kata Nurzahirah dengan lembut dan sopan .

" Pintalah apa sahaja wahai Puteri Muda Lagenos . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan lembut sambil tersenyum .

" Hari ini . Patik sekalian akan pulang semula ke Dunia Manusia . " Kata Nurzahirah dengan jelas . " Perkenankanlah permintaan cucunda . Cucunda ingin bertemu dengan Rissa . "


Permaisuri Fiirapi tersenyum . " Boleh sahaja . Ia hanya permintaan kecil . Nenda perkenankan . Akan tetapi . Dengan satu syarat . "


Ketika itu , Aivira dan ahli keluarganya sedang berada di dapur . Bersarapan .

Puan Finura pula kelihatan seperti sedang mengaut sesuatu daripada Kuali .


Aivira bertongkat dagu sambil menghisap pencungkil gigi dengan reaksi wajah semacamnya .

Direnungnya wajah Aqilah .


" Abang ni dah kenapa ? " Tanya Aqilah sambil menjegilkan matanya dengan gaya yang manja . " Cucuk mata abang dengan Garfu ni . Dah macam setengah jam abang tenung Aqilah .


Kiusa dan Puan Ziera hanya tersenyum melihat telatah cucu - cucunya .

Terasa hidup suasana rumah mereka kerana dihiasi dengan kelakuan cucu - cucu mereka .


Arakin dan Aqeel juga hairan melihat kelakuan Aivira .


" Mak . " Tiba - tiba sahaja Aivira bersuara .


" Apa ? " Sahut Puan Finura sambil dia mencuci sesuatu di sinki .


" Ai nak mak berterus - terang dengan Ai . " Kata Aivira .


" Apa dia ? " Tanya Puan Fiinura .


" Betul ke Aqilah ni adik kandung Ai ? " Tanya Aivira dengan bersahaja .


Tersembur minuman daripada mulut Sougaena Asyura dan ahli keluarganya yang lain .


Puan Fiinura juga tersentak dengan soalan Aivira itu .


" Ai rasa ada yang tak kenalah . Aqilah ni 400 kali lagi cantik daripada mak . " Kata Aivira lalu dia mengeluh .

Kemudian , dia meneguk minumannya yang terhidang di depannya . " Ai bukannya nak cakap , mak tak cantik . Ai cuma nak cakap . Aqilah ni lagi cantik daripada mak . Itu je . "


Kiusa hanya tertawa mendengar kata - kata Aivira .


Puan Fiinura menggenggamkan penumbuknya .


" Rasa macam lain . " Kata Aivira lalu dia melihat ke arah wajah Sougaena Asyura dan kemudian , dia tersengih dan tertawa kecil .

Manakala Sougaena Asyura pula hanya tersengih dengan reaksi wajah yang sedih semacam . " Ayah pun kacak tapi . Takdelah kacak macam Ai . "


" Ai tak kasihan kat ayah ke ? " Tanya Sougaena Asyura .


" Ai sarapan sekarang . Lepas tu . Pergi balik ke Dunia Manusia . " Kata Puan Fiinura dengan nada geramnya yang ditahannya .

" Apa ni mak . Ai tak sempat lagi nak lepak dengan adik - adik Ai . " Kata Aivira dengan bersahaja . " Nak juga jalan - jalan . Tak seronoklah . Lagipun . Dunia nikan kampung Ai juga . "

" Jangan nak mengada - ngada , Ai . Sarapan cepat . Lepas tu balik . " Kata Puan Fiinura lagi . Geramnya makin memuncak .

Aivira berpeluk tubuh sambil melihat ke arah Aqilah , Arakin dan Aqeel . " Korang mesti tak pernah tengok perangai mak yang sebenar . Mesti korang cuma diperlihatkan dengan sisi penyayang dan kelembutan mak je . Pasal . Korang ni abang tengok . Takde sifat dan kreativiti yang macam abang ada . "

Puan Fiinura melemparkan mangkuk kaca ke arah Aivira . Aivira sempat mengelak lemparan tadi .

Mangkuk kaca tadi berputar - putar di atas meja . Betul - betul di hadapan Sougaena Asyura yang kini sedang memeluk Puan Fiinura yang sedang meronta - meronta kerana sedang dirasuk oleh kemarahan yang memuncak .

Mata Puan Fiinura berapi .

" Apa yang abang nak korang tahu kat sini adalah . " Kata Aivira sambil tersenyum lebar dan menghalakan tapak tangannya ke arah Puan Fiinura . " Mak juga boleh menjadi raksasa yang menakutkan . "


Kiusa tertawa manakala Puan Ziera pula membantu Sougaena Asyura yang sedang memujuk Puan Fiinura agar bertenang .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Rissa termenung di atas kerusi yang terletak di bawah pokok rendang yang berdaun lebat . Matanya menjamah ke arah laut yang saujana mata memandang .

Ada sesuatu yang sedang bermain di fikirannya .

Dia membetulkan rambutnya yang jatuh menutupi wajahnya yang disapu angin .


Pulau yang menjadi kediamannya kini betul - betul terletak di laluan Kapal - kapal yang berdagang .

Keadaan itu menyebabkan Pulau yang didiaminya itu meriah dengan hasil tempatan penduduk Pulau itu dan dari tempat lain .

Satu keadaan yang dapat meningkatkan tahap ekonomi mereka .


Selepas itu , Rissa berjalan menyusuri gigi pantai . Matanya menjamah setiap pemandangan yang dilaluinya .

Dia membalas senyuman kepada yang sudi menghadiahkan senyuman kepadanya .

Dapat dilihatnya Nezza yang sedang memperkatakan sesuatu kepada sekumpulan kecil pemuda dan pemudi . Betul - betul bersebelahan dengan beberapa buah Kapal Perang yang baru sahaja siap .

Walaupun tidaklah segagah seperti Kapal Perang DiRaja namun , ia sesuatu yang dapat dibanggakannya kerana , Kapal Perang itu mendapat pengiktirafan daripada Pihak DiRaja Istana .


Rissa terus membelah suasana dengan langkahnya yang agak perlahan .

Kemudian , dia terlihat pula Lesas sedang mengetuai sekumpulan Pemuda dan Pemudi berlari di gigi pantai .

Dia beranjak sedikit ke tepi untuk memberi laluan kepada kumpulan yang diketuai oleh Lesas itu .


Beberapa detik kemudian , Rissa tiba di kaki sebuah hutan . Selepas itu , dia terus sahaja melompat masuk ke dalam hutan .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Lelaki dan Wanita dari Dunia Manusia itu duduk bersama dengan pemimpin kerajaan yang sehaluan dengannya .


Lelaki itu tersenyum . " Beta tidak ingin banyak bicara . Siapa yang sanggup untuk bersama dengan beta untuk menghancurkan Kerajaan Lagenos dan sekutunya ? "


" Patik sekalian sudi dan sanggup untuk bersama dengan Yang Mulia untuk meranapkan Kerajaan Lagenos dan semua sekutunya . " Kata Raja Mondoza . Pemimpin kepada Kerajaan Lazaro .


Lelaki itu hanya memandang ke arah semua sekutunya . Pandangan matanya tajam . " Apa yang kalian sanggup tawarkan untuk buktikan kesanggupan kalian ? "


" Apakah yang Yang Mulia Tuanku kehendakkan daripada patik sekalian ? " Tanya Ratu Cantaveil . Pemimpin kepada Kerajaan Lemenba .


" Beta kehendakkan nyawa kalian menjadi taruhan . " Balas Lelaki itu dengan jelas . " Beta tidak kehendakkan apa - apa tawaran berupa batu permata . Hanya nyawa kalian sahaja yang menjadi sumpah taat setia kepada beta . "


Raja Mondoza dan semua yang berada di situ saling berpandangan .


" Apakah hati kalian sudah pun berbolak - balik ? " Tanya Wanita dari Dunia Manusia itu dengan jelas . " Apakah kalian mula berubah pendirian ? "


" Jika darah menjadi sumpahnya taat setia . " Kata Raja Geanatt . Raja kepada kerajaan Tagreed .

Dia kemudiannya mengeluarkan Pisaunya yang menakutkan . Kemudian dikelarnya lengannya .

Darah segar mengalir akibat daripada kelakuannya itu . " Apakah perlu ditadahkan darah ini ? "


Lelaki itu tersenyum . " Bukan untuk beta . "


Jawapan Lelaki disambut dengan kehairanan .


Tidak lama selepas itu , Lelaki dan Wanita itu bersama dengan semua rakan sekutunya berada di pusara Akham Nessela .


" Siramkan darah kalian di pusara mendiang Akham Nessela . Sebagai tanda kalian semua menyambut pertabalan beta berdua sebagai pewaris kepada mendiang Baginda Akham Nessela . " Kata Lelaki itu dengan jelas .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Simpan akan nasihat bonda ini ke dalam kepala anakanda itu . Janganlah ulangi lagi perbuatan anakanda itu . " Pesan Permaisuri Fiirapi dengan nada keibuannya yang lemah dan lembut . " Ingat akan sesuatu ini wahai Putera Pawana . Sesuatu yang baik . Jika ia keterlaluan . Ia juga akan membawa bencana . "


Ahmadi hanya menganggukkan kepalanya .


" Didie buang jelah tabiat Didie yang suka sangat susahkan diri sendiri demi orang lain . " Pesan Siti Khumairah pula dengan jelas dan tenang . " Memang bagus . Didie ada sifat macam tu . Akak kenal adik akak . Tapi . Kalau boleh . Biarlah berpada . Dulu pun akak ada pesankan . Tapi , buat lagi . "


" Lagi satu pesan bonda . Janganlah anakanda cuba untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar bersendirian . Anakanda punya banyak kenalan . Bawalah mereka untuk meringankan sedikit beban anakanda . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Bonda faham . Tanggungjawab anakanda kini semakin berat . Namun demikian . Ia bukanlah alasan untuk anakanda menggalas semua bebanan itu seorang diri . "


Siti Khumairah menepuk bahu Ahmadi dengan lembut .


" Apakah lagi ada rahsia anakanda akan mengenai Kekanda anakanda yang sedang dalam bahaya itu ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan jelas . " Apakah rencana anakanda seterusnya ? "


" Ia diluar jangkaan anakanda . Anakanda terpaksa mengaturkan semula rencana anakanda . Anakanda juga akan arahkan Pasukan Putih dan Paquine untuk mencari jejak bangunan yang dimaksudkan oleh Lelaki itu . " Balas Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Anakanda juga tidak dapat meneruskan rencana anakanda untuk meningkatkan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya Pahlawan - pahlawan anakanda . "


" Pasukan Pahlawan Misteri dan Pasukan Tertinggi DiRaja anakanda berada di bawah arahan anakanda . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan tenang . " Pasukan Diraja Lagenos juga berada pada arahan anakanda dan Adinda Pawaka . "


" Bonda. Jika diperkenankan . Ada seperkara yang anakanda ingin utarakan . Ia mengenai akan Catur Kegelapan . " Kata Ahmadi dengan tenang namun . Nadanya agak sukar untuk keluar daripada mulutnya .


" Apakah kamu tidak pernah berehat daripada berfikir wahai Raja Pawana ? " Tanya Permaisuri Fiirapi dengan lembut lalu dipandangnya wajah Siti Khumairah . " Jika anakanda punya masa berfikir . Cernakan sekali buah fikiran bonda . Ia berkaitan dengan Kekanda Salju , Cucunda nenda dan para Pahlawan anakanda . "


Ahmadi menggaru kepalanya dengan reaksi wajahnya yang semacam .


" Reaksikan wajah anakanda begitu lagi sekali . " Kata Permaisuri Fiirapi . Kali ini . Dengan nadanya yang agak tegas . " Tapak tangan bonda telah lama tidak merasa lempangan ke pipi . "


Siti Khumairah dengan pantas mencubit lengan Ahmadi .


Pada waktu yang sama . Nurzahirah , Burano dan Ghowly muncul di hadapan pintu masuk di perkampungan Rissa .

Dia mengeluh kerana terpaksa mematuhi akan syarat yang diberikan oleh Permaisuri Fiirapi kepadanya .

Dia terpaksa memakai Persalinan Istana . Walaupun bukanlah pakaian yang labuh ke tanah . Namun , ia masih memperlihatkan akan status dirinya .

Sementara Burano dan Ghowly pula mengenakan Persalinan Pengiring yang bagaikan Pakaian Tempur DiRaja .


" Mari kita cari rumah Rissa . " Ajak Nurzahirah dengan nada yang lembut .


Burano dan Ghowly menganggukkan kepala mereka lalu dengan perlahan , mereka mengiringi langkah Nurzahirah .


Perjalanan mereka dilihat oleh para penghuni Pulau itu .

Ini adalah kali pertama mereka melihat golongan Istana yang bertandang ke Pulau itu . Selain daripada Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Lebih - lebih lagi . Ini adalah kali pertama mereka melihat akan Nurzahirah .


Ketika sedang berjalan itu , mereka didatangi oleh dua orang Pahlawan dari Tanah Besar yang sedang melakukan tinjauan tahap keselamatan yang telah ditetapkan oleh Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Seorang Lelaki dan Wanita .


" Berhenti . " Kata Pahlawan Lelaki itu dengan tegas . " Siapakah korang bertiga dan kenapa korang datang ke Pulau ni ? "


Sebaik sahaja Pahlawan Lelaki dan Wanita itu terlihat akan perhiasan kepala dan Pendan yang hanya dipakai oleh Pewaris DiRaja Lagenos yang dipakai oleh Nurzahirah , mereka dengan pantas melakukan gerakan Hormat DiRaja .


" Ampunkan patik berdua . Jika hamba berdua berlaku biadap terhadap Tuanku . " Kata Pahlawan Wanita dari Tanah Besar Lagenos itu dengan jelas . " Jika hamba berdua tahu akan kehadiran tuanku ke sini . Sudah tentulah hamba berdua tidak menghalang perjalanan tuanku . "


Tindakan Pahlawan Lelaki dan Wanita itu telah menyebabkan semua yang berada di situ turut melakukan gerakan Hormat DiRaja.


" Tidak mengapa . Bangunlah wahai kalian berdua . Tidak ada yang perlu dikhuatirkan . " Balas Nurzahirah dengan lembut sambil tersenyum . " Beta hanya ingin melawat sahabat beta sahaja . Arahkanlah mereka semua untuk berdiri . "


" Siapakah kenalan Tuanku ? " Tanya Pahlawan Wanita itu . " Sudilah kiranya hamba berdua mengiringi perjalanan Tuanku . "


" Tidak mengapa . Beta ingin ke sana bersendirian . " Balas Nurzahirah dengan lembut .


" Siapakah gerangan nama Tuanku ? " Tanya Pahlawan Lelaki itu .


Nurzahirah tersenyum mania . " Beta digelar Puteri Bayu . Puteri Muda Lagenos . "


Pahlawan Lelaki dan Wanita itu memberikan laluan kepada Nurzahirah dengan pengiringnya .


Nurzahirah meneruskan langkahnya ditemani oleh Burano dan Ghowly .

Sepanjang perjalanan itu , mereka bertiga menjadi perhatian .


Nurzahirah mengeluh perlahan . " Saya tak berapa selesa dengan semua ni . "


" Cik Muda kena biasakan diri . Cik Muda mana boleh keluar suka - suka tanpa pengiring . " Kata Burano dengan jelas .


" Bukannya saya tak boleh cari pun rumah Rissa . " Balas Nurzahirah dengan agak pantas . " Saya dah tanya Pakcik saya . No. 77 . Rumah dia betul - betul kat hujung pantai pulau ni . "


" Cik Muda Rara tahu pun . Cik Muda tak boleh keluar sendiri . Kena ada pengiring . Cik Muda kena diiringi sebab . Cik Muda golongan Istana . " Pintas Ghowly dengan lembut . " Sedangkan Golongan Bangsawan pun ada pengiring . Inikan pula Cik Muda . Puteri Muda . "


" Apa nama Pulau ni ? " Tanya Nurzahirah .


" Pulau ni belum ada nama lagi . " Balas Ghowly . " Pulau ni didiami oleh golongan banduan yang mendapat keampunan oleh Permaisuri Fiirapi . "


Nurzahirah tersentak mendengar jawapan Ghowly . " Apa maksud awak ? "


" Semua penduduk dalam Pulau ni , adalah bekas banduan . Atas perubahan yang diterapkan yang dibawa oleh Tuanku Raja Pawana . Mereka semua ni telah mendapat keampunan oleh Permaisuri Fiirapi . " Balas Burano dengan jelas . " Kalau Cik Muda Rara nak tahu . Pulau ni dibangunkan sendiri oleh Raja Pawana dan Puteri Pawaka . "


" Maksud awak , Pakcik dan Kakak Patung tu yang sediakan segala kemudahan kat sini ? " Tanya Nurzahirah .


" Betul tu . " Jawab Ghowly . " Bukan itu je . Mereka ni juga dijamin pekerjaan oleh Raja Pawana dan peluang untuk mendapatkan pendidikan pun diberikan . "


" Semua . Dari segi Ekonomi . Pendidikan . Pekerjaan . Kesihatan . Sistem Pertahanan dan Serangan . Semuanya dibangunkan oleh Raja Pawana dan Puteri Pawaka . " Celah Burano dengan lembut dan tenang . " Senang nak cakap . Pulau ni adalah merupakan Pulau yang dibangunkan oleh Raja Pawana . "


Nurzahirah tersenyum .


" Kenapa Cik Muda senyum ? " Tanya Burano dengan tenang .


" Pakcik saya unik . " Jawab Nurzahirah sambil terus tersenyum .


Tidak lama kemudian , setelah beberapa lama berjalan dan diperhatikan .

Nurzahirah dan pengiringnya tiba di kawasan perumahan Rissa .


" Mana satu rumah Rissa ? " Tanya Ghowly sambil matanya sedikit liar memerhatikan nombor rumah yang terdapat di situ .


Burano pula dengan hanya sekali lihat , dia terus menjumpai Rumah Rissa . " Itu rumah Rissa . Yang ada Pokok Bougenvilla warna Merah Jambu tu . "


Nurzahirah mengajak Burano dan Ghowly menuju ke arah Rumah Rissa .


Pada ketika itu , beberapa kejiranan yang berdekatan terlihat akan kehadiran Nurzahirah , Burano dan Ghowly .


" Assalammualaikum . " Kata Nurzahirah memberi salam .


Ragi yang terdengar akan suara yang memberikan salam agak tergesa - gesa berjalan ke pintu utama .

Dia terperanjat sebaik sahaja dia terlihat Nurzahirah yang sedang tersenyum melihatnya .


" Assalamualaikum Makcik . Rissa ada kat rumah ? " Tanya Nurzahirah dengan sopan .


Ragi semakin terperanjat ketika terlihat akan Pendan dan perhiasan kepala yang dipakai oleh Nurzahirah .

Perhiasan kepala dan Pendan itu hampir sama dengan perhiasan Istana yang dipakai oleh Sheila Asyikin .

Tahulah dia bahawa yang dihadapannya itu adalah merupakan Golongan Istana .

Serta - merta dia terus melakukan gerakan hormat di atas beranda sementara Nurzahirah di bawah . " Salam sejahtera juga ke atas Tuanku . "


Melihat akan keadaan itu , Nurzahirah dengan pantas naik ke beranda dan memegang kedua belah tangan Ragi . " Makcik bangun ya . "


" Hamba cuma rakyat biasa . Izinkan hamba hormat akan tuanku . Tidaklah hamba punya apa - apa yang dapat diberikan kepada Istana sebagai rasa terima kasih kerana mengurniakan kebebasan kepada hamba sekalian di pulau ini . " Kata Ragi dengan lembut . "


Nurzahirah dibelenggu dengan perasaan serba - salah . " Makcik bangunlah . Yang berikan keampunan dan kebebasan tu . Yang Maha Memberi nikmat yang berikan melalui pakcik saya dan Permaisuri Fiirapi . "


Ragi terkedu mendengar kata - kata Nurzahirah .


" Makcik bangun ye . " Kata Nurzahirah dengan lembut sambil tersenyum lalu , dia membangunkan Ragi .


Sebaik sahaja Ragi berdiri , dia terkejut ketika Nurzahirah mengucup tangannya .

Keadaan itu disaksikan oleh kejiranan yang menyaksikan pertemuan yang tidak dijangkakan itu .


" Apa pun Makcik . Siapa pun makcik . Apa pun sejarah hidup keluarga makcik dan semua penghuni pulau ni . Makcik tetap kena dihormati . " Kata Nurzahirah dengan lembut sambil tersenyum .


" Alangkah indahnya budi pekerti Tuanku . " Kata Ragi dengan lembut . Tersentuh hatinya mendapat layanan yang diberikan oleh Nurzahirah . " Bertuahnya kerajaan ini mendapat Raja - raja dan pewaris yang baik seperti Tuanku . "


Nurzahirah menggaru kepalanya sambil tersenyum . " Kalau boleh . Janganlah bertutur guna Bahasa Istana . Kita boleh bertutur guna bahasa biasa . Makcik boleh panggil saya . Rara . Kalau Makcik rasa tak selesa . Makcik boleh panggil saya Cik Muda Rara . "


Ragi tersenyum kerana , tingkah dan laku Nurzahirah sedikit serupa dengan Ahmadi . " Apa hajat Tuanku berkunjung ke rumah makcik yang tak seberapa ni ? "


Nurzahirah tersenyum . " Hari ni . Saya akan pulang semula ke Dunia Manusia . Sebelum balik . Saya nak juga jumpa Rissa . "


" Rissa ada dekat dalam . Dia keluar tadi . Balik - balik je . Dia tidur . Macam ada sesuatu yang sedang difikirkannya . " Balas Ragi dengan jujur . " Nanti makcik kejutkan dia . "


" Tak apa . Biar kitorang kejutkan dia . " Kata Nurzahirah sambil tersenyum .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Dah . Bersiap . Kita pergi jemput Ai . Bawa dia balik sekali . " Kata Ahmadi dengan jelas .


" Mana Kak Mai ? " Tanya Fateh .


" Dengan bonda . ' Ala ' . Biasalah . Urusan perempuan . " Balas Ahmadi lalu melenyapkan Persalinan DiRajanya .


" Awak kena siapkan laporan . " Kata Khalid sambil memukul bahu Ikhwan . " Bagi kat Pasela . "


" Dialah yang buat . " Balas Ikhwan lalu menggerakkan kepalanya ke arah Fateh . " Dia ketua kot . "


" Janganlah nak bertekak . Kita tak sampai lagi kat Dunia Manusia . Dah macam - macam bunyi korang . " Kata Fateh .


" Die . Kita macam mana . " Tanya Adam dengan jelas .


" Rehatlah dulu . Bagi aku sikit masa . Aku nak tengok dulu dah berapa Pintu Tenaga korang yang dah terbuka . " Balas Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Lepas tu . Baru aku bagi tugas kat korang berdasarkan Pintu Tenaga korang . "


" Aku nak tanya . Aku masih keliru . Aku nak kau cakap terus terang . " Sampuk Siti Nursamawi dengan jelas . " Kau dan Sheila . Dah berapa Pintu Tenaga korang yang terbuka ? "


" Aku . Dah semua dah terbuka . In baru Tujuh . " Balas Ahmadi dengan pantas . " Kalau kau nak jadi macam Sheila . Kau ikut cakap aku . "

" Sayap Peganiex macam mana ? " Tanya Stephen Akio Kenzo . " Masih boleh aktif tak ? "

" Ini nanti aku jawab . Pasal . Aku nak bincang sesuatu dengan korang semua . " Jawab Ahmadi . " Tapi apa yang pasti . Kumpulan Siti dan Sayap Peganiex akan jadi satu kumpulan . Pasela akan bergerak sendiri tapi , segala maklumat kita kena kongsi . "


Khalid menganggukkan kepalanya . " Kita bergerak berasingan . Awak tak nak musuh dapat hidu pergerakkan kita . "


Ahmadi menganggukkan kepalanya . " Mungkin kita dah terlewat nak buat perancangan . Tapi , kita masih belum terlambat untuk tunjukkan helah taktik kita kat musuh . "


" Apa maksud awak ? " Tanya Siti Hawa .


" Suara lelaki tu . Aku macam dah dapat rasa , yang dia dah tahu kita siapa . Pasal . Kalau dia dapat tahu pasal Kak Sarah . Berkemungkinan besar , dia dah ada maklumat pasal kita juga . " Balas Ahmadi .


" Kalau macam tu . Lelaki tu dah selangkah ke depan berbanding kita . " Celah Maera .


" kita takde pilihan lain . Kita hanya dapat seri dengan lelaki tu kalau kita dapat bentuk Buah Catur kita . " Kata Ahmadi dengan jelas lalu duduk di kerusi dengan reaksi wajahnya yang agak serius dan bersahaja .

Kemudian dia menyilangkan kaki dan menyangkutkan sikunya pada bahagian atas penyandar kerusi . " Itu je pilihan kita . Ini yang aku nak bincang dengan korang semua . Tapi buat masa ni . Kita bertenang dulu dan siapkan mental kita . Jujur aku cakap . Catur Kegelapan ni . Dia main kat otak , emosi dan perasaan . Dia tak main kat badan . "


Dua orang Dayang Istana memasuki ruangan itu . " Ampun Tuanku Raja Pawana . Permaisuri menitahkan agar Tuanku dan semua pergi ke Taman DiRaja . Tuanku Permaisuri menunggu di sana . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Rissa sedang tidur di atas katilnya . Manakala Nurzahirah , Burano dan Ghowly pula mengintai di muka pintu .


Nurzahirah mengira dengan menggerakkan jarinya .


" Rissa ! Bangun ! Kita diserang ! Cepat bersiap ! Pergi ke barisan hadapan sekarang ! Ini arahan ! " Kata Nurzahirah dengan kuat .


Rissa dengan segera melompat ke lantai . Dia berlari ke pintu dengan pantas sambil menjelmakan Baju Tempur dan Senjata Elemennya .

Seperti sebatang kayu . Tapi memiliki ukiran yang unik .


Nurzahirah , Burano dan Ghowly melompat ke siling rumah sambil menahan ketawa melihat kelakuan dan gelagat Rissa .


" Mak ! Kunci pintu ! Jendela ! " Kata Rissa dengan lantang . " Selagi Rissa tak balik . Jangan buka pintu ! "

Kemudian , dia terhenti dan terpinga - pinga . Diperhatikannya sekelilingnya . Wajahnya kelihatan keliru .

Lalu , dia terlihat Ragi yang menutup mulut kerana menahan tawa . Kemudian , dengan perasan mamai , dia terlihat pula Nurzahirah dan Burano yang tergelak tersandar di dinding manakala Ghowly pula telah terduduk di lantai sambil tertawa .


" Nasib baik tak lompat keluar jendela . " Kata Nurzahirah sambil tergelak .


" Bersemangat betul . " Kata Burano pula lalu mengesat matanya . " Ni memang layak jadi Panglima ni . "


" Hormat ! " Kata Ghowly sambil melakukan gerakan Hormat Pahlawan namun masih tersenyum lebar . "


Dengan reaksi wajah yang semacam , Rissa melenyapkan Baju Tempur dan Senjata Elemennya .

Kemudian , dia duduk di atas kerusi sambil mengusap wajahnya . " Tak baiklah buat macam tu . Buat terkejut je . "

Ketika itulah , baru dia perasan . Nurzahirah turut berada di situ . Dengan segera dia melakukan gerakan Hormat DiRaja .


Nurzahirah dengan pantas berjalan ke arah Rissa . Didudukkannya Rissa di kerusi dan memeluk bahu Rissa . " Kita bukannya kat Istana . "


" Apa yang Cik Muda Rara kat rumah saya ? " Tanya Rissa .


" Hari ni , saya akan balik semula ke Dunia Manusia . Jadi . Macam tak seronoklah kalau tak jumpa awak dulu . " Balas Nurzahirah sambil tersenyum .


" Ye ke ? " Balas Rissa dengan agak pantas . " Bila Cik Muda Rara balik semula ke sini ? "


" Tak tahulah . Susah nak cakap . Cuma Pakcik dan Kakak Patung je yang boleh bawa saya ke sini . " Balas Nurzahirah .


Rissa menganggukkan kepalanya dengan perlahan . " Cik Muda Rara nak minum tak ? "


Nurzahirah tersenyum lebar .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Korang takde ke teknik Labah - labah Peliharaan ? " Tanya Aivira dengan wajahnya yang dibaluti reaksi kehairanan .


" Mana ada . " Balas Aqilah dengan agak pantas . " Abang ajarlah Aqilah macam mana nak belajar teknik tu . "


" Atok ? " Tanya Aivira .


" Atok takde teknik macam tu . Tak minatlah . Lagi pun , lepas atok cedera masa perang dulu . Tenaga atok dah tak sama macam dulu lagi dah . " Jawab Kiusa dengan jelas . " Lagi pun . Atok dah tua . Mana larat nak guna teknik tu . Makan banyak tenaga dalaman . "


" Abang tak kisahlah kalau Aqeel dan Arakin yang takde teknik tu . " Kata Aivira dengan jelas . " Tapi Aqilah ni . Kapten kot . Macam mana boleh takde teknik macam tu ? "


" Abang ingat . Semua Pahlawan dalam puak kita ni . Ada teknik tu ke ? Takdelah . Lebih - lebih lagi Pahlawan Hybrid Aexrieca macam kita ni .Tolak Pahlawan Veteran . Pahlawan muda macam Aqilah ni . Satu pun takde yang ada teknik macam tu . Pahlawan Veteran Aexrieca yang ada teknik ni pun boleh dikira dengan jari je . " Balas Aqilah dengan jelas dengan nadanya persis memujuk . " Abang ajarlah Aqilah . "


" Ai ajarlah adik tu . Jangan kedekut ilmu sangat . " Kata Puan Fiinura dengan lembut sambil menuangkan Kopi ke gelas Puan Ziera .

Mereka sekeluarga berada di halaman hadapan rumah . " Tak lari ke mana pun Teknik tu . Kat adik juga . "


" Betul apa yang mak cakap tu Ai . " Kata Sougaena Asyura pula . " Ajarlah satu atau dua teknik kat adik . "


" Boleh . Tapi dengan satu syarat . " Kata Aivira dengan jelas . " Kalau ada masa lapang . Kena bawah Labah - labah peliharaan dia berlatih . Kalau ada misi pun . Kena bawa sekali . Untuk keseragaman dan keserasian tenaga . "


" Setuju . " Balas Aqilah dengan pantas .


" Boleh ke ? " Tanya Aqeel .


" Nanti tak pasal - pasal mati . Akak garang sangat . " Kata Arakin pula .


" Korang berdua diam . Akak lempang , buta mata korang . " Kata Aqilah .


" Mana Aqilah dengar ayat tu ? " Tanya Puan Fiinura .


Aivira tersengih dan tersipu - sipu .


Puan Fiinura mengeluh . " Belum sampai sebulan Ai ada kat sini . Dah melekat satu ayat macam tu kat adik . "


Aivira mengeluarkan sedikit tenaga dalamannya . Walaupun hanya sedikit , anak matanya tetap memancarkan cahaya elemennya .

Kemudian , dia memadamkannya semula . Tidak lama selepas itu pula , seekor Labah - labah betina bersaiz seperti Badak Sumbu menjelma .


" Apa hal awak panggil saya ni ? " Tanya Spityna . " Awak tahukan saya bunting . Saya tak boleh nak keluar sangatlah . "


" Maaflah . Saya bukannya nak panggil awak sangat pun . Salah saya ke awak mengandung ? " Jawab Aivira lalu dicubitnya pipi Spityna .


Spityna melihat ke sekelilingnya . Kemudian , matanya melekat ke arah ahli keluarga Aivira . " Siapa diorang ni ? "


" Ini ahli keluarga saya . " Balas Aivira sambil tersenyum lebar .


" Awak ada keluarga ke ? " Tanya Spytina lalu dilihatnya Aivira . " Ingatkan awak ni anak yatim piatu . "


Spontan sahaja tangan Aivira memukul kepala Spytina . " Diam . Saya ada hal panggil awak kat sini . "


Spytina menggosok - gosok kepalanya dengan reaksi wajah yang semacam . " Apa hal ? Ni macam bukan Dunia Manusia je . "


" Macam ni . Saya nak awak carikan saya seekor Labah - labah betina yang dah boleh bertempur . " Kata Aivira dengan jelas .


" Untuk siapa ? " Tanya Spytina .


" Adik perempuan saya . " Balas Aivira lalu menggerakkan kepalanya ke arah Aqilah .


Spytina memandang ke arah Aqilah dengan lapan pasang matanya yang berkilat dan bergerak - gerak .


" Kenapa ? " Tanya Puan Fiinura .


" Dia ni lembut . Sensitif . Penyayang . Rajin . Bertanggungjawab . Bijak . Dia ada Tenaga Dalaman yang terpendam . " Balas Spytina dengan jelas . " Susah sikit nak keluarkan tenaga yang terpendam tu . "


" Habis tu ? " Tanya Puan Ziera dengan reaksi wajahnya yang semacam . " Maksudnya tak boleh ke ? "


Arakin dan Aqeel terpegun melihat telur - telur yang ada pada belakang badan Sptyna .


" Korang berdua ada Teknik Peneutral Bisa tak ? " Tanya Aivira .


" Teknik apa pula tu ? " Tanya Arakin .


" Maksudnya . Takde . Jadi . Jangan gatal tangan nak sentuh telur - telur tu . " Kata Aivira memberi amaran . " Kalau korang nak tangan korang hancur macam tisu basah . Korang sentuhlah . Tapi abang tak nak bertanggungjawab . Abang dah bagi amaran . "


" Dia kena bertanggungjawab atas keselamatan Labah - labah peliharaan dia . Mati dan hidup akan jadi tanggungjawab dia . Dan , dia kena pastikan segala keperluan yang diperlukan kena sentiasa ada . " Kata Spytina dengan jelas . " Dan . Pastikan kesihatan juga terjamin . "


" Takde masalah . " Balas Aqilah dengan pantas .


" Fikir betul - betul Aqilah . " Kata Puan Ziera dengan jelas . " Kalau Aqilah tak dapat pastikan peliharaan Aqilah hidup dengan selesa . Aqilah takkan dapat peluang ni lagi . "


" Nenek janganlah risau . Aqilah boleh lakukannya . " Balas Aqilah sambil tersenyum .


Spytina tersenyum . " Baiklah . Berikan saya Tenaga Elemen awak . Saya akan berikan kepada Labah - labah yang sepadan dengan Tenaga Elemen awak . " Kata Spytina dengan lembut dan tersenyum .


Aqilah dengan pantas menghasilkan Bebola Tenaganya dan memberikannya kepada Spytina .


Spytina mengambil Bebola Tenaga Aqilah . " Memandangkan awak ni adik Aivira . Saya akan carikan untuk awak seekor Labah - labah yang terbaik . "

Selepas itu , dia tersenyum . " Kalau boleh . Saya teringin nak berada lama kat sini tapi . Saya perlukan rehat . "


" Pergilah . Banyakkan rehat . " Kata Puan Fiinura dengan lembut .


" Aivira satu - satunya Puak Aexrieca yang meneruskan tradisi ni . Puak Aexrieca yang lain telah berpindah dengan peliharaan yang lain . Dan ada yang dah tinggalkan teknik ni . " Kata Spytina dengan lembut lalu dia menghasilkan satu corak sarang Labah - labah cahaya berjalur yang amat abstrak yang menyinari kawasan rumah Aivira . " Sebagai hadiah . Saya dah tetapkan rumah ini di bawah perlindungan kitorang . "


" Terima kasih . " Kata Sougaena Asyura sambil tersenyum .


Sytina membalas senyuman itu lalu , dia melenyapkan dirinya bersama dengan Cahaya Elemennya .


Baru sahaja Aivira hendak bersuara , tiba - tiba , Ahmadi dan rakan - rakannya menjelma .


Dengan pantas Aivira berlari ke belakang Puan Ziera . " Saya tak nak balik . "


" Kau kena balik . Kita ada kerja kat Dunia Manusia . " Kata Ahmadi dengan bersahaja .


Kedudukkan Ahmadi dan Sheila Asyikin dilindungi agar , anggota kejiranan di situ tidak dapat melihat akan kehadiran mereka berdua .


" Sayap Peganiex ada kerja . " Kata Muniandy pula .


" Saya tak nak balik . Saya nak rehat lama sikit . " Balas Aivira . " Ni kali pertama saya balik kampung . Saya tak sempat lagi nak jalan - jalan . "


" Siapa nak ganti tempat awak ? " Tanya Naera .


" Kitakan dah satu pasukan dengan Siti ? " Tanya Aivira dengan jelas . " Kita dah lebih daripada cukup . "


" Ai . Kitorang memang ada juga lakukan kerja menyiasat tapi , kerja menyiasat ni kerja Sayap Peganiex . " Balas Adam dengan jelas . " Korang lagi professional daripada kitorang . "


" Takpe . Macam ni . Korang balik dulu . Beri saya masa seminggu kat sini . Lepas tu saya balik ke Dunia Manusia . " Balas Aivira dengan jelas .


" Pergi balik Ai . " Kata Sougaena Asyura . " Kerja macam kita ni . Memang banyak pengorbanan . "


" Betul apa yang ayah cakap tu . Ai pergi balik . " Kata Puan Ziera pula . " Kalau ada masa lagi . Baliklah kampung . "


Ahmadi menggaru kepalanya lalu dipukulnya bahu Stephen Akio Kenzo .


" Yelah . Kalau awak dah cakap macam tu . Kitorang ikutlah . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas lalu dia menghumbankan Kunainya . " Guna ni untuk panggil kitorang kalau awak dah nak balik . "


Aivira tersenyum lebar lalu dia melompat ke depan dan terus menyambut Kunai tadi .


Sebaik sahaja Aivira menggenggam Kunai tadi , Stephen Akio Kenzo dengan pantas meluruskan jari telunjuk dan jari hantunya .


Aivira menjerit dengan kuat kerana arus elektrik menjalar pada tubuhnya sehingga ahli keluarganya terperanjat . Kecuali Sougaena Asyura dan Puan Fiinura .

Dia kemudiannya terjelopok dengan matanya yang berwarna putih dan tubuhnya yang berasap .


Muniandy berjalan menghampiri Aivira yang terketar di atas tanah . " Maaflah ye . Kitorang ada kerja penting . Aivira kena ada . "


" Takpe . Pakcik dan Makcik faham . Bawa dia balik . Negara perlukan korang . Dunia ni perlukan korang . " Balas Sougaena Asyura .


Dipimpinnya Aivira lalu dibalutinya badannya dengan lapisan pasir untuk mengelakkan badannya turut terkena arus elektrik yang masih mengalir di badan Aivira .


" Saya benci korang . " Kata Aivira dengan nada yang lemah dan dengan matanya yang terarah ke atas .


Sebaik sahaja Muniandy dan Aivira menghampiri Ahmadi dan rakan - rakannya yang lain .

Ahmadi tersenyum lalu lenyap bersama rakan - rakannya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nurzahirah , Rissa , Burano dan Ghowly kini sedang duduk di bawah pokok .

Mereka bereempat menjadi perhatian oleh penduduk di kejiranan itu .


Sementara Ragi , Carla dan Loura serta isteri Pakcik Oua pula duduk berhampiran di kawasan itu .


" Tak sangka . Rissa berkawan rapat dengan Puteri Bayu . " Kata Carla dengan jelas dan kagum .


" Rezeki dia . " Kata Isteri Pakcik Oua dengan nada tuanya . " Nampak dari gaya dan tutur kata . Puteri Muda tu , baik orangnya . "


Loura menganggukkan kepalanya sambil tersenyum . " Murah rezeki dia . "


" Apa Cik Rara nak lakukan dengan Banshee Psikik adik Cik Muda ? " Tanya Rissa dengan lembut .


" Entahlah . Saya pun tak tahu . Tapi buat masa ni . Saya akan simpan dan jaga Banshee tu kat tangan saya ni . " Jawab Nurzahirah dengan lembut sambil memegang tangannya yang terukir corak Pengunci Banshee Psikik Nurzaharah .


" Takpe . Yang penting . Banshee tu dah ada kat Cik Muda . " Kata Ghowly dengan lembut .


Nurzahirah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum . " Cuti sekolah saya dah nak habis .Mesti berlambak Cikgu beri kerja sekolah pasal dah lama cuti . "


Burano tergelak . " Biasalah . Cikgu mesti akan balas dendam punya . "


" Tapi , boleh ke Cik Muda Rara pergi ke sekolah dengan tangan bercorak macam tu ? " Tanya Ghowly dengan jelas . " Memang cahaya dia malap tapi , Manusia masih dapat lihat . "


" Janganlah risau . Baju sekolah saya . Lengan dia panjang . Lagi pun . Saya pakai sarung lengan . " Balas Nurzahirah dengan lembut . " Jadi tak ada masalah nak sembunyikan corak ni . "

Sambil tersenyum . Dia memeluk bahu Rissa dan Burano . Selepas itu , dipandangnya pula wajah rakan - rakannya bersilih ganti . " Korang tunggu saya tau . Saya mesti datang sini . "


" Kitorang mesti tunggu . " Kata Ghowly sambil tersenyum .


Kegembiraan mereka terganggu oleh kehadiran Ahmadi dan rakan - rakan Ahmadi .


Nurzahirah dengan pantas berdiri manakala Rissa , Burano dan Ghowly pula melakukan gerakan Hormat DiRaja .


Seluruh anggota kejiranan yang berada di situ juga melakukan gerakan Hormat DiRaja kerana melihat kemunculan Ahmadi dan Sheila Asyikin .


Nurzahirah dengan pantas memeluk Ahmadi sambil tersenyum .


" Ini Pulau apa pula ? " Tanya Ratni dengan jelas .


" Nanti aku cerita . " Kata Ahmadi lalu dia berjalan menghampiri Rissa , Burano dan Ghowly . " Dah . Dah . Bangun . "


Rissa , Burano dan Ghowly berdiri .


" Buat masa ni . Rissa kena rehat . Okey . Tumpukan perhatian kat pembelajaran kat Akademi . Tapi . Jangan lupa untuk berlatih . Pasal . Rissa akan diserap masuk ke dalam Pasukan Sayap Merah dan Biru . " Kata Ahmadi dengan tenang .

" Burano dan Ghowly . Korang berdua pun sama . Pasukan korang akan berehat . Tumpukan perhatian kat Akademi dan jangan lupa untuk berlatih . "


" Patik bertiga menjunjung titahnya Raja Pawana . " Balas Rissa , Burano dan Ghowly dengan senada dan serentak .


Sheila Asyikin memeluk Rissa dengan lembut dan selepas itu , dipeluknya dan diusapnya kepala pula Burano dan Ghowly .


Ahmadi kemudiannya melihat ke arah beberapa buah Kapal Tempur yang telah pun siap dibina .

Kemudian , dipandangnya Rissa yang juga sedang melihat ke arah yang sama dengannya . " Mana Pakcik Nezza dan Pakcik Lesas ? "


" Pakcik Lesas kat Kem Latihan . Pakcik Nezza rasanya kat Dok Kapal . " Jawab Rissa dengan jelas .


Ahmadi menganggukkan kepalanya lalu mengisyaratkan kepada semua rakannya untuk mengikut langkahnya .


" Itu semua Manusiakan ? " Tanya Carla dengan jelas .


Ragi menganggukkan kepalanya dengan agak perlahan .


Nurzahirah masih lagi diiringi oleh Burano dan Ghowly . Kali ini , Rissa juga turut serta mengiringi Nurzahirah .


Setibanya Ahmadi dan semua rakannya di bahagian Dok Kapal . Matanya meliar mencari Nezza .


Di dalam kawasan itu , terdapat sebuah lagi Kapal Tempur yang sedang dalam pembinaan .


" Cantik kapal ni . Kalau lihat daripada bentuk dia . Kapal ni perlukan sentuhan Pakar Persenjataan macam saya . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas dan tenang .


" Janganlah nak tamak sangat . Awak dah jadi Saintis kat Dunia Manusia . " Balas Maera dengan tenang . " Takkan kat sini pun awak nak bagi sentuhan juga . Apa kata awak bagi peluang pula kat kitorang . "


" Awak nak letak apa kat Kapal ni ? Taman Tergantung ? " Tanya Adam sambil tertawa kecil . " Kebun ? Ladang ? Dusun ? "


" Awak sindir saya ke ? " Tanya Maera sambil mengajuk cara Pondan .

Reaksinya itu mendapat sambutan hilai tawa daripada rakan - rakannya .


" Nezza ! " Jerit Ahmadi selepas sahaja dia terlihat Nezza yang sedang membawa perkakasan pertukangan .


Nezza bergegas berlari untuk mendapatkan Ahmadi .


" Mana semua budak ? " Tanya Ahmadi dengan bersahaja .


" Lesas bawa pergi buat senaman ringan . " Jawab Nezza dengan jelas . " Apa maksud kedatangan Tuan hari ni ? "

Matanya melihat ke arah semua rakan Ahmadi yang turut bertandang ke situ .


" Aku nak tengok Kapal Tempur yang aku suruh kau buat hari tu . " Balas Ahmadi dengan jelas .


" Arah ni . " Kata Nezza dengan jelas lalu membawa Ahmadi dan rakan - rakan Ahmadi ke arah satu bahagian .


Setibanya Ahmadi dan semua yang berada di situ di sebuah ruang yang berasingan .

Mereka semua terlihat sebuah Kapal Tempur yang masih dalam pembinaan .

Namun , struktur Kapal Tempur itu agak berbeza .


Ahmadi menganggukkan kepalanya sambil matanya melihat ke arah Kapal Tempur yang masih dalam pembinaan itu . " Kau ada masalah tak nak buat Kapal ni ? "


" Saya susah sikit nak cari sudut yang sesuai untuk letakkan senjata . " Jawab Nezza dengan jelas . " Lagi satu . Saya masih tak jumpa Sistem Persenjataan yang sesuai untuk Kapal ni . "


" Mana Pelan Kapal ni ? " Tanya Ahmadi .


" Kat sini . " Kata Nezza lalu berjalan ke arah sebuah meja yang memaparkan satu kertas Pelan dan struktur Kapal Tempur itu .


" Apa pendapat kau Steph ? " Tanya Ahmadi .


Stephen Akio Kenzo melihat ke arah kertas dan Pelan struktur Kapal itu .

Matanya liar selari dengan ligatnya otaknya berputar untuk mencari masalah yang dihadapi oleh Nezza .

Selepas itu , dia menganggukkan kepalanya .


" Awak dah jumpa ke ? " Tanya Muniandy .


" Masalah dia kat sini . " Kata Stephen Akio Kenzo sambil dia menunjukkan kawasan yang dimaksudkannya . " Kalau dia dapat luaskan sedikit ruang ni dan kecilkan sedikit kawasan ni . Dia dapat letakkan Sistem Persenjataan ke kapal ni . Lepas tu . Naikkan sedikit benda ni . Tapi . Kawasan ni . Sensitif . Kalau rosak je . Dia terpaksa buat semula struktur ni . Dan akibatnya . Pembaziran akan berlaku . Dan . Masa banyak terbuang . "


" Aku tahu apa maksud kau dengan ayat ' Sensitif ' , ' Pembaziran ' dan ' Buang masa ' tu . " Kata Ahmadi lalu mengeluh dan menepuk - nepuk bahu Stephen Akio Kenzo dengan lembut . " Kau nak letakkan sentuhan kau kat Kapal ni kan ? "


" Hanya saya je yang boleh selesaikan masalah ni . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas lalu dia berjalan menghampiri Nezza .

Kemudian , disangkutkannya tangannya di atas bahu Nezza . " Dia ni berbakat . Tapi . Dia perlukan Guru macam saya untuk sempurnakan Kapal ni menjadi sama macam yang awak harapkan . Saya tak cakap awak tak bagus . Tapi . Dalam Teknologi Persenjataan ni . Dalam semua yang ada kat sini . Hanya saya yang ada kelebihan . "


" Die . " Panggil Adam dengan jelas dan bersahaja . " Saya tak suka tengok Anak Orang Kaya ni berlagak macam ni . "


Stephen Akio Kenzo tertawa sambil bercekak pinggang .


" Kita tak boleh nak buat apa . " Kata Aivira dengan tenang . " Dia ada kelebihan . "


Ahmadi menggaru kepalanya lalu dipandangnya Nezza . " Kau ada salinan Pelan ni tak . "


" Tak ada . " Jawab Nezza ringkas dan jelas . " Tapi . Kalau Tuan nak . Tuan boleh ambil . Kapal ni . Hanya saya seorang je yang tahu macam mana nak buat . Sebab , saya yang reka . "


" Bagus . Bagus . Saya suka cara awak . " Kata Stephen Akio Kenzo sambil menepuk - nepuk bahu Nezza . " Jangan sesekali bagi kat orang idea kita . Nanti orang tiru . "


" Kau jangan nak hasut dia . " Kata Ahmadi . " Ambil Pelan tu . Kita balik Istana sekarang . "


" Awak mari sini . " Kata Stephen Akio Kenzo kepada Nezza . " Awak siapkan bahagian ni dulu . Besarkan ruang ni . Saya akan letakkan Sistem Persenjataan kat ruang ni tapi . Saya akan ubah sikit bahagian struktur ni dan struktur ni . Saya akan letakkan senjata kat bahagian ni , kat sini , sini dan sini . "


" Baiklah . Saya faham . Tapi . Tuan kena kekalkan bahagian ni sebab . Tuan Didie nak kekalkan ciri - ciri Lagenos . " Balas Nezza dengan jelas . " Dengan bahagian ni . Saya rasa perlu diletakkan sedikit Sistem Pertahanan untuk Kapal ni . "


Stephen Akio Kenzo tersenyum lalu ditepuknya bahu Nezza . " Awak berbakat dalam bidang ni . Susah nak jumpa . "


" Dah banyak kali Tuan puji saya . " Kata Nezza . Nadanya berbaurkan perasaan segan dan malu . " Terima kasih . "


" Dah . Mari . Kita tak boleh nak lama - lama kat sini . Ni pun dah lewat ni . " Kata Ahmadi lalu dia mengajak semua yang berada di situ keluar daripada kawasan itu .


" Tuan semua ni nak ke mana ? " Tanya Nezza .


" Kitorang akan balik semula ke Dunia Manusia hari ni . " Jawab Adam dengan jelas sambil tersenyum .


" Tuan dan Cik semua terlibat ke dalam perang tu ? " Tanya Nezza .


Muniandy menepuk bahu Nezza . " Kitorang cuma kebetulan ada kat sini . Itupun sebab Raja korang ni gila sangat . "


" Okeylah Nezza . Aku dan semua rakan aku balik ke Istana sekarang . Sampaikan salam aku kat Lesas . " Kata Ahmadi dengan lembut . " Kau dah buat kerja kau dengan baik . Pulau dan Kerajaan ni akan berbangga dengan kau . "


" Terima kasih , Tuanku Pawana . " Balas Nezza .


" Apa - apa hal . Laporkan je kat Rissa . Nanti dia akan laporkan kat anggota Pasukan aku . " Kata Ahmadi lalu dia membukakan Pintu Tenaganya .


" Baiklah . " Kata Nezza .


" Korang jaga diri . " Kata Ahmadi sambil tersenyum .


" Tuan dan Cik semua pun jaga diri . " Balas Nezza juga sambil tersenyum .


Selepas itu , Ahmadi melenyapkan dirinya membawa sekali rakan - rakannya untuk pulang semula.ke Istana .


Rissa memegang bahu Burano dengan agak pantas . " Tak silap saya . Pasukan Sayap Biru dan Merah tu . Pasukan korangkan ? " .


Ghowly menganggukkan kepalanya . " Ketua Pasukan tu . Cik Muda Rara dan adik Cik Muda Rara . "


" ' Eh ' . Tadi . Tuan Didie cakap . Rissa akan diserap masuk dalam Pasukan Sayap Merah dan Birukan ? "


Tidak lama selepas itu , Rissa , Burano dan Ghowly bersorak keriangan .


" Kita sepasukan . " Kata Rissa dengan riang dengan nada yang riang .


" Seronoknya korang . " Kata Nezza sambil tersenyum . " Ceritalah kat Pakcik . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Jika ada kelapangan . Bertandanglah ke mari . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Tidaklah puas bonda hendak berbual dengan anakanda . "


Siti Khumairah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum .


" Esok . Adalah hari baru . Hari pertama untuk tahun yang baru . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Saban tahun . Kerajaan kita akan membuat Majlis Kesyukuran dan Pesta Bunga Cahaya Elemen . Tapi . Alangkah sayangnya . Anakanda dan semua akan pulang semula ke dunia anakanda . "


Ahmadi dan rakan - rakannya muncul semula .


Nurzahirah berlari dan terus memeluk Siti Khumairah .


" Raja Pawana . Bolehkah esok sahaja anakanda dan yang lain - lain pulang ? " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Walau sekali . Belum pernahlah anakanda menyambutnya dan meraikannya bersama bonda . "


Ahmadi mengeluh sambil menggaru kepalanya .

Kemudian , dipandangnya ke arah wajah kesemua rakannya yang tersenyum padanya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Malam yang ceria . Para penduduk Kerajaan Lagenos ada yang berada di rumah ibadat mengikut anutan agama masing - masing .

Berdoa dan bermunajat . Kerana dikurniakan keamanan dan kedamaian yang amatlah besar nilainya .


Kelihatan di dalam ruang dapur Istana . Kecoh dengan gelagat Ahmadi , Siti Nursamawi , Sheila Asyikin dan Nurzahirah .

Pergaduhan dan perang mulut yang biasa bagi mereka .
Keadaan itu dikalutkan lagi dengan gelagat rakan - rakan Ahmadi yang lain .

Dayang - dayang dan Tukang Masak Istana pula ada yang tergelak dan ada juga yang hanya tersenyum .

Sambil memasak . Sambil berceloteh . Ini adalah kali pertama ruang itu sebising itu .


Sementara itu . Permaisuri Fiirapi ditemani oleh Siti Khumairah dan Fateh , Siti Nurjannah dan Khalid serta Hagia Sofea dan Ikhwan .

Mereka bersembang sambil tertawa .


Begitu juga keadaannya dirumah Aivira .

Keadaan begitu meriah kerana dihidupkan oleh Aivira dan adik beradiknya .


Aivira kelihatan sedang membakar daging di atas pembakar sambil bernyanyi riang . Dia dibantu oleh Aqilah .


Aqeel dan Arakin pula sedang memasang sesuatu di halaman rumah mereka .


Kelihatan Kiusa sedang berborak dengan Sougaena Asyura dengan riang sementara Puan Fiinura dan Puan Ziera pula sedang menyiapkan hidangan berupa makanan dan minuman .


Keadaan di Pulau yang menjadi rumah Rissa juga amat gembira .

Ini adalah kali pertama mereka menyambut kedatangan Tahun Baru .


Ragi dan semua kejiranan mengenakan pakaian yang cantik - cantik .

Mereka semua menyediakan jamuan untuk dinikmati bersama .


Rissa memasuki kawasan itu sambil membawa sepinggan juadah dan terus meletakkannya di atas meja .

Kejelitaannya terserlah sehingga menjadi tumpuan oleh remaja lelaki dan perempuan yang sebaya dengannya .


" Sembilan minit lagi ! " Jerit Lesas dengan kuat sambil tersenyum .


Baik di kawasan Istana , di kawasan Perumahan rakyat jelata mahu pun , di Pulau yang masih belum bernama .

Kesemua mereka memandang ke dada langit dengan senyuman .


Tidak lama kemudian , Cahaya Bunga Elemen muncul ke udara dan terus meletup menyinarkan cahaya yang berwarna - warni .


Penduduk di Kerajaan Lagenos dan di seluruh Dunia Mitos menyambut kedatangan Tahun Baru dengan doa dan harapan .


Aivira dan Aqilah menjerit keriangan melihat ke dada langit yang dihiasi dengan pertunjukkan Letupan Bunga Elemen .

Disusuli dengan jeritan keriangan Aqeel dan Arakin .


Kiusa dan Puan Ziera tersenyum lebar melihat keriangan yang mengisi rumahnya pada malam tahun baru .


Sougaena Asyura memeluk bahu Puan Fiinura dengan lembut sambil tersenyum .


Permaisuri Fiirapi memeluk bahu Siti Khumairah manakala Siti Khumairah pula meletakkan kepalanya pada bahu Permaisuri Fiirapi .

Sementara Fateh memegang lembut tangan Siti Khumairah .


Khalid dan Ikhwan juga memeluk bahu isteri masing - masing .


Ahmadi dan rakan - rakannya juga memandang ke dada langit sambil menikmati pertunjukkan Letupan Bunga Elemen .

Mereka berada di kawasan halaman Istana .

Permaisuri Fiirapi bersama yang lain dapat melihat mereka menerusi Balkoni Istana .


Tahun Baru sekali lagi memunculkan dirinya .
Namun . Apakah pada tahun berikutnya . Kemeriahan ini dapat dikekalkan ?


Apakah yang sedang menanti pada tahun yang bakal dihadapi oleh Ahmadi dan semua rakannya ?


Walaupun apa pun yang sedang menanti . Para Pahlawan yang memperjuangkan Cahaya pasti akan berusaha untuk mengekalkan keamanan itu untuk dinikmati oleh generasi yang seterusnya .


Sheila Asyikin dan rakan - rakan Wanitanya saling berpeluk bahu .

Manakala Ahmadi dan rakan - rakan Lelakinya pula , berdiri dengan gaya bersahaja masing - masing .


" Selamat tahun baru ! " Kata Ahmadi dengan kuat dan lantang .


" Selamat tahun baru ! " Balas semua rakan - rakannya dengan lantang dan gembira .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience