Rate

BAB 8 SAYAP PEGANIEX , SITI NURSAMAWI , ADAM & SITI HAWA

Fantasy Series 3820

Kumpulan Sayap Peganiex bergerak dengan pantas . Mereka jarang menunjukkan diri mereka di tempat awam ketika melakukan siasatan namun , keadaan yang berlaku sekarang adalah berlainan dan memerlukan kepantasan dan ketenangan mereka . Sedikit sahaja langkah mereka tersilap , nyawa Nurzahirah mungkin akan melayang .
Stephen Akio Kenzo , Aivira dan Muniandy masing - masing menaiki kereta Sayap Peganiex mereka yang tertera lambang Sayap Peganiex dan lambang elemen mereka .

Maera dan Naera pula menunggang Motorsikal berkuasa tinggi Sayap Peganiex yang juga tertera lambang Sayap Peganiex dan lambang elemen mereka .

Manakala Ahmadi dan Sheila Asyikin pula memilih untuk bergerak melalui teknik mereka . Yang terpaksa mereka gunakan . Mereka tidak punya pilihan lain selain daripada menggunakannya . Mereka perlu segera menyelamatkan Nurzahirah . Mereka berdua menyatukan diri mereka dengan angin yang berhembus kencang . Mata mereka berdua menyalakan warna elemen mereka . Wajah mereka kelihatan garang .

Oleh kerana Elemen Sheila Asyikin tidak sama dengan Elemen Ahmadi , dia terpaksa menggunakan teknik yang mengizinkannya untuk bersatu dengan teknik Ahmadi menyebabkan jauh di atas langit , hembusan angin kencang berwarna Merah , Kuning Kejinggaan muncul .

Pintu Tenaga Elemen Ahmadi dan Sheila Asyikin yang telah terbuka itu telah mengakibatkan penduduk satu perkampungan Makhluk Mitos dan seorang wanita berstatuskan Permaisuri di dalam sebuah kerajaan menjadi tidak keruan . Walaupun Pintu Tenaga Elemen Ahmadi dan Sheila Asyikin tidak terbuka sepenuhnya namun , keadaan itu merisaukan penduduk kampung dan Permaisuri itu .

" Putih . " Kata Paquine yang muncul dalam bentuk asalnya . Seekor makhluk yang menjadi Mitos dikalangan Manusia . Berbulu dan berwarna sangat cantik . " Apa dah jadi ? "

" Saya tak tahu . " Balas Putih yang juga muncul dalam bentuk asalnya . Seekor makhluk berkaki empat . Menjadi buruan Manusia kerana dakwaan kononnya , mercu yang menjadi keistimewaannya mampu meneutralkan sebarang racun . " Tapi , mereka berdua tak bukakan Pintu Tenaga mereka sepenuhnya . "

Merowran mendarat berhampiran dengan Paquine dan Putih . Ekor panjangya yang cantik berseret di atas rumput yang segar menghijau yang tumbuh lebat . Dia sama spesies dengan Paquine . " Putih , apa arahan awak ? "

Putih memejamkan matanya . Jauh dilubuk hatinya , dia tahu Ahmadi dan Sheila Asyikin terpaksa membukakan Pintu Tenaga Elemen Mereka .

Tidak lama selepas itu , Witchie dan Kucina pula muncul dari dalam semak berhampiran . Pahlawan Mitos yang bertelinga dan bereekor seperti seekor Kucing . Beberapa minit selepas itu pula , Yasha , Kozie dan Damgo pula menyusul menjadikan tempat itu dipenuhi dengan Ketua Panglima Pahlawan Mitos.

" Putih , saya rasa awak patut hubungi Tuan Didie . " Suara Damgo . Baju besi yang dipakainya kelihatan Futuristik . Bergesel diantara satu sama lain . Dia sentiasa membawa Empat Bilah Pedang . " Tanya Tuan Didie apa yang sebenarnya yang terjadi . "

" Baiklah . " Kata Putih dengan jelas lalu perlahan - lahan dia mengubahkan dirinya menjadi manusia . Seorang lelaki tampan yang bermata Perak , Biru dan Putih . Pewujudan dirinya di Di Dunia Manusia . Dia menumpukan sepenuh perhatiannya untuk menjejak dan mencari Gelombang Minda Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Ahmadi dan Sheila Asyikin telah pun tiba di atas Lapangan Terbang Pantai Bayu Timur lalu dengan segera menjejak Gelombang Minda Nurzahirah . Sebagai tanda arah .

Sewaktu Ahmadi dan Sheila Asyikin sedang berselindung dan sedang memeriksa jumlah musuh , mereka berdua mengesan satu tenaga yang sepatutnya tidak muncul di dalam dunia mereka .

" Abang , ini bukan tenaga manusia . " Kata Sheila Asyikin . " Tenaga ni tak sepatutnya ada kat dunia kita . "

" Abang tahu . " Balas Ahmadi dengan tenang . " In pergi tunggu diorang yang lain . "

" Abang nak pergi mana ? ! " Tanya Sheila Asyikin dengan agak terganggu nadanya . " Abang tak boleh pergi seorang . "

" Tunggu diorang kat luar dan cakap kat diorang , apa pun yang terjadi , tangkap sembilan orang yang dikehendaki tu . " Balas Ahmadi tanpa menghiraukan sedikit pun kerisauan yang menggigit hati Sheila Asyikin . " Abang akan selamatkan Rara dan terus siasat siapa yang ada kat sini . "

" Baiklah . " Kata Sheila Asyikin . Patuh arahan Ahmadi selaku ketuanya . " Abang hati - hati tau . "

" Dah tangkap sembilan orang tu , serahkan pada Pasela . Cakapkan diorang , selongkar minda diorang . " Arah Ahmadi lagi lalu bersedia untuk menyelamatkan Nurzahirah . " Dah , pergi ! "

Tanpa berlengah , Sheila Asyikin melaksanakan arahan Ahmadi .

Ahmadi menarik lengan baju kanannya ke paras siku lalu menghasilkan satu corak abstrak bercahaya yang berwarna Biru , Biru muda dan Putih . Dan serentak dengan itu , corak abstrak tadi muncul pada lengan kanan semua Ketua Pahlawan Mitos yang berkumpul di perkampungan yang misteri tadi mengikut Warna Elemen masing - masing .

Sheila Asyikin juga merasakan corak abstrak itu muncul pada lengan kanannya namun , dia tidak boleh ingkar arahan Ahmadi .

Paquine dan Merowran yang telah pun mengubahkan diri mereka kepada manusia saling berpandangan dengan rakan - rakannya .

" Dengar sini semua . " Kata Ahmadi yang bergema di dalam minda semua Ketua Pahlawan Mitos itu . " Arahkan semua pahlawan korang untuk mengawasi , kawal dan menyiasat setiap penjuru Kerajaan kita . Yang korang pula , pergi siasat keadaan kat pintu yang menghubungkan Dunia Manusia dengan Dunia Mitos . Putih , arahkan pasukan Vanessa pergi siasat perairan Airport Pantai Bayu Timur . "

" Tuan Didie . " Kata Damgo lalu memandang ke arah para rakannya yang jelas terkejut dengan arahan yang tiba - tiba itu . " Apa yang berlaku ? "

" Anak saudara aku kena culik . " Kata Ahmadi dengan jelas namun nadanya tetap tenang . " Aku kena selamatkan dia sekarang . Dan ada seseorang dari kalangan Makhluk Mitos ada kat sini . Kalau nak diikutkan dari corak gelombang dan tekanan tenaga makhluk ni , makhluk ni bukan dari kalangan korang . Tapi dari kalangan Pahlawan kerajaan kegelapan . "

" Baiklah ! " Balas Putih dengan jelas . " Tuan dan Cik Sheila jangan risaukan hal kat sini . Serahkannya kat kitorang ! "

" Terima kasih . " Kata Ahmadi lalu memutuskan perhubungan minda itu dengan segera kerana ada seseorang yang cuba hendak memasuki mindanya .

" Sedia semua ! " Kata Putih lalu membukakan Pintu Tenaganya ke tahap yang maksima . Matanya menyalakan Warna Elemennya . " 15 minit , saya nak korang semua jumpa saya kat sempadan kerajaan ni kat Pintu Timur ! "

" Baiklah ! " Sahut Paquine dan rakan - rakannya lalu dalam sekelip mata , mereka semua lenyap bersama cahaya warna elemen mereka yang berkelipan indah .

***********************************************************************

Keadaan di dalam sebuah Truck Hitam kelihatan tenang . Kelihatan Siti Khumairah sedang berdiri sambil mempersiapkan senjatanya .

" Ketua Sayap Peganiex ada hantar maklumat sebentar tadi . Saya nak korang dengar dengan teliti ! " Kata Siti Khumairah dengan lantang dan jelas . " Lebih daripada sembilan orang daripada kalangan penculik - penculik ni adalah merupakan segolongan dengan kita . Saya nak korang yang Elemen Psikik , manipulasi keadaan sekitar dan minda semua orang awam yang ada dekat situ . Jangan biarkan mereka melihat kita . Termasuk daripada anggota keselamatan itu sendiri ! "

" Faham ! " Sahut anak - anak buah Siti Khumairah dengan penuh bersemangat .

Truck Hitam milik Pasela tadi meluncur deras di atas jalan raya menuju ke Lapangan Terbang Pantai Bayu Timur . Mereka dilintasi oleh para anggota Sayap Peganiex .

" Mai , Sayap Peganiex baru je lintasi kita . " Kata Hagia Sofea .

" Nak manipulasi diorang juga ke ? " Tanya salah seorang anak buah Siti Khumairah .

" Tak payah . " Kata Siti Nurjannah . " Diorang sekutu kita . "

***********************************************************************

Das demi das tembakan kedengaran . Suasana menjadi kelam - kabut kerana jeritan dan pekikan orang awam yang ketakutan akan menjadi mangsa peluru yang tidak bermata .

Siti Nursamawi berselindung di sebalik tiang . Dia kelihatan tenang menyahut tugasnya . Dia melompat ke tiang yang berada di sebelahnya lalu melepaskan tiga das tembakan . Tembakannya kena pada sasaran . Sememangnya tiada yang dapat melepaskan diri daripada tembakannya . Penembak Tepat yang tiada tiada tandingannya .

Bergandingan dengan Siti Nursamawi adalah Adam dan Siti Hawa . Juga Penembak Tepat seperti Siti Nursamawi .

Kepantasan pergerakan Siti Nursamawi , Adam dan Siti Hawa telah menumpaskan beberapa anggota musuh .

Adam mengisyaratkan agar anggota mereka bergerak ke depan dengan menggunakan isyarat tangan .

Siti Nursamawi telah pun berada di belakang deretan kerusi sambil melepaskan pelurunya yang dahagakan keadilan .

***********************************************************************

Truck Hitam milik Pasela berhenti di belakang kenderaan Sayap Peganiex .

Sheila Asyikin berjalan menghampiri Siti Khumairah . Topeng miliknya telah pun menyinarkan pancaran warna elemennya .


" Cik Mai , ketua kitorang arahkan sembilan orang yang merupakan dalang kepada penculikan ni ditangkap dengan segera . " Kata Sheila Asyikin . Mereka mengubahkan nada suara mereka dengan menggunakan Electronic Voice System . " Sembilan orang tu , Cik Mai boleh bawa ke Pasela . Selongkar minda diorang . Ada sesuatu yang mencurigakan pasal penculikkan ni . "

Siti Khumairah menganggukkan kepalanya . " Saya akan maklumkan hal ni dengan Dato' Panglima Mustaffa . "

" Kitorang akan bermain dengan suspek yang sedang membawa Nurzahirah . " Kata Sheila Asyikin lagi dengan jelas . " Selebihnya , kitorang serahkan kepada Pasela . "

" Baiklah , kami faham . " Balas Siti Nurjannah . " Memandangkan kumpulan ni segolongan dengan kita , serahkan pasal orang awam dan anggota keselamatan kat kami . Anggota Psikik kitorang sedang bersedia kat dalam . "

" Takde hal . " Kata Sheila Asyikin . " Pastikan minda anggota Cik semua dalam keadaan yang baik . "

Sebaik sahaja Sheila Asyikin menghabiskan ayatnya , semua anggota Sayap Peganiex melenyapkan diri mereka bersama cahaya elemen masing - masing .

" Si Pendek tu tahap kekuatan dan gelombang tenaga dia macam lain sikitlah dari kita semua . " Kata Hagia Sofea .

***********************************************************************

Nurzahirah ditolak dengan keras untuk terua berjalan ke depan . Kalau ikutkan hatinya , hendak sahaja dia membuka rantai cahaya yang mengikat kedua pergelangan tangannya . Cuma dia masih berfikir yang dia berseorangan di situ . Jumlah penjahat yang mengelilinginya terlalu ramai untuknya . Dan , dia masih tidak mahu menggunakan elemennya kerana dia tidak mahu golongannya terus dipinggirkan .

Ketua Penculik yang menculik Nurzahirah menarik leher baju Sukan Nurzahirah dengan keras . " Kau duduk dalam kargo tu elok - elok . Kau berbunyi je sikit , putus - putus badan kau aku kerat ! "

Satu tendangan yang padu tiba - tiba mencium dagu Ketua Penculik menyebabkan Ketua Penculik itu terbang ke udara . Ketika berada di udara , satu sepakan yang kencang menyapa badan Ketua Penculik lalu menyebabkan Ketua Penculik itu tersembam ke lantai dengan kelajuan yang amat deras .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience