Rate

BAB 67 SERANGAN KE ?

Fantasy Series 3820

Ahmadi membawa Kereta terapungnya membelah laluan udara yang agak sesak .

Kepalanya sarat bergelumang dengan pelbagai persoalan yang memerlukan pelbagai jawapan .

Seribu persoalan dari Dunia Mitos yang berpakejkan , seribu persoalan dari Dunia Manusia .

Hampir kebanyakkan Puak dan Bangsa Mitos dan kerajaan - kerajaan kecil , masih lagi memilih untuk berdiri dengan pendirian berkecuali .

Bukan itu sahaja malah , ada juga yang memilih untuk bersekongkol dengan Kerajaan Darkhtala yang Rajanya , masih lagi samar - samar identitinya .

Dan yang memilih untuk berpihak kepada kerajaan bersekutu di bawah kerajaan pentadibirannya , adalah terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan , sokongan yang diberikan kepada kerajaan yang menjadi musuhnya itu .

Walaupun yang memberikan sokongan itu setakat daripada , perkampungan - perkampungan kecil , terpencil dan juga daripada kerajaan - kerajaan yang kecil , ia telah memadai baginya daripada , tidak mendapat sebarang sokongan langsung .

Belum lagi ditambah dengan pelbagai Pahlawan Mitos yang memilih untuk berkecuali dan , Pahlawan - pahlawan Mitos yang berstatuskan penjenayah dikehendaki , yang memberikan sokongan kepada Kerajaan Darkhtala .

Pahlawan - pahlawan yang terdiri daripada Pahlawan Pengembara yang memilih untuk tidak lagi mencampuri urusan pergolakkan antara kerajaan - kerajaan juga sedikit mengecewakannya dan , dia terpaksa menghormati untuk tidak memaksa mereka untuk memberikan sokongan .


Ahmadi menukar laluan dan perlahan - lahan menukar simpang .

Dia mengeluh . Puak - puak Bangsa Mitos juga , masih banyak yang tidak berpihak kepadanya .

Dan , mengikut daripada siasatan Pasukan DiRajanya selepas perang itu , dia bersama dengan pasukannya mula mengesyaki bahawa , dalam kerajaannya juga berkemungkinan ada musuh dalam selimut .

Petunjuk kepada firasat mereka itu adalah daripada , terjumpanya mayat yang dijumpai oleh pasukan yang diketuai oleh Witchie .

Pada bahagian mayat itu , terdapat satu torehan yang berbentuk simbol Lagenos yang telah dikelar pada bahagian tengah simbol itu .

Bukan itu sahaja malah , daripada siasatan Kucina , Witchie , Veruga dan Pureen juga mendapati , di dalam memori terakhir mayat itu , mereka melihat dan mendengar mangsa itu mengucapkan ayat ' pengkhianat ' .


Lampu bertukar merah dan Ahmadi perlahan - lahan memberhentikan Keretanya .

Ketika dia sedang asyik melayan kepala dan ' berborak ' dengan dirinya sendiri , kedudukannya yang berada di hadapan , dapat melihat sebuah Treler Minyak yang dipandu secara berbahaya dengan kelajuan yang pantas lalu merempuh sebuah kenderaan yang lain .


Treler Minyak itu merempuh beberapa lagi kenderaan lain dan menyebakan Treler Minyak itu terbalik ke atas jalan .

Muatan minyak yang dibawa Treler itu melimpah di atas jalan yang berturapkan aspal .


Ahmadi mengeluarkan kepalanya daripada jendela keretanya .

Ketika dia sedang asyik melihat ke arah kemalangan itu , dia terlihat seseorang yang memakai baju serba hitam dan berhoodie , yang menunggang Superbike melalui kawasan kemalangan itu dan dia terlihat individu itu melemparkan pemetik api ke arah limpahan minyak yang membasahi jalan raya .


Satu letupan berlaku yang menggegarkan kawasan itu dan juga kawasan yang berhampiran .


Segala dinding dan pintu kaca daripada kedai - kedai dan bangunan - bangunan yang berdekatan dengan kawasan kejadian letupan itu pecah berderai .

Suara - suara jeritan orang ramai mula kedengaran dan keadaan dengan pantas menjadi panik dan cemas serta huru - hara .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Sheila Asyikin kelihatan memasuki kawasan Restoran Cafe Siti Maisarah yang terletak bersebelahan dengan dengan Kedai Kek Cawannya dan Ahmadi .


" Amboi . Banyaknya peminat . " Kata Sheila Asyikin dengan manja sambil tersenyum ke arah Siti Maisarah yang sedang duduk di Meja Cashier .


" Boleh tahanlah . Konsep ni boleh tahan . Tak susah mana . Hidangan pun memang kena . " Balas Siti Maisarah sambil membalas senyuman Sheila Asyikin . " Masih boleh layan lagi . Takdelah ramai sangat . "


Nurzaharah juga kelihatan mesra menyantuni dan melayani pelanggannya .

Walaupun reaksi wajahnya bagaikan telah mati bersulamkan bahasanya yang sedikit pelat , kesungguhannya tetap kelihatan .


" Berita terkini . Satu kejadian letupan telah berlaku dia Bandar Bayu . " Lapor pemberita .


Semua pelanggan di dalam Restoran dan Cafe itu melekatkan pandangan mereka ke arah TV Cahaya .


" Sebuah Treler yang membawa muatan Minyak dilaporkan meluru dan merempuh beberapa kenderaan sebelum terbalik . " Kata Pemberita itu lagi . " Menurut beberapa saksi kejadian , mereka terlihat seseorang yang menaiki sebuah Superbike melalui kawasan itu sebelum kejadian letupan terjadi . "

Gambaran siaran tempat kejadian disiarkan . Kelihatan Pasukan Penyelamat sedang mengawal keadaan dan memadamkan api .

Turut dipaparkan juga adalah Pasukan Unit Perubatan yang sedang merawat mangsa - mangsa yang cedera .

Termasuklah Ahmadi yang sedang duduk sambil dahi dan tangannya sedang dibalut oleh seorang Petugas Perubatan .


" ' Eh ' ! Didie tu ! " Kata Siti Maisarah dengan agak kuat .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Siti Nursamawi melemparkan senyumannya selepas Petugas Perubatan yang merawat kecederaan yang dialami oleh Ahmadi berlalu pergi.


" Apa hal kau kat sini ? " Tanya Ahmadi dengan tenang sambil meninju - ninju udara dengan tangan yang berbalut .


Dengan bersahaja , Siti Nursamawi memukul tangan kiri Ahmadi yang terluka terkena serpihan cermin keretanya .


" Sakitlah bangang ! Aku tikam juga muka kau ni ! " Jerit Ahmadi lalu memegang tangannya .


" Kau tu yang bangang ! " Herdik Siti Nursamawi dengan lantang . " Apasal kau tak guna Teknik Elemen untuk elak serpihan kaca tu ? ! "


" Genius . Cuba kau tengok kat sekeliling kau . Semua cedera kot . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Ramai yang cedera . Takkan aku tak cedera kot . Agak - agaklah juga . "


" Janganlah ikut orang ! " Herdik Siti Nursamawi lagi . " Ada kelebihan tu , guna jelah ! "


" Kau tak jawab lagi soalan aku . " Kata Ahmadi dengan jelas sambil menggosok - gosok lembut tangan kirinya . " Apa yang kau buat kat sini ? "


" Unit aku diarahkan untuk jaga kawasan ni . " Balas Siti Nursamawi dengan tenang . " Sementara tunggu unit Santos untuk buat siasatan kes ni . "


" Siapa yang suruh ? " Tanya Ahmadi dengan keningnya kanannya terangkat sedikit .


" Ketua akulah . Dia cakap Pakcik Jentayu yang suruh . Kebetulan dia ada buat mesyuarat kat Pulau Biru ni . " Jawab Siti Nursamawi dengan jelas .


Baru sahaja Ahmadi hendak mengajukan soalan , dia dengan pantas menggapai Smartphonenya .

Sheila Asyikin menghubunginya dan dia menyambutnya . " Ye . Ye . Abang okey . Tak apa - apa . Takde . . . "


Ahmadi tidak dapat meneruskan ayatnya kerana Siti Nursamawi merampas Smartphonenya .


" Aku ni . Siti . Tak . Dia okey . Dahi dia dan tangan kiri dia je yang luka sikit . " Kata Siti Nursamawi . " Ye . Ye . Aku suruh dia balik sekarang . Kau jangan risaulah . Kau tu lepas tutup kedai , balik terus . Jaga si bangang ni sampai aku balik . "

Selepas itu , dia menamatkan perhubungannya dengan Sheila Asyikin dan memberikan Smartphone Ahmadi dengan membalingnya dengan lembut . " Kau balik sekarang . Jangan nak melilau . "


" Queen controll . " Kata Ahmadi dengan wajah yang tidak berpuas hati .


" Apa kau cakap ? ! " Tanya Siti Nursamawi dengan agak lantang dengan wajahnya yang garang .


" Aku cakap kau cantik . Macam Queen , Toyol . " Balas Ahmadi dengan nada bersahaja lalu membuka pintu keretanya .


" Kau nak ke mana dengan kereta tak bercermin macam tu ? ! " Tanya Siti Nursamawi dengan geram .


" Aku nak baliklah ! " Jerit Ahmadi juga dengan geram . " Nak ke mana lagi ? ! "


" Dengan kereta tak bercermin macam tu kau nak balik ? ! " Tengking Siti Nursamawi dengan geramnya yang meluap - luap . " Kalau kena saman nanti macam mana ? ! "


" Habis tu kau nak aku balik naik apa ? ! " Tanya Ahmadi dengan geram yang semakin membara .


" Naik Teksilah ! " Jawab Siti Nursamawi dengan garang .


" Habis tu , kereta aku ni macam mana ? ! " Tanya Ahmadi dengan lantang . " Kau nak biarkan kereta aku tersadai kat sini ke ? ! "


" Aku dah telefon Trak Tunda ke sini tadi ! Nanti diorang hantar kat bengkel sebelah Padang Cermai tu ! " Balas Siti Nursamawi dengan geram . " Kau balik sekarang ! Naik Teksi ! Sampai rumah , mandi ! Rehat ! "


Dengan geram , Ahmadi mengambil Bag Silangnya dari dalam keretanya . " Yalah ! Yalah ! Aku balik ! "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Pada sebelah malamnya , Siti Nursamawi dan Sheila Asyikin membuat muka kerana Ahmadi tidak membenarkan lukanya dirawat oleh mereka berdua .

Sebaliknya , membiarkan Siti Maisarah , Siti Khumairah dan Hagia Sofea yang merawat kecederaannya .

Selepas itu , dia menadahkan kedua belah tapak tangannya . " Ya Allah Ya Tuhan ku . Pertemukanlah aku dengan seorang wanita yang lembut perilakunya . Yang lembut tutur katanya . Yang matang fikirannya dan lembut juga tutur katanya . Seperti kakak ku . Siti Maisarah , Siti Khumairah dan Hagia Sofea . "

Selepas itu , dia memandang ke arah Siti Nurjannah yang menyimpan dan mengemas Kit Perubatan . " Dan juga seperti wanita yang bagaikan kakak ku sendiri . Siti Nurjannah . "

Kemudian , dia melekatkan pula matanya ke arah Nurzahirah dan Nurzaharah . " Dan comel seperti anak saudara ku . Rara dan Hara . Amin . "


Nurzahirah dan Nurzaharah mengaminkan doa Ahmadi sambil menyapu wajah mereka dengan kedua belah tapak tangan mereka .


Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi melemparkan bantal sofa ke arah Nurzahirah dan Nurzaharah dengan agak kuat .


" Jangan nak mengadalah . " Kata Siti Maisarah lalu mencubit pipi Ahmadi dengan agak kuat .

Kemudian , dipandangnya wajah Nurzahirah yang menahan sengihan dan ke arah wajah Nurzaharah yang beku . " Rara dan Hara . Jangan sibuk nak curah minyak . Pandai jadi batu api . "


Ahmadi tertawa kecil lalu beralih dan duduk di antara Nurzahirah dan Nurzaharah .

Dikucupnya dengan lembut kepala Nurzahirah dan Nurzaharah . " Pandai anak - anak saudara pakcik . Jangan ikut perangai Queen Toyol tu . Tak elok . "


" Korang bertiga nilah . Kena luku baru senyap ' kut ' . Kata Siti Nurjannah dengan lembut .


Ahmadi dan Nurzahirah tertawa kecil dan terkekel - kekel manakala Nurzaharah pula , dia tertawa dengan ' wajah ' tidak bereaksinya .

Wajah yang kaku . Hanya mata sahaja yang terpejam dengan lembut dan dengan bibir yang sedikit terbuka bersama tubuhnya yang sedikit bergetar .


Smartphone Ahmadi yang terletak atas meja berbunyi .


Ahmadi menepuk lembut bahu Nurzahirah agar melihat siapa yang menghubunginya .


Nurzahirah menunjuk skrin Smartphone ke arah Ahmadi .


" Loud speaker . " Kata Ahmadi dengan jelas .


Nurzahirah menyambut panggilan itu dan meletakkan Smartphone Ahmadi kembali di atas meja .


" Macam mana ? " Tanya Ahmadi dengan jelas .


" Macam mana apa ? " Tanya Stephen Akio Kenzo kembali . " Ini Stephenlah . Awak bagi saya kerja mudah . "


" Pasal kerja mudahlah aku bagi kat kau . Kau mesti dapat buat punya . " Balas Ahmadi sambil tersenyum . " Jadi , apa yang kau dapat ? "


" Saya dah ' pinjam ' laporan dan data post mortem untuk pemandu Treler tu . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan lembut . " Pemandu Treler tu , dah mati dua atau tiga jam sebelum letupan tu berlaku . Jadi maksudnya . Pemandu tu cuma dijadikan sebagai alat je untuk pastikan , letupan siang tadi tu untuk berlaku . Jadi kat sini . Ada beberapa persoalan . Siapa bunuh pemandu tu ? , Kenapa serangan tu dilancarkan ? Dan , apa motif . "


Ahmadi saling berpandangan dengan semua yang berada di situ .


Pendekar Bayu , Pendekar Bara , Dr . Hasyim dan Dato ' Panglima Lok Tujuh pula berdiri dan bersandar pada pintu yang menghubungkan kawasan itu dengan bahagian yang menuju ke ruang dapur .


" Kau ada periksa CCTV sekitar jalan tu tak ? " Tanya Ahmadi dengan jelas .


" Mestilah ada . Penunggang Superbike tu , keluar daripada celah bangunan kat Lorong Bayu 25/26 . Awak pun tahukan celah - celah bangunan kat situ kawasan apa . Jadi , susah sikit nak pastikan suspek tu muncul dari mana . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan tenang . " Jadi , mungkin , Kes ni akan disiasat di bawah akta 106 kurungan 73 , kanun keseksaan . Serangan yang menyasarkan orang awam dan harta benda . Sabit kesalahan . Hukuman penjara mandatori dan denda . Tapi . Disebabkan ada orang awam yang terkorban. Banyak . Mungkin , hukum mati . Mandatori . "


" Kau ada periksa tak nombor plat Superbike tu ? " Tanya Ahmadi dengan tenang .


" Mestilah ada . Tapi . Keputusan dia memang tak masuk akal . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Superbike tu , memang berdaftar tapi , pemilik dia . Dah mati tiga tahun yang lepas . Awak rasa , pemilik dia bangkit daripada kubur dengan tulang - temulang . Pergi kedai beli baju , lepas tu buat gila kat atas dunia ke ? "


" Kes berat ni . " Kata Dato ' Panglima Lok Tujuh dengan perlahan . " Takkan suspek gunakan Motor orang yang dah mati untuk buat jenayah ? "


" Takkan ada ahli keluarga si mati pula , gunakan Superbike tu untuk buat jenayah ? " Tanya Dr . Hasyim pula .


" Lagi satu hal . Superbike tu , dah dalam senarai kenderaan yang hendak dilupuskan . Ada surat hitam putih daripada waris si mati tu kat Penjabat Pendaftaran Pelupusan Kenderaan . Saya dah siasat dah kat semua rekod jabatan kenderaan . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas . " Maaflah saya cakap . Kes ni akan jadi misteri selagi , takde bukti yang cukup jelas untuk dapatkan maklumat suspek kes ni . Atau , awak nak buat sikit kerja gila . Itu pun , kalau awak setujulah . "


" Apa dia ? " Tanya Ahmadi dengan dahinya berkerut sedikit .


" Esok kita jumpa . Panggil semua . Tak boleh cakap sekarang sebab . Alat pengesan pintasan gelombang saya dapat kesan , ada satu gelombang nak cuba curi dengar perbualan ni . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas .


" Okey . Esok jumpa . " Kata Ahmadi dengan pantas lalu memutuskan perhubungan .


" Nak pertolongan Pasela ke ? " Tanya Pendekar Bayu dengan jelas .


" Esok . Waktu tengah hari . Semua berkumpul kat bawah kedai Didie . Kak Sarah dan Abang Daniel ikut sekali . " Kata Ahmadi dengan jelas .

Selepas itu , dia menepuk bahu Nurzahirah dengan lembut . " Esok . Lepas sekolah . Ajak Kak Iecha dan Mandy sekali . Cikgu takkan bagi korang lepak kat sekolah lama - lama . Dah nak cuti . Cikgu pun bukannya ada mood sangat nak mengajar masa - masa nak cuti ni . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Kedai Kek Cawan dan Restoran Cafe yang kini menjadi perniagaan keluarga Ahmadi , tidak beroperasi .

kelihatan individu - individu penting hadir dan berkumpul atas arahan Ahmadi .

Termasuklah , pemimpin nombor satu Dunia Manusia . Dato ' Sri Panglima Jentayu .


" Ini pendapat pakciklah ye . Korang jangan kecil hati pula . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan lembut .


" ' Cer ' citer . ' Cer ' citer . " Kata Muniandy dengan lembut .


" Pakcik nak , Sayap Peganiex yang ambil alih kes ni . Sebab . Pakcik dapat rasa . Kes ni bukan kes ' biashe - biashe ' . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan jelas .


" Tak nak . Saya takkan ambil kes ni buat masa ni . Biarpun buat masa sekarang ni , kitorang ada ' klon ' . Tapi , biar kitorang sepi dulu . " Balas Ahmadi dengan tenang . " Ada sesuatu yang saya nak pastikan dulu sebelum saya akan ambil kes ni . "


" Apa dia yang ' sesuatu ' sangat tu ? " Tanya Sougaena Aryan dengan lembut dan tenang nadanya .


" Masa perang kat sana hari tu . Raja Kegelapan yang baru tu ada cakap . Dia berasal dari dunia kita . Tinggal kat pulau ni dan , kenal dengan kitorang semua . " Balas Ahmadi dengan tenang . " Dia cakap . Pasela pun takkan dapat tolong kitorang sebab , ada Pegawai tertinggi Pasela yang dah berpihak kat dia tapi , dia takde sebut pun pasal Sayap Peganiex . "


" Jadi ? " Tanya Sougaena Chong Wei Lee dengan jelas .


" Saya rasa . Mungkin dia sendiri sekarang ni pun , tengah siasat identiti sebenar Sayap Peganiex . " Jawab Ahmadi dengan tenang . " Pasal tu saya nak , buat masa ni . Biar kitorang tak aktif . "


" Saya setuju dengan Didie . Biar kitorang tak aktif dulu . " Celah Stephen Akio Kenzo dengan lembut . " Kita boleh serahkan dulu kes ni , kat Unit Santos . Tapi . Arahkan Unit Siti yang kawal keselamatan unit tu . "


" Sebab ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut .


" Kes ni pelik . Dan , mungkin akan ada usaha untuk menghalang Pasukan Keselamatan daripada siasat kes ni . " Kata Maera dengan tenang . " Unit korang . Dilatih untuk jadi Versatile . Korang boleh lakukan macam - macam tugas . Jadi . Korang kena jaga keselamatan Unit Santos masa lakukan siasatan . "


" Kalau suspek berani dan mampu untuk buat serangan macam semalam , tak mungkin diorang tak mampu untuk bunuh pula anggota keselamatan yang siasat kes ni . '' Sampuk Aivira dengan tenang .


" Betul juga . Lagi pun dalam Unit Santos . Unit tu dah lengkap . Ada Anggota Forensik sekali . " Celah Adam dengan lembut dan tenang . " Diorang boleh periksa , kot - kot kalau ada cap jari suspek kat mana - mana yang kita rasa ada dikunjungi oleh suspek . "


" Kalau korang tak nak ambil kes ni , korang nak buat apa ? " Tanya Pendekar Umbut dengan tenang .


Ahmadi tersengih . " Kitorang akan siasat kes ni tapi , bukan sebagai Sayap Peganiex . "


" Sebagai apa ? Badut Sarkas ? " Kata Pendekar Bayu dengan bersahaja sambil mengunyah Snek berperisa Kentang .

Dia duduk di hadapan Ahmadi dan di belakang dan di sekelilingnya pula adalah , rakan - rakannya .


Siti Maisarah bersama dengan adik - adiknya berserta suami mereka , Siti Nurjannah dan Khalid juga duduk berhampiran dengan Pendekar Bayu .


" Sayap Peganiex tak ambil kes ni . Tapi , Didie bawa semua kawan Didie siasat kes ni . Maksud Didie ? " Tanya Pendekar Bayu dengan jelas .


Begitu juga Ahmadi . Di belakang dan di sekelilingnya , adalah rakan - rakannya .

Termasuklah Nurzahirah , Nurzaharah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze .


" Kitorang akan bergerak pada waktu malam . Pasela akan bagi kitorang segala maklumat contohnya . Lokasi yang mungkin telah dan , akan dikunjungi oleh suspek . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Kitorang akan bergerak sebagai Pahlawan Elemen Warna dan Cahaya . "


" ' Chop . Chop ' . Korang nak bawa semua perawan ni keluar malam ke ? " Tanya Siti Maisarah dengan lembut .


" Akak janganlah risau . Diorang ikut Didie . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Yang besar ni akan dipecahkan ikut lokasi yang akan dipilih dan yang dah ditentukan oleh Pasela . "


Pendekar Bayu menganggukkan kepalanya . " Tak boleh ke Didie cakap je . Didie nak Pasela yang ambil kes ni dan , jadikan Unit Santos tu sebagai penyamaran atas siasatan yang diketuai oleh Pasela dan , Unit Siti pula sebagai penyiasat lokasi dan lindungi Unit Santos yang buat siasatan yang dilakukan oleh kerajaan ? "


Ahmadi mengangkatkan Botol Snek Kentangnya ke arah Pendekar Bayu sambil tersenyum . " Tepat . Itu maksud Didie . "


Pendekar Bayu tersengih sambil menggeleng - gelengkan kepalanya lalu , menyumbat kepingan Snek Kentang ke dalam mulutnya . " Apa yang Didie harapkan daripada orang - orang tua kat belakang ni dan daripada kakak dan abang - abang Didie ni ? "


" Didie nak ayah kekalkan semua anggota Pasela yang ada kat sini sebagai Ketua - ketua Panglima ayah . " Kata Ahmadi dengan jelas .

Belum sempat dia menyudahkan apa yang hendak dikatakannya , Dato ' Sri Panglima Jentayu memintas ayatnya .


" Semua anggota Pasela kat sini akan jadi Ketua Panglima Pasela . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu . " Ayah Didie akan jadi ketua diorang . "


Ahmadi menjeling ke arah Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan wajahnya yang bersahaja .


" Apahal ? Betullahkan apa saya cakap tadi ? " Tanya Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan perlahan . " Lagi pun , saya Ketua Tertinggi Pasela . "


Pendekar Bayu memandang ke arah Ahmadi semula . " Sayap Peganiex dan Pasela memang secara teknikalnya , kumpulan dan organisasi penyiasat tapi , kitorang takde kemahiran macam yang ada kat Sayap Peganiex . "


" Pasela ada kemahiran ' old school ' . Kemahiran yang takde kat Sayap Peganiex . Kadang - kadang , kitorang bergantung kat teknologi banyak sangat sedangkan , Pasela gunakan pengalaman yang ada untuk selesaikan masalah . Kalau , nak bandingkan pengalaman dengan teknologi , pengalaman akan menang sebab , pengalaman akan kekal dan bertambah . Tapi teknologi akan ketinggalan dan perlu dinaiktaraf untuk menyaingi pengalaman . " Jelas Ahmadi dengan tenang . " Tanpa pengalaman . Teknologi takkan ada . Sedangkan , Tanpa teknologi , pengalaman masih mampu untuk bergerak walaupun akan berdepan dengan kesulitan . "


" Mana Didie belajar pasal ni ? " Tanya Pendekar Kuning dengan tenang .


" Kat Dunia Mitos . Kat sana . Diorang lebih mengutamakan pengalaman dan menyeimbangkannya dengan , teknologi dalam beberapa aspek . " Jawab Ahmadi dengan jelas . " Didie pernah ajak beberapa Ketua Pahlawan Unit Udara ke pertunjukan udara dulu kat dunia kita . Sebab , nak bawa teknologi ni ke sana . Tapi , diorang tolak mentah - mentah . "

Selepas itu , dia menutup Bekas Snek Kentangnya . " Diorang cakap . Jet - jet Pejuang kita . Perlu kena dinaiktaraf untuk bersaing dan , untuk meningkatkan keupayaan serangan sedangkan diorang kat sana . Terbang gunakan Elemen sendiri . Jadi , pengalaman Unit Udara kat sana , lebih efektif sebab dapat meningkatkan keupayaan dengan hanya latihan yang kerap . Tapi , diorang tiru cara Jet - jet Pejuang dunia kita daripada segi formasi serangan dan daripada segi keselamatan . Lagi satu kelebihan dia , diorang dapat terbang dengan senyap . "


" Macam teknik yang awak dan Sheila gunakan masa kita nak selamatkan Rara tu ke ? " Tanya Ratni dengan lembut . " Kitorang lihat rakaman kes tu . Awak dan Sheila terbang kat udara . Stephen terpaksa gunakan ' slow motion ' tapi , kelajuan awak berdua masih pantas . "


" ' Aah ' . Salah satu Teknik Manipulasi Elemen . Aku dan Sheila belajar kat sana . " Balas Ahmadi dengan tenang . " Macam yang aku cakapkan tadi . Diorang ada tiru cara Jet Pejuang kita . Salah satu yang diorang tiru . ' Sonic boom ' . Teknik tu yang aku dan Sheila guna masa tu . "


" Masa perang hari tu . Yang kitorang nampak . Cuma Catapult , Trebuchen dan Meriam je . Tapi , selang masa diorang lancarkan serangan memang pantas juga . Tak lambat . " Kata Adam dengan jelas . " Mungkin senjata - senjata tu dah diubahsui ikut teknologi dunia kita juga . "


" Mungkin . Catapult dan Trebuchen tu . Kalau kita lihat daripada Zaman Medieval dunia kita . Memang gunakan teknik kuno . Tapi . Catapult yang kita nampak hari tu . Dah automatik . Ada macam , sistem mekanisme isi , atau ' reload ' peluru - peluru senjata tu . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan lembut . " Sebelum saya hancurkan semua senjata tu . Saya lihat dan perhatikan juga dulu macam mana diorang gunakan semua senjata tu . "

Kemudian , dia mengeluh dan meletakkan kedua belah tapak tangannya di belakang kepalanya . " Meriam diorang pun sama . Pahlawan yang kawal Meriam tu pun . Duduk kat sejenis kenderaan . Meriam tu pun ada sistem yang sama macam Catapult dan Trebuchen tu . "

Selepas itu , dia tersengih . " Jujur saya cakap . Saya sikit kagum dengan kemahiran diorang yang dapat tiru sistem persenjataan dunia kita tapi , dengan cara mereka sendiri . "


" Aku pun rasa macam tu . Sebab . Gunslinger diorang . Memang ada yang masih guna Peluru . Tapi , ada sesetengah Gunslinger diorang , ada yang tak gunakan peluru biasa . Diorang gunakan Peluru Elemen . " Celah Siti Nursamawi dengan tenang . " Sebab tu aku guna Senjata Api Elemen untuk lawan dengan diorang . Masa tu . Aku ada juga guna Pistol yang musuh guna . Memang dia macam Pistol lama tapi , langsung takde ruang untuk magazine peluru . Jadi maksudnya , diorang dah ubahsuai tempat magazine peluru tu dan reka satu cara untuk menghasilkan Peluru Elemen dengan cara diorang sendiri . "

Kemudian , dia menyilangkan kakinya dengan lembut . " Yang aku dapat perhatikan masa tu . Pistol diorang dengan Pistol yang aku guna , ada beza sikit . Ada yang masih guna Pistol biasa yang kita boleh pegang dan periksa . Maksud aku , yang ada jisim . Fizikal . Pistol aku pula . 100 % gunakan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya . Tapi persamaan dia . Mungkin kat sistem macam mana Peluru Elemen tu dihasilkan . "


" Diorang dah hadam dan ambil teknologi dunia kita tapi , diorang ubah ikut cara diorang . " Kata Fateh dengan jelas . " Macam , diorang tak nak teknologi hapuskan cara tradisional diorang tapi dalam masa yang sama . Diorang perlukan kemodenan untuk terus maju ke depan . Tapi , diorang masih kekalkan ciri - ciri tradisional diorang . "


" Tapi . Biarpun macam tu . Semua senjata dan Baju Perisai yang diorang guna . Semuanya masih ada ciri - ciri tradisional dan budaya . " Kata Muniandy dengan tenang dan jelas . " Semua Senjata diorang . Tak kisahlah . Senjata Elemen atau senjata bukan Elemen , Baju Perisai Elemen atau bukan . Semuanya ada ukiran - ukiran unik . Macam ukiran kebudayaan . "


" Saya rasa macam malu pula dengar penjelasan korang ni . " Kata Pendekar Kuning dengan lembut . " Kalau kat dunia kita . Teknologi dah semakin hakis ciri - ciri tradisional dan budaya kita . Lebih bangga dengan kemodenan yang kononnya mengikut arus dan masa yang semakin beranjak ke depan . "


" Sebab tu ke Didie nak kita campur kemahiran , kepakaran dan pengalaman ? " Tanya Khalid dengan tenang .


" Tepat . Sebab . Raja Kegelapan tu berasal daripada dunia kita . Saya cuma terfikir . Kot - kot serangan ni . Dia yang rancang . Balas Ahmadi dengan nadanya yang tenang dan jelas . " Kalaulah betul . Sekurang - kurangnya . Pasukan saya ada kepakaran orang lama yang berpengalaman dan , ada kemahiran dan teknologi daripada generasi muda . "

Dia menegus Jus Oren untuk membasahkan tekaknya . " Sebab . Kita ada musuh dalam selimut . Api dalam sekam . Gunting dalam lipatan . Duri dalam daging . Ada pengkhianat dalam Pasela dan daripada kalangan Manusia sendiri dan daripada Makhluk Mitos . "

Selepas itu dia , memandang ke arah setiap anggota Pasela yang berada di dalam ruang itu . " Ada Pegawai Tahap Tertinggi Pasela yang dah berpaling tadah . Pengalaman Pemimpin Pasela memang sesuai kat sini sebab , dalam gelanggang permainan yang sama . Kitorang pula . Akan bermain kat gelanggang kat luar . Gelanggang yang direka oleh generasi muda dan untuk orang muda . "


Sougaena Asyura menganggukkan kepalanya . " Boleh tahan juga cara ni . Pengalaman orang lama digabungkan dengan cara pemikiran generasi baru . "


Pendekar Bayu mengeluh dan kemudian menganggukkan kepalanya . " Pasela akan ambil kes ni tapi . Dengan syarat ayah . "


" Apa dia ? " Tanya Ahmadi dengan lembut .


" Ketua Panglima kat belakang ni . Termasuk sekali dengan Dato ' Sri Panglima kat sini . Akan siasat kes ni , dengan cara kitorang . Hanya kitorang je . " Jawab Pendekar Bayu dengan tenang . " Pasukan Kak Mai . Didie bawa . Lagi pun . Diorang dah ikut Didie berperang kat sana . Mungkin kepekaan diorang ada sedikit peningkatan . Keluasan tempat siasatan bertambah . Kita akan dapat lebih banyak maklumat . "


" Takde hal . " Balas Ahmadi lalu menganggukkan kepalanya . " Kumpulan Kak Mai akan bergerak pasa waktu siang . Kitorang pula , pada waktu malam . "


" Yang lain macam mana ? " Tanya Pendekar Bayu dengan lembut . " Korang setuju tak ? "


" Kitorang takde masalah . Kitorang ikut je . " Kata Pendekar Kuning dengan lembut dan tenang " Lagi pun . Setakat idea macam ni . Apalah sangat. "


" Saya rasa . Kitorang lagi selesa dengan cara ni . Takdenya nak sibuk - sibuk nak urus korang pula . " Kata Sougaena Aryan pula .


" Kitorang pun sama juga . Kitorang akan buat siasatan ikut cara kitorang . " Kata Daniel pula dengan jelas . " Tiga kumpulan buat siasatan sekali . Kita dapat kumpul maklumat yang lebih banyak dan terperinci . "


Pendekar Bayu mengangkatkan sedikit bekas Snek Kentangnya ke arah Ahmadi . " Masalah selesai . Ayah akan tetapkan satu jangka masa untuk satu - satu siasatan . Lepas tu , kita kumpulkannya dan , huraikan sama - sama . "


Ahmadi menganggukkan kepalanya lalu tersenyum . " Semua dah setuju . Sekarang . Saya nak cakap pasal pasukan kitorang pula . "

Dia membetulkan sedikit kedududukannya . " Kalau masalah macam ni berlanjutan . Mungkin saya akan batalkan latihan kitorang kat Dunia Mitos . "


Keputusan Ahmadi itu disambut dengan pelbagai nada rungutan daripada anggota pasukannya .


" Kenapa pula ? " Tanya Maera dengan tenang .


" Sekarang ni , kita berdepan dengan pelbagai kemungkinan yang tak dijangka , dan yang mungkin akan berlaku . " Balas Ahmadi dengan jelas dan bersahaja . " Kalaulah , ada kes atau serangan susulan . Korang nak ayah - ayah kita ni je yang uruskan ke ? "


" Tapi , kalau kita tak teruskan latihan tu . Macam mana kitorang nak buka Pintu - pintu Tenaga kitorang ? " Tanya Aivira dengan jelas .


" Saya rasa . Awak nak tunggu sesuatukan . " Kata Siti Hawa dengan lembut dan tenang . " Awak risau kot - kot . Serangan ni memang dirancang oleh Raja Kegelapan tu . Kalau tekaan awak betul . Baru awak akan betul - betul batalkan latihan kitorangkan . "


Ahmadi tersenyum lalu menganggukkan kepalanya . " Kau memang genius . Untung Adam dapat kau . "


Putih muncul di dalam kubu bawah tanah itu bersama dengan pancaran Warna Elemen dan Cahayanya . " Tuan . Saya nak laporkan sesuatu . "


" Cakap je . Biar diorang ni dengar . " Kata Ahmadi dengan tenang .


" Tekaan Tuan memang tepat . Memang ada partikel - partikel Pintu dan Lingkaran Taisa yang muncul kat dua dunia ni . Ikut daripada siasatan , ada sekumpulan Pahlawan daripada Dunia Mitos yang sedang bergerak dalam pergerakkan yang mencurigakan kat dunia ni . " Kata Putih dengan tenang dan lancar .


" Macam mana dengan jalan yang aku suruh kau siasat tu ? " Tanya Ahmadi dengan jelas .


" Partikel Udara kat sana memang ada kesan dan jejak Lingkaran Taisa . " Balas Putih dengan jelas . " Tapi , kitorang kehilangan jejak Pahlawan yang muncul kat sana . Kumpulan yang menceroboh ni , memang Pahlawan yang berpengalaman . Diorang dapat padamkan jejak diorang . "


Ahmadi menganggukkan kepalanya dengan perlahan . " Arahkan pasukan kau teruskan siasatan . Apa - apahal , aku cakap kat kau nanti . "


" Baiklah . Saya faham . " Balas Putih lalu , dia melenyapkan semula dirinya .


Ahmadi mengeluh dengan perlahan .


" Cepat Didie buat kerja . " Kata Dato ' Sri Panglima Jentayu dengan jelas . " Daripada laporan Putih tadi . Memang ada unsur - unsur campur tangan dari dunia belah sana . "


" Tapi , macam mana Didie boleh tergerak nak siasat kalau memang ada campurtangan dari dunia sana ? " Tanya Sougaena Raj dengan tenang .


" Jalan 25/26 tu , tempat gelandangan dan penjual - penjual kaki lima yang jual barang ' copy ori ' . Barang - barang ' bundle ' dan warung - warung penjaja . Jalan tu , jalan mati . Takde sambungan ke jalan - jalan lain . Melainkan , Jalan 25/26 yang baru , yang dibina kat bahagian atas yang berhubung ke jalan - jalan yang lain . " Balas Ahmadi dengan jelas dan lembut . " Jalan tu sempit . Orang kat sana berhimpit - himpit . Kena lagi projek nak besarkan jalan tu untuk nak hubungkan jalan tu dengan jalan kat atas . Jangankan Kereta , Motor pun tak boleh lalu kat jalan tu . Jadi , macam mana suspek boleh muncul kat sana ? "


" Macam nilah . Biar Pasela je yang siasat kes ni . Tapi , ayah nak . Pasukan Putih berikan laporan kat ayah . Ayah akan arahkan kawan - kawan ayah ni , ' ushar - ushar ' dulu kawasan yang disyaki . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas . " Didie teruskan latihan untuk pasukan Didie . "


Ahmadi mengeluh . Satu keluhan yang kedengaran berat . Dengan hati yang berbelah - bahagi . Dia menganggukkan kepalanya .


Rakan - rakan Ahmadi pula saling berpandangan kerana rasa bersalah yang bertandang di dalam perasaan masing - masing kerana ' rungutan ' mereka tadi .


" Baiklah . Didie serahkan kes ni , kat Pasela sementara , kitorang semua berlatih kat sana . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Lagi satu . Hara , akan bersekolah kat sana . Dia akan diajar dan dididik oleh cikgu - cikgu kat sana . Macam sekolah berasrama penuh . Cuti je dia akan balik ke sini . Segala perbelanjaan , makan , minum dan keperluan dia kat sana , Didie akan tanggung . Cuti persekolahan ni . Dia akan ke sana . Dan tinggal di asrama untuk sesuaikan diri . Kitorang semua sekali akan ke sana untuk berlatih . "


Pendekar Bayu tersenyum lalu bertepuk tangan . Tindakannya itu diikuti oleh semua yang berada di situ .


Menjadi merah sedikit wajah Nurzaharah mendapat tepukan itu .


Nurzahirah , Siti Aisyah dan Mandy Chong Wei Tze pula memeluk Nurzaharah dengan lembut .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Aivira mengambil gelas di gantungan dan terus membuka Peti Ais .

Selepas dia mengisi gelasnya dengan jus perahan buah , dia duduk di atas kerusi .


" Bila korang berlatih ? " Tanya Puan Fiinura dengan lembut .


" Esok kitorang mula . Esokkan budak bertiga tu cuti . Jadi . Selama cuti tu kot kitorang berlatih . " Balas Aivira dengan jelas .


" Kat mana Abang Didie ajak abang dan kawan - kawan abang berlatih ? " Tanya Areel dengan tenang .


" Kat Pulau . Abang tak ingat sangat apa yang Abang Didie korang cakap hari tu tapi . Dia cakap . Pulau tu macam jadi tempat latihan terakhir untuk jadi Pahlawan DiRaja Lagenos . " Jawab Aivira dengan lembut nadanya .


Puan Fiinura mematikan api dapur dan mengambil sebuah bekas untuk memindahkan hidangan sarapan mereka sekeluarga . " Ai dah sedia untuk mati ke ? "


" Apa mak ni . Tanya macam tu pula . ' Kang ' nanti mati betul - betul anak bujang mak yang kacak ni . " Balas Aivira dengan agak pantas . " Bertahun mak menangis meleleh hingus tak henti - henti . "


" Kacaklah sangat . " Kata Aqeel dengan jelas sambil tangannya mengambil gelasnya .


" Janganlah cemburu . Tak elok untuk roh korang . " Kata Aivira lalu tertawa kecil .


" Mak tanya betullah . Bukan nak gurau . " Kata Puan Fiinura dengan lembut lalu meletakkan sepinggan besar Mee Goreng panas di atas meja . " Mak ni salah seorang Ketua Panglima DiRaja . Hanya terima arahan daripada Mendiang Raja Winsa dan Permaisuri Fiirapi . Lepas Didie dan Sheila ditabalkan jadi Raja dan Puteri Kerajaan Lagenos . Mak dan pasukan mak hanya boleh mematuhi arahan Permaisuri Fiirapi dan diorang berdua tu je . "


" Apa beza pasukan bawah Permaisuri Fiirapi dengan Didie ? " Tanya Aivira .


" Pasukan mak , dipanggil Pasukan Panglima DiRaja . Pasukan Didie , dipanggil Pasukan DiRaja Lagenos . " Balas Puan Fiinura dengan lembut . " Beza dia . Pasukan mak . Ketuai pasukan Pahlawan DiRaja . Pasukan Didie pula . Ketuai semua unit Pahlawan yang ada kat kerajaan ni . "


Aqilah menjengah ke ruang dapur dan dengan lembut , dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi .


" Mak cakap tadi . Mak salah seorang Ketua Panglima DiRaja . " Balas Aivira lalu mencedok mee ke pinggannya . " Mak pernahlahkan berlatih kat pulau tu . "


Puan Fiinura melabuhkan punggungnya di atas kerusi . " Pernah . Terus - terang mak cakap . Itu kali pertama dan kali terakhir mak masuk dan berlatih kat pulau tu . "

Dia menuang Kopi ke gelasnya . " Pulau tu , jadi salah satu tempat penilaian sama ada Ai , layak untuk bergelar Pahlawan DiRaja . Kalau Ai , gagal . Ai takkan dapat gelaran tu . Tangan mak ni . Tulang dia patah tiga tau . Tulang rusuk mak retak . Latihan kat tempat tu , memang keras . "


Aivira menganggukkan kepalanya dengan lembut sambil menyuap hidangan sarapannya .


Puan Fiinura mencedokkan sepinggan hidangan sarapan dan memberikannya kepada Aqilah . " Lepas Didie dah naiktaraf latihan yang ada kat pulau tu . Dan diiktiraf oleh seluruh kerajaan bersekutu . Peluang untuk dapatkan gelaran tu makin sukar . Dia dan Sheila pun habis patah - riuk berlatih kat situ . Terkehel tangan kaki . "

kemudian , dia mencedok hidangan sarapan untuk dirinya sendiri . " Tapi . Pasukan diorang je yang berani berlatih berulang - kali kat situ . Tapi , dalam akhir - akhir ni . Didie dan Sheila je yang dapat sampai ke penamat dengan kecederaan yang minimum . Yang lain , masih lagi patah sana sini . Tapi kecederaan diorang makin berkurangan . Pasal tu , pasukan diorang disegani oleh pasukan Kerajaan bersekutu . Berapa kerat je Pahlawan Kerajaan bersekutu yang sanggup berlatih kat situ . "


" Pasukan Panglima Putih tu ke ? " Tanya Aqilah .


" ' Aah ' . Balas Puan Fiinura dengan lembut . " Ai dah fikir masak - masak ke ? "


" Mak sokong Ai tak ? " Tanya Aivira dengan lembut .


" Mak sokong semua anak - anak mak . Kalau Ai nak jadi Panglima DiRaja . Mak bagi sokongan penuh kat Ai . Mak nak . Ai jadi contoh yang baik kat adik - adik . " Balas Puan Fiinura dengan lembut . " Mak bukan nak bangga sebab , kita ni keturunan Pahlawan . Cuma . Mak bangga kalau Ai . Teruskan legasi keluarga mak . Ai dan adik - adik , Hybrid . Bukan Aexrieca berdarah tulen macam mak .Tapi . Sekurang - kurangnya . Biarlah Ai jadi penerus Legasi Kepahlawanan keluarga kita . Biarpun . Berdarah Aecrieca Silang . "


Aivira tersenyum mendengar jawapan Puan Fiinura .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Hara jangan nakal tau . Nanti . Mesti kena marah . Kalau ada kerja sekolah . Mesti kena siapkan . Tak boleh tangguh . " Pesan Nurzahirah dengan lembut .


Nurzahirah dan Nurzaharah kelihatan berada di balkoni bilik mereka .

Sebelah mata mereka berwarnakan Elemen Warna dan Cahaya mereka .

Amat cantik dan bersinar . Seperti sebiji guli yang amat indah .

Warna Biru pada mata kanan Nurzahirah dan Warna Merah pada mata sebelah kiri Nurzaharah .


Nurzaharah memeluk kedua belah lututnya . " Kerja sekolah , banyak ? "


" Itu . Ikut Cikgulah . Kalau Cikgu bagi sikit , sikitlah . Kalau banyak , banyaklah kerja sekolah . " Balas Nurzahirah dengan jelas .


" Kalau tak siap . Cikgu pukul ? " Tanya Nurzaharah dengan lembut .


Nurzahirah menganggukkan kepalanya . " Kalau ada aktiviti luar sekolah . Hara kena ikut . Kalau tak . Nanti kena marah juga tau . " Kata Nurzahirah lagi .


" Aktiviti luar sekolah , apa ? " Tanya Nurzaharah dengan jelas .


" Contoh . Macam Main Bola ke . Badminton ke . Lumba lari ke . " Balas Nurzahirah melayan soalan Nurzaharah .


" Hara nak jadi pandai . Nanti . Sampai sana . Belajar sungguh - sungguh . Belajar banyak . Nak pandai cakap . Nak pandai macam - macam . " Kata Nurzaharah dengan nada terujanya bersulamkan wajah kakunya .


Nurzahirah tersenyum lalu memegang tangan Nurzaharah . " Boleh . Yang penting . Hara tumpukan perhatian . Jangan lawan cakap Cikgu . Yang paling penting . Ingat Tuhan . Solat . Jangan tak solat . "


Nurzaharah menganggukkan kepalanya lalu berdakapan dengan Nurzahirah .


" Belajar . Lama kat sana . Mesti rindu kakak . " Kata Nurzaharah dengan lembut .


Nurzahirah mengeratkan dakapannya terhadap tubuh Nurzaharah dan membelai rambut Nurzaharah yang ikal mayang dengan lembut .


" ' Woi ' perawan sunti . Korang tak siap lagi ke ? " Tanya Siti Nursamawi dari sebalik pintu dengan lembut .


" Cepatlah . " Kata Sheila Asyikin dengan manja . " Dah pukul berapa dah ni . "


" Kacau . Nak sayang - sayang . Nak manja - manja . Kacau . " Kata Nurzaharah dengan lembut .


Nurzahirah hanya tertawa kecil .


Kelihatan Ahmadi dan Pendekar Bayu sedang berborak di balkoni rumah .


" Takpe . Kes dekat sini . Ayah tolong uruskan dulu . Didie teruskan latihan pasukan Didie kat sana . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas . Dia seakan memujuk Ahmadi yang sedang bertarung dengan firasat dan perasaan sendiri .


Ahmadi mengeluh dan menganggukkan kepalanya . " Putih akan teruskan siasatan diorang . Pasukan dia dah berpecah jadi dua kumpulan . Satu berkawal kat Dinding Vortex . Satu kumpulan lagi kat dunia ni . Apa - apa hal . Memang dia akan cari ayah dulu . "


Pendekar Bayu menganggukkan kepalanya . " Kumpulan ayah pun akan berpecah untuk menyiasat . Apa - apa maklumat nanti . Kita kongsi . "


Ahmadi menjengahkan kepalanya ke arah ruang dalam rumah .

Dia terlihat akan Siti Maisarah , Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah membawa Bag Bagasi yang agak besar .


" Akak bertiga bawa apa dalam Beg besar tu ? " Tanya Ahmadi dengan jelas dengan dahinya berkerut sedikit . " Peti Ais ke ? "


" ' Eh ' . Bukan Didie cakap . Kita lama ke kat sana ? " Tanya Siti Nurjannah .


Ahmadi berdiri dan kemudian , dia menyandar pada bibir pintu . " Memanglah . Tapi . Bukan kat Hotel . Bukan kat Homestay . Kat dalam Pulau . Dalam Hutan . "


" Dah tu ? Kenalah bawa Khemah jugakan ? " Tanya Khalid dengan tenang dan jelas . " Didie nak kitorang tidur kat mana ? Atas pokok macam Monyet ? "


" Khemah ke . Rumah ke . Bilik ke . Kita takkan sempat nak buat kat sana nantilah . Kita tidur dalam Hutan tu , tidur macam tu je . Takdenya dalam Khemah bagai . " Celah Sheila Asyikin dengan manja .


" Korang nak berlatih ' hape ' ni sampai Khemah pun tak boleh nak bawa ? " Tanya Mak Teh Sanggul . " Tentera buat latihan kat hutan pun buat Khemah jugalah . "


" Ni bukan latihan ketenteraanlah Mak Teh sayang ' wei ' . " Balas Ahmadi dengan wajah semacamnya sambil menggaru kepalanya . " Bawalah . Bawa . Tapi . Jangan cakap nanti . Didie tak cakap ye . "


Stephen Akio Kenzo menyandang Bag Perkhemahannya dan berjalan menuju ke halaman rumahnya .

Ketika dia berada di situ , dia mendapati bahawa , rakan - rakannya telah tiba bersama sebuah Van .


" Lambatlah . " Kata Adam yang bersandar pada Pintu Van .


" Banyak nak bawa ni . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan tenang . " Banyak tak korang bawa ? "


Muniandy menggerakkan kepalanya agar Stephen Akio Kenzo melihat sendiri .


Tertawa Stephen Akio Kenzo melihat begitu banyak Bag - bag yang berada di dalam Van itu .


Mak Teh Sanggul mengucup dan membelai kepala Nurzaharah . " Jangan nakal tau . Cuti sekolah nanti . Balik sini . "


Nurzaharah menganggukkan kepalanya . " Hara balik . Nenek Teh masak sedap - sedap . Hara makan banyak . "


Mak Teh Sanggul menganggukkan kepalanya lalu , menyapu air matanya yang sedikit tumpah .


Nenek Diana memeluk dan mengucup kedua belah pipi dan kepala Nurzaharah dengan lembut . " Jangan sombong ya . Ingat . Pesan Onyang . Hati yang baik . Orang akan sayang . Hati yang jahat . Orang akan benci . Biar kita dibenci pasal hati yang baik daripada , disayangi pasal hati yang jahat . "


Nurzaharah menganggukkan kepalanya .


" Apahal korang pun bawa banyak sangat barang ni ? " Kata Ahmadi dengan wajahnya berkerut . " Korang ingat kita nak pergi melancong ke ? "


" Ayam Turki . Awak juga yang cakap kita berlatih kat Hutankan . " Balas Maera dengan tenang . " Mestilah bawa Khemah . Kit Perubatan . Pisau - pisau . Tali . "


" Memang aku yang cakap tapi . Khemah ni semua tak guna kat sana . " Balas Ahmadi dengan wajah dan gerak tubuh badannya yang bersahaja .


" Habis tu , kalau tak bawa semua barang ni . " Kata Siti Hawa dengan lembut dan jelas . " Nak tidur , nak makan macam mana ? Awak cakap ni macam latihan survivalkan ? "


" Memang macam latihan survival tapi , macam . Bukan sama . " Celah Sheila Asyikin dengan manja dan lembut .


" Habis tu , kalau tak bawa semua kelengkapan ni , macam mana kita nak survival dalam hutan tu ? " Tanya Ratni pula dengan agak pantas sambil keningnya terangkat sebelah .


" Bukan aku cakap , ini latihan untuk korang guna semua Elemen Warna dan Cahaya korang ke ? " Tanya Ahmadi dengan tenang dan bersahaja lalu berpeluk tubuh .


" Jadi ? " Tanya Naera dengan lembut .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Aivira melakukan Skipping Jump di dalam kawasan Kem Pahlawan Aexrieca .

Kem itu menempatkan para Pahlawan daripada Puak Aexrieca .

Daripada darah tulen dan darah campuran .


Telah lebih sejam Aivira melakukan senamannya . Dengan mata yang terpejam , dia meneruskan aktivitinya itu .


Aqilah yang baru sahaja menyiapkan laporan pasukannya menuju ke arah tempat di mana Aivira berlatih .

Ketika dia sedang berjalan itu , dia berselisih dengan seorang anggota bawahannya .

Seorang Pahlawan Wanita berambut Magenta .


" Abang Kapten tu , tinggi betul stamina dia . " Kata Pahlawan Wanita itu dengan lembut . " Dah lama dia buat lompatan tali tu . "


" Sejak dari dia datang ke ? " Tanya Aqilah dengan jelas .


" ' Aah ' " . Daripada kitorang mula berlatih tadi sampai dah habis . " Balas Pahlawan Wanita itu sambil mengesat peluh yang membasahi dahinya . " Dia masih lagi melompat kat situ . "


Aqilah hanya tersengih lalu menyuruh anggotanya itu balik berehat .

Ketika dia tiba di kawasan latihan itu , dia melihat beberapa Pahlawan sejawatannya dan beberapa anggota bawahan duduk di atas tanah sambil memegang bisep dan trisep tangan mereka .


" Yang korang ni , kenapa pula ? " Tanya Aqilah dengan nada hairan menyelimuti suaranya .


" Tinggi betul stamina abang awak tu . " Balas Rodina dengan jelas . Seorang Pahlawan Aexrieca Lelaki yang sejawatan dengan Aqilah . " Diorang ni dapat buat 120 ke atas tekan tubi . Saya yang sama pangkat dengan awak dapat dapat buat 170 ke atas . Kitorang dah habis . Abang awak masih ' steady ' lagi . "


" Apa kerja abang Kapten Aqilah kat Dunia Manusia ? Pahlawan juga ke ? " Tanya salah seorang anggota bawahan Rodina .


" Mak saya cerita . Abang saya tu . Penyiasat je . " Balas Aqilah dengan tenang .


" Penyiasat apa ada stamina tinggi macam tu . " Kata Rodina dengan agak pantas dan jelas .


" Tapi . Mesti tenaga dia pun ada hadkan . Mana ada benda atau makhluk kat dunia ni takde limit . " Kata Aqilah cuba untuk mengurangkan rasa kekaguman semua yang berada di situ .

Selepas itu , dia dengan bersahaja mengambil sebutir batu dan terus sahaja melemparnya dengan kuat ke arah Aivira .


Tanpa disangka , Aivira yang sedang melompat dengan mata terpejam , mengelak lontaran batu Aqilah tadi .


Sekali lagi Aqilah melakukan perbuatan yang sama dan hasilnya tetap sama .

Selepas itu , dia menganggukkan kepalanya . " Abang saya tu . Dah bukakan deria dia . Dia macam berlatih untuk kekalkan kestabilan deria dia . "


" Puak kita memang pakar dalam hal - hal menjejak dan mengesan . " Kata Rodina dengan tenang . " Mungkin pasal tu . Abang awak nak pastikan tahap deria dia dalam keadaan yang stabil . "


" Ada antara kita yang ikut berperang masa Akham Nessela tu dibebaskan . Kitorang nampak . Pergerakkan abang saya memang pantas . " Kata Aqilah dengan lembut . " Bentuk Hybrid Aexrieca dia lain . "


" Saya ada dengar pasal tu . Dia ada segmen tambahan kat bahagian belikat dia . Perisai Kepala dan wajah dia pun lain . Macam satu segmen atau macam tulang yang membentuk menjadi Perisai Kepala abang awak tu . Budak - budak dan rakan - rakan kita yang ikut perang tulah cerita kat saya . " Kata Rodina dengan jelas . " Tak macam saya . Pahlawan Aexrica darah tulen dan darah Aexrieca Hybrid macam awak . Kita mana ada segmen macam tu . Kita cuma ada Elemen Warna dan Cahaya untuk hasilkan Baju Perisai kita . "


" Saya nak tengok . Sejauh mana kepantasan abang saya . " Kata Aqilah lalu dia bergerak ke arah Aivira .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ahmadi bersama yang lain menjelma di dalam kawasan Istana .


Ahmadi bersama dengan semua rakan lelakinya , muncul di halaman Istananya manakala Sheila Asyikin bersama dengan rakan wanitanya termasuklah Mandy Chong Wei Tze , Siti Aisyah pula muncul di halaman Istana milik Sheila Asyikin .


Mereka yang telah berkahwin juga muncul di bersama dengan Sheila Asyikin .

Termasuklah Nurzahirah dan Nurzaharah .


" Kita letak Bag dulu kat sini . Kita jumpa bonda dulu . " Kata Sheila Asyikin dengan manja . " Abang - abang dan kakak yang disanjungi semua pula . Bermalam kat Istana bonda . "


" Si kembar ni ? " Tanya Siti Maisarah dengan lembut .


" Sheila nak ajak diorang bermalam kat sini . Tapi bonda mesti tak bagi . " Balas Sheila Asyikin dengan lembut dan manja . " Cucu tiri dia kot . "


" Korang letak je Bag korang kat sini . Kita jumpa Ai . " Kata Ahmadi dengan bersahaja .


" Dia kat mana ? " Tanya Maera dengan tenang .


" Aku hubungi Aqilah tadi . Diorang ada kat Kem Pahlawan Aexrieca . " Balas Ahmadi dengan jelas .


" Kita nak pergi sana naik apa ? " Tanya Stephen Akio Kenzo .


Aqilah menghampiri Aivira yang masih lagi meneruskan senamannya .


Ketika Aqilah hendak menyerang Aivira , baru sahaja dia hendak bersedia , dia sedikit tersentak kerana , Aivira telah hilang daripada pandangan matanya .

Beralih ke kedudukan yang lain dengan masih lagi melompat - lompat .


Rakan - rakan Aqilah bersama para Pahlawan yang turut berada di situ juga sedikit tertarik dengan kepantasan Aivira yang menyedari pergerakkan Aqilah .


Sekali lagi Aqilah hendak menyerang Aivira . Hasilnya tetap sama . Baru sahaja dia melangkah setapak , Aivira telah pun beralih daripada kedudukannya tadi .


" Nak teman berlatih ke ? " Tanya Aivira dengan tenang dengan meneruskan senamannya namun , membelakangi Aqilah dengan matanya yang masih terpejam .


Aqilah tersenyum lalu cuba menghampiri Aivira . Baru sahaja beberapa tapak dia melangkah , Aivira sekali lagi mengubah kedudukannya .


Aivira memusingkan kedudukannya menghadap ke arah Aqilah dengan matanya yang masih lagi terpejam .

Dengan senyuman yang terukir di bibirnya , dia mengeluarkan helaian Sutera Labah - labah daripada belakang kepalanya dan terus menutupi matanya . " Marilah . Abang tutup mata ni . Kata Kapten Hybrid Aexriecakan . Tunjukkan kat abang apa yang Aqilah mampu buat . "


Terasa seperti tercabar , Aqilah tersenyum dan terus menjelmakan Pedang Lurusnya lalu dengan pantas , dia meluru ke arah Aivira .

Ketika dia telah memasuki ke kawasan lingkungan ' pengesanan ' Aivira , ribuan helaian Sutera muncul daripada permukaan tanah dan menyerang Aqilah .


Aqilah dengan pantas berundur ke belakang dan menyembur Api daripada mulutnya ke arah helaian Sutera yang dihasilkan oleh Aivira tadi .


Aivira berhenti daripada senamannya dan mengawal helaian Sutera yang dijelmakannya tadi dengan pengawalan mindanya .

Sebilah Pedang Lurus terhasil dan diacukannya Pedangnya itu ke arah Aqilah .


Aqilah dengan pantas melenyapkan dirinya dan muncul semula di atas Aivira .


Aivira merendahkan tubuhnya dan terus menendang Aqilah dengan agak padu .


Aqilah mengelak serangan Aivira tadi dan terus bermain pedang dengan Aivira .


Latihan Pedang antara Aqilah dan Aivira itu , berlangsung dengan pantas dan menarik perhatian semua rakan Aqilah dan para Pahlawan yang berada di situ .


" Pantasnya Kapten Aqilah menyerang . " Kata salah seorang Pahlawan Lelaki . " Tapi . Abang Kapten Aqilah macam endah tak endah je menepis serangan Kapten Aqilah tu . "


Dengan mata terpejam . Aivira melayani serangan Aqilah yang padu dan bertali arus .


Aqilah terseret ke belakang akibat menahan libasan udara Aivira yang agak kuat .

Ketika dia terseret itu , dia melibaskan Pedangnya ke tanah lalu , tumbuhan besar keluar daripada tanah dan meluru ke arah Aivira dengan pantas .


Aivira dengan tenang , berputar sambil melibas - libaskan Pedangnya untuk memotong tumbuhan - tumbuhan yang cuba untuk menangkapnya .

Selepas itu , dia melompat ke belakang dan kembali mengacukan Pedangnya ke arah Aqilah .

Dia berbisik di dalam hatinya . " Adik saya ni . Elemen Api ke ? Kalau Elemen Api , kenapa dia guna Teknik Gabungan Elemen Air dan Tanah ? "


Aqilah meluru ke arah Aivira dengan pantas dan terus melancarkan serangan Pedangnya yang pantas .


Aivira menahan dan menepis segala serangan pedang Aqilah namun kali ini , dia meningkatkan kepantasannya kerana Aqilah meningkatkan kelajuan serangannya .


" Itu kelajuan sebenar Kapten Aqilah . Takde siapa antara kita yang dapat elak serangan pantas dia tu . " Kata Rodina dengan tenang . " Dalam Puak kita ni . Tak kisahlah . Hybrid atau tulen . Memang takde siapa yang dapat tandingi kepantasan Kapten Aqilah . "


Aivira mula berasa akan kehebatan serangan Aqilah .


Aqilah melompat ke belakang dan berubah kepada Mode Tempur Hybridnya .

Dengan pantas , dia menyerang Aivira dengan lebih pantas .


Aivira menjadi sedikit kelam - kabut mengelak dan menepis serangan Aqilah .

Dengan pantas , dia menyerang perut Aqilah dengan kuat namun , Aqilah mengelak serangannya itu .

Selepas itu , dia melompat ke belakang dan memandang ke arah Aqilah dengan matanya yang terpejam dan berbalut sambil mengacukan senjatanya ke arah Aqilah .


Aqilah tertawa kecil . " Dah mula nak serius ke ? "


Aivira tersenyum lalu , berlari ke arah Aqilah sambil berubah kepada Mode Hybrid Aexriecanya .


Semua Pahlawan yang berada di situ berdiri dan memusatkan pandangan mereka ke arah Aivira .


Pertembungan Pedang Aivira dan Aqilah menghasilkan satu Letusan Gelombang Elemen yang kuat .


Permaisuri Fiirapi memeluk Nurzahirah dan Nurzaharah dengan lembut dan erat .

Selepas itu , dipandangnya wajah Siti Maisarah dan semua yang berada di situ sambil tersenyum . " Apakah anakanda semua ini bermalam di sini ? "


" Benar bonda . Anakanda sekalian akan bermalam di sini . Kerana , anakanda sekalian akan berlatih di bawah kelolaan Adinda Pawana dan Adinda Pawaka . " Jawab Siti Maisarah dengan lembut .


Permaisuri Fiirapi menganggukkan kepalanya berserta senyumannya . " Adinda Pawana telah mengkhabarkannya kepada bonda . Jika begitu . Berehatlah dahulu . Kerana , latihan itu memerlukan tenaga yang banyak dan kekuatan mental yang tersangatlah lasak . "


" Ampunkan anakanda bonda . Anakanda berserta kenalan anakanda ingin ke Perkampungan Puak Aerieca . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut . " Kanda Pawana telah telah pun berada di sana . "


" Pergilah . Bonda perkenankan . Akan tetapi . Janganlah pulang terlalu lewat . Kita semua akan menyantap hidangan malam bersama . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut .


Serangan yang dilancarkan oleh Aivira dan Aivira mengalirkan kekuatan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya mereka .


Aivira berundur ke belakang lalu menghasilkan Bebola Tenaganya dan terus melancarkannya ke arah Aqilah .


Aqilah meletupkan Bebola Elemen Aivira tadi dengan hanya melibas Pedangnya .


Satu letupan terhasil dan daripada kepulan api dan asap letupan itu , Aqilah meluru keluar dan terus kembali menyerang Aivira .


Aivira dan Aqilah kembali bermain Pedang dengan pergerakkan yang pantas .


Ahmadi dan rakan - rakannya keluar dan berjalan ke arah kawasan tempat latihan itu .


Para Pahlawan yang berada di situ dengan pantas memberi laluan kepada Ahmadi dan rakan - rakan Ahmadi .


" Dia nak bunuh adik dia ke ? " Tanya Ratni dengan lembut .


" Diorang berlatih ni . " Kata Siti Hawa dengan jelas .


" Tak tahu pula saya yang Aivira ni ' terer ' dengan Free Style Martial Art . " Kata Muniandy dengan tenang .


" Tu bukan Free Style Martial Art - lah . Itu Seni Artaro . Seni Bela Diri yang ada kat dunia ni . Puak Aexrieca memang pakar dalam teknik seni ni . Aku pun tak tahu bila dan macam mana dia belajar teknik ni . Setahu aku . Aku orang pertama yang ajak dan bawa dia ke dunia ni . Masa kitorang selamatkan Puan Fiinura dulu . " Kata Ahmadi dengan bersahaja . " Mungkin , Puan Fiinura yang ajar kot . Tapi . Tengok daripada seni libasan , teknik tepis dan teknik mengunci . Macam Seni Artaro lama . "


" Mana awak tahu ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan tenang . " Awak pun belajar juga ke ? "


" Aku ada belajar teknik bela diri ni tapi , lama baru aku pandai . Memang susah gila . " Balas Ahmadi dengan tenang .


Aqilah terseret ke belakang menahan sepakan daripada Aivira .


Aivira melompat ke belakang dan sebaik sahaja dia mendarat , dia terus bersedia dengan posisi yang unik dengan menggayakan teknik gaya Pedangnya .


Siti Nursamawi tertawa kecil . " Bergaya sungguh dia depan adik dia . "


Aqilah mencucuk mata Pedangnya ke tanah lalu , satu corak Elemen terhasil .


Aivira dengan tenang , melompat ke udara lalu , satu letupan berlaku bersulamkan satu asap yang agak tebal .

Dia muncul semula dari kepulan asap tadi bersama dengan sebilah lagi Pedang Lurus .

Sebaik sahaja dia mendarat semula , dia memusingkan - musingkan dan memutar - mutarkan kedua belah bilah Pedangnya dan selepas itu , dia melemparkan kedua - dua bilah senjatanya itu ke arah Aqilah namun , serangannya tersasar .

Kedua - dua bilah senjatanya itu tercucuk ke tanah .


" Tersasar pula serangan dia . " Kata Naera dengan lembut . " Hebat juga Aqilah . "


Stephen Akio Kenzo tersenyum melihat ke arah teknik Aivira .


Ahmadi memukul bahu Stephen Akio Kenzo dengan lembut . " Kau perasan ke ? "


" Perasanlah . Saya pun suka guna teknik tu . Mungkin beza dia . Macam mana Ai hasilkan teknik tu je . " Balas Stephen Akio Kenzo lalu berpeluk tubuh .


" Apa maksud korang ? " Tanya Adam dengan jelas .


" Ai akan menang latihan pertempuran ni . " Jawab Stephen Akio Kenzo dengan jelas dan tenang .


" Ye ke ? " Tanya Ratni dengan jelas .


Muniandy mengeluh dan kemudian , dia menggeleng - gelengkan kepalanya lalu berpeluk tubuh . " Perempuan hati busuk , hitam dan banyak dosa je yang tak boleh terima hakikat . Lelaki yang akan menang pertarungan ni . "


Ahmadi dan rakan - rakannya yang lain tertawa mendengar kata - kata Muniandy .


" Awak dah kenapa ? ! " Jerit Ratni dengan garang . " Celaka punya mulut ! "


" Saya cakap awak ke ? " Tanya Muniandy dengan jelas tanpa menoleh sedikit pun ke arah Ratni yang dirasuk perasaan amarah . " Terasa ke ? "


" Habis tu ? ! " Balas Ratni dengan garang dan lantang . " Awak sindir siapa tadi tu ? ! "


Belum sempat Muniandy hendak membalas kata - kata Ratni . Adam terlebih dahulu bersuara .


" Kalau Aivira memang latihan ni . Kita akan adakan pertarungan antara Andy dan Ratni . " Kata Adam dengan jelas sambil tersenyum . " Cakap banyak tak guna . Sindir - sindir pun buang masa . Biar korang berdua berpukul . Kita tengok . Siapa yang hebat . "


" Siapa yang menang , Didie akan beri hadiah yang lumayan . " Sampuk Naera dengan tenang sambil tersenyum .


" Pandai je korang lantik aku jadi penganjur . " Kata Ahmadi dengan nadanya yang bersahaja .


" Saya setuju ! " Kata Ratni dengan garang .


Muniandy tidak bersuara . Lidahnya gagal untuk berfungsi .


Maera memukul bahu Muniandy dengan lembut . " Awak ni . Malukan kaum lelaki je . Sahutlah cabaran Ratni tu . Takkan awak takut kot . "


Ratni tertawa kecil . " Suara je besar . Tapi lembik . Baliklah . Tak payah berdiri kat sini . Pergi balik . Minum susu . "


" Dengar tak tu ? " Kata Stephen Akio Kenzo pula sambil dirangkulnya leher Muniandy dengan lembut . " Malulah ' wei ' tengok awak kena sindir depan - depan macam ni . "


Muniandy hanya mendiamkan dirinya dengan wajah semacam .


" Tak payahlah awak semua nak pujuk dia . " Kata Ratni dengan jelas sambil tertawa kecil . " Orang banyak dosa memang macam tu . Hati hitam . Karat dah tebal sangat kat hati . Maklumlah . Pengendap . Mana berani . "


" Kalau kau tak buktikan yang kau bukan pengendap . Maaflah . Maafkan kitorang sangat - sangat . " Kata Ahmadi lalu mengeluh dan menggelengkan kepalanya . " Mungkin . Kitorang terpaksa percaya . Awak memang lakukan jenayah tak sopan tu . "


" Saya bukan pengendaplah . " Balas Muniandy dengan perlahan .


" Dah tu . Sahutlah cabaran Ratni tu . Dia tengah seronok tu . " Kata Adam pula dengan jelas .


" Korang nak ajar saya pukul perempuan ke ? " Tanya Muniandy dengan jelas namun perlahan nadanya .


" ' Eh ' . Tak . Tak . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan nada bersahaja lalu memicit - micit bahu Muniandy . " Takde . Kitorang tak ajar awak buat benda yang bukan - bukan . Takde . "


Aqilah mendepakan kedua belah tangannya lalu , sulur - sulur Pokok keluar daripada tanah dan terus meluru ke arah Aivira .

Selepas itu , dia menemukan pula kedua belah tapak tangannya dengan pantas lalu , sulur - sulur Pokok tadi menyerang Aivira dengan pantas .


" Apa Elemen Aqilah ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut .


" Elemen dia Api . Tapi . Dia rajin berlatih untuk buka semua Pintu Tenaga Elemen dia . Sekarang ni . Pintu Tenaga Elemen dia yang terbuka dah tujuh . " Jawab Ahmadi dengan jelas . " Dalam tahap ni . Dia dah boleh guna Elemen Gabungan Air dan Tanah yang ada kat dalam badan dia . Elemen Gabungan , penting untuk kuatkan serangan . Korang pun boleh hasilkan Elemen Gabungan kalau Pintu Tenaga Elemen korang dah terbuka . "


" Jadi , Tenaga Elemen Warna dan Cahaya dia Merah . Elemen Api . " Kata Siti Hawa dengan lembut . " Disebabkan Pintu Elemen Tenaga dia dah banyak yang dah terbuka . Dia boleh hasilkan Teknik Elemen Gabungan . "


" Betul . Betul . Elemen Utama dia , Api . Teknik - teknik unsur api . Tapi , kat tahap ni . Dia dah boleh gunakan Teknik Elemen Gabungan Tanah dan Air . Macam Elemen utama Maera dan Naera . Elemen Hijau dan Kuning . Tumbuhan - tumbuhan . " Kata Sheila Asyikin dengan manja dan lembut bersulamkan gaya bahasa tubuhnya yang kebudak - budakkan . " Teknik Elemen Utama dan Teknik Gabungan Elemen penting untuk hasilkan serangan yang besar . "


" Contohnya , macam ni . " Kata Ahmadi lalu menghasilkan Bilah Air bersalutkan Angin pada penumbuk kanannya . " Tenaga Elemen Warna dan Cahaya aku . Senang cakap . Elemen Utama akulah . Biru dan Putih . Air dan Angin . Jadi . Aku dah boleh hasilkan Teknik Gabungan Elemen aku , Ais . "

Dia menukarkan Bilah Air dan Anginnya tadi kepada Bilah Ais bersalutkan Angin dan Air . " Bilah Ais ni . Aku dah hasilkan tengan gabungkan Elemen Utama aku tadi . Air gabung dengan Angin . Jadi terbentuklan Ais . "

Selepas itu , dia menukarkan pula Bilah Aisnya tadi kepada Bilah Tanah . " Disebabkan semua Pintu Tenaga Elemen aku dah terbuka . Aku dah boleh gunakan keempat - empat Elemen Utama yang ada dalam diri aku iaitu Air , Angin , Tanah dan Api untuk hasilkan apa - apa Teknik Gabungan Elemen yang aku nak . Tapi . Gabungan Teknik Elemen ni , tak sekuat seperti Teknik Elemen Utama . Kalau nak kuatkan Teknik Gabungan Elemen ni . Kena kuatkan dulu Teknik Elemen Utama . "


" Faham . Faham . " Kata Maera dengan jelas dan tenang .


" Setiap daripada kita semua . Ada Empat Elemen Utama . Air , Api , Angin dan Tanah . Tapi , hanya ada satu atau dua je yang akan dapat kita kawal daripada keempat - empat Elemen tadi . Kalau nak kawal keempat - empat Elemen tu , kena kuatkan unsur - unsur spiritual dalam seluruh tubuh badan kita dan dalam kesemua aktiviti harian kita . Dan , ada sembilan Pintu Elemen Warna dan Cahaya . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut dan manja nadanya . " Kalau kita dah buka kesembilan Pintu Elemen Tenaga ni . Pada akhir keputusan nanti . kita akan dapat gunakan pula kelebihan Teknik Tujuh Elemen Warna dan Cahaya . "


" Pahlawan Tujuh Warna . " Kata Siti Hawa dengan lembut dan jelas . " Tapi , bukan semua Pahlawankan boleh jadi Pahlawan Tujuh Warna tu ? "


" Memang bukan semua . Tapi . Kita semua memang Pahlawan Tujuh Warna sebab , Elemen Utama kita , daripada empat Elemen utama tu . Dan , daripada tujuh warna . Warna Elemen Utama kita . Warna Primer ." Kata Sheila Asyikin dengan lembut dan jelas . " Tak macam kebanyakkan Pahlawan yang berelemenkan Elemen Gabungan . Warna Elemen Utama diorang , Warna Sekunder . "


" Korang kuasai dan kawal Tenaga Primer korang . Kalau korang dah dapat kawal Tenaga Primer tu . Maksudnya korang dah boleh buka dan guna Tenaga Sekunder yang ada kat dalam kesemua Pintu Tenaga tu . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Kalau korang dah dapat kawal Tenaga Primer dan Tenaga Sekunder dengan baik dan , dah boleh hasilkan teknik - teknik gabungan , korang akan dapat kawal pula Tenaga Elemen korang yang ketiga . Tenaga Elemen Tersier "

Kemudian , Ahmadi mengeluh . " Kalau korang dah mahir dengan pengawalan Elemen Primer , Elemen Sekunder dan Elemen Tersier korang . Korang akan automatik . Akan jadi Pahlawan Tujuh Warna . "


" Tapi , risiko dia tinggikan ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas setelah lama berdiam diri .


" Tinggi sangat . Kurang pengawalan . Korang cuma mampu untuk gunakan teknik - teknik yang biasa . " Balas Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Kalau tak dapat nak kawal , disebabkan kalah dengan sifat - sifat semua Elemen Warna dan Cahaya tu , korang akan jadi macam Akham Nessela . "


Rakan - rakan Ahmadi saling berpandangan .


" Aku dan Sheila sendiri pun . Ada ketikanya . Susah nak kawal . Sebabnya . Sheila , lapan Pintu Elemen dia dah terbuka . Jadi , Tenaga Elemen Sekunder kat dalam badan dia , dah mula nak serasi dengan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya Primer dia . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Pintu Elemen dia yang terakhir tu pula , dah nak terbuka . Dan , Elemen Tersier dia pula , dah mula nak sebati dengan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya Primer dan Sekunder dia . "

Selepas itu , dia menyangkutkan dagunya pada atas pagar kawasan itu yang diperbuat daripada Kayu Balak kecil dengan wajah yang bersahaja . " Aku pula . Semua Pintu Tenaga Elemen aku dah terbuka . Elemen Warna dan Cahaya Primer aku , dah sebati dengan Elemen Warna dan Cahaya Sekunder aku . Tapi , aku ada masalah dalam nak kawal Gelombang Tekanan Elemen yang terhasil daripada Elemen Warna dan Cahaya Tersier aku . Elemen Warna dan Cahaya Primer dan Sekunder aku , terganggu oleh Tekanan dan Gelombang Elemen Warna dan Cahaya Elemen Tersier aku tu . Hasilnya . Aku masih tak boleh nak gunakan Elemen Warna dan Cahaya yang penting untuk jadi Pahlawan Elemen Tujuh Warna . "


Kelihatan Aivira sedang berhempas pulas memotong dan mengelak serangan Aqilah yang pantas .


Aqilah meningkatkan kepantasan serangannya sebaik sahaja dia dapat melihat akan kawasan titik buta Aivira yang kelihatan terdedah .


Aivira melibas - libas Pedangnya untuk mengelak daripada ditangkap .

Selepas itu , dia melompat ke udara dengan pantas .


Satu sulur paut keluar dengan pantas daripada tanah dan terus berlilit pada sebelah kaki Aivira dan selepas itu , satu lagi sulur paut keluar daripada tanah dan menjerut leher Aivira .


Tidak lama selepas itu , semakin banyak sulur - sulur pokok keluar daripada tanah dan melilit dan mengikat tubuh Aivira .


Aqilah tersenyum sebaik sahaja dia berjaya menangkap Aivira .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Tidaklah berguna semua peralatan dan barangan ini wahai anakanda ku semua . Dengarlah kata - kata bonda . " Kata Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Di dalam hutan itu . Tidaklah dapat anakanda mempersiapkan akan semua ini kerana . Semua makhluk yang ada dalam hutan itu . Akan mengesan pergerakkan anakanda semua . Bukan itu sahaja malah . Mereka semua juga akan mengesan tenaga dan gelombang yang terhasil daripada Tenaga Elemen Warna dan Cahaya anakanda semua . "


Siti Maisarah dan semua yang berada di situ saling berpandangan .

Mereka semua telah pun bertukar pakaian kepada Persalinan DiRaja .


" Latihan di dalam hutan itu . Amatlah sukar dan bahaya . Akan tetapi . Hasilnya dapat membuka kesemua Pintu Tenaga Elemen Warna dan Cahaya kita . " Kata Permaisuri Fiirapi lagi .


" Ampun bonda permaisuri . Harap bonda ampun celahan anakanda . " Kata Daniel dengan lembut . " Sudilah kiranya . Bonda menceritakan . Apakah yang ada di dalam hutan itu . "


" Baiklah . Di dalam hutan itu . Pada awalnya . Terdapat ribuan Haiwan liar dan ganas . Yang tertarik dan sensitif terhadap bunyi dan Tenaga Elemen . Makhluk - makhluk itu akan berusaha untuk mengambilnya . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Dan . Jalannya pula . Amat bersimpang - siur dan mengelirukan . Pokok - pokoknya pula . Amatlah tinggi dan lebat daunnya . Jalannya seperti Labyrinth . "

Kemudian , dia memandang ke arah semua yang berada di situ . " Namun yang demikian . Selepas pertabalan Raja Pawana . Dan selepas dia mengetahui akan wujudnya Pulau itu . Dia telah melakukan penambahan dan perubahan . Dan akibatnya . Latihan di Pulau itu menjadi agak mustahil untuk disempurnakan . Ramailah juga yang berlatih di situ yang berputus asa . Berapa kerat sahajalah yang sanggup meneruskan latihan di sana sehingga berjaya . "


" Apakah perubahan dan penambahan yang dilakukan oleh Raja Pawana itu , bonda ? " Tanya Hagia Sofea dengan lembut .


" Bukan sahaja terdapat haiwan - haiwan liar dan ganas . Malahan . Terdapat ribuan Makhluk - makhluk Elemen liar yang tertarik dengan Elemen Warna dan Cahaya milik kita . " Jawab Permaisuri Fiirapi dengan lembut dan tenang . " Kawasan latihan itu diperluaskan . Jalan - jalannya juga semakin bersimpang - siur . Malah . Sebaik sahaja kita memasuki akan ke tempat itu . Kita akan diserang dengan pantas sehinggakan , serangan - serangan itu akan membuatkan kita terpecah daripada kumpulan . Hanya takdir dan kebetulan sahaja yang dapat mempertemukan anakanda semula . Dan juga dengan kecerdasan akal kita . "


" Apalah caranya untuk meluluskan dari di dalam latihan ini ? " Tanya Khalid dengan lembut .


" Anakanda semua perlulah sentiasa peka terhadap sebarang pergerakan semasa di dalam hutan itu . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan tenang . " Bukalah semua deria untuk merasa akan getaran pada setiap ruang udara . "


" Apakah pula peraturannya ? " Tanya Siti Maisarah dengan jelas .


" Tidak ada peraturan wahai Puteri Salju . Anakanda bebas lakukan apa sahaja untuk tiba ke satu tempat yang terakhir sebelum ke tempat penamat . " Jawab Permaisuri Fiirapi dengan lembut . " Pada peringkat terakhir latihan itu nanti . Anakanda semua akan bertarung dengan musuh yang sama tahap kekuatannya dengan anakanda . Musuh itu , amatlah sukar kerana , ia mampu melancarkan serangan yang sama seperti mana yang anakanda semua gunakan . Malah , tahu untuk menggunakan serangan yang ada pada anakanda tetapi , anakanda sendiri tidak tahu hendak akan mengenainya . Anakanda hanya tahu menggunakannya sekiranya , anakanda dapat menewaskannya . "


" Apakah lawan anakanda semua itu , berupa makhluk juga ? " Tanya Hagia Sofea dengan lembut .


" Tidak . Dia adalah Tenaga Elemen Warna dan Cahaya . " Balas Permaisuri Fiirapi dengan lembut dan tenang .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Aqilah mengawal sulur - sulur pokok yang dijelmakannya . Dia sedikit berhempas - pulas untuk menangkap Aivira yang masih mampu untuk melawan .

Selepas beberapa detik , dia berjaya membungkus Aivira di dalam sulur - sulur pokok tadi .

Dia tersenyum puas kerana berjaya menangkap Aivira .


Serentak dengan detik itu , dua bilah Pedang yang dilempar oleh Aivira yang tercucuk pada permukaan tanah di belakang Aqilah tadi bercahaya dan dengan pantas bertukar menjadi ribuan helaian sutera .

Dengan pergerakkan yang pantas , helaian - helaian Sutera tadi bertukar menjadi Aivira yang berada di dalam Mode Tempur Hybridnya .


Dengan tenang , Aivira menepuk - nepuk kepala Aqilah dan tertawa kecil .

Selepas itu , dia berubah semula kepada fizikal Manusianya semula . " Hebat adik abang . Tapi . Kena banyak berlatih untuk tewaskan abang . "


Aqilah terperanjat melihat Aivira menepuk - nepuk kepalanya dan dengan pantas dia menjarakkan dirinya .

Kemudian , dia juga berubah kepada fizikal Manusia Hybridnya lalu tersenyum .


" Betul tak ? " Tanya Stephen Akio Kenzo dengan tenang . " Aivira yang akan menang . "


" Secara automatik . Pertarungan antara Muniandy dan Ratni akan berlangsung sekarang . ' Ting - ting ' " . Kata Maera dengan agak kuat sambil tersenyum .


Ratni dengan garang berjalan ke arah Muniandy yang berdiri tegak bagaikan Patung .


Siti Nursamawi dengan lembut merangkul leher Ratni . " Dahlah tu . Kau ni pun . Jangan layan sangatlah diorang ni . "


Ratni meronta - ronta untuk memukul Muniandy yang tersengih yang sedang memandang ke depan .


" Korang ni . Bergaduh tak habis - habis . Esok - esok . Jodoh korang berdua . Berkahwinlah korang . " Kata Ahmadi pula dengan tenang .

Kemudian , ditendangnya betis Muniandy dengan lembut . " Kau ni pun satu juga . Tak habis - habis nak cari pasal . "


" Mati hidup balik sembilan belas ratus kali pun . Takkan saya ingin nak berkahwin dengan Perempuan hati busuk macam dia ni . Mustahil . " Balas Muniandy dengan jelas .


" Awak fikir saya nak ke kahwin dengan Lelaki kaki intai macam awak ? ! " Jerkah Ratni dengan lantang . " Awak ingat hati awak tu suci murni sangat ke ? ! "


" Sekurang - kurangnya . Takdelah busuk macam mulut awak . " Balas Muniandy dengan lembut . " Belacan lagi wangi kalau nak dibandingkan dengan bau mulut awak tu . "


" Apa awak cakap ? ! " Tanya Ratni dengan garang sambil terus meronta - ronta di dalam rangkulan Siti Nursamawi . " Lepaskan saya Siti ! Saya nak pijak muka celaka ni ? ! "


" Korang ni . Malulah sikit dengan rakan - rakan dan Pahlawan - pahlawan adik saya kat sini . " Kata Aivira dengan tenang dan lembut . " Kat sini pun nak bertekak juga . "


Maera tertawa besar . " Sejak bila awak jadi matang ni Ai ? "


" Dah jadi Abang . Kenalah matang . Baru adik ada hormat . " Celah Siti Hawa dan , kata - katanya itu disambut dengan gelak dan tawa oleh rakan - rakannya yang lain .


" Geli bulu hidung saya . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan kuat sambil tertawa .


" Korang nilah ! " Jerit Aivira dengan lantang dengan wajahnya yang menjadi agak merah sedikit kerana , Aqilah juga turut tertawa .


" Dahlah tu . Mari kita pergi kantin kejap . Borak - borak pasal latihan korang tu . Lepas tu kita balik Istana . " Kata Ahmadi dengan bersahaja sambil tertawa kecil .


" Uruskan Ratni ni dulu . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas sambil menunjuk ke arah Ratni yang sedang menggigit - gigit tangannya yang ' mengunci ' leher Ratni yang ingin meluru ke arah Muniandy .


Ahmadi mengeluh lalu memandang ke arah Muniandy .


" Saya tak bersalah . Dia salah . Saya tak salah . " Kata Muniandy dengan pelat keanak - anakkan .


" Die . Saya tolong awak . " Kata Naera dengan lembut . " Risau pula saya tengok . Dah macam Kepak Ayam saya tengok tangan Siti tu . "


Maera hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya .


Dengan bersahaja , Ahmadi dengan pantas menjelmakan akar berwarna Hijau Kebiruan dan terus mengikat kedua belah pergelangan tangan dan kaki Muniandy .


" ' Wui ' . ' Wui ' . Jangan buat macam ni ' wui ' . " Kata Muniandy dengan jelas .


Helaian rumput melilit bahagian mulut Muniandy .


Berkerut dahi Muniandy melihat perbuatan rakan - rakannya .


" Jangan risau . Kitorang tetap sayangkan korang berdua . " Kata Adam dengan lembut . " Ini untuk persefaman antara awak dan Ratni . "


Sebaik sahaja Siti Nursamawi melepaskan Ratni , dia dan semua rakan - rakannya , berpusing membelakangi Muniandy .

Ada di antara rakan - rakannya yang menutupkan telinga mereka .


Ratni berlari ke arah Muniandy dengan mata terjegil bersulamkan marah yang mendidih menggelegak .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Di dalam Kantin Kem Pahlawan Aexrieca , kelihatan Aivira sedang menyuapkan minuman ke mulut Muniandy .


Kepala Muniandy dihiasi dengan pelbagai saiz benjolan . Wajahnya pula bengkak sehingga kedua belah matanya tertutup .


" Dah . Dah . Malulah lelaki menangis . Awak kena sengat Lebah dulu lagi teruk daripada ni . " Kata Aivira dengan lembut sambil menyuapkan minuman ke mulut Muniandy .


" ' Shakit thau . Shamphai hhathi koang vuat wacam ni kat shaya ' . " Balas Muniandy bersama linangan air matanya . " ' Khitha khawan kut ' . "


" Nak Cawan ? " Tanya Aivira dengan lembut . " Jangan nak mengadalah . Bibir awak dah macam tayar pecah tu . "


Stephen Akio Kenzo meletakkan dahinya ke meja beralaskan tangannya .

Badannya bergegar menahan gelak tawanya .


Adam menyekah air matanya dengan kedua belah tangannya . " Awak cakap bahasa apa Andy ? Bahasa baru ke ? "


Stephen Akio Kenzo mengangkatkan kepalanya bersama dengan tawanya . " Awak patut tinggal kat Bulanlah . ' Kompom ' Makhluk Asing faham apa yang awak cakap . "


Ahmadi yang duduk di hadapan Maera dan Naera mengeluh . " Bukan korang berdua cakap tadi . Korang nak tolong aku ke ? Kenapa tak rawat Andy ? "


" Ratni , kawan . " Kata Naera dengan lembut sambil menggerakkan kepalanya ke arah Ratni .


" Andy pun kawan . " Kata Maera dengan tenang sambil menggerakkan kepalanya ke arah Muniandy .


Ahmadi menganggukkan kepalanya dengan perlahan dengan wajahnya yang bersahaja dan semacam . " Korang serba - salah . Dan , korang pergunakan aku . "


" Salah seorang kena dikorbankan . Andy lelaki . Jadi , dia kena terpaksa dan rela untuk dikorbankan . " Kata Naera dengan jelas .


" Ratni pula perempuan . Macam mana marah pun dia . Macam mana pun amuk dia . Kita sebagai lelaki kena ingat . Keras perempuan , macam kerak nasi . Kena air , lembutlah . Bagi apa yang dia nak tapi , jangan sampai yang tak masuk akal dan keterlaluanlah . Itu je . "


" Aku tak sangka juga Ratni balun Andy sampai bengkak macam tu . " Kata Ahmadi dengan perlahan sambil tersengih .


" Memang patut pun dia kena . Dia yang cari pasal dulu . " Balas Maera dengan tenang .


" ' Aah ' . Elok je Ratni tu gelak - gelak dengan Hawa tadi . " Kata Naera pula .


" Tapi saya rasalahkan . " Kata Maera dengan lembut . " Andy macam sukalah kat Ratni . "


Ahmadi dan Sheila Asyikin dengan pantas melenyapkan diri mereka dan muncul semula di tempat menu makanan dihidangkan dengan wajah yang agak terperanjat .

Manakala , rakan - rakannya yang lain terjatuh ke lantai kerana turut terperanjat sama .

Meja tempat mereka menikmati hidangan pula pecah dan hidangan mereka bertaburan di atas lantai .


Semua Pahlawan yang berada di kantin itu juga terperanjat melihat kejadian itu .


" Awak cakap apa tadi Maer ? " Tanya Ratni dengan suaranya yang jelas .


" Saya cakap tadi . Andy tu memang tak sukakan awak . " Balas Maera dengan lembut sambil tersenyum dan bergerak ke belakang .


" Saya bukan pekak . Saya dengar jelas apa yang awak cakap tadi . " Kata Ratni dengan tenang sambil memandang ke arah Maera .


Tiba - tiba Muniandy menjerit dengan suara yang agak kuat . " ' Pholis . Pholis . Adha pheremphuan gila mengamuk . Thangkhap dhia chephat ' . "


Aivira , Stephen Akio Kenzo dan Adam tertawa berdekah - dekah melihat telatah Muniandy .


" ' Aaaaa ' . " Jerit Adam dengan bersahaja dengan mengajuk cara Pondan menjerit . " Takutnya . "


Aivira memegang bahu Stephen Akio Kenzo sambil tertawa . " Dia tengah marah tu ' woi ' . "


" Memang teruklah korang . " Kata Stephen Akio Kenzo sambil tertawa .


Siti Nursamawi memberikan kaki meja kepada Ratni . " Kau bunuh jelah diorang . "


" ' Wui ' . " Kata Ahmadi lalu hendak mengambil kaki meja tadi namun , dia terhenti dan mengangkat ke dua belah tangannya dengan pantas dan bersahaja . " Okey . Okey . "


Sheila Asyikin memukul bahu Ahmadi dengan agak kuat dengan manja bersulamkan wajah kebudak - budakkan dan awet mudanya yang sedikit berkerut .


Siti Nursamawi mengacukan Glock Elemennya ke arah Ahmadi . " Kalau tadi aku boleh diam . Tapi yang ni . Dah kira ganggu emosi kaum aku ni . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Di dalam sebuah ruang yang kelihatan seperti Dewan kecil yang dihiasi dengan kemas dan indah , kelihatan Ahmadi dan semua rakannya duduk mengelilingi sebuah Meja bulat yang amat besar .

Turut berada di situ ialah Siti Maisarah bersama dengan suaminya berserta anggota kumpulan kecilnya dan Pasukan Sayap Merah dan Biru serta Nezza dan Lesas .


Siti Maisarah melihat ke arah Aivira , Stephen Akio Kenzo , Maera , Adam dan Muniandy yang dipenuhi dengan lebam dan bengkak pada wajah dan benjolan besar dan kecil pada kepala mereka .

Selepas itu , dia memandang ke arah Ahmadi . " Korang ni dah kenapa sampai ke sini korang bawa perangai gila korang ? "


Ahmadi hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal .


" Mulakan taklimat ni . " Kata Siti Khumairah pula .


Ahmadi menganggukkan kepalanya dan selepas itu , dia memandang ke arah semua yang berada di situ . " Korang dengar sini . Dengar betul - betul . Aku tak nak ulang dua tiga kali . "


Semua yang berada di situ , memusatkan tumpuan mereka ke arah Ahmadi .


" Esok . Kita akan menjalani latihan kat Pulau Hayan . Aku nak . Korang makan sarapan cukup - cukup . Kalau nak melantak . Melantaklah . " Kata Ahmadi dengan lembut dan tenang . " Aku sendiri tak tahu berapa lama kita ada kat sana . Cepat korang habiskan , cepatlah korang pulang . "


" Cuba awak terangkan kat kitorang . Kenapa awak tak galakkan kitorang bawa peralatan kitorang . " Kata Maera dengan jelas .


" Lesas . Kau bekas Pahlawan Panglima DiRaja . Cuba kau cerita sikit pengalaman kau berlatih kat Pulau tu . " Kata Ahmadi dengan jelas .


" Macam ni sebenarnya . Dalam hutan tu . Kita takkan dapat nak sediakan khemah untuk berehat . Jangankan tempat berehat . Nak makan pun susah sikit sebab , kita sentiasa diburu oleh haiwan buas kat sana . " Kata Lesas dengan tenang . " Tapi saya dengar daripada cerita Panglima Hose . Tuan Didie dah naikkan tahap kesukaran latihan kat Pulau tu . Jadi . Saya tak dapat nak bandingkan . Lagi satu sebab . Latihan ni untuk buka Pintu Tenaga Elemen kita . Jadi . Nak rehat ke , nak isi perut ke . Semua bergantung pada macam mana kita kita gunakan Elemen kita . Sebagai contoh . Kita hasilkan atau bina satu tempat untuk kita berehat dengan kawal semua apa yang ada kat dalam tu dengan pengawalan minda kita . Seingat saya . Kita akan dibekalkan sebungkus Uncang Mutiara Earchari dan Mutiara Kalma . Mutiara Earchari untuk samarkan Tenaga Elemen kita dan Mutiara Kalma pula untuk kekalkan teknik yang kita hasilkan tadi . Itu jelah yang boleh saya cakap . "


" Sebab lain adalah . Latihan ni untuk melatih kita untuk bersatu dengan Tenaga Elemen Semula Jadi . " Kata Sheila Asyikin dengan manja dan lembut . " Sebab tu kita perlu gunakan Teknik - teknik Elemen untuk latihan survival ni . "


" Cuba awak terangkan pula . Tahap kesukaran yang awak dah buat . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan tenang .


Ahmadi memandang ke arah Tatsumaki yang duduk rapat di sisi Siti Aisyah . " Tsu . Kau salah seorang Pahlawan DiRaja Lagenos . Cuba kau kongsi sikit pengalaman kau kat sana . "


" Kitorang dah banyak kali berlatih kat sana . Latihan ni , adalah latihan saya yang ketujuh . Kat dalam tu . Daripada sekecil - kecil makhluk sampailah ke sebesar - besar makhluk , diorang akan serang kita tanpa ada belas kasihan . Diorang akan kesan kita dengan mengesan Tenaga Elemen dan pergerakkan kita . " Kata Tatsumaki dengan lembut dan tenang . " Jangankan haiwan liar yang tahu gunakan Tenaga Elemen . Makhluk Elemen yang ganas dan buas pun akan serang kita sebab tertarik dengan Tenaga Elemen kita . "


" Masa saya dulu . Cuma ada haiwan liar je . " Kata Lesas dengan jelas .


" Okey . Jadi latihan ni . Kita kena guna apa je yang ada kat dalam hutan tu untuk terus hidup . " Kata Khalid dengan jelas . " Abang nak tanya . Macam mana kita nak makan kalau kita terus kena serang ? "


" Bersatu dengan Tenaga Elemen Semula Jadi . Setiap seorang , akan diberikan satu Beg . Ada makanan tentera , kit bantuan , Pisau dan segala yang diperlukan . " Balas Ahmadi dengan jelas . " Itu je keperluan yang disediakan . "


" Itu je ? " Tanya Siti Aisyah dengan agak perlahan . " Pakaian ? Kita kat dalam tu lama ' kut ' . "


" Itu pandai - pandai koranglah . " Balas Ahmadi dengan tenang . " Kalau korang rasa nak bawa Bag Pakaian korang . Terpulang . Tapi . Khemah . Aku tak benarkan . Khemah tu hanya buat korang mati lebih cepat . Sebab , korang perlu masa untuk siapkan dan kemas balik . Dalam selang masa tu , korang dah kena serang dah . Jadi . Memang buang masa . "


" Kalau aku nak dua Bag Makanan , boleh tak ? " Tanya Siti Nursamawi dengan agak perlahan nasa suaranya . " Satu Bag manalah cukup untuk aku . "


Ahmadi menggaru kepalanya . " Suka hati kaulah . Tapi . Aku cakap terus - terang . Dalam tu . Kau hanya akan fikirkan pasal rehat dan keselamatan kau je . Nak makan dah jadi perkara nombor dua atau nombor tiga dalam hidup kau kat dalam tu nanti . "


" Tak kisah .Yang penting . Aku ada makanan yang mencukupi . " Balas Siti Nursamawi sambil tersenyum .


Selepas itu , Ahmadi mengawal helaian - helaian kertas yang tersusun kemas di hadapannya dan mengagih - agihkannya kepada semua yang berada di situ .


" Ini Peta kawasan tu untuk korang . Satu matlamat . Satu destinasi . Satu tujuan . " Kata Ahmadi dengan jelas . " Tujuan kita semua , sama . Kita akan dihalang oleh semua makhluk yang ada kat sana . Diorang akan buat kita kelam - kabut dan akan pecahkan kita . Senang cakap . Kita adalah mangsa . "

Selepas itu , dia memegang helaian petanya . " Keluarkan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya korang . Setitik cahaya akan muncul kat peta ni . Cahaya tu , mewakili korang . Sejauh mana korang dah bergerak , korang boleh rujuk kat peta . Dan , bila kita dah kat sana nanti , kertas ni akan tangkap Tenaga Elemen semua orang . Korang boleh tengok setiap pergerakkan yang mewakili setiap daripada kita . "


" Cahaya tu sebenarnya , Cahaya Elemen Warna dan Cahaya kita . " Kata Sheila Asyikin dengan manja dan lembut . " Sebagai contoh . Sheila boleh tahu kat mana Hawa berada . "


" Die . Awak biar betul . " Kata Naera dengan jelas . " Labyrinth ni . Bersimpang - siur betul jalan dia . "


" Tak boleh bagi jawapan bocor ke ? " Tanya Hagia Sofea pula . " Teruk sangat ni . "


Ahmadi tersenyum . " Kita akan mula bersama - sama . Dan . Aku akan tunggu korang kat tempat penamat . "


" Awak tak berlatih sama ke ? " Tanya Muniandy dengan jelas sambil bertongkat dagu dengan matanya liar memerhatikan petanya .


" Tuan Didie dan Cik Sheila je yang dah boleh sampai ke tempat terakhir dengan kecederaan yang minimum . Dengan cacatan masa yang terpantas . " Kata Tatsumaki dengan jelas sambil dia juga melihat ke arah petanya . " Itu pun lepas dah berapa kali Tuan Didie dan Cik Sheila tu patah - riuk . "


" Jangan salah faham ' ae ' . " Kata Ahmadi dengan tenang lalu membetulkan kedudukannya di atas kerusi . " Aku dan Sheila pun akan berlatih sekali dengan korang . Cuma beza dia . Kitorang dah selalu berlatih kat sini . Jadi . Kitorang ada kelebihan sikit . "


" Hara faham tak peta ni ? " Tanya Nurzahirah dengan lembut sambil memegang bahu Nurzaharah .


" Faham . Tapi . Jalan susah . Sana , jalan . Sini jalan . Jalan , tiba - tiba takde jalan . Kena ikut jalan lain . " Jawab Nurzaharah dengan lembut . "


Ahmadi menggaru kepalanya sambil tersengih . " Macam nilah . Aku tengok muka korang semua dah macam Pekasam dah . Aku bagi petunjuk kat korang . "


" Apa dia ? " Tanya Adam .


" Kalau korang nak sentiasa ada dengan pasangan korang . Korang boleh kesan Tenaga Elemen pasangan masing - masing . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Yang paling senang . Korang berkepit jelah . Itu pun kalau korang dapatlah . Tapi yang penting . Korang kena peka dan bekerjasama kalau nak sentiasa kekal berpasangan . Kalau tak dapat . Korang kene bergerak solo . "


" Jadi , takdelah kita diserang sampai terpisahkan ? " Tanya Khalid dengan jelas .


" Yang serang kita bukannya seekor dua . Berpuluh - puluh sekali gus . " Kata Ahmadi dengan jelas .

Selepas itu dia meneguk minumannya untuk menghilangkan dahaganya . " Ada apa - apa soalan tak ? Nak tarik diri ke . "


" Tuan Didie . Saya nak tanya sikit ni . Tuan macam dah melampau sikit ni . " Kata Tatsumaki dengan lembut . " Kenapa peta kali ni nampak serabut ? Jalan dia makin sukar . Labyrinth dia makin banyak . "


" Kau jangan banyak bunyi boleh ? " Tanya Ahmadi dengan bersahaja . " Dah berapa lama kau tak ikut berlatih kat sana ? "


" Lamalah juga . " Jawab Tatsumaki lalu dia menayangkan petanya ke arah Ahmadi . " Tapi , soalan Tuan tu tak jawab soalan saya . "


Sheila Asyikin dengan pantas bangun dan berlari ke arah Tatsumaki dengan perangai dan wajah kebudak - budakkannya .

Selepas itu , dia menurunkan tangan Tatsumaki dan berbisik sesuatu ke telinga Tatsumaki .


Wajah Tatsumaki dengan pantas berubah menjadi kemalu - maluan dan memandang ke arah Ahmadi yang memandang ke arahnya dan ke arah Sheila Asyikin . " Okey . Okey . Kita anggap Tuan dah jawab soalan saya tadi . "


" Kenapa ? " Tanya Fateh dengan jelas .


" Banyak bunyi lagi , aku lempang . Hilang ingatan kau kejap lagi . Aku ajak korang tolong aku bersihkan Pulau tu . Banyak alasan korang . Itulah . Inilah . Nak berlatih sendirilah . Nak belanja barang rumahlah . Nak pergi kenduri ' sedaralah ' . Nak pergi beli barang sekolahlah . Nak pergi majlis anak kat sekolahlah . " Kata Ahmadi dengan bersahaja sambil menongkat pipinya . " Paquine dan Merowran pun sama . Korang ikut perangai dioranglah tu . Sudahnya , aku dengan Putih je yang tolong Tukang Kebun Istana bersihkan kawasan tu . "


Tatsumaki hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal .


" In pun sama . ' Ngelat ' juga . Ingat abang tak tahu ke . In pergi beli - belah dengan Kucina dan Witchie hari tu . " Kata Ahmadi lagi dengan tenang .


Sheila Asyikin hanya tersenyum dengan wajah kebudak - budakkannya yang semacam .


" Aku nak latih korang untuk capai tahap aku . Tak sampai kat tahap aku pun takpe . Sampai ke tahap yang lebih tinggi daripada tahap korang sekarang ni pun dah cukup . Jadi , hari tu . Aku ubah semua jalan kat Labyrinth tu jadi lebih sukar . Sampai aku sendiri pun susah sikit nak lepasi tahap tu . Tulang bahu aku tercabut masa aku buat penambahbaikan kat sana sebab kena serang . "

Selepas itu , dia mengangkat kertas petanya . " Aku ubah semua jalan sampailah ke peringkat akhir . Kat peringkat akhir nanti . Korang akan berlawan dengan lawan yang setanding dengan korang . Lawan yang tahu semua teknik - teknik yang korang ada dan , teknik yang ada pada korang . Tapi , korang sendiri pun tak tahu korang ada teknik tu tapi , lawan korang tu tahu untuk gunakannya . Teknik yang korang tak tahu nak guna tu , korang akan secara automatik tahu bila korang dah tewaskan lawan korang tu . "

Kemudian , dia tersenyum dan tertawa kecil . " Aku cakap terus - terang . Aku sendiri pun hampir mati kat peringkat akhir yang aku baru buat ni sebab , aku sendiri pun tak tahu , diri aku sekuat mana . Jadi . Elok korang fikir baik - baik kelebihan yang ada pada teknik - teknik korang sebelum gunakannya .


" Jadi . Didie ubah jalan 'sikit ' kat dalam Hutan tu pasal Didie marah kat budak - budak nilah ? " Tanya Siti Nurjannah dengan perlahan .


" ' Aah " . Balas Ahmadi dengan pendek sambil tersenyum . " Dan . Untuk latihan kakak dan abang - semua dan diorang ni . "


" Tsu . Korang dah lama kenal Didie nikan ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut lalu , dia mengeluh . " Tapi korang tak dapat kenal otak dia lagi . "


" Dia ada dua jenis gila . Gila pertama . Nampak kat perangai luaran dia . " Kata Ratni dengan jelas . " Gila dia yang kedua . Ada kat dalam otak dia . "


" Tengok daripada peta dia ni . Dia dah guna gila dalam otak dia . " Sampuk Muniandy pula dengan lembut . " Maksudnya . Dia nak kita separuh mati kat dalam latihan ni . Dan . Mesti banyak benda - benda merepek yang tak masuk akal kat latihan ni nanti . "


" Gila Raja korang ni . Dah pernah buat kitorang sikit lagi nak hantar dia pergi ke Hospital Sakit Jiwa . Nasib je dia ni normal lagi selepas dia kena periksa dulu . Kalau tak . Memang korang takkan kenal dia . " Kata Daniel pula . " Memang matilah macam ni . "


Lesas dan Nezza tertawa kecil mendengar kata - kata Daniel .


Ikhwan memandang ke arah Lesas dan Daniel . " Korang tak kenal dia 100 % lagi . Lepas korang ikut latihan dia ni . Dengan Izin Yang Maha perkenankan segalanya , korang akan kenal dia nanti . "


" Senang cerita . Korang semua adalah Pahlawan pertama yang akan berlatih kat dalam Pulau tu selepas aku buat sikit lagi pengubahsuaian dan penambahbaikkan kat sana . "Kata Ahmadi sambil tersenyum dan tertawa kecil . " Kalau ada apa - apa yang tak puas hati masa latihan ni nanti . Komplen kat diorang pasal tak tolong aku bersihkan kawasan hutan tu . "

Selepas itu , dia menghabiskan sisa minumannya . " Kalau takde apa - apa soalan lagi . Jom ke halaman . Aku ada sediakan sikit jamuan ringkas . Kita santai - santai sambil sembang - sembang . "


" Tsu . Awak jangan lari . " Kata Siti Hawa lalu berlari - lari kecil menghampiri Tatsumaki . " Saya nak cuci otak awak kejap . "


Siti Aisyah dengan pantas melindungi Tatsumaki .


" Cuba buat depan akak ! " Jerkah siti Maisarah dengan lantang . " Akak sumpah semua jadi batu ' kang ' .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Siren kecemasan yang dipasang pada sebuah Pelantar Minyak berbunyi menandakan ada pencerobohan berlaku .

Anggota Pasukan Pengawasan Syarikat yang mengendalikan Pelantar Minyak itu bergegas berlari ke bawah untuk bertemu muka dengan penceroboh .

Mereka juga menghubungi Ibu Pejabat mereka untuk memaklumkan insiden itu .

Namun , belum sempat mereka menjejakkan kaki mereka ke bahagian yang mereka tuju , beberapa siri letupan berlaku .


Letupan juga berlaku pada bahagian atas Pelantar Minyak itu .

Paip - paip besar yang menghantar minyak mentah terus ke loji minyak untuk diproses juga turut meletup .


Ibu Pejabat yang bertanggungjawab mengawal , menyelia dan mengendalikan Pelantar Minyak yang bernilai jutaan ringgit itu dengan segera memutuskan sambungan - sambungan paip itu daripada terus menyambungkan insiden letupan ke loji berkenaan .


Malam yang indah di laut yang luas terbentang diterangi dengan api yang marak menyala .


Disebalik cahaya api yang marak , kelibat beberapa makhluk berenang di dalam perut samudera dan terbang di dada udara dengan pantas sebelum hilang bagaikan asap malam di udara .


Pendekar Bayu , Pendekar Bara , Dato ' Panglima Lok Tujuh dan Dr . Hasyim baru sahaja hendak keluar bekerja .


Pendekar Bayu menjawab panggilan daripada Sougaena Sora Akio Kenzo .


" Apa hal kau telefon aku pagi - pagi ni ? " Tanya Pendekar Bayu dengan bersahaja .

Kemudian , dia duduk di atas tempat bahagian letak tangan sofa dan mengisyaratkan agar , Pendekar Bara , Dato ' Panglima Lok Tujuh dan Dr . Hasyim tidak memakai stokin dahulu . " Habis , tu siapa yang gantikan kita ? "

Dia juga mengisyaratkan kepada Aaoroon dan Mastura yang baru sahaja muncul di ruang itu untuk tidak memakai kasut terlebih dahulu . " Okey . Okey . Kita jumpa kat Gerai Nasi Kerabu kat tepi jalan masuk tu . "

Selepas itu , dia memandang ke arah semua yang berada di situ . " Jentayu akan ganti tempat kita semua kat Pasela . Dia nak , kita ni semua siasat insiden letupan Pelantar Minyak tu . "


" Termasuk kitorang berdua ke ? " Tanya Aaoroon dengan jelas .


" ' Aah '. " Jawab Pendekar Bayu dengan bersahaja . " Bawa keperluan korang berdua untuk lakukan siasatan awal . "

Selepas itu , dia berjalan keluar dengan bersahaja langkahnya .


" Awak nak ke mana pula ? " Tanya Dato ' Panglima Lok Tujuh .


" Saja nak berdiri . Tengok - tengok halaman rumah . Kot - kot , Putih datang nak jumpa aku . " Jawab Pendekar Bayu dengan tenang .


Seketika selepas itu , Putih muncul di halaman rumah bersama dengan pancaran Elemen Warna dan Cahayanya .

Dia tersenyum sebaik sahaja dia terlihat Pendekar Bayu berdiri di beranda rumah .


Pendekar Bayu memanggil Putih agar naik ke rumah lalu , dia duduk di atas kerusi .

Selepas itu , dia mempelawa Putih untuk duduk di depannya . " Ada apa - apa laporan untuk aku tak ? "


" Ada . Pasal tu saya datang . Pasal letupan kat Pelantar Minyak tu . " Kata Putih dengan lembut .


" Ada yang tak kena ke dengan letupan tu ? " Tanya Dr . Hasyim demgan tenang .


" Ada sesuatu yang mencurigakan masa kejadian letupan tu berlaku . " Balas Putih dengan lembut . " Ada beberapa anggota pasukan rakan Tuan Didie yang buat rondaan kat bawah laut , terlihat beberapa individu terjun ke dalam laut masa letupan tu . Bukan Manusia . Diorang berenang dengan pantas menuju ke Pantai Biru dan terus menuju ke Hutan . "


" Mana diorang tahu individu - individu tu , bukan Manusia ? " Tanya Aaoroon dengan tenang .


" Kepantasan renangan . Sama pantas dengan Makhluk Elemen Air . " Jawab Putih dengan lembut sambil tersenyum .


Pendekar Bayu berfikir sejenak dan selepas itu , dia menganggukkan kepalanya dan memandang ke arah Putih . " Baiklah . Kau tolong aku siasat hutan kat mana mangkuk tu hilang . Aku akan cuba tengok kat kawasan pantai yang menghubungkan paip antara pelantar dan loji . "


" Baiklah . " Balas Putih dengan tenang lalu turun semula ke bawah .


" Putih . " Panggil Pendekar Bayu dengan jelas .


Putih memandang ke arah Pendekar Bayu .


Pendekar Bayu mengeluh dengan tenang . " Jangan bagitahu kat Didie . Aku tak nak ganggu latihan diorang . "


Putih tersenyum dan menanggukkan kepalanya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Aivira bersama dengan semua rakannya dan yang turut bersama menjalani latihan , kelihatan telah bersedia .

Wajah mereka kelihatan amat bersemangat .


" Kita dua tau . " Kata Siti Aisyah dengan lembut sambil membetulkan Tudungnya. " Yang budak - budak tu , dah ada teman diorang dah . "


" Tapi . Cik Iecha kena sentiasa peka okey . Pasal . Kita takkan dapat rehat . Sebab , kita kena perlu bergerak pantas . " Balas Tatsumaki dengan lembut sambil membetulkan dan mengetatkan ikatan tali kasutnya .


" Kita kena sentiasa bersama . Ingat . Kalau ada salah seorang daripada kita yang telah terkeluar , kita kena tolong . " Kata Nurzahirah dengan lembut sambil memakai sarung tangannya . " Sentiasa berkerjasama . "


" Hara tak pernah buat . Mesti susah . Tapi . Kawan - kawan , ada . Kak Rara ada . " Kata Nurzaharah dengan jelas lalu mengangkat dan memakai Beg Galasnya . " Hara rasa . Suka . "


" Takpe . Latihan ni pun . Latihan pertama kitorang juga . " Kata Rissa dengan lembut sambil mengikat rambutnya . " Yang penting . Kita dapat rasa dan dapat agak dari mana serangan datang . "


" Kita masuk dulu . Lepas tu , kita tengok macam mana . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan jelas sambil mengelap Cermin Matanya . " Apa - apa pun , kita kena sentiasa dalam keadaan yang tenang . "


Shaza yang terbang di sisi kanan kepala Nurzaharah berpeluk tubuh . " Saya dah rasa cuak dah . "


" Apalah Shaza ni . " Kata Shaja yang terapung di sisi kiri kepala Nurzahirah yang menduduk dirinya di bahu kiri Nurzahirah . " Orang dah terikut dah . "


" Korang berdua kalau dah rasa takut , pergi balik . " Kata Ghowly dengan bersahaja sambil menyiapkan Pisau besarnya dipinggangnya . " Belum apa - apa lagi dah banyak bunyi . "


" Entahnya . Kita tak mula lagi . Dah macam - macam cakap . " Kata Burano sambil meregangkan otot tangannya . " Nanti tak pasal - pasal korang susahkan kitorang nanti . "


" Awak okey tak ? " Tanya Lesas sambil meletakkan Pedang Besarnya di belakang tubuhnya .


" Okey tak okey . Saya kena buat juga . " Kata Nezza dengan lembut lalu tergelak kecil . " Tuan Didie dah ajak saya . Saya takde pilihan . Saya kena buat sampai habis . Bukan senang dapat peluang ni . "


" Kita tunggu isyarat daripada Abang kejap . Dia tengah siapkan kawasan pintu masuk untuk kita . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut .


" Apa - apahal . Kita kena sentiasa berhubung okey . " Kata Ratni dengan lembut sambil membetulkan ikatan rambutnya .


Aqilah membetulkan sebilah Pedang pendek di belakang bahagian pinggangnya . " Tapi . Jangan buat bunyi banyak sangat . "


" Kalau tak dapat berhubung dengan Telepati . " Kata Siti Nursamawi dengan perlahan sambil mengunyah sebiji buah yang kelihatan seperti sebiji Epal . " Kita buat isyarat ketenteraan . Didie dan Sheila ada cakap . Isyarat ketenteraan Dunia Manusia dan Dunia Mitos , sama je . "


Stephen Akio Kenzo membetulkan dua bilah Tanto yang terdapat di kedua belah sisi pinggangnya .

Selepas itu , dia membetulkan pula sebilah Katana dan sebilah Ninja - to yang berada di belakangnya .


" Awak memang betul - betul nak pergi berperang ni . " Kata Adam dengan tenang sambil tersenyum .


Stephen Akio Kenzo hanya tertawa kecil .


Maera , Aivira dan Muniandy pula kelihatan sedang berbincang sesama mereka sambil melihat ke arah peta mereka .


Satu corak unik menyala pada tangan kanan Sheila Asyikin dan dia dengan pantas memberitahu akan isyarat itu kepada Siti Nursamawi .


Siti Nursamawi menganggukkan kepalanya lalu , bersedia . " Semua ! Berkumpul sekarang ! Bersedia ! Berkumpul dengan kumpulan masing - masing ! Cepat ! "


Ahmadi berjalan ke belakang lalu , dia terjatuh ke belakang kerana dia terlanggar sebongkah batu .


" Apalah . Nasib takde orang . " Kata Ahmadi selepas dia berdiri semula sambil dia membersihkan pasir pantai yang melekat pada bajunya . " Buat malu je . "

Dia yang telah pun membuka kesemua sembilan Pintu Tenaganya mula bersedia .

Rambutnya yang berwarna Biru , Biru Muda , Putih dan Perak beralun dengan lembut mengikut Gelombang Tenaga Elemennya .

Seperti warna yang menyelimuti rambutnya , warna matanya juga bersinarkan warna yang sama .

Selepas itu , dia mendepakan tangannya dan kemudian , dia mempertemukan kedua belah tapak tangannya dengan kuat dan pantas .

Tidak lama kemudian , seluruh anggota pasukannya muncul di situ .


Sheila Asyikin dengan perlahan berjalan menghampiri dan berdiri di sisi kiri Ahmadi .


" Korang okey tak ? " Tanya Ahmadi dengan jelas sambil tersenyum .


" Okey je . " Balas Khalid dengan jelas .


Sheila Asyikin membuka kesemua lapan Pintu Tenaga Elemennya sehingga menyebabkan Warna Elemennya yang berwarna Merah , Kuning dan Jingga menyinari setiap helaian rambutnya .

Sama seperti warna rambutnya , matanya juga turut menyinarkan warna yang sama .

Tidak seperti Ahmadi , rambutnya yang panjang tidak beralun kerana , masih ada satu Pintu Tenaga Elemennya yang masih perlu dibuka .


" Aku dah sediakan satu jarak yang selamat untuk kita semua masuk . " Kata Ahmadi dengan tenang lalu dia menggangkat Beg Galasnya .

Ahmadi menggosok kepala Sheila Asyikin dan kemudian , dia berjalan menghampiri Siti Nursamawi dan melakukan perbuatan yang sama .

Kemudian , dia mencari Nurzahirah dan Nurzaharah . Sebaik sahaja dia melihat Nurzahirah dan Nurzaharah , dipeluknya anak saudaranya itu dengan lembut dan mengucup kepala Nurzahirah den Nurzaharah .

Selepas itu , dia bertemu pula dengan Siti Maisarah , Siti Khumairah , Hagia Sofea dan Siti Nurjannah dan dengan lembut , dia mengucup tangan mereka berempat .


Daniel menepuk bahu Ahmadi dengan lembut manakala Fateh , Khalid dan Ikhwan menganggukkan kepala mereka sambil tersenyum .


Ahmadi menganggukkan kepalanya lalu , membawa semua yang berada di situ memasuki kawasan latihan mereka .

Sebaik sahaja kaki mereka berpijak pada kawasan hadapan , satu Dinding Psikik menutup kawasan belakang mereka .


Kawasan hutan yang tebal bersama pokok - pokok yang tinggi menjulang , menjadi pemandangan pertama Ahmadi bersama semua anggota pasukannya .


Suara - suara ngauman yang menakutkan terus sahaja kedengaran .


" Buka semua Pintu Tenaga korang . Ingat . Ini memang latihan tapi , kalau kita tak peka . Tempat ni akan jadi tempat terakhir kita kat dunia sebelum kita tiba kat alam kubur . " Kata Ahmadi dengan jelas .


Sebaik sahaja kesemua anggota pasukan Ahmadi membuka kesemua Pintu Tenaga mereka yang telah terbuka , tanah yang mereka berpijak bergegar dengan kuat serentak dengan pelbagai suara ngauman yang menakutkan kedengaran .


Nurzahirah dan Nurzaharah dengan pantas membuka Elemen Banshee Psikik mereka sehingga mata kanan Nurzahirah bersinar dengan warna Biru manakala mata kiri Nurzaharah pula berwarna Merah .


" Latihan bermula sekarang ! " Jerit Ahmadi dengan lantang lalu , dia mengelak seekor haiwan yang menerkamnya dan selepas itu , dia dengan pantas menikam kepala haiwan itu dengan menggunakan Pisau Elemennya .


Seekor demi seekor haiwan buas dan Makhluk Elemen yang liar menerkam kesemua anggota pasukan Ahmadi .


Keadaan dengan pantas menjadi kelam - kabut dan gegak gempita .


Tidak lama selepas itu , letupan demi letupan mula kedengaran .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Pendekar Bara bersama dengan anggota kumpulannya berpecah .

Dia berjalan dengan perlahan - lahan di celah - celah kepadatan orang ramai yang ingin menyaksikan kemusnahan paip yang meletup semalam .


Aaoroon dan Mastura juga berjalan di dalam kesesakkan orang ramai .

Selepas beberapa detik melangkah , mereka tiba di hadapan garisan kuning .


" Harap - harap . Ada sesuatu yang mencurigakan kat sini . " Kata Aaoroon dengan lembut .


" Satu dalam sejuta . " Kata Mastura dengan lembut . " Dia macam , abang nak cari sebutir gula dalam sebekas garam . "


Pendekar Bayu dengan Sunglassesnya , berseluar Slack berwarna Hitam dengan Baju Kemeja bercorak Pokok Palma , berjalan menyusuri bibir pantai .

Dia yang seperti sedang bercuti berjalan sambil menikmati pemandangan pantai yang dipenuhi dengan pengunjung berwajah hampa .

Apa tidaknya , air laut habis dilimpahi dengan minyak .


Pengunjung - pengunjung itu berpatah balik semula ke Hotel Penginapan mereka untuk beriadah bersama ahli keluarga , kenalan dan pasangan masing - masing .


Tengah asyik berjalan itu , Pendekar Bayu tiba di lokasi di mana , Putih memberitahunya .

Lokasi terakhir sekumpulan individu yang misteri itu menghilangkan diri .

Tembok batu yang mengelilingi satu kawasan hutan yang agak tebal dan terdapat salah satu kawasan air terjun yang popular di dalamnya .


" Ni kawasan persendirian Hotel ni . Masak aku kalau kantoi mencuri masuk . " Bisik hati Pendekar Bayu .

Kemudian dia mengeluh . " Nampak gaya memang kena masuk dalam Hotel nilah . "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Stephen Akio Kenzo mengelak serangan - serangan haiwan - haiwan liar dan Makhluk - makhluk Elemen yang mengejarnya dengan pantas .

Beberapa Makhluk Elemen menyerangnya dengan pantas dan ganas .

Dia mengelak semua serangan itu namun , dia terhempas ke sebatang pokok yang besar kerana dirempuh dengan kuat oleh seekor haiwan buas yang ganas .

Dia bingkas bangun semula dan terpaksa pula mengelak Serangan Elemen daripada beberapa Makhluk Elemen .

Letupan daripada serangan itu telah menyebabkan dia tercampak dengan kuat ke sebatang pokok sebelum terjatuh ke tanah .

Ketika dia hendak bangun semula , beberapa ekor haiwan buas dan beberapa Makhluk Elemen berlari ke arahnya .


Libasan Angin , Daun dan Air tiba - tiba sahaja muncul menyelamatkan Stephen Akio Kenzo .


Kesemua haiwan dan Makhluk Elemen tadi hancur seperti dikisar .


Ahmadi muncul di tengah - tengah Libasan Angin , Daun dan Air tadi lalu dia dengan pantas melompat ke sebatang dahan dan memandang ke arah Stephen Akio Kenzo dalam keadaan sedikit bertinggung dan tersenyum .

Dengan bersahaja , dia menggerakkan jarinya agar Stephen Akio Kenzo terus bergerak .


Suara ngauman yang dahsyat telah menarik perhatian Stephen Akio Kenzo untuk melihat ke kanan , dan ketika dia ingin melompat ke dahan di mana Ahmadi berada tadi , dia mendapati . Ahmadi telah hilang daripada atas dahan itu .


Aivira dengan pantas dan cekap melompat dari dahan ke dahan untuk mengelak daripada diserang oleh semua haiwan buas dan Makhluk - makhluk Elemen .

Sambil melompat itu , dia mengeluarkan tali sutera daripada lubang - lubang kecil yang terdapat pada bahagian pergelangan kedua belah tangannya untuk bergerak dengan lebih cepat dengan melekatkannya pada dahan - dahan pokok .

Dia juga menggunakannya untuk bergerak di celah - celah pokok dan dahan .


Beberapa haiwan buas mengejar Aivira dari arah belakang dengan turut melompat daripada dahan ke dahan dengan suara yang menggerunkan .


Aivira melompat dan berguling di atas tanah . Baru sahaja dia hendak berdiri dan berlari , beberapa Makhluk Elemen berlari ke arahnya dengan suara yang menyeramkan .

Dia dengan pantas , melompat sambil menghasilkan dua batang sutera yang tajam di kedua belah tangannya dengan mengeraskan benang - benang sutera yang dihasilkannya melalui lubang - lubang kecil disekeliling pergelangan tangannya .

Kemudian , dia dengan pantas melemparkan batang sutera tadi ke arah Makhluk - makhluk Elemen yang menyerangnya tadi .

Batang Sutera yang mengandungi corak Letupan Elemennya , dengan segera teraktif dan terus sahaja meletup .

Tidak mahu berlengah , dia dengan pantas berlari . Seekor haiwan liar meluru ke arahnya dengan garang lalu , dia dengan segera melompat ke atas .

Seekor lagi haiwan buas telah dapat memegang sebelah kakinya ketika dia masih lagi berada di udara .


Ahmadi muncul dan dengan pantas , dia menyentuh penumbuk tangannya pada permukaan tanah lalu , akar - akar pokok keluar daripada tanah dan terus mengikat semua haiwan dan Makhluk - makhluk Elemen yang mengejar Aivira tadi .

Kemudian , dia melibaskan tangannya ke udara dari arah atas ke bawah lalu , akar - akar tadi mengikat dan membelit semua haiwan dan Makhluk Elemen tadi menjadi rapat ke tanah .

Selepas itu , dia berdiri dan menjelmakan corak Elemen Ais yang abstrak dan sejurus selepas itu , tunggul - tunggul Ais yang tajam muncul dan menembusi kesemua tubuh haiwan dan Makhluk Elemen tadi .


Aivira yang telah berada di atas dahan hanya mampu melihat serangan Ahmadi yang amat pantas tadi .

Terperanjat besar dia tatkala Ahmadi muncul di sisinya .


" ' Amacam ' ? Seronok tak ? " Tanya Ahmadi dengan bersahaja lalu tersenyum dan tertawa kecil .


Aivira tersenyum bersulamkan nafasnya yang sedikit laju . " Awak memang tak bagi kitorang rehat langsung . "

Dia menoleh ke arah Ahmadi namun , Ahmadi telah hilang daripada penglihatannya .


Nun tinggi di atas dahan sebatang pokok , kelihatan Ahmadi sedang duduk bersandar pada sebatang pokok yang besar sambil melihat ke arah petanya .

Matanya yang berwarna Biru , Biru Muda , Putih dan Perak melihat ke arah titik - titik Cahaya Elemen milik semua anggota pasukannya .

Dia kemudiannya menganggukkan kepalanya . " Kecuali Sheila . Diorang bergerak perlahan . Mana budak Tsu ? "

Selepas itu , wajahnya berubah menjadi semacam kerana , titik Warna Elemen Sheila Asyikin bergerak ke arah titik Warna Elemen milik Siti Nursamawi . " Anak Patung tu nak pastikan Siti dapat lulus ujian ni . "

Kemudian , dia mencari pula titik Warna Elemen milik Nurzahirah dan Nurzaharah .


Panahan Petir berwarna Kuning dan Hijau muncul dari langit telah menarik mata Ahmadi ke arah itu .


" Iecha dah gunakan Teknik Elemen dia . " Kata hati Ahmadi dengan perlahan dan kemudian , dia mendapati , Petir tadi tidak hilang seperti sepatutnya .


Petir tadi berubah menjadi lingkaran Petir yang menakutkan dan mengandungi Elemen Angin dan Elemen Flora dan kemudian , menjadi satu bulatan .

Dan selepas itu , lingkaran tadi telah menghasilkan tujuh panahan petir yang memanah tanpa henti buat beberapa ketika dan selepas itu , petir tadi lenyap seperti yang sepatutnya .


Ahmadi melihat semula ke arah petanya dan mencari kedudukan Petir tadi di atas petanya .

Kemudian , dia menganggukkan kepalanya . " Iecha dan Tatsumaki bergerak berdua . Harap . Diorang kekal sampai penamat . "


Nurzaharah melompat dari atas dahan dengan berputar ke hadapan dengan pantas .

Bilah - api berapi terhasil dan terus meluru ke arah semua haiwan buas dan Makhluk - makhluk Elemen yang mengejarnya dan Nurzahirah .

Shaza yang terbang bersamanya telah menghasilkan Elemen Gabungan dengan menyalutkan kaca berbara pada Bilah Apinya tadi .


Nurzahirah yang berlari di bawah pula mengawal segala batu dan kayu dengan Teknik Psikiknya .

Dihancurkannya batu dan kayu tadi dan membalutkannya pada Bilah - bilah Angin yang dijelmakannya .

Shaja yang turut terbang bersamanya menyaluti Bilah Angin Nurzahirah dengan salutan Kaca berais .

Dengan pantas , dia menyerang semua haiwan buas dan Makhluk - makhluk Elemen yang mengejarnya .


Rissa pula yang berada di belakang Nurzahirah menyelubungi dirinya dengan helaian - helaian daun yang telah dikeraskannya dengan menggunakan Teknik Psikiknya .

Dia berlari dengan ditemani oleh Mandy Chong Wei Tze yang menjelmakan lima bintang berbucu tujuh pada bahagian belakang .

Mereka berdua melancarkan serangan pada keluasan yang agak besar bersama - sama .


Burano dan Ghowly pula mengawal Elemen Angin dan Flora mereka .

Sambil mereka terbang di celah - celah pohon sambil mengelak serangan , sambil itulah mereka melibas semua haiwan buas dan Makhluk - makhluk Elemen yang menyerang mereka .


Kumpulan kecil Nurzahirah itu terkepung . Makhluk - makhluk Elemen dan haiwan - haiwan buas mengepung dan mengelilingi mereka dengan suara yang menyeramkan .


Dengan rupa , mulut dan gigi - gigi yang menggerunkan , seekor daripada haiwan buas itu mengeluarkan lidahnya yang melekit dan melancarkan ke arah tangan kiri Rissa .


Rissa dengan pantas menepis serangan tadi dengan tangannya namun , dia tercampak ke arah Nurzaharah dengan agak kuat .


Nurzaharah dengan bingkas bangun kembali lalu dia menggunakan Teknik Banshee Psikiknya pada mata kirinya .

Mata kirinya marak menyala menyinarkan Warna Elemennya .


Beberapa ekor daripada haiwan buas yang mengepung kumpulan kecil Nurzahirah mati dibunuh oleh Nurzaharah .

Tubuh - tubuh haiwan liar dan buas itu hancur dan remuk .


Beberapa Makhluk Elemen melancarkan Bebola Tenaga ke arah Nurzaharah .


Melihat keadaan itu , Nurzaharah melibaskan tangannya ke arah Bebola - bebolah Tenaga tadi sambil mengaktifkan Teknik Banshee Psikik pada mata kanannya .

Matanya kanannya bersinar dengan terang memancarkan Warna Elemennya .


Bebola - bebola Tenaga yang dilancarkan tadi berpatah semula ke arah Makhluk - makhluk Elemen tadi dan terus sahaja menghasilkan letupan yang agak besar .

Bukan itu sahaja , beberapa ekor haiwan buas itu jatuh ke tanah dengan bahagian - bahagian tubuh badan yang terpotong - potong .

Bagi Makhluk Elemen yang terkena serangan Nurzahirah tadi pula , lenyap di udara bagaikan asap selepas menerima nasib yang sama seperti haiwan - haiwan buas tadi .


Burano dan Ghowly pula melancarkan Pelepah Sayap Angin dan Flora mereka ke arah musuh - musuh yang semakin mengerumuni mereka .


Mandy Chong Wei Tze dan Rissa masing - masing melancarkan serangan - serangan Elemen mereka .


Serangan - serangan yang dilancarkan oleh Kumpulan Nurzahirah itu bukan sahaja dapat menumpaskan musuh - musuh mereka bahkan juga , semakin menarik perhatian musuh - musuh mereka kerana tertarik kepada Tenaga - tenaga Elemen yang mereka hasilkan .


Jumlah haiwan liar dan Makhluk Elemen yang mengerumuni Kumpulan Nurzahirah semakin bertambah .

Namun , keadaan itu tidak menggentarkan Nurzahirah dan semua ahli kumpulannya .

Malah , mereka semakin membulatkan tekad untuk terus bertahan .


Satu bulatan bercorak dan berjalur abstrak yang mengukirkan Gabungan Elemen Angin dan Ais muncul di sekitar Kumpulan Nurzaharah .

Daripada jalur abstrak tadi , rantai - rantai Ais dan Angin yang pada bahagian hujungnya memiliki sebentuk Bilah Angin dan Bilah Ais menjelma dan terus meluru ke arah kawanan haiwan buas dan Makhluk - makhluk Elemen itu dengan kelajuan yang amat pantas .


Rantai - rantai Elemen Angin dan Ais itu menembusi kepala , dada dan perut kesemua haiwan liar dan semua Makhluk Elemen itu .


Kemunculan Teknik Elemen itu memeranjatkan Kumpulan Nurzahirah .


Ahmadi muncul di tengah - tengah Kumpulan Nurzahirah .

Sementara dia mengawal tekniknya dengan menggunakan pengawalan mindanya , dia dengan bersahaja , menyentuh kepala Nurzahirah dan Nurzaharah dengan lembut .


Terperanjat Nurzahirah dan Nurzaharah serta rakan - rakan mereka dengan kemunculan Ahmadi .


" Jangan berhenti kat satu tempat kecuali , korang semua tahu satu teknik yang dapat hancurkan semua halangan ni dalam keluasan yang besar . " Kata Ahmadi dengan tenang sambil memandang ke arah ahli Kumpulan Nurzahirah . " Makhluk - makhluk Elemen dan haiwan - haiwan buas ni tertarik dengan Tenaga Elemen kita . "

Ahmadi melompat ke dahan pokok sambil melenyapkan tekniknya . " Terus bergerak . Jangan sesat . "

Selepas itu , dengan pergerakkan yang amat pantas , dia kembali bergerak untuk meneruskan perjalanannya meninggalkan Kumpulan Nurzahirah .


Nurzahirah dan Nurzaharah serta rakan - rakan mereka kembali bergerak dengan melompat daripada dahan ke dahan dan terbang di celah - celah pokok yang berdaun lebat.


" Guna Teknik Psikik untuk kesan sebarang pergerakkan . " Kata Nurzaharah melalui Telepati . " Kita akan lancarkan serangan pada keluasan yang besar . "


Siti Nursamawi berlari dengan pantas di lantai hutan . Dengan cekap , dia mengelak segala akar - akar dan banir - banir pokok yang berselirat mencengkam lantai bumi .


Seekor haiwan buas menerkam Siti Nursamawi dari arah depan .


Siti Nursamawi dengan pantas melepaskan beberapa das tembakkan ke arah haiwan ganas tadi .


Haiwan liar tadi tersungkur di atas tanah .


Siti Nursamawi meneruskan perjalanannya . Ketika dia sedang berlari itu , dia menyedari ada pergerakkan yang pantas yang sedang mengejarnya .

Dia semakin meningkatkan kepantasannya . Dia melompat untuk mengelak daripada sebatang pokok yang tumbang .

Ketika dia sedang melompat itu , dia berpusing ke belakang sambil mengacukan dua pucuk Glocknya .


Seekor Makhluk Elemen melanggar tangan Siti Nursamawi sehingga menyebabkan dua pucuk Glock Elemennya terlepas daripada pegangannya lalu terjatuh ke tanah sebelum lenyap .

Selepas itu , dia tercampak ke belakang dengan kuat kerana ditendang oleh seekor lagi Makhluk Elemen yang berbentuk yang amat menggerunkan .

Dalam keadaan yang terlentang dan sedikit terkangkang , dia memandang ke arah Makhluk Elemen yang menyerangnya .


Makhluk Elemen itu mengaum di hadapan Siti Nursamawi lalu menerkam ke arah Siti Nursamawi .


Siti Nursamawi menahan kepala Makhluk Elemen yang ingin mengunyah wajahnya .

Dengan keadaan Makhluk Elemen itu yang berada di celah kangkangnya , kakinya menendang - nendang tanah dengan kuat .

Dalam keadaan yang genting itu . Dengan matanya yang memancarkan kesungguhan . Tekanan Gelombang Elemen Warna dan Cahayanya , tertumpu pada kedua belah matanya .

Matanya semakin bercahaya diterangi dengan Warna Elemennya . Semakin lama semakin terang .

Selepas itu , dalam keadaan yang sedikit diluar kawalannya , satu pancaran Cahaya Elemen terpancar daripada kedua belah matanya dan menghancurkan kepala Makhluk Elemen yang ingin menggigit wajahnya tadi .


Makhluk Elemen tadi lenyap bagaikan asap selepas kepalanya hancur terkena serangan Siti Nursamawi tadi .


Siti Nursamawi berdiri dengan peralahan - lahan dan meludah dengan geram ke arah tempat dia diserang tadi . " Maaflah ye . Aku dah ada orang tempah sejak aku lahir lagi . Orang tu tunggu aku kat tempat penamat . "

Selepas itu dia bergerak semula sambil cuba ingat semula apa yang berlaku pada matanya tadi .


" Siti ! " Jerit Sheila Asyikin dengan lantang namun , masih lagi berbalutkan suara manjanya .


Siti Nursamawi berhenti dan memandang ke belakang .


Sheila Asyikin mendarat di hadapan Siti Nursamawi .


" Kau okey tak ? " Tanya Siti Nursamawi .


Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya . " Mari gerak . Ada banyak musuh kejar Sheila . "

Selepas itu , dia dan Siti Nursamawi berlari dengan pantas .


Ahmadi bergerak dengan pantas untuk mengelak segala serangan yang sedang meluru ke arahnya .

Bagitu juga dengan seluruh anggota pasukannya yang lain .


Sementara itu , Pendekar Bayu bersama kumpulan kecilnya pula , mula bermain dengan teka - teki melalui insiden letupan yang kedua .


Sekumpulan individu misteri yang dilaporkan Putih menjadi misteri utama bagi Kumpulan Pendekar Bayu untuk dirungkai .


Apakah letupan pertama dan letupan kedua adalah merupakan serangan yang dilancarkan dan didalangi oleh Bangsa Mitos ?

Apakah ia tanda dan isyarat bahawa , Catur Kegelapan mula akan dimainkan di Dunia Manusia ?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Aaoroon dan Mastura terlihat akan seseorang yang mencurigakan .

Berhoodie besar di celah - celah orang ramai dan di bawah panahan mentari yang bersinar terang .


Individu itu kemudiannya berpaling untuk berlalu pergi namun , dia terlihat kepada Aaoroon dan Mastura .

Dia sedikit terperanjat kerana , dia secara kebetulan baru sahaja menutupkan Tenaga Elemen Warna dan Cahayanya pada matanya .


Aaoroon dan Mastura dengan pantas berjalan untuk menghampiri individu itu .


Melihat kepada keadaan itu , individu itu segera melarikan diri .


Aaoroon dan Mastura berlari untuk menahan individu itu yang cuba untuk melarikan diri daripada mereka .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi berlari sambil merendahkan badan mereka kerana mengelak daripada segala serangan yang mereka terima .


" Sheila ! Betul ke jalan yang kita ikut ni ? ! " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas .


" Tak ! Kita dah salah jalan ! " Jawab Shiela Asyikin dengan lantang .


" Habis tu macam mana ? ! " Tanya Siti Nursamawi dengan geram kerana dia terjatuh ke tanah akibat terlanggar sebatang dahan pokok yang patah .


Sheila Asyikin dengan gaya manja bersalutkan cemas membantu dan menarik tangan Siti Nursamawi untuk segera berlari semula .


Serangan demi serangan terpaksa dielak oleh Siti Nursamawi dan Sheila Asyikin dan keadaan itu semakin memaksa mereka untuk merempuh segala semak dan samun .


Habis sahaja pokok - pokok renek berdaun lebat dan semak - samun mereka redah , mereka tiba di tepi sebuah lubang dan gaung yang amat besar dan dalam .


Terdapat satu air terjun yang amat besar , cantik dan tinggi .


Sheila Asyikin dengan segera menarik tangan Siti Nursamawi untuk berpatah balik namun , kawanan haiwan buas dan Makhluk Elemen semakin menghampiri mereka .


" Apa kita nak buat ? ! " Tanya Siti Nursamawi dengan agak cemas .


Belum sempat pertanyaan itu berjawab , beberapa letupan berlaku dan menyebabkan , Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi tercampak ke dalam gaung tadi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience