Rate

BAB 3 RAHSIA DIDIE & SHEILA

Fantasy Series 3820

Siti Nursamawi menunggang Motorsikal berkuasa tingginya ke arah Pantai Fauna . Pantai yang cantik dan sering menerima kunjungan penduduk setempat dan dari luar pulau untuk menikmati pemandangan , berkhemah dan berkelah . Terdapat tiga air terjun yang bergelar Air Terjun Tiga beradik di belakang pantai itu yang menambahkan lagi keindahan Pantai Fauna

Jam menunjukkan pukul 21.47 , malam yang ditemani oleh bayu yang berhembus sepoi - sepoi bahasa . Siti Nursamawi memberhentikan kenderaannya dan seterusnya melangkah masuk ke Pantai Fauna .

Baru sahaja Siti Nursamawi masuk ke Pintu Masuk pantai , dia disapa oleh beberapa orang lelaki .

" Hai adik manis yang comel . " Sapa Lelaki 1 dengan nada yang mengusik ." Sorang je ke ? "

Siti Nursamawi mematikan langkahnya .

" Mesti adik manis ni sunyi . " Kata Lelaki 2 dengan nada yang sememangnya kebanyakkan ' Wanita Mahal ' tidak menyukainya malah meluat ketika terdengar nada yang begitu . " Kalau adik manis ni sunyi , abang bertiga boleh temankan . "

" Korang bukan taste aku . " Kata Siti Nursamawi dengan tenang namun jelas bersulamkan nada amaran . Amaran yang jelas bagi Lelaki yang faham akan amaran itu . " Lagi pun , tak ada beza antara korang dengan sampah . Aku tak berminat dengan sampah . "

" Whoah ... " Balas Lelaki 3 pula dengan nada yang menyampah kerana mendengar balasan Siti Nursamawi lalu memegang ke dua belah bahu Siti Nursamawi dengan lembut . " ... adik manis ni suka permainan yang kasar ke ? Kalau suka , abang boleh temankan . "

Siti Nursamawi dengan pantas memegang tangan kanan Lelaki 3 lalu mencampakkan Lelaki 3 ke lantai dengan kuat .

Lelaki 1 dan Lelaki 2 dengan segera menyerang Siti Nursamawi dengan pantas namun , Siti Nursamawi telah pun bersedia . Dia tersenyum . Senyuman yang menyelindungkan satu amaran bahaya .

Serangan Lelaki 1 dan Lelaki 2 dengan mudah dielak oleh Siti Nursamawi . Terlalu mudah . Bagaikan merebut Lolipop daripada seorang kanak - kanak .

Lelaki 2 menyerang Siti Nursamawi bertali - arus tanpa henti . Tumbukan dan tendangan yang pantas . Namun , semua serangan Lelaki 2 tidak berguna dan sia - sia . Lelaki 2 bagaikan bertarung dengan udara .

Siti Nursamawi melihat satu peluang . Sepantas kilat diambilnya peluang itu dengan menumbuk wajah dan menyepak dada Lelaki 2 dengan kuat .

Siti Nursamawi dengan segera berundur kerana Lelaki 1 dan Lelaki 3 menyerangnya dengan pantas .

Lelaki 3 menyerang Siti Nursamawi dengan sebilah Pisau . Siti Nursamawi dengan cekap dan kemas menangkap pergelangan tangan Lelaki 3 lalu terlihat Tatoo yang terlukis kemas di lengan Lelaki 3. Simbol Joker . Satu pertubuhan Kongsi Gelap yang dikehendaki oleh pihak berkuasa .

Siti Nursamawi tersenyum lalu berkata di dalam hati . " Eloklah . Terjumpa korang kat sini . "

Tanpa berlengah , dengan pantas Siti Nursamawi mengeluarkan Gari Cahayanya untuk menggari pergelangan tangan Lelaki 3 .

" Lain yang aku cari , lain pula yang aku jumpa . " Bisik hati Siti Nursamawi .

" Tak guna ! " Polis rupanya ! " Membesar mata Lelaki 3 kerana tangannya telah pun digari pada pagar Pintu Masuk Pantai Fauna . Tanpa dia sedari kerana pergerakkan Siti Nursamawi yang agak pantas . " Korang berdua , cepat bunuh dia . Dia ni Polis ! "

Siti Nursamawi hanya tersenyum . " Korang dah terlambat . Kejap lagi Kereta Polis akan sampai . Bermalam jelah kat lokap malam ni . "
Dia menekan satu alat yang dipasangnya kemas pada Tali Pinggangnya .

Sebuah Balai Polis menerima satu tanda Kecemasan . Satu arahan dikeluarkan dan sebuah Kereta Polis GS09 dengan segera diarahkan untuk ke destinasi yang telah ditetapkan . Di mana tempat Siti Nursamawi sedang berseronok .

Pada masa yang sama juga , dua orang rakan rapat Siti Nursamawi yang kebetulan telah habis bertugas juga menerima amaran kecemasan daripada Siti Nursamawi tadi . Mereka berdua yang kebetulan berada di dalam kawasan Pantai Fauna bergegas menuju ke arah Pintu Masuk Pantai Fauna .

Sekumpulan pemuda dan pemudi sedang melompat dari bangunan ke bangunan yang lain . Dengan cekap dan pantas . Berpakaian serba Hitam dengan baju Berhodie besar dan bertopeng . Topeng yang mencoretkan gabungan Warna Elemen dan Elemen Cahaya masing - masing . Pada bahagian belakang baju mereka pula terukir kemas simbol sepasang sayap yang cantik dan indah .

Kumpulan itu berhenti di atas sebuah bangunan tinggi yang menghadap ke Pantai Bayu Timur .

" Saya bukan nak tunjuk pandai tapi ... " Kata Muniandy dengan tenang dan perlahan . " ... ikut pada naluri saya , geseran tenaga misteri ni datangnya dari arah laut . "

Ahmadi dan rakan - rakannya telah pun bertukar pakaian . Uniform yang menjadi kebanggaan kepada penduduk Pulau Biru dan telah pun menjadi kumpulan idola di seluruh pelusuk enam lagi pulau yang lain . Sebuah kumpulan penyiasat yang terkenal . Kumpulan penyiasat yang telah banyak membantu pihak kerajaan dengan kejayaan yang tidak boleh disangkalkan lagi atau dipertikaikan oleh sesiapa pun . Kumpulan penyiasat yang telah menyelesaikan pelbagai kes - kes berprofile tinggi . Kumpulan Penyiasat Sayap Peganiex .

Kali ini , setiap anggota Sayap Peganiex terpaksa menggunakan kemahiran fizikal semata - mata kerana mengelak daripada dijejak dan dikesan oleh Siti Khumairah , Siti Nurjannah dan Hagia Sofea yang merupakan anggota Pasela . Bagi perbualan pula , mereka menggunakan Electronic Vocal System bagi menukarkan nada suara mereka .

" Geseran tenaga ni ada di setiap arah . " Celah Aivira dengan jelas .

" Geseran tenaga ni pelik . " Sampuk Maera pula dengan perlahan dan tenang . " Saya tak pernah rasa tenaga pelik yang macam ni . "

" Dengar sini . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Kita berpecah . Kita siasat keadaan sekitar Pantai Bayu Timur . Dalam masa satu jam , kita jumpa semula kat sini . "

Rakan - rakan Ahmadi menganggukkan kepala mereka sebagai tanda memahami arahannya lalu dengan pergerakkan yang tangkas , rakan - rakan Ahmadi bergerak dalam keadaan yang amat pantas . Selang beberapa saat kemudian , Sheila Asyikin muncul semula .

" In , kita jumpa Putih dan Paquine sekarang . Diorang berdua ada kat tempat biasa . " Kata Ahmadi dengan tenang . " Tenaga ni milik seseorang yang kita kenal . Mustahil untuk dia yang kita kenal ni berada di sekitar kawasan ni . "

Sheila Asyikin menganggukkan kepalanya . " Betul cakap abang . Mustahil untuk dia yang kita kenal tu berjaya meloloskan diri . "

" Mari kita jumpa Putih dan Paquine sekarang . " Ajak Ahmadi lalu dia dan Sheila Asyikin dengan segera menuju ke arah satu tempat dengan kelajuan yang terlalu pantas .

Lelaki 2 dan Lelaki 1 menyerang Siti Nursamawi dengan garang dan ganas . Tanpa henti .

Lelaki 1 mengeluarkan sepucuk Pistol yang canggih namun belum sempat dia mengacukan Pistol tadi ke arah Siti Nursamawi , satu tendangan yang padu menendang tangannya sehingga Pistol yang dipegangnya tercampak . Selepas itu , satu lagi sepakkan mencumbu kepalanya sehingga menyebabkan dia terhuyung - hayang kebelakang sebelum terjatuh ke pasir .

Melihat keadaan itu , Lelaki 2 dengan segera lari untuk menyelamatkan dirinya .

Adam menggari pergelangan tangan Lelaki 2 yang telah mabuk akibat tendangannya sebentar tadi . " Awak tak apa - apa ke ? "

Siti Nursamawi tersenyum . " Ok je . "

Sebuah Kereta Polis tiba . Siti Hawa membantu Adam untuk memasukkan Lelaki 1 dan Lelaki 3 ke dalam kereta .

" Sorang lagi tu macam mana ? " Tanya Siti Hawa dengan lembut . Dia adalah merupakan tunang Adam . " Nak biarkan je ke ? "

" Dia tak lari ke mana pun . " Balas Siti Nursamawi acuh tidak acuh tanpa menoleh ke arah Siti Hawa . " Biarkan jelah . "

" Apa yang awak buat kat sini ? " Tanya Siti Hawa dengan tenang dan lembut . " Pasal geseran tenaga ni juga ke ? "

Ahmadi dan Sheila Asyikin telah tiba di satu tempat yang agak tersorok di bahagian hujung Pantai Bayu Timur . Ahmadi mengeluarkan dua biji Mutiara Earchari .

Dengan pantas Ahmadi menggenggam Mutiara Earchari tadi sambil menyatukan Tenaga Elemennya dengan Tenaga Alam Semula Jadi . Tidak lama kemudian Ahmadi dan Sheila Asyikin lenyap dengan hanya meninggalkan debuan pasir yang halus dan dedaun pokok yang kekeringan berterbangan di udara .

Suasana di dalam sebuah gua yang terletak betul - betul di bawah Pulau Biru kelihatan begitu indah kerana diterangi oleh cahaya yang terpancar daripada Mutiara Suria yang bertaburan di dinding gua itu .

Kawasan dalam gua itu agak mendamaikan kerana dipenuhi dengan Tenaga Alam Semula Jadi yang mampu untuk menyembunyikan Tenaga Elemen Warna dan Cahaya seseorang.

Ahmadi dan Sheila Asyikin muncul semula . Perlahan - lahan mereka berdua menghampiri satu kawasan di dalam gua itu yang berbentuk seperti Singgahsana . Ketika kaki kanan Ahmadi dan kaki kiri Sheila Asyikin bertapak di kawasan itu , cahaya yang berwarna Biru , Putih , Biru Muda , Kuning , Merah , dan Jingga terpancar dan membentuk satu ukiran cahaya yang cantik dan indah lalu menjelmakan satu Singgahsana yang begitu indah ukiran seninya yang bermutu tinggi dan halus.

Serentak dengan itu juga , Ahmadi dan Sheila Asyikin menjelmakan satu pakaian tempur yang unik untuk menyarungi tubuh mereka . Kelihatan futuristik . Dihiasi dengan corak identiti Warna Elemen dan Cahaya mereka berdua pada bahagian belakang baju tempur itu . Rekaan Bangsa Mitos yang digabungkan dengan rekaan daripada Dunia Manusia . Futurustik dan canggih tanpa meninggalkan nilai estetika yang bernilai tinggi .

Sebaik sahaja Ahmadi dan Sheila Asyikin melabuhkan punggung mereka di atas Singgahsana tadi , satu - persatu makhluk daripada Bangsa Mitos yang terdiri daripada para Pahlawan muncul di depan Ahmadi dan Sheila Asyikin .

Ada yang menjelma di dalam keadaan bentuk asal dan ada juga yang muncul di dalam keadaan menyamar sebagai Manusia . Mengikut tahap kekuatan dan keselesaan mereka . Ada yang bertelinga tirus ke atas dan runcing , bertelinga seperti Arnab . Malah , ada juga yang bertelinga dan bereekor seperti seekor Kucing . Ada yang memiliki banyak mata seperti seekor Labah - labah . Ada juga daripada kalangan mereka yang berwarna seperti Merah , Biru , Indigo , Hijau dan pelbagai lagi aneka warna . Unik dan menakjubkan .

Ahmadi dan Sheila Asyikin saling berpandangan lalu tersenyum sesama sendiri . Satu rahsia yang selama ini mereka simpan dengan baik dan digalas dengan penuh tanggungjawab agar tidak menjejaskan keseimbangan di antara dua dunia . Iaitu Dunia Manusia dan Dunia Mitos . Satu tanggungjawab yang mereka berdua sanggup pikul dan mereka berdua sanggup menggadaikan dan mempertaruhkan nyawa mereka asalkan rahsia ini tidak terungkai ataupun terbongkar .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience