Rate

BAB 12 STRATEGI DARI PENJARA KRISTAL

Fantasy Series 3820

Sheila Asyikin muncul semula di dalam bilik soal siasat Pasela dengan sinaran matanya memancarkan Cahaya Elemennya .

" Dengar sini . " Kata Sheila Asyikin dengan tenang . " Kejadian yang sedang berlaku sekarang ni ada kaitan dengan penculikkan ni . Ketua kitorang sedang bertarung dengan seseorang yang mungkin jadi dalang utama dalam penculikkan ni . "

Mata Siti Khumairah menjadi tajam . " Apa yang sedang berlaku ? "

Sheila Asyikin menggelengkan kepalanya . Dia mesti merahsiakan perkara yang sebenar . " Tak tahu tapi , Ketua kitorang nak Sayap Peganiex kawal bangunan ni dengan rapi . Siasat dan perhatikan apa saja keadaan yang mencurigakan . "

Sebaik sahaja Sheila Asyikin menghabiskan ayatnya , semua rakannya melenyapkan diri mereka kecuali Aivira .

Aivira melutut ke lantai lalu menyentuh permukaan lantai dan kemudian , cahaya yang berwarna Hijau Kekuningan yang berbentuk seperti Sarang Labah - labah terpancar dan kemudiannya terpadam semula . Meninggalkan satu jaringan halus yang hanya dia sendiri yang dapat melihatnya .

" Takkan ada satu pun tenaga yang dapat melepasi Jaringan Lelabah ni . " Kata Aivira dengan jelas . " Walaupun dengan getaran yang halus , setiap getaran selain daripada getaran tenaga yang ada di dalam bilik ni , akan dapat saya kesan dengan mudah . "

" Saya dan kawan - kawan saya pula akan cuba mengesan tenaga yang cuba memasuki bilik ni . " Celah Hagia Sofea dengan jelas dan tenang . " Tak ada yang dapat menandingi Kekuatan medan Psikik kitorang . "

" Saya serahkan bilik ni kat awak semua . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas lalu melenyapkan dirinya dan muncul semula di atas bangunan itu .

***********************************************************************

Dengan kepantasan yang deras , Siti Nursamawi , Adam dan Siti Hawa memecut laju SuperBike yang mereka ' pinjam ' dari perkarangan Airport Pantai Bayu Timur . Mereka bertiga menuju ke arah kawasan pertarungan Ahmadi dan Houx . Untuk ' merasai ' akan apakah yang sebenarnya yang telah berlaku .

" Didie ... " Kata Siti Nursamawi di dalam hatinya . " ... aku tahu kau dalam keadaan yang genting sekarang ni . Aku kenal kau . "

Dari kejauhan , Siti Nursamawi dapat melihat ombak besar dan laut yang bergelora .

***********************************************************************

Ahmadi menghasilkan beberapa kepingan ais untuk menghalang Peluru Elemen Houx yang bertali arus . Dia kemudiannya melenyapkan dirinya dan muncul semula di sisi kiri Houx lalu melepaskan beberapa das tembakkan namun , Peluru Elemennya tidak dapat mencumbu tubuh Houx kerana , Houx bukannya Gunslinger yang sebarangan .

Beberapa tendangan yang pantas dari Houx dapat dielak oleh Ahmadi dan Ahmadi membalas serangan Houx tadi dengan beberapa tendangan yang deras .

Ahmadi dan Houx berundur ke belakang lalu melepaskan tembakkan ke arah masing - masing . Peluru Elemen mereka bertemu . Mata mereka merenung tajam .

Houx melepaskan dua das tembakkan ke atas lantai ais dan selepas itu , beberapa panahan petir keluar daripada lantai ais dan terus menuju ke arah Ahmadi .

Ahmadi mengelak panahan petir Houx dengan berhati - hati lalu dia dalam keadaan yang terpaksa , menggunakan salah satu Tenaga Merah , Jingga dan Kuning milik Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi yang tersimpan rapi di dalam salah satu buah gelang daripada tujuh gelang yang dipasangnya kemas di pergelangan tangan kirinya .

Sheila Asyikin dan Siti Nursamawi dengan pantas dapat merasai akan kejadian itu .

" Abang boleh guna sebanyak mana Tenaga Elemen In yang abang nak guna . " Bisik Hati kecil Sheila Asyikin . " In akan pastikan , Tenaga Elemen In cukup untuk bantu abang . "

" Bodoh kau Didie ! Kenapa kau tak panggil aku untuk tolong kau ?! Kau memang tak berubah ! " Kata hati Siti Nursamawi yang semakin memecutkan SuperBikenya meninggalkan Adam dan Siti Hawa yang mengekorinya daripada belakang . " Aku tahu , kau mesti larang Sheila daripada tolong kaukan ?! Kalau tak , aku mesti dapat rasa Tenaga Elemen Sheila juga sekarang ni ! Aku akan tampar dan koyak - koyakkan muka kau kalau aku dapat jumpa kau nanti ! "

***********************************************************************

Houx terundur ke belakang akibat serangan Ahmadi . Badannya sedikit berasap . " Aku tak sangka , Manusia yang macam kau ni pun tahu nak gunakan Elemen Warna dan Cahaya yang bukan milik sendiri . Tak guna ! "

Ahmadi mengacukan senjatanya ke arah Houx . Api Biru dan Merah serta Kuning Kejinggaan menyelimuti Terakol Elemen yang dipegangnya . " Jadi , janganlah nak berlagak sangat . "

Houx dengan pantas melagakan Gunbladenya lalu , satu cahaya yang berwarna Ungu berbentuk Kepala Serigala terhasil . Selepas itu , dia mengacukan kedua - dua Gunbladenya ke arah Ahmadi . Kepala Serigala yang berwarna Ungu tadi ternganga luas menyerlahkan kegarangannya . Tidak lama kemudian , serangan Elemen Cannon Plasma terhasil dan terus sahaja menghala ke arah Ahmadi.
Letupan Plasma berwarna Ungu beraruskan elektrik terhasil .

Permaisuri yang berstatuskan ' bonda ' kepada Ahmadi telah pun bersedia untuk memindahkan kawasan pertarungan Ahmadi dan Houx . Baginda Permaisuri itu menemukan kedua belah tapak tangannya . Satu corak abstrak bersinar di atas dahi Permaisuri itu . " Beta akan selamatkan anakanda beta . "

***********************************************************************

Ledakan Elemen Plasma Cannon Houx tadi dengan pantas menendang ketenangan semua orang yang berada di Pasela , Siti Nursamawi , Adam dan Siti Hawa .

Siti Nursamawi mengetap bibirnya kerana kegeraman . Dia mahu membantu Ahmadi tetapi , dia tidak tahu bagaimana .

" Siti ! " Jerit Siti Hawa sebaik sahaja dia dan Adam memberhentikan SuperBike mereka . Dia dan Adam dengan pantas menghampiri Siti Nursamawi yang berdiri di tepi pantai . " Awak ni dah kenapa ?! "

" Pasal awak , kami pun terpaksa 'pinjam' SuperBike ni awak tahu tak ?! " Marah adam . " Kita kena ke HQ sekarang ! "

" Korang berdua boleh pergi ke sana ! " Balas Siti Nursamawi dengan jelas . " Didie ada kat laut tu ! Dia dalam keadaan yang berbahaya ! "

" Kalau dia dalam keadaan yang berbahaya sekali pun , apa yang mampu awak buat ?! " Jerkah Siti Hawa . " Awak sendiri nampak , suasana kat sini , tidak selamat untuk kita ! Dan Mustahil untuk Didie ada kat laut tu ! Keadaan ni bukannya boleh dihasilkan oleh seseorang yang sama taraf dengan kita ! Ia terlalu mustahil ! "

" Betul cakap Hawa tu ! " Sampuk Adam pula . " Tak ada lagi golongan macam kita yang mampu keluarkan Tenaga Elemen yang boleh mempengaruhi Alam Semula Jadi macam ni semenjak sejarah Perang Elemen Warna dan Cahaya yang dah lapuk dimakan zaman . Dah dilupakan ! Jadi , tolonglah berhenti bersikap macam orang yang tak waras ! Didie takkan ada kat depan tu ! Tolonglah , kami berdua merayu kat awak ! "

Siti Nursamawi dengan pantas membuka Pintu Tenaganya ke tahap yang semahunya . " Aku akan buktikan yang Didie ada kat depan tu dan korang berdua akan melutut minta maaf kat aku ! "

Ahmadi yang sedang bertarung dengam Houx dengan pantas dapat menjejak dan mengesan Tenaga yang dikeluarkan oleh Siti Nursamawi lalu dia dengan pantas mencari peluang untuk menyerarang Houx .
Beberapa tumbukkan diberikannya ke dada Houx dan tidak cukup dengan itu , dia menendang Houx sehingga Houx tercampak ke belakang . Dia kemudiannya melompat ke belakang dan menjelmakan beberapa Cakera Bayu ke arah Houx . Beberapa letupan terhasil .

" Bidadari Gila ni , dia buat apa pulak kat sini ? " Tanya hati Ahmadi lalu dengan segera mencari Gelombang Minda Siti Nursamawi . Dia tersentak kerana dia turut dapat mengesan Gelombang Tenaga Adam dan Siti Hawa .

Siti Nursamawi dengan segera menghasilkan Bebola Tenaga daripada Elemen Api dan telah pun bersedia untuk melancarkannya ke arah kawasan di mana Ahmadi berada . Namun , dia tersentak kerana dia dihubungi oleh Ahmadi melalui Telepati . Bukan dia sahaja malah , Adam dan Siti Hawa turut terperanjat sama .

" Wei Bidadari Gila , apa yang korang buat kat situ ? " Tanya Ahmadi dengan nada yang bersahaja . " Kat kawasan ni bahaya , pergi main kat tempat lain . "

Ahmadi menghasilkan satu gelombang yang dipadukannya dengan gelombang semula jadi agar Gelombang Telepati mereka tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun . Itu pun , kerana dia terpaksa melakukannya .

" Betul cakap abang tu ! " Sampuk Sheila Asyikin pula . " Jangan berdiri kat situ ! Bahaya ! "

" Jadi , betullah awak ada kat laut tu ? " Tanya Adam sambil berpandangan dengan Siti Nursamawi dan Siti Hawa .

" Takdelah , aku cuma ada dekat - dekat kat laut ni . Aku kebetulan terperangkap kat dalam kawasan pelik ni . Aku nak siasat apa yang sebenarnya telah berlaku . Kawasan laut yang tempat aku terperangkap ni bahaya tapi jangan risau , aku okey je . " Balas Ahmadi dengan agak terburu - buru kerana dia diserang oleh Houx bertubi - tubi . Dia terpaksa mencipta satu alasan . " Ada cubaan untuk memburukkan lagi anggapan Manusia terhadap Golongan Freaks . "

" Aku tak dapat kesan tenaga Sheila kat situ ! " Kata Siti Nursamawi dengan jelas . " Nampak sangat yang kau tak bagi Sheila tolong kau ! Kenapa kau buat macam tu ! "

" Ini untuk kebaikkan semua . " Balas Ahmadi dengan tenang .

" Siti dengar tau . Jangan marah abang dulu . " Celah Sheila Asyikin dengan pantas . " Ada seseorang yang cuba nak burukkan lagi anggapan Manusia terhadap golongan Freak . Abang tak nak Sheila bantu pasal takut keadaan akan jadi lebih buruk lagi . Sebab tu abang tak bagi Sheila tolong abang . "

" Apa status 'seseorang' tu ? " Tanya Siti Hawa dengan perlahan .

" Status dia bangang ." Jawab Ahmadi dengan pantas . " Dah , pergi dari situ . Kalau korang betul nak bantu aku , pergi siasat kat kawasan sekitar . Kalau - kalau ada gelombang tenaga yang mencurigakan , jangan repot kat siapa - siapa pun , aku akan jumpa korang nanti . "

Ahmadi dengan segera memutuskan Perhubungan Telepatinya . Dia perlu mencari jalan untuk menumpaskan Houx dengan segera .

" Aku dah cakap , korang berdua akan melutut untuk merayu supaya aku maafkan korang ! Jerkah Siti Nursamawi dengan geram namun berselimutkan rasa puas hati . Dia dengan segera menghampiri SuperBike yang 'dipinjamnya' . " Tekaan dan firasat aku kat Didie dan Sheila tak pernah meleset walaupun sedikit ! Siapa yang pandang rendah kat diorang , itu bermakna , pandang rendah kat aku juga . Dan sengaja nak cari pasal ! "

Siti Nursamawi memecut laju meninggalkan Adam dan Siti Hawa yang diselimuti perasaan serba - salah .

***********************************************************************

Aivira memerhatikan Jalur Lelabahnya dengan penuh teliti . Dia dapat mengesan ada beberapa Gelombang Tenaga yang aneh yang cuba untuk memasuki bilik itu . Dia dengan pantas mengeluarkan beberapa ekor Labah - labah yang pelik untuk 'menangkap' gelombang itu .

" Cik semua , tolong kesan tenaga yang cuba nak memasuki bilik ni . Gelombang tenaga tu pelik . " Kata Aivira .

" Gelombang ni pelik . Dia diselimuti dengan warna Hitam dan Merah . " Kata Hagia Sofea .

" Saya tak kisah apa pun atau siapa pun pemilik tenaga ni . Saya nak , tangkap semua tenaga yang cuba memasuki ruang ni . " Arah Siti Khumairah dengan jelas .

Siti Khumairah memandang ke arah salah seorang penculik yang telah mula sedar daripada 'ditidurkan' . Dia dengan geram , ditinjunya wajah penculik itu dengan semahunya .

" Patutlah Didie takut dengan Kak Mai ni . " Kata Aivira dengan perlahan di dalam hatinya .

***********************************************************************

Houx memandang Ahmadi dengan perasaan yang geram . Apa tidaknya , dia masih tidak mampu untuk menumpaskan Ahmadi walaupun , Ahmadi masih belum mengeluarkan teknik - teknik yang setaraf dengannya . Tiba - tiba , dia terperanjat kerana dia dihubungi oleh seseorang yang pernah ditewaskan oleh Ahmadi dan Sheila Asyikin satu ketika dulu .

" Houx , kau takkan dapat tewaskan dia . Dia dah semakin pandai bermain dengan Elemen Cahaya dan Warnanya . Pergi pulang dan aturkan semula strategi korang . " Kata Suara Misteri itu .

" Tidak Tuanku , patik tidak akan berundur sekarang ! Kalau patik berbuat demikian , masa depan Kerajaan kita tidak akan dapat dipulihkan dan rakyat kita yang masih lagi menaruh harapan terhadap Tuanku akan semakin hilang kepercayaan ! " Balas Houx dengan jelas dan terang . " Patik takkan berundur ! "

" Macam mana kau nak pulihkan kerajaan kita sedangkan Manusia yang berada kat depan kau ni pun kau tak dapat nak tewaskan sedangkan dia masih belum keluarkan teknik dia yang sebenar ? " Balas Suara Misteri itu . " Dia cuma nak melengahkan kau . Ada sesuatu yang dia rancangkan . Aku kenal dia lebih lama dari kau kenal dia . "

" Dia tak gunakan teknik - teknik dia yang sebenar sebab dia tak nak Manusia yang lain dapat lihat dia kat sini ! Dia tak nak golongan yang sama sepertinya akan terus dipinggirkan ! Itu sebab dia ! " Kata Houx .

" Houx , tolong dengar cakap Beta . " Kata Suara Misteri Itu . " Dah jelas sangat , dengan teknik hingusan yang dia gunakan tu pun kau tak dapat nak tumpaskan dia , macam mana kau nak tewaskan dia ? Kau ingat kau boleh selamatkan kerajaan kita dan selamatkan Beta dari Penjara Kristal ni ? Dia cuma nak mempengaruhi pemikiran kau je . Dia mesti dah rancangkan sesuatu . Pergi pulang semula ke dunia kita . Beta akan atur strategi yang lebih sempurna . Beta telah ada calon yang lebih baik untuk menentang dia . "

" Tidak Tuanku. Tidak ! " Balas Houx dengan berang . " Patik akan tewaskan si bodoh ni dan akan bebaskan Tuanku dari Penjara Kristal tu ! "

Houx mengacukan Gunbladenya ke arah Ahmadi dengan geram . " Aku akan bunuh kau ! "

Satu corak yang abstrak terpancar di permukaan air dan terus mengelilingi kawasan pertarungan Ahmadi dan Houx . Corak itu terlalu indah .

Ahmadi tersenyum lebar . " Terima kasih bonda permaisuri . "

Dalam sekelip mata , kawasan pertarungan Ahmadi dan Houx lenyap tanpa meninggalkan kesan . Wap dingin dan Salji semakin berkurangan . Hanya meninggalkan alunan ombak yang semakin mengecil .

Sheila Asyikin memejamkan matanya dan mengeluh kelegaan . Angin yang berhembus lembut menyapa tubuhnya . " Bonda , terima kasih kerana membantu abang . "

***********************************************************************

Siti Nursamawi tersentak ketika dia masih lagi sedang memecutkan kenderaannya dengan deras . Dia tidak lagi dapat mengesan Tenaga Elemen milik Ahmadi . " Aku harap , kau dan Sheila ada sebab yang kuat kenapa korang rahsiakan sesuatu dari aku . Kalau tak , aku akan kerjakan korang sampai aku dapat jawapan korang tu . "

***********************************************************************

Houx terperanjat besar kerana , tiba - tiba sahaja persekitarannya telah pun bertukar . Berubah menjadi persekitaran dunianya . Dunia Mitos .
Matanya dengan pantas menjamah tubuh Ahmadi yang sedang berdiri .

" Tak mungkin ! Kau tak mungkin dapat menghasilkan teknik yang sempurna macam ni ! " Teriak Houx dengan garang .

Ahmadi tersenyum . " Kau takkan dapat halang aku untuk balik ke dunia ni . "

Houx menjadi semakin berang dengan kata - kata Ahmadi . Dia dengan pantas mengacukan Gunbladenya ke arah Ahmadi namun , dia terperanjat kerana muncung GunBladenya telah pun diselaputi oleh ais .

" Aku akan hantar kau ke neraka ! Teriak Houx lalu dengan pantas berlari ke arah Ahmadi .

Ahmadi telah bersiap sedia untuk menerima segala serangan Houx dengan tenang . Dia mengeluh lalu dengan pantas , dia menepis tumbukkan Houx yang padu .

Kumpulan kecil yang diketuai oleh Putih telah berjaya menangkap beberapa Makhluk Mitos yang mereka syaki sebagai Pengkhianat manakala selebihnya pula ada yang kaku di atas tanah dan ada juga yang sempat melarikan diri .

"Masin betul mulut awak Yasha . " Kata Witchie dengan jelas lalu mengesat dahinya yang dibasahi peluh seperti gaya seekor Kucing yang comel . " Memang berdarah kawasan ni . "

" Terima kasih atas pujian tu . " Balas Yasha dengan tenang lalu dia dengan bersahaja membasahkan tekaknya dengan meminum air milik musuh mereka yang terletak di atas meja kayu . " Diorang ni cuai . Sebab tu kita boleh tewaskan diorang . "

" Selain daripada pengkhianat ni , yang lain ni sampah - sampah dari kerajaan kegelapan tu . " Kata Kucina dengan perlahan . " Apa yang diorang buat kat sini dan apa tujuan diorang kawal kawasan ni ? "

" Itu kita akan tahu lepas kita serahkan diorang ni semua kat Tuan Didie dan Cik Sheila . " Balas Paquine dengan pantas . " Bawa diorang ni Penjara Hujung Kerajaan . Kita akan simpan diorang ni kat sana sementara tunggu Tuan Didie dan Cik Sheila . "

" Korang bawa diorang ni ke sana sekarang . Kita tak ada masa sekarang ni . " Kata Putih dengan tiba - tiba dan menyebabkan semua rakannya memandangnya .

" Awak nak ke mana ? " Tanya Merowran . " Awak kena ikut sekali ke sana sebab , awak ketua kitorang . "

" Tuan Didie ada kat sini . Dia bertarung dengan Houx . " Kata Putih dengan jelas . Kata - katanya itu memeranjatkan rakan - rakannya . " Paquine akan jadi wakil saya . Saya nak bantu Tuan Didie . "

Sebaik sahaja Putih menghabiskan kata - katanya , dia dengan pantas mengapungkan dirinya dan dengan sepantas kilat , dia terbang ke udara menuju ke arah kawasan pertarungan Ahmadi dan Houx .
Tidak ada satu pun daripada Makhluk Mitos yang dapat menandingi kepantasan puak Putih dan Paquine .

Paquine dan rakan - rakannya saling berpandangan .

Houx tercampak ke tebing tanah dengan deras dan mengakibatkan tebing tanah tadi berlubang . Nafasnya termengah - mengah . Pada hujung bibirnya mengalirkan darah yang segar .
Matanya menatap ke arah Ahmadi yang diselubungi oleh wap dingin yang berwarna Biru dan Putih yang berjalan menghampirinya . Dengan perasaan marah , dia meluru ke arah Ahmadi .

Ahmadi dan Houx saling serang - menyerang . Serangan pantas yang berbahaya kerana serangan mereka adalah serangan yang disertakan dengan SeranganElemen .

Penumbuk Houx singgah ke pipi Ahmadi dan Ahmadi membalas serangan Houx tadi dengan menumbuk rusuk kiri Houx .

Ahmadi hanya memejamkan matanya dengan kuat . Matanya terpejam kerana aliran elektrik yang agak kuat memasuki tubuhnya . Aliran arus elektrik sedikit terkeluar daripada pipinya .
Manakala Houx pula , dia terundur ke belakang lalu terlutut ke tanah dan memegang rusuk kirinya yang diselimuti oleh ais . Dia dengan pantas mencairkan ais tadi kerana dia tidak mahu ais tadi membekukan darahnya .

Ahmadi mengeluarkan satu hembusan angin yang agak kuat dari dalam badannya untuk mengeluarkan arus elektrik tadi .

" Mustahil untuk Manusia macam kau ni dapat tewaskan aku ! Korang makhluk yang lemah ! " Teriak Houx dengan lantang .

" Menyalaklah sepuas hati kau ! " Balas Ahmadi . " Makhluk yang kau hina nilah yang akan buang kau ke Pulau Tanpa Warna ! "

Ketika Ahmadi hendak menjelmakan Senjata Elemennya , dia terhenti daripada berbuat demikian kerana rakan - rakan Houx tiba - tiba sahaja muncul .

" Baiknya nasib aku hari ni . " Kata Ahmadi di dalam hatinya lalu wajahnya membuat reaksi wajah yang semacam .

" Hari ni , kau takkan dapat pulang ke dunia kau ! " Jerit Houx dengan kuat . " Kau akan mati kat sini ! "

" Korang memang tak adil " Kata Ahmadi lalu dia dengan segera bersedia untuk menerima serangan daripada kumpulan kecil Houx .

Dalam keadaan yang tidak adil itu , beberapa rakan Houx terpelanting beberapa meter ke belakang dengan kelajuan yang amat deras . Pada tubuh dan kepala mereka terdapat Helaian Pelepah Burung yang berwarna Biru , Putih dan Perak .

Ahmadi menoleh ke kiri dengan perlahan dengan reaksi wajahnya yang masih lagi semacam . " Aku ada panggil kau ke sini ke ? Kau ingat , kau serang diorang macam tu , kau nampak bergaya ? "

Putih hanya tersenyum . " Saya dah bersumpah dalam Dekri DiRaja . Mana boleh saya tinggalkan ketua saya . "

" Kalau macam tu ... " Kata Ahmadi lalu dia menggenggam ke dua belah penumbuknya . Wap dingin berais dengan pantas menyelimuti penumbuknya . " ... temankan aku berseronok kat sini . "

" Kenapa tak guna Senjata Elemen Tuan ? " Tanya Putih dengan perasaan hairan . " Mana senjata Tuan ? "

Ahmadi tersengih lalu berlari ke arah Houx . " Jangan nak sibuklah . "

Putih mengejar Ahmadi dari belakang . Ketika dia dan Ahmadi hendak melancarkan serangan , mereka berdua terhenti kerana beberapa lagi rakan Houx terpelanting ke belakang dengan beberapa Anak panah , kesan tembakkan Peluru Elemen dan beberapa helai Pelepah Burung Elemen tercucuk kemas pada tubuh mereka .

Sejurus selepas itu , Paquine dan rakan - rakannya muncul di depan Ahmadi dan dengan pantas belari ke arah kumpulan kecil Houx .

Putih tertawa kecil lalu menyertai rakan - rakanya .

" Korang ingat korang bergaya sangat ke buat macam tu ?! " Jerit Ahmadi dengan kegeraman .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience