BAB 78 - TANGISAN RISSA

Fantasy Series 4007

" Tapi , yang liciknya . Semua orang dia yang kita dapat tangkap . Otak diorang semua kena kunci dengan Elemen Letupan Psikik . " Kata Maera dengan lembut sambil dia menekan butang Tiang Lampu Isyarat untuk dia dan Aivira melintas ke seberang jalan .


" Macam , diorang tu semua memang sedia untuk mati . " Kata Aivira dengan tenang lalu , dia dan Maera melintas jalan .


" Entahlah . Harap - harap . Diorang ni bukanlah Pahlawan Kerajaan Kegelapan tu . " Kata Aivira dan melihat ke arah sebuah Restoran Tradisional dan mengarahkan Maera untuk melihat ke arah yang sama .


" Macam lengang je Restoran dia . " Kata Maera dengan lembut . " Dia cakap ke kat Pelanggan dia yang dia tu Freak ? "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nurzaharah dan semua rakannya terperanjat besar melihat Ahmadi , menikam perut Tatsumaki seperti , ia adalah satu perkara yang biasa .


Tatsumaki terlutut ke lantai yang kotor yang berwarna Hitam dan kelihatan seperti berminyak dengan Pedang yang digunakan Ahmadi untuk menikamnya masih lagi berada di perutnya .

Nafasnya tersekat - sekat . Matanya berair menahan kesakitan yang menggeroti tubuhnya .

Dia memegang kaki Ahmadi dengan kuat sambil dia menjerit dengan semahunya .


Ahmadi mengalihkan tangan Tatsumaki daripada kakinya dengan beralih ke arah yang lain .


Suara tangisan Rissa semakin kedengaran dan suara tangisannya itu telah menyebabkan rakan - rakannya semakin menggeletar ketakutan .


Ahmadi memandang ke arah Rissa yang memandang ke arahnya .


Rissa semakin ketakutan melihat tatapan Ahmadi yang kelihatan tenang namun , memiliki kegelapan pada renungannya .


" Bawa dia ke rumah dia semula . " Arah Ahmadi dengan tenang nadanya .


Menggeletar tubuh Rissa sebaik sahaja dia mendengar kata - kata Ahmadi menendang gegendang telinganya . " Ampunkan saya Tuan ! Ampunkan saya Tuan ! ! ! "


Ahmadi memandang ke arah Rissa dengan sedikit manik kaca terbit pada kelopak matanya . " Bawa dia balik semula ke rumah dia . Hasilkan Kurungan Elemen pada sekeliling rumah tu . "


Rissa perasan akan manik kaca yang terbit pada kelopak mata Ahmadi . " Ampunkan saya Tuan ! ! ! Maafkan saya ! ! ! "


Pegawai DiRaja Penjara Wanita mengheret Rissa dengan kasar kerana Rissa meronta - ronta untuk berlari ke arah Ahmadi .


" Saya janji takkan bohong lagi ! ! ! Saya janji takkan bersubahat lagi ! ! ! Maafkan saya ! ! " Jerit Rissa bersama tangisannya . " Saya sanggup jadi hamba abdi kepada Tuan daripada tinggal kat sini semula ! ! ! Ampunkan saya ! ! ! Ampunkan saya ! ! ! "


Ahmadi hanya berdiri dan sedikit pun tidak memandang ke arah Rissa sehinggalah , jeritan Rissa hilang daripada pendengarannya .


Nurzaharah melihat ke arah tubuh Tatsumaki yang sesekali tergerak - gerak kecil di atas lantai .


" Hara ada apa - apa nak cakap ? " Tanya Ahmadi dengan tenang dan memejamkan matanya .

Air matanya mengalir .


Nurzaharah melihat ke arah wajah Ahmadi . Dia terperanjat melihat air mata Ahmadi yang mengalir itu .

Walaupun tidak bereaksi pada wajah kakunya namun , tidak pada perasaannya .


" Sebagai seorang Ketua , apa yang Hara nak cakap ? " Tanya Ahmadi dengan jelas dan tenang . " Sebelum , beberapa orang lagi rakan Hara , kena hukuman sebab bersubahat untuk menutup kesalahan Kak Tsu . "


Nurzaharah melihat ke arah rakan - rakannya yang ketakutan dan kemudian , dia memandang semua ke arah Ahmadi . " Hara akan terima semua hukuman sebagai ganti , semua rakan Hara , dilepaskan daripada hukuman . Dengan jaminan . Kalau ada salah seorang daripada anggota Pasukan Sayap Merah dan Biru yang membunuh musuh dalam bukan keadaan terpaksa lagi , Hara sendiri akan hukum dia . Dan jika terpaksa , Hara sendiri yang akan bunuh dia . "


Veruga dan Pureen saling berpandangan kerana , ayat yang dilontarkan oleh Nurzaharah itu , hampir sama seperti ayat yang pernah dilontarkan oleh Ahmadi ketika Ahmadi meminta perkenan daripada mendiang Raja Winsa dan Permaisuri Fiirapi untuk memperkenankan Etika Kod Pahlawan DiRaja Lagenos .

Mereka kemudiannya , memandang ke arah Ahmadi .


" Semua musuh tu ada empat orang . Hara akan dirotan sebanyak 16 kali . " Kata Ahmadi dengan jelas dan kata - katanya itu memeranjatkan semua yang berada di situ .

" Lapan kat tangan kanan dan lapan lagi kat tangan kiri . "


" Tuan . . . " Kata Veruga namun , dia tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana , Ahmadi mengarahkannya agar tidak memperkatakan apa - apa .


Ahmadi memandang ke arah Nurzaharah dengan matanya yang dihiasi dengan manik - manik kaca. " Hara ni genius . Sama macam mak dan kakak dia . Dia tahu apa yang dia lakukan . "


Nurzaharah menarik nafasnya dan mengawal mindanya sebaik sahaja dia melihat Ahmadi berjalan ke arahnya .


Sambil berjalan , Ahmadi menjelmakan sebatang Rotan . Rotan yang berwarna Biru dan Putih .


Pureen menarik nafas lega sebaik sahaja dia melihat warna Rotan yang dijelmakan oleh Ahmadi .


Nurzaharah , dengan penuh kerelaan , dia mengangkatkan kedua belah tangannya untuk menerima hukumannya .


Ahmadi menghasilkan satu tempat untuk Nurzaharah meletakkan kedua belah tangannya dan selepas itu , tempat yang dihasilkan itu mengunci kedua belah pergelangan tangan Nurzaharah .


Ahmadi dengan manik kaca pada yang terbit pada kedua belah kelopak matanya , dia mengangkatkan tangannya untuk merotan tapak tangan Nurzaharah .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


" Aku pun dah dapat rasa yang kau akan batalkan projek ni . " Kata Prof . Zenderall dengan tenang . " Suka hati kaulah . Aku akan teruskan projek ni . "


Stephen Akio Kenzo mengeluh . " Awak janganlah keras kepala sangat Zen . Dah banyak kakitangan kita kena bunuh . Semua keadaan pelik ni bermula , lepas awak dapat telur pelik tu . "


Prof . Zenderall tertawa kecil . " Logiklah sikit Steph . Apa bahaya yang datang daripada sebiji telur purba ? "


" Itu saya tak tahu . Sebab , awak sendiri tak pernah cerita pasal telur tu 100% kata saya . " Balas Stephen Akio Kenzo dengan jelas dan tenang . " Kalau ikut pengamatan saya pun . Takde rekod pasal telur ni kat Pangkalan Data Fosil Purba . Jadi , telur ni boleh dikatakan misteri dan tak wujud langsung . Prof . Takeshi tu pun , main cakap je . Bukan saya nak rendah - rendahkan dia tapi . DNA yang kita tengok daripada telur tu , ada sikit perbezaan dengan spesies Dinosour yang dia umumkan hari tu . "


" Sebab tu aku nak lahirkan balik binatang purba ni dan aku akan buat balik kajian yang aku kalah kat kau tu . Aku akan perbetulkan kajian tu . " Kata Prof . Zenderall dengan jelas .


" Awak nilah . " Kata Stepehn Akio Kenzo dengan agak pantas . " Untuk apa awak nak buat semua tu ? Kalau awak nak dapatkan balik Gelaran tu , tunggu je pertandingan yang akan datang . Kita akan bertanding sekali lagi . Baru seronok . "


Prof . Zenderall tertawa kecil . " Untuk apa ? Rahsia . Tapi , apa yang aku nak kau tahu . Aku akan hasilkan satu kajian yang kau sendiri tak pernah dengar , tak pernah bayangkan dan yang kau sendiri tak pernah rasakan . "


" Baik . Saya tunggu . " Balas Stephen Akio Kenzo sambil tertawa kecil walaupun , jauh di dalam sanubarinya , dia tidak suka dengan perkataan yang dilontarkan oleh Prof . Zenderall itu . " Saya akan tewaskan awak sekali lagi . "


" Semoga kau berjaya . " Balas Prof Zenderall sambil tersenyum dan kemudian , dia melihat ke arah Jam Pintarnya . " Mana makanan kita ni ? "

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Rissa ditolak dengan kasar di hadapan rumah lamanya .

Dia terlutut selepas dia sedikit terhuyung dan terhayang .

Dengan tangisan , dia ingin keluar semula namun , dia ditendang oleh Pegawai Penjara DiRaja yang mengawalnya .

Dia terlutut sambil memegang perutnya . Tangisannya semakin menjadi - jadi .


" Awak duduk diam - diam kat sini ! Pahlawan tak guna ! " Jerkah Pegawai Penjara DiRaja Wanita itu dengan lantang dengan suaranya yang menakutkan . " Awak tak bersyukur lepas dah dapat Pengampuan DiRaja ! ! ! "

Dengan tangisan , Rissa cuba untuk menyerang Pegawai Penjara DiRaja Wanita itu namun , tahap mereka jelas . Bagaikan langit dan bumi .


Rissa tercampak ke tangga rumahnya lalu terjatuh ke tanah dengan darah mengalir daripada mulutnya .

Kesakitan serangan pada perutnya sama sekali tidak pernah dirasakannya sebelum ini .

Dia bangun dan terlutut dan tertunduk ke tanah bersama tangisan penyesalannya .


" Pahlawan celaka ! Awak takkan dapat tewaskan saya ! ! ! " Kata Pegawai Penjara DiRaja itu dengan garang lalu , dia mencekak leher baju Rissa dengan kasar .


Rissa memejamkan matanya sambil terus menangis dan menahan kesakitan akibat serangan tadi .


" Dengar sini ! Awak akan mati mereput dekat sini ! Sama macam datuk awak yang pengkhianat tu ! ! ! " Kata Pegawai Penjara DiRaja itu dengan lantang . " Kuah pengkhianat memang akan tumpah ke nasi yang hanya layak dimakan oleh sampah macam awak ! ! ! "

" Saya bukan pengkhianat . " Kata Rissa dengan nada tangisnya .

Pegawai Penjara DiRaja itu mengangkat Rissa dan selepas itu , dilemparkannya Rissa ke anak tangga dengan kuat sehingga , sedikit darah terpancut daripada mulut Rissa .

" Maafkan saya . " Kata Rissa dengan perlahan bersulamkan nada tangisnya .

" Sampah . " Kata Pegawai DiRaja Wanita itu dengan jelas lalu , dia menghasilkan Dinding Elemen untuk menghalang Rissa daripada melarikan diri dan selepas itu , dia melenyapkan dirinya .


Hujan melimpahkan airnya . Membasahi kawasan itu yang menampakkan lagi kekotorannya yang menjijikkan dan meloyakan .


Dengan tangisan penyesalan yang bagaikan tiada kesudahan , Rissa dengan linangan air mata dan dengan darah yang mengalir dimulutnya , dia memandang ke langit lalu menjerit dan menangis semahunya .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Maera dan Aivira tersenyum sebaik sahaja minuman yang mereka pesan tiba .


" Minumlah . Tapi bayar . Bukan saya belanja . " Kata Muniandy dengan nada yang bersahaja .

" Dengan kawan pun nak berkira . " Kata Maera selepas dia membasahkan tekaknya .

" Lengang kedai awak ni . " Kata Aivira dengan lembut . " Awak cakap ke kat pelanggan awak yang awak ni Freak ? "

" Awak ingat saya bangang sangat ke nak bagitahu . " Balas Muniandy selepas dia meneguk minumannya . " Trend sekarang . Makan kat rumah . Tapi ni pun , kira okeylah . Masih ada yang datang makan kat sini . "

" Eloklah tu . Tak macam Restoran yang kat depan simpang tu . " Kata Maera sambil memperbetulkan postur duduknya .

" Kenapa ? " Tanya Aivira dengan pantas .

" Kan diorang buat soalan kat semua pelanggan yang nak makan kat Restoran tu . Sampai pelanggan naik rimas . " Kata Muniandy dengan jelas .

" Tak eloklah buat macam tu . Kesianlah kat pelanggan . " Kata Aivira dengan tenang .

" Tak boleh nak buat apa . Khabar angin kali ni memang dahsyat . " Kata Maera dengan tenang . " Kali ni memang Freak kena label teruk . "

Muniandy melepaskan keluhannya . " Entahlah . Saya pun tak tahu nak cakap apa lagi dah . Tadi pun . Baru je pelanggan mengamuk pasal Freak . "

" Teruk ke ? " Tanya Maera dengan pantas .

" Teruk tak teruk . Saya halau pelanggan tu . " Balas Muniandy dengan jelas . " Yelah . Dia ganggu orang lain nak makan . Saya halaulah dia dengan keluarga dia sekali . Freak ke , tak Freak ke . Semua orang nak hidup . Nak makan . Peduli apa saya dengan cakap orang . "

" Betullah apa yang awak buat tu . " Kata Aivira dengan jelas .

Selepas mengajak Zaffran dan adik - adiknya untuk makan bersama , Siti Aisyah menghantar mereka pulang ke rumah dan selepas itu , barulah dia membawa Nurzahirah dan Mandy Chong Wei Tze untuk pulang ke rumah mereka .

" Kesian Bella . Teruk diorang kena . " Kata Mandy Chong Wei Tze dengan lembut .

" Semuanya pasal Makcik Bedah Kepoh tulah . Diakan suka sibuk hal orang . " Kata Nurzahirah dengan lembut . " Dengar cerita , dia pergi intai rumah - rumah yang disyaki Freak kat kawasan perumahan tu . "


" Entahlah berapa Makcik tu kena bayar untuk buat kerja bodoh tu . " Kata Mandy Ching Wei Tze dengan tenang .


" Dengar cerita je . Bukannya pasti lagi Makcik Bedah tu yang jaja cerita . " Kata Siti Aisyah dengan lembut . " Tak elok tuduh - tuduh orang tanpa bukti . "


Nurzahirah dan Mandy Chong Wei Tze melihat ke arah luar dan mendapati , Siti Aisyah tidak masuk ke simpang kawasan perumahan mereka .


" Akak nak culik kitorang ke mana ni ? " Tanya Mandy Chong Wei Tze dengan jelas .


" Kita pusing - pusing dulu . Kepala akak serabutlah dengan kertas kerja akak . Awal sangat nak pulang . " Kata Siti Aisyah dengan lembut .


" Pinjam ' phone ' . " Kata Nurzahirah dengan lembut . " Nak telefon mak . Nanti bising mak Rara lambat . "


" Apa yang pasti . Aku akan serabutkan kepala kau dengan kajian aku tu nanti . " Kata Prof . Zenderall sambil tersenyum . " Bergegar sel - sel otak kau nak lawan balik . "


" Awak mungkin menang tapi , saya akan pastikan awak tahu dan terima hakikat , langit tu tinggi ke rendah . " Balas Stephen Akio Kenzo sambil tersenyum dengan perasaan tidak enak bermain di dalam hatinya .


Pesanan yang Stephen Akio Kenzo dan Prof . Zenderall pesan telah tiba .


" Masa untuk isi perut . " Kata Kata Prof . Zenderall sambil menggosok - gosokkan kedua belah telapak tangannya .

Selepas itu , dia memandang ke arah Pelayan itu . " Takde tips . Servis korang lambat hari ni . "


Pelayan itu memandang ke arah Prof . Zenderall yang menyebabkan Prof . Zenderall sedikit tergamam .

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Rissa berjalan memasuki rumah lamanya dengan esakan tangisnya .

Matanya menjamah ruang tamu rumah itu yang tidak sama sekali tidak layak untuk dipanggil sebagai ruang tamu untuk sebuah rumah .

Kepingan kayu buruk sebagai meja . Bongkah batu sebagai kerusi yang dialas dengan mengunakan perca kain yang lebih kotor daripada kain yang digunakan untuk mengelap dapur .

Selepas itu , dengan sendi lutut yang lemah dengan penyesalan , dia berjalan menuju ke bilik lamanya .

Dia kemudiannya berjalan menuju ke katilnya yang diperbuat daripada lapisan - lapisan kayu dan rumput - rumput bersama dengan tangisannya .

Selepas itu , dia terlutut dan kembali menangis dengan semahunya . " Maafkan saya Raja Pawana . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience