Sheila Asyikin merenung tajam ke arah lawannya yang juga sedang merenung tajam ke arahnya .
            Wajah ' Baby Doll 'nya telah berselimutkan dengan Selimut kegarangan yang menakutkan .
           Lawannya adalah , dirinya sendiri . Yang juga berpakaian sepertinya .
          " Kita akan lawan diri kita sendiri ke ? " Tanya Siti Nurjannah dengan jelas .
          " Awak semua pergi bertarung kat kawasan lain . Sebab , Sheila tak rasa semua ni , akan sama seperti pertarungan yang lain . " Kata Sheila Asyikin dengan jelas lalu , dia menjelmakan Buku Limanya yang kelihatan seperti Tembaga yang amat panas pada kedua belah penumbuk kanan dan kirinya .
           Lawan Sheila Asyikin juga turut menjelmakan senjata yang sama sepertinya .
           Sheila Asyikin meluru dengan pantas ke arah lawannya dan ketika penumbuk kanannya bertembung dengan jelmaan dirinya , satu Letusan Tenaga Elemen yang amat kuat bersulamkan sambaran Letusan Berapi terhasil sehingga memaksa rakan - rakannya menghasilkan Medan Tenaga untuk melindungi diri masing - masing .
            Terperanjat besar Aivira dan rakan - rakannya yang lain kerana , Letusan Berapi yang terhasil tadi telah membakar jelmaan diri mereka namun yang memeranjatkan mereka ialah , Letusan Berapi tadi telah membakar hampir keseluruhan jelamaan diri mereka .
             Namun begitu , jelmaan mereka tadi , perlahan - lahan kembali pulih seperti sedia kala .
             Siti Nursamawi menyanggul rambutnya dengan hanya menggunakan Kawalan Mindanya . " Ini akan jadi hari yang panjang . "
             Sama seperti Sheila Asyikin , dia juga menjelmakan Buku Limanya yang hampir serupa dengan milik Sheila Asyikn namun , miliknya kelihatan seperti Tembaga panas yang berselimutkan bara api .
             Nurzahirah dan Nurzaharah menyanggulkan rambut mereka dengan menggunakan pengawalan minda mereka .
            " Rara akan lulus halangan ni . " Kata Nurzahirah lalu dia menjelmakan Bilah Anginnya .
            " Hara pun . " Kata Nurzaharah lalu dia juga menjelmakan Bilah Apinya .
            Nurzahirah dan Nurzaharah berlari ke arah jelmaan mereka dengan pantas seperti mana jelmaan mereka berdua berlari ke arah mereka dengan kelajuan yang sama .
            Ahmadi berdiri di atas sebuah Rumah yang agak estetik seni binanya yang dilengkapi dengan ruangan Perubatan .
             Sekali imbas , Rumah itu bagaikan sebuah Rumah Penginapan berkonsepkan seni kuno , urban dan moden .
              Ahmadi berdiri dengan matanya memandang ke depan .
              Di sekeliling rumah itu pula , berdirinya para Pahlawan DiRajanya yang berasal daripada Puak Putih dan Puak Paquine dan wakil Pahlawan DiRajanya yang bertanggungjawab untuk mengawal Penjara Tanpa Cahaya miliknya .
               Jelas pada pandangan mata Ahmadi , Elemen Warna dan Cahaya milik Sheila Asyikin telah mempengaruhi unsur - unsur Semula Jadi yang berada di atas Sheila Asyikin .
               " Anak Patung gila tu . Dia memang kuat . " Bisik hati kecil Ahmadi .
                Khalid terhempas ke tanah dengan kuat akibat terkena sepakan jelmaan dirinya yang padu .
                Dia bangkit semula dan terus menepis serangan jelmaannya .
                Tidak diduganya , dia terpelanting seketika di udara kerana jelmaannya menyerang dagunya dan selepas itu , dia terjatuh ke tanah semula .
                 Hagia Sofea berhempas pulas mengelak serangan jelmaannya yang kemas dan padu .
                  Langkah Silat jelmaannya itu agak pantas daripada pergerakkannya sendiri .
                  Namun , keadaan itu bukannlah penghalang bagi dirinya untuk berundur .
                  Dia terlihat satu peluang dan terus meragutnya namun , serangannya bagaikan menyerang udara .
                  Sebaliknya , dia yang terdorong ke hadapan dan sebaik sahaja dia berjaya menstabilkan semula kedudukannya , dia melihat ke arah jelmaan dirinya yang menyerangnya tadi .
                  " Tak guna . Tak mungkin jelmaan diri saya lagi kuat dan pantas daripada saya . " Bisik hati Hagia Sofea dengan jelas . " Tadi tu , Teknik Vortex Psikik saya . Saya diserang dengan serangan saya sendiri . "
                  Aqilah terjerit dengan kuat kerana bahu kanannya terhiris oleh serangan jelmaannya .
                 Namun , ketika dia melihat ke arah bahunya itu , dia tidak mengalami sebarang kecederaan walau sedikit pun .
                 Akan tetapi , tubuh badannya jelas dapat merasakan kesakitan seperti pertarungan yang sebenar .
                " Sakit ni . Memang kesakitan yang sebenar . " Bisik hati Aqilah bersama dengan nafasnya yang deras . " Tapi , kesan hirisan macam tadi , cuma khayalan tapi macam nyata . Tak guna betul . "
                Mandy Chong Wei Tze tercampak ke arah sebongkah batu dengan kelajuan yang amat pantas dan sehingga menyebabkan , bongkah batu tadi pecah berderai .
             Dia berusaha bangun semula walaupun darah mengalir daripada mulutnya .
             Jelmannya melancarkan serangan Elemen Tai Chi dengan mengawal Elemen Angin untuk melibas lawan .
             Tidak mahu mengalah , dia bangkit dan terus melancarkan teknik yang sama .
             Pertembungan tekniknya dan teknik jelmaannya itu telah mengakibatkan pokok - pokok dan bongkahan bebatuan yang berhampiran dikawasan itu musnah bagaikan dilibas oleh sesuatu yang tidak kelihatan .
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
             Pendekar Bayu , Pendekar Bara dan Dr . Hasyim kelihatan sedang berjalan - jalan di pusat bandar yang mereka syak akan menjadi sasaran seterusnya .
             Sementara rakan - rakan mereka yang lain pula berada di satu kawasan yang lain namun , masih berada berhampiran dengan kawasan itu .
              " Saya tak puas hatilah . Dia sorang seronok goyang kaki kat ofis dia . " Kata Pendekar Bara dengan jelas . " Kita semua pula , ' dok ' jalan - jalan macam hantu takde tempat . "
               Dr . Hasyim tersengih sambil dia menyedut Lemonadenya . " Hantu ada tempat ke ? "
              " Mestilah ada . Awak ni pun . Kat gunung . Kat hutan . Kat laut . Kat rumah - rumah kosong . Itu rumah - rumah dioranglah tu . Kat batang - batang pokok pun diorang boleh tinggal tau . " Balas Pendekar Bara dengan tenang . " Tapi ada satu tempat , dalam banyak - banyak tempat . Semua jenis hantu suka tinggal . Sampai ikut kajian Pengkaji Paranormal , diorang suka tinggal kat tempat tu , sampai beranak - pinak . Sampai ada yang berkampung . Tapi diorang cakap . Tak semua ada tempat macam tu . Jarang - jarang . Kira macam , kalau tak silap saya . Dalam 100 kawasan , ada satu je . Kira macam tempat tu istimewalah kat hantu - hantu tu . "
              " Awak biar betul . " Kata Dr . Hasyim dengan agak pantas . " Awak tahu tak nama tempat atau kat mana kawasan tu ? "
              " Awak ni . Mestilah tahu . " Kata Pendekar Bara dengan agak pantas sambil membuat muka . " Awak ingat , Bayu sorang je ke yang tahu pasal benda - benda macam ni ? "
             " Kat mana ? " Tanya Dr . Hasyim dengan nada dan pancaran matanya yang ingin tahu .
             " Tapi janji , jangan bagitahu Bayu . Pasal dia pun , tengah cari kat mana kawasan ni . " Balas Pendekar Bayu dengan wajah yang tersenyum .
             Dr . Hasyim memeluk bahu Pendekar Bara sambil berjalan beriringan . " Awak janganlah risau . Bukan senang nak menang dengan dia . Dia macam ada Komputer dalam kepala dia . Semua maklumat dia ada . "
            Pendekar Bara menepuk bahu Dr . Hasyim dengan lembut . " Saya percayakan awak tau . Kalau awak bagi info ni kat Bayu . Memang awaklah Manusia yang paling teruk yang pernah saya kenal . "
            " Kita dah lama kenal ' kut ' . " Balas Dr . Hasyim dengan tenang . " Cepatlah cakap . "
             " Okay . Okay . Saya cakap . " Balas Pendekar Bara sambil tersenyum lebar .
             " Kat mana ? " Tanya Dr . Hasyim .
             Pendekar Bara memeluk dan menepuk bahu Dr . Hasyim sambil mengeluh dan tersenyum .
             Selepas itu , dipandangnya wajah Dr . Hasyim dengan senyumannya yang masih berkembang . " Kat lubang ' bontot ' awak . "
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
             Nurzaharah tercampak ke arah sebatang pokok sebelum dia terjatuh ke tanah .
             Darah segar sedikit mengalir daripada hidung dan mulutnya .
             Walaupun kesakitan menggeroti setiap inci tubuh badannya , dengan wajahnya yang kaku , dia berusaha untuk berdiri .
             Jelmaan Nurzaharah meluru ke arah Nurzaharah dengan kelajuan yang pantas .
             Nurzaharah merendahkan tubuhnya ke tanah sambil menyalutkan Bilah Apinya dengan Elemen Banshee Psikiknya yang berwarna Putih berlembayung merah .
             Dengan pergerakkan yang pantas , diserangnya dagu jelmaan dirinya dengan Senjata Elemennya .
            Bilah Apinya menembusi kepala jelmaannya daripada bahagian bawah dagu .
            Tidak cukup dengan itu , ditariknya senjatanya keluar dan menyebabkan kepala jelmaannya seperti terhiris tiga .
             Dengan pantas , ditendangnya dada lawannya dengan padu sehingga jelmaannya itu tercampak ke belakang dengan kelajuan yang deras .
               Jelmaan Nurzaharah yang tercampak tadi , perlahan - lahan berdiri semula dengan kepala dan wajah yang seperti terhiris tiga dengan darah yang berlumuran serta dengan biji mata yang terkeluar sebelah .
                 Wajah yang tercedera tadi perlahan - lahan bercantum semula namun , pada proses itu , Jelmaan Psikik itu menjadi seperti malap sedikit .
                  Jelmaan Nurzaharah itu kembali bersedia untuk menyerang semula .
                  Nurzaharah yang menyaksikan keadaan itu menjadi sedikit kehairanan namun , ia mengundang satu persoalan di dalam benaknya . Namun , persoalan tadi hilang daripada mindanya bagai asap yang ditiup angin .
                   Senjata Elemen Muniandy berlaga dengan Senjata Elemen jelmaannya .
                   Arus Elemen terhasil disebabkan dengan perlagaan itu .
                    Berkerut wajah Muniandy menahan kekuatan jelmaannya sendiri sedangkan , wajah jelmaannya hanya kelihatan serius dan tenang sahaja .
                    Dia kemudiannya melompat ke belakang dan terus sahaja dalam posisi yang bersedia .
                     Jelmaan Muniandy menyalutkan Senjata Elemennya dengan Elemen Tanah yang mengukirkan Corak Elemen yang menakutkan .
                      Muniandy yang melihat perubahan pada Senjata Elemen jelmaannya itu menjadi agak terpinga - pinga .
                     Serangan Mandy Chong Wei Tze membuahkan hasil apabila , jelmaan dirinya tercampak ke belakang terkena pukulan Tai Chinya yang padu yang disertakannya bersama Serangan Elemennya .
                    Jelmaan Mandy Chong Wei Tze berdiri semula dan kembali bersedia untuk meneruskan pertarungan .
                    Sejurus selepas itu pula , jelmaan itu dengan pantas menyerang semula .
                    Tidak mahu mengalah , Mandy Chong Wei Tze meningkatkan Tenaga Elemennya lalu bersedia untuk kembali bertarung dengan gaya Kung Fu Jeet Kune Doe .
                    Renungan matanya menjadi tajam sebaik sahaja dia melihat , jelmaan dirinya itu juga menggunakan teknik yang sama .
                   " Tak guna betul . Makhluk ni tiru gaya bertarung saya . " Bisik Mandy Chong Wei Tze di dalam hatinya yang dipijak kegeraman .
                    Dia menjelmakan Tenaga Elementalnya pada kedua belah tepak tangannya yang berwarna Hijau , Kuning dan Jingga .
                    Hatinya semakin geram tatkala melihat , jelmaan dirinya juga menggunakan teknik yang sama dengannya . " Ini dah lebih ni . "
                     Rissa melompat ke belakang dan sebelum dia mendarat , dia sempat melibaskan tangannya lalu , serpihan - serpihan pokok meluru ke arah jelmaan dirinya .
                     Sebaik sahaja dia mendarat semula , dia meluru dengan pantas ke arah jelmaannya namun , dia terhenti dan dengan pantas dia menghasilkan Medan Psikik untuk melindungi dirinya kerana , serpihan - serpihan kayu yang dilancarkannya tadi menyerangnya semula .
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
                    Pendekar Bayu yang kelihatan sedang berjalan dengan gaya bersahaja kehairanan kerana beberapa orang anggota Polis Pasaraya bangunan itu berlari ke arah satu kawasan istirehat .
                     Dia yang dipicit kehairanan , mengekori Polis - polis tadi dan apabila dia tiba di kawasan yang dituju oleh beberapa orang Polis Pasaraya tadi , wajahnya dengan pantas berubah menjadi satu macam .
                     " Kalau korang semua rapat , saya koyakkan baju dia kat sini ! " Jerit Dr . Hasyim dengan garang sambil dia menuding ke arah Polis - polis Pasaraya tadi .
                      Pendekar Bara pula memegang leher bahu dan pakaian pada bahagian perutnya sambil terduduk di atas lantai dan tersandar .
                       Gaya perlakuannya tidak ubah seorang seperti seorang Wanita yang ' dikasari ' oleh Lelaki .
                      " ' Tttoolloong ! " Jerit Pendekar Bara yang bagaikan mengajuk suara Wanita .
                       Semakin berapi perasaan Dr . Hasyim melihat kelakuan Pendekar Bara dan dia dengan kasar , ingin mencekik leher Pendekar Bara .
                       Orang ramai dan semua Polis Pasaraya tadi dengan segera memujuk Dr . Hasyim agar bersabar .
                   " Buat hal betullah dua budak bertuah ni . " Kata Pendekar Bayu dalam hatinya dan kemudian , dia mengeluh .
                   " Abang Bayu , tolong adik . " Jerit Pendekar Bara dengan suara Perempuannya sebaik sahaja dia terlihat kehadiran Pendekar Bayu di celah - celah orang ramai .
                   Dan sebaik sahaja , orang awam melihat ke arah Pendekar Bayu , Pendekar Bayu telah pun hilang dari tempat dia berdiri tadi .
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
                   Stephen Akio Kenzo terundur ke belakang dengan lemah lalu dia terlutut di atas tanah .
                   Sendi - sendinya terasa amat lenguh manakala jantungnya pula berdetak deras mengepam nafasnya .
                  " Celaka . Takkan saya tak boleh nak tewaskan diri saya sendiri . " Bisik Stephen Akio Kenzo di dalam hatinya .
                 Siti Nursamawi menghasilkan satu sambaran api daripada kedua belah tapak tangannya untuk menghalang sambaran api daripada jelmaan dirinya .
                 Pertembungan antara sambaran api itu telah mengakibatkan satu Letusan Tenaga Elemen yang bersulamkan sambaran api yang besar terhasil .
                 Dia tercampak ke belakang dan terseret di atas tanah dan kemudian , dia bingkas bangkit semula .
                 Berkerut dahinya tatkala melihat jelmaan dirinya berdiri di dalam sambaran api yang terhasil tadi .
               " Tak guna betul . Macam mana nak tewaskan diri aku ni ? " Bisik hati Siti Nursamawi .
                Ahmadi yang masih berdiri di atas bumbung rumah itu memejamkan matanya .
                " Die . Rakan - rakan kau , nampaknya . Dah tak tahan tu . " Kata Suara Garau itu dengan jelas di dalam minda Ahmadi . " Apa kau nak buat ? "
                 Ahmadi membukakan matanya dengan perlahan - lahan . " Kau tak gunakan Tenaga Psikik kau kat tahap aku kan ? "
                " Tak . Aku ikut Tahap Pintu Elemen diorang yang dah terbuka . " Balas Suara Garau itu .
                Ahmadi menganggukkan kepalanya lalu mengeluh perlahan .
                " Kat tahap macam ni pun , diorang sukar nak menang . Kalau aku guna tahap yang sama macam yang aku guna kat kau , diorang takkan dapat bertahan lama macam sekarang ni . " Kata Suara Garau itu dengan tenang dan jelas . " Aku hanya gunakan kat Sheila sorang je sebab , dia sorang je yang masih dapat bertahan . Lagi pun , dia dah lama ikut kau kat dunia ni . Tahap dia pun , dah hampir sama dengan tahap kau . "
               Sheila Asyikin melindungi dirinya dengan menggunakan Sayap Elemen Warna dan Cahaya yang indah untuk menghalang Lingkaran Lidah Api yang dijelmakan oleh jelmaan dirinya .
                Selepas itu , ketika dia masih lagi berlindung dengan Sayapnya , dia menghasilkan Lingkaran Lidah Api berjalur biru untuk menyerang jelmaan dirinya .
                Jelmaan Sheila Asyikin berlindung dengan menggunakan Sayap Elemen Warna dan Cahaya .
                 Malah , beberapa pasang Sayap Elemen juga menjelma untuk menghalang serangan Sheila Asyikin .
                 Sheila Asyikin yang melihat teknik itu agak terperanjat . " Saya ada ke teknik macam tu ? "
                  Ahmadi mengeluh . " Kau tamatkan ujian ni untuk hari ni . "
                  " Kau memang tak bagitau diorang ke macam mana nak lulus ujian terakhir ni ? " Tanya Suara Garau itu .
                  " Aku tak bagitau . Aku cuma cakap pasal klu - klu dia je . " Jawab Ahmadi dengan tenang dan ada sedikit nada hampa yang bercampur pada nadanya .
                  " Aku tahu dan faham yang kau , letak harapan tinggi kat diorang tapi , ada baiknya , kau bagitau kat diorang macam mana nak lulus ujian ni . " Kata Suara Garau itu dengan jelas . " Bukan semua ada otak gila macam kau . Kalau ada pun , Sheila sorang je . "
                  " Tapi kalau aku bagitau kat diorang , aku dah langgar syarat ujian ni . " Kata Ahmadi dengan tenang bersulamkan keluhan . " Akibatnya , aku akan bertarung sekali lagi dan , Raja - raja yang lain akan beranggapan , aku guna cara kotor untuk jadikan diorang Pahlawan DiRaja aku . "
                  " Habis tu , kau nak aku buat apa sekarang ? Nak biarkan diorang mati kat situ ke ? " Tanya Suara Garau itu .
                  " Tamatkan ujian untuk hari ni . Sambung esok je . " Kata Ahmadi dengan tegas nadanya . " Aku akan tetap guna cara yang sama macam yang aku guna untuk semua Pahlawan yang lain . "
                   " Baiklah . " Kata Suara Garau itu dengan jelas dan akur .
                 Adam yang sedang dalam posisi untuk meneruskan pertarungannya kehairanan .
                 Jelmaannya hilang daripada pandangan matanya bagaikan asap yang diterbangkan angin .
                 Siti Khumairah juga terdorong sedikit ke hadapan tatkala serangannya bagaikan membelah udara kerana jelmaan dirinya tiba - tiba sahaja bagaikan lenyap ditelan udara .
               Yang lain juga berasa kehairanan kerana jelmaan diri mereka juga lenyap begitu sahaja .
               Tatsumaki yang sedang terapung di udara berasa sedikit tidak puas hati kerana , baginya yang telah pernah berlatih di situ , masih terlalu awal untuk berhenti .
                Persis ada yang tidak kena baginya .
                Sheila Asyikin juga berasa perasaan yang serupa . Terlalu awal untuk menangguhkan ujian walaupun hari beranjak senja namun , kerana masih terlalu awal .
                Dia melenyapkan Sayap Elemen Warna dan Cahayanya bersulamkan dengan satu persoalan yang bersarang di dalam mindanya .
              Nurzahirah terbaring di atas tanah dengan nafasnya yang deras .
              Dia mengesat darah segar yang mengalir sedikit daripada celah bibirnya .
             Kemudian , dia mendengar suara Sheila Asyikin yang mengarahkan mereka berkumpul di luar kawasan ujian itu .
            Pada malam itu , Sheila Asyikin dan rakan - rakannya yang lain masing - masing melayan kepala mereka .
             Dan berbincang ringan akan mengenai ujian terakhir mereka .
             " Apa maksud awak ? " Tanya Lesas dengan agak pantas .
             " Selalunya , ujian ditangguhkan dan diteruskan pada keesokkan harinya apabila hari dah malam tapi , ujian hari ni , dihentikan pada waktu senja . " Jelas Tatsumaki dengan tenang . " Macam , Tuan Didie tahu , kita susah nak teruskan ujian ni . "
             " Mustahil dia boleh tahu . " Kata Ratni dengan jelas dan tenang . " Dia bukan Pengguna Psikik . "
             " Memang dia bukan Pengguna Psikik tapi , teknik yang dia sediakan untuk ujian kita ni , Teknik Psikik tahap tertinggi . Teknik Mimik Psikik . " Kata Siti Maisarah dengan jelas . " Kita tak tahu pasal teknik yang Didie dah ada sekarang ni . Antara kita yang tahu gunakan teknik ni , Kak Mai korang ni je . Itu pun , tengoklah Kak Mai korang sekarang ni , dia sendiri pun susah nak tewaskan jelmaan dia . "
            " Puan Mai pun tahu ke guna teknik ni ? " Tanya Tatsumaki dengan jelas .
            " Tahu . Tapi jarang saya gunakan . Ni salah satu teknik utama saya . " Jawab Siti Khumairah dengan agak jelas . " Tapi , teknik yang Didie gunakan dalam ujian ni , bukan teknik dia . Sebab , takde gelombang tenaga dia kat dalam teknik ni . "
              " Kalau macam tu , Puan Mai setanding dengan Dyrad . " Kata Tatsumaki dengan jelas . " Bolehlah Puan Mai tewaskan dia . "
             Siti Khumairah tersengih . " Saya tak boleh tewaskan Dyrad . "
            Sheila Asyikin hanya mendiamkan dirinya . Dia tahu , kenapa Ahmadi menamatkan ujian mereka awal daripada yang sepatutnya kerana , dia sendiri pun , agak hampa dengan jawapannya .
            Siti Maisarah membelai kepala Nurzahirah dengan lembut . " Kenapa Rara buat muka macam tu ? Ada yang tak kena ke ? "
           Nurzahirah mengeluh lalu memandang ke arah Sheila Asyikin .
            " Jangan tengok akak macam tu . " Kata Sheila Asyikin dengan manja bersulamkan nada bersahajanya .
            " Korang borak apa ni ? " Tanya Siti Nursamawi yang baru sahaja siap membalut lengan kirinya yang tercedera .
            " Pakcik tahu yang kita susah nak lulus ujian ni . Sebab tu ujian ni ditangguhkan awal . " Kata Nurzahirah dengan jelas . " Rara tahu sebab , kalau kita boleh lulus ujian ni dengan mudah , tentu Pakcik tangguhkan ujian ni ikut masa yang sebenar . "
           Stephen Akio Kenzo yang duduk mengadap ke luar di jendela , melirik ke arah Nurzahirah .
            " Rara cakap betul . " Kata Sheila Asyikin dengan tenang . " Sheila pun dapat rasa yang abang tamatkan ujian ni lebih awal sebab , dia dapat rasa yang kita susah nak lulus ujian ni . "
            " Klu yang dia bagi tu , tak membantu sangat . " Kata Aivira dengan tenang .
             " Klu tu , dah lebih daripada cukup untuk korang semua lulus ujian ni . " Kata Suara Garau itu di dalam minda Sheila Asyikin dan rakan - rakannya .
             " Siapa awak ? " Tanya Hagia Sofea dengan pantas dan agak garang nadanya .
             " Apa tujuan awak berhubung dengan minda kitorang ? " Tanya Siti Nurjannah pula juga dengan nada yang lantang .
              " Saya rakan Didie . "Kata Suara Garau itu dengan jelas . " Saya yang bertanggungjawab sediakan tahap ujian ni untuk awak semua . "
               Semua yang berada di situ saling berpandangan sesama mereka .
                " Apa yang kau nak ? " Tanya Siti Nursamawi dengan jelas .
                " Aku cuma nak cakap . Ujian ni bukan sekadar ujian . Ujian ni , harapan bagi Didie . " Kata Suara Garau itu dengan tenang . " Sejak dia sampai kat tempat terakhir tadi , dia dah tunggu korang . "
                 Khalid , Ikhwan , Fateh dan Daniel saling berpandangan .
                 " Untuk pengetahuan semua , saya tak ikut tahap sebenar yang sepatutnya untuk ujian ni . Sheila seorang je yang ikut tahap yang yang sebenarnya . " Kata Suara Garau itu dengan tenang .
                " Kenapa pula Kak Sheila sorang je yang ikut tahap yang sebenar ? " Tanya Mandy Chong Wei Tze dengan lembut .
                " Sebab , Tahap Elemen dia sorang je yang hampir sama dengan Didie setakat ni . " Balas Suara Garau itu dengan jelas . " Bagi yang lain pula , saya kurangkan sedikit . "
                 " Apa tujuan awak bagitahu semua ni kat kitorang ? " Tanya Muniandy dengan tenang .
                 " Klu yang Didie bagitau tu sebenarnya adalah , cara nak lulus dalam ujian ni . " Jawab Suara Garau itu dengan jelas . " Jawapan untuk lulus ujian ni , ada kat klu tu dan , kat jelmaan korang semua . "
                 " Jawapan dia ada kat klu dan jelmaan diri kitorang ? " Tanya Ratni dengan lembut .
                  " Ya . Jawapan untuk awak semua ' llluulll . . . " Kata Suara Garau itu dengan jelas namun , tiba - tiba sahaja dia tidak meneruskan kata - katanya .
                  Suaranya tiba - tiba sahaja bertukar menjadi nada erangan yang menahan kesakitan .
                 Aivira dan rakan - rakannya dan semua yang berada di situ saling berpandangan .
                " Aku minta maaf . Aku akan putuskan perhubungan ni . " Kata Suara Garau itu dengan jelas . " Tapi , sebelum aku putuskan perhubungan ni , aku nak bagi hadiah kat anak saudara kau yang dah dapat jawapan tu . "
               Berkerut semacam dahi Nurzahirah lalu dia memandang ke arah Nurzaharah yang sedang menggigit Biskut Kering dengan wajah yang kaku yang juga sedang memandangnya .
               Suara Garau itu mengerang kesakitan dan suaranya dapat didengari oleh Sheila Asyikin dan rakan - rakan Sheila Asyikin dan kesemua yang berada di situ .
                " Sakitlah bodoh ! " Kata Suara Garau itu dengan tiba - tiba . " Kau ingat tanduk aku ni tumbuh esok lusa ke nak jadi besar dan panjang macam ni ? ! "
                " Kau dah buat salah , banyak bunyi pula kau . Aku korek juga biji mata kau tu . " Kata Ahmadi yang tiba - tiba sahaja kedengaran suaranya . " Dah , pergi sambung balik meditasi kau tu . "
              " Yelah , yelah . Rosak tanduk aku . " Kata Suara Garau itu dalam nada yang menyampah . " Aku minta maaf . "
              Tidak lama selepas itu , perhubungan telepati itu diputuskan dan sejurus selepas itu pula , Ahmadi muncul dengan wajah semacamnya .
               Pada tangannya , terdapat sekeping sisik yang agak besar yang berwarna Merah , Biru , Jingga , dan Kuning .
               Dengan bersahaja , dia duduk di antara Siti Maisarah dan Siti Khumairah lalu mengeluh dan menggosok - gosok belakang lehernya .
               " Korang macam mana setakat ni ? " Tanya Ahmadi dengan tenang .
               " Teruk . Langsung tak dapat nak cederakan jelmaan diri kitorang sendiri . " Jawab Stephen Akio Kenzo dengan tenang sambil mengubah kedudukannya menghadap ke dalam . " Macam mana awak boleh terfikir cara ni untuk jadi kuat ? "
              Ahamadi hanya tertawa kecil . " Ujian terakhir ni , tahap dia ikut Pintu Tenaga Elemen korang yang dah terbuka . Banyak yang dah terbuka , makin kuatlah tahap kekuatan yang korang perlukan untuk tewaskan jelmaan korang tu . " Kata Ahmadi dengan tenang lalu , menggosok kepala Nurzahirah dan Nurzaharah . " Tak semestinya korang perlu gunakan kekuatan semata - mata . "
              " Suara tu cakap tadi , budak kembar berdua ni , dah jumpa cara nak tewaskan jelmaan kitorang tu . " Kata Hagia Sofea dengan lembut .
               Ahmadi tersenyum . " Hara yang dapat jawapan tu tapi , mungkin dia tak tahu . "
              " Hara , tak tahu . Hara lawan je . Kakak , Hara , sambung minda . " Kata Nurzaharah dengan lembut lalu , berpeluk tubuh dengan wajah kakunya . " Tapi , ada kejadian pelik . "
              Ahmadi tersenyum lalu dikucupnya kepala Nurzahirah dan Nurzaharah . " Pakcik tak boleh cakap . "
              Selepas itu , dia menunjukkan sisik besar yang dibawanya tadi kepada Nurzaharah . " Ini Pakcik simpan dulu . Nanti Pakcik bagi . "
              " Kau nak ke mana ? " Tanya Siti Nursamawi dengan pantas .
              " Aku nak berehatlah . Aku tunggu korang kat tempat penamat tu . " Kata Ahmadi dengan bersahaja nadanya . " Korang jangan lama sangat . Aku bosan tunggu sorang - sorang kat situ . "
              Selepas itu , dia melenyapkan dirinya .
              " Hara , cuba Hara cerita , apa kejadian yang pelik tu . " Kata Siti Hawa dengan lembut .
              " Hara , tak tahu . Betul . Cuma , masa lawan , Hara potong ' hantu ' Hara . Kat muka . Kat kepala . " Balas Nurzaharah dengan lembut . " Warna ' hantu ' Hara , tak terang . Mungkin habis bateri . Warna , tak cantik . "
            " Kusut saya dengar Hara ni bercakap . " Kata Maera dengan perlahan sambil memandang ke arah Aivira .
            " Hara dapat ' potong ' muka ' hantu ' Hara ? Betul ni ? " Tanya Mandy Chong Wei Tze dengan agak pantas dan sedikit kagum . " Saya jangankan nak cederakan , nak tumbuk muka jelmaan saya sendiri pun , susah . "
           " Hara , mari sini sayang . " Panggil Siti Khumairah dengan lembut yang duduk bersila dia atas lantai dan mengarahkan Nurzaharah agar duduk di pangkuannya .
            Sebaik sahaja Nurzaharah duduk di pangkuannya , dia dengan perlahan menjelmakan satu corak Psikik pada dahi mereka semua dan selepas itu , dia mencari semula memori pertarungan Nurzaharah dan menyambungkan memori pertarungan Nurzaharah itu pada minda mereka semua .
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
             Pendekar Bayu menyudahkan serangannya dengan menyerang perut lawannya dengan padu sehingga lawannya terpelanting ke belakang dengan kuat .
              Putih dengan pantas menjelmakan sejenis rantai yang kelihatan seperti diperbuat daripada tulang - temulang dan mengikat setiap anggota tubuh badan musuh yang Pendekar Bayu tadi .
               " Kau ni bodoh betullah . " Kata Pendekar Bayu dengan jelas . " Kenapa kau tak terus - terang je ? Kan lebih senang . Aku pun takdelah nak susah - susah lumatkan muka kau tu . "
               " Orang tua keparat ! Aku takkan berterus - terang dengan korang ! " Jerit musuh Pendekar Bayu itu dengan lantang . " Aku takkan hina lidah aku untuk bercakap dengan Manusia yang bodoh macam kau ! "
               " Awak hina Manusia sedangkan awak sendiri salah seorang Pahlawan Pelarian Hybrid . " Kata Putih dengan jelas dan tenang . " Awak tak malu ke ? "
                " Mak aku dah buat kesalahan yang besar sebab berkahwin dengan Manusia ! " Balas musuh Pendekar Bayu itu dengan garang . " Kitorang akan betulkan kesalahan tu dengan bunuh si keparat tak guna tu dan akan halang usaha diorang ! "
  " Aku takde masa nak dengar cerita keluarga kau . mak kau kahwin dengan siapa , itu , dia punya pasal . Takde kaitan langsung dengan kitorang . " Kata Pendekar Bayu dengan bersahaja . " Yang aku nak tahu , siapa yang korang nak bunuh . Itu je . "
            " Korang jangan masuk campur ! " Ini urusan antara Dunia Mitos dengan Dunia Manusia ! " Kata musuh Pendekar Bayu itu dengan lantang .
            " Apa pula ? " Reaksi spontan Pendekar Bayu dengan reaksi wajah semacamnya . " Ini dunia aku . Apa nak jadi dengan dunia korang , itu pun dah jadi hal aku juga tau . "
            " Korang tak layak nak lindungi dua dunia ni ! " Jerit musuh Pendekar Bayu itu .
            Pendekar Bayu mengeluh . " Putih . kau korek kepala mangkuk ni sekarang . "
            Baru sahaja Putih melangkah beberapa langkah , musuh Pendekar Bayu itu menjerit dengan sekuat hatinya lalu , tubuhnya membesar dan mengembang dan kemudian , Corak Elemen Letupan terukir pada setiap inci tubuh badannya .
           " Tuan Bayu ! Berlindung ! Cepat ! " Jerit Putih dengan lantang lalu dia dengan pantas berundur ke belakang .
           Pendekar Bayu juga melakukan tindakan yang sama seperti Putih .
            Musuh Pendekar Bayu itu menjerit semahunya dengan tubuh badannya yang dihiasi dengan corak Elemen Letupan . Semakin lama semakin mengembang .
            Tidak lama selepas itu corak Elemen pada badan musuh Pendekar Bayu itu semakin bersinar dan semakin lama semakin terang .
            Tidak lama kemudian , tubuh musuh Pendekar Bayu itu meletup dengan kuat sehingga menghasilkan satu gelombang elemen yang agak kuat .
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
              " Hara dapat potong muka ' hantu ' Hara . " Kata Nurzahirah dengan nada teruja . " Hebatnya Hara . Akak nak cederakan ' hantu ' akak pun susah gila . "
" Maksudnya , kita kena bunuh jelmaan diri kita tu untuk lulus halangan terakhir ni . " Kata Stephen Akio Kenzo dengan jelas .
" Kalau nak diikutkan daripada pertarungan Hara tadi . Lepas je dia tebuk dan potong muka jelmaan dia . Jelmaan dia tu , jadi malap . " Kata Siti Nurjannah dengan lembut . "Jadi , itu je cara yang kita ada untuk lulus halangan ni . "
"Tapi Kak , sepatutnya kalau ikut logik . Jelmaan Hara tu dah mati dah . " Kata Siti Nursamawi dengan jelas . " Nak bunuh ' caner ' makhluk tu kalau dah sepatutnya mati , tapi tak mati ? " .
" Sheila rasa , kita kena tingkatkan kepantasan serangan . Jelmaan Hara tu jadi malap masa proses penyembuhan . " Kata Sheila Asyikin dengan lembut dan manja nadanya .
Selepas itu , dia berpeluk tubuh dan memejamkan matanya dan membuat reaksi wajah manja semacamnya . " Masa dalam proses penyembuhan tulah masa yang tepat untuk bunuh jelmaan diri kita tu . "
" Persoalan dia tetap sama . " Balas Khalid dengan tenang . Dia yang masih berada di beranda luar menyalakan rokoknya . " Macam mana nak bunuh makhluk yang sepatutnya dah mati , tapi tak mati ? "
" Pakcik cakap tadi , nak lulus , tak semestinya bergantung kepada kekuatan . " Kata Nurzahirah dengan lembut sambil membelai rambut Nurzaharah yang baring beralaskan pehanya . " Jawapan pun ada kat jelmaan kita tu . "
Siti Nursamawi menggaru kepalanya lalu menguap dan kemudian , dia berdiri menuju ke biliknya dengan langkah yang perlahan . " Dahlah . Tidur lagi elok . Esok je fikir . Kalau kita fikir apa yang Didie cakap . Memang kita takkan jumpa jawapan dia . Tapi dia dah bagi klu . Jawapan ada kat jelmaan kita tu . "
" Jadi ? " Tanya Siti Maisarah dengan lembut .
Sheila Asyikin bangun dengan perlahan - lahan . " Cara yang terbaik . Kita cari jawapan tu dengan bertarung esok . Malam ni . Kita rehat . "
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Pendekar Bayu dan Putih sedang bertempur dengan dua orang Pahlawan dari Dunia Mitos .
Pendekar Bayu menepis Pedang lawannya dengan menggunakan Bilah Anginnya lalu dia dengan pantas menyerang dada dan perut lawannya sehingga lawannya terpelanting ke belakang dengan kuat .
Putih pula memperlihatkan kemahiran Seni Pedangnya dengan melakukan pertahanan bersulamkan Serangan Elemen .
Dua orang Pahlawan Musuh itu melompat ke belakang lalu meningkatkan Tenaga Dalaman mereka .
Menyaksikan keadaan itu , Pendekar Bayu dan Putih juga turut meningkatkan Tenaga Dalaman mereka .
Pendekar Bayu menjelmakan Gauntlet Elemen miliknya yang diberikan kepadanya oleh Ahmadi .
Ahmadi yang sedang baring di atas bumbung Rumah ' penantiannya ' dengan mata yang terpejam sambil menggoyangkan kakinya membukakan kelopak matanya dengan perlahan .
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
" Korang perasan tak , semua serangan ni , menyasarkan pemilik yang sama ? " Tanya Dr . Hasyim dengan lembut sambil membuat garisan pada ' White Board ' untuk memperlihatkan hubung kait antara semua serangan .
" Tapi , apa kaitan mangsa dengan suspek ? " Tanya Pendekar Umbut dengan lembut . " Setakat ni , semua suspek yang kita dah dapat tangkap wajah diorang , diorang semua takde data dalam kerajaan . Jangankan muka , cap jari pun diorang pun langsung takde dalam Pangkalan Data . Maksudnya , diorang semua berasal dari Dunia Mitos . "
" Mesti mangsa ada hubungan dengan Dunia Mitos . " Kata Sougaena Raj dengan jelas . " Tak pun . Mangsa ada sesuatu yang suspek nak . "
" Ikut apa yang anak saya cerita . Suspek terima satu fosil telur purba . " Kata Sougaena Sora Akio Kenzo dengan lembut lalu menggigit Karipap Sardin . " Mangsa cuba nak ' hidupkan ' balik haiwan purba tu . "
" Jangan nak merepeklah . Takkan pasal bangkai yang terperangkap dalam batu , diorang nak serang dunia ni . " Celah Sougaena Chong Wei Lee dengan agak pantas lalu mengambil sebiji Donut . " Apa istimewanya fosil tu ? "
" Entah . Saya pun tak tahu . Anak saya pun takdelah nak cerita sangat . " Balas Sougaena Sora Akio Kenzo dengan nada bersahaja . " Tapi , diorang berdua ada buat satu projek bersama . "
" Kita kena siasat perkara ni . Kita kena jumpa Darcuss . " Kata Pendekar Bara dengan tenang lalu menghirup Kopi O panasnya .
Kemudian , dicuitnya lengan Pendekar Kirai dengan lembut . " Esok , awak teman Ah Lee jumpa Darcuss . Siasat perkara ni . ' Eh ' , kejap . Lupa pula . Kita mana boleh siasat orang . Selalunya , kita serahkan kes ni kat Jentayu . Dia yang arahkan anggota bawahan dia untuk siasat benda macam ni . "
" Apa awak nak buat sekarang ? " Tanya Pendekar Umbut dengan tenang .
" Sementara kita biarkan Jentayu kawal permainan dia . Kita korek maklumat pasal Darcuss . " Balas Pendekar Bara dengan jelas . " Termasuk anak dia , Zenderall .
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Putih meningkatkan kepanatasan serangan dan pertahanannya memandangkan lawannya juga melakukan perbuatan yang serupa .
Langkah Silat Cekak Pendekar Bayu tersusun kemas walaupun lawannya menyerangnya bertubi - tubi tanpa henti .
Diserangnya dada lawannya dengan padu dan ketika tapak tangannya masih lagi berasa di atas dada lawannya , dia dengan pantas menggengam tangannya itu dan mengeluarkan Bilah Anginnya yang menggerunkan .
Namun , dia tidak sempat meneruskan serangannya kerana , lawannya terlebih dahulu menyerangnya .
Dia terundur ke belakang kerana terkena sepakan lawannya yang tidak kurang hebat kekuatannya .
Tidak mahu berlengah , dia meneruskan pertarungannya dengan terus berdriri tegak dan bersedia .
Dia menyambut serangan lawannya dengan tenang dan melancarkan serangannya .
Dentingan serangan Bilah Anginnya yang bersulamkan Serangan Elemen kedengaran .
Serangannya tepat mengenai abdomen lawannya namun , terhalang dek kerana Baju Perisai Elemen milik lawannya .
Pertarungan sengit dan saling berbalas serangan berlaku antara Pendekar Bayu dan lawannya .
Sekali lagi , serangan Pendekar Bayu tepat mengenai pada bahagian perut lawannya namun sama seperti tadi , serangan Pendekar Bayu itu terlekat pada Baju Perisai Elemen lawannya .
Kegeraman memicit perasaan Pendekar Bayu , diseranganya wajah lawannya sehingga Topeng Perisai Elemennya musnah terkena Bilah Anginnya .
Lawan Pendekar Bayu melompat ke belakang sambil menghasilkan satu Bebola Elemen yang berukirkan corak haiwan yang amat menakutkan .
Sebaik sahaja lawan Pendekar Bayu itu mendarat , dilancarkannya Bebola Elemen tadi ke arah Pendekar Bayu dengan pantas .
Pendekar Bayu bersedia untuk menepis Bebola Elemen tadi .
Ketika Bebola Elemen tadi semakin hampir kepada Pendekar Bayu , Ahmadi muncul dengan kesemua Pintu Elemennya yang telah terbuka .
Ahmadi menyambut serangan tadi dan melenyapkan dirinya dan menjelmakan dirinya semula di sisi kanan lawan Pendekar Bayu .
Tanpa diduga , dia menyasarkan mulut lawannya dan meletupkan Bebola Elemen tadi pada bahagian mulut lawan Pendekar Bayu tadi .
Satu letupan terhasil dan lawan Pendekar Bayu itu tadi rebah ke tanah tanpa kepala .
Ahmadi dengan pantas menjelmakan Rantai - rantai Elemen yang berwarna Biru dan Perak dan terus sahaja mengikat lawan Putih .
Tidak cukup sekadar itu , dia turut menjelmakan Rantai - rantai daripada Ais untuk mengikat tubuh lawan Putih dengan lebih kuat sehingga lawan Putih terlutut ke tanah .
Akibat kerana suhu yang terlalu sejuk , lawan Putih menjerit dengan semahunya lalu , menjelmakan Corak Letupan pada seluruh bahagian tubuh badannya .
Ahmadi dengan pantas menghalakan tapak tangannya lalu menghasilkan satu Corak Elemen yang amat abstrak dan kompleks pada bahagian sekitar lawan Putih tadi untuk mengahalang daripada lawan Putih tadi membunuh diri .
" Makluk bangsat ! ! ! " Jerit lawan Putih dengan lantang .
Tanpa bicara , Ahmadi mengarahkan Putih untuk memeriksa minda lawan mereka itu dan Putih dengan segera melaksanakannya .
Tidak lama selepas itu , Putih telah pun menyudahkan perkerjaannya .
" Korang takkan selamat ! " Jerit Lawan Putih tadi dengan lantang .
Ahmadi memanggil Pegawai Penjara DiRajanya untuk membawa lawan mereka itu ke Penjara Tanpa Cahaya miliknya .
Seketika kemudian , Pegawai Penjara DiRaja yang dipanggilnya tadi tiba dan tanpa banyak bicara , terus membawa Lawan Putih tadi pulang semula ke Dunia Mitos .
Ahmadi mengeluh lalu menutupkan semula Pintu Tenaganya . " ' Cer ' cerita apa yang berlalu . Tadi tu , Pahlawan Pelarian . "
" Nak minum tak ? " Tanya Pendekar Bayu dengan nada bersahaja .
" Putih , arahakan pasukan kita untuk terus berkawal dan buat apa yang korang patut buat . Aku tak boleh lama kat sini . Diorang masih kat Pulau ujian tu . " Kata Ahmadi dengan jelas dan tenang .
Selepas itu , dia memandang ke arah Pendekar Bayu . " ' Jom ' lepak kejap . "
Share this novel